Thursday, August 13, 2015

Wasiat Almarhum Nik Aziz

"..Buat apa kita hias kubur kita nih..yang perlu di hias ialah amalan dan ilmu bermanfaat. Waris kena perbanyakkan doa dan sedekah jariah buat ayah atau mak kita yang meninggal, bukannya hias dengan buat binaan dengan mozek dan hiasan cantik.. ibarat kita beli sangkar burung yang cantik dan mahal harganya lepas tu kita letak burung yang telah mati, sah dah tiada hasil..sepatutnya anak-anak banyakkan sedekah untuk bina masjid dan sebagainya. Bukan bersungguh hias kubur ibubapa.."
"..Begitu juga kita kena tinggalkan amalan jahiliyah yang mana pergi buat jamuan atau kenduri ataupun berkelah kaum keluarga di kubur walaupun pada hari raya dan hari-hari yang lain..amalan dan perbuatan begini nampak sangat jahilnya. Kita bila ziarah kubur untuk ingatkan diri sendiri yang suatu hari nanti kita ni akan mati, jadi apabila dah buat jamuan, berkelah di kubur sah dah kenyang, bila perut kenyang bagaimana nak ingat pada mati.. semoleknya kita nak gi ziarah kubur ni kena ambil wuduk, puasa,dan pakai pakaian putih biar mari perasaan insaf yang mana kita ni bila mati nak kepada kebersihan, nak bersih dari segala dosa, tak boleh makan iaitu tiada dah kelazatan hidup dan pakaian putih tu ibarat kain kafan.."
"..benda lagu ni kena pakat sebut dan beritahu pada masyarakat..memang masyarakat akan marah..itu lumrahlah kita nak buat baik ni tak boleh lari dari kena marah..ibarat kita nak lap atau buang hingus di anak kecil kita, biasanya anak kecil itu akan meraung marah dan menangis tak bagi..tapi kita sebagai ibu bapa kena sabar dan terpaksa buangkan hingus tersebut supaya anak kita sihat.."

No comments:

Post a Comment