Thursday, February 22, 2018

Mata Dan Hati



MATA DAN HATI - nikmat Allah. Ke mana ia digunakan.

Mata manusia biasanya menilai manusia lain menurut apa yang dilihat dari segi lahiriah. Penilaian itu kemudiannya membentuk pendapat dalam hati.

Pendapat itu mungkin betul atau salah. Namun masih ada satu ruang yang dinamakan bersangka baik (husnuzon) di mana mata cuba menilai sesuatu dan hasil pandangan itu kemudiannya jatuh ke dalam hati dalam keadaan positif.

HUSNUZON

Bila melihat anak-anak kecil, katakan pada hati, "Betapa bersihnya mereka tanpa secalit dosa."

Bila melihat orang-orang tua katakan pada hati, "Betapa banyaknya pahala amalan mereka, sejajar dengan usia."

Bila melihat orang jahat, katakan pada hati, "Betapa kasihannya kerana mereka bermaksiat ketika dalam keadaan jahil. Semoga mereka diberi hidayah untuk berubah."

Bila melihat orang alim, katakan pada hati, "Betapa tingginya ilmu mereka, sedangkan saya masih jauh dari itu."

Natijahnya, CINTAILAH ALLAH. Apa yang bakal dilihat nanti adalah dari sudut pandang Allah yang tentunya baik-baik belaka.





Apabila orang kecil cuba menonjolkan dirinya besar, dia jadi semakin kecil.

Apabila orang besar bersikap seperti orang kecil, dia kelihatan semakin besar.

Apabila seseorang yang bukan pakar bercakap mengenai suatu ilmu yang bukan bidangnya, dia sedang mendedahkan keadaan dirinya yang longgar ilmu dan boleh menyesatkan.

Apabila seorang Doktor Falsafah menulis, boleh diketahui jika dia berilmu cetek atau benar-benar berilmu.

Apabila seseorang berpakaian ulama berceramah, boleh diketahui jika dia ulama tulen atau ulama jadi-jadian menerusi tutur kata dan adabnya, sama ada tenang dan teratur atau berapi dan penuh caci maki.

#JadiInsanYangHidupQanaah
#JadiInsanYangSedarDiri

Ilmu Dari Pandangan Ibnu Qayyim



Ilmu itu anugerah terbaik dari Tuhan. Ia adalah imam, dan amal perbuatan pula adalah makmumnya.

Ilmu membolehkan seseorang mengenali Tuhannya, mengEsakan-Nya dan menyembah-Nya.

Mencari ilmu adalah ibadah
Mengulanginya adalah tasbih
Mengkajinya adalah jihad
Mengajarkannya adalah sedekah

Ilmu menghidupkan hati yang mati
Cahaya yang menerangi kegelapan
Kekuatan bagi yang lemah
Meningkatkan darjat bagi yang taqwa

Ilmu itu pendamping di saat kesepian
Penolong di saat kesukaran
Teman di sisi orang-orang terasing
Petunjuk ke jalan kebaikan
Saat menyusuri jalan ke syurga

Allah mengangkat orang berilmu sebagai tokoh yang diteladani, disenangi oleh para malaikat dan mendapat ucapan istighfar dari segala makhluk yang berada di udara atau yang melata di bumi.

Ilmu membuka pintu kebahagiaan, menutup pintu penderitaan.

( Ibnu Qayyim al-Jauziyah)

Temukan Tangan Kanan Tangan Kiri Demi Cinta




Tangan kanan menyuap makanan, ditelan dan masuk ke perut. Makanan dihadam, segala kebaikannya dikeluarkan untuk kegunaan setiap sel di dalam tubuh. Hampas dan sisa dikeluarkan.

Tangan kiri membasuh bersih segala kotoran.

Dengan kedua-dua tangan kanan dan kiri ini, kita bekerja mencari nafkah untuk menyara diri dan keluarga.

Tangan kanan dan tangan kiri berkedudukan selari, saling membantu, tetapi jarang bertemu.

Demi cinta, temukanlah kedua-dua tangan dengan menadah dan memohon doa kesyukuran kepada Maha Pencipta yang mengurniakan jutaan nikmat yang kita sedang rasai ketika ini.



Cintakan bunga
Bunga akan layu.
Cintakan harta
Harta akan hilang.
Cintakan manusia
Manusia akan mati.
CINTAKAN ALLAH KEKAL ABADI.

Cinta Allah Untuk Mendapat Cinta Makhluk




Jom amalkan doa ini untuk memperolehi cinta sejati dunia dan akhirat. InsyaAllah.

اللَّهُمَّ إِنِّى أَسْأَلُكَ حُبَّكَ
Ya Allah, aku mohon pada-Mu cinta-Mu

وَحُبَّ مَنْ يُحِبُّكَ
dan cinta orang yang mencintai-Mu,

وَالْعَمَلَ الَّذِى يُبَلِّغُنِى حُبَّكَ
amalan yang menghantarkan aku menggapai cinta-Mu.

اللَّهُمَّ اجْعَلْ حُبَّكَ
Ya Allah, jadikan kecintaanku kepada-Mu

أَحَبَّ إِلَىَّ مِنْ نَفْسِى
lebih aku cintai daripada cintaku pada diriku sendiri,

وَأَهْلِى وَمِنَ الْمَاءِ الْبَارِدِ
keluargaku, dan air dingin di kala aku kehausan.

(HR. Ahmad & Tirmidzi)

(Dari Masjid Assyakirin, KLCC)

Kekal Positif Kekal Berjuang




Seberat mana ujian dalam hidup, jangan sesekali hilang harapan. 

Kebahagiaan terletak pada hati. Dan hati pula berada dalam genggaman Allah. Hidup ini untuk Allah. Ujian datang dari Allah, maka penyelesaian juga pasti datang dari Dia.

Allah yang menciptakan dengan cinta tidak mungkin membiarkan kita terbeban dengan ujian begitu lama.

Allah sengaja membiarkan kita mengulang-ulang doa tanpa putus asa kerana doa itu begitu istimewa. Di situ ada tautan rasa, harapan dan iman.

Kehendak Allah sentiasa tepat pada waktu. Tiada lebih bahagia daripada menunggu pilihan-Nya yang tertulis khusus untuk kita.

Hidup ini untuk Allah. Dan semua didikan ini juga dari Allah

Allah sudah berjanji dalam firman-Nya:
"Allah tidak membebankan seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya..."
(Surah Al Baqarah #286).

ADA KEMUDAHAN SELEPAS KESUKARAN.
ADA KESENANGAN SELEPAS KESUSAHAN

#KekalPositif
#KekalTenang

Ubah Diri Untuk Ubah Orang



"Yesterday I am clever, so I thought to change the world. Today I am wise so I'm going to change myself." (Ar-Rumi).

Ubah dunia dengan mengubah diri kita. Ubah diri kita dan ubahlah dunia di sekeliling kita maka dunia ini akan menjadi lebih baik. Berubah kerana Allah dan berubahlah sekarang!







Jangan dikejar fatamorgana yang bersifat fana kerana ia akan membawa kerugian yang terus sirna.

Gantungkan Hati Kepada Allah




Andai seseorang Muslim BERASA LEMAH dalam kehidupan, maka lazimilah menyebut nama Allah YA QADIR (Wahai Tuhan Yang Maha Berkuasa).

Jika MENGHARAPKAN KELEMBUTAN dalam takdir Allah, maka lazimilah menyebut kalimah YA LATIFF (Wahai Tuhan Yang Maha Lembut Tindakan-Nya).

Jika berasa diri dibelenggu RASA KELUH KESAH DAN SUSAH dengan kehidupan, maka lazimilah menyebut YA QAWLY (Wahai Tuhan Yang Maha Kuat).

☆☆☆☆☆☆☆

Bukan masalah pada takdir, tetapi masalahnya adalah pada menghadapi takdir itu, adakah secara bersendirian, atau dengan bertemankan Allah, iaitu dengan rasa KEBERGANTUNGAN HATI KEPADA ALLAH.





Jangan Kata MONDAY BLUES




Jangan pernah kata, MONDAY BLUES. Dalam Islam tidak ada yang "blues" tentang hari Isnin.

Selain daripada perkara-perkara yang berkaitan dengan Rasulullah s.a.w., hari Isnin (dan hari Khamis) adalah hari kita disunatkan berpuasa.

Keistimewaan hari Isnin dan Khamis:

Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda, "PINTU SYURGA DIBUKA SETIAP HARI ISNIN DAN KHAMIS.

Allah mengampunkan dosa setiap hamba-Nya yang tidak musyrik, kecuali ORANG YANG BERMUSUHAN DENGAN SAUDARANYA (sesama Muslim).

Maka dikatakan, tunggulah dahulu kedua orang ini berdamai! Tunggulah kedua orang ini berdamai! Tunggulah kedua orang ini berdamai!" (Shahih Muslim no. 2195).

Kesimpulannya, kalau hendak masuk syurga, elakkan permusuhan, tidak bertegur sapa sampai melebihi 3 hari. Nanti sendiri yang rugi.

#SetiapIsninAdalahBirthdaySaya.

Doakan Pelaku Maksiat Dan Penerima Musibah



Manusia jadi baik kerana Allah tidak menguji dia dengan ujian berada dalam kemaksiatan. Kerana itu teruskan berdoa, berusaha dan berpesan kepada diri dan orang lain supaya sentiasa berbuat baik

Jangan hina pelaku maksiat. Mungkin dia sempat bertaubat sebelum mati, sedangkan yang menganggap dirinya mulia mungkin belum sempat bertaubat lagi.

Jangan ketawa bila melihat orang lain jatuh. Sesungguhnya Allah sedang mendidik dia supaya bangun semula dengan tabah, redha, hisab diri dan memperbaiki dirinya.

Dalam setiap musibah yang Allah turunkan, ada hikmah dan nikmat yang menyusuli.

Doakan kebaikan kepada penerima musibah dan ambil iktibar daripada kejadian itu.

Wednesday, February 21, 2018

Kisah Lelaki Tidak Pernah Solat






SEORANG lelaki di Arab Saudi tinggal berjiran dengan seorang yang TIDAK PERNAH SOLAT DAN BERPUASA... Suatu malam, lelaki itu bermimpi didatangi seorang lelaki… Lelaki di dalam mimpinya itu, meminta dia membawa jirannya yang tidak pernah solat itu, pergi mengerjakan UMRAH… Dia terkejut dengan mimpi itu… 

Akhirnya dia bertanya kepada seorang syeikh tentang mimpinya itu… Syeikh itu berkata, bahawa jika mimpi berulang lagi, ia mesti MELAKSANAKAN mimpinya itu… Dan memang benar, ia bermimpi lagi… Lantas ia mengunjungi jirannya itu untuk menawarkannya umrah bersama...

Jirannya itu terkejut… “Bagaimana aku akan berumrah, sedangkan aku tidak pernah solat?”…. “AKU AKAN AJARMU BERSOLAT DAN BERUMRAH”…. Akhirnya mereka pun berangkat menuju ke Makkah, dan mengerjakan ibadah UMRAH….

Selesai umrah, mereka bersiap2 untuk pulang… Sebelum pulang, jirannya itu meminta untuk melakukan SOLAT DUA RAKAAT di belakang MAQAM IBRAHIM... Jiran itu pun solat, dan terjadilah hal yang amat menakjubkan... IA MENINGGAL DUNIA DALAM KEADAAN BERSUJUD….. Lelaki yang membawanya terperanjat besar…. Bagaimana mungkin lelaki yang tidak pernah solat dan puasa, meninggal dunia dengan HUSNUL KHATIMAH, sewaktu umrah dalam keadaan sujud?… 

Setelah selesai pengkebumian, lelaki tadi bertanya kepada isteri jirannya itu, tentang apakah AMALAN RAHSIA, yang membawa kematian suaminya dalam HUSNUL KHATIMAH?… Jawab si isteri: “KAMI MEMILIKI TETANGGA SEORANG WANITA YANG SUDAH TUA... Suamiku amat menyayanginya... Suamiku selalu membuat sendiri makanan untuk wanita tua itu waktu pagi, tengahari dan malam…. Dan menghantarkannya kepada wanita tua itu… Wanita itu kerapkali mendoakan HUSNUL KHATIMAH untuk suamiku,” ujar si isteri….

Itulah AMALAN RAHSIA, yang tidak diketahui oleh orang lain, selain isterinya, yang telah mengangkat darjatnya disisi Allah Subhanahu wataala…. Wallahu a’lam… *GAMBAR HIASAN SAHAJA*…

[Ustaz Ramli Joned]

Kisah Rasulullah saw Dan Pengemis Buta





Di sudut pasar Madinah Al-Munawarah, seorang pengemis Yahudi buta hari demi hari apabila ada orang yang
mendekatinya ia selalu berkata "Wahai saudaraku jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya". 

Setiap pagi Rasulullah s.a.w. mendatanginya dengan membawa makanan, dan tanpa berkata sepatah kata pun Rasulullah s.a.w. menyuap makanan yang dibawanya kepada pengemis itu walaupun pengemis itu selalu berpesan agar tidak mendekati orang yang bernama Muhammad. Rasulullah s.a.w melakukannya hingga menjelang Nabi Muhammad s.a.w. wafat.

Setelah kewafatan Rasulullah s.a.w. tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu.

Suatu hari Abubakar r.a berkunjung ke rumah anaknya Aisyah r.ha. 

Beliau bertanya kepada anaknya, "Anakku, adakah sunnah kekasihku yang belum aku kerjakan". 

Aisyah r.ha menjawab pertanyaan ayahnya, "Wahai ayah, engkau adalah seorang ahli sunnah hampir tidak ada satu sunnah pun yang belum ayah lakukan kecuali satu sunnah saja". 

"Apakah itu?", tanya Abubakar r.a.

"Setiap pagi Rasulullah s.a.w. selalu pergi ke hujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang berada di sana", kata Aisyah r.ha.

Keesokan harinya Abubakar r.a. pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikannya kepada pengemis
itu.  

Ketika Abubakar r.a. mulai menyuapnya, si pengemis marah sambil berteriak, "Siapakah kamu ?". 

Abubakar r.a menjawab, "Aku orang yang biasa".

"Bukan !, engkau bukan orang yang biasa mendatangiku", jawab si pengemis buta itu. "Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut dengan mulutnya setelah itu ia berikan pada ku dengan mulutnya sendiri", pengemis itu melanjutkan perkataannya. 

Abubakar r.a. tidak dapat menahan air matanya, dia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, aku memang
bukan orang yang biasa datang pada mu, aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah
tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah s.a.w .

Setelah pengemis itu mendengar cerita Abubakar r.a. dia pun menangis dan kemudian berkata, "Benarkah
demikian? selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, dia tidak pernah memarahiku sedikitpun, dia
mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, dia begitu mulia....

Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat di hadapan Abubakar r.a.

Murah Hati Yang Mahal




Abah singgah solat di sebuah surau.Selesai solat seorang budak menghampiri abah. Sebuah tabung derma dihulurnya. Raut wajah dan gaya pakaian budak itu meyakinkan abah bahawa dia adalah anak yatim yang mewakili sekolahnya memohon sumbangan. Abah menghulurkan derma.

Di suatu sudut beranda surau kelihatan seorang pakcik penarik beca sedang berehat melepaskan penat. 

Budak itu lalu menghampiri pakcik itu dan menghulurkan tabung derma kepadanya. 

Pakcik penarik beca menyeluk saku seluarnya yang lusuh. Sekeping note berwarna merah sepuluh ringgit malaysia dikeluarkan lalu dimasukkan ke dalam tabung derma tersebut.

Budak itu mengucapkan terima kasih seraya berpaling untuk pergi. Tetapi pakcik itu memberi isyarat supaya menunggu. Pakcik menyeluk poket seluarnya yang sebelah lagi. 

Dia mengeluarkan beberapa note kertas berwarna biru dan hijau lalu dimasukkan kesemuanya ke dalam poket baju melayu budak itu. 

“Ini hok mu buat beli makanan.”

Abah kemudian menghampiri pakcik itu, sambil bertanya, “Berapo pendapatan pakcik sehari?” 

Dia berkata, “Tak tentu! Kade-kade ado, kade-kade tak dok.” 

Tanya abah lagi, “Bakpo pakcik sedekah semua duit pakcik kepada budak itu?” 

Jawabnya, “Budak tu anak yatim. Berjalan kaki jauh, lapar. Pakcik tak pe, ada beca, boleh kayuh lagi.” 

Subhanallah... Dia jauh lebih murah hati daripada abah. 

Abah mula berasa sebak. 

“Kalu gitu mari ikut ambo pergi makan.” sambil abah memegang tangannya.

“Hari ni pakcik posa.” jawabnya perlahan. 

Abah tidak mampu bersuara lagi..

Nota: Murah hati yang mahal nilainya ialah apabila sanggup menyumbang harta kepada orang yang memerlukan, sedangkan dia sendiri memerlukannya. Berbeza daripada murah hati yang sanggup menyumbang harta sama ada kepada orang yang memerlukan, dalam keadaan dia sendiri tidak memerlukannya..

Kelebihan orang yang murah hati..
1. Pemiliknya akan mendapat kasih sayang dan redha Allah S.W.T.

2. Bukti kesempurnaan akal, lapang dada dan besar jiwanya.

3. Akan mendapat pertolongan malaikat.

4. Semua manusia akan terdetik hatinya untuk membantu dan bergabung dengan pemilik sifat ini.

5. Seseorang yang berusaha menanamkan sifat ini dengan cara membiasakan dan memupuknya akan mendapat pahala yang besar dan kedudukan yang tinggi di sisi Allah SWT.

6. Ia adalah salah satu sifat Allah SWT dan para wali-Nya.

7. Ia dapat menyatukan hati dan menebarkan kasih sayang antara manusia.

8. Melenyapkan kebencian, kedengkian dan dapat meluluhkan hati.

Beruntunglah kepada yang memahami tulisan ini dan melaksanakannya lalu menyebarkannya.

[Ahmad Ezry]

Tuesday, February 20, 2018

INDAHNYA MA'RIFATULLAH





Suatu ketika Rabi'ah Adawiyah ditanya, "Apa pendapatmu tentang syurga?" 

Dia menjawab, "Pasangan dan rumah" 

Lalu, Rabi'ah pun menjelaskan, "Hatiku tak pernah menoleh ke syurga. Aku tertumpu kepada Sang Pemilik syurga. Siapa yang tidak mengenal Allah di dunia, maka ia tidak akan mengenal-Nya besok di akhirat. 

Siapa yang tidak memperoleh kenikmatan makrifat di dunia, maka ia tidak akan memperoleh kenikmatan menatap wajah Allah besok di akhirat. 

Sebab, tidak ada yang muncul tiba-tiba di akhirat. Semua harus dibawa dari dunia. Seseorang tidak akan menuai selain apa yang ia tanam.

Pada Hari Kiamat nanti setiap orang akan dikumpulkan sesuai dengan bagaimana keadaan ketika ia menyambut kematian, kerana semua manusia akan mati sesuai keadaan ketika ia menjalani kehidupan." 

Makrifat yang dibawa serta oleh seseorang dari dunia itulah yang akan menjadi sumber kenikmatannya di akhirat. 

Hanya saja, dengan disingkapkannya tabir itu, makrifat lalu berubah menjadi musyahadah (penyaksian). 

Dengan begitu, berlipat gandalah kenikmatan yang ia rasakan, seperti kenikmatan yang dirasakan oleh orang yang sedang cintanya mabuk kepayang ketika melihat kekasihnya bukan hanya terbayang dalam khayal, tetapi tertangkap langsung oleh indera penglihatan. 

Di situlah ia menemukan puncak kenikmatan. Kenikmatan syurga dapat dicapai oleh setiap orang sesuai dengan apa yang ia inginkan. 

Orang yang hanya menginginkan pertemuan dengan Allah SWT jelas tidak akan merasakan kenikmatan selain pertemuan itu sendiri. 

Bahkan, yang lain hanya akan membuat dirinya menderita. 

Oleh kerana itu, kenikmatan syurga tergantung pada kadar kecintaan seseorang terhadap Allah SWT, sementara kecintaan seseorang terhadap Allah sangat tergantung pada makrifatnya. 

Jadi, kebahagiaan itu berpangkal pada makrifat, yang dalam istilah agama disebut "iman."

[Ahmad Ezry]

Tidak Ada Jaminan Kekal





Bila kita suka seseorang untuk dijadikan pasangan, kita suka fantasikan yang indah-indah. Fantasi itu akan jadi berlipat kali ganda apabila orang yang kita suka itu, pun suka pada kita.

Mulalah kita membayangkan, yang kita akan berbahagia bersama pasangan itu, merentasi kehidupan penuh bunga dan pelangi, kekal lah hubungan tersebut hingga ke syurga Ilahi.

Tetapi nasihat saya hendaklah kita bertenang. Pijaklah bumi yang nyata. Hiruplah udara untuk merasai realiti dan lihatlah sekeliling.

Alangkan yang sudah berkahwin pun ada yang bercerai, ada yang berbahagia pun dipisahkan tragedi bencana kematian, ada yang terputus kerana salah faham atau ada aib besar yang baru tersingkap.

Realitinya, tiada jaminan kekal terhadap hubungan antara dua manusia.

Bila kita tahu kita suka sama suka, boleh aja rasa suka itu hilang dan terpadam atas sebab tertentu.

Bila kita sudah bertunang, boleh sahaja hubungan itu terputus atas sebab tertentu.

Bila kita sudah berkahwin sekali pun, kita boleh bercerai atau dipisahkan oleh sebab dan tragedi tertentu.

Bahkan, ada pasangan hidup bahagia hingga ke hujung hayat, tetapi di akhirat mereka dipisahkan oleh Allah SWT, seorang di neraka, seorang di syurga dek kerana berbezanya pendirian dalam ketaatan mereka kepada Allah SWT.

Sebagai manusia, kita kerdilkan diri menerima realiti ini. Supaya kecewa tidak memeluk kita terlalu erat apabila perpisahan terjadi. Supaya sangka baik kita kepada Allah, yang mengaturkan pertemuan, yang menyuntik rasa suka, yang mentakdirkan penyatuan.

Adalah hikmahNya Allah aturkan itu semua, dan berakhirnya dengan perpisahan.

Mungkin untuk menyelamatkan kita dari sesuatu, mungkin atas balasan sikap dan dosa-dosa kita, mungkin juga kerana hendak menguji lantas mempertingkatkan keimanan diri. Kita tidak tahu, hanya mampu bermuhasabah, bersangka baik, kemudian selepas memberikan masa untuk bersedih dan sejenak melayan perasaan, kita bangkit kembali meneruskan kehidupan.

Sebab itu hidup ni, kena rapatkan diri dengan Allah. Gantungkan harapan kepadaNya. Banyakkan berdoa, dan pulangkan segala kelebihan, anugerah, kepadaNya. Jangan sesekali rasa bongkak, rasa lebih, rasa terpilih dan istimewa, dengan apa kita ada kerana hakikatnya apa yang kita ada ialah Allah punya.

Allah boleh beri, Allah boleh tarik semula. Termasuklah hubungan kita dan pasangan.

Itulah hakikatnya kita sebagai insan. Kerdil dan tidak berkuasa hatta ke atas orang yang tersangat kita cintai.

Kerana itu Allah SWT apabila menyebut perihal pemberian hidayah, Allah SWT menyebut:

"Sesungguhnya engkau tidak akan mampu memberikan hidayah kepada orang yang amat engkau cintai. Tetapi Allah SWT mampu memberikan hidayah kepada sesiapa sahaja yang Dia kehendaki." Surah Al-Qasas ayat 56.

Sama-sama kita bermuhasabah, kerdilkan diri. Pandang orang yang kita cintai, mengetahui hubungan itu tidak ada jaminan kekal.

Tetapi kita berusaha untuk ianya kekal ke syurga sana. Dengan usaha menjadi pasangan yang baik, yang soleh & solehah, dengan doa dan pergantungan kepada Allah, dengan cinta dan kasih sayang yang ikhlas kerana mahu mendapatkan keredhaanNya.

Moga-moga diizinkanlah kita kekal bersama hingga ke syurga sana.

Jika tidak kekal sekalipun, sesungguhnya kita telah berusaha, dan usaha kita pasti ada ganjaran di sisiNya.

Sesungguhnya Allah SWT tidak akan sesekali menzalimi hamba-hambaNya yang berusaha bersungguh-sungguh penuh ikhlas.

Muhasabah.



[Hilal Asyraf]

Hakikat ‘Ain







‘Ain itu diambil dari kata ‘ana-Ya’inu (bahasa Arab) artinya apabila ia menatapnya dengan matanya. Asalnya dari kekaguman orang yang melihat sesuatu, kemudian diikuti oleh jiwanya yang keji, kemudian menggunakan tatapan matanya itu untuk menyampaikan racun jiwanya kepada orang yang dipandangnya. Allah Subhanahu wa Ta’ala telah memerintahkan Nabi-Nya, Muahmmad shalallahu ‘alaihi wa sallam, untuk meminta perlindungan dari orang yang dengki. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman,

“Dan dari keburukan orang yang dengki ketika dengki.” (QS. Al-Falaq: 5)

Setiap orang yang menimpakan ‘ain adalah hasid (pendengki) dan tidak setiap hasid adalah orang yang bisa menimpakan ‘ain. Karena hasid itu lebih umum ketimbang orang yang bisa menimpakan ‘ain, maka meminta perlindungan dari hasid berarti meminta perlindungan dari orang yang bisa menimpakan ‘ain. Yaitu panah yang keluar dari jiwa hasid dan pelaku ‘ain yang tertuju pada orang yang didengki (mahsud atau ma’in), yang adakalanya menimpanya dan adakalanya tidak mengenainya. Jika ‘ain itu kebetulan menimpa orang yang dalam keadaan terbuka tanpa pelingdung, maka itu berpengaruh pada orang tersebut. Sebaliknya, bila ia menimpa orang yang waspada dan bersenjata, maka panah itu tidak berhasil mengenainya, tidak berpengaruh padanya. Bahkan barangkali panah itu kembali kepada pemiliknya. (diringkas dari Zad al-Ma’ad).

Banyak hadis-hadis shahih dari Nabi shalallahu ‘alaihi wa sallam tentang orang-orang yang terserang ‘ain ini. Di antaranya apa yang disebutkan dalam Shahihain dari Aisyah, ia mengatakan,

“Bahwasanya Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam memerintahkan kepadanya supaya meminta diruqyah dari ‘ain.”
Muslim, Ahmad dan At-Tirmidzi; ia menshahihkannya,

Dari Ibnu Abbas dari Nabi shalallahu ‘alaihi wa sallam beliau bersabda,
“‘Ain adalah nyata, dan seandainya ada sesuatu yang mendahului takdir, niscaya ‘ainlah yang mendahuluinya. Jika kalian diminta untuk mandi, maka mandilah.”

Diriwayatkan Imam Ahmad dan At-Tirmidzi, ia menshahihkannya, dari Asma binti Umais bahwa ia mengatakan,”Wahai Rasulullah, sesungguhnya Bani Ja’far tertimpa ‘ain; apakah aku boleh meminta ruqyah untuk mereka?” Beliau menjawab, “Ya, seandainya ada sesuatu yang mendahului takdir niscaya ‘ainlah yang mendahuluinya.”

Abu Daud meriwayatkan dari Aisyah, ia mengatakan,
“Orang yang menimpakan ‘ain diperintahkan supaya berwudhu, kemudian orang yang tertimpa ‘ain diperintahkan mandi.”
Imam Ahmad, Malik, An-Nasa’i, dan Ibnu Hibban, meriwayatkan dari Sahl bin Hanif,

“Bahwa Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam keluar bersama orang-orang yang berjalan bersamanya menuju Mekah, hingga ketika sampai di daerah Khazzar dari Juhfah, Sahl bin Hanif mandi. Ia adalah seorang yang berkulit putih serta elok tubuh dan kulitnya. Lalu Amir bin Rabi’ah, saudara Bani Adi bin Ka’b melihatnya, dalam keadaan sedang mandi, seraya mengatakan, ‘Aku belum pernah melihat seperti hari ini kulit yang disembunyikan.’ Maka Sahl pingsan. Lalu ia dibawa kepada Nabi shalallahu ‘alaihi wa sallam lantas dikatakan kepada beliau, ‘Wahai Rasulullah, mengapa Sahl begini. Demi Allah, ia tidak mengangkat kepalanya dan tidak pula siuman.’ Beliau bertanya, ‘Apakah kalian mendakwa seseorang mengenainya?’ Mereka menjawab, ‘Amir bin Rabi’ah telah memandangnya.’ Maka beliau shalallahu ‘alaihi wa sallam memanggil Amir dan memarahinya, seraya bersabda, ‘Mengapa salah seorang dari kalian ‘membunuh’ saudaranya. Mengapa ketika kamu melihat sesuatu yang mengagumkanmu, kamu tidak mendoakan keberkahan (untuknya)?’ kemudian beliau bersabda kepadanya, ‘Mandilah untuknya.’ Lalu ia membasuh wajahnya, kedua tangannya dan kedua sikunya, kedua lututnya, dan ujung kedua kakinya, dan bagian dalam sarungnya dalam satu bejana. Kemudian air itu diguyurkan di atasnya, yang diguyurkan oleh seseorang di atas kepalanya dan punggungnya dari belakang. Ia meletakkan bejana di belakangnya. Setelah melakukan demikian, Sahl terbangun bersama orang-orang tanpa merasakan sakit lagi,”

Jumhur ulama menetapkan bahwa ‘ain itu bisa menimpa seseorang, berdasarkan hadis-hadis yang telah disebutkan dan selainnya, karena bisa disaksikan dan fakta. Adapun hadis yang Anda sebutkan, “Sepertiga manusia yang berada dalam kubur mati karena ‘ain,” maka kami tidak mengetahui keshahihannya. Tetapi penulis Nail al-Authar -Imam Syaukani- menyebutkan bahwa Al-Bazzar mengeluarkan dengan sanad hasan dari Jabir dari Nabi shalallahu ‘alaihi wa sallam, beliau bersabda,

“Kebanyakan orang yang mati dari umatku, setelah qadha Allah dan qadar-Nya, karena anfus.” Yakni, karena ‘ain.

Kewajiban atas setiap muslim ialah membentengi dirinya dari setan dan dari kejahatan jin dan manusia, dengan kekuatan iman kepada Allah, ketergantungan dan tawakalnya kepada-Nya, berlindung dan tadharru’ (merendahkan diri) kepada-Nya, ta’awwudz nabawiyah, serta banyak membaca mu’awwidzatain (An-Nas dan Al-Falaq), surat Al-Ikhlas, surat Al-Fatihah, dan ayat Kursi. Di antara ta’awwudz ialah:

أَعُوْذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَامَّةِ مِنْ شَرِ مَا خَلَق

“Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna dari kejahatan apa yang diciptakan-Nya.”

dan bisa juga dengan

“Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna dari murka-Nya dan siksa-Nya, dari keburukan hamba-hamba-Nya, dan dari bisikan-bisikan setan bila mereka datang.”

Juga firman Allah,

حَسْبِيَ اللهُ لآَإِلَهَ إِلاَّهُوَ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ

“Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Ilah selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakal, dan Dia adalah Rabb yang memiiki ‘Arsy yang agung.” (QS. At-Taubah: 129)

Dan doa-doa sejenisnya yang disyariatkan.

Ini adalah makna pembicaraan Ibnul Qayyim yang disebutkan di awal jawaban. Jika diketahui bahwa seseorang telah menimpakan ‘ain kepada orang lain, atau seseorang diragukan bahwa ia menimpakan ‘ain, maka orang yang menimpakan ‘ain diperintahkan supaya mencuci wajahnya dalam bejana, kemudian memasukan tangan kirinya lalu mengguyurkan pada lutut kanannya dalam bejana, kemudian memasukkan tangan kanannya lalu mengguyur lutut kirinya, kemudian mencuci kainnya, kemudian diguyurkan pada kepala orang yang terkena ‘ain dari belakangnya sekali guyuran, maka ‘ain akan sembuh dengan seizin Allah. Hanya Allah-lah yang memberi taufik. Semoga shalawat dan salam Allah limpahkan atas Nabi kita, Muhammad, keluarganya dan para sahabatnya.
(Lajnah Da’imah, Fatawa al-Ilaj bil Quran was Sunnah – ar-Ruqa wama yata’allaqu biha).

Sumber: Fatwa-Fatwa Terkini Jilid 3, Darul Haq Cetakan VI 2011




Friday, February 9, 2018

Ketahui Makna Pelukan Suami




Suami mana tak sayang isteri dan isteri mana tak sayangkan suami dia. Dalam sesebuah perhubungan suami isteri, pelukan adalah sesuatu perbuatan yang penuh makna dan mempunyai kekuatan sendiri.
Kebanyakan isteri tidak tahu apa di sebalik pelukan yang diberikan suami.. haha betul tak?. Takkan tiba-tiba laki peluk tanpa sebab, mesti ada makna tersirat tersurat.
Tahukah anda, kesan apabila suami anda memeluk anda dan ini menurut kajian pakar perhubungan. Pelukan suami sebenarnya dapat mengurangkan tahaf kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri.
Walaupun pelukan yang diberi itu lembut, kita boleh rasai sendiri getaran hangat dalam jiwa raga kita. Suami yang ingin Isterinya menurunkan berat badan digalakkan untuk peluk isterinya lebih kerap
Namun pelukan bukan hanya pelukan. Anda perlu tahu apa yang si suami ingin sampaikan melalui pelukan. Berikut adalah 5 jenis pelukan suami dan maknanya.
1. Pelukan Merangkul Seluruh Tubuh Anda
Biasanya pelukan ini terjadi ketika ada ketegangan ataupun masalah pada anda berdua. Pelukan ini bermakna untuk menenangkan anda. Pelukan ini juga bererti pasangan anda ingin meminta maaf.
2. Memeluk Sambil Meletakkan Kepalanya Di Bahu
Pelukan ini dilakukan suami ketika memerlukan anda. Ada beberapa perkara ini menyebabkan pelukan ini terjadi seperti rindu, penat dan sebagainya. Jika suami anda meninggalkan ciuman di bahu anda, ia bermakna dia tidak mahu kehilangan anda.
3. Pelukan Merangkul Dari Belakang
Pelukan dari belakang menandakan adanya rasa bahagia, rasa ingin melindungi, rasa cinta dan kemesraan.
4. Pelukan Merangkul Dari Tepi
Pelukan ini sangat friendly, dilakukan atas sebab support atau sokongan yang tidak keterlaluan kemesraannya.
5. Pelukan Memeluk Dari Pinggang
Pelukan ini menunjukan perpaduan antara cinta dan ghairah. Boleh jadi suami ingin melakukan hubungan intim dengan anda. Boleh jadi juga ianya sebuah foreplay. Pelukan ini juga boleh menjadi pelukan harian yang mampu memberikan anda semangat.
Lepas ni kalau suami peluk tu, faham-faham la maksudnya especialy no.5 jangan pula buat tak tahu ye. So suami yang dah habis baca tu apa lagi nak ditunggunya peluk laa isteri anda ketat-ketat conform kurus lepas ni.. haha..
[Kredit : http://eberita.org]

Siapa Yang Paling Kita Cintai



Kata Dato Ustazah Norhafizah Musa, ada 4 saat penting untuk kita ketahui siapa yang paling kita cintai.

1) saat sebelum tidur

Ada orang dia spend masa sebelum tidur untuk solat sunat, zikir, baca surah tertentu, baca doa tidur & muhasabah diri. 

Ada pula pegang fon, sama ada main game, tonton movie atau lihat instafamous sampai terlelap.

Ada pula mungkin habiskan masa untuk hal tak senonoh kemudian tidur dalam keadaan bermaksiat kepada Allah.

Kita yang mana?

.
2) saat bangun tidur

Ada orang celik sahaja mata terus teringatkan kerja. Atau terus usik perut ingat nak makan. Atau mungkin terus capai fon. 

Ada orang pula, sebaik terjaga terus tadah tangan & baca doa bangun dari tidur. 

Kita yang mana?

.
3) saat kita berada di depannya

Kita takkan tahu betapa kita cintai sesuatu hal melainkan bila kita cuba menjadi yang terbaik kala berada di hadapannya.

Sebagaimana kekasih ingin bertemu seorang kekasih dalam suatu janjitemu, dia akan memakai pakaian terbaik & menjaga percakapan.

Dalam konteks ibadah, ia adalah waktu kita berdiri di depan Allah untuk solat. 

Bagaimanakah penampilan jasad & hati kita? 

.
4) saat susah & senang

Ada orang susah sahaja terus dia teringatkan mak ayahnya. 

Ada orang susah terus teringatkan suaminya. Teringatkan isterinya.

"Kalau mereka ada tentu mereka bantu aku,"

Siapa yang apabila susah terus istighfar & minta bantuan Allah dahulu? 

Begitu jugalah yang apabila kita diberikan kesenangan, siapa dulu yang hadir dalam hati kita untuk kita mahu share berita baik itu?

Astaghfirullah.
Muhasabah kita bersama. 

.

Jom amalkan doa ini untuk memperolehi cinta sejati dunia & akhirat. InsyaAllah.

اللَّهُمَّ إِنِّى أَسْأَلُكَ حُبَّكَ

Ya Allah, aku mohon pada-Mu cinta-Mu

وَحُبَّ مَنْ يُحِبُّكَ

dan cinta orang yang mencintai-Mu,

وَالْعَمَلَ الَّذِى يُبَلِّغُنِى حُبَّكَ

amalan yang menghantarkan aku menggapai cinta-Mu.

اللَّهُمَّ اجْعَلْ حُبَّكَ

Ya Allah, jadikan kecintaanku kepada-Mu

أَحَبَّ إِلَىَّ مِنْ نَفْسِى

lebih aku cintai daripada cintaku pada diriku sendiri,

وَأَهْلِى وَمِنَ الْمَاءِ الْبَارِدِ

keluargaku, & air dingin di kala aku kehausan.

(HR. Ahmad & Tirmidzi)

.

Jangan Terambil Hak Orang Lain


MANUSIA SERING BERSIFAT TAMAK, TIDAK PERNAH CUKUP-CUKUP dengan apa yang ada .. Lalu mengambil hak orang lain TANPA KEBENARAN... ISLAM MELARANG KERAS KITA dari mengambil hak milik orang lain tanpa kebenaran PEMILIKNYA...

Walaupun barang yang diambil mempunyai NILAI YANG KECIL, misalnya sebatang pensel, apatah lagi kalau yang BERNILAI BESAR atau mahal harganya… PERBUATAN MENGAMBIL HARTA sesuatu kumpulan, jemaah, SEKOLAH, pertubuhan atau HARTA NEGARA, adalah suatu perbuatan yang terkutuk dan BERDOSA BESAR.... Dalam sebuah hadis riwayat Imam Muslim - Dari Abi Umamah Iyas bin Tha'labah al-Harisi r.a, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda :

"BARANGSIAPA YANG MENGAMBIL HAK MILIK SESEORANG dengan sumpahnya (mengambil secara paksa atau merampas), maka Allah SWT telah MEWAJIBKAN NERAKA BAGINYA, dan mengharamkan syurga untuk dimasukinya.. Kemudian seorang lelaki bertanya: "Kalau hanya barang yang sedikit, ya Rasulullah?.. Nabi SAW menjawab: Walaupun hanya sebatang kayu araak (kayu sugi)..".... 

MARILAH KITA BERWASPADA DARIPADA TERAMBIL sesuatu yang bukan milik kita, dalam apa cara bentuk pengambilan sekalipun….. Semoga Allah memelihara kita… Wallahu a’lam… 

[Dari sumber FB Ramli Joned]