Monday, October 31, 2011

Pemerdagangan Manusia - Perhambaan Seks


serenemaklong.blogspot.com

MASIH saya teringat akan tangisan seorang wanita Indonesia yang menjadi mangsa pemerdagangan manusia ketika mengadukan nasibnya kepada wartawan TV3, Mazidul Akmal Sidek untuk program 360. Pertemuan itu diatur secara sulit bagi melindungi nyawa mangsa dan juga wartawan tersebut.

Pada mulanya wanita itu datang ke Sabah atas tawaran pekerjaan di kilang dengan gaji lumayan oleh sepasang lelaki dan wanita yang datang ke kampungnya di Kalimantan. Kerana ingin lari dari kesempitan hidup, dia lalu menerima tawaran tersebut.

Dia tidak tahu nasib buruk yang sedang menantinya. Dia dipukul dan dipaksa  melacurkan diri. Keengganan akan menyebabkan bayinya yang berada di tangan pasangan tersebut dijual. Mahu tidak mahu wanita itu terpaksa tunduk kepada kemahuan mereka.

Memandangkan Mazidul berjaya menyusup masuk ke sarang mereka, dia merayu supaya Mazidul membantu dia dan bayinya lari dari tempat jahanam tersebut.

Dengan ketelitian Mazidul dan kebijaksanaan serta ketangkasan pihak berkuasa, wanita dua beranak itu dan seorang lagi rakan senegara mereka berjaya diselamatkan. Pasangan pedagang manusia juga turut diberkas.

Sesungguhnya, perhambaan dalam konteks asalnya merujuk kepada hak sah pemilikan ke atas individu lain dan mengenakan kuasa ke atas individu itu berdasarkan hak pemilikan tersebut.

Pada zaman moden ini perhambaan dalam konteks asal memang tidak wujud lagi, namun pengeksploitan yang serupa terus berlaku hingga sekarang. Pengeksploit menjadikan individu lain sebagai buruh paksa dengan menggunakan ancaman, tindakan kekerasan dan menyekat kebebasan.

Pemerdagangan manusia kini menjejaskan hampir kesemua negara dalam dunia. Ia sangat berkait rapat dengan ekonomi global.

Penghasilan banyak produk di dunia hari ini dicemari oleh berbagai eksploitasi buruh paksa dan pemerdagangan manusia. Contohnya penyulaman permaidani, penanaman padi, teh, kopi, kapas, pembuatan bahan binaan, perlombongan bahan-bahan galian dan sebagainya. 

Dalam konteks pemerdagangan manusia, pemerdagangan hamba seks adalah kegiatan paling menguntungkan. Meskipun mangsa pemerdagangan seks hanya 4 peratus, ia menjana hampir 40 peratus daripada jumlah keuntungan pemerdagangan manusia yang anggarannya RM292 bilion setahun.

Seperti kata Siddarth Kara dalam bukunya Sex Trafficking: Inside the Business of Modern SlaveryPengedaran dadah menjana perolehan yang besar, namun pengedaran wanita lebih menguntungkan. Tidak seperti dadah, wanita tidak perlu ditanam, dituai, disuling atau dipakej. Tidak seperti dadah,  wanita boleh dipergunakan oleh pelanggan berkali-kali.  

Menurut perangkaan yang dikeluarkan oleh Pusat Sumber Pemerdagangan Manusia Kebangsaan Amerika Syarikat dan Pertubuhan Buruh Sedunia (ILO), terdapat 2.4 juta mangsa pemerdagangan manusia di seluruh dunia. 43 peratus daripadanya dieksploit sebagai hamba seks. Kira-kira 600,000 hingga 800,000 mangsa diperdagangkan merentasi sempadan antarabangsa setiap tahun. Seorang wanita atau kanak-kanak pula diperdagangkan sebagai hamba seks setiap 60 saat!

Pemerdagangan seks memang kejam. Hamba seks yang dijual kepada ibu ayam di rumah-rumah pelacuran di merata dunia menderita berbagai bentuk penderaan seperti dipukul dengan cemeti, dicucuh dengan nyalaan rokok, dibiarkan kebuluran dan dirogol sehingga 10, 15, 20 kali sehari.

Ramai wanita yang berada di pusat-pusat perlindungan di Eropah Barat dan Asia yang bertuah kerana dapat kembali ke pangkuan keluarga dan membina kembali hidup mereka. Namun tidak kurang juga yang diculik dan diperdagangkan semula.

Siddarth Kara menjelajahi banyak negara seperti Myanmar, Thailand, Moldavia dan Mexico, mengharungi ujian getir dan detik cemas ketika berusaha membuat 270 temubual dengan mangsa pemerdagangan seks, pedagang mereka, pelanggan, keluarga dan aktivitis yang berjuang untuk isu tersebut.

Pada 2009, dia dilantik sebagai Felo Pemerdagangan Manusia untuk Dasar Hak Asasi Manusia Pusat Carr di Harvard Kennedy School, Amerika Syarikat. Kini dia menjadi penasihat kepada Bangsa-bangsa Bersatu dan beberapa kerajaan di dunia, termasuk Malaysia, menghulurkan bantuan kepakaran dalam usaha membanteras perhambaan dan  menyumbang idea dalam penggubalan dasar dan undang-undang.

Bagi membasmi penghambaan seks, Siddarth Kara mahu pengeksploit dan pelanggan  dihukum di segi ekonomi. Pihak kerajaan tidak perlu berusaha mengubah sikap mereka kerana itu hanya sia-sia. Ada ramai lelaki beranggapan membeli gadis sunti untuk khidmat seks tidak salah. Jika dihukum di segi ekonomi di mana pembelian seperti itu dibuat dalam satu cara yang tidak berbaloi, mungkin mereka terpaksa berfikir dua kali sebelum melakukannya.   

Penawaran hamba seks dipacu oleh faktor kemiskinan, pandangan serong terhadap jantina dan keturunan etnik, ketiadaan undang-undang yang efektif dalam sesebuah negara, rasuah dan populasi yang kehilangan tempat tinggal. Ramai yang tertarik bila pedagang menawarkan berbagai “peluang” mendapatkan gaji lumayan, terutama bagi mereka yang berhadapan dengan kelaparan dan kebuluran.   

Membasmi kemiskinan memang sukar namun semua harus berusaha menyelesaikan masalah pemerdagangan manusia dengan memutuskan sumber penawaran dan menghukum pengeksploitnya terlebih dahulu. Bila tiada penawaran, seluruh industri jelek ini boleh dimusnahkan.

Cara membasmi kegiatan ini berbeza-beza di antara sebuah negara dengan negara lain. Namun elemen asas yang harus dipersetujui oleh setiap negara ialah perlindungan dan penjagaan bagi mangsa serta hukuman keras ke atas pedagang. Kerana itu Siddarth Kara banyak membuat perbincangan dengan para penggubal dasar dan undang-undang demi mencapai usaha tersebut.

Dengan sumber yang cukup, keazaman politik dan usaha berterusan, mungkin akan  wujud satu kerangka kerja global bagi membanteras pemerdagangan manusia.

Wednesday, October 26, 2011

Halal Haram Perniagaan Di Internet


serenemaklong.blogspot.com

DUNIA teknologi Internet begitu pantas berkembang. Penggunaannya kini bukan setakat sebagai perpustakaan terbesar di dunia, malah sudah menjadi pasaraya mega.

Fungsinya bukan setakat menggantikan surat dan pejabat pos, tetapi sudah menjadi pusat urusniaga dan tempat mencari kekayaan secara maya.

Realiti ini menyebabkan terlalu ramai masyarakat kita yang begitu teruja untuk kaya hingga tidak memikirkan isu halal dan haram.

Secara mudah, terdapat tiga cara untuk mencari duit di Internet, iaitu melalui perniagaan Internet, program Internet dan pelaburan Internet.

Dari aspek hukum syariah, ketiga-tiganya tidak halal secara mutlak dan tidak haram secara mutlak. Ia bergantung kepada akad kontrak dan elemen yang wujud dalam urusniaga tersebut.   

Perniagaan Internet sebenarnya seperti perniagaan konvensional iaitu proses jual beli barang atau mengambil upah. Hanya aplikasinya yang berbeza kerana urusniaga perniagaan Internet berlaku secara maya.

Namun, prosesnya masih sama kerana berlaku pertukaran barang atau memberi dan mengambil upah perkhidmatan.

Biasanya, barang yang dijual adalah dalam bentuk produk digital, fizikal atau dalam bentuk perkhidmatan. Contoh produk digital yang biasa dijual beli di Internet adalah
e-book (buku elektronik), web hosting, gambar grafik, audio kuliah,video ceramah, tutorial dan sebagainya.

Produk fizikal pula adalah seperti menjual cakera padat (CD) media, produk kesihatan, buku dan sebagainya. Satu lagi bentuk perniagaan Internet adalah dalam bentuk perkhidmatan seperti mengambil upah, membina laman web, meletak iklan, mereka bentuk grafik, menaip atau menterjemah sesuatu tulisan.

Semua contoh tersebut adalah hal dan sah urusniaganya jika memenuhi syarat yang ditetapkan syarak dalam setiap akad urusniaga itu.

Ini kerana perniagaan Internet menggunakan kontrak jual beli (al-bay) atau upah (ujrah).  Kontrak ini diharuskan dalam muamalat Islam.

Walaupun begitu, setiap kontrak jual beli mesti ada rukun-rukunnya, iaitu penjual, pembeli, barang, bayaran dan akad. Setiap rukun tersebut mempunyai syarat sahnya. Sebagai contoh, penjual mesti memiliki atau boleh mewujudkan barangan tersebut dan boleh menyerahkannya kepada pembeli. Begitu juga antara syarat sah barang jualan mestilah sesuatu yang halal dan bukan mempunyai unsur lucah atau perjudian.

Dalam jual beli Internet, suatu perkara penting adalah penjual perlu memberi maklumat berkaitan barang dengan lengkap seperti bentuk, kualiti, kuantiti dan sebagainya.

Akad yang dilakukan di Internet memadai dengan menggunakan butang persetujuan seperti butang submit dalam borang pesanan. Justeru, jika semua syarat ini dipenuhi, sahlah urusniaga jual beli dalam Internet.

Program Internet pula adalah suatu sistem automatik maya anjuran pihak tertentu bagi memberi pulangan wang kepada pihak lain.

Program ini ada yang halal dan ada yang haram bergantung kepada jenis kontrak serta bentuk program tersebut. Secara umum, program Internet terbahagi kepada beberapa jenis. Antara tiga yang popular adalah program affiliate, program pengiklanan dan program piramid.

Program affiliate bermaksud pemilik laman web perniagaan itu yang melantik ejen untuk mempromosi alamat laman web perniagaan tersebut . Ini bererti mereka yang menyertainya akan diberikan alamat url affiliate ID tersendiri dan bertanggungjawab dalam kerja-kerja promosi.

Jika terdapat pembeli yang klik ke url tersebut dan kemudian membeli sesuatu di laman web perniagaan, pemiliknya akan memberi komisen kepada peserta tersebut.

Program ini pada asasnya halal kerana menggunakan akad ujrah (upah). Namun, ia bergantung kepada kandungan dan produk laman web yang disertai sama ada halal atau haram.

Program pengiklanan pula bermaksud, pihak penganjur memberi upah kepada peserta yang menyediakan ruang di laman web mereka untuk iklan daripada penganjur.

Justeru, penganjur akan menjadi orang tengah yang menyalurkan iklan pembeli iklan ke dalam laman web mereka. Peserta akan dibayar, sama ada mengikut bilangan klik atau bilangan paparan oleh pelawat laman webnya.

Antara contoh program ini yang popular adalah Google Adsense, Nuffnang dan Text-Links-Ads.

Program ini juga halal seperti program affiliate, kecuali terdapat sebab mengharamkannya seperti iklan yang disertai mengandungi kandungan lucah atau haram dan tidak disalah guna seperti diklik sendiri oleh peserta.

Jadikan Esok Lebih Baik Daripada Hari Ini


serenemaklong.blogspot.com

Hidup ini bagaikan sebuah sekolah. Setiap hari manusia menjalani pelbagai peristiwa  berbeza-beza. Setiap hari juga ada cabaran tersendiri.

Umumnya orang berusia lebih dihormati berbanding orang muda. Ini adalah kerana mereka telah melalui lebih banyak cabaran hidup yang mematangkan mereka.

Sebenarnya, setiap cabaran dan ujian yang dihadapi setiap hari adalah cara Allah SWT mengajar hamba-Nya supaya berfikir untuk mencari jalan penyelesaian demi menjadikan esok lebih baik daripada hari ini. Mari kita melihat secara praktiknya.

Langkah 1: Fikirkan secara sedar penyelesaian untuk setiap cabaran hidup.  

Setiap hari sebenarnya sama ada sedar atau tidak, kita sentiasa berfikir untuk menyelesaikan cabaran yang kita hadapi. Dalam kebanyakan hal, perkara ini berlaku secara automatik dengan kesedaran. Sebagai contoh, anda menghadapi masalah anak yang lemah Bahasa Inggeris. Walaupun tanpa kaedah sistematik, anda berfikir dan membuat berbagai countermeasure supaya anak anda dapat menguasai Bahasa Inggeris.

Walaupun secara fitrahnya, seorang manusia akan cuba menjadikan hari esok lebih baik daripada hari ini, sekiranya dilakukan dengan penuh kesedaran, penyelesaian yang terhasil akan terbenam lebih jauh di benak. Penyelesaian yang terhasil juga akan bertahan lebih lama di dalam hidup, berbanding jika ia berlaku secara automatik tanpa kesedaran.

Langkah 1 - untuk mempraktikkannya:
  • Sediakan sehelai kertas dan pensel.
  • Bahagikan kertas itu kepada tiga ruang.
  • Tuliskan cabaran yang sedang dihadapi di ruang pertama.
  • Fikir dan tuliskan alternatif-alternatif  yang mungkin dapat menyelesaikan cabaran itu.
  • Analisis setiap alternatif yang ditulis, pilih alternatif terbaik dan tuliskan di ruang ketiga.
  • Laksanakan alternatif yang dipilih.

Langkah 2 - tulis dan kongsikan alternatif terbaik itu dengan orang lain.

Sesetengah orang mempunyai pemikiran yang sangat matang walaupun masih berusia muda. Ada pula sesetengah orang berfikiran seperti anak muda walaupun sudah berumur. Orang yang matang fikiran mendapat “rezeki“ kesulitan dalam hidup. Ramai orang sukakan kesenangan dan bencikan kesukaran. Sebenarnya kesulitan itu adalah nikmat yang sangat besar dari Allah SWT.

Orang yang menghadapi kesukaran dan kesulitan akan berfikir secara mendalam bagaimana hendak “keluar“ daripada kesusahan tersebut. Langkah yang diambil untuk keluar dari kesusahan akhirnya menjadi satu “tatacara“ dalam kehidupan mereka.

Sebagai contoh, orang yang selalu dimarahi oleh bos akan berasa bosan dengan keadaan tersebut. Dia mula mengkaji bagaimana hendak berkomunikasi secara lebih berkesan. Penyelesaian yang ditemui akan menjadi tatacara di dalam hidupnya, di mana dia berjaya berkomunikasi secara berkesan dengan hampir semua orang yang ditemui. Dia akan dilihat sebagai seorang yang berakhlak tinggi dan dihormati oleh orang-orang di sekeliling.  

Sayangnya, kebanyakan tatacara hidup yang terhasil tidak kekal lama. Apabila cabaran yang dihadapi hilang, kita pun melupakan tatacara yang telah kita hasilkan.  

Bagaimana hendak memastikan tatacara itu tidak hilang? Mudah sahaja – tulis dan kongsikan. Tulislah segala penyelesaian ke atas cabaran hidup yang anda temui dalam diari, blog atau apa sahaja. Apabila anda menulis, anda sebenarnya menguatkan tatacara itu di dalam minda.

Satu lagi perkara penting ialah berkongsi pengalaman itu dengan orang lain. Anda bukan sahaja membantu mereka menghadapi cabaran yang serupa, tetapi anda juga dapat menguatkan kefahaman anda sendiri tentang tatacara tersebut.

Begitulah sunnatullah yang berlaku di dunia ini. Mereka yang memberi selamanya tidak akan rugi, bahkan akan menerima berlipat kali ganda daripada apa yang mereka berikan. Oleh itu janganlah berlengah lagi.
·        Fikir secara sedar penyelesaian kepada cabaran hidup yang sedang dihadapi.
·        Tulis penyelesaian tersebut sebagai satu tatacara.
·        Kongsikan ia dengan orang di sekeliling.

Saturday, October 22, 2011

Pure Essential Oils - Pure Aromatherapy


serenemaklong.blogspot.com

HAVE you ever wondered just how essential oils work – if, in fact, they do work on any level other than “smelling good”? The therapeutic value of any essential oil is directly related to number of factors from the manner in which the plants are grown all the way up to the handling of the finished product.

The highest quality plants are grown organically on land which has never been sprayed with pesticides and on which chemical fertilizers have not been used. The land is far away from factories and major highways where pollution can damage the delicate healing properties locked deep within each tender young leaf, flower, stem and root. Even the water used for irrigation is extremely important as chemicals – and often drugs – which are in municipal water supplies affect the plants adversely, it is quite important that care be taken not to reduce their healing capabilities. It would be far better for them to be watered with pure mountain-stream water far from the toxins of the cities.

Once the plants have been nurtured and allowed to mature naturally, it is important that care be taken in the harvesting and extraction, which is most commonly accomplished through steam distillation. As soon as the plant is cut, it begins to lose potency. It is essential that the distillery be located close to the farm in order for the time between the actual harvesting and the distillation to be minimised.

Next comes the process of unlocking the natural healing compounds held within the carefully-grown plants – the precious drops of essential oil. This golden liquid has often been called the “life force” or “blood” of the plant. Much like the blood of the human body, essential oils deliver oxygen and nutrients to all parts of the plant. In addition they have the capability of fighting bacteria, viruses, and other destructive things that could injure the plant. When the leaf or stem of a plant is cut or torn, it is the essential oil that rushes to the site of the “wound” to repair the damage just as human blood responds to cuts or injuries. Amazingly, even the major chemical components are the same as those of human blood – carbon, hydrogen, oxygen, and nitrogen. This is why the pure oils are so compatible with the human body.

The proper extraction or distillation of the essential oils from the plants is time-consuming and precise process if all of the delicate chemical constituents are to be retained in the finished product. For instance, cypress twigs require 24 hours of distillation at 130 degrees centigrade and only five pounds of pressure in order to produce a quality essential oil. If the time is reduced by just two hours, the resulting oil will be missing 18 of the constituents that should be present in the therapeutic-grade cypress!

You may be wondering, “What would happen if the temperature and/or pressure were increased? Couldn’t the oils be produced more rapidly” The oils would still smells the same, but the therapeutic value would dramatically reduced. Unfortunately, this is one of the ways that inferior oils are produced as the shorter distillation time lowers the cost involved – and it is impossible to detect this adjustment by the aroma. Often, the same plants are even distilled several times, and then synthetic fragrance is added!

Can synthetic oils be effective as natural ones which are carefully grown and properly distilled at low temperature and pressure for the full length of time The answer is quite simple when one understands how the oils work. Whereas pharmaceutical drugs are designed to treat symptoms, pure and natural essential oils work to achieve balance within the body. This is known as “homeostasis”. Our bodies desire to be in balance, but we often do many things to disrupt that natural balance. For instance, we eat chemically altered food, breathe polluted air and slather products filled with harmful chemicals on our bodies. When we introduce a pure, therapeutic-grade essential oil such as lavender which has hundreds of chemical constituents, which does not offer the body a significant healing opportunity.

As humans, we often have a tendency to believe “if a little is good, then more must be better.” This has led to chemists to isolate some of the major constituents of various oils which have particular properties. Then, after testing the constituents of the natural substances, synthetic ones are produced. Within Nature total balance exists, but imbalances often can occur when individual constituents are isolated. This is evident in the essential oil of wintergreen (botanical name Gaultheria procumberns) has exceptional pain-relieving qualities and is quite gentle to the human body in its natural form. Through laboratory testing, it was discovered that the primary source of pain relief comes from methyl salicylate. This constituent was then isolated and produced synthetically – as substance which we know as aspirin. Aspirin does retain wonderful pain-relieving qualities, but it can be toxic if taken in large amounts. This is what causes many challenges when synthetic ingredients are added to essential oils. Often methyl salicylate is added to inferior quality essential oil of wintergreen to boost the pain-relieving properties. This disrupts the balance of the essential oil, often causing it to become toxic to humans.

You may wondering now, “ even if all this is true, how can I access these healing properties?” The molecules of essential oils are very small – so small, in fact, that they are able to penetrate the skin quite easily. Almost all essential oils are absorbed into the skin within two minutes – and many absorb within seconds! They are then ready to begin their task of oxygenating the cells of the body and returning it to a state of homeostasis through offering the many chemical constituents which can potentially assist in achieving this balance. In addition, the oils are volatile, which means that they naturally diffuse into the air that we breathe.

As the tiny molecules are inhaled, they stimulate the limbic system. This is the part of the body related to emotions. When one inhales the aroma, it is actually the tiny molecules of the essential oils entering the body, and one is able to positively affect emotional balance as well as balance upon the physical level.

Years ago scientists discovered that every living thing has a frequency which can be measured. The unit of measurement is called megahertz (mHz). Studies at many universities in Europe and the USA found the following range of frequencies for certain foods and even for the human body both in a healthy state and when illness or disease is present. It was established that the frequency of a healthy human is 62-68 mHz.

Human Brain
72-90 mHz
Healthy Human Body
62-68 mHz
Cold Symptoms
58 mHz
Flu Symptoms
57 mHz
Candida
55 mHz
Epstein Barr
52 mHz
Cancer
42 mHz
Death Begins
25 Mhz

The following range of frequencies was also established:

Processed Canned Food
0 mHz
Fresh Produce
0-15 mHz
Dry Herbs
12-22 mHz
Fresh Herbs
20-27 mHz
Essential Oils
52-320 mHz

What does all this have to do with how essential oils can positively affect your health and your life? It is a principle of physics that when two objects which have different frequencies are placed in close proximity to one another, the one with the lower frequency will shift upward. Further studies have indicated that pure, therapeutic-grade essential oils have the ability to raise the frequency of the human body. Thus, the introduction of these tiny droplets either through inhalation or absorption through the skin can even raise the frequency of the body above that of illness or disease! This is an amazing property for assisting everyone in achieving optimum health.

These tiny gifts from Nature are truly some of the most powerful healing substance known today!

Can you tell if an essential oil is “therapeutic-grade” or even “pure” by the smell? Sometimes, it is possible, but certainly not always. Occasionally, you may be able to detect certain solvents which are commonly used in extracting inferior oils and/or to boost the volume inexpensively. However, more often than not, it is not possible to detect the quality of the oil by the aroma. As the public is more educated, more sophisticated methods of camouflaging the quality are employed, but there are certain guidelines that will assist you in your selection. Oils which have the AFNOR standard on the label have passed the strictest tests. This is the Association of French Normalisation Organisation Regulation. You can feel confident about the purity and the therapeutic value of any oil which has earned this designation.

Are there other pure, therapeutic-grade oils available? Absolutely, but it could be difficult to determine the quality without the use of gas chromatography – the intricate laboratory analysis. However, you may choose to ask the supplier the following questions which can assist you in deciding whether the oil is of a suitable quality for your needs.

THE TEN ESSENTIAL STEPS
HOW TO BE SURE YOUR ESSENTIAL OILS ARE THERAPEUTIC GRADE

  • Are the fragrances subtle, rich, organic, and delicate?
  • Do the fragrances of your oils vary from batch to batch – an indication that they are pure and painstakingly distilled in small batches rather than industrially processed on a large scale?  
  • Does your supplier send each batch of essential oils it receives through up to five different chemical analyses before it is released?
  • Are these tests performed by independent laboratories?
  • Does your supplier grow and distill its own organically grown herbs?
  • Are the distillation facilities part of the farm where the herbs are grown so they are freshly distilled to maintain their potency?
  • Does your supplier use low pressure and low temperature to distill the essential oils, preserving all of their delicate chemical constituents?
  • Are the distillation cookers fabricated from costly stainless steel alloys to reduce the likelihood of the oils chemically reacting with the metal?
  • Does your supplier have representatives travelling worldwide, to personally inspect the fields and distilleries where the herbs are grown and distilled?
  • Do they scrutinize the facilities to check if that no synthetic chemicals are being used in any of these processes?

If your answer to ALL of these questions is “yes”, you can feel confident that your oils are therapeutic grade – the highest standard available.

Are you now thinking, “Can I afford to use pure, therapeutic-grade essential oils?” Perhaps a better question might be, “Can I afford NOT to use pure, therapeutic-grade essential oils?”  

ESSENTIAL TIP
When travelling, apply 1 drop of pure, therapeutic-grade essential oil of CEDARWOOD to the rims of your ears and the base of your skull, and then cup your hands over your nose, inhaling the aroma deeply. This will rapidly oxygenate the cells of your brain, allowing you to arrive fresh and alert.

(Written by Frances Fuller in SpaAsia)

Thursday, October 20, 2011

Paderi Melayu, Sami Solat


serenemaklong.blogspot.com


(Inilah wajah paderi Melayu dari Singarpura, Razman Zakri yang giat mengkristiankan orang Melayu Malaysia)
                                                                                                            

DALAM catatan Frank Swettenham yang pernah menjadi penguasa British di Selangor pada zaman penjajahan dahulu ada tertulis kenyataan bahawa para mubaligh yang dihantarnya untuk mengkristiankan orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu seringkali pulang hampa kerana kaum itu teguh beragama Islam.

Ketika itu semua orang Melayu dianggap beragama Islam. Masih benarkah lagi andaian  seperti itu?

Rasa-rasanya keadaan sekarang sudah banyak berubah. Zaman dunia tanpa sempadan hari ini telah menggantikan pegangan agama dengan HIBURAN. Iman semakin menipis dan amalan agama dipandang ringan.

Di Singapura, ada paderi kristian dari kaum Melayu yang bernama Razman Zakri. Dikatakan dia dan pengikutnya telah tiba di Malaysia dan sedang mengembangkan ajaran itu di Seremban. Mereka mengubah Akidah umat Islam yang alpa dengan menggunakan sihir.

Adalah dinasihatkan supaya saudara seagama jangan menerima air mineral yang mereka jual secara murah ataupun beri percuma. Jenama-jenama air mineral itu ialah:
  • Al-Baramkah
  • Al-Mansori
  • Al-Bistaria
Semua air ini telah dicampur dengan holy water.

Sehubungan dengan perkara di atas, cuba pula amati gambar-gambar berikut:

             


Adakah lelaki-lelaki berpakaian sami Buddha dan bersolat jemaah di masjid ini orang Islam? Di segi Akidah, adakah mereka pro-Islam? Mungkinkah mereka baru lepas memeluk agama Islam dan kemudian bersolat jemaah di Selatan Thailand? Bagaimana dengan pakaian mereka? Bukankah agama Islam menegah umatnya memakai pakaian solat yang menyerupai pakaian solat agama lain?

Ada banyak persoalan dan kecurigaan di sini. Umat Islam hari ini jangan terlalu mudah dikelirukan. WASPADALAH! 

Kita tidak mampu mengangkat senjata untuk menegakkan agama kita tetapi kita boleh menyebar luaskan bahaya ini daripada merosakkan Akidah saudara seagama. Semoga semua mukmin dirahmati Allah SAW.

Green Tea - From Ancient Rituals To The Spa

serenemaklong.blogspot.com

GREEN tea is not only one of the best antioxidants for sustaining a healthy body on the inside, a new research demonstrates the benefits of applying green tea topically to our skin.

Polyphenols, the active ingredient found in green tea is high in antioxidant. Green tea contains four main polyphenols known as catechins.  This powerful antioxidant that are water soluble compounds, make up a subgroup of flavonoids that are also commonly found in fruits, vegetables, coffee and chocolate. Clinical tests have shown that its antioxidant activity destroys free radicals and reactive oxygen species that can damage DNA, cell membranes and other cell components, and thus make the body more susceptible to cancer and other degenerative diseases. 

Originating from the camellia sinensis, a shrub in Asia, people have been drinking green tea as the elixir of choice for centuries now.

Holistic spa consultant, Miriam van Dorn supports the research that green tea has been linked to skin cell rejuvenation. When used in creams and lotions, green tea has a soothing and moisturising effect on the skin. Research has shown that green tea used in skin care products also protects the skin from the deadly dangers of ultra violet rays.

A Japanese researcher from the Make Life Better Corporation has discovered a way to create oil from green tea catechins that is believed to oxidize less than a water-soluble version. Catechins are a tannin found in green tea leaves that that are believed to have at least 100 times more antioxidants than Vitamin C. The process is similar to the extraction of water based catechins where the leaves are steamed, dried and ground into a powder except it is the oil that is being extracted from this process. The oil has a natural green colour and fragrance and is reportedly blended with olive oil and Vitamin E to create Green Tea Oil.

GREEN TEA RECIPE

Steep 100 g of loose whole green tea leaves in half a litre of boiled mineral water at room temperature for at least one hour. Strain the liquid and it's ready to use! It's better to make small quantities and use it fresh but surplus liquid can be poured into clean, sterilised bottles and refrigerated. It's better to use loose tea instead of using teabags. Teabags usually use the cut, ground or 'dust' leaf. These produce fewer antioxidant properties and tend to contain more caffeine.

The liquid can be used as a spritzer, to freshen up the face, or cotton pads soaked in it can be particularly soothing for tired or strained eyes. It has antiseptic properties, so it can be used to treat minor cuts and rashes, and is surprisingly effective when applied to spots and blemishes. As a treatment for sunburn - soak a cloth in the liquid.

(Source: Spa Asia) 

Monday, October 17, 2011

MyKasih - Perintis Kebajikan Tanpa Tunai


serenemaklong.blogspot.com



YAYASAN MyKasih ditubuhkan oleh Ngau Boon Keat dengan tujuan untuk membantu keluarga daif keluar dari jurang kemiskinan. Bermula hanya dengan 25 keluarga penerima pada Disember 2008, kini ia berkembang sehingga hampir mencecah 10,000 keluarga.

Bagi pengasasnya, bantuan berbentuk kewangan bulanan, atau derma yang dihulurkan hanya sekali-sekala tidak akan membantu keluarga daif dalam tempoh jangka panjang. Yang diperlukan ialah pendidikan dan kemahiran yang boleh membantu mereka menyara diri dengan lebih baik lagi.

Menerusi para sukarelawan Yayasan MyKasih, tusyen percuma diberikan kepada anak-anak sekolah daripada kalangan keluarga yang berdaftar dengan pertubuhan tersebut.

Keluarga berkenaan juga digalakkan menyertai berbagai kursus latihan kemahiran seperti menjahit, membuat kek dan biskut serta dandanan rambut sebagai sumber pendapatan tambahan, di samping menerima nasihat mengenai cara merancang dan berbelanja mengikut bajet yang telah ditetapkan. 

Buat masa ini MyKasih melaksanakan program kebajikannya menggunakan dana yang didermakan oleh 30 badan korporat, contohnya Petronas, Kumpulan Ambank, Kumpulan Dialog dan Sime Darby.

Berbeza daripada badan-badan kebajikan lain, MyKasih merupakan perintis cashless distribution of welfare yang tidak menghulurkan bantuan berbentuk wang tunai, makanan atau pakaian. Sebaliknya, elaun bulanan tetap diberikan kepada setiap keluarga untuk membeli keperluan masing-masing dengan menggunakan MyKad.

Proses pemilihan keluarga
  • Penderma memilih komuniti
  • NGO tempatan mengenal pasti dan memilih keluarga yang memerlukan
  • Maklumat diberikan kepada Yayasan MyKasih
  • NGO kebangsaan pihak ketiga (contoh Lions Club, Rotary Club dsb) mengesahkan keluarga yang dipilih  
  • Penderma memberikan kelulusan muktamad
  • Keluarga yang diluluskan didaftar ke dalam sistem Yayasan MyKasih
  • Keluarga dimaklumkan mengenai penerimaan mereka.
  • Keluarga menjalani sesi orientasi
  • Keluarga membeli makanan yang mereka pilih

Surirumah Fauziah Ali, 48 dari Sentul yang hidup dalam kedaifan selama 8 tahun menyertai MyKasih dua tahun lalu. Dia kemudiannya diminta mendaftarkan butiran MyKadnya kepada kedai runcit pilihan sendiri yang berdekatan dengan rumah.

Setelah itu dia diminta menentukan barang keperluannya menerusi satu senarai 10 kategori jenama barangan makanan yang termasuk beras, tepung, gula, susu dan minyak masak.

Di kaunter kedai, Fauziah menggunakan MyKad sepertimana seseorang menggunakan kad debit, dengan memasukkan PIN 6-digit bagi mengesahkan urusan pembelian. MyKasih melunaskan bayaran kepada pekedai runcit tersebut dalam tempoh 24 jam selepas pembelian.

Cara ini tidak diragui keselamatannya kerana peranti pembaca kad hanya mengenali barang keperluan yang telah dipilih sahaja. Ia secara automatik menolak semua pembelian barangan lain. 

Ibu tunggal, Pusparany Nachan, 47, yang kehilangan suami dalam satu kemalangan dan terpaksa menyara 8 orang anak, berasa gembira bila anak perempuannya yang memperoleh 9A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia baru-baru ini telah menerima bantuan RM700 daripada Shell Malaysia, badan korporat rakan MyKasih.

Hidupnya kini lebih selesa kerana wang yang dijimatkan daripada pembelian makanan boleh digunakan untuk melangsaikan bil-bil.

MyKasih berjaya menarik sumbangan badan-badan korporat besar disebabkan ketelusan pengendalian dan kaedah penyampaian dana yang berinovasi kepada keluarga daif. Sistem ini sangat berkesan dalam mencegah salah guna dana sumbangan.       

Setiap ringgit yang disumbang oleh badan-badan penderma pasti sampai kepada komuniti yang mereka pilih. Tiada ketirisan dana sama sekali kerana semua kos pentadbiran ditanggung sendiri oleh pihak MyKasih. Tambahan pula, badan-badan berkenaan menerima laporan terperinci mengenai cara dana dibelanjakan.

Program ini menggalakkan penderma menaja-angkat keluarga atau seluruh komuniti setempat di mana syarikat itu beroperasi atau penderma itu tinggal.

Seseorang yang telah berjaya dalam hidup boleh membalas jasa komuniti setempatnya dengan menyumbang bakti kepada mereka. Tindakannya mungkin akan menjadi inspirasi kepada pihak lain, terutama generasi muda untuk mencapai kejayaan dan berbakti kepada masyarakat.

Seharusnya pihak kerajaan meneliti sistem yang berwawasan jauh ini dalam mengagihkan bantuan kebajikan agar ia benar-benar sampai kepada kumpulan sasaran.

Excessive Sweating - Hyperhidrosis


serenemaklong.blogspot.com

THE term hyperhidrosis is used when a person sweats at inappropriate times and suffers because of it.

How much the condition interferes with one’s life depends in part on the social environment.

A construction worker, for instance, is probably not bothered by excessively sweaty armpits. For a receptionist at a plush hotel, however, sweaty hands resulting from hyperhidrosis can be a serious problem. The hands may become so wet, in fact, that beads of sweat roll off them. 

There are two kinds of hyperhidrosis, primary and secondary. In the latter case, the sweating occurs as a result of another medical condition such as an infection, an illness, a hormonal disorder or poisoning. Doctors then treat the underlying condition.

In primary, or focal hyperhidrosis, no cause can be found. Maybe the problem lies in the person’s head, or maybe in the nerves that lead to the sweat glands.

“The regulation of body temperature by the brain is complex. There is a range of just one or two degrees in which the body feels comfortable, “ said Uwe Wollina, head physician at the Dermatology and Allergology Clinic at Dresden-Friedrichstadt Hospital.

If the body’s temperature begins to rise or sink too much, it takes vital counter-measures. In hot conditions, blood flow is increased to he skin, a process visible in a person’s reddened face. Meanwhile, the sweat glands secrete water, which evaporates on the skin and thereby, cools down the body as well. 

Hyperhidrosis affects approximately 1% to 3% of the adult population in industrialized countries. The condition usually begins during puberty or young adulthood.

Excessive sweating occurs mainly in the armpits. The soles of the feet and palms of the hands are frequently affected as well. Sweating can be so bad that the person’s shoes become soggy and he or she is afraid to shake someone’s hand.

While doctors remain in the dark about what causes primary hyperhidrosis, its treatment is not difficult. There are medications that disable the sweat glands.

The drawback is that all glands then produce less secretions, including the tear glands and salivary glands,” Wollina said. Possible side effects are therefore a dry mouth and dry eyes.

For excessive underarm sweating, Berthold Rzany, a dermatologist and clinical epidemiologist at Berlin’s Charite university hospital, recommends a deodorant containing aluminium chloride or aluminium chloride hexahydrate.

These antiperspirants help in mild cases of hyperhidrosis. People whose skin is irritated by these chemicals or who find them ineffective can have botulinum toxin (Botox) injected into their underarms, which temporarily blocks the nerves that stimulate sweating. The toxin is effective for at least six months, after which the painful procedure must be repeated.

For excessive sweating of the hands and feet, iontophoresis can help. The hands and feet are placed into basins filled with tap water. Electrodes then pass a gentle current of electricity through the water to lower the sweat glands’ production. The procedure must be repeatedly daily at first. Iontophoresis can also be done at home; the necessary equipment is available,” Wollina said.

If none of these methods help, doctors can surgically remove the sweat glands.

Another therapy, which has been practiced for about three years now and is not yet routine involves burning away sweat glands in the armpits with a laser.

There is, strictly speaking, no cure for hyperhidrosis. Almost all of the therapies are prolonged. Left untreated, excessive sweating can, however, decrease over time. It can take a while though. For untreated women, hyperhidrosis does not improve until menopause. - dpa