Wednesday, December 30, 2015

Jihad Mempertahankan Diri Dan Harta

Penjelasannya: Mempertahankan diri hendaklah dimulakan dengan perkara yang paling ringan mudaratnya dahulu, seperti menasihatinya atau menggunakan mulut, kemudian kalau mereka masih berdegil gunakan tangan atau alat yang lain sehinggalah sampai kepada pembunuhan. Jangan bila ada ancaman terus dibunuhnya! [Penjelasan dari Ustaz Dr Abu Anas Madani]
SEJAK semalam media sosial dibanjiri kisah mengenai Zulkifli yang didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan gara-gara menikam seorang perompak sehingga mati di rumahnya, di Kerteh, Terengganu.Kisah itu mendapat perhatian netizen yang rata-rata bersimpati dengan nasib bapa malang itu dan menuntut agar nasib beliau dibela. Tidak kurang juga yang mempertikaikan penahanan itu susulan Zulkifli didakwa mempertahankan keselamatan keluarganya daripada perompak yang menceroboh ke rumahnya.Melalui perkongsian di page Facebook, Selamatkan Zulkifli, lelaki berusia 50 tahun itu dikatakan hadir ke mahkamah pada Ahad lalu untuk sebutan kesnya selepas dibebaskan dengan ikat jamin namun ditahan semula apabila kesnya disebut bawah Seksyen 302 dan 326 Kanun Keseksaan. Sebelum ini Zulkifli dikatakan telah membayar ikat jamin sebanyak RM15,000 ketika didakwa di bawah Seksyen 304 Kanun Keseksaan kerana membunuh tanpa niat.Menurut Facebook Selamatkan Zulkifli itu juga, mahkamah dijadualkan bersidang 24 Januari ini di Terengganu dan difahamkan dia kini sedang ditahan sementara di Penjara Marang.[Sinar Harian]

Tuesday, December 29, 2015

Kegembiraan Seorang Pencinta Kalamullah

"Rasa bahagia dapat menceritakan ‘pencapaian ketaatan’ yang diraih kepada teman sejawat. Malah Allah dengan segala sifat Rahman Rahim-Nya menggesa umat Qurani (وأما بنعمة ربك فحدث): "Ceritakanlah Nikmat Allah Yang Telah Engkau Raih." Hal ini bagi menggembirakan saudara seiman di samping memberi satu rangsangan dan suntikan motivasi. Bukankah mukminin itu saling menguatkan ibarat bangunan yang kukuh? Bukankah si mukmin itu bagai ‘kaca atau cermin’ bagi mukmin yang lain? Bukankah si mukmin bila berupaya menciptakan kegembiraan temannya, dia bagaikan mendapat ganjaran sedekah? Demikianlah tinggi dan mulianya sunnah dan cara hidup Muslim yang dibawa Rasulullah s.a.w. bagi menyuluhi perjalanan hidup insan sejagat."
"Pada 12/11/14, Ana bertanya Ustaz mengenai solat sunat dan solat malam dengan memegang atau merujuk Mushaf al-Quran. Atas nasihat Ustaz, Alhamdulillah pagi ini 06/12/14 Ana khatam. Setiap rakaat sunat Ana baca dua halaman. Hal ini di samping bertadabbur di bahagian tertentu. Dalam masa kurang sebulan dah khatam, biiznillah. In syaa Allah ana akan bertadabbur lebih banyak lagi. Ya Allah Dikau rahmatilah ustaz dan guruku ini sebaik-baiknya. Demikian juga para pembaca yang budiman. Amin! Jazakumullah."
Begitulah mesej gembira yang diterima oleh seorang pendakwah yang kerap mengajar Al Quran, Ustaz Asri Lubis dari seorang pemilik hati dan lidah yang mencintai Kalamullah. Ustaz Asri hanya menyampaikan pengalamannya sendiri kepada yang bertanya. Sejak 3-4 tahun lalu Ustaz Asri telah mempraktikkan membaca Quran dalam solat sunat. Lebih 50 kali khatam termasuk 7-8 kali di Tanah Suci masa haji dan 9-10 kali dalam bulan Ramadhan. Ustaz Asri bukan hafiz tetapi sekadar baca dengan memegang Quran atau meletakkannya di atas rehal. Ini adalah sesuatu yang kita semua boleh contohi. Semoga usaha kita mendapat ganjaran Allah.

Monday, December 28, 2015

Lensa Keprihatinan

Ada kesebakan kemanusiaan pada matanya. Ada gejolak keprihatinan dalam hatinya. Segala yang terbentang di hadapan mata amat mengharukan jiwanya. Bersenjatakan lensanya, dia mahu dunia membuka mata dan melihat insan-insan dilupakan yang sedang bergelut dengan isu kelangsungan hidup....Makan apa saja dan tidur di mana jua...sementara menunggu Tuhan menghantar malaikat maut yang bakal mengakhirkan perjuangan hidup ini. Duhai Allah, walau siapa pun jurugambar ini, aku mohon supaya Engkau memberikan kebaikan kepadanya jua.

Sunday, December 27, 2015

Mana Ayah Mana Ibu

Mahal sangatkah cuti tanpa gaji, demi anak-anak? Kalau dulu, ayah yang balik lambat. Tapi sekarang, ibu pun sama. Anak-anak redha di tempat orang... belajar, bermain... gelak... Kongsi makan dan kongsi penyakit... Tak mengapa, KLINIK ADA!! Sepanjang di tempat kerja, anak-anak yang berada di rumah pengasuh/taska rindu pada kita... Rindu ayah... Rindu ibu.Tapi... Nak cakap rindu, nak tulis surat tak reti. Jadi, bila ambil anak jam 6:00 petang, diulang, 6:00 petang, saat anak nampak ibu dan ayah, anak nak ayah dan ibu tengok dia... Nak ayah dukung, peluk dia... Dia buat perangai... Nak makan sendri... Nak itu... Nak ini... Tumpahkan air.. Kerana baginya hanya bahasa PROTES dan BUAT PERANGAI saja dia dapat perhatian... TAPI.....Bila anak-anak bising, kita marah...Bila anak-anak main, kita herdik...Dia menangis, kita jerit "DIAM, AYAH NAK TENGOK TV, FAHAM!!!!" Dia tumpahkan makanan/air kita tengking seolah-olah dia sudah cukup matang...Dia sebenarnya rindukan ayah dan ibu. Bolehkah duit gantikan kasih sayang? Apakah mainan berlambak boleh ganti saat bergurau senda sesama keluarga? Adakah makan di luar boleh gantikan nilai makan bersama?...Fikirkanlah ayah ibu yang mulia..[FB Ustaz]

Bersih Diri Bersih Hati

Syekh Ibnu ‘Atha’illah dalam Taj Al-‘Arus menukilkan: “Siapa saja yang mencintai dunia dengan hatinya, maka dia bagaikan orang yang mendirikan bangunan yang indah, namun tandas di atasnya terus menerus menitisinya. Keadaannya tetap seperti itu hingga bahagian luarnya tampak seperti bahagian dalamnya.
Di antara mereka ada yang selalu membersihkan diri sehingga hatinya tetap putih bersih. Cara membersihkannya adalah dengan taubat, zikir, menyesal dan beristigfar. Begitu pula dirimu ketika berada di hadapan Allah SWT. Keadaanmu kotor akibat maksiat yang selalu kau lakukan. Engkau memakan yang haram dan melihat segala sesuatu yang terlarang.
Barangsiapa melakukan pelanggaran dan mengikuti syahwat, hatinya akan menjadi gelap. Jika dia tidak bertaubat di saat sihat, boleh jadi dia diuji dengan berbagai penyakit dan ujian sehingga keluar dari dosa laksana pakaian saat dicuci.”

Cari Allah Dalam Semua Suasana

Dalam hidup ini, apa jua persoalan yang dihadapi, sebaik-baiknya carilah Allah dahulu kerana hasil yang didapati lebih tepat dan lebih cepat berbanding mencari bantuan manusia. Sandarkan harapan hanya kepada Allah. Kata kuncinya: TAWAKAL KEPADA ALLAH. Ketika berdoa, YAKINLAH ALLAH AKAN MAKBULKAN menurut bidang masa yang ditentukan-Nya. Allah tidak pernah mungkir janji. Masalah yang kita hadapi sebenarnya tidak sebesar mana dibandingkan dengan berbilion nikmat yang dilimpahkan-Nya kepada kita.Jangan bebankan diri dengan memikirkan masalah itu. Sebaliknya mohon supaya Allah ilhamkan cara dan jalan untuk menyelesaikannya. Hanya orang yang berhati kering dan tidak subur serta gelap sahaja yang tidak dapat merasa kehadiran Allah. Oleh itu bersangka baiklah kepada-Nya.
Sabda Rasulullah s.a.w., "Kaya itu bukan kerana banyak harta tetapi kaya yang sebenar ialah kaya hati (cukup yang ada).(HR Muslim.) Kaya hati adalah kaya dunia dalaman diri. Kaya harta cuma kaya luaran semata-mata.Bila menghulur sedekah, jangan terdetik di hati bahawa wang itu akan menyusut, atau takut jadi miskin. Sebaliknya yakinlah wang itu akan diguna oleh pihak penerima dengan sempurna. In sya Allah sedekah itu Allah akan gantikan dengan yang lebih baik.
Jangan takut pada apa-apa atau sesiapa. Hati yang takut pada kegelapan dan para makhluk yang gelap, tidak ada Allah di dalamnya. Oleh itu perbanyakkan zikir dan istighfar supaya hadir rasa takwa kepada Allah di dalam hati.

Saturday, December 26, 2015

Elak Perkosaan Visual

Letakkan hujung kuku anda di atas permukaan cermin. Jika ada jarak (gap) antara kuku anda dan bayangan kuku anda di cermin, dapat dikatakan bahawa cermin itu adalah cermin biasa (selamat).Tetapi, jika kuku anda terus menyentuh bayangan kuku anda di cermin, hati-hatilah, kerana benda itu adalah cermin 2 arah! Ada orang yang memerhatikan anda di sebelah sana! Ingatlah selalu, setiap kali anda melihat cermin di tempat-tempat umum seperti bilik persalinan gedung pakaian, tandas awam dan sebagainya, lakukanlah "TEST KUKU JARI". Tidak perlu membayar. Mudah dilakukan, dan ini mungkin boleh menyelamatkan anda dari "PERKOSAAN VISUAL"! [Family Guide]

Jaga Rohani Jasmani Dari Keturunan Iblis

Iblis menjawab: "Kerana Engkau (Allah S.A.W.) telah menghukum aku sebagai sesat, aku akan benar-benar akan menghalangi mereka (anak cucu Adam a.s.) dari jalan Engkau yang lurus.Kemudian aku akan mendatangi mereka dari depan dan belakang mereka, dari kanan dan kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur (taat kepada Allah). Allah berfirman: "Keluarlah kamu dari syurga itu sebagai yang terhina lagi terusir! Sesungguhnya sesiapa di kalangan mereka (anak cucu Adam a.s.) YANG MENGIKUTIMU, PASTI AKU AKAN ISIKAN NERAKA JAHANAM DENGAN KAMU SEMUANYA." Surah Al A'raf Ayat 16-18.
Natijahnya, setiap hamba yang mengaku MENCINTAI ALLAH, RASUL-NYA DAN DIRI SENDIRI SERTA MERINDUKAN KEHIDUPAN SYURGAWI wajib menjaga rohani dan jasmani dari kejahatan yang didatangkan oleh Iblis, Syaitan serta sekutu-sekutu mereka.

Thursday, December 24, 2015

Tiada Nabi Tahu Kejutan Dari Allah

👉 NABI NUH belum tahu banjir akan datang ketika beliau membina kapal/bahtera dan diketawakan oleh kaumnya..👉 NABI IBRAHIM belum tahu akan tersedianya kibas ketika beliau nyaris mengelar leher anak kesayangannya..👉 NABI MUSA belum tahu laut akan terbelah saat dikejar oleh Firaun dan bala tenteranya..👉 NABI MUHAMMAD s.a.w. pun belum tahu Madinah adalah kota tersebarnya ajaran yang dibawa ketika baginda diperintahkan untuk berhijrah..
Yang mereka tahu adalah mereka wajib patuh pada perintah Allah tanpa berhenti mengharap yang terbaik..Ternyata di sebalik semua ketidaktahuan kita, Allah telah menyediakan kejutan ketika kita menunaikan perintah-Nya. Pertolongan Allah tiba di detik-detik akhir dari usaha hamba-Nya..
Kalau pun hasil yang kita usahakan masih jauh dari yang kita harapkan..Jangan berkecil hati atau putus asa..Tetaplah Husnus zon walau apa pun yang terjadi..Berbaik sangkalah selalu kpd Allah..Kerana sesuatu itu pasti akan indah pada waktunya..In sya Allah..[BAHAGIAN DAKWAH JAKIM]

Mata Akal Mata Basirah

Seseorang yang mencari-cari dirinya dengan menggunakan mata hatinya (basirah) dan mencari-cari sebab mengapa dan untuk apa dirinya dicipta, akan menemui Penciptanya di hujung jalan pencarian itu dengan penuh rasa SYUKUR.
Seseorang yang hanya menikmati kewujudan diri dan alam sekitarnya dengan mata akal, tidak akan menemui Sang Pencipta, malah semakin menjauh. Akhirnya dia BERAJA DI MATA DAN BERSULTAN DI HATI.Orang yang rabun jauh seperti ini hanya melihat kepentingan diri dan kelompoknya semata-mata. Tidak dapat melihat kesusahan atau merasai keperitan mereka yang berada di luar lingkungan rabunnya.

Kerajaan Bukan Tuan Tetapi Khadam

Rakyat bukan hamba. Harta rakyat tidak boleh diusik sewenang-wenangnya oleh kerajaan. Setiap rakyat memiliki kapasiti khusus yang diiktiraf Islam untuk menjual, membeli, menyewa, melabur dan lain-lain dengan hartanya. Tanpa sebarang campur tangan kerajaan. Kerajaan hanya berhak menentukan undang-undang dan prasarana bersesuaian agar setiap transaksi terjaga daripada eksploitasi dan penipuan. Tetapi kerajaan tidak boleh campur tangan jika rakyat ingin membeli rumah (di tempat pilihannya).
Situasi ini berlainan sama sekali dengan hamba (abdi) yang tidak boleh membeli rumah sendiri kecuali dengan arahan tuannya (yang memiliki dia).RAKYAT BUKAN HAMBA YANG DIMILIKI OLEH KERAJAAN. Tidak sama sekali! Malah pimpinan kerajaan ialah KHADAM dan HAMBA yang perlu berkhidmat untuk rakyat.---(Petikan dari "Antara Kerajaan Dengan Rakyat Tiada Riba?" oleh Ustaz Dr Zaharuddin Abdul Rahman dalam SOLUSI #87).

Tuesday, December 22, 2015

Rahsia Doa Mustajab

Antara rahsia kemustajaban doa ialah apabila seseorang itu apabila terjaga di malam hari, terus mengingati Allah dengan segala kebesaranNYA dengan melafazkan wirid yang diajar oleh Nabi s.a.w dalam hadis yang sahih riwayat al-Bukhari dan selainnya: "Sesiapa yang terjaga pada waktu malam, lalu menyebut: لا إلهَ إلَّا اللهُ وحدَهُ لا شريكَ لهُ.، له المُلْكُ ولهُ الحمدُ ، وهوَ على كلِّ شيٍء قديرٌ ، الحمدُ للهِ ، وسبحانَ اللهِ ، ولا إلهَ إلَّا اللهُ ، واللهُ أكبرُ ، ولا حولَ ولا قوةَ إلا باللهِ ، Kemudian menyebut: Ya Allah ampunilah daku, ataupun dia berdoa dimustajabkan doanya, ataupun dia berwuduk dan solat, diterima solatnya."
Hadis ini memberitahu kita bahawa seseorang hamba Allah apabila terkejut jaga di malam hari, terus mengingati Allah dengan menyebut perkataan-perkataan yang dinyatakan itu, yang mempunyai makna tauhid, memuja dan memuji Allah serta mensucikanNYA, pasti dia akan dikasihi Allah. Apa tidaknya, ketika akal masih baru sedar, namun jiwa dan minda terus tertumpu menyebut perkataan-perkataan yang mulia di sisi Allah dengan menghayati maknanya. Maka doanya akan dimustajabkan oleh Allah yang menyukai hamba-hambaNYA yang menyebut perkataan-perkataan itu dengan tujuan memuja dan memuji kebesaranNYA. [Sumber Dr MAZA]

Solat Sunat Tahiyatul Masjid

Mengenai Solat Sunat Tahiyatul Masjid, jika seseorang itu telah masuk masjid dan terus duduk dengan sengaja, maka tiada lagi Solat Sunat Tahiyatul Masjid baginya. Jika duduk itu dengan terlupa yang sekejap kemudian ingat kembali, maka dibolehkan bangun dan terus solat. Jika terlupa yang panjang waktunya, kemudian teringat, tiadalah lagi dibolehkan bangun bersolat.
Sekiranya masuk masjid dan didapati azan sedang berkumandang, maka perlulah menjawab azan tersebut sambil berdiri, kemudian melakukan solat sunat Rawatib yang dikira sudah memadai sebagai memenuhi tuntutan Solat Sunat Tahiyatul Masjid.
Apabila masuk masjid, khatib sedang berkhutbah atau majlis ilmu sedang dijalankan, hendaklah mengerjakan solat Tahiyatul Masjid dua rakaat, sebelum duduk. Solat tersebut hendaklah dilakukan secara ringkas dengan mengambil yang wajib sahaja. Malah Rasulullah s.a.w. pernah menegur orang yang masuk ke masjid kerana tidak Solat Sunat Tahiyatul Masjid sewaktu khutbah Jumaat dijalankan.Dari Jabir bin ‘Abdillah r.a., dia menyatakan: Sulaik al-Ghifani pernah datang pada hari Jumaat ketika Rasulullah s.a.w. sedang menyampaikan khutbah lalu dia terus duduk. Baginda berkata kepadanya, “Wahai Sulaik, berdiri dan rukuklah dua rakaat serta pendekkanlah dalam melaksanakannya.” Kemudian Baginda bersabda lagi, “Jika salah seorang di antara kamu datang pada hari Jumaat ketika imam sedang berkhutbah, hendaklah dia mengerjakan solat dua rakaat dengan seringkasnya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari).
Orang yang tidak dapat mengerjakan Solat Sunat Tahiyatul Masjid disebabkan sudah dimulakan solat jemaah atau dia telah duduk atau dia sekadar masuk sebentar untuk sesuatu keperluan, maka dianjurkan membaca 3 kali: ‘Subhanallah Walhamdulillah Walailahailallah Wallahu Akbar.’ Dari Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: “Jika iqamah solat sudah dikumandangkan, tidak ada solat lagi, kecuali solat wajib.”(Hadis Riwayat Muslim).
Sekiranya seseorang itu sedang dalam rakaat pertama Solat Sunat Tahiyatul Masjid dan para jemaah pun mendirikan solat fardhu, maka wajib baginya membatalkan solat tersebut dan menyertai solat fardhu kerana ada tegahan daripada Rasulullah SAW: “Apabia didirikan solat fardhu, maka tiada solat ketika itu melainkan solat fardhu.” (Hadis Riwayat Muslim). Tetapi jika dia berada di rakaat kedua, maka hendaklah dia mempercepatkan dan sempurnakan rukun-rukun yang berbaki sehingga salam sebelum menyertai jemaah solat fardhu.
Tiada tuntutan untuk Solat Sunat Tahiyatul Masjid di luar masjid, contohnya di padang atau kaki lima. Sekiranya datang sewaktu imam berkhutbah, kena duduk diam mendengar khutbah. Jika tiba sebelum imam memberi khutbah dan selepas azan pertama, maka boleh Solat Sunat Qabliyah Jumaat.
Bagi mereka yang menunaikan haji atau umrah, apabila memasuki Masjidilharam hendaklah melakukan Tawaf sebagaimana yang diamalkan Rasulullah s.a.w. dan bukannya Solat Tahiyatul Masjid. Kata Ibn Abbas r.a. “Tahiyat Kaabah ialah Tawaf”. Namun, mereka yang telah bermukim di Makkah dan datang ke masjid untuk solat, menuntut ilmu dan seumpamanya, sebaik-baiknya mereka hendaklah melaksanakan Solat Sunat Tahiyatul Masjid bukannya mengerjakan Tawaf. (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

ALHAMDULILLAH -SYUKUR

ALHAMDULILLAH kita punya upaya pernafasan. ALHAMDULIlLLAH kita tidak lahir dalam wilayah peperangan. ALHAMDULILLAH kita menempa kejayaan dalam bidang yang menjadi idaman. Kejayaan yang diraih selepas berpenat lelah punya nilai kemanisan yang berbeza daripada kejayaan serba mudah. Pun begitu kedua-duanya tetap bersumber dari Allah. Datangnya pada saat yang DIA TENTUKAN, bukan ketika yang kita mahukan.
Bagi setiap nikmat kejayaan yang dicapai, SYUKURILAH dengan ucapan ALHAMDULILLAH bagi memuji Yang Maha Esa.Ucapkanlah: "Subhanallahi wabihamdihi, subhanallahi azim" disertai dengan SUJUD SYUKUR. Dalam sujud itu ucapkanlah: "Subhanaka Rabbana Wabihamdika, Allahummaghfirli (Maha Suci Engkau Ya Tuhan Kami dan dengan puji-pujian kepada Engkau. Ya Allah, ampunkan aku)".
Berterima kasih pada orang-orang yang membantu kita mencapainya. Itu juga merupakan satu tanda berterima kasih Kepada-Nya.Beristighfar jangan dilupa bagi membersihkan "rasa angkuh" yang dibimbangi akan timbul rentetan dari pencapaian itu.Inilah cara MERAIKAN KEJAYAAN ikut gaya Al Quran. In sya Allah kejayaan itu akan sentiasa berpanjangan.

Sunday, December 20, 2015

Jaga Batas Syariat

Allah S.A.W. berfirman:"Tidaklah Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk MENGABDIKAN DIRI KEPADA-KU." (Surah Az Zariyat ayat 56). Ayat ini menunjukkan bahawa di pengakhiran hidup, manusia hanya ada dua pilihan iaitu syurga atau neraka. Ini bererti hidup ini memang bebas merdeka. Tetapi merdeka yang ada BATASAN yang letaknya pada SYARIAT ISLAM yang memberi garis panduan 'dos and don'ts.' Apa yang boleh dibuat dan tidak boleh dibuat. Matlamat syariah ialah untuk memelihara lima perkara yang maha penting dan bernilai dalam hidup iaitu MEMELIHARA AGAMA, MEMELIHARA KETURUNAN, MEMELIHARA HARTA, MEMELIHARA NYAWA, MEMELIHARA AKAL.
Ikutlah cara yang Allah perintahkan dan Rasulullah ajarkan. Itulah sumber yang membawa kepada KEBAHAGIAAN HAKIKI DAN ABADI.Hindari MANUSIA BERSIKAP SUMBANG dan GOLONGAN MANUSIA BERAMAL SONGSANG, juga MANUSIA YANG PERIKEMANUSIAANNYA TELAH HILANG.Tiada guna hidup senang lenang, boleh buat apa saja, tetapi batin dalam kebimbangan, hati tidak tenteram.
Manusia ini pelakon di pentas dunia yang lakonannya DIRAKAM OLEH KAMERA MILIK MAHA PENCIPTA dan DITONTON OLEH PARA MALAIKAT-NYA.Betapa malu yang tidak terhingga bila VIDEO ITU DITAYANGKAN KEPADA SELURUH UMAT MANUSIA sejak dari Adam a.s hingga ke manusia paling akhir dilahirkan ke dunia.Peliharalah Allah dan Allah akan memelihara kita semua. Aamiin aamiin Ya Rabbal Alamin.

Thursday, December 17, 2015

Peribadi Rasulullah s.a.w.

Ketika melahirkan Nabi Muhammad s.a.w., ibunda Aminah tidak mengalami rasa sakit sedikitpun. Bayi Rasul keluar dari perut ibundanya dalam keadaan tangan menadah ke langit sambil berdoa. Baginda dilahirkan dalam keadaan sudah berkhitan. Semasa hidupnya Nabi s.a.w. tidak pernah menguap. Dan tidak ada se ekor lalat pun pernah hinggap di tubuhnya.
Tubuh baginda sederhana dan setiap kali duduk atau berdiri, pundaknya kelihatan lebih tinggi. Ketika berjalan di bawah terik matahari, tidak ada bayangan yang mengikutinya. Tetapi awan sentiasa menaungi ke mana pun baginda pergi. Apa bila tidur, meskipun kedua belah matanya terpejam, namun hatinya tidak pernah tidur. Baginda mengetahui dan mendengar apa saja yang tidak diketahui oleh kebanyakan orang.
Meskipun sudah dijamin masuk syurga, baginda tidak pernah berhenti beribadah.“ Aku ingin menjadi hamba-Nya yang pandai bersyukur,” sabda Rasul. Lidahnya sangat fasih, kata-katanya teratur, tuturnya lembut dan halus. Jom contohi akhlak Rasulullah s.a.w. ~ [Ustazah Dr Siti Nurbaya Usman]

Wednesday, December 16, 2015

Henti Sebar Hadith Palsu

.....
Ibnu `Arraq al-Kinani dalam Tanzih Asy-Syari`ah (2/375) dan Muhammad bin Tahir Al-Futtani dalam Tazkirah al-Mawdhu`at (1/214) telah menyenaraikan hadith ini sebagai hadiths palsu. Ini kerana perihal perawinya, Ibrahim bin Hudbah.Berdasarkan kalam ulama ahlul jarh wat taadil terhadap perawinya, Abu Hudbah Ibrahim bin Hudbah, hadith ini sama ada sangat daif (daif jiddan) atau palsu (maudhu') sebab kalam mereka terhadapnya sukar untuk diihtimalkan (ada kemungkinan) tidak palsu.Antara kata al Hafiz Ibn Hajar dlm Lisan Al Mizan mengenai Abu Hudbah Ibrahim bin Hudbah: “Beliau meriwayatkan di Baghdad dan lain-lain hadith yang batil. Kata ‘Abbas daripada Ibn Ma‘in katanya: Abu Hudbah pernah datang, lalu orang-orang berkumpul kepadanya dan berkata: “Keluarkan kakimu”, kerana mereka takut kakinya adalah kaki keldai atau syaitan. Kata an-Nasa’i dan lain-lain: Matruk. Kata al-Khatib: Beliau memberitakan daripada Anas RA hadith-hadith batil. Kata Abu Hatim dan lain-lain: Pendusta. Kata Ibn Hibban: Dajjal daripada para dajjal.” Al Hafiz Ibn Hajar juga menolak kononnya Ibn Ma‘in mengatakannya: “Thiqah”, kerana telah sabit Ibn Ma‘in mengatakannya sebagai: “Pendusta yang keji”. Kebanyakan ahlul jarh wat taadil memberikan jarh syadid (komentar yang berat/keras) terhadap Ibrahim bin Hudbah. Jarh syadid di atas tidak dapat diihtimalkan kecualilah jika ada jalur riwayat lain yang menyokong.
.....
.....
.....

Henti Sebar Hadith Palsu 2

.....
.....
.....
.....