Sunday, April 13, 2014

Hukum Merosakkan Rumahtangga Orang Lain



Rasulullah Shallallahu “Alaihi wa Sallam bersabda: عَنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَ – رَضِيَ اللهُ عَنْهُ – قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ اللهِ – صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ -: (( مَنْ خَبَّبَ عَبْدًا عَلَى أَهْلِهِ فَلَيْسَ مِنَّا، وَمَنْ أَفْسَدَ اِمْرَأَةً عَلَى زَوْجِهَا فَلَيْسَ مِنَّا )) [حديث صحيح رواه أحمد والبزار وابن حبان والنسائي في الكبرى والبيهقي] 

Dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘Anhu ia berkata: “Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda: ‘SESIAPA YANG MENIPU DAN MEROSAK (hubungan) seorang hamba sahaya dari tuannya, maka ia bukanlah sebahagian dari (golongan) kami, dan SIAPA YANG MEROSAKKAN (HUBUNGAN) SEORANG WANITA DARI SUAMINYA, maka ia bukanlah dari (golongan) kami.’”

(Hadith shahîh diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Al-Bazzar, Ibn Hibban, Al-Nasa-i dalam al-Kubra, dan Al-Baihaqi}....


Hadith ini berisi ANCAMAN keras terhadap dua perbuatan iaitu: 

1] MENGGANGGU SEORANG PELAYAN, ATAU PEMBANTU ATAU HAMBA yang bekerja pada seorang tuan (majikan), sehingga hubungan di antara pelayan dan tuannya menjadi rosak, lalu si pelayan itu pergi meninggalkan tuannya, atau tuannya memecat dan mengusir si pelayannya. 

2] MENGGANGGU ATAU MEMISAHKAN SEORANG WANITA YANG BERSTATUS ISTERI pada seorang lelaki, sehingga hubungan di antara SUAMI ISTERI ITU MENJADI ROSAK, lalu si isteri itu meminta cerai dari suaminya, atau si suami menceraikan isterinya.



BENTUK-BENTUK GANGGUAN atau tindakan yang merosakkan rumahtangga orang lain: 

1] BERSIKAP BAIK, BERTUTUR KATA MANIS dan melakukan berbagai macam tindakan yang secara lahiriah baik, AKAN TETAPI, MENYIMPAN MAKSUD MEROSAK HUBUNGAN seorang wanita dengan suaminya (atau sebaliknya). 

2] MEMASUKKAN BISIKAN HALUS, serta memprovokasi seorang wanita, agar berpisah dari suaminya (atau sebaliknya), menjanjikan harta kekayaan dan kemewahan hidup, atau menjanjikan untuk dinikahkan dengan lelaki lain. 

3] MEMINTA, ATAU MENEKAN SECARA TERUS TERANG, agar seseorang wanita meminta cerai dari suaminya, atau agar seorang suami menceraikan isterinya dengan tanpa alasan, atau dengan MENCARI ALASAN YANG TIDAK MA'RUF, dengan tujuan melancarkan perceraian.


Para ulama’ bersepakat bahawa hukum mengganggu dan merosak hubungan, sebagaimana dimaksud dalam hadith Nabi SAW di atas, adalah HARAM (lihat al-mausu’ah al-fiqhiyyah, pada bab takhbib). Maka siapa saja yang melakukannya, maka ia BERDOSA DAN DIANCAM SEKSA DI NERAKA. Malah Imam Al-Haitsami mengkategorikan perbuatan dosa ini sebagai DOSA BESAR.

[DARI FB USTAZ RAMLI JONED]


TIADA MANUSIA YANG SEMPURNA. TIADA MANUSIA YANG TAK BUAT SILAP. TIADA MANUSIA YANG TERUS BAIK. TIADA MANUSIA YANG TERUS JAHAT TANPA KESEDARAN. USAH MALU MEMINTA MA'AF. JOM JALINKAN KEMBALI TALI SILATURRAHIM.

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud “ Seorang mukmin adalah cermin bagi mukmin yang lain”(HR:At-Thabbrani dari Anas ra.). 

“Orang yang bijaksana membetulkan kesilapan diri dengan melihat kesilapan orang lain (Ibnu Sina).

No comments:

Post a Comment