Monday, September 29, 2014

Islamic State (IS) - Jihad atau Jahat

Minggu lalu diberitakan bahawa 3 orang rakyat tempatan telah ditahan di KLIA ketika cuba keluar negara bagi menyertai kumpulan IS di Syria. Nampaknya hasrat IS untuk mengkaderkan pengikut baru membuahkan hasil. Itulah tujuan utama mereka mewarwarkan “perjuangan” mereka di media sosial. IS memang bijak menjenamakan dirinya di dunia maya.Dengan panji-panji berwarna hitam bertulis “Lailahaillalah” dan cop mohor Rasulullah saw, serta uniform anggotanya yang juga berwarna hitam, mereka menggambarkan bahawa merekalah “penyelamat” umat Islam yang kini ditindas di seluruh dunia.Tidak hairanlah jika ada di kalangan rakyat Malaysia yang tertarik dengan perjuangan mereka dan ingin turut menentang musuh Islam, dan jika boleh ingin mencapai tahap syahid.
IS bermula sebagai pergerakan Al Qaeda Iraq atau AQI sekitar 2003 selepas Iraq ditawan oleh tentera US. AQI melalui pelbagai penjenamaan seperti ISI (Islamic State of Iraq), ISIL (Islamic State of Iraq and Levant), ISIS (Islamic State of Iraq and Syria). Kini IS (Islamic State) dipimpin oleh Abu Bakr al Baghdadi atau gelarannya Khalifah Ibrahim. Pada akhir 2013, Abu Bakar al Baghdadi masuk ke Syria. Ketika itu nama ISIS (Islamic State of Iraq and Syria)yang digunakan. Selepas ISIS berjaya menawan beberapa bandar utama di Iraq pada Jun 2014 lalu, nama pertubuhan itu ditukar kepada IS (Islamic State).
Mereka bermula sebagai kuasa yang menentang kekejaman tentera US di Iraq. Nama kumpulan militan seramai 10,000 orang ini naik mendadak selepas berjaya memaksa 40,000 tentera kerajaan Iraq berundur dari bandar-bandar besar seperti Mosul dan Tikrit pada hujung Jun lalu.Semua aset ketenteraan yang ditinggalkan oleh tentera kerajaan Iraq jatuh ke tangan mereka. Bila Abu Bakr al Baghdadi membawa kumpulan militannya masuk ke Syria, bermulalah pergolakan di antara mereka dengan pejuang Mujahidin Syria yang sedang menentang tentera kerajaan Syria pimpinan Presiden Basyar Al Asaad. IS mudah mengkafirkan sesiapa sahaja yang tidak sehaluan dengan mereka. Ini sangat tidak disenangi oleh pemimpin al Qaeda sendiri. Tindakan IS itu langsung tidak menuruti nilai-nilai Islam. Mereka membunuh orang awam dan mengorbankan sehingga 300 ulama sunni, memancung pejuang Mujahidin Syria dan meletakkan kepala mereka di pancang-pancang kayu, malah anggota IS juga melakukan penculikan, termasuk melarikan seorang sukarelawan misi bantuan Malaysia. Alhamdulillah, sukarelawan itu berjaya diselamatkan oleh pejuang Mujahidin Syria. Tindakan pelik ini menyebabkan sesetengah anggota IS keluar dan menyertai kumpulan pejuang lain.
Beberapa bulan lalu berita ini telah diterbitkan: “Iranian Intelligence sources have confirmed the identity of the ISIS khalifah AKA Abu Bakr Al Baghdadi aka Shimon Eilot Real Name: Shimon Eilot. Designation: Senior Mosad Agent. Operational name: Ibrahim bin Awwad bin Ibrahim Al Badri Al Radawi Al Hussaini. The Mission: penetrate the military, Intelligence and security infrastructure of the countries that form a security threat to Israel and destroy them in preparation for a full invasion and setting the groundwork for Greater Israel. The former employee at US National Security Agency (NSA), Edward Snowden, has revealed that the British and American intelligence and the Mossad worked together to create the Islamic State of Iraq and Syria (ISIS). Snowden said intelligence services of three countries created a terrorist organisation that is able to attract all extremists of the world to one place, using a strategy called “the hornet’s nest”. NSA documents refer to recent implementation of the hornet’s nest to protect the Zionist entity by creating religious and Islamic slogans. According to documents released by Snowden, “The only solution for the protection of the Jewish state “is to create an enemy near its borders”. Leaks revealed that ISIS leader and cleric Abu Bakr Al Baghdadi took intensive military training for a whole year in the hands of Mossad, besides courses in theology and the art of speech. “
Jika berita ini benar, maka tidak hairanlah sekiranya IS bersikap seperti itu. Mana mungkin pemimpin pertubuhan pemuja Lucifer yang menganggap kaumnya mempunyai HAK MUTLAK ke atas dunia akan berbelas kasihan dengan pihak lain yang bukan dari kalangannya.

Friday, September 26, 2014

Seluruh Kampung Murtad

Ustaz Ebit Liew menangis mendengar laporan sebuah kampung yang murtad dan sebuah masjid yang mati dari Rosmadi Nawi dan jemaahnya yang kini sedang berdakwah di Sabah. Masjid di Kampung Langkabong, Tongod,Sabah telah 18 tahun dibiarkan usang. Imam Daerah Tongod, Imam Daim melaporkan penduduk kampung itu sudah 100% dimurtadkan. Pada 6hb Julai 2014, Ustaz Ebit Liew bersama kumpulannya telah nekad menziarahi Kampung Langkabong yang terletak kira-kita setengah jam perjalanan dari masjid daerah Tongod. Sesampai di kawasan berdekatan lokasi masjid, mereka terpaksa meredah semak samun dengan dipandu arah oleh seorang peniaga Pakistan.
Mereka terkedu melihat keadaan masjid tersebut. Terdapat serpihan bumbung yang runtuh dan kotoran bertimbun di dalamnya.Mereka bergotong royong membersihkan semua kotoran. Ustaz Badrul Munir melaungkan azan dengan sayu,kemudian mereka solat sunnat 2 rakaat di rumah Allah yang telah hampir 20 tahun kesepian. Setelah itu mereka beredar dengan perasaan sedih.Menurut peniaga Pakistan yang memandu mereka terdapat 2 keluarga yang masih beragama Islam. Lalu kumpulan Ustaz Ebit Liew pun pergi menziarahi mereka.
Pakcik Awang berketurunan Bajau dan memang asal dilahirkan Muslim.Isterinya anak tempatan, keturunan Sungai yang memeluk agama Islam.Bapa dan adik beradik isterinya sudah murtad. Sekitar tahun 1979-82 berlaku pengislaman beramai- ramai lebih kurang 370 orang di Kampung Langkabong. Selepas pengislaman, sebahagian daripada mereka ditarbiyah dan dilatih di Pusat Dakwah di Keningau selama 3 Tahun.Mereka ini termasuklah adik ipar Pakcik Awang yang bernama Abdul. Kembalik dari kursus tersebut, Abdul dilantik sebagai Bilal Masjid Langkabong. Namun selepas itu berlaku pula usaha gigih mubaligh Kristian memurtadkan penduduk, seorang demi seorang, termasuk Bilal masjid sendiri yang masih menggunakan nama Abdul. Kali terakhir Masjid Langkabong digunakan ialah sekitar tahun 1996.Mengikut Imam Daerah Tongod, Ustaz Daim yang kumpulan Ustaz Ebit Liew temui di Masjid Entilibon, kawasan 3T ini adalah sasaran yang terkuat mubaligh Kristian di seluruh Sabah. Ini berlaku apabila umat Islam gagal menjalankan tugas dakwah. Kerana itu agama yang bathil telah bergerak.
Sebenarnya kita patut memberi masa dan menziarahi saudara seIslam, tidak kira di mana juga. Di kejiranan kediaman kita sendiri pun ada orang yang berada di pinggir kemurtadan, jauh dari Allah. Oleh itu kita perlu berdakwah secara istiqamah. Mulakan dengan ahli keluarga kita sendiri, diikuti jiran dan seluruh kawasan kejiranan. Dakwah kawan di pejabat, beri masa dakwah dalam negeri, juga luar negeri. Hargai semua orang berdakwah. Jangan halau orang berdakwah di masjid kita. Kita suka masjid yang hidup dengan ceramah dan kuliah sesama kita. Itu memang baik, tetapi masih ramai lagi orang yang belum pernah solat pun di keliling masjid atau surau kita. Setiap orang yang menjadi Daie Allah secara istiqamah hanya mengharapkan redha-Nya, tidak peduli walaupun dikeji dan tidak dihargai. Ya Allah, bantulah mereka yang sedang berdakwah. Maafkanlah kami kerana cuai dalam berdakwah!!!

Thursday, September 25, 2014

Amalan 1 Hingga 10 Zulhijjah

Sepuluh Hari Pertama Bulan Dzulhijjah adalah masa berkumpulnya induk-induk ibadah. Ibadah Haji merupakan rukun Islam yang kelima dilakukan dalam masa ini. Sebab inilah ia begitu istimewa.Ketika ini setiap amalan dilipatgandakan pahalanya, baik amalan siang hari mahupun amalan malam hari ---------- مَا مِنْ أَيَّامٍ أَحَبُّ إِلَى اللَّهِ أَنْ يُتَعَبَّدَ لَهُ فِيهَا مِنْ عَشْرِ ذِى الْحِجَّةِ يَعْدِلُ صِيَامُ كُلِّ يَوْمٍ مِنْهَا بِصِيَامِ سَنَةٍ وَقِيَامُ كُلِّ لَيْلَةٍ مِنْهَا بِقِيَامِ لَيْلَةِ الْقَدْرِ ----------Tidak ada hari-hari yang lebih disukai Allah untuk digunakan beribadah sebagaimana halnya hari-hari sepuluh Dzulhijjah. Berpuasa pada siang harinya sama dengan berpuasa selama satu tahun dan shalat pada malam harinya sama nilainya dengan mengerjakan shalat pada malam lailatul qadar. -----مَا مِنْ أَيَّامٍ أَحَبُّ إِلَى اللَّهِ أَنْ يُتَعَبَّدَ لَهُ فِيهَا مِنْ عَشْرِ ذِى الْحِجَّةِ يَعْدِلُ صِيَامُ كُلِّ يَوْمٍ مِنْهَا بِصِيَامِ سَنَةٍ وَقِيَامُ كُلِّ لَيْلَةٍ مِنْهَا بِقِيَامِ لَيْلَةِ الْقَدْرِ-----(HR. Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Baihaqi)
Hadis dari Abdullah bin Umar, bahawa Nabi SAW bersabda: “Tidak ada amal yang dilakukan di hari yang lebih agung dan lebih dicintai Allah melebihi amal yang dilakukan dari 1 – 10 Zulhijjah. Oleh kerana itu, banyakkanlah membaca tahlil, takbir, dan tahmid pada hari itu.” (HR. Ahmad & Sanadnya disahihkan Syaikh Ahmad Syakir.)-------
Hari Arafah yang jatuh pada 9 Dzulhijjah ialah hari itu jemaah haji diwajibkan melakukan wukuf yang merupakan puncak ibadah haji.Bagi umat Islam yang tidak sedang menjalankan ibadah haji disunnah melakukan puasa arafah yang keutamaannya dapat menghapus dosa selama dua tahun------سُئِلَ عَنْ صَوْمِ يَوْمِ عَرَفَةَ فَقَالَ يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ وَالْبَاقِيَةَ.------ Pada akhir tempoh iaitu 10 Dzulhijjah adalah Hari raya Idul Adha yang merupakan hari yang sangat istimewa bagi umat Islam.Baginda memerintahkan para wanita yang sedang haid untuk turut serta menghadirkan diri di musolla bagi hanya menyaksikan upacara solat Hari Raya Eidul Adha.Ummu ‘Athiyah radhiallahu’ anha telah berkata ---------- أُمِرْنَا أَنْ نَخْرُجَ فَنُخْرِجَ الْحُيَّضَ وَالْعَوَاتِقَ وَذَوَاتِ الْخُدُورِ. قَالَ ابْنُ عَوْنٍ: أَوْ الْعَوَاتِقَ ذَوَاتِ الْخُدُورِ, فَأَمَّا الْحُيَّضُ فَيَشْهَدْنَ جَمَاعَةَ الْمُسْلِمِينَ وَدَعْوَتَهُمْ وَيَعْتَزِلْنَ مُصَلَّاهُمْ. ----------Maksudnya: Kami telah diperintahkan (oleh Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam) untuk keluar, maka kami memerintahkan wanita-wanita yang sedang haid, para gadis dan wanita-wanita pingitan untuk keluar. Ibnu ‘Aun berkata: “atau wanita-wanita pingitan,” dan wanita-wanita yang haid diperintahkan (Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam) agar menyaksikan jamaah kaum muslimin dan dakwah mereka serta menjauhi tempat solat. - Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-‘Iedaini, no: 981.
Disyariatkan juga ibadah udhiyah, iaitu menyembelih korban sama ada unta, lembu atau kambing yang dimulakan pada 10 Dzulhijjah itu.Selain itu disyariatkan takbir muthlaq (setiap saat) dan muqayyad (setelah shalat fardhu). Kesempatan bertakbir ini jauh lebih panjang daripada Idul Fitri.Ibnu Taimiyah dalam majmu' Fatawa menjelaskan, "Hendaklah takbir dilakukan mulai dari waktu fajar hari Arafah sampai akhir hari Tasyriq ( 11,12,13 Dzulhijjah), dilakukan setiap selesai mengerjakan solat, dan disyariatkan bagi setiap orang untuk menguatkan suara dalam bertakbir ketika keluar untuk solat Id. Ini merupakan kesepakatan para imam yang empat". Insya allah.

Penjagaan Perabot Kayu

Bagi menghilangkan habuk, alihkan segala barangan di atas perabot bagi memudahkan kerja. Gunakan kain lembut yang dibasahkan dengan pencuci untuk mengelap perabot berkenaan. Lakukan proses mengelap mengikut corak kayu supaya tekstur asal dapat ditonjolkan.Kain kering tidak sesuai digunakan kerana mungkin akan mendatangkan kesan calar pada permukaan perabot berkenaan. Lakukan tugas mengelap lebih kerap bagi menghilangkan kesan kotoran kesat pada kayu perabot. Bagi menjaga ketahanan perabot kayu, gunakan alas ketika menghidang untuk mengelak kekotoran akibat tumpahan kuah atau air yang mungkin boleh meninggalkan tanda. Permukaan perabot kayu juga perlu dijauhkan daripada terkena alkohol atau pengilat kuku bagi mengelak risiko kerosakan. Jika pengilat kuku tertumpah, sapukan lilin pengilat menggunakan kain bulu. Anda boleh menggunakan lilin pengilat yang disapu setiap enam hingga 12 bulan. Buang lilin lama dengan campuran sabun lembut bukan alkali dan air.Jika perabot dan aksesori hiasan kayu berkenaan terkena kesan terbakar akibat nyalaan rokok, anda boleh menyapu tempat terbabit dengan pengilat penghilang calar sehingga kesan berkenaan hilang. Jangan gunakan pencuci besi atau tembaga pada bahagian pemegang perabot. Sekiranya pemegang boleh ditanggalkan, tanggalkan ia sebelum dicuci. Jangan dedahkan perabot antik atau kayu pada ruang yang mendapat cahaya matahari secara terus kerana ia akan memudarkan warna. angan sesekali menyimpan perabot antik di persekitaran yang mempunyai kelembapan yang tinggi seperti di ruang bawah tanah. Gunakan pelapik apabila memindah atau mengangkat perabot antik dan jangan sesekali memindahkan ia dengan cara menyeret atau menarik. Sebaiknya, apabila mahu mengalihkannya, angkat dari bahagian kerangka di bawah.

The Importance Of al-Quran and Hadith

In the book "The Meaning of al-Quran” by Muhammad Farooq-i-Azam Malik, there are phrases from "Guidelines for studying the Qur'an" which described the importance of al-Quran and Hadith. What caused confusion is the assertion that the Qur'an is a complete code of life. But when one reads it, one does not find detailed rules and therefore, baffled to see that it does not contain any detailed regulations even about Solah (prayers) and Zakah (charity), which are such important obligatory duties that the Qur'an itself lays great emphasis on them over and over again. That's why the casual reader cannot understand how this Book can be called a complete code. This confusion is caused because the reader loses sight of the fact that Allah did not only send down the Book but also appointed His Rasool to demonstrate its teachings by putting them into actual practice.
To illustrate this, we may take the case of the construction of a building. If only a plan of the proposed building is laid down and no engineer is appointed to supervise and direct its construction, then every detail must be supplied. But if an engineer is also appointed along with the plan to construct the building on the spot, obviously there is no need for a detailed plan. In that case, only a sketch with its essential features will suffice.
It would, therefore, be wrong to find fault with such plan as being incomplete. As Allah appointed the Prophet Muhammad (pbuh) along with His Message (the Qur'an), only general principles and absolutely essential instructions were needed, and not their details. (Ikhwan Ng of Malaysia Reverted Muslim)

Wednesday, September 24, 2014

Hasil Dari Pokok Bertam

Pokok bertam (Eugeissona tritis) tergolong dalam keluarga palma yang tumbuh di hutan pedalaman Semenanjung Malaysia.Batangnya dibelah, diraut dan dianyam menjadi kelarai. Anyaman kelarai batang bertam amat sesuai dijadikan kelengkapan rumah seperti nyiru, bakul dan hiasan dinding. sementara daunnya yang panjang dijadikan atap.Seni membuat kelarai daripada pokok bertam ini mempunyai reka corak yang menarik,kukuh dan kuat. Sebab itu banyak digunakan dalam seni bina tradisional.Anyaman kelarai bertam masih diusahakan kerana permintaan terhadap produk yang berasaskan alam ini semakin diminati.Pereka hiasan dalaman menjadikan kelarai bertam antara item hiasan eksklusif sesuai termasuk hiasan dinding, siling rumah dan bidai.Dari dulu hinggalah sekarang, motif kelarai diinspirasikan daripada tumbuhan dan hidupan liar. [Harian Metro]

Mencantikkan Dinding Kosong

Menggantung sekeping lukisan antara dekorasi paling mudah dilakukan.Boleh juga cuba menggantung beberapa keping bersama-sama kerana ia akan mencipta satu tema pada ruang.Bagaimanapun gambar mestilah di bawah kategori yang sama. Umpamanya gambar pemandangan yang indah, bunga atau seni abstrak.Elakkan menggantung salah satu daripada setiap lukisan itu bersebelahan antara satu sama lain bagi mengelakkan ruang tampil galeri seni. Cara alternatif ialah pelekat dinding yang menjadi aliran hiasan terkini. Pelbagai corak, warna dan tekstur ditawarkan selari dengan gaya dekorasi yang diinginkan.Ia boleh dilekat pada permukaan rata kaca, dinding kayu dan jubin. Selain daripada itu, ia boleh ditanggalkan dan diguna semula. Sungguh menjimatkan. Harus diingat bahawa kertas dinding tidak seharusnya diletakkan pada keseluruhan ruang. Cukup sekadar mewujudkan satu titik tumpu. Selamat mencuba![Harian Metro]

Panduan Keselamatan Di Bilik Si Kecil

Setiap ibu bapa inginkan yang terbaik buat anak. Panduan berikut mungkin dapat membantu.Usah pasang tingkap kaca besar, atau pilih tingkap jenis berlapik yang diperbuat daripada kaca dan plastik kerana jika pecah ia tidak berterabur.Pasang kunci keselamatan, jeriji atau kaca keselamatan pada tingkap yang tinggi sedikit dari aras lantai untuk mengelak anak membukanya.Jangan letak kerusi atau sebarang perabot berhampiran tingkap bagi mengelak mereka memasukkan kepala di celah jeriji. Pasang langsir atau bidai yang sesuai di tingkap bilik supaya dapat menapis kemasukan cahaya matahari.Elakkan memasang langsir labuh hingga mencecah lantai bagi mengelak kanak-kanak menariknya atau terjatuh akibat terpijak langsir.Pasang penyendal pintu automatik yang boleh menghalang pintu tertutup secara kuat. Ia dapat mengelakkan jari kanak-kanak cedera jika tersepit pada daun pintu.Tukar ambal yang koyak atau bergulung di hujung atau tepi. Lantai jubin atau marmar yang pecah hendaklah diganti segera bagi mengelak kanak-kanak tersungkur atau luka terpijak.Letak patung besar berasingan daripada bayi terutama waktu tidur kerana bimbang bayi boleh lemas apabila terhimpit patung itu.Perhiasan kecil, kaca dan tembikar yang mudah pecah tidak sesuai di bilik si kecil.Elak menempatkan terlalu banyak perabot dalam bilik dan pastikan ia tidak berhabuk kerana saluran pernafasan bayi terlalu kecil dan mudah terganggu.Jika menggantung gambar atau lukisan, pastikan ia tidak menakutkan anak anda hingga terbawa-bawa dalam tidur.[Harian Metro]

Cuci Sofa Ikut Material

Sofa antara perabot di ruang tamu yang sering terdedah kepada kotoran kerana kerap digunakan.Kenal pasti jenis fabrik sofa yang hendak dicuci termasuk material dan jenis kotoran. Ikuti panduan yang disertakan pada sofa. Boleh periksa pada sofa kerana terdapat label dilekatkan pengusaha yang secara tidak langsung memberi panduan untuk mencuci sofa itu. Apabila sudah dikenal pasti anda boleh mencucinya sendiri atau sebaliknya.Jika mencuci sendiri, basahkan bahagian itu dengan cecair pembersih dan biarkan selama 10 hing­ga 15 minit sebelum lap dengan tuala bersih. Kalau ada warna yang luntur, sebaiknya jangan guna cecair pencuci itu. Jika tidak melunturkan, maka boleh teruskan cucian.Sebelum membersih dengan cecair pencuci, pastikan buang kotoran yang ada pada sofa seperti menggunakan penyedut hampagas.Kain yang diperbuat daripada mikro ‘fiber’ memang sesuai untuk membersihkan fabrik atau perabot.Selepas cucian, gunakan penyembur fabrik untuk mengasingkan kotoran. [Harian Metro]

Ruang Conteng Anak-Anak

Kreativiti yang ditonjolkan setiap kanak-kanak antara yang membantu perkembangan minda. Ia mengikut tahap umur dan kematangan ketika mereka membesar. Usah sekat kreativitinya kerana secara tidak langsung ia memperlihatkan keadaan normalnya yang mempunyai kecenderungan dan bakat semula jadi berbeza. Bagi kanak-kanak yang gemar menconteng dinding, sediakan satu ruang kreatif dalam bilik anak itu bagi membolehkan dia meluahkan ekspresi seni dengan cara tersendiri. Tidak kira sama ada di bilik tidur atau bilik khas tempat anak bersantai dan bermain.Sediakan satu bahagian panel dinding dan ia mesti terdiri daripada kemasan material yang mudah diselenggara, umpamanya menggunakan kemasan cat yang boleh dicuci, panel kaca ataupun papan putih yang besar. [Harian Metro]

Tuesday, September 23, 2014

Kedudukan Dan Harta Bukan Penentu Bahagia

"Suatu masa dulu saya fikir manusia hanya dianggap berjaya dan bahagia bila memiliki kedudukan dan harta. Tetapi bila saya mula hidup sebagai pengembara, baru saya sedar konsep itu hanya ada dalam minda semata-mata. Saya rasa benar-benar bahagia dengan keindahan alam ciptaan Allah walaupun saya hanya berbekalkan barang-barang yang ada di basikal saya. " (Zahariz Khuzaimah, pengembara solo berbasikal ke Artik. Semoga Allah terus menemaninya dalam pengembaraan solo ke Mongolia tidak lama lagi.)

Lung Boosting Green Smoothie

This smoothie can help maintain lung strength, using high doses of vitamins and minerals that help maintain a healthy respiratory system. You will need: 3 kale leaves, 3 celery stalks, A 2 inch chunk of ginger, 1 apple, 1/2 lemon (peeled), 1 cup of water, Ice (for a chilled beverage). Combine all the ingredients and blend thoroughly. If you’re not into the lumpiness, you can simply juice all of the ingredients but that gets rid of the sweet, delicious fiber that you digestive system loves so. Each ingredient in this smoothie is good for lung health, and the anti-oxidants in the smoothie may be able to stave off cancer too.

Benefits Of Drinking Lemon Water

Lemon is a great source of vitamin C which is great for giving our body the immune boost, high in potassium, which stimulates brain and nerve function, helps reduce free radicals, increases red blood cell production and controls blood pressure. All this mean in more energy, clearer skin, anti-aging properties, less sickness, less yes please. Lemon balances pH levels.When our body enters a more acidic state, it breeds sickness and disease.Add more alkaline foods, and your whole body starts to wake up, repair, fight, and become a power-house of healing and rejuvenating.Lemon aids weight loss. According to Eating Well Magazine, people with more alkaline diets tend to lose weight faster. Also, lemons contain pectin fiber, which helps set your body back to normal hunger levels. Lemon juice helps flush out unwanted materials, and encourages the production of bile. This synergistic effect helps to soothe and normalize the the body’s digestive process.Lemon helps kick the coffee habit. No food practice or quick fix is a miracle. It’s all part of a balanced diet and having perspective. Making small choices that will stick around long term is key to tapping into your body’s sweet and awesome natural state. Try it on!

Monday, September 22, 2014

Ceria Si Anak Yatim

Seringkali kita melihat masalah hanya melalui kacamata peribadi. Kita tidak pernah tahu kisah sebenar di sebalik sesuatu perkara. Pernah suatu masa seorang lelaki tua dan 4 orang anak yang masih kecil naik kereta api. Anak-anak itu ketawa sambil membuat bising hinggakan mengganggu penumpang yang lain. Lelaki tua itu diam sahaja tanpa menegur perbuatan budak-budak tersebut. Seorang wanita memberanikan diri dan menegur sikap lelaki itu. Lelaki itu menjawab, "Maaf, saya tak boleh marahkan mereka. Tiga hari lepas mereka kehilangan ibu bapa akibat kemalangan. Sejak hari nahas itu mereka tak berhenti menangis. Baru hari ini saya nampak mereka ceria. Saya tak sampai hati hendak menegur. Kalau puan mampu, silakanlah". Wanita tersebut kembali ke tempat duduknya dan diam membisu. Yang nyata air mata melilih di pipinya. Kini marahnya berubah menjadi sayang, bencinya jadi simpati. Dia senang melihat anak yatim piatu itu tertawa sepuas-puasnya. Oleh itu, yakinlah ketika kita bersedia membuka mata hati dan telinga, kita pasti sedar hidup ini lebih mudah untuk difahami. Kebencian menjadi kasih sayang, dendam menjadi persahabatan. [Cerita asal dari Family Guide]

Sunday, September 21, 2014

Menjadi Golongan Muhsinin

Setiap umat Islam tahu solat, puasa, menjaga aurat, makan dan minum, tidur, belajar, bekerja, bersilaturrahim dengan insan-insan lain adalah perkara-perkara yang termasuk dalam ibadah.Di kalangan hamba Allah ada segolongan insan yang membuat kebaikan dengan sehabis baik, mengikut kadar kemampuan, ketika bersendirian (waktu gelap) mahupun di hadapan khalayak (waktu terang). Mereka benar-benar merasai, menghayati, dan menikmati kehadiran Allah dalam setiap perkara, urusan, dan ibadah. Mereka dinamakan golongan MUHSININ (orang-orang yang berbuat IHSAN).
Ketaqwaan benar-benar teruji ketika waktu gelap, di kala tidak ada orang yang melihat.Ketika itu sering muncul bisikan-bisikan jahat mengajak melakukan perbuatan yang menyimpang dari sifat-sifat yang mulia. Timbul rasa hendak membuat kotor, meninggalkan solat, membuka rahsia orang, mengambil hak orang, mungkir janji dan ikrar, mencuri tulang, pecah amanah, menonton video lucah, berlaku tidak jujur dan tidak ikhlas, mengeji orang itu orang ini, benci belajar , tidak suka tazkirah dan sebagainya. Ia tidak dizahirkan pada riak muka dan tidak pula diluahkan melalui lisan, kerana kononnya menyimpan dalam hati itu lebih terlindung. Darjahnya mungkin berbeza-beza, tetapi hakikatnya ia tetap ada.
Kerana itu RASA IHSAN HARUS DILATIH DAN DIBINA DENGAN SUSAH PAYAH, PERLU MUJAHADAH DAN DISIPLIN SERTA RASA TAKUT PADA ALLAH. Rasa ihsan melindungi hambaNya pada waktu-waktu gelap dengan mengingatkan dia bahawa Allah Maha Melihat, Maha Mendengar dan Maha Mengetahui, lalu, menjadikan dia lebih teliti dan jujur dalam setiap gerak langkah. Golongan MUHSININ indah di segi zahir dan batin sehingga Allah mengisytiharkan cinta kepada mereka. Mahu menjadi seperti mereka? Jom mula berlatih sekarang!!! [JOM]

There Are Bees In Everyone's Garden

Nobody lives a perfect life. No matter how it looks on the outside, no one lives without pain, stress, problems, anxiety and suffering. When you see the big house, fancy car, successful job, and wealth… it does not spare them from personal ...challenges in life. For the outer world does not always reflect the inner person. Do not let appearances fool you into being jealous about someone else’s life and wishing you were them. They will tell you that “If you were in my shoes” you would see my life differently. We are all challenged by the same fears, and insecurities. Take the time to smell your own flowers, knowing that in everyone’s garden there are bees that sting and birds that sing. — Alhumdulilah for a blessed life

Iman dan Ukhuwah Tonggak Kekuatan Ummah

Beginilah teguhnya iman umat di Gaza. Walau diserang bertubi-tubi oleh tentera Zionis, tawakkal mereka kepada Allah tetap jitu. Mereka sedar bahawa manusia tidak mampu kuat dan berdiri seorang diri. Kekuatan manusia terletak pada perasaan "berTuhan", dinamakan IMAN.KeIMANan dicapai dengan mematuhi perintah-Nya secara istiqamah, dan perasaan persaudaraan (ukhuwah) sesama jemaah ummah.Bertukar pandangan, saling menasihati, tegur menegur secara berhikmah, mendorong dan menyokong dalam hal-hal kebaikan menjadikan Islam kuat dan umatnya menjadi peneraju terkemuka di dunia. Semuanya dilakukan ikhlas kerana Allah dan kerana inginkan redha-Nya. Atas asas inilah Gaza gagah mendepani Israel, walaupun negara jiran membisu. Begitulah, IMAN dan UKHUWAH menjadi tonggak kekuatan ummah. Islam akan kembali cemerlang seperti dahulu jika hakikat ini disedari dan diamalkan.Wallahualam.

Beauties of the Night Sky

This photo by Bill Snyder of the U.S. The Horsehead Nebula is one of the most photographed objects in the night sky, but this image portrays it in a brand new light. Snyder draws the eye down to the creased and folded landscape of gas and dust at its base, rather than focusing solely on the silhouette of the horsehead itself. Snyder also includes the glowing cavity surrounding a bright star to the lower left of the horsehead.
Germany's Eugen Kamenew photo of an eclipse in Kenya.The sun and moon sink together behind a Kenyan savanna skyline, locked in an eclipse in which the moon is silhouetted against the sun’s bright disc. This rare example of a hybrid solar eclipse took place in November 2013, beginning at sunrise over the western Atlantic as an annular eclipse, in which the moon does not entirely block the sun, leaving a bright ring uncovered. As the moon’s shadow swept across the ocean the eclipse became total. By the time the eclipse reached Kenya the sun was once again emerging from behind the moon, creating this breathtaking crescent shape at sunset.
Mark Hanson of the U.S. photo of the galaxy NGC 3718. Observed from Rancho Hidalgo in Animas, New Mexico, the barred spiral galaxy is found in the constellation of Ursa Major. Gravitational interactions with its near neighbor NGC 3729 (the spiral galaxy below and to the left) are thought to cause the galaxy's warped spiral arms. A dark dust streak wraps around the center.
Chris Murphy of New Zealand image of the Milky Way and a rock formation in the Wairarapa district of New Zeland. The lack of light pollution on a clear, crisp night allowed the photographer to capture amazing details.
Alexandra Hart of the U.K. photo of the sun's boiling surface.The picture conveys the scale and violence of our home star. The region of solar activity on the left could engulf the Earth several times over, with room to spare. The sun's outer layers behave as a fluid and are constantly twisted and warped by intense magnetic forces.
Patrick Cullis of the U.S. photo was taken with the aid of a high-altitude balloon. Poised on the brink of space, this astonishing shot shows the curving Earth with the towering Rocky Mountains reduced to tiny wrinkles on the surface below. The moon appears as a distant point of light. Launched from Boulder, Colorado, the balloon was at the 87,000-foot level when the image was made.
Matt James of Australia image of a wind farm on the shore of Australia's Lake George. The striking monochromatic composition depicts the power of the wind along with the motion of the sky, illuminated by the shower of stars transforming into trails as Earth rotates.
Julie Fletcher of Australia image of the night sky over Lake Eyre. The brilliant point of light is Venus. The lake is the lowest natural point in Australia.

Thursday, September 18, 2014

Pasangan Hidup Sejati

Yang membuat hati SENANG bukan WANG, tetapi pasangan hidup yang penuh KASIH SAYANG.Yang membuat hati NYAMAN bukan JAWATAN, tetapi pasangan hidup yang penuh PENGERTIAN. Yang membuat hati BERSYUKUR bukan kerana hidup MAKMUR, tetapi pasangan yang hidup JUJUR.Yang membuat semangat BERKOBAR bukan kerana kereta yang BERJAJAR, tetapi pasangan yang PENYABAR.
Yang membuat hidup BERKAT, bukan rumah yang BERTINGKAT, tetapi pasangan yang TAAT. Yang membuat hidup BAHAGIA bukan kerana HARTA, tetapi pasangan yang SETIA. Yang membuat hidup GEMBIRA bukan kerana memiliki INTAN PERMATA, tetapi kerana memiliki pasangan hidup yang penuh CINTA.
DUNIA INI: 【ツ】 Terlalu Hina untuk membuat kita menangis. 【ツ】 Terlalu murah untuk membuat kita bersedih. 【ツ】 Terlalu lemah untuk membuat kita putus Asa. MEMANG ALLAH TIDAK MENJANJIKAN BAHAWA: 【ツ】 Langit itu selalu biru. 【ツ】 Bunga itu selalu mekar. 【ツ】 Matahari selalu bersinar. TETAPI KETAHUILAH bahawa Allah selalu memberi pelangi selepas hari hujan, senyum di setiap airmata, barakah di setiap ujian, dan jawaban di setiap doa. Jadikan hidup ini penuh barakah. [ Family Guide]

Minuman Kesihatan Tradisional

Jika inginkan badan yang sihat, otak yang cerdas, boleh cuba petua ini. Yang diperlukan ialah kismis dan air minuman (jika boleh air zamzam). Tuangkan air minuman ke dalam gelas sebelum tidur. Rendam 21 biji kismis dalam air minuman tersebut semalaman.Keesokan pagi, bacalah Al Fatihah 1 kali, selawat ke atas Junjungan 3 kali, kemudian minum air rendaman itu dan makan kismisnya sebelum sarapan. Amalkan setiap hari. In Sya Allah kita akan dikurniakan dengan kesihatan yang diidamkan.

Bersyukurlah

Burung tidak pernah merungut kepada Allah bila pagi-pagi kena terbang keluar dan tidak tahu hendak makan apa, tetapi burung pulang dengan kenyang dan mampu beri makanan kepada anak-anaknya.Tidak ada kita dengar cerita burung bunuh diri malah pagi-pagi yang kita dengar burung tetap berkicauan.---------- Cicak tidak pernah merungut kepada Allah kenapa makanannya semua binatang yang terbang, kerana cicak tahu Allah memberinya lidah yang panjang untuk memudahkan ia makan.---------- Cacing tanpa tangan tanpa kaki, tidak pernah merungut kepada Allah susahnya hendak cari makanan, kenapa Allah jadikannya macam ni macam tu. Juga belum ada sejarah ada cacing bunuh diri.---------- Moral cerita: Apabila Allah mencipta kita, Allah tahu kemampuan kita. Allah tidak akan uji kita dengan sesuatu yang kita tidak mampu tanggung, malah tiada satu ujian pun untuk melemahkan. Oleh itu bersyukurlah apa yang kita perolehi -------- Alhamdulillah.

Tuesday, September 16, 2014

Syahidnya Seorang Lotfi

JAWAPAN AL-MARHUM MOHD LOTFI KEPADA SOALAN WARTAWAN SINAR HARIAN DI SYRIA:
SINAR HARIAN: Apa reaksi Ustaz mengenai pandangan yang mengatakan individu yang pergi ke Syria dan Mesir untuk berjihad dikatakan mereka salah anggap bahawa itu jihad, sebenarnya ia ditakrif sebagai pemberontakan. Bermakna jika menyertai pemberontakan, salah di sisi agama walaupun menentang pemimpin fasik.
MOHD LOTFI: Sebenarnya kita perlu fahami bahawa, pemimpin yang wajib ikut ulama, bukan ulama ikut pemimpin. Berapa banyak ulama terdahulu dipenjara, dizalimi dan dibuang daerah manakala ulama hari ini mendapat kedudukan di sisi kerajaan.Saya andaikan kebanyakan ulama negara ini terlalu mengikut telunjuk pemimpin. Jika pemimpin itu kata wajib laksana hudud, maka para ulama akan hurai bab hudud. Begitulah seterusnya.Saya tinggalkan isteri dan enam anak demi mempertahankan golongan ditindas, selain mahu membantu masyarakat di sana menyekat kemaraan tentera Assad dari terus menyeksa dan membunuh manusia yang tidak berdosa. Mengenai kepulangan saya ke Malaysia… belum pasti kerana kerajaan anggap orang seperti kami sebagai musuh mereka. Di Syria, kami tidak dipenjara, tetapi jika kembali ke Malaysia, belum pasti dapat bebas dan bertemu anak isteri. Mungkin nasib kami berakhir di penjara.
Dalam perjuangan ini jangan harapkan pujian, sambutan atau taburan bunga rampai, sebaliknya tunggulah saat diberi hukuman. Akan ada dalam kalangan saudara-saudara dipilih ALLAH SWT untuk berjihad fisabilillah di bumi Syam. Orang seperti kami sanggup siapkan dada sebagai benteng kepada mereka yang lemah dan ditindas.Kami berperang untuk pertahankan insan-insan yang kini menjadi pelarian di bumi sendiri. Rakyat Syria tidak ada tempat tinggal lagi selepas dimusnahkan, sebahagian besar masih di tempat persinggahan.Bak kata pepatah Arab, ‘Ahli Makkah lebih memahami lorong-lorongnya’, bermaksud orang Syria dan ulama lebih mengetahui apa yang berlaku di sini. Saya tidak mahu berbalah tentang ini.Kami berjuang menentang tentera Assad dari terus menzalimi umat Islam di Syria. Jika konflik di Mesir kita tunjuk perasaan, di Syria kenapa senyap? Air mata kanak-kanak ini menjadi air mata kami semua. Hati dan perasaan kami seakan berhubung, yang ada anak kecil, pasti terasa hibanya jika ia berlaku kepada anak sendiri. Semoga mereka kuat menempuh ujian ini dan jadi pejuang di jalan ALLAH SWT. Bedilan jet pejuang Assad ke arah Mujahidin yang sedang mengepung benteng pertahanan adalah lumrah, juga sangat hampir dengan kediaman kami. Saya sudah lali melihat bom barmil jatuh berhampiran dengan kami sehingga rakan-rakan gugur syahid atau parah.
Kami akan hadapi tentera Assad, biar berkecai tubuh kami, biar nyawa melayang demi agama Islam. Islam tidak sunyi daripada pejuang dan penegak keadilan sehingga hari kiamat. Biar mereka menyusun agenda namun ingatlah kepada jaminan Nabi Muhammad SAW, sehingga di akhir zaman, ‘Yahudi terpaksa bersembunyi di sebalik pokok-pokok dan batu-batu’. Itu janji nabi kita, seperti tersebut dalam al-Quran dan hadis. Kami hanya menegakkan dan memartabatkan Islam, sebagaimana yang disebut dalam al-Quran dan hadis. Saya juga ingin menegaskan saya tidak bertanggungjawab terhadap mana-mana pihak yang menyalahguna nama saya bagi mengutip dana untuk ke sini. Mereka datang secara sukarela, tiada paksaan atau janji manis.Mereka memburu jihad dan syahid, itu sahaja. Sebenarnya jemaah jihad ada di setiap penjuru bumi Syam. Ada pelbagai kumpulan bergabung menentang tentera Assad.Kami difitnah.
Kita jangan salahkan mana-mana pihak (jemaah) yang berusaha menegakkan Islam dengan apa jua cara yang difikirkan sesuai di tempat masing-masing. Bagi saya kalau mereka tidak sempurna kitalah orang yang berusaha menyempurnakan.Bukankah Nabi Muhammad melihat nabi-nabi terdahulu, bagaikan bangunan hebat cuma masih tertinggal seketul bata, maka Nabi Muhammad bersabda: akulah bata itu. [FOTO Akmal Hafiz]

Monday, September 15, 2014

Ambil Hati

Hati ialah tempat Allah menilik akhlak seseorang hamba. Di situlah letaknya keikhlasan, taubat, tawakkal, taqwa dan harapan ke atas keampunan dari Allah. Setiap manusia mempunyai pandangan yang pelbagai. Demi menjaga keharmonian, sebaik mungkin gunakan bahasa dan gaya komunikasi yang baik agar tidak menyebabkan pihak lain “terasa hati”. Sebagai contoh, apabila hendak membetulkan kesilapan seseorang, jangan dimarahi dan dimaki hamun. Sebaliknya tegurlah dengan cara dan bahasa penuh berhikmah. Usah menegur seolah-olah kita hendak mengajarnya. Nabi SAW suka umatnya saling berinteraksi, bukan duduk menyendiri. Namun ia hendaklah dilakukan dalam ruang lingkup akhlak yang baik. Berinteraksi dengan manusia semata-mata kerana Allah. Elakkan perbalahan atau mengharapkan sebarang balasan. Balasan itu Allah yang memberikannya, kadang-kadang menerusi perantaraan orang lain.
Jangan jadi munafik, cakap lain tetapi buat lain. Contoh, A mengatakan dia tidak memutuskan silaturrahim dengan B, namun A enggan pula bertegur sapa dengan B. Sikap buruk A boleh ditolak oleh B menerusi kebaikannya. In sya Allah, suatu hari nanti sikap A kepada B akan berubah. Bila berinteraksi dengan orang, jangan pula berlebih-lebihan atas alasan kerana hendak mengambil berat. Bukan semua orang suka menceritakan hal peribadi. Oleh itu, bertanya khabar hanya sekadarnya.
Berhubung pergaulan dengan orang belum Islam, jangan sesekali dihina agama dan sembahan mereka. Sebaliknya, tonjolkan akhlak dan kebaikan Islam. In sya Allah ini mungkin boleh menarik hati mereka untuk mendalaminya. Perhubungan sesama manusia pasti jadi baik jika setiap orang berusaha mengambil hati masing-masing: suami mengambil hati isteri, ibu bapa mengambil hati anak-anak, pengurusan masjid mengambil hati anggota kariah, pemimpin mengambil hati orang bawahannya, dan begitulah seterusnya. Elakkan diri kita daripada berasa jauh hati. Nabi SAW selalu digambarkan berakhlak al-Quran. Ertinya, akhlak Baginda adalah berpandukan perintah dari al-Quran. Sebagai umatnya, kita patut mencontohi Baginda. Jaga lisan, jaga tindakan, jaga kebersihan, jaga sikap sesama manusia. Biar kita jadi orang paling awal memberikan salam kepada sesiapa sahaja, sama ada kenal atau tidak. Itulah cara hendak mengambil hati orang ramai. Dengan ini bertambahlah lingkungan sahabat kita.