Thursday, August 13, 2015

Backpackers Jepun Berkopiah

Perkongsian indah oleh Bro Firdaus Wong dari Multiracial Reverted Muslims, sebuah NGO yang banyak mengajar muslim lain cara berakhlak yang dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w. Cara berdakwah terbaik bukan melalui pidato yang berapi. Juga bukan mesti diadakan di masjid dan surau. Cukuplah dengan akhlak sopan santun dan baik budi pekerti yang dipamerkan kepada pihak belum Islam di jalanan. Inilah STREET DAKWAH.
SELESAI sesi Istitabah di Jabatan Mufti Selangor, saya terserempak dengan dua lelaki berpakaian tradisional Jepun dan berkopiah dengan beberapa beg mengangkat ibu jari di tepi jalan Masjid Shah Alam. Saya memberhentikan kereta dan bertanya apa yang saya boleh bantu? Mereka nak ke stesen KTM Shah Alam dan saya bertanya lanjut, mereka nak naik komuter ke mana? Jawabnya nak ke KL Sentral. Saya tawarkan untuk bawa mereka ke sana walaupun saya sendiri perlu ke Yong Peng Johor. Saya memperkenalkan diri dan mereka juga memperkenalkan diri. Seorang bernama Tada (kacukan Jepun dan Filipina), seorang lagi ialah Mine (sebutan Min Meh) yang lebih cerah orangnya. Kedua-duanya adalah rakan baik dan baru berusia 20 tahun tetapi mengembara ke Malaysia, Thailand, Singapura dan Indonesia dengan bajet USD800 untuk semua perbelanjaan selama 10 hari. Mereka belum Muslim lagi dan mereka juga memakai kopiah yang baru dibeli ketika melawat Masjid Shah Alam.
Soalan pertama yang ditanya mereka kepada saya agak pelik: "Thanks you for helping us. Why you willing to help us when we have wave for 15 minutes but nobody stop but only you willing to stop. IS IT BECAUSE YOU ARE MUSLIM?" Terkejut saya dengan soalan mereka namun saya menjawab: "Islam teach its followers to treat their guests well and Prophet Muhammad (pbuh) also said that whoever lift a difficulty and facilitate the affairs of his brothers in this world, Allah will lift his difficulty in and make his affairs in the hereafter easier."
Dipendekkan cerita, dalam perjalanan kami berborak tentang latar belakang masing-masing. Tada yang lebih fasih berbahasa Inggeris, bertanya kenapa saya memilih Islam serta konsep akhirat dalam Islam. Saya menawarkan untuk belanja mereka makan tengah hari memandangkan mereka juga belum makan dan akhirnya saya membawa mereka ke Dapur Sarawak untuk menikmati hidangan Malaysia memandangkan mereka sudah merasai sate, nasi lemak dan teh tarik. Mereka mahu belajar berwuduk dan solat dan apabila saya tanyakan tentang perasaan setelah solat dan sujud, jawapan yang diberi, "I never feel like this before. Very peaceful. Very calm, feel very humble and close to God."
Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Kami menghadiahkan senaskah Quran, MP3 Quran, minyak atar dari Makkah serta kain sarung yang kami pinjamkan kepada mereka untuk belajar solat kerana mereka merasakan selesa dan suka padanya. Sebelum berpisah, Tada berkata kepada saya, "We never expect to meet you on our last day in Malaysia. We do not know how to repay or thank you but we really enjoy our short moment together. We love you and your friends here, we love Malaysians for their kindness and we love Allah. Next time when I see someone in need of help, I will remember your advice to spread love and kindness to others. We love you, Brother." Semoga mereka terus mencari kebenaran dan dikurniakan hidayah oleh Allah SWT...

No comments:

Post a Comment