Sunday, August 31, 2014

Kita Ada Allah

Ketika pendakwah Ebit Liew pernah ketiadaan kerja dan kesempitan dalam hidup, isterinya selalu cakap,"Abang jangan sedih. Kita ada Allah. In sya Allah Allah sentiasa akan buka jalan. Kita kan ada Allah yang tak lupakan mana-mana hambaNya". Ketika isterinya pula teramat bersedih kerana keguguran anak,Ebit berpesan, "Kuatkan diri kerana kita ada Allah. Allah sayang kita". Mereka pernah tidak dapat sesuatu yang mereka inginkan, mereka belajar mengucapkan: Allah ingin memberi sesuatu yang lebih baik dari semua ini..ada hadiah yang teramat luar biasa Allah hendak beri. Bila anak kita sedih atau takut, katakan pada mereka, " Anakku, jangan takut kita ada Allah yang selalu bersama kita, sayang dan jaga kita. Kita orang Islam tak takut selain Allah." Allah sumber segala kebijaksanaan. Yakin Allah membuat seluruh dunia ini menjadi kecil kerana segalanya milik Allah. Orang yang bersedih putus cinta atau diuji musibah. Jangan sedih. La Tahzan Innallaha ma ana...Sedih kerana sedang dihina dan diuji dengan musibah. Kita ada Allah..Allah pemilik semua. Allah pemilik dan menguasai segalanya.

Janji Qatar Kepada HAMAS

Raja Qatar telah menghubungi bekas Perdana Menteri Palestin, merangkap Timbalan Pengerusi Biro Politik HAMAS, Ismail Haniyeh. Dalam perbualan itu, Raja Qatar telah meyakinkan bahawa negera itu sedang menyiapkan bekalan dan keperluan dalam jumlah yang besar untuk pembangunan semula Gaza.Raja Qatar juga turut menegaskan bahawa apa yang mereka sedang lakukan ini merupakan satu kewajipan dan memuji Gaza dengan mengatakan Gaza telah berjaya mengangkat martabat bangsa Arab dan orang Islam ke tahap yang tinggi. Qatar adalah negara antarabangsa yang paling banyak membantu Gaza dari sudut kewangan.Qatar juga adalah negara Arab Teluk yang paling berani menyokong serta memberi perlindungan kepada pimpinan Hamas dan Ikhwan, juga kepada ulama dunia. Di antara tokoh yang berlindung di Qatar adalah Khaled Meshal dan Dr Yusof al-Qardawi.

Super Sights

A midlevel solar flare erupts from the left side of the sun's disk on Aug. 24, in an extreme ultraviolet image captured by NASA's Solar Dynamics Observatory. Solar flares can disrupt communications and power grids, but this M5 flare was not directed at Earth.
NASA astronaut Steve Swanson captured this dramatic image of swirling auroral displays from aboard the International Space Station. The station's robotic arm can be seen folded at the top of the frame. The picture was posted on Twitter on Aug. 27.
Perseid meteors and stars light up the night sky above Spain's Sierra Norte de Madrid mountains in this multiple-exposure image from the early hours of Aug. 12. The Perseids occur every August when Earth passes through the debris and dust left behind by Comet Swift-Tuttle.
A cloud floats over South America's Andes Mountains in an image tweeted by German astronaut Alexander Gerst from the International Space Station on Aug. 3.
The International Space Station's robotic arm prepares to release Orbital Sciences Corp.'s Cygnus cargo craft on Aug. 15, after a monthlong visit to the orbital outpost. It took weeks to unload 1.5 tons of cargo from the Cygnus and fill it back up with trash for disposal.

Friday, August 29, 2014

Kemerdekaan Hakiki

Kemerdekaan negara yang kita nikmati ini adalah anugerah Allah yang wajib disyukuri dan dipelihara. Perjuangan kemerdekaan belum benar-benar berakhir dengan perginya penjajah dari bumi tercinta. Kini ada usaha-usaha gigih oleh pihak tertentu yang mahu meruntuhkan kehidupan individu, berkeluarga, bermasyarakat dan bernegara. Usaha membangun semula, memulihkan kerosakan ratusan tahun era penjajahan belum lagi selesai. Kita sekarang berhadapan dengan penjajahan bentuk baru iaitu penjajahan minda dan budaya serta ekonomi. Kita didominasi, diglobalisasi dengan fahaman liberalisme, pluralisme, hedonisme dan anti syariah yang meminggirkan fungsi Allah dalam mengatur kehidupan manusia seperti. Umat Islam di negara ini tidak boleh lagi membuang masa dan kekuatan yang masih tersisa. Gunakan segala apa yang kita ada seperti peluang dari sudut peruntukan undang-undang, kekuatan politik dan kekuatan bilangan majoriti penduduk negara ini untuk mengelakkan kita daripada dimangsakan oleh pihak yang kini bersengketa dalam perebutan kuasa dan harta. Kita hendaklah sepakat meletakkan Islam sebagai pengisian utama kemerdekaan negara dengan melaksanakan syariat dan hukum Allah dalam kehidupan seharian.

The Boiling Frog Syndrome

Put a frog in a vessel of water and start heating the water.As the temperature of the water rises, the frog is able to adjust its body temperature accordingly.The frog keeps on adjusting with increase in temperature.Just when the water is about to reach boiling point, the frog is not able to adjust anymore.At that point the frog decides to jump out.The frog tries to jump but is unable to do so, because it has lost all its strength in adjusting with the rising water temperature.Very soon the frog dies. What killed the frog? Many of us would say the boiling water.But the truth is what killed the frog was its own inability to decide when it had to jump out.
We all need to adjust with people and situations, but we need to be sure when we need to adjust and when we need to confront/face. There are times when we need to face the situation and take the appropriate action.If we allow people to exploit us physically, mentally, emotionally or financially, they will continue to do so.We have to decide when to jump. Let us jump while we still have the strength.

Thursday, August 28, 2014

Allah Membersih Dosa Hamba-Nya Setiap Hari

Alhamdulillah, tanpa disedari setiap hari Allah Yang Maha Pengampun membersihkan dosa hamba-Nya dengan perkara-perkara sekecil berikut ini. Cuba bayangkan jika ujian yang diberikan-Nya itu lebih besar lagi. 1. Penat - ketika melakukan sesuatu kerja; ketika melayan kerenah anak istimewa; menjaga ibu bapa yang sakit. 2. Sakit - tubuh dari seringan-ringan penyakit seperti tercucuk duri hinggalah penyakit kronik. 3. Bimbang - terhadap perkara yang belum berlaku; bila diri semakin dipanjat usia sedangkan status masih solo lagi; bila anggota keluarga masih belum pulang ke rumah. 4.Duka - kerana terkenang peristiwa lama; kerana rasa kecewa tidak dapat memberi bantuan lebih baik kepada orang yang memerlukan. 5. Derita Hati - kerana dicaci, dicemuh, dipandang rendah, diperbodohkan dan sebagainya. 6. Sedih - kerana menerima berita kematian orang tersayang. Oleh itu jangan mengeluh. Bersyukurlah dengan setiap perkara yang kita tempuhi.

Pengikat Plastik Kreatif

Selalunya bila kita menyimpan apa-apa barangan dalam karung plastik, kita lilitkan, ikat dan simpul sahaja. Tetapi masalahnya ialah bila hendak membuka simpulan dan lilitan tersebut semula. Bagaimana kalau kita gunakan idea yang diutarakan oleh nameeroslan.blogspot.com iaitu menggunakan penutup botol plastik seperti ini. Jadi, lain kali sebelum membuang botol kosong, potonglah bahagian atas botol tersebut untuk membuat pengikat karung plastik.

Perbandingan Agama

ISLAM amat menganjurkan umatnya melakukan perbandingan di antara agama supaya lebih jelas antara yang hak dan batil. Semua orang diajak berfikir dan mengetahui apakah Islam sebenarnya - "Akidah" yang dibawa oleh semua utusan Nabi bahawa Tuhan merupakan Pencipta yang SATU, sifat agungNya tidak sama dengan setiap ciptaanNya.
Ketahuilah bahawa Nabi Ibrahim A.S. juga melakukan perbandingan agama kepada penganut musyrik seperti yang difirman dalam al-Quran:"Maka ketika dia berada pada waktu malam yang gelap, dia melihat sebuah bintang (bersinar-sinar), lalu dia berkata: “Inikah Tuhanku?” Kemudian apabila bintang itu terbenam, dia berkata pula: “Aku tidak suka kepada yang terbenam hilang”.Kemudian apabila dilihatnya bulan terbit (menyinarkan cahayanya), dia berkata: “Inikah Tuhanku?” Maka setelah bulan itu terbenam, berkatalah dia: “Demi sesungguhnya, jika aku tidak diberikan petunjuk oleh Tuhanku, nescaya menjadilah aku dari kaum yang sesat”.
Kemudian apabila dia melihat matahari sedang terbit (menyinarkan cahayanya), berkatalah dia: “Inikah Tuhanku? Ini lebih besar”. Setelah matahari terbenam, dia berkata pula: ` Wahai kaumku, sesungguhnya aku berlepas diri (bersih) dari apa yang kamu sekutukan (Allah dengannya)." (Surah Al-An’am 6: 76-78)
Maka boleh dilihat daripada dua ayat al-Quran di atas bahawa Nabi Ibrahim sedang cuba menjelaskan Agama Tauhid dengan bintang , bulan dan matahari yang disembah oleh musyrik. Ia bukannya bersudahan begitu sahaja, sebaliknya Nabi Ibrahim A.S menjelaskan bahawa Tuhan sekali-kali tidak sama dengan ciptaanNya. Seperti yang difirman oleh ayat al-Quran seterusnya:“Sesungguhnya aku hadapkan muka dan diriku kepada Allah yang menciptakan langit dan bumi, sedang aku tetap di atas dasar tauhid dan bukanlah aku dari orang-orang yang menyekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain)”.(Surah Al-An’am 6: 79)
Mungkin ramai orang masih keliru mengenai cara melakukan perbandingan agama kerana khuatir akan terpesong akidah, maka ketahuilah Nabi Ibrahim A.S. tidak terpengaruh dengan penyembah bintang, bulan dan matahari sebaliknya berusaha untuk menyampaikan mesej bahawa Allah SWT itu SATU dan TIDAK SAMA dengan semua ciptaanNya. [Malaysia Reverted Muslim (Formerly Malaysia Chinese Muslim]

Wednesday, August 27, 2014

Cukup Walaupun Sedikit

Bila sudah terima gaji, bagaimana hendak rasa duit gaji tu sentiasa cukup walaupun sedikit? Pesan Ustaz Mohd Nassru Abdul Latif:
1.Bila hari terima gaji, jangan lupa ibu dan ayah. Perkara pertama buat, pindahkan untuk mereka dahulu. Banyak atau sedikit, itu tidak penting. Walau mereka berdua mungkin sudah berpendapatan, tetapi berikan kepada mereka sebagai hadiah. Percayalah, duit gaji kita akan cukup!---------- 2.Jangan dilupa "Tabung Haji", memotong melalui potongan gaji lebih baik. Anda tahu, bila kita sudah mendaftar haji, ia bermakna "Nawaitu" itu telah ada!---------- 3.Sebagai seorang ayah, ingat kembali urusan anak. Aqiqahkan mereka dahulu, sebelum anda membeli TV LED baru, sebelum menukar sport rim baru!---------- 4.Sebagai seorang isteri yang bekerja, bantulah suami! Tidak salah jika isteri berkata "Duit I, Duit I, Duit suami, Duit I! Tapi, redha itu lebih penting. Suami pula jangan ambil kesempatan atas kebaikan isteri!
5.Sebagai isteri yang tidak bekerja, redha dengan apa yang ada. Jangan merungut! Tiada suami yang mahukan kekurangan dalam keluarga. 6.Lihat ahli keluarga yang terdekat, siapa yang perlu dibantu dahulu sebelum bersedekah atau hendak bantu orang susah, anak yatim. Rezeki kita akan sentiasa cukup jika mendahulukan orang yang dekat! Kerana sabit dalam hadis Rasul s.a.w. 7.Jangan kedekut tetapi jangan pula terlalu boros! Memberi makan merupakan sedekah yang sangat mudah. Sekali sekala, apa salahnya belanja kawan dan saudara-mara.
Marilah kita banyakkan berselawat ke atas Rasulullah s.a.w., yang kita rindui. ..اللهم صل على محمد و على ال محمد .. ...
Jenaka dari Ustaz: ..... Kadang-kadang Allah hantar seekor kucing untuk menjadi guru dan menguji kita supaya kita muhasabah.Jika seekor kucing datang meminta makanan, tapi kita halau dia, itu tanda kita kedekut dengan rezki yang Allah beri pada kita. Padahal kucing tu minta sedikit sahaja dari sisa makanan kita. Kita ada duit beribu-ribu, apa ruginya beli sebungkus nasi beri pada kucing. Kadang-kadang kucingbawa lari seekor ikan kembong yang kita beli di pasar. Anggaplah itu rezeki untuk kucing tu. Tak perlu kejar kucing itu keliling kampung! Dia bukan ambil semua, seekor saja. Lainlah kalau kucing itu bawa lari peti sejuk, bolehlah kejar sebab mahal.Kita cita-cita nak syurga firdaus, tapi kita kedekut pahit. Muhasabahlah diri kita.Jika hendak jadi cepat kaya, murah rezeki,panjang umur, dan terang dalam kubur nanti, selalulah kita beri makan pada binatang. Setiap makanan kita beri makan binatang itu dikira sedekah.
Rasulullah s.a.w. bersabda :"Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala."(HR. Al- Bukhari) ㅤ

Tuesday, August 26, 2014

Kemenangan Diraih Dengan Darah

Kemenangan di Gaza adalah kemenangan bersejarah yang dicapai oleh tentera Al-Qassam dan rakyat Gaza, satu kemenangan yang tidak mampu dicapai oleh mana-mana tentera Arab pada ketika ini. Serangan Al-Qassam dan sayap tentera lain telah berjaya mengepung ruang udara Israel, menyerang kawasan ketenteraan dan tempat strategik, sehingga menyebabkan jutaan rakyat Israel terpaksa berlindung di pusat-pusat perlindungan.Keadaan ini telah membuatkan kekuatan tentera Israel berada di tahap paling bawah meskipun terkenal dengan kecanggihan alat ketenteraan. Kemenangan ini bukan sekadar akan membuka pintu-pintu sempadan, bahkan ia akan membuka pintu-pintu kemenangan untuk matlamat yang lebih besar, iaitu membebaskan Palestin dan Masjid Al-Aqsa dari penjajahan rejim Zionis Israel.[Ikatan Muslimin Malaysia]
Bendera Malaysia dikibar bersama meraikan kemenangan rakyat Gaza. [Foto: Nadzri Musman]
Al-Qassam mengajar kepada kita dan dunia seluruhnya akan erti kemerdekaan yang sebenar walaupun masih duduk dalam penjara terbuka Gaza ini.Kemerdekaan yang bertunjangkan kepada tauhid dengan menyerahkan segala urusan kepada Allah SWT walaupun seluruh dunia bersatu untuk menghancurkan mereka.Inilah ciri paling besar ada pada setiap jiwa Al-Qassam, mereka telah membenarkan baiah mereka pada Allah SWT lalu Allah SWT menyempurnakan janji-janji mereka." [Prof Madya Dr Aznan Hasan - Pengerusi Majlis Ulama ISMA (MUIS]

Polis Jaga Keamanan Dunia Konon

Dalam ucapan Obama di Jawatankuasa Tindakan Politik Amerika Israel (America Israel Political Action Committee - AIPAC) 2011 menyatakan dengan jelas, “Saya bukan sahaja Presiden Amerika Syarikat, bahkan anggaplah saya seorang presiden Yahudi Zionis untuk Israel.” Beberapa perkara telah dinyatakan Obama secara peribadi dengan bangga untuk menunjukkan hubungan utuh beliau dengan Israel. Beliau telah memotong $800 juta dari bajet tahunan negara untuk keluarga dan kanak-kanak miskin di Amerika. 1. Menaikkan peruntukan bantuan kewangan kepada Israel. Obama memperuntukkan $40 Billion dana ketenteraan. Presiden Bush telah memperuntukkan $30 Billion untuk tujuan yang sama. 2. Memboikot Durban Conference Against Racism yang memberikan perhatian terhadap polisi rasis/Apertheid Israel terhadap rakyat Palestin. 3. Menggunakan kuasa veto terhadap Laporan Goldstone yang menyatakan Israel telah melakukan jenayah perang dan jenayah kemanusiaan dalam serangan ke atas Gaza di pada 2008-2009. 4. Menggunakan kuasa veto terhadap satu Resolusi Majlis Keselamatan PBB yang melabel penempatan Yahudi Israel sebagai tidak sah dari segi undang-undang. Keputusan undian semasa mesyuarat tersebut 14 – 1, di mana hanya Amerika Syarikat mengundi menyokong penempatan haram Yahudi. Inilah presiden dan negara yang menjanjikan harapan keamanan kepada dunia!!!

Subglacial Volcanic Eruption in Iceland

Iceland's Bardarbunga volcano burst forth with a small eruption Saturday under the ice of Europe's largest glacier, scientists said, prompting the country to close airspace over the area. Thousands of small earthquakes have rattled the volcano, located deep beneath the Vatnajokull glacier, in the last week. Icelandic Meteorological Office vulcanologist Melissa Pfeffer said Saturday that seismic data indicated that an eruption had begun, with magma from the volcano melting ice within the glacier's Dyngjujokull icecap. The remote area, 200 miles east of the capital of Reykjavik, is uninhabited. The Civil Protection Department said scientists flew over the ice cap Saturday afternoon but saw no visible signs of the eruption on the surface. Still, authorities raised the country's aviation alert to red — the highest level on a five-point scale — indicating the threat of "significant emission of ash into the atmosphere." [NBC News]

Sunday, August 24, 2014

Al Mahdi Yang Dicari Iluminati

Musuh Yahudi yang sebenarnya bukanlah Palestin tetapi Bani Jawi. Bani Jawi adalah pengembara hebat membawa misi ke Semenanjung di Hujung dunia yang di panggil oleh Ptolemy sebagai Semenanjung Emas atau “Golden Chersonese” dan kemudiannya dikenali sebagai Tanah Melayu. Bani Jawi menerima Islam tanpa peperangan dan mendukung Islam dengan sempurna. Telah lama Yahudi Illuminati mencari bani Jawi @ ‘kaum yang hilang’.BANI JAWI @ BANGSA JAWI / MELAYU. Tanah Jawi – ialah gelaran kepada Tanah Melayu.Orang Jawi – ialah gelaran orang Arab kepada orang Melayu.Tulisan Jawi – ialah tulisan yang digunakan oleh orang Melayu. Masuk Jawi – berkhatan iaitu salah satu amalan yang diajar Nabi Ibrahim dan menjadi amalan orang jawi zaman berzaman. Ketahuilah sesungguhnya terdapat satu kajian bahawa bangsa Melayu adalah berasal dari keturunan Nabi Ibrahim dari isteri ketiga yang bernama Siti Qaturah@Keturah. Sebelum meninggal dunia Nabi Ibrahim AS telah mewasiatkan kepada anak-anaknya untuk mencari sekeping tanah semenanjung di hujung dunia. Kerana di sana nanti akan lahir dari keturunan ini satu Raja akhir zaman bernama al Mahdi. Diceritakan juga al Mahdi akan pulang semula ke tanah asal bersama kaumnya dan akan memusnahkan bangsa Yahudi. Wasiat ini dilaksanakan oleh anak-anak Nabi Ibrahim dan kisah ini dicatit dalam kitab-kitab Yahudi. Sejarah berlalu zaman berzaman. Kisah ini juga diceritakan oleh Rasulullah SAW kepada para sahabat. 60 para sahabat mengembara ke Timur mencari Bani Jawi. Akhirnya Bani Jawi menerima Islam tanpa peperangan. Bani Jawi terkenal dengan akhlak dan kelemah lembutan mereka kerana mereka berdarah bangsawan dan kesatria perang yang dihormati. Jawi atau Jiwi ikut bahasa sanskrit Ji=satu & Wi=Tuhan. yakni maksud nya bangsa yg percaya kpda 1 Tuhan (mentauhidkan Tuhan). Dimanakah negara dihujung dunia ini yang masih beramal dengan mempercayai adanya Tuhan yang satu?? Wahai Bani Jawi, wahai keturunan kaum yang hilang. Rahsia bangsa misteri ini masih terpelihara di dalam Kotak Tabut rahsia sejak beribu-ribu tahun. Tiada siapa yang tahu dari mana asalnya bangsa ini. Bagaimana bangsa ini boleh wujud di tanah paling selatan benua Asia, ’di penghujung dunia.’ Wallahualam

Selamat Pulang MH17

Jenazah anak kapal dan penumpang pesawat MH 17 yang ditembak jatuh oleh peluru berpandu pada 17 Julai lalu di timur Ukraine selamat kembali ke Malaysia selepas usaha yang panjang dan sukar untuk mendapatkan jenazah mereka.
Jenazah-jenazah itu telah diterbangkan dari Lapanganterbang Schipol, Netherlands pada 9.40 malam hari Khamis (waktu Malaysia) menerusi penerbangan khas Malaysia Airlines MH6129 yang mendarat di KLIA pada 9.55 pagi Jumaat (22 Ogos).Pesawat itu telah diterbangkan oleh Kapten Datuk Misman Leham, Bakri Othman dan Zaim Khalid dan juga Yap Koon Kong.Sebaik sahaja enjin pesawat dimatikan, 20 kereta jenazah berwarna putih meluncur masuk dan berada dalam satu barisan.Tiada siapa yang dapat menahan kesedihan apabila pengusung-pengusung membawa jenazah masuk ke dalam kenderaan yang telah ditetapkan.
Air mata terus bercucuran melihat ABDERRAHMAN, 9 bulan, anak Pembantu Juruterbang Almarhum Ahmad Hakimi Hanapi, 29 yang turut dibawa ke Masjid Putrajaya. Ketika solat jenazah dilakukan, dapat dilihat Abderrahman turut sama berada di saf hadapan dengan didukung oleh seorang rakan baik Hakimi yang tidak dapat menahan sebak sepanjang solat jenazah berlangsung. Sementara itu, sebilangan besar ahli keluarga terdekat Hakimi memakai tshirt hitam yang tertulis ayat Co. Pilot Ahmad Hakimi Hanapi ‪#‎MH17‬ 17.7.2014 ‘See you in Jannah’(Dalam foto di sebelah, Almarhum Ahmad Hakimi Hanapi, hitam putih, bersama anaknya Abderrahman sementara foto di sebelah, anak itu didukung oleh sahabat Almarhum)
Tragedi ini tidak akan kita lupakan. TAKZIAH kepada seluruh keluarga mangsa MH17. Semoga Allah redha dan merahmati mangsa, diampuni segala dosa dan diterima amal mereka – AMIIN YA RABBAL AALAMIIN. Semoga pelakunya diturunkan azab hukuman di atas perbuatannya.

Ginger For Nasal Congestion

The volatile oils in ginger have long made it a useful herbal remedy for nasal and chest congestion. Pour 2 cups of boiling water over a 1-inch piece of peeled, grated ginger; steep for 10 minutes; and strain. Add a pinch or two of cayenne pepper to the water and drink as needed.

Friday, August 22, 2014

Seven Wonders of the World

A group of students were asked to list what they thought were the present "Seven Wonders of the World." Though there were some disagreements, the following received the most votes: 1. Egypt's Great Pyramids 2. Taj Mahal 3. Grand Canyon 4. Panama Canal 5. Empire State Building 6. St. Peter's Basilica 7. China's Great Wall
While gathering the votes, the teacher noted that one student had not finished her paper yet. So she asked the girl if she was having trouble with her list. The girl replied, "Yes, a little. I couldn't quite make up my mind because there were so many.The teacher said, "Well, tell us what you have and maybe we can help." The girl hesitated, then read, "I think the 'Seven Wonders of the World' are:
1. to see 2. to hear 3. to touch 4. to taste 5. to feel 6. to laugh 7. and to love."
The room was so quiet you could have heard a pin drop. So, you see, these are free gifts from Allah (SWT) we overlooked as simple and ordinary and that we take for granted.If you wake up each day and have all these then you have all the wonders of the world.If wealth is the secret to happiness, then the rich should be dancing on the streets, but only poor kids do that.If power ensures security,then top officials should walk unguarded, but people who live on roadside feel more secure.If beauty brings ideal relationships, then celebrities should have the best marriages.But they have one of the worst relationships.That's why... Live simply...

Thursday, August 21, 2014

Militants Beheaded American Photojournalist In Syria

The email came in like so many others: an anonymous sender, the address untraceable. The friends and family of James Foley had sifted through dozens over a year of drawn-out agony, hoping that one might yield a clue or contact to help bring home the missing journalist — their son, brother and confidante who went missing on Thanksgiving day in 2012. Last November, finally, real, true contact was made – but the conversation was over almost as soon as it began. Before that contact, there had been no information or sign of James Foley since he was kidnapped at gunpoint near the town of Taftanaz in northern Syria. His family marked the passage of time privately for six weeks -- then went public in January 2013, appealing for information on Foley’s captors and whereabouts, pleading for his release. Messages posted on Twitter started to count the days the journalist had been missing – 120, 191, 200, 300.
It wasn’t until September 2013 that the Foleys knew their “Jim” was alive. It was a “lucky break,” according to Philip Balboni, CEO of GlobalPost – the news company Foley worked for. A young Belgian who had travelled to fight in Syria had befriended Foley and, once that jihadist went back to Belgium, offered “excellent information” on roughly where Jim was held and by whom. The Foley family – and GlobalPost – still held out hope for a direct line to the missing journalist. But in October 2013, Foley’s father John told the Today show “we’ve heard nothing. Nothing.”
The next month, in November, that changed. The email came in. It was encrypted, and demanded a ransom of 100 million euros and the release of Muslim prisoners – without mentioning any names. While the fact that the U.S. does not pay ransoms for American hostages immediately put the negotiation into jeopardy, the size of the demand signaled to some that there was no true interest in negotiating. “That type of demand is not a serious demand,” echoed a person close to the case in an interview with NBC News. (Recent ransoms paid to free hostages in Syria have been in the range of 2-4 million euros.)Even still, the email – sent from a website that creates anonymous/shielded accounts – needed to be vetted. Too many others had turned out to be bogus, filled with false hopes and promises.
The sender needed to show proof of life – a sign that Foley was really in his or her hands. That came in the form of questions for Foley, answers to which only Jim – as his family called him – would know.The questions were answered in a “very detailed fashion,” according to a person familiar with the case. “It was pretty clear,” the person said, that whoever was communicating with the Foley family “had access to Jim – if not possession over him.” After the first message, “just a few” emails were exchanged over a few weeks, the person told NBC News. All the while, forensics and linguistics experts were poring over their contents for clues on the sender or any information on Foley’s whereabouts. The untraceable email was written in “perfectly good English,” Balboni told NBC News, but would not elaborate on the sender’s handle beyond saying that the account had a descriptive name – but not a person’s name – and “other identifying information.” All of the information was turned over to the FBI. Some of the communications from the anonymous sender spoke of the arrogance of the U.S. government, and the U.S.’s refusal to pay hostage ransoms or release foreign prisoners. But there were no more demands. There was no negotiation over numbers. They threw out that 100 million figure and that was it.“They never negotiated,” Balboni said. After a short back-and-forth of emails – from November to December 2013 –the line on the other end went silent. All attempts to re-engage failed. There were more emails sent to the mysterious account – but no reply. Efforts to establish communication with intermediaries – underway since Foley first disappeared – also proved fruitless. The only information coming in about Foley was from other hostages who had escaped, been freed or been ransomed. Some had spent time with Foley in captivity – describing him as in good health and a constant source of strength in dire times. Some of those hostages offered clues on where and how Foley was kept – information that might have played a role in an attempted rescue mission in July that saw Special Forces briefly drop into Syria in search of Foley and other American hostages. The mission was unsuccessful because the hostages were not where they were expected to be.
When communication picked up again last week, and a new email was sent last Wednesday night to those desperate for Foley’s release, it did little in the way of offering hope. The message, longer than some of the others, was filled with anti-American vitriol and said Foley would be executed in retaliation for U.S. airstrikes in Iraq. While the threat was taken “deadly seriously,” Balboni and others still held out hope that negotiations could take place.“Given the fact that Jim had been held as a hostage for almost two years, moved, fed, sheltered during all this period of time – to take his life now seemed utterly pointless,” Balboni said. “We hoped that we could appeal to them.” That appeal came soon after in the form of a carefully crafted email – “it had to be thought through and evaluated but it was sent quickly,” Balboni said - from the Foley family to the captors. But that last attempt, too, proved futile – turning nightmare into reality. “I always believed that we were going to bring him home safely,” Balboni said. “Even after last Wednesday night. I still believed they would not kill him. I guess we misjudged the degree of their anger.” [NBCNews}

Wednesday, August 20, 2014

Mengubah Takdir

Sesungguhnya takdir setiap makhluk ditetapkan oleh Allah, tidak kira sama ada takdir nikmat yang menyenangkan atau takdir ujian yang membawa keresahan. Sesungguhnya takdir yang telah ditetapkan itu masih boleh diubah dengan yang baru dengan izin Allah Penentu segala takdir.
BERDOA: Hadis dari Imam Turmudzi dan Hakim yang meriwayatkan dari Abdullah bin Umar, bahawa Nabi SAW Bersabda : “Barangsiapa hatinya terbuka untuk berdoa, maka pintu-pintu rahmat akan dibukakan untuknya. Tidak ada permohonan yang lebih disenangi oleh Allah daripada permohonan orang yang meminta keselamatan. Sesungguhnya doa bermanfaat bagi sesuatu yang sedang terjadi dan yang belum terjadi. Dan tidak ada yang boleh menolak takdir kecuali doa, maka berpeganglah wahai hamba Allah pada doa”. (HR Turmudzi dan Hakim)
BERSEDEKAH: Rasulullah SAW pernah bersabda : “Silaturrahmi dapat memanjangkan umur dan sedekah dapat merubah takdir yang mubram” (HR. Bukhari, Muslim, at-Tirmidzi, Imam Ahmad).
BERTASBIH: Ada hadis yang diriwayatkan dari Saad Ibnu Abi Waqosh, Rasulullah bersabda: “Mahukah kalian Aku beritahu sesuatu doa, yang jika kalian memanfaatkan itu ketika ditimpa kesedihan atau bencana, maka Allah akan menghilangkan kesedihan itu? Para sahabat menjawab : “Ya, wahai Rasululullah, Rasul bersabda “Iaitu doa “Dzun-Nun : “LA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINADH-DHOLIMIN” (Tidak ada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku termasuk diantara orang-orang yang zalim”). (H.R. Imam Ahmad, At-Turmudzi dan Al-Hakim).
BERSELAWAT: Dari sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ubay Ibnu Kaab, bahawa ada seorang lelaki telah mendedikasikan semua pahala selawatnya untuk Rasulullah SAW, maka Rasul berkata kepada orang tersebut : “Jika begitu lenyaplah kesedihanmu, dan dosamu akan diampuni” (H.R Imam Ahmad At-Tabroni.)Oleh itu seburuk manapun nasib diri, ia masih diubah menjadi lebih baik. Yang penting adalah istiqamah dalam usaha mengubahnya dan sentiasa berbaik sangka dengan Allah Yang Maha Melihat dan Maha Mendengar.

360 Darjah 3 Dimensi

Bila merancang sesuatu, atau ketika berhadapan dengan masalah, jangan mencari jalan keluar atau menilai sesuatu peluang hanya dari satu sudut sahaja. Sebaliknya kajilah dari sudut 360 darjah 3 dimensi, meskipun peluang kejayaan pada ketika itu dijangka hanya 0.0001% sahaja. Mungkin, kecacatan dari satu sudut, ditampung dengan kebaikan dari sudut yang lain. Pemikiran 360 darjah 3 dimensi ini menjadikan diri kita lebih realistik dalam merancang, lebih tenang dan sabar dalam mencari jalan keluar kepada masalah yang dihadapi, lebih berbaik sangka kepada manusia lain dengan sifat-sifat mereka yang tersendiri, dan in Sya Allah akan menghalang jiwa kita daripada mudah kecewa dan menyesal kemudian.
Allah berfirman: "....dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat serta pertolongan Allah." Surah Yusuf ayat 87. Dan firman Allah lagi: "Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mreka sendiri." Surah Ar Ra'd ayat 11.