Monday, March 4, 2019

Amalan Harian Muslim Sejati



AMALAN HARIAN MUSLIM SEJATI

♡ Solat Tahajud di ¾ malam sekurang-kurangnya 2 rakaat dan solat sunat Witir sekurang-kurangnya 1 rakaat sebelum masuk waktu Subuh.

♡ Selepas Subuh, zikir 300 pagi (100x tasbih, tahmid dan takbir), 100x selawat dan 100x istighfar. 

Semasa kedatangan DAJJAL, hanya orang yang jaga zikir sahaja mempunyai sumber makanan dan minuman. Yang lain akan mengikut DAJJAL untuk mendapatkan makanan dan minuman.

♡ Kemudian baca surah Yasin.

Allah berjanji segala hajat pada hari itu akan dipenuhi.

♡ Selepas 26 minit naik matahari, solat sunat Isyraq 4 rakaat.

Allah berjanji akan menolong sempurnakan segala urusan pada hari itu.

♡ Kemudian solat sunat Dhuha. 

Ia boleh dilakukan bermula 20 minit selapas Isyraq (di antara jam 8 pagi -12 tengah hari). 

Nabi SAW bersabda: “Sesiapa mengerjakan solat Dhuha 2 rakaat, dia tidak akan tergolong di dalam golongan yang lalai dan lupa.” 

Solat Dhuha juga memudahkan urusan rezeki.

◇ Selepas solat Zohor, bacalah surah Ar-Rahman.

Nabi SAW bersabda: “Segala sesuatu itu mempunyai mempelai, dan mempelai bagi Al-Quran adalah surah Ar-Rahman.” 

Surah Ar-Rahman menanam sifat syukur di dalam hati atas nikmat-nikmat Allah. Amalan membaca Surah Ar-Rahman sangat baik untuk meningkatkan kecerdasan otak.

♡ Selepas solat fardhu Asar, zikir 300 petang, (100x tasbih,tahmid dan takbir), 100x selawat dan 100x istighfar.

♡ Kemudian baca Surah An-Naba’.

Nabi SAW bersabda: “Jika kamu tahu fadhilat dan besarnya pahala membaca surah An-Naba’, maka kamu akan berhenti daripada tugas-tugas kamu, lalu mempelajari surah tersebut dan mendekatkan diri kepada Allah dengan membacanya. Sesungguhnya Allah akan mengampunkan dosa mereka yang mengamalkan membacanya selain dosa syirik.”

♡ Selepas solat Maghrib, solat sunat Auwabin. 

Allah berjanji akan memberi keampunan terhadap dosa-dosa melainkan dosa syirik kepada-Nya.

♡ Kemudian baca surah Al-Waqiah.

Allah berjanji sesiapa yang istiqamah mengamalkannya pada setiap malam, kebuluran dan kemiskinan tidak akan menemuinya.

♡ Selepas Isya’ baca surah Al-Mulk.

Allah berjanji akan memelihara dari azab kubur. 

Nabi SAW tidak akan tidur selagi tidak membaca surah Al-Mulk dan surah As-Sajdah.

♡ Setiap malam baca Ayatul Kursi dan “Amanar-Rasul” hingga selesai.

Sangat penting untuk melindung diri dari pengaruh syaitan dan kejahatan.

♡ Sebelum tidur, solat sunat Taubat dan tidur beradab seperti mana Nabi SAW tunjuk ajar.

◇ Setiap malam apabila hendak tidur, Muhasabah diri, pohon keampunan kepada Allah di atas dosa-dosa dan bagi setiap amalan yang baik, nyatakan kesyukuran kepada Allah.

♡ Sebelum tidur fikirkan dan renunglah (muqarabah) mengenai mati dan peristiwa-peristiwa selepas maut. Muqarabah perlu untuk membentuk sifat Taqwa.

♡ Setiap hari baca al-Quran walaupun sefikit.

Hati yang tidak ada al-Quran seumpama hati yang mati. Al-Quran perlu dikhatamkan dua kali setiap tahun.

♡ Setiap pagi Jumaat baca  surah Al-Kahfi.

Kalau tak mampu dihabiskan seluruh surah, bacalah seberapa banyak yang boleh. Allah berjanji ‘cahaya’ di hari kiamat dan diampunkan di antara dua Jumaat. 

Nabi SAW bersabda: ‘Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit.’

♡ Sibukkan hati dan lidah dengan berzikir di dalam apa jua kegiatan sama ada berjalan, duduk atau bekerja. Berzikirlah ‘Lailahailallah’ sebagai amalan tetap dan berkekalan.

♡ Puasa sunat Isnin dan Khamis, juga puasa sunat pada hari-hari yang digalakkan dalam Islam. 

Kaum isteri yang hendak berpuasa sunat, mintalah keizinan dari suami. 

♡ Cubalah sedaya-upaya berada dalam keadaan berwudhu’

♡ Wanita yang sedang haid teruskanlah dengan zikrullah. Meninggalkannya akan menyebabkan hati menjadi keras dan melemahkan cahaya rohaniah.

♡ Lawan nafsu dengan menjaga mata, telinga, lidah dan hati dari melakukan perkara yang boleh menghapuskan pahala.

AMALKAN SEDIKIT DEMI SEDIKIT MANA YANG TERMAMPU.

COPAS Group WhatsApp.

Tuesday, February 5, 2019

Prosa Cinta DUA



♡Kau Utuskanlah
♡Rinduku Kepadanya
♡Agar Dia tahu
♡Tentang Perasaanku padanya..!
♡Tuhan....
♡Tolong jaga dia, untukku..!
♡Kerana hidup ini
♡Tidak bermakna tanpanya..!

💌Cinta adalah sebuah permainan, di mana kedua orang dapat memainkannya dan berakhir 💌dengan kemenangan menuju ke sebuah pernikahan..!

💌Cinta memerlukan pengorbanan. Dan pengorbanan itu akan terpuaskan melalui 💌kebahagiaan yang anda rasakan melalui cinta 💌anda..!

💌wanita ada kekurangan, tetapi dalam hati mereka ada kelebihan..dan lelaki ada 💌kesabaran lebih kuat lagi pada kaum wanita
💌maka gunakan kebijaksanaanmu. untuk membahagiakan mereka yang kamu kasihi.
💌dan membelai cinta kepadanya mengikuti acuan sayangi...!

💌Hari-hari setelah tidak mudah. Tapi menjalaninya dengan penuh kerjasama akan 💌menjadikannya terasa mudah..!

💌Jangan nikahi orang yang kau fikir kau bisa hidup dengannya; nikahilah seorang yang kau 💌pfkir kau tak bisa hidup tanpanya..!

💌Kesetiaan akan menjadi lem yang mengikat anda tetap bersamaDan kesabaran adalah 💌motivasi agar kalian tetap setia..!

💌Pernikahan itu bukan tentang umur; pernikahan itu tentang menemukan orang yang 💌tepat.
dapat membimbingmu ke jalan yang diredhai 💌Allah. dan restui..!

💌Jika udah menemui maka jangan ditunggukan lagi..sebab masa tepat kamu dan 💌jodoh kamu aja. dapat diraihkan..! pilihlah yang ada agamanya. dan terimalah kekurangannya.
💌apa adanya.!


BIDADARI DUNIA WANITA SYURGA

Berhias malu dalam tutur kata
Wanita solehah tetap permata
Kerana sunnah dan akhlak mulia
Bahagia di akhirat tetap cita-citanya
Tidak terpedaya dengan gemerlapnya dunia
Wanita solehah takut dengan dosa
Hanya Allah tujuannya
Sunnah al Qur'an hiasan dirinya


♧Satu hari nanti.
Bila aku tidak datang menyapa kamu.
♧Di sini,  
Adakah kamu..merasa kesunyian.? merasa 
♧kerinduan.? merasa kehilangan.?    
ketiadaan aku..!
♧adakah merasa seperti yang ku rasakan.?
adakah.?  katakanlah jika aku adalah ♧kepentingan buat kamu.."
buat sahabatku. semua.'
♧jujurku berkata, jujurku bertanya, 
jujurku menghadirkan diri ini
♧untuk mengindahkan suasana yang ada
bagi sepenuhnya mampu apa yang ku
♧termampu." daya upayaku,
ingin melihat kamu dan kalian semua
♧sahabat dalam bahagia.
itulah yg terpahat di hatiku."
♧kekalah silaturrahim sesama ya,


Wednesday, January 23, 2019

Dunia Ladang Pahala



Dunia ini ladang pahala.  Buatlah amalan tanpa rasa penat dan kecewa, tanpa kata keluh dan gelisah, tanpa rungut dan duka. 

Allah ingin lihat keberbergantungan kita kepada-Nya. Kita pula bersyukurlah di atas setiap nikmat yang dikurnia. Tersenyum saat dicerca dan dinista, kerana kita sedang belajar untuk menjadi hamba yang sentiasa merasa bahawa kita ada YANG MAHA KUASA.




Perbandingan dunia dengan akhirat seperti seseorang yang mencelupkan jari tangannya ke dalam laut, kemudian diangkat dan dilihat apa yang diperolehnya. 

Ternyata air laut itu sekadar membasahi jari semata-mata, tidak melekat sedikit pun segala khazanah yang ada di dalamnya.

Kita dan dunia umpama dalam perjalanan menunggang kenderaan, kemudian kita singgah berteduh di bawah pohon untuk beristirehat. Setelah itu kita meninggalkannya.

Janganlah kita mencaci dunia kerana ia adalah wadah untuk meraih kebaikan dan menyelamatkan diri dari kejahatan.

Allah melindungi dan menyayangi hamba-Nya yang mukmin dari godaan dunia. Sama seperti kita melindungi orang tersayang yang sedang sakit dan cuba mengelakkan dia dari makan makanan dan minum minuman yang kita khuatir akan mengganggu kesihatannya.


Jadi Orang Baik Dan Buat Kebaikan





Jadilah orang baik, dan carilah kebaikan. Ia adalah anugerah ilahi yang tidak akan diperolehi kecuali melalui jalan Takwa.

Allah, DIA-lah Tuhan yang menggengam hati kita, agar jiwa kita hanya mengingati-Nya. Tidak ada suatu apa pun boleh menentukan untung nasib dalam hidup kita kecuali dengan izin-Nya.

Kebahagiaan ialah ketenangan dalam segala urusan hidup, ketenangan dalam ibadah kepada Allah, manisnya ibadah bila kita tenang.

Sebagai khalifah Allah, jika kita tidak mengimarahkan dunia mengikut hukum Allah,  kita akan sentiasa berada dalam kemurkaan-Nya, berada dalam keadaan gelisah tidak keruan.

Mari kita perbetulkan niat, perbaiki diri untuk menjadi Hamba Allah yang bersyukur. Seterusnya mendapatkan ketenangan dan kebaikan di dunia dan kebaikan di negeri Akhirat.

Empat Pengakuan Dusta




Hatim Al-Asham pernah berkata: “Barang siapa mengakui empat hal tanpa ada empat hal yang lain, maka pengakuannya itu adalah dusta, iaitu:

1) Barang siapa mengaku cinta kepada Allah, tapi tidak berhenti melakukan maksiat dan hal-hal yang diharamkan Allah, maka pengakuannya itu dusta.

2) Barang siapa mengaku cinta kepada Rasulullah saw namun benci kaum fakir miskin, maka pengakuannya itu dusta.

3) Barang siapa mengaku cinta kepada syurga, tapi tidak bersedekah, maka pengakuannya itu dusta.

4) Barang siapa mengaku takut akan seksa neraka, tapi tidak berhenti dari berbuat dosa, maka pengakuannya itu dusta.”

Rasulullah s.a w. bersabda: 
حُجِبَتْ  النَّارُ بِالشَّهْوَاتِ وَ حُجِبَتْ الْجَنَّةُ بِالْمَكَارِهِ
“Jalan menuju neraka itu diliputi dengan hal-hal yang disenangi hawa nafsu, sedang jalan menuju ke syurga diliputi dengan hal-hal yang dibenci hawa nafsu.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Dengan kata lain, syurga tidak dapat diraih kecuali dengan menempuh berbagai kesulitan dan neraka tidak dapat dimasuki kecuali dengan menuruti hawa nafsu. Siapa pun yang dapat menerobos penghalang salah satu dari keduanya pasti akan memasukinya.

--Kitab Nashaihul Ibad, Imam Nawawi Al-Bantani.

Friday, January 18, 2019

Hakikat Kehidupan Dari Kaca Mata Steve Gouves





Steve Gouves, seorang jutawan yang meninggal dunia, dengan kekayaan $ 7 bilion, pada usia 56 tahun disebabkan kanser pankreas. Di bawah ini adalah beberapa ucapan terakhirnya:

Di mata orang lain, hidup saya adalah intipati kejayaan, tetapi selain daripada kerja, saya tidak banyak kegembiraan, dan pada akhirnya kekayaan hanyalah satu hakikat kehidupan yang saya terbiasa.

Terbaring di atas katil kerana sakit pada ketika ini, saya mula terkenang keadaan hidup saya dahulu. Semua pengiktirafan dan kekayaan saya yang ada tidak berfaedah dalam menghadapi kematian yang bakal menjelang.

Kita boleh upah orang untuk memandu kereta untuk kita, buat duit untuk kita - tetapi kita  tidak boleh "sewa: seseorang untuk membawa pergi penyakit kita. Kita boleh cari benda-benda penting, tetapi ada satu perkara yang tidak dapat dicari apabila ia hilang - "hidup".

Rawatlah diri dengan baik, dan hargai orang lain. Apabila kita semakin tua, perlahan-perlahankita sedar bahawa jam tangan bernilai RM 30 atau RM 300 - kedua-duanya menunjukkan masa yang sama.

Sama ada kita bawa beg duit bernilai RM 30 atau RM 300 - jumlah wang dalam dompet itu  sama. Kita pandu kereta bernilai RM 150,000, atau sebuah kereta bernilai RM 30,000 - jalan dan jarak adalah sama dan kita sampai ke destinasi yang sama.

Rumah tempat tinggal kita sama ada 300 meter persegi, atau 3000 meter persegi - kesunyian yang dirasai adalah sama.

Kebahagiaan dalaman sejati tidak datang dari benda-benda material di dunia ini. Sama ada anda terbang kelas pertama, atau kelas ekonomi, sekiranya pesawat itu terhempas, kita  akan turut terhempas. 

Fahamilah, kebahagiaan sebenar ialah bila kita ada seseorang untuk jadi teman berbual!

Lima hakikat yang patut diberi perhatian:

1. Jangan didik anak anda menjadi kaya. didik mereka untuk bahagia. - Apabila mereka dewasa, mereka tahu menghargai sesuatu, bukan menilai dari sudut wang ringgit semata-mata.

2. Makan makanan sebagai ubat supaya anda perlu makan ubat sebagai makanan.

3. Orang yang sayangkan anda tidak akan pergi meninggalkan anda walaupun dia mempunyai 100 alasan untuk berputus asa. Dia akan sentiasa mencari satu sebab untuk terus bertahan.

4. Ada beza yang ketara antara menjadi manusia dan manusia yang baik.

5. Jika anda mahu pergi pantas - pergilah sendiri! Tetapi jika anda mahu pergi jauh - pergilah bersama-sama!

Kesimpulannya,
Enam doktor terbaik di dunia.
1. Cahaya matahari
2. Kerehatan
3. Beriadah
4. Makanan seimbang
5. Keyakinan diri
6. Sahabat

Kekalkan semua ini dalam setiap peringkat kehidupan dan nikmatilah hidup yang sihat.

"Sayangi mereka yang dihantar oleh Pencipta kepadamu kerana suatu hari nanti dia akan kembali kepada Pencipta."

[Adaptasi dari FB Burhan Blurr]

Wednesday, January 9, 2019

Niat Penting Ketika Membaca Al-Quran


Ramai dalam kalangan saudara muslim kita ketika membaca Al-Quran berniat semata-mata untuk pahala dan masing-masing kurang mengetahui tentang kelebihan besar Al-Quran, iaitu seseorang akan mendapat apa saja yang dia niatkan ketika dia membaca Al-Quran. Ini sebagaimana yang disabdakan oleh Sayyidina Rasulullah SAW .

“Sesungguhnya setiap amal yang dilakukan itu diukur atas niatnya dan seseorang akan mendapat (hasil amalnya) apa yang dia niatkan.”

فالقرءان منهج حياة والنية تجارة العلماء فمن هذا المبدأ والمنطلق أردت أن أذكر نفسي وإخواني ببعض النوايا عند القراءة ومنها
Al-Quran itu adalah panduan cara hidup, sehingga niatnya itu adalah perniagaan para ulama untuk mendapatkan keuntungan.

📚Niat-niat ketika membaca Al-Quran, antaranya :

➰1 – Tujuan Belajar Dan Beramal

(اقرأ القرآن لأجل العلم والعمل به)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan belajar dan beramal dengannya.

➰2 – Tujuan Memohon Hidayah

(اقرأ القرآن بقصد الهداية من الله)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan memohon hidayah dari Allah SWT.

➰3 – Tujuan Bermunajat

(اقرأ القرآن بقصد مناجاة الله تعالى)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan untuk bermunajat kepada Allah.

➰4 – Tujuan Menyembuhkan Penyakit

(اقرأ القرآن بقصد الإستشفاء به من الأمراض الظاهرة والباطنة)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan menyembuhkan penyakit zhohir dan batin.

➰5 – Tujuan Meminta Dikeluarkan Daripada Kegelapan Kepada Cahaya

(اقرأ القرآن بقصد أن يخرجنى الله من الظلمات إلي النور)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan meminta kepada Allah SWT untuk mengeluarkan saya dari kegelapan (maksiat) kepada cahaya (iman).

➰6 – Niat Untuk Ubat Bagi Hati Yang Keras

(اقرأ القرآن لأنه علاج لقسوة القلب فيه طمأنينة القلب وحياة القلب وعمارة القلب)
Saya niat membaca Al-Quran ini karena ia merupakan ubat bagi hati yang keras, dengan Al-Quran ini hati menjadi tenang, hidup dan makmur (dengan iman).

➰7 – Tujuan Untuk Menikmati Hidangan

(اقرأ القرآن بقصد أن القرآن مأدبة الله تعالى)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan (untuk menikmati) jamuan atau hidangan dari Allah Taala.

➰8 – Tujuan Supaya Tidak Termasuk Dalam Golongan Yang Lalai

(اقرأ القرآن حتى لا أكتب من الغافلين وأكون من الذاكرين)
Saya niat membaca Al-Quran ini supaya saya tidak ditulis termasuk dari golongan orang yang lalai; bahkan saya ingin ditulis sebagai golongan orang yang mengingat Allah.

➰9 – Tujuan Untuk Menambah Keyakinan

(اقرأ القرآن بقصد زيادة اليقين والإيمان بالله)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan untuk menambahkan keyakinan dan keimanan kepada Allah.

➰10 – Niat Mentaati Perintah Allah

(اقرأ القرآن بقصد الإمتثال لأمر الله تعالي بالترتيل)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan mentaati perintah Allah SWT yang memerintahkan untuk membaca Al-Quran dengan tartil.

➰11 – Niat Untuk Mendapat Pahala Dan Kebaikan

(اقرأ القرآن للثواب حتى يكون لى بكل حرف ١٠ حسنات والله يضاعف لمن يشاء)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan mendapat pahala sehingga dituliskan 10 ganjaran kebaikan bagi saya atas setiap satu huruf yang saya baca, sesungguhnya Allah melipatgandakan ganjaran bagi orang yang Dia kehendaki.

➰12 – Niat Untuk Mendapat Syafaat

(اقرأ القرآن حتى أن أنال شفاعة القرآن الكريم يوم القيامة)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan untuk mendapat syafaat Al-Quran pada hari kiamat kelak.

➰13 – Tujuan Untuk Mengikut Wasiat Nabi

(اقرأ القرآن بقصد إتباع وصية النبى ﷺ)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan mengikuti wasiat Nabi SAW.

➰14 – Tujuan Supaya Allah Mengangkat Darjat Diri Dan Umat Islam

(اقرأ القرآن حتى يرفعنى الله به ويرفع به الأمة)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan semoga Allah SWT mengangkat derajat saya dengan Al-Quran dan mengangkat darjat umat ini dengan Al-Quran.

➰15 – Tujuan Supaya Allah Mengangkat Darjat Di Syurga

(اقرأ القرآن حتى أرتقي في درجات الجنة وألبس تاج الوقار ويكسي والداى بحلتين لا يقوم لهما الدنيا)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan untuk dinaikkan kedudukan saya di syurga dan dapat dipakaikan mahkota kemuliaan, dan untuk ibu bapa saya semoga dipakaikan juga dengan perhiasan yang tidak diberikan ketika di dunia.

➰16 – Niat Untuk Mendekatkan Diri Kepada Allah

(اقرأ القرآن بقصد التقرب إلي الله بكلامه)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT melalui kalamNya.

➰17 – Niat Agar Dimasukkan Dalam Golongan Ahlillah

(اقرأ القرآن حتى أكون من أهل الله وخاصته)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan agar dimasukkan kedalam golongan ahlillah dan daripada golongan orang-orang yang khusus.

➰18 – Niat Agar Dimasukkan Dalam Golongan Ahli Yang Mahir Membaca Al-Quran

(اقرأ القرآن بقصد أن الماهر بالقرآن مع السفرة الكرام البررة)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan (agar termasuk dalam golongan) orang yang mahir membaca Al-Quran akan bersama para Malaikat yang mulia lagi taat.

➰19 – Niat Agar Diselamatkan Daripada Ahli Neraka

(اقرأ القرآن بقصد النجاة من النار ومن عذاب الله)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan agar diselamatkan daripada neraka dan azab Allah.

➰20 – Niat Agar Hati Rasa Kebersamaan Dengan Allah

(اقرأ القرآن حتى أكون في معية الله تعالي)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan agar hati saya dapat merasakan kebersamaan dengan Allah SWT.

➰21 – Niat Supaya Tidak Mensia-siakan Umur

(اقرأ القرآن حتى لا أرد إل أرذل العمر)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan agar tidak menghinakan atau mensia-siakan umur.

➰22 – Niat Agar Al-Quran Menjadi Saksi Kebaikan

(اقرأ القرآن حتى يكون حجة لى لا علىّ)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan agar ia menjadi saksi kebaikan bagi saya dan tidak pula menjadi saksi keburukan ke atas saya.

➰23 – Niat Memandang Mushaf Ialah Satu Kebaikan

(اقرأ القرآن بقصد أن النظر في المصحف عبادة)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan untuk melihat kepada mushaf yang mana perbuatan itu adalah satu ibadah.

➰24 – Niat Agar Allah Mengurniakan Sakinah

(اقرأ القرآن حتى تنزل علىّ السكينة وتغشانى الرحمة ويذكرنى الله فيمن عنده)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan agar diturunkan sakinah(ketenangan) ke atas saya, dan diliputi rahmat buat diri saya, dan disebut nama saya oleh Allah SWT kepada makhluk di sisiNya.

➰25 – Tujan Mendapat Kebaikan

(اقرأ القرآن بقصد الحصول على الخيرية والفضل عند الله)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan mendapat kebaikan dan kelebihan di sisi Allah.

➰26 – Niat Supaya Aroma Mulut Menjadi Harum

(اقرأ القرآن حتى يكون ريحي طيب)
Saya niat membaca Al-Quran agar aroma (bau mulut) saya menjadi harum (dengan lantunan Quran).

➰27 – Niat Agar Tidak Tersesat Di Dunia

(اقرأ القرآن حتى لا أضل في الدنيا ولا أشقي في الآخرة)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan agar saya tidak tersesat di dunia dan tidak ditimpa celaka di akhirat.

➰28 – Niat Agar Terhindar Dari Kesedihan, Kerisauan Dan Kegusaran

(اقرأ القرآن لأن الله يجلى به الأحزان ويذهب به الهموم والغموم)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan agar Allah menghindarkan diri saya dengan sebab membaca Al-Quran dari segala kesedihan, serta menghilangkan kerisauan dan kegusaran.

➰29 – Niat Agar Al-Quran Menjadi Teman Di Alam Kubur*

(اقرأ القرآن ليكون أنيسي في قبري ونور لي علي الصراط وهادياً لي في الدنيا وسائقاً لي إلى الجنة)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan agar ia menjadi teman saya di dalam kubur dan cahaya bagi saya ketika melintasi titian Sirath, dan petunjuk saya ketika di dunia, dan pemandu saya untuk ke syurga.

➰30 – Tujuan Agar Allah Mentarbiah Saya

(اقرأ القرآن ليربينى الله ويؤدبنى بالأخلاق التي تحلى بها الرسول ﷺ)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan agar Allah mentarbiah saya, dan mengajar adab kepada saya dengan akhlak yang dihiaskan akannya kepada Rasulullah SAW

➰31 – Tujuan Agar Dapat Menyibukkan Diri Dengan Yang Haq

(اقرأ القرآن لأشغل نفسي بالحق حتى لا تشغلني بالباطل)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan menyibukkan diri saya dengan Al-Haq, sehingga tidak mampu kebatilan yang menyibukkan saya.

➰32 – Niat Mujahadah Melawan Nafsu

(اقرأ القرآن لمجاهدة النفس والشيطان والهوى)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan untuk mujahadah melawan nafsu, syaitan dan keinginan kepada selain Allah.

➰33 – Niat Agar Allah Memisahkan Diri Dengan Al-Kafirin

(اقرأ القرآن ليجعل الله بينى وبين الكافرين حجاباً مستوراً يوم القيامة)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan memohon agar Allah memisahkan saya dengan para kafirin di akhirat kelak.

(فهيا لنكون من أهل القرآن، وهذه هي التجارة مع الله المضمونة الرابحة والتي يعطى الله عليها من فضله الكريم وعطائه الذي لا ينفد)
Maka marilah kita menjadi ahlil Quran, yang telah dijamin keuntungannya, yang mana keuntungan itu Allah SWT kurniakan atas sifat pemurahNya dan sesungguhnya segala pemberianNya itu tidak akan habis.

*#Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. In syaa Allah ramai yang akan mendapat manfaat.#*

[Sumber: FB Zarimi Shubrawi]

Ketika Aisyah Tak Diberi Segelas Air Putih Oleh Rasulullah ﷺ



..
Rasulullah ﷺ adalah seorang suami yang sangat meninggikan kedudukan para isterinya dan amat menghormati mereka.
..
Namun, ketika berselisih, Rasulullah ﷺ tidak pernah melibatkan emosi. Ketika sedang marah kepada Aisyah, Beliau berkata, “Tutuplah matamu!”
..
Kemudian Aisyah menutup matanya dengan perasaan cemas, khuatir dimarahi Rasulullah. Rasulullah ﷺ berkata, “Mendekatlah!” Tatkala Aisyah mendekat, Rasulullah ﷺ kemudian memeluk Aisyah sambil berkata, “Humairahku, telah pergi marahku setelah memelukmu.”
..
Tidak pernah ada kalimat kasar dan menyakitkan dalam rumah tangga Rasulullah. Bahkan, beliau biasa memijit hidung Aisyah jika dia marah, sambil berkata,
..
“Wahai Aisyah, bacalah do’a, ‘Wahai Tuhanku, Tuhan Muhammad, ampunilah dosa-dosaku, hilangkanlah kekerasan hatiku, dan lindungilah diriku dari fitnah yang menyesatkan’,” 

(HR Ibnu Sunni).
..
Suatu hari Rasulullah ﷺ pulang dari perjalanan jihad fisabilillah diiringi para sahabat. Sementara itu di pintu gerbang kota Madinah  Aisyah r.a menunggu dengan rasa rindu.
..
Akhirnya Rasulullah ﷺ  tiba di kota Madinah. Aisyah r.a bahagia menyambut suami tercinta. Tiba di rumah Rasulullah ﷺ beristirahat melepas lelah. 
..
Aisyah di belakang rumah sibuk membuat minuman untuk Rasulullah ﷺ. Lalu minuman itupun disuguhkan kepada Rasulullah ﷺ.
..
Beliau meminumnya perlahan hingga hampir menghabiskan minuman tersebut, tiba-tiba Aisyah berkata: "ya Rasulullah biasanya engkau memberikan sebagian minuman kepadaku tapi kenapa pada hari ini tidak kau berikan gelas itu? "
..
Rasulullah ﷺ diam dan hendak melanjutkan meminum habis air di gelas itu. Dan Aisyah bertanya lagi,  "Ya Rasulullah biasanya engkau memberikan sebagian minuman kepadaku tapi kenapa pada hari ini tidak kau berikan gelas itu?"
..
Akhirnya Rasulullah ﷺ memberikan sebahagian air yang tersisa di gelas itu,  Aisyah r.a  meminum air itu dan ia langsung kaget terus memuntahkan air itu. 
..
Ternyata air itu terasa asin bukan manis.  Mungkin saat tergesa-gesanya Aisyah baru tersedar bahawa minuman yang dia buat salah memasukan campuran, yang harusnya sari gula malah memasukkan sari garam. Kemudian Aisyah r.a langsung meminta maaf kepada Rasulullah ﷺ.
..
"Orang mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya. Lelaki yang paling baik di antara kalian adalah yang paling baik terhadap istrinya," (HR tirmidzi dan Ibnu Hibban). Dari Abu Hurairah Ra bahawa Rasulullah ﷺ bersabda: "saling berpesanlah kalian untuk memperlakukan wanita dengan baik, kerana sesungguhnya wanita itu diciptakan dari Tulang Rusuk, dan sesungguhnya yang paling bengkok dari tulang rusuk itu adalah bahagian atasnya,
..
Jika engkau berkeras untuk meluruskannya nescaya engkau akan mematahkannya. Dan jika engkau biarkan, ia akan tetap bengkok. Kerena itu saling berpesanlah (saling menasihati)  berkenan dengan wanita." 

(HR. Bukhari dan Muslim)

Semoga bermanfaat 

#CopyPaste
#IndahnyaHidupBersyariat

JANGAN ROSAKKAN AMALAN UMRAH




Jangan Rosakkan Amalan Umrah

📝1. Mencari pakej umrah yang murah dengan harapan servis yang terbaik, apabila sampai di tanah suci tak boleh terima dan tak boleh redha dengan apa yang diharapkan. Jangan simpan harapan menggunung untuk service 5 star jika harga yang dibayar hanya untuk 3 star. Ramai yang memaki hamun travel agensi dan ramai yang bercerita tak baik, siapa yang rugi, kita sendiri yang rugi - rugi duit, rugi masa, rugi tenaga, rugi dunia dan rugi akhirat

📝2. Jangan merungut-runggut - kadang-kadang kita duduk di hotel yang agak jauh dari Masjid Al-Haram atau Masjid nabawi, jarak hotel bergantung kepada berapa harga pakej yg kita bayar, elok check elok2x tanya travel agensi kedudukan hotel, jauh atau dekat., tanya iman di dada boleh terima tak jarak tu, jangan tengok keadaan lutut dulu, tanya iman, sebab sifat redha terletak pada iman. Ditakdirkan kita tak check betul2x main bayar jer...sampai di sana terkejut jugak tengok hotel boleh tahan jauhnya dari Masjid Al-Haram...di saat dan di ketika itu ingat hadis Rasulullah sallallahu alaihe wasalam tentang kelebihan berjalan kaki ke Masjid, kelebihan dia 3 in 1, satu tapak dapat 3 ganjaran # dinaikkan darjat dalam syurga #diampunkan dosa #dikurniakan satu pahala.........ingat satu perkara lagi - semua ni tak nampak di dunia, kita akan nampak selepas mati.

📝3. Jangan keliru antara maksud dan keperluan dalam permusafiran kita ke haramaian (dua tanah suci- Mekah dan Madinah). Keperluan hanyalah secondary, kalau tak cukup atau atau tak seperti yg diharapkan, belajar bersabar dan belajar untuk menjadi sabar (tasabbur), yang penting maksud tercapai. 

📝Apa maksud? Maksudnya ialah Umrah Maqbuulah - ibadat umrah kita diterima oleh Allah Subhana wa Ta'ala dan ibadat-ibadat lain yang dikerjakan di sepanjang permusafiran itu juga diterima Allah Subhana wa Ta'ala . Apa keperluan tu, keperluan tu macam hotel, bas, makan minum, mutawwif, walaupun hotel tak bagus belajar untuk menerimanya dengan hati yang lapang, Cakap pada diri - takpelah, duduk kat sini bukannya lama pun dan akupun nak lebihkan masa berada dalam masjid, kalau di Malaysia sibuk memanjang, ke masjid pun jarang2x, haaa ni masa aku latih diri aku untuk membiasakan datang ke masjid dan biasakan diri bersolat berjemaah di masjid. 

📝Kalau makan tak sedap; pujuk diri; "Tak pelah...nak makan sedap2x tunggu balik rumah...." Kalau banyak jalan kaki, "setiap langkah yang aku buat, dapat ganjaran 3 in 1 dari Allah Subhana wa Ta'ala "...

📝kalau ada sikap macam ini, kita akan jadi orang yang paling berbahagia di sepanjang permusafirdan di haramaian...Allah akan sayang kita, Allah akan pandang kita dengan penuh belas kasihan, dan jika kita sentiasa berzikir dan mengingati Allah Subhana wa Ta'ala ..Allah Subhana wa Ta'ala  akan membangga-banggakan kita di kalangan para malaikat........inshaa-Allah ibadat Umrah akan diterima...dan kita akan balik ke Malaysia sebagai orang yang berjaya!!!!

📝4.  Jangan fikir nak shopping banyak2x dan berkira2x akan  cenderahati2x yg akan dibawa ke Malaysia...tak perlu tu semua...orang2x yg kita tinggalkan,,,, orang2x yg kita sayang cuma perlukan doa kita. doa kita di hadapan Ka'abah, di hadapan hajarul aswad, di kawasan multazam,  di Hijr Ismail, di belakang Maqam Ibrahim dan di sepanjang tempoh musafir adalah maqbul di sisi Allah Subhana wa Ta'ala . jangan lupa perbanyakkan berdoa.......kalau nak bawak balik beli buah kurma dan bawa balik air zam-zam.........

📝5. Kawal mata, mulut, telinga dan akal fikiran (minda)......ni amat2x penting. Mula2x control mata dulu...jangan tengok keburukan dan kelemahan2x orang lain. Semua manusia tak sempurna, kita dan mereka - masing2x ada kelemahan dan kekurangan. Semua makhluk Allah tak sempurna....

📝bila kita dapat tengok kelemahan orang lain, apa yang jadi? Kita mula bercakap2x tentangnya..kita mula berborak2x dgn kawan2x satu jemaah kita..lalu kita akan terlibat dalam perbuatan mengumpat...free2x sahaja sahajja kita dapat dosa di tanah suci...kesian kat diri kita, datang punyalah jauh, dan belanja duit, untukkan masa, tapi sia2x..

📝semua amalan kita terbakar sepertimana daun-daun kering terbakar.....inilah akibat bila tak jaga mata. Kita takkan cakap kalau takde prasangka atau pandang buruk, jadi kawal akal fikiran - think positif - jangan cepat hukum orang lain, cuba cari alasan yang kita boleh fikirkan yang akan mengubah fikiran negatif tentang kawan2x sejemaah kita kepada positif. Kalau kita usaha pasti dapat. Man jadda wajada.....

📝pesanan yang penting- tengok dan musahabah tentang kelemahan2x diri kita, sibukkan diri dengan melihat keburukan2x kita - bila kita buat macam itu kita takde masa nak lihat keburukan2x orang lain.....hati kita akan jadi lebih tenang, kita akan lebih cenderung untuk memperbanyakkan taubat....taubat dan ibadat mesti seiring...kita semua berdosa.....Yang berkuasa mengampunkan dosa hanyalah Allah....

Ikhlas
Ust Abul Khairi Al-Latifi 
Bandar Baru Bangi
6 November 2018

Ucapan Salam Dan Bersalaman



Semarak Ukhuwah 

عن حذيفة بن اليمان ، عن النبي صلى الله عليه وسلم قال إِنَّ المُؤْمِنَ إِذَا لَقِيَ الْمُؤْمِنَ فَسَلَّمَ عَلَيهِ وَأَخَذَ بِيَدِهِ فَصَافَحَهُ تَنَاثَرَتْ خَطَايَاهُمَا كَمَا يَتَنَاثَرُ وَرَقُ الشَّجَرِ

Daripada Huzaifah al-Yaman RA daripada Nabi SAW baginda bersabda: “Jika seorang mukmin bertemu dengan mukmin lainnya lalu mengucapkan salam kepadanya dan mengambil tangannya lalu menjabatnya, maka berguguranlah dosa-dosa mereka seperti gugurnya daun-daun dari pepohon”
(HR at-Tabrani No: 250)
Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Satu daripada adab yang perlu dilaksanakan apabila bertemu sesama Muslim ialah mengucapkan salam. 

2.  Ucapan salam juga tanda kecintaan kepada sesama Muslim. Dari Abu Hurairah ra bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:

لَا تَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ حَتَّى تُؤْمِنُوا وَلَا تُؤْمِنُوا حَتَّى تَحَابُّوا أَوَلَا أَدُلُّكُمْ عَلَى شَيْءٍ إِذَا فَعَلْتُمُوهُ تَحَابَبْتُمْ أَفْشُوا السَّلَامَ بَيْنَكُمْ 

“Kalian tidak akan masuk syurga sehingga kalian beriman. Dan kalian tidak dikatakan beriman sehingga kalian saling mencintai. Mahukah kalian aku beritahu dengan sesuatu yang apabila kalian lakukan kalian akan saling mencintai? (yaitu) sebarkanlan (ucapkanlah) salam diantara kalian.” (HR. Muslim) Status: Hadis Sahih

3.  Berjabat tangan adalah ibadah yang disyariatkan ketika bertemu dan berpisah

4.  Berjabat tangan juga menjadi sunnah para sahabat, sebagaimana digambarkan dalam riwayat berikut :

عَنْ قَتَادَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ، قَالَ قُلْتُ لِأَنَسٍ أَكَانَتْ الْمُصَافَحَةُ فِي أَصْحَابِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ نَعَمْ 

Dari Qatadah ra, aku berkata kepada Anas bin Malik, “Apakah berjabat tangan selalu dilakukan oleh para Sahabat Rasulullah SAW?” Anas menjawab, “Ya”. (HR. Bukhari)

5.  Ibn Hajar mengatakan, “berjabat tangan adalah melekatkan telapak tangan pada telapak tangan yang lain.” (Fathul Bari, 11/54).

Menurut Imam An Nawawi dalam al-Adzkar - ditahan beberapa saat gengaman tangan, selama rentang waktu yang cukup untuk menyampaikan salam".

Bersalaman sambil senyum menatap wajah orang yang disalami.

6.  Muslim yang berjabat tangan apabila bertemu akan menggugurkan dosa-dosanya seperti dedaun yang kering.

Ambillah kesempatan untuk saling kunjung-mengunjung,  ambil kesempatan mengucapkan salam dan bersalaman sesama jantina yang dibenarkan syarak.

[Sumber: FB Burhan Blurry]

Membeli Kesesatan dengan Meninggalkan Petunjuk





Tadabbur Kalamullah

أُولَٰئِكَ الَّذِينَ اشْتَرَوُا الضَّلَالَةَ بِالْهُدَىٰ فَمَا رَبِحَتْ تِجَارَتُهُمْ وَمَا كَانُوا مُهْتَدِينَ

"Mereka itulah orang-orang yang membeli kesesatan dengan meninggalkan petunjuk; maka tiadalah beruntung perniagaan mereka dan tidak pula mereka beroleh petunjuk hidayah" [Surah al-Baqarah 16]

Allah swt menyatakan bahawa golongan munafik memiliki sifat dan perangai yang buruk, mereka lebih memilih jalan kesesatan dan mengikuti hawa nafsu. Mereka menolak petunjuk Allah dan jalan yang lurus. Mereka memilih keuntungan dunia dengan menggadai hidayah Allah. Kesudahannya pilihan itu merugikan diri mereka sendiri kerana mereka telah menolak kebenaran dan hidup tanpa petunjuk Allah swt.

Perniagaan mereka bukan sekadar rugi namun terpaksa menanggung rugi (azab) di Mahsyar kelak. Ini kerana mereka sedang membeli kekufuran dan meninggalkan petunjuk Allah. Mereka sedang menempah bilik-bilik khas di dalam neraka.

أُولَٰئِكَ الَّذِينَ اشْتَرَوُا الضَّلَالَةَ بِالْهُدَىٰ وَالْعَذَابَ بِالْمَغْفِرَةِ ۚ فَمَا أَصْبَرَهُمْ عَلَى النَّارِ

"Mereka itulah orang-orang yang membeli kesesatan dengan meninggalkan petunjuk (agama Allah), dan (membeli) azab seksa neraka dengan meninggalkan keampunan Tuhan. Maka sungguh ajaib kesanggupan mereka menanggung seksa api neraka itu" [Surah al-Baqarah 175]

Zaman kita hidup pada hari ini, terdapat banyak majlis ilmu, bahan bacaan agama, tulisan ilmiah, program motivasi kecemerlangan, nasihat dan peringatan daripada alim ulama, kolej dan universiti pun cukup banyak, teknologi semakin mengagumkan, pembangunan lahiriah mencakar langit, kepandaian semakin hebat, pendek kata serba serbi ada tetapi manusia memilih untuk hidup dalam keadaan berpecah-belah, bergelumang dengan rasuah, tipu menipu, terlibat dengan dadah, mabuk arak, hasad dengki, sombong angkuh, mementingkan diri, fitnah memfitnah, umpat keji, adu domba, tindas menindas dan 1001 macam lagi penyakit kehidupan sedang melanda manusia zaman canggih ini. Ini kerana mereka memilih kesesatan maka Allah telah mengunci mati hati mereka dan telah membutakan pandangan mereka dari petunjukNya sehingga tertutup pandangan mereka dan tidak dapat melihat kebaikan serta tidak dapat menemukan jalan keluar, walaupun mata mereka melihat, tetapi hati mereka telah buta.

 ۖ فَإِنَّهَا لَا تَعْمَى الْأَبْصَارُ وَلَٰكِنْ تَعْمَى الْقُلُوبُ الَّتِي فِي الصُّدُورِ

"Maka sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada" [Surah al-Hajj 46]

Malah, di akhirat kelak mereka di azab dengan dahsyat sekali serta tiada sesiapa pun yang dapat membantu mereka.

إِنَّ الْمُنَافِقِينَ فِي الدَّرْكِ الْأَسْفَلِ مِنَ النَّارِ وَلَنْ تَجِدَ لَهُمْ نَصِيرًا

"Sesungguhnya orang-orang munafik itu ditempatkan pada tingkatan yang terkebawah sekali dari (lapisan-lapisan dalam) neraka. Dan engkau tidak sekali-kali akan mendapat sesiapa pun yang boleh menolong mereka" [Surah an-Nisa' 145]

Semoga Allah menjauhkan kita daripada sifat-sifat munafik dan memelihara iman kita sebaik-baiknya. Aamiiin

[Sumber Burhan Blurry]