Sunday, February 26, 2017

Menelah Reaksi Kucing

Simple Sunnah


Simple Sunnah #1
1.Masuk tandas kaki kiri dan keluar kaki kanan
2.Tutup Kepala bila masuk tandas.

Simple sunnah #2
1.Kibaskan Tempat tidur
2.Permulaan tidur mengiring sebelah kanan.
3.Kepala menghadap kiblat.
4.Baca doa tidur

Simple sunnah #3
1.Minum dengan tangan kanan.
2.Minum duduk
3.Minum niat kerana Allah dan baca Bismillah.

Simple sunnah #4
1. Datang awal ke masjid
2. Berjalan kaki ke masjid.
3. Berwuduk dari Rumah.
4. Baca doa masuk dan keluar masjid.

Simple sunnah #5
1. Masuk tandas pakai alas kaki.
2. Buang air kecil dan besar dalam keadaan duduk/mencangkung
3. Masuk tandas jangan lama-lama.
4. Jangan makan minum dalam tandas.

Simple sunnah #6
1. Bangun tidur baca doa bangun tidur atau ucap syukur.
2. Kemas tempat tidur.
3. Bersihkan diri.

Simple sunnah #7
1. Masuk masjid kaki kanan keluar kaki kiri.
2. Jika ada sampah dalam masjid kutip dan buang.
3. Bila masuk masjid niat iktikaf, semua perkara yg di buat dalam masjid akan dikira sebagai ibadah

Simple Sunnah #8
1. Baca Bismillah sebelum memakai baju atau doa ringkas ni "Ya Allah, aku memohon dari engkau kebaikan dari berpakaian ini".
2. Bila memakai pakaian mulakan dengan sebelah kanan.
3. Jangan memakai pakaian untuk tujuan riak.
4. Memakai pakaian yang menunjukkan simbolik seorang muslim.

Simple Sunnah #9
1. Sebelum tidur ambil wuduk.
2. Maafkan semua kesalahan orang lain dan halalkan hutang piutang.
3. Jika mimpi baik bangun doa supaya dipercepatkan.
4. Jika mimpi buruk bangun buat isyarat ludah kekiri dan doa dijauhkan.

Simple Sunnah #10
1. Pakai selipar kaki kanan dahulu.
2. Beri salam 3 kali bila bertamu ke rumah sahabat.
3. Bila marah dalam keadaan berdiri hendaklah duduk, bila marah dalam keadaan duduk hendaklah berbaring hingga marah itu hilang.
4. Bila marah ambil wuduk.

Simple sunnah #11
1. Tutup aurat ketika memasak.
2. Adun atau kacau makanan dari kanan ke kiri.
3. Jangan buka keseluruhan penutup periuk atau bekas minuman ketika ambil nasi atau air.
4. Ketika sedang memasak perbanyakkan zikir dan menyebut kebesaran Allah.(Baik untuk ibu yang ingin membentuk anak-anak)

*Simple sunnah#12*
1. Basuh tangan sebelum makan.
2. Makan buah dahulu, lepas itu baru makan nasi.
3. Makan secara berjemaah, makan dengan keluarga. Lagi ramai lagi berkat rezeki itu.
4. Makan makanan yang ada di hadapan, jangan capai yang jauh itu dulu.

Simple sunnah #13
1. Memotong kuku pada hari jumaat.
2. Memperbanyakkan Doa antara Imam Berkhutbah Hingga Asar.
3. Mandi sunat Jumaat.
4. Memakai pakaian terbaik untuk Sembahyang Jumaat.
5. Memakai wangian.

Simple sunnah #14
1. Makanan sunnah susu, madu, barli dan kurma.
2. Makan bermula dari tepi kemudian ke tengah.
3. Hisap jari selepas makan (Sunnah 3 Jari)
4. Selepas makan terus basuh pinggan.
5. Puasa Isnin dan Khamis.

Simple sunnah #15
1. Baca Basmallah dan Alhamdulillah setiap kali sedutan air.
2. Jangan gunakan cawan yang sumbing atau pecah.
3. Jangan tiup ke dalam air panas untuk sejukkannya.
4. Jangan minum dalam bekas yang besar seperti jag air dan botol besar.

Simple sunnah #16
1. Semaikan rasa ingin berjuang di jalan Allah SWT
2. Berazam untuk terus beristiqamah mempertahankan Islam
3. Berusaha untuk mendaulatkan Islam di setiap peringkat
4. Jangan melangkaui arahan dan perintah Allah SWT serta sunnah Rasulullah SAW

Semoga bermanfaat ......

Ibu Tiri Yang Solehah


SEORANG USTAZ MENCERITAKAN KISAH YANG BERLAKU DI ARAB SAUDI:

"AKU TELAH BERKAHWIN DENGAN SEORANG WANITA FILIPINA, DAN DIA SEKARANG TELAH KEMBALI KE NEGERINYA… INI ALAMATNYA DI SANA… KAMU TOLONG BANTU DIA…. JANGAN LUPAKAN BAHAGIAN WARISANKU UNTUK DIA...."….

Tidak lama kemudian, meninggallah lelaki itu, dan diuruskan pengkebumiannya dengan sempurna oleh anak-anaknya.

Kemudian mereka menemui Hakim di Mahkamah untuk pembahagian harta warisan. Anak sulung memberitahu Hakim mengenai wasiat si ayah tentang isteri si ayah yang berada di Filipina. Hakim memerintahkan isteri yang di Filipina turut hadir bersama sebelum pembahagian pusaka dilakukan.

Anak sulung itu pergi ke Filipina dan sampai ke rumah ibu tirinya… SEBUAH RUMAH YANG SANGAT SEDERHANA, tidak berbeza dengan rumah penduduk di situ…. Dia memberi salam, mengetuk pintu dan keluarlah seorang wanita berhijab. Lalu anak sulung itu memperkenalkan dirinya.

Si ibu tiri berkata: "YA, AKU ADALAH ISTERI BAPAKMU, dan telah sampai kepadaku berita kematian suamiku, semoga Allah merahmatinya!"

Kata anak sulung, "Ibu diminta hadir di hadapan Hakim di Riyadh untuk pembahagian pusaka."

Wanita itu pun bersetuju, dan mereka sama-sama berangkat ke Riyadh.

Di hadapan Hakim, wanita tersebut mendapatkan WARISAN KIRA-KIRA SR 800,000. Sebelum pulang ke Filipina, dia ke Makkah melaksanakan UMRAH.

4 TAHUN KEMUDIAN, anak sulung menziarahi ibu tirinya di Filipina.Ketika dia sampai ke rumah ibu tirinya, DIA TIDAK MELIHAT APA-APA PERUBAHAN PUN PADA RUMAH IBU TIRINYA ITU, sama seperti yang ia lihat 4 tahun lalu.

Bila ditanya mengenai pusaka yang diterimanya, wanita itu membawa anak sulung ke pusat bandar, lalu mereka berdiri di depan sebuah bangunan bernama ISLAMIC CENTRE. Ia MENGURUSKAN TAHFIZ AL-QUR'AN, PENDIDIKAN DAN URUSAN ANAK YATIM.

"Aku beri nama Islamic Centre itu dengan nama bapakmu, AKU WAQAFKAN SEMUANYA SEBAGAI SEDEKAH JARIYAH UNTUK BAPAKMU!

MENANGISLAH SI ANAK ITU, dan merasa sangat hina disebabkan kemuliaan dan kesolehan ibu tirinya itu kepada almarhum bapanya… Wallahu a’lam…

[Diceritakan semula oleh Ustaz Ramli Joned]

Diubah Dan Berubah

Satu perkongsian dari Mazelan Abas berkaitan mengubah diri sendiri sebelum mengubah orang lain:


Satu hari saya bersembang dengan anak perempuan saya. Dia beritahu saya, "Abah nak tahu tak, masa kecil dulu, satu perkara yang paling saya takut sekali ialah bila abah dangan emak sering bergaduh dan hampir nak bercerai. Tapi saya syukur sangat ia tak terjadi sampai hari ini". Saya hanya tersenyum saje.. teringat kisah lama.

Bila saya imbau kembali pengalaman tersebut, saya rasa ada baiknya saya kongsikan dengan anak perempuan saya ini, semoga ia boleh dijadikan pengajaran bagi mereka nanti.

"Dahulu abah berkahwin dengan emak engkau atas dasar suka sama suka, tetapi abah sendiri tak berapa pasti apa yang abah suka pada emak engkau, tapi apa yang abah tahu, makin lama masa berlalu, makin banyak perkara yang tak bersesuaian antara kami. Kekadang nak buat keputusan nak makan kat mana pun boleh jadi gaduh. Makin lama, perbezaan semakin ketara. Salah sikit, emak engkau merajuk berhari-hari. Salah sikit, abah sendiri naik angin, kekadang sampai baling barang ke sana ke mari. Abah tahu, anak-anak semua jadi takut pada abah, tapi abah rasa emak engkau selalu buat perkara yang abah tak suka. Pergaduhan kami jadi semakin kerap, ia berlarutan bertahun-tahun. Masing-masing tak boleh salah sikit, dua-dua nak melenting, tidur pun kekadang berasingan. Kami rasa perkahwinan ini sudah semakin mustahil untuk diselamatkan, penyelesaian yang mampu difikirkan hanyalah PENCERAIAN sahaja. Cuma apabila fikir pasal anak-anak, abah jadi sebak dan sering kali cuba buang pemikiran tersebut.

Satu hari abah kerja outstation, cuba telefon emak engkau nak bertanya khabar, abah tak tahu macam mana ia berakhir dengan pertengkaran. Emak engkau terus hempas telefon. Waktu itu abah benar-benar frust, give up, rasa keseorangan, marah, abah jerit sesorang dalam kereta dan waktu itu abah rasa ia betul-betul dah sampai limit. Sudah habis tahap kesabaran yang ada dalam diri ini.

Malam tu abah tidur disebuah hotel budget. Malam tu cuba nak tidur, tapi mata tak boleh lelap. Sakit hati dekat emak engkau dah sampai tahap maksima. Jam dah tunjuk pukul 2 pagi, mata masih tak boleh lelap. Nak call emak engkau semula seperti mana yang abah buat selalu, sebab abah selalu mengalah akhirnya, rasanya kali ini tidak lagi. Kali ini abah nekad, apa nak jadi, jadilah. Abah dah tak sanggup hidup bersama emak engkau lagi. Kepala batu, kuat merajuk, sombong, tak pernah nak jaga hati suami, buat perkara yang suami tak suka, tak dengar nasihat, suka melawan, tak jaga makan minum abah dan tak mahu-mahu berubah jadi isteri yang baik.

Dalam keadaan yang tak keruan itu, abah tak sedar bila masa abah bangun dan abah ambil sejadah dan abah solat di tengah malam. Ini jalan terakhir, abah berdoa dan mengadu pada Tuhan. Itulah malam yang abah tak boleh lupa hingga hari ini. Abah mengadu yang kahwin dengan emak engkau adalah satu kesilapan dan abah dah tak mahu teruskannya lagi. Memang abah benci dan menderita dengan perkataan cerai, apa lagi bila terbayang muka anak-anak, tetapi meneruskan hidup dengan emak engkau juga satu penderitaan. Tetapi semakin lama abah berdoa dan mengadu kepada Tuhan, tiba-tiba abah mula konfius, abah rasa abah orang baik, abah selalu betul dan emak engkau bukanlah orang jahat, dia tak pernah menduakan abah, dalam hidup dia bukan ada orang lain pun, hanya abah sahaja, tapi kenapa perkahwinan kami tidak bahagia, kenapa banyak sangat perbezaan pendapat, kenapa dia tak mahu berubah ikut cakap abah?

Akhirnya, suatu keajaiban berlaku. Dalam keadaan air mata masih berlinangan di pipi abah, dalam keadaan yang sangat putus asa dengan emak engkau, tiba-tiba abah seperti terasa sesuatu memaksa masuk dalam fikiran abah. Seperti abah mendapat kekuatan bercakap dengan diri abah sendiri. "Abah tak boleh nak ubah emak engkau, abah hanya boleh ubah diri abah sendiri. Abah pun berdoa, ya Allah, jika memang benar aku tidak boleh mengubah isteri ku ini, tolonglah ubah diriku pula. Bantulah aku ya Allah."

Esoknya, abah naik kereta dan mulakan perjalanan balik kerumah kerana kerja outstation abah sudah habis. Sesampai dirumah, anak2 riang gembira sambut abah balik, tapi emak engkau bergegas pergi kedapur, buat kerja dia, dan langsung tak salam dengan abah, langsung tak bercakap dengan abah pada hari itu.

Malam tu, abah tidur, tapi emak engkau bagi belakang aje kat abah. Bila abah dah rasa emak engkau benar2 tidur, abah selimutkan dia, dan abah perasan tiba2 terjaga dan buang selimut tersebut. Kali ini abah tersenyum saje, tak seperti selalu.

Esok pagi, abah datang dekat2 emak engkau, abah bagi salam, dan abah tanya dia "Saya nak tanya awak, apa yang saya boleh buat pada hari ini supaya hari ini lebih baik untuk awak?"

Emak engkau lihat abah dengan marah dan merajuk, "Cakap apa ni?"

Abah ulang lagi "Saya nak tanya awak, apa yang saya boleh buat pada hari ini supaya hari ini lebih baik untuk awak?"

"Awak memang tak boleh, dah bertahun. Pasal apa awak tanya ni?"

"Saya benar-benar ingin berubah kali ini, saya benar-benar ingin tahu apa yang saya boleh buat supaya awak bahagia."

Emak engkau menjeling sinis, "Ha, kalau awak betul-betyl nak buat, tu, pergi cuci baju, basuh pinggan mangkuk kat dapur tu."

Mesti waktu tu emak engkau jangka abah akan mengamuk lagi seperti biasa, bertengkar lagi, tapi abah hanya senyum dan mengangguk, nyut nyut abah pergi ke dapur, cuci pinggan, ambil semua pakaian, masuk ke dalam washing machine, tunggu sampai kering dan sidai di ampaian, bila siap, barulah abah bersiap untuk pergi kerja. Seperti biasa kalau emak engkau merajuk, jangan harap apa-apa sarapan pagi yang ada. Tapi kali ini abah tak kisah. Bila dah siap, abah cium kepala emak engkau dan abah terus pergi kerja.

Esok pagi abah buat perkara yang sama, pagi-pagi abah bangun, abah bagi salam kat emak engkau dan abah tanya dia, "Saya nak tanya awak, apa yang saya boleh buat pada hari ini supaya hari ini lebih baik untuk awak?"

Mata emak engkau masih pandang ke arah lain, "Hendak sangat buat, buatlah sarapan pagi untuk anak-anak."

Abah tarik nafas dalam-dalam, emak engkau tahu, abah kalut nak pergi kerja, dan abah rasa dia sengaja nak tengok abah nak mengamuk lagi, tapi kali ini abah hanya senyum, abah mengangguk, dan abah terus pergi ke dapur buatkan sarapan roti bakar, telur goreng dan air kopi panas. Semuanya abah letak bawah tudung saji. Lepas tu, abah sendiri tak makan, dan abah bersiap untuk pergi kerja pasal dah lewat. Sebelum pergi abah cium kepada emak engkau dan baru abah pergi kerja.

Esoknya, pagi-pagi lagi abah dah bangun, abah gerak emak engkau, bagi salam dan abah tanya soalan yang sama, "Saya nak tanya awak, apa yang saya boleh buat pada hari ini supaya hari ini lebih baik untuk awak?"

"Tak ada apa yang awak boleh buat pun, saya minta maaf, hati saya dah terlalu sakit. Tolonglah jangan tanya soalan tu lagi. Tapi kenapa awak buat semua ni?"

"Saya dah berjanji pada diri saya sendiri, mulai hari ini sehingga akhir nyawa saya, saya akan berusaha untuk buat perkara yang boleh membahagiakan awak."

Emak engkau diam, mata dia pandang ketempat lain, tapi abah perasan, ada manik jernih dimatanya. Bila abah berlalu kerana bersiap nak pergi kerja, abah perasan emak engkau lap mata dia.

Esoknya dan esoknya dan esoknya seperti biasa abah tanya soalan yang sama pada emak engkau, sehinggalah pada minggu kedua, satu pagi tu, satu keajaiban berlaku. Seperti biasa pagi tu abah tanya soalan yang sama pada emak engkau. Tiba-tiba emak engkau menangis dan peluk kaki abah, "Tolonglah jangan tanya soalan tu lagi, awak bukan masalahnya, sebenarnya saya yang masalah, saya keras hati, saya tak tahu kenapa awak boleh tahan hidup dengan saya."

Perlahan-lahan abah angkat dagu emak engkau dan abah cakap,"Kerana awak penting dalam hidup saya, kerana awak ibu kepada anak-anak saya, kerana awak teman saya sebelum ini, kerana awak tak pernah tinggalkan saya walau bagaimana pertengkaran kita sekalipun, kerana saya nak selamatkan perkahwinan kita dan kerana saya sangat sayang awak."

Abah tanya lagi "Apa yang saya boleh buat pada hari ini supaya hari ini lebih baik untuk awak?"

"Patutnya saya yang tanya soalan itu."

"Awak memang patut tanya, tapi bukan hari ini, kerana saya yang perlu DIUBAH DAN BERUBAH, saya nak awak tahu betapa bermaknanya diri awak dalam hidup saya. Saya sayang awak sangat. Jadi apa saya boleh buat pada hari ini supaya hari ini lebih baik untuk awak?"

Emak engkau renung abah dan dia kata, "Boleh kita spend masa dua-dua bercuti, kita tinggalkan budak-budak kat rumah atok dia orang."
"Cadangan yang baik, jom kita plan hari ini kita nak pergi mana?"

Abah terus lakukan perkara yang sama selama lebih dua bulan, dan keadaan berubah perlahan-lahan. Bertengkar sudah tiada lagi. Emak engkau pun dah pandai tanya soalan yang sama pada abah. "Apa yang awak nak dari saya? Macam mana saya boleh jadi isteri yang lebih baik?"

Dinding yang memisahkan kami selama ini telah runtuh. Kehidupan emak dengan abah lebih bahagia. Kadang-kadang masih juga terjadi pertengkaran, tapi cara pertengkaran tersebut jauh berbeza, kami berselisih faham sahaja, tidak lagi bertengkar sehingga menyakitkan hati masing-masing, tidak seperti dulu lagi.

Abah dan emak kahwin dah lebih 30 tahun. Abah bukan saje sayang emak engkau, abah suka dia, abah perlukan dia. Banyak perbezaan pendapat abah lihat ia menjadi kekuatan dalam kehidupan kami, selebihnya abah dah tak kisah. Abah telah belajar bagaimana mengambil berat antara satu sama lain dan yang terpenting, kami mendapat kekuatan.

Perkahwinan sesuatu yang sukar, nak. Tapi mendapat teman di dalam hidup merupakan satu anugerah besar daripada Tuhan. Sering bertanya apa yang boleh saya lakukan untuk menjaga anugerah ini.

Diubah dan berubahlah!

Saturday, February 25, 2017

Hukum Mengisi Masa Dengan Zikir


Sunat hukumnya mengisi masa dengan zikir. Memanfaatkan masa dengan perkara bermanfaat dan berfaedah agar si Mukmin tidak terjatuh kepada faktor-faktor yang menyebabkan penyesalan pada hari kiamat.

Bukan bermaksud penyesalan lantaran terjatuh ke dalam kemaksiatan, tetspi menyesal lantaran terlepas peluang meraih kebaikan yang akan menaikkan darjat, malah yang akan menaikkan maqam si Mukmin ke tempat yang lebih tinggi.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah (رضي الله عنه) dari Rasulullah (صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ) baginda memperingatkan:
(مَنْ قَعَدَ مَقْعَدًا لَمْ يَذْكُرْ اللَّهَ فِيهِ كَانَتْ عَلَيْهِ مِنْ اللَّهِ تِرَةٌ ، وَمَنْ اضْطَجَعَ مَضْجَعًا لَا يَذْكُرُ اللَّهَ فِيهِ كَانَتْ عَلَيْهِ مِنْ اللَّهِ تِرَةٌ)

Sesiapa duduk pada suatu tempat, ia tidak berzikir di tempat tersebut, nescaya akan merupakan punca sesalan ke atasnya kelak. Sesiapa berbaring pada suatu tempat, lalu ia tidak berzikir, nescaya dianggap satu punca sesalan ke atasnya kelak. HR Abu Daud (4856).

Beliau dalam Kitab Sunannya menyebutkan Hadis ini dalam Bab Makruh Hukmnya Bangkit Dari Satu Majlis Jika Tidak Berzikrullah.

Ibnu Hibban (3/133) juga meriwayatkan Hadis yang serupa dalam Kitab Saheh beliau, dalam Bab Sunat Hukumnya Berzikir Pada Setiap Keadaan. Yakni Bagi Mengelakkan Sesalan Pada Hari Kiamat Kelak. Sementara Imam al-Munziri menyebutkan dalam karya beliau al-Targhib wa al-Tarhib dalam Bab Ancaman Agar Si Muslim Tidak Berada Dalam Majlis Tanpa Zikrullah, dan Tanpa Selawat Ke Atas Rasulullah (صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ).

Teks Hadis tersebut mengikut Imam Tirmizi (3380):
(مَا جَلَسَ قَوْمٌ مَجْلِسًا لَمْ يَذْكُرُوا اللَّهَ فِيهِ وَلَمْ يُصَلُّوا عَلَى نَبِيِّهِمْ إِلَّا كَانَ عَلَيْهِمْ تِرَةً فَإِنْ شَاءَ عَذَّبَهُمْ وَإِنْ شَاءَ غَفَرَ لَهُمْ)
Sesiapa duduk pada suatu tempat, lalu ia tidak berzikir di tempat tersebut, nescaya hal ini akan menjadi punca sesalan baginya kelak. Jika Allah menghendaki, Ia akan mengazab mereka, atau memberi keampunan.

Beliau menyebutkan Hadis ini dalam Bab Golongan Yang Berada Dalam Majlis Tanpa Berzikir. Sementara tirah (ترة) dalam Hadis ini bermaksud satu sesalan, dan punca penasaran.

Berdasarkan Hadis-hadis ini para ulama merumuskan peri makruh hukumnya jika dalam satu majlis berlalu tanpa zikrullah. Namun bukan haram hukumnya. Sesalan ini bermaksud bukan disebabkan mengabaikan perkara wajib. Malah mungkin maksudnya, lantaran mengabaikan perkara sunat (المستحبات) yang akan mengangkat darjat si Mukmin.

Dalam kaitan ini sebahagian salaf pernah berujar: Pada hari kiamat kelak, akan diperlihatkan kepada Anak Adam setiap unit masa yang dilaluinya semasa hidup. Maka setiap saat yang dilaluinya tanpa zikrullah, ia akan sedih dan menyesalinya. Demikianlah dinukil dari al-Hafiz Ibn Rajab dalam karya beliau Jami’ al-Ulum wa al-Hikam (135).
Pada zahirnya teks Hadis (فَإِنْ شَاءَ عَذَّبَهُمْ وَإِنْ شَاءَ غَفَرَ لَهُمْ) Terserah sama Allah, sama ada mengazab mereka, atau memberi keampunan, ini menyatakan peri wajib hukumnya berzikir dalam setiap majlis.

Hal ini kerana azab dan maghfirah pada lazimnya adalah lantaran ada kaitannya dengan dosa. Sama ada sebab meninggalkan yang wajib, atau lantaran melakukan yang haram.

Mengikut Ibn ‘Allan (رحمه الله) teks Hadis (فَإِنْ شَاءَ عَذَّبَهُمْ) Terserah sama Allah, sama ada mengazab mereka, yakni sebagai balasan sikap cuai mereka lantaran mengabaikan zikrullah. Sementara maksud (وَإِنْ شَاءَ غَفَرَ لَهُمْ) atau memberi mereka keampunan, lantaran kekurangan dan kelemahan tersebut. Hal ini jelas menunjukkan peri wajib hukumnya bezikir dalam setiap majlis.

Hal ini sejalan dengan maksud Hadis di atas (Dalil al-Falihin Syarah Riyadhu Solihin 6/127).
Rumusan para ulama tentang Hadis-hadis terdahulu bahawa makruh hukumnya jika dalam satu majlis kosong dari zikir.

Imam Nawawi berujar: Makruh hukumnya bagi sesiapa berada dalam satu tempat, jika ia pergi dari tempat tersebut tanpa berzikir. Demikian pandangan Imam Nawawi dalam Kitab al-Majmuk (4/477-478).

Adapun maghfirah dalam teks di atas, maksudnya adalah berdasarkan dosa-dosa yang lain. Atau bermaksud sebagai ancaman lantaran mengabaikan zikrullah.

Menurut Al-Mala Ali al-Qari (رحمه الله) maksud Hadis فَإِنْ شَاءَ عَذَّبَهُمْ Terserah sama Allah, sama ada mengazab mereka, yakni lantaran dosa-dosa terdahulu di samping kecuaian yang berlanjut sesudahnya. Sementara mengikut pendapat al-Tibiy (رحمه الله) فَإِنْ شَاءَ عَذَّبَهُمْ Terserah sama Allah, sama ada mengazab mereka, hal ini adalah satu penegasan dan ancaman, malah mungkin sahaja bermaksud bahawa ahli majlis tersebut akan terjatuh ke dalam perkara yang mengundang siksaan dan kemurkaan Allah (Mirqat al-Mafatih Syarh Misykat al-Masabih: 8/37).

Dalam Kitabullah semasa menerangkan salah satu fenomena dan realiti Hari Pembalasan, Allah al-Maula SWT memperingatkan:
ووضع الكتاب فترى المجرمين مشفقين مما فيه يقولون يا ويلتنا ما لهذا الكتاب لا يغادر صغيرة ولا كبيرة إلا أحصاها، ووجدوا ما عملوا حاضرا ولا يظلم ربك أحدا
Dibentangkanlah kitab catatan kelak, anda lihat golongan yang jahat sangat risau melihat isi kitabnya. Malah mereka menyesali dan meratapinya, ‘Sungguh anehlah kitab ini. Tak ada yang tertinggal perkara yang kecil dan besar. Semua tercatat kemas dan utuh.’ Justeru mereka mendapati semua perbuatan yang mereka lakukan. Allah tidak menzalimi seorang pun (QS, al-Kahfi: 49).

(Ustaz Dr. Ahmad Asri Lubis)

Implikasi Lafaz Akad Nikah

Tetamu Kaya Serba Sederhana


Kisah yang diceritakan oleh H. Irwanto Rusli:



"Usai maghrib saya kedatangan tamu di rumah".

“ Assalamu 'alaikum “ sapanya ketika sampai di depan pintu‎.‎
“ Wa'alaikum salam “ Jawab saya sedikit kaget karena tidak mengenal tamu ini.” Anda siapa? “ tanya saya. ‎
“Saya Sobari .“ katanya dengan wajah diliput senyum. ‎
"Bapak pengurus Masjid?" tanyanya.‎
“Ya. Betul Pak. Ada apa ? Apa yang dapat saya bantu “‎
“Saya tadi melewati masjid yang sedang dibangun. Orang disekitar masjid meminta saya untuk menemui bapak ? “
“ Ada apa ?"‎
“Saya ingin memberikan sedekah untuk penyelesaian pembangunan masjid “ katanya dengan tetap diliput senyum.

Saya memperhatikan penampilan orang ini. Tidak nampak dia memiliki kemampuan untuk bersedekah. Saya lirik diluar, tidak ada nampak kendaraan diparkir. Pasti orang ini datang dengan angkutan umum atau beca. Mungkin orang ini "sakit". Atau hanya ingin mempermainkan emosi saya.
Ya karena sudah hampir empat tahun masjid itu tidak pernah selesai. Sementara saya sebagai ketua Panitia Pembangunan Masjid sudah bosan mengajak masyarakat untuk berinfaq atau bersedekah. Tapi hasilnya hanya uang kecil yang terkumpul didalam kotak amal. Sementara kotak amal yang diletakkan disetiap sudut pasar atau rumah makan hanya menghasilkan uang tidak seberapa. Padahal masyarakat yang ada disekitar masjid ini terdiri dari para pedagang yang rata rata mempunyai omzet Rp. 3 juta perhari !

“Bagaimana Pak? Kenapa bapak diam ?" tegurnya yang membuyarkan lamunan saya.‎
“Eh , iya.Pak, ehm..berapa bapak mau sumbang ?" tanya saya masih diliput rasa tidak percaya.

“Boleh saya tau ? berapa dana diperlukan untuk menyelesaikan masjid itu “ tanyanya dengan tenang.

Pertanyaan yang lagi lagi membuat saya hilang hasrat untuk bicara banyak sama tamu ini. Dia pasti orang "sakit jiwa".‎

“Ya.. kita butuh dana sebesar Rp 500 juta “ jawab saya. Berharap orang itu cepat berlalu.

“Baik, pak. Besok kalau bapak ada waktu , saya tunggu di Pengadilan Agama. Saya akan memberikan sedekah dihadapan hakim Agama.” Katanya tenang. “ jam berapa Bapak ada waktu ? “ lanjutnya.

“ya liat besok aja ya pak “ jawab saya. Berharap orang itu cepat berlalu. Karena saya harus memimpin sholat isya di masjid.

“Baiklah , Ini nomor telp rumah saya. Kalau bapak siap , hubungi saya “ katanya.
“Permisi saya pamit dulu. Rumah saya jauh." lanjutnya sambil berdiri dan berlalu.

Baru saya sadar, tamu ini tidak saya tawarkan minum.
Setelah usai sholat Isa. Secara tidak sengaja saya melontarkan cerita kedatangan tamu ke rumah kepada pengurus Masjid. Tanggapan mereka sama seperti saya. Orang itu Stress dan tidak perlu dilayani.

Karena besok semua pengurus punya banyak kesibukan, yang tidak mungkin meluangkan waktu untuk datang ke Pengadilan Agama.

Keesokan harinya. salah satu pengurus meminta saya untuk menemaninya ke show room mobil. Dia hendak menebus indent kendaraan yang dipesannya sejak empat bulan lalu.
Karena lokasi showroom tidak begitu jauh dari Kantor Pengadilan Agama maka saya tawarkan kepada teman ini untuk mampir ke Pengadilan.
Dia sedikit sungkan tapi akhirnya setuju.

Langsung saya menghubungi orang yang akan menyumbang itu melalui cell phone kerumahnya.
Dia langsung menyanggupi untuk datang. Berjanji jam 11 siang sudah sampai di Kantor Pengadilan Agama.

“Baiklah. Tapi saya tidak mau tunggu terlalu lama di kantor pengadilan itu. Lewat setengah jam anda tidak datang , saya akan pulang.“ kata saya tegas.
Karena sebenarnya saya masih sangsi pada orang ini.

“Insya Allah “ begitu jawabnya.‎

Tepat jam 11 saya dan teman sudah datang di pengadilan Agama. Tapi orang yang akan menyumbang belum juga datang. Lewat lima menit , orang yang akan menyumbang itu datang dengan menumpang angkutan BECAK yang masuk langsung kedalam halaman Pengadilan Agama.
Bajunya sangat sederhana.

‎Teman saya yang melihat pemandangan itu, langsung tersenyum kecut.
Bagaimana mungkin dia bisa menutup kekurangan pembangunan masjid

“Mungkin kita yang gila. Mau-maunya nungguin dia.Tapi ya sudahlah, kita liat aja.," gerutu teman saya kala melihat kedatangan orang itu.‎

“Assalamu 'alaikum “ sapanya ketika sesampai didalam menjumpai kami.
“Ya , Bagaimana Pak. Apakah bapak sudah bawa uangnya?“ tanya teman saya langsung kepokok persoalan.‎

“Ini, uangnya “ katanya sambil memperlihatkan kantong semen ditangannya. "Mari kita menemui petugas untuk membuat akta penyerahan sumbangan ini. Maaf, bukan saya tidak percaya tapi ini perlu sebagaimama ajaran Al-Quran menyebutkan bahwa segala sesuatunya harus tertulis.“ katanya.
Sambil melangkah kedalam menemui petugas pengadilan.

Tanpa banyak kata, orang ini langsung menyerahkan tumpukan uang dihadapan petugas pengadilan.
Petugas itu menghitung.
Jumlahnya Rp 500 juta..!‎

Petugas itu kemudian menyerahkan formulir untuk kami isi.
Kemudian setelah tandatangani formulir itu, maka uang pun pindah ke tangan kami.

“Pak, Cukuplah Bapak-Bapak sebagai panitia dan Pak Hakim yang mengetahuinya. Saya menyumbang karena Allah...” katanya ketika akan pamit berlalu.

Melihat situasi yang diluar dugaan kami maka timbul rasa malu dan rendah dihadapan orang ini.Ternyata dia yang kami nilai stress/gila, menunjukan kemuliaannya.
Sementara kami dari awal meremehkan dan memandang sebelah mata padanya.

Maaf, Mengapa bapak ikhlas menyumbang uang sebanyak ini. Sementara saya lihat bapak , maaf terlihat sangat sederhana. Mobil pun bapak tidak punya. “ tanya teman saya dengan keheranan.

"Saya merasa sangat kaya. Karena Allah memberikan saya qalbu yang dapat memahami ayat ayat Alquran. Cobalah anda bayangkan. Bila uang itu saya belikan kendaraan mewah, maka manfaatnya hanya seusia kendaraan itu. Bila saya membangun rumah megah maka nikmatnya hanya untuk dipandang.
Tapi bila saya gunakan harta untuk saya sedekahkan di jalan Allah demi kepentingan Ummat, maka manfaatnya tidak akan pernah habis. “ Demikian jawabnya dengan sangat sederhana tapi begitu menyentuh.

“Apa pekerjaan Bapak “ tanya teman saya.
“saya petani Kopi. Alhamdulillah dari hasil kebun Kopi , lima anak saya semua sudah menjadi sarjana dan sekarang mereka sukses dan hidup sejahtera. Lima limanya sudah berkeluarga. Alhamdulillah, semua Anak dan mantu saya sudah menunaikan haji.”

“Bapak memang sangat beruntung. Apa resepnya hingga bapak dapat mendidik anak yang sholeh” tanya saya.

"Resepnya adalah: dekatlah kepada Allah. Cintailah Allah. Cintailah semua yang diamanahkannya kepada kita. Dan berkorbanlah untuk itu. Bukankah anak, istri, lingkungan dan syiar agama adalah amanah Allah kepada kita semua. Bila kita sudah mencintai Allah dengan hati, dan dibuktikan dengan perbuatan maka selanjutnya hidup kita akan dijamin oleh Allah. Apakah ada yang paling bernilai didunia ini dibanding kecintaan Allah kepada kita... “
Dia pamit dan berlalu dengan menumpang becak.

Sementara saya dan teman saya tercekat dan tak mampu berkata-kata.

Kami tak berani mendahului becak yang ditumpanginya. Toyota Kijang keluaran terbaru yang baru saya beli bulan lalu serasa tak mampu melewati becak itu.
Saya malu. Malu dengan kerendahan diri saya dihadapan orang yang tawadhu namun ikhlas berjuang karena Allah. Mungkin penghasilan saya lebih besar darinya. Tapi belum bisa seikhlas dia. Saya menjadi merasa tak pantas menyebut diri ini mencintai Allah.."

Semoga bermanfaat.‎



Yang Benar Dan Merasa Benar


PERBEZAAN:

1)👍🏻Orang Benar, tidak akan terfikir dia paling benar.
👎🏻tetapi... Orang yang Merasa Benar memikirkan hanya dia saja yang "paling benar".

2)👍🏻Orang Benar, mampu menyedari kesalahannya.
👎🏻sedangkan... Orang yang Merasa Benar, merasa tidak perlu untuk Mengaku Salah.

3)👍🏻Orang Benar, setiap waktu akan muhasabah dan bersikap "Rendah Hati".
👎🏻manakala... Orang yang Merasa Benar, merasakan tidak perlu muhasabah kerana dialah "paling benar", mereka cenderung "Tinggi Hati".

4)👍🏻Orang Benar memiliki "Kelembutan Hati", dapat menerima input dan kritikan orang lain, sekalipun ia dari anak kecil.
👎🏻Orang yang Merasa Benar, "Hatinya Keras, sulit untuk menerima nasihat, input apalagi kritikan.

5)👍🏻Orang Benar akan selalu Menjaga Perkataan dan Perilakunya, serta berhati-hati.
👎🏻Orang yang Merasa Benar berbuat sekehendak hati tanpa memikirkan perasaan orang lain.

6)👍🏻Pada akhirnya... Orang Benar, akan "dihormati, dicintai dan disegani oleh hampir semua orang".
👎🏻Sedangkan Orang yang Merasa Benar Sendiri "hanya akan disanjung oleh mereka yang berfikiran sempit, dan yang sepemikiran dengannya, atau mereka yang "sekadar ingin memanfaatkan dirinya".

👋Mari terus memperbaiki diri untuk Menjadi ✅BENAR, bukan yang selalu Merasa Benar.

BAROKALLAAHU FIINAA

[Mahidin]

Thursday, February 23, 2017

Doakan Orang Lain


Hidup di dunia jadi mudah mungkin kerana keikhlasan doa orang lain:

🕋 Anak-anak bahagia kerana doa ibubapa tidak pernah putus.

🕋 Suami isteri mudah dalam berurusan kerana doa pasangan yang Ikhlas.

🕋 Ibubapa bahagia di alam barzakh kerana kiriman doa anak-anak yang soleh.

🕋 Pelajar berjaya berkat doa guru yang tidak pernah jemu.

🕋 Sahabat rasa bahagia kerana doa sahabat lain yang tulus.

🕋 Negara kita selamat dari bencana besar mungkin kerana doa ikhlas dari ulama.

Oleh itu, jangan sekadar berdoa untuk diri sendiri saja. Doakan juga kesejahteraan untuk orang lain. Hidup biarlah ada timbal balas.

#BuatBaikDapatBaik
#PerkaraJahatJanganBuat

Game 5 Masa


(Foto menggambarkan keadaan Solat Subuh di Masjid Istiqlal, Jakarta, Indonesia)


AL KISAH

Suatu petang pada hujung minggu:

Awie: Mus, aku nak install game yang ni. Macam best je. Kau ada nombor sirinya tak?

Mus: Nanti kejap...Nah, kau try yang ni...

Awie: Eh, mana cukup. Petak ada 6...ni 5 siri je.

Mus: Betullah...5 pun tak terbuat, konon nak tambah 1 lagi.

Awie: Hah!...

Mus: 0610 tu waktu subuh tadi...1330 waktu zohor...1645 waktu asar...1930 waktu maghrib...2040 yang last tu waktu isyak malam karang.

(Gulp! Dikucupnya dahi Mus. Langsung lenyap nafsu nak main game).

Awie: Terima kasih, sahabat!

#UpdateImanLajulaju

=================================

CERITA SEORANG AKU

Mulut Biar Wangi



Hari-hari kita gosok gigi hingga mulut bersih dan berbau wangi...sebab guna ubat gigi berpudinalah. Sayangnya, mulut yang berbau wangi itu kita guna sebagai laser untuk mengumpat keji maki hamun fitnah dan segala macam ucapan yang kotor.Tidakkah kita rasa takut ucapan yang kita keluarkan dari mulut kita itu lambat laun akan berbalik kepada diri kita?

Bila terkena pada batang hidung sendiri jangan pula rasa marah dan tuding jari sana sini. Cuba duduk diam-diam dan kenangkan balik apa yang kita dah buat. Cermin-cerminlah diri. Bermuhasabah.

#TakutAkibatBedahSiasatHalOrang


Simpan cacian dalam poket
Tidak bermanfaat kepada sesiapa
Keluarkan nasihat dari poket
Bakal membawa pengamalnya ke syurga

Jangan salah pilih guru
Nanti kita jadi hantu
Jangan salah pilih ustad
Nanti kita jadi murtad

Naikkan sauh sebelum kapal dunia terbalik
Syurga makin jauh, jomlah kita jadi baik
Jabatan Pendaftaran Negara ada nama kita
Pastikan Syurga juga ada nama kita

#UpdateImanLajuLaju

Wednesday, February 22, 2017

Tanda-tanda Allah Sayang


1. DIBERIKAN KESEDIHAN
-Dengan kesedihan itu kita akan sering menyebut nama-Nya.

2. DIBERIKAN KESAKITAN
-Dengan kesakitan itu kita akan sentiasa memohon kesembuhan dari-Nya.

3. DIBERIKAN KEHILANGAN
-Dengan kehilangan itu kita meminta yang terbaik dari-Nya.

4. DIBERIKAN KESUSAHAN
-Dengan kesusahan itu kita akan menjadi redha.

5. DIBERIKAN PENDERITAAN
-Kerana hanya jiwa yang menderita akan selalu dekat pada-Nya.

6. DIBERIKAN KEMISKINAN
-Kerana Allah mahu kita meminta kepada-Nya.

7. DIBERIKAN KEHINAAN
-Kerana Allah mahu kita mohon kemuliaan dari-Nya.

OLEH ITU...JANGAN TERLALU BANYAK KETAWA. KERANA ALLAH AKAN JAUH DARI KITA.


Buta mata.. Tak nampak jalan di dunia..
Buta hati.. Tak nampak jalan ke akhirat..

Buta mata.. Yang buta hanya mata..
Buta hati.. Buta segalanya..

Buta mata.. Hanya gelap pada mata..
Buta hati.. Melihat dalam keadaan buta..

Buta mata.. Hilang hanya satu nikmat..
Buta hati.. Hilang segala nikmat..


Doa Iftitah Dalam Solat Rawatib


Solat Sunat Rawatib adakah perlu membaca doa iftitah?

Jawapan:

Kami berpendapat boleh membaca doa iftitah tetapi yang masyhurnya adalah tidak dibaca. Wallahua'lam.

Pautan ke laman rasmi PMWP: https://goo.gl/bPZJDhAL-KAFI #547 : DOA IFTITAH DALAM SOLAT RAWATIB

Monday, February 20, 2017

Amalan Akan Dihisab


*Semua Amal Manusia Akan di Perlihatkan dan di Adili di Yaumul Hisab*

Yaumul hisab atau hari perhitungan amal adalah hari dimana Allah memperlihatkan kepada hamba-hamba-Nya tentang amal mereka. Allah Ta’ala berfirman:

إِنَّ إِلَيْنَا إِيَابَهُمْ (25) ثُمَّ إِنَّ عَلَيْنَا حِسَابَهُمْ (26)

Maksudnya : “Sungguh, kepada Kami-lah mereka kembali. kemudian sesungguhnya (kewajiban) Kami-lah membuat perhitungan atas mereka.” (Surah al-Ghasyiyah ayat 25 – 26).

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa sallam sering berdoa di dalam solat dengan mengucapkan:

اَللَّهُمَّ حَاسِبْنِيْ حِسَابًا يَسِيْرَا

"Allohumma haasibni hisaaban yasiiro (Ya Allah, hisablah diriku dengan hisab yang mudah.” (Hadis Riwayat Ahmad)

Kemudian ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha bertanya tentang apa itu hisab yang mudah? Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa sallam menjawab: “Allah memperlihatkan kitab (hamba)-Nya kemudian Allah memaafkannya begitu saja. Barangsiapa yang dipersulit hisabnya, nescaya ia akan binasa.” (Hadis Riwayat Ahmad, VI/48, 185, al-Hakim, I/255, dan Ibnu Abi ‘Ashim dalam Kitaabus Sunnah, no. 885. Hadis ini dinilai sahih oleh al-Hakim dan adz-Dzahabi).

Apakah Binatang Juga Dihisab?

Sesungguhnya makhluk yang pertama kali diadili oleh Allah Ta’ala adalah binatang, bukan manusia ataupun jin. Allah Ta’ala berfirman:

وَإِذَا الْوُحُوْشُ حُشِرَتْ (5)

Maksudnya : “Dan apabila binatang-binatang liar dikumpulkan.” (QS. At-Takwir: 5), yakni dikumpulkan di hari Kiamat untuk diadili.

وَمَا مِنْ دَابَّةٍ فِي اْلأَرْضِ وَلاَ طَائِرٍ يَطِيْرُ بِجَنَاحَيْهِ إِلاَّ أُمَمٌ أَمْثَالُكُمْ مَا فَرَّطْنَا فِي الْكِتَابِ مِنْ شَيْءٍ ثُمَّ إِلَى رَبِّهِمْ يُحْشَرُوْنَ (38)

Maksudnya : “Dan tiadalah binatang-binatang yang ada di bumi dan burung-burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan umat-umat (juga) sepertimu. Tiadalah Kami lupakan sesuatu apapun di dalam Al-Kitab kemudian kepada Rabb-lah mereka dihimpunkan.” (Surah al-An’aam ayat 38)

Syaikh Muhammad bin Sholih al-‘Utsaimin rahimahullah mengatakan, “Pada hari kiamat kelak, seluruh binatang akan dikumpulkan, sedangkan manusia menyaksikannya. Kemudian binatang-binatang itu diadili, sehingga binatang yang tidak bertanduk akan menuntut balas terhadap binatang bertanduk yang telah menanduknya di dunia. Setelah binatang tersebut diqisas, Allah akan mengubahnya menjadi tanah. Allah melakukannya untuk menegakkan keadilan di antara makhluk-Nya.” (Tafsiir Juz ‘Amma, hal. 70)

Hisabnya haiwan ini disaksikan oleh para malaikat, orang-orang yang beriman dan juga orang-kafir. Setelah binatang diadili, Allah Ta’ala berfirman: “Jadilah tanah!” Maka binatang-binatang itu berubah menjadi tanah. Tatkala melihat hewan itu diubah menjadi tanah, orang-orang kafir itu mengatakan, “Alangkah baiknya jika aku menjadi tanah.” Inilah salah satu makna firman Allah Ta’ala:

وَيَقُوْلُ الْكَافِرُ يَا لَيْتَنِي كُنْتُ تُرَابًا (40)

Maksudnya : “Dan orang kafir itu berkata, “Alangkah baiknya sekiranya aku menjadi tanah saja.” (Surah an-Naba ayat 40).

Hisabnya seorang mukmin, iblis, kafir dan munafiq.

Allah telah berjanji bahawa para pelaku maksiat dan dosa, tempat mereka di akhirat kelak adalah di neraka. Bagi syaitan, Iblis , orang-orang kafir dan munafiq ia akan berada di neraka buat selama-lamanya. Namun, bagi orang Islam yang berdosa (tetapi tidak mensyirikkan Allah), mereka akan tetap diseksa di neraka, walaupun akhirnya akan turut menempuh alam syurga.

Sesungguhnya Allah mengadili hamba-Nya yang mukmin seorang diri pada hari kiamat, tidak seorang pun yang melihatnya dan tidak seorang pun yang mendengarnya. Allah Ta’ala benar-benar menutupi aibnya sehingga tidak seorang pun yang mengetahuinya. Allah menunjukkan kesalahan-kesalahannya dan berkata kepadanya: “Apakah kamu mengetahui dosa ini? Apakah kamu mengakui dosa ini?” Maka dia menjawab, “Ya wahai Rabb-ku, aku mengetahuinya.” Tiap kali ditunjukkan dosa-dosanya, ia terus mengakuinya sampai-sampai ia merasa pasti binasa. Lalu Allah Ta’ala berfirman kepadanya:

فَإنِّي قَدْ سَتَرْتُهَا عَلَيْكَ فِي الدُّنْيا، وَأَنَا أَغْفِرُهَا لَكَ الْيَوْمَ

Maksudnya : “Sesungguhnya Aku telah menutupi dosa-dosamu di dunia, dan sekarang Aku mengampuni dosa-dosamu.”Kemudian diberikan kepadanya catatan amal kebaikannya.” (Hadis sahih. Diriwayatkan oleh al-Bukhari, VIII/353 –Fat-h, dan Muslim, no. 2768)

Ini adalah karunia besar yang Allah ‘Azza wa Jalla berikan kepada seorang mukmin. Allah Ta’ala menutupi aib seorang mukmin dan tidak membongkarnya di depan umum.Siapa yang suka buka aib orang lain Allah akan buka aibnya di akhirat.

Alhamdulillah, Allah Ta’ala telah menutupi dosa-dosa kita yang begitu banyaknya. Oleh itu, kita harus banyak bertaubat kepada-Nya dan memohon ampun kepada-Nya dari segala dosa. Mudah-mudahan Allah Ta’ala menghapus dosa-dosa tersebut.

Adapun orang-orang kafir dan munafiq, mereka akan dipanggil di hadapan seluruh makhluk. Para saksi akan menyeru mereka di hadapan seluruh makhluk:

هَؤُلآءِ الَّذِيْنَ كَذَبُوْا عَلَى رَبِّهِمْ أَلاَ لَعْنَةُ اللهِ عَلَى الظَّالِمِيْنَ (18)

Maksudnya : “Orang-orang inilah yang telah berdusta terhadap Rabb mereka.” Ingatlah, laknat Allah (ditimpakan) atas orang-orang yang zalim.” (Surah Huud ayat 18)

Firman Allah SWT maksudnya : “Maka takutlah kamu kepada neraka yang bahan bakarnya ialah manusia dan batu-batu. Neraka itu disediakan bagi mereka yang kafir.” (Surah al-Baqarah ayat 24)

“Barangsiapa yang menderhakai Allah dan Rasul-Nya dan melampaui batas larangannya, dimasukkan ke dalam neraka, kekal di dalamnya. Dia menderita seksa yang hina-dina.” (Surah an-Nisaa ayat 14)

“Allah telah menyediakan untuk mereka yang munafik laki-laki mahupun perempuan dan orang kafir itu neraka Jahannam. Mereka itu kekal di dalamnya. Allah melaknati mereka itu dan untuk mereka azab yang kekal.” (Surah at-Taubah ayat 68)

Apakah jin juga dihisab?

Sesungguhnya jin juga akan dihisab kerana mereka juga dibebani syariat. Mereka akan dihisab dan diberikan balasan atas amal mereka. Oleh kerana itu, jin yang kafir juga akan dimasukkan ke dalam neraka. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

اُدْخُلُوْا فِيْ أُمَمٍ قَدْ خَلَتْ مِنْ قَبْلِكُمْ مِنَ الْجِنِّ وَالإِنْسِ فِي النَّارِ (38)

Maksudnya : “Masuklah kamu sekalian ke dalam neraka bersama umat-umat jin dan manusia yang telah terdahulu sebelum kamu.” (Surah al-A’raaf ayat 38)

Demikian pula sebaliknya, bangsa jin yang beriman juga akan masuk ke dalam syurga dan merasakan kenikmatan-kenikmatan yang ada di dalamnya.

Hukuman ke atas sesiapa yang di dapati bersalah dalam perbicaraan ini ialah:

Pertama - Menerima balasan dari makhluk yang dilakukan jenayah itu terhadapnya.

Kedua - Memberi amal kebajikannya kepada orang yang ia aniayakan, di maki hamun, merampas hak orang lain, mengumpat dan memfitnah untuk membayar dengan pahalanya; dan apabila tidak ada lagi pahala untuk diberi kepada orang itu, maka ia terpaksa menanggung kesalahannya.

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi S.A.W. bersabda yang bermaksud :
“Tahukah kamu siapakah dia Orang Muflis?”

Sahabat-sahabat baginda menjawab :
“Orang Muflis di antara kami, ya Rasulullah ialah orang yang tidak ada wang ringgit dan tidak ada harta benda.”

Nabi S.A.W. bersabda yang bermaksud :
“Sebenarnya Orang Muflis dari kalangan umatku ialah orang yang datang pada hari kiamat membawa sembahyang, puasa dan zakat , sedang datangnya itu dengan kesalahan memaki hamun orang ini, dan menuduh orang itu , memakan harta orang orang ini ,menumpah darah orang itu dan juga memukul orang . Maka akan di ambil dari amal kebajikannya serta di beri kepada orang ini dan orang itu , kemudian kiranya habis amal kebajikannya sebelum habis di bayar kesalahan-kesalahan yang di tanggungnya , akan di ambil pula dari kesalahan-kesalahan orang yang di aniayakannya serta di timpakan keatasnya , kemudian ia di humbankan kedalam neraka.” (Hadis Riwayat Muslim dan Turmizi)

Ketiga - Dimasukkan ke dalam penjara yang disediakan Tuhan (Neraka Jahanam)

Untuk menyelamatkan seseorang daripada menghadapi perbicaraan yang tersebut, maka Nabi Muhammad S.A.W. mengingatkan umatnya serta menerangkan jalan keselamatan masing-masing - dalam hadis-hadis yang berikut:

1. Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya : "Sesiapa yang menanggung sesuatu kezaliman yang dilakukan terhadap orang lain, sama ada yang mengenai maruah dan kehormatan atau sebarang perkara yang lain, maka dari sekarang juga hendaklah ia meminta orang itu melepaskannya dengan jalan memaafkan atau menghalalkannya sebelum datangnya masa yang tidak ada padanya wang ringgit atau emas perak untuk membayarnya; bahkan pada masa itu kalau ia mempunyai amal soleh, akan diambil daripada amalnya itu sekadar perbuatan aniaya yang dilakukannya untuk diberi kepada orang itu; kalau ia pula tidak mempunyai amal soleh, maka akan diambil dari kesalahan orang itu serta dibebankan kesalahan itu ke atasnya." (Hadis Riwayat Bukhari)

2. Dari Sa'id bin Zaid r.a., bahawa Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : "Sesiapa yang mengambil tanah secara zalim sekalipun sejengkal, akan dibelitkan pada hari kiamat dengan tanah yang diperintahkannya mengangkut sebanyak itu dari tujuh petala bumi." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

3. Dari Anas bin Malik r.a., katanya: "Rasulullah S.A.W. melarang menyeksa binatang sampai mati dengan jalan mengikatnya untuk dijadikan sasaran panah, rejaman dan sebagainya." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

4. Dari Ibn Abbas r.a. katanya: "Rasulullah S.A.W. melarang perbuatan melagakan binatang. "
(Hadis Riwayat Tirmizi dan Abu Daud)

5. Dari Abu Sa'id Al-Khudri r.a., bahawa Nabi S.A.W. bersabda: "Tidak ada seseorang yang melakukan sesuatu perbuatan aniaya terhadap orang lain di dunia dengan tidak menyerah dirinya kepada orang itu untuk membalasnya, niscaya Tuhan akan menyerahkannya kepada orang itu supaya membalasnya pada hari kiamat." (Hadis Riwayat Baihaqi)

Ada pun perkara-perkara yang berkenaan dengan ibadat kepada Allah, maka yang mula-mula dibicarakan ialah ibadat solat lima waktu sehari semalam - sesiapa yang solatnya itu diterima Tuhan maka berjaya dan beruntunglah dia; sebaliknya rugi dan menderita orang yang tidak diterima solatnya. Sesiapa yang didapati solat fardunya terkurang, sama ada terkurang bilangannya, rukun, syaratnya, sunatnya atau khusyuknya maka ditampal dan dicukupkan dengan solat-solat sunatnya jika ada, kalau tidak ada terpulanglah hukumnya kepada keadilan atau kemurahan Tuhan Rabbul `Alamin.

Oleh itu marilah kita bermuhasabah diri kita sendiri supaya memperbanyakkan amal ibadah, amal soleh dan amal kebajikan semata-mata kerana Allah SWT. Semoga kita akan terlepas daripada setiap soalan dan siasatan, timbang amal dan dipermudahkan meniti Siratul Mustaqim tanpa terjatuh ke dalam jurang api neraka. Dapat memasuki syurga Allah SWT dengan rahmat Allah SWT.Aamiin ...aamiin ...aamiin.

Hukum Kencing Secara Berdiri




Soalan:

Assalamualaikum Datuk Mufti, apakah hukum kencing berdiri ?

Jawapan:

Waalaikumussalam w.b.t. Isu ini telahpun dibincangkan oleh para ulama sejak sekian lama. Mereka terbahagi kepada dua pandangan sama ada yang melarang ataupun yang membolehkannya. Berikut merupakan dalil- dalil yang berkaitan dengan isu kencing berdiri. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ummul Mukminin A’isyah R.anha beliau berkata:

مَنْ حَدَّثَكُمْ أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم كَانَ يَبُولُ قَائِمًا فَلاَ تُصَدِّقُوهُ مَا كَانَ يَبُولُ إِلاَّ قَاعِدًا ‏

Maksudnya: Sesiapa yang bercerita kepada kalian semua bahawasanya Rasulullah S.A.W itu kencing berdiri maka janganlah kalian mempercayainya. Tidaklah Rasulullah S.A.W itu kencing melainkan dalam keadaan duduk.

Riwayat al-Tirmizi (12)

Juga berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Huzaifah Ibn al-Yaman R.A beliau berkata:

أَتَى النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم سُبَاطَةَ قَوْمٍ فَبَالَ قَائِمًا ثُمَّ دَعَا بِمَاءٍ فَجِئْتُهُ بِمَاءٍ فَتَوَضَّأ

Maksudnya: Nabi S.A.W mendatangi tempat buangan sampah sebuah kaum, kemudian baginda kencing secara berdiri. Kemudian baginda meminta air lalu aku membawanya dan baginda pun berwudhuk.

Riwayat al-Bukhari (224)

Kedua-dua hadis di atas dilihat seakan-akan saling bercanggahan di antara satu sama lain. Akan tetapi, kami menyebut di sini berkenaan cara untuk mengharmonikan di antara kedua-dua dalil tersebut adalah dengan mengatakan: Dibolehkan kencing secara berdiri berdasarkan hadis Huzaifah, manakala yang lebih afdhal adalah kencing secara duduk kerana itulah yang paling kerap dilakukan oleh Rasulullah S.A.W.

Kata Imam al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani Rahimahullah: Yang zahirnya baginda melakukannya (kencing secara berdiri) adalah untuk menjelaskan akan keharusannya dan dalam banyak keadaan baginda membuang air kecil secara duduk. Lihat Fath al-Bari Syarah Sahih al-Bukhari, Ibn Hajar (1/330).

Kami juga menyatakan bahawa para ulama yang mengharuskan perbuatan kencing berdiri turut menyebutkan beberapa perkara seperti berikut:

- Hendaklah ia dilakukan di tempat yang sembunyi dari penglihatan manusia lainnya supaya auratnya terpelihara.
- Hendaklah berhati-hati supaya air kecil tidak terpercik ke pakaian.

Wallahu A'lam.

Sumber FB - Mufti Wilayah Persekutuan

Meratakan Air Sehingga Tengkuk Semasa Berwuduk



Soalan:

Adakah semasa membasuh muka untuk berwudhuk, perlu untuk diratakan air sehingga ke bahagian tengkuk ?

Jawapan:

Para ulama Syafi'eyyah mempunyai beberapa pendapat di dalam isu ini. Hal ini dinyatakan oleh Imam Al Nawawi Rahimahullah dengan katanya: Para ulama Syafieyyah berbeza pendapat dalam isu menyapu tengkuk/leher semasa berwudhuk. Kesimpulannya ia terbahagi kepada empat pendapat :

Pertama: Disunatkan menyapu tengkuk dengan air yang baharu. Ini merupakan pendapat Imam Abu al-Qasim al-Furani al-Syafie. Pandangan ini hampir sama dengan pendapat Al-Qadhi Husain cuma beliau berpendapat bahawa disapu leher atau tengkuk itu dengan air basuhan kedua telinga.

Kedua: Digalakkan dan tidak disebut yang ianya disunatkan. Inilah pendapat yang dipegang oleh Syeikh al-Mutawalli al-Syafie.

Ketiga: Digalakkan menyapunya dengan lebihan air basuhan kepala dan telinga. Ini adalah pendapat Imam al-Baghawi Rahimahullah.

Keempat: Perbuatan ini tidak disunatkan dan tidak pula digalakkan. Antara tokoh Syafieyyah yang berpegang dengan pendapat ini adalah Imam Al-Mawardi Rahimahullah.

Pendapat yang keempat ini adalah yang tepat. Oleh kerana itulah ia tidak disebutkan oleh Imam al Syafie Rahimahullah dan juga tidak disebutkan oleh para ashab kami yang terdahulu. Bahkan amalan tersebut tidak sabit dari Nabi S.A.W. Lihat Al Majmu ' Syarh al Muhazzab, Al Nawawi (1/464).

Kata Imam Ibn Qayyim al Jauziyyah Rahimahullah : Tidak sahih dari Nabi S.A.W satu hadis pun berkenaan menyapu leher. Rujuk Zaad al Ma'ad, Ibn al Qayyim (1/195).

Manakala para ulama yang mengatakan sunat menyapu tengkuk semasa berwudhuk berhujah dengan sebuah hadis yang berbunyi:

مَسْحُ الرَّقَبَةِ أَمَانٌ مِنْ الْغُلِّ

Maksudnya: Menyapu tengkuk itu dapat menyelamatkan ia dari dirantai/dibelenggu (pada hari kiamat).

Hadis ini walaubagaimanapun tidak terlepas dari kritikan para ulama hadis. Kami senaraikan beberapa kenyataan para ulama hadis berkenaan hadis di atas:

Kata Imam Ibn Solah: Hadis ini tidak diketahui datangnya dari Nabi S.A.W.

Kata Imam Al-Nawawi: Hadis ini palsu dan bukan dari ucapan Nabi S.A.W. Lihat Al-Talkhis Al-Habir, Ibn Hajar Al-Asqalani (1/162).

Mereka juga berhujah dengan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Talhah bin Musarrif daripada datuknya beliau berkata:

رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يَمْسَحُ رَأْسَهُ مَرَّةً وَاحِدَةً حَتَّى بَلَغَ الْقَذَالَ - وَهُوَ أَوَّلُ الْقَفَا

Maksudnya: Aku melihat Rasulullah S.A.W menyapu kepala baginda sebanyak satu kali sehingga sampai ke bahagian al-Qazal iaitu bahagian awal leher.

Riwayat Abu Daud (132)

Hadis ini juga turut dikritik oleh beberapa ulama hadis seperti Imam Sufyan bin Uyainah yang mengatakan hadis ini munkar. Begitu juga Imam al-Syaukani mengatakan hadis ini dhaif disebabkan terdapatnya seorang perawi yang bernama Laith bin Abi Sulaim yang dinilai dhaif. Begitu juga Ibn Hibban mengatakan bahawa Laith ini suka mengubah-ubah sanad hadis serta memarfu’kan hadis-hadis yang mursal. Lihat Nayl al-Authar, Al-Syaukani (1/206).

Manakala Imam Al-Nawawi Rahimahullah juga mengatakan hadis ini telah sepakat para ulama akan kedhaifannya. Ia dikuatkan lagi dengan kenyataan Imam Ibn Al-Qayyim yang mengatakan tidak ada suatupun hadis yang sahih berkenaan isu menyapu leher semasa berwudhuk ini.

Kesimpulan

Setelah meneliti beberapa pendapat di atas, kami cenderung mengatakan bahawa perbuatan menyapu tengkuk/leher semasa berwudhuk bukan suatu yang disunnahkan. Kami tidak menafikan bahawa terdapat para ulama dari kalangan mazhab Hanafi dan mazhab Al-Syafie yang mengatakan hukumnya sunat. Pun begitu, jumhur ulama mengatakan bahawa ianya tidak disunatkan sebagaimana yang ditarjihkan oleh Imam Al-Nawawi. Wallahu A’lam.


Sumber FB - Mufti Wilayah Persekutuan

Sunday, February 19, 2017

Kembangkan Perniagaan Di Luar Negeri




Dalam perkongsian ini saya akan jelaskan beberapa langkahnya berdasarkan pengalaman saya, tak kira sama ada anda ingin memulakan perniagaan di mana pun di dunia.

1. 2-3 bulan untuk selidik di Internet:

Sebelum melakukan apapun keputusan, pastikan anda melakukan penyerlidikan dulu mengenai negara yang ingin anda tuju. Undang-undang dari segi menjalankan perniagaan berbeza mengikut negara. Begitu juga mengikut industri. Sesetengah negara akan memakan perbelanjaan yang besar untuk memulakan perniagaan, berbandingkan dengan negara lain.

Kini penyelidikan boleh dilakukan dihujung jari sahaja. Google sahaja dan anda akan mendapat pelbagai jawapan. Luangkan masa beberapa hari atau minggu atau bulan hanya untuk penyelidikan oleh kerana lebih banyak informasi yang anda perolehi, akan menyiap sediakan anda untuk membuat keputusan yang terbaik kelak.

Selidik juga kemudahan-kemudahan yang diberikan oleh kerajaan negara tersebut. Seringkali seperti Malaysia juga terdapat kemudahan dan peluang yang dibuka untuk warga asing (kita!) memulakan perniagaan mengikut skim-skim tertentu.

Tak lupa juga, hubungi kementerian-kementerian tertentu di Malaysia untuk mendapatkan bantuan atau sekurang-kurangnya maklumat. Walaubagaimanapun, saya tidak menggunakan cara ini.

2. Lawatan sambil belajar (seperti di sekolah dulu-dulu):

Apabila telah lengkap dengan maklumat, lawati negara tersebut. Bukan sekali tetapi beberapa kali. Di sinilah kemampuan dari segi kos amat penting. Penyelidikan secara online sememangnya banyak membantu, tetapi dengan menghadirkan diri di negara tersebut dan memantau dengan mata dan empunya badan sendiri pastinya akan memberi pengalaman yang berbeza.

Bukan untuk makan angin tetapi hadiri program atau ekspo yang berkaitan dengan industri anda untuk memahami simpang siur perniagaan yang akan dimulakan di sana. Oleh kerana anda telah melakukan penyelidikan secara online berbulan sebelum ini, lawatan anda akan menjadi semakin mudah oleh kerana anda tidak datang dengan tangan kosong, tetapi dengan minda yang penuh dengan maklumat.

Maklumat yang telah diperolehi dan lawatan ke program/aktiviti/expo/seminar mengenai industri anda akan membuatkan anda lebih rapat dan memahami industri anda di negara tersebut.

Sebelum menubuhkan perniagaan di UAE, Dubai, sekurang-kurangnya saya telah melawat Dubai 5 kali.

3. Bina hubungan, kenalan, contacts dan sewaktu dengannya:

Ketika lawatan, kenali dengan 'players' atau mereka yang teratas dalam industri anda. Tak semestinya paling atas, tetapi usaha semana yang mungkin untuk mendapatkan contacts yang berkualiti- bukan kuantiti. Tak penting berapa banyak kad bisnes yang anda dapat edar atau kumpul. Apa yang penting adalah untuk anda bina hubungan dengan beberapa orang yang terpilih.

Bagaimana anda tahu hendak membina jaringan dengan siapa? Itulah pentingnya penyelidikan di langkah (1) tadi. Penyelidikan bukan sahaja untuk perniagaan anda, tetapi juga untuk mengenali orang-orang yang penting dalam industri anda, bakal pesaing anda, perniagaan yang anda ingin bekerjasama dengan dan pelbagai lagi.

Ketika lawatan saya di Dubai sebelum memulakan perniagaan, saya telah membina jaringan kenalan dengan ramai usahawan-usahawan penting di Dubai. Kini mereka saya tidak menganggap rakan perniagaan, tetapi rakan yang baik yang sering berjumpa dan bawa keluar mengeteh (di Dubai pun ada juga mengeteh. Tapi kami minum teh Karak... bukan highway Karak di Malaysia!)

4. Cuba, try, test 3x:

Sememangnya setelah kita melawat sesuatu negara itu, dan berkenalan dengan orang-orang mereka, kita pun bersemangat untuk mulakan perniagaan. Jangan tergopoh. Kerana memulakan perniagaan di sesuatu negara yang lain banyak sungguh cabarannya.

Sekiranya perniagaan kita di Malaysia ke laut, nasihat saya jangan lagi fikirkan membawa perniagaan kita ke atas laut (oversea). Inilah namanya lawak antarabangsa. (krik... krik... krik...)

Apa yang anda perlu lakukan kini adalah, dengan kenalan yang telah dibina, cari peluang untuk memulakan sesuatu yang kecil bersama mereka. Ertinya, lakukan JV yang kecil supaya anda dapat "merasa" berniaga di negara orang. Peluang ini juga diambil untuk mengumpul pengalaman praktikal daripada segala bacaan penyelidikan anda.

Mulakan sesuatu projek kecil berkaitan dengan perniagaan anda dengan bantuan rakan niaga di sana. Mat salleh kata "test the waters". Dan lakukan ini bukan sekali dua sahaja, tetapi 3-4 kali atau lebih kerana anda ingin betul-betul faham dengan pasaran anda sebelum melaburkan wang yang lebih besar!

5. Masa untuk keputusan:

Setelah menyelidik, melawat, mengenali dan mencuba, tiba masanya untuk lakukan analisa. Tiba masanya untuk membuat keputusan.

Adakah berbaloi membawa perniagaan anda ke negara orang? Mampukah anda dengan kapasiti tenaga dan modal anda untuk memulakan empayar perniagaan anda di negara orang yang jauh dari Malaysia sebagai orang asing? Adakah syarat dan peraturan sesuatu negara itu dapat memudahkan perjalanan anda memulakan dan mengembangkan perniagaan anda? Sanggupkah anda berjauhan dari kenalan dan keluarga di Malaysia untuk memulakan perniagaan yang anda sendiri belum pasti akan berjaya di negara orang? Dan seribu satu lagi persoalan...

Sekiranya anda ingin memulakan perniagaan ke luar negara, tidak semestinya di Dubai. Oleh kerana kos hidup di UAE, Dubai adalah sangat tinggi (Nasi goreng di Food Court pun harga RM50) tetapi terdapat negara-negara lain yang lebih mudah dan murah seperti Indonesia (pasaran Muslim yang sangat-sangat besar seperti mana yang dilakukan oleh Dato Vida dan Dato Alif Syukri) dan 195 negara lain di Dunia. Dunia sangat besar sekiranya kita membuka mata, minda dan peluang untuk diri kita sendiri.

Namun, setelah berkongsikan pengalaman saya memulakan perniagaan di luar negara ini, teringat saya bertahun-tahun yang lalu. Tahun 2000 ketika perniagaan saya hanya bermula seorang diri dari rumah. Iaitu perniagaan di Internet.

Betapa pantas masa berlalu kini saya telah menjalankan perniagaan selama 17 tahun. Dari zaman bujang trang tang tang hingga kini berumah tangga dan 4 orang anak. Walaupun perniagaan saya menjangkau ke luar negara, tetapi keputusan saya 17 tahun lalu untuk memulakan perniagaan Internet dengan cara yang betul telah membawa saya ke tahap saya kini.

Satu ketika dulu, saya juga seperti anda yang membaca nukilan saya kali ini. Tidak kira tahap mana pun anda berada kini. Sama ada baru hendak memulakan perniagaan, melakukan perniagaan seorang diri, mempunyai beberapa pekerja, gagal dalam perniagaan atau perniagaan telah berkembang pesat di Malaysia. Alhamdulillah saya telah melaluinya semua.

Mudahan selepas ini, apa sahaja matlamat dan cita-cita perniagaan anda akan tercapai pula. InshaAllah saya doakan!

-Irfan Khairi

Valet Doa - Agama Jadi Bahan Jualan


Setelah kami meneliti isu Valet Doa yang disertakan pula dengan pakej-pakej dengan harga yang berbeza seolah-olah mengikut tahap kemustajaban doa, dengan ini kami berpendapat, ia adalah sama sekali tidak menepati Islam yang sebenarnya, dan tidak mengikut syariat. Ini kerana, tiada dalam sejarah dan juga adab di kalangan salafussoleh berbuat demikian. Hatta bila Nabi SAW mahu menyertakan doa Saidina Umar RA dengannya, tiada sebarang syarat kewangan, upah atau bayaran yang dikenakan oleh Saidina Umar RA.

Kami juga melihat, penamaan pakej-pakej seperti Pakej Raja Salman dan Pakej VIP adalah sangat tidak berakhlak dan mengelirukan. Sementelahan lagi, ia jelas menunjukkan sifat komersialnya dan manipulasi doa.

Berkenaan dengan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abi Said RA, sabda Rasulullah SAW:

مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَدْعُو بِدَعْوَةٍ لَيْسَ فِيهَا إِثْمٌ وَلَا قَطِيعَةُ رَحِمٍ إِلَّا أَعْطَاهُ اللَّهُ بِهَا إِحْدَى ثَلَاثٍ : إِمَّا أَنْ تُعَجَّلَ لَهُ دَعْوَتُهُ ، وَإِمَّا أَنْ يَدَّخِرَهَا لَهُ فِي الْآخِرَةِ ، وَإِمَّا أَنْ يَصْرِفَ عَنْهُ مِنْ السُّوءِ مِثْلَهَا ، قَالُوا : إِذًا نُكْثِرُ ؟ قَالَ : اللَّهُ أَكْثَرُ
Maksudnya: “Tiada seorang Islam berdoa dengan satu doa yang tiada padanya unsur dosa dan putus silaturrahim kecuali Allah kurniakan kepadanya salah satu daripada tiga iaitu samada disegerakan doanya, ditangguhkannya untuk hari akhirat atau dihilangkan daripadanya kejahatan seumpamanya. Kemudian sahabat berkata: ‘Kalau begitu, kami akan membanyakkannya. Sabda Baginda: ‘Ya, perbanyakkannlah.”
(Riwayat Ahmad, no. 10749)

Hadis ini menunjukkan bahawa doa yang dipohon oleh seseorang akan diterima, tetapi bentuk penerimaannya itu pelbagai berdasarkan nas di atas. Sama ada dimakbulkan segera, ditangguhkan ke hari Akhirat atau dihilangkan keburukan seumpamanya. Inilah yang ditafsirkan oleh Ibn Hajar dalam Fath al-Bari (11/95). Justeru, penggunaan kalimah mustajab atau jaminan makbul yang difahami itu akan mengelirukan lebih-lebih lagi jaminan dan had masa tertentu untuk mendapatkannya. Ini menyalahi nas yang sahih lagi jelas.

Kami sarankan anjuran dan perniagaan seperti ini hendaklah DIBATALKAN agar Islam dilihat sebagai agama yang benar-benar mengikut neraca syariatnya dan terhindar daripada fitnah-fitnah dan eksploitasi ibadah. Semoga Allah mengampunkan dosa kita semua dan menjadikan kita golongan yang benar-benar mengikut syariat-Nya, Amin.

Akhukum fillah,

Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan
15 Februari bersamaan 18 Jamadil Awal 1438

Wednesday, February 15, 2017

Salam Berisi



Bila menghadiri kenduri kahwin,kebiasaannya kita beri wang dalam sampul ketika bersalam.Ada tuan kenduri menolak, ada menerima,bahkan ada juga tuan kenduri yang mencatat berapa yang diberi.Ada cakap sumbang di belakang mengatakan tuan kenduri menunggu pintu masuk untuk kutip duit salam dan sebagainya.

Orang Melayu memberi wang ketika hadir kenduri sebagai hadiah, menggantikan hadiah bentuk barangan dengan wang sebagai memudahkan tuan kenduri.Orang Melayu di utara membahasakan memberi wang ketika hadir kenduri sebagai ' tumpang berkenduri' ... maksudnya menyumbang sama untuk majlis walimah tersebut.Jelas,niat mereka adalah baik.Tuan rumah sebenarnya bukan mengharap kerana dia ada duit,sebab itu dia berkenduri.

Dari Anas radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata:“Setelah Nabi Shallalalhu ‘alaihi wa Sallam menikahi Shafiyah, pada pagi harinya Nabi pun berkata: “Sesiapa yang memiliki sesuatu untuk disumbangkan, hendaklah disumbangkan”.

Beliau pun menghamparkan lembaran kulit yang disamak (sebagai bekas). Ada orang yang menyumbang keju, ada yang menyumbang kurma, dan ada yang memberikan minyak samin. Mereka pun membuat hais (campuran kurma tanpa biji, keju, tepung dan minyak).” (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 2048)

Berdasarkan hadis ini, Syaikh al-Albani rahimahullah menyatakan: “Orang-orang kaya dan yang memiliki kelebihan (bekalan) dianjurkan untuk memberikan sumbangan di dalam majlis walimah saudaranya.” (al-Albani, Adabuz Zifaf, m/s. 139, Media Hidayah) Sumber Hadis

Berdasarkan hadis ini,memberi hadiah kerana perkahwinan itu satu sunnah. Maka menolaknya adalah tidak sesuai. Walau kita tidak meminta dan berharap.Menerima wang tetamu yang hadir ke majlis bukan ibarat menerima sedekah,tetapi menerima hadiah sempena perkahwinan.Bahkan jika menolak dibimbangi menyebab kecil hati tetamu. Lebih teruk jika tuan rumah terasa riaknya.

Jika masyarakat dulu memberi hadiah barangan seperti beras, gula, tepung, ayam,kelapa, buah kabu,kundur dsbnya,kita mungkin tidak berkesempatan berbuat demikian,atau untuk memberi kebebasan kepada tuan tumah membelanjakan wang yang diberi mengikut keperluannya berbanding memberi barang yang mungkin berlebihan atau tidak diperlukan.

Wang hadiah itu boleh diguna untuk membiayai bayaran katerer atau pembelian barang supaya mereka yang memberi wang menumpang sama berkenduri,atau jika tidak pun untuk pengantin memulakan hidup.

Namun bukanlah wajib memberi hadiah jika kita mampu atau tidak mahu memberi hadiah,tetapi jangan dikeji perbuatan ini kerana bimbang mengeji satu sunnah.

Kita memang dijemput untuk makan,bukan untuk beri hadiah. Jadi biasalah jika tidak beri apa pun. Suma yang lebih baik,berilah hadiah.Usah rasa malu salam tidak berisi,bahkan janganlah sesekali bertindak memberi juga,tetapi sampul kosong kerana itu satu kepuraan dan menipu.

Buatlah sesuatu kerana kita mengetahui,kerana menurut sunnah, bukan membuta tuli,atau ikut adat sahaja,ikut orang.Jangan pula bertindak ikut akal sendiri terapi bercanggah dengan sunnah nabi. Wallahua'lam.

(Abdul Ghani Haron)

Mendoakan Orang Hasilnya Makbul



Seorang pemuda sering solat berjemaah di sebuah masjid. Tidak pernah ketinggalan.

Seorang sheikh tua sangat kagum melihat kerajinan pemuda itu. Berbeza dengan pemuda-pemuda lain yang lalai mengerjakan solat berjemaah.

Oleh kerana pemuda ini seorang yang baik dan taat pada agama, kawan-kawannya selalu meminta pemuda ini mendoakan mereka. Alhamdulillah! Doanya selalu dimakbulkan Allah Taala. Kawan yang minta dia doakan dapat jodoh, akan berkahwin. Kawan yang minta dia doakan dapat anak, isteri kawannya akan mengandung. Begitulah seterusnya, apa sahaja yang didoakan pasti akan dimakbulkan oleh Allah.

Sampailah masa pemuda itu sendiri berkahwin dan isterinya mengandung. Ketika isterinya hampir melahirkan anak, pemuda itu berdoa agar anaknya yang bakal lahir sempurna sifat dan anggota badannya.

Namun, apa yang menyedihkan, anak pemuda tersebut cacat dan tidak sempurna. Pemuda tersebut hairan kenapa doanya sudah tidak dimakbulkan Allah Taala.

Sejak itu, doa pemuda tadi sudah tidak dimakbulkan lagi oleh Allah. Apabila pemuda ke masjid, dia terperasan seorang syeikh tua di masjid itu sudah tidak kelihatan.

Dia bertanya kepada jemaah di sana. Mereka mengatakan syeikh tua tersebut telah meninggal dunia.

Kemudian, datang seorang lelaki berkata kepada pemuda tersebut, "Kamu tahu tak, syeikh itu selalu berdoa kepada kamu, ya Allah! Makbulkanlah segala permintaan pemuda itu. Setiap hari syeikh itu mendoakan untuk kamu."

Pemuda tersebut terkejut mendengar khabar itu. Dia rasa insaf dan dia sedar bahawa bukan doa dia yang dimakbulkan Allah, tetapi doa syeikh tersebut.

Allahu Akbar!

Kita hidup senang dan mudah di dunia ini kadang-kadang atas keikhlasan doa orang lain. Anak-anak bahagia kerana doa ibubapanya yang tidak pernah putus. Suami/isteri diberi kemudahan dalam urusan kerana doa pasangan mereka yang Ikhlas.Ibubapa bahagia di alam barzakh kerana kiriman doa anak-anak yang soleh.Pelajar berjaya atas keberkatan doa seorang guru yang tidak pernah jemu.Sahabat/Kawan bahagia di dunia ini kerana ada doa sahabat lain yang tulus. Dan kita semua selamat dari bencana mungkin masih ada lagi doa para ulama di dunia ini.

Allahu Allah!

*Siapa lah kita untuk mendabik dada, berkata akulah segalanya*.

[Mahadi Razak]

Tanda Haji Yang Mabrur



Penulis: Al-Ustaz Fariq Gasim Anuz

Segala puji bagi Allah yang telah memilih jemaah haji sekalian sebagai tamu-tamuNya. Ini merupakan kurnia Allah yang sangat besar, di mana jutaan umat Islam yang ingin datang ke tanah suci menunaikan ibadah haji tetapi masih belum dapat izin dari Allah, ada saja halangan yang datang. Adapun jemaah sekalian telah mendapatkan kemudahan dari Allah sehingga dapat melakukan seluruh manasik haji dari mulai umrah sampai tawaf wada’, semoga Allah mencatatnya sebagai haji yang mabrur diampuni segala dosa kita dan agar jemaah haji diberi perlindungan dan keselamatan dalam perjalanan pulang ke tanah air, amin!

TANDA HAJI YANG MABRUR

Zuhud Terhadap Dunia:

Imam Hasan Al Bashri rahimahullah berkata: "Haji yang mabrur adalah agar ia pulang dari ibadah haji menjadi orang yang zuhud dalam kehidupan dunia dan cinta akhirat). Allah berfirman: “Dan carilah (pahala) negeri akhirat dengan apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu, tetapi janganlah kamu lupa bahagianmu di dunia”. (Surat Al-Qashash: 77)

Zuhud bukan bererti hanya beribadah di masjid dan tidak mahu bekerja mencari harta untuk nafkah anak isteri. Orang zuhud tidak diperhambakan oleh hartanya, dunia boleh berada di tangannya tidak di hatinya, aktivitinya dalam kehidupan dunia tidak melalaikannya dari ingat kepada Allah, melaksanakan solat lima waktu tepat pada waktunya, tidak memutuskan silaturahim, tetap rajin menuntut ilmu islam lalu mengamalkan dan mendakwahkannya, tidak melupakan tanggungjawab mendidik isteri dan anak-anak, rezekinya dari yang halal, bukan dari riba, rasuah, mencuri, judi, peras ugut, menipu, mengambil hak orang lain. Semoga Allah mengurniakan kita rezeki yang halal, baik dan berkat serta dijauhkan dari segala pendapatan yang haram, amin!

Lebih Baik Dari Sebelumnya Dalam Segala Hal:

1. Dalam Hal Tauhid

Jika sebelum haji suka pergi ke dukun untuk minta kekayaan, anak, jodoh, cepat naik pangkat dan lain-lain, maka setelah haji hendaklah kita tinggalkan hal tersebut dan bertaubat kepada Allah. Rasulullah s.a.w. bersabda, “Barangsiapa mendatangi tukang ramal atau dukun lalu membenarkan apa yang dikatakannya, maka dia telah kafir dengan apa yang telah diturunkan kepada Muhammad”. (HR. Abu Dawud, At-Tirmidzi, Ibnu Majah, dishahihkan oleh Al-Albani dalam Al-Irwa` no. 2006)

Barangsiapa yang sebelum ia haji, suka menyembelih haiwan untuk dijadikan sebagai pengeras maka sekarang harus meninggalkannya dan menyembelih korban hanya untuk Allah. Allah berfirman, “Maka dirikanlah solat kerana Rabbmu dan berkorbanlah” (Surat Al- Kautsar 2).

“Katakanlah sesungguhnya shalatku, sesembelihanku, hidup dan matiku hanya untuk Allah Rabbul Alamin tidak ada sekutu baginya” (Surat Al-An’aam: 162)

Barangsiapa yang sebelum dia haji, masih mempercayai ramalan bintang, mengkeramatkan keris, dan apa jua perbuatan syirik yang lain, maka tinggalkanlah semua itu kerana ia adalah syirik. Allah tidak mengampuni dosa syirik kecuali jika pelakunya bertaubat. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat. Allah mengharamkan syurga bagi orang yang berbuat syirik. orang-orang yang beriman tidak mencampuradukkan keimanan mereka dengan kesyirikan maka mereka mendapat keamanan dan hidayah dari Allah Taala.

2. Dalam Hal Ibadah

Hendaklah jemaah haji memperbaiki ibadahnya kepada Allah, solat lima waktu jangan ditinggalkan, zakat harus dikeluarkan dan puasa di bulan Ramadhan harus dijalankan. Laksanakannya dengan penuh rasa cinta kepada Allah yang telah memberikan kita nikmat yang tidak terhingga. Kita korbankan harta, tenaga dan waktu demi menggapai redha Allah.

3. Dalam Hal Muamalah

Hendaklah kita perbaiki muamalah dengan ibu bapa yang melahirkan dan mendidik kita sejak kecil. Jangan menyakiti hati mereka, selalu berbakti dan memperlakukan mereka dengan sebaik-baiknya. Jika orang tua kita telah meninggal dunia hendaklah kita selalu mendoakan mereka.

Muamalah Suami Isteri

Suami hendaklah perbaiki muamalah dengan isteri, jangan mudah marah dan membentak isteri jika dia membuat kesalahan. Lakukan hal-hal yang menyenangkan isteri selama tidak bertentangan dengan syariat. Didik isteri dengan nasihat, bawa dia ke majlis ta’lim, membelikan buku dan CD ceramah yang bermanfaat. Didik isteri menerusi teladanan. Rasulullah s.a.w. bersabda, “Sebaik-baik kalian adalah yang terbaik terhadap keluarganya dan saya adalah orang yang paling baik di antara kalian terhadap keluarga saya”.

Bagi para isteri perbaikilah muamalah dengan suami jadilah isteri yang taat. Rasulullah s.a.w. bersabda, “Apabila wanita solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, taat kepada suamin dan memelihara kemaluan, maka dia masuk syurga dari pintu-pintu mana saja yang dia sukai”.

Ketaatan kepada suami dalam hal yang makruf saja. Dalam hal maksiat tidak ada ketaatan. Ketika suami baru pulang dari kerja, janganlah disambut dengan berbagai macam masalah dan hal-hal yang tidak menyenangkan, tetapi sambutlah dengan senyuman, sediakan makan dan minum serta biarkan suami berehat dulu. Setelah itu barulah sampaikan segala masalah yang ada.

Muamalah Orang Tua dan Anak

Bagi para orang tua perbaikilah dalam pendidikan terhadap anak-anak, mereka merupakan amanat yang kelak kita akan diminta pertanggungjawabannya di hari akhir. Didiklah mereka dengan memberikan contoh yang baik, sekolahkanlah mereka di tempat yang baik, awasilah pergaulan mereka. Selalulah berdoa kepada Allah agar melindungi dan menjaga mereka dari segala kejahatan dan keburukan karena doa orang tua untuk anaknya insya Allah mustajab.

Muamalah Kaum Muslimah

Bagi kaum muslimah, tutuplah aurat dan jangan diperlihatkan kepada lelaki yang bukan mahramnya. Allah berfirman: “Hai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan isteri-isteri orang mukmin, (Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka). Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”. (Surat Al-Ahzab: 59)

“Katakanlah kepada wanita yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung”. (Surat An-Nuur: 31)

Rasulullah bersabda: “Ada dua golongan dari penduduk neraka yang belum pernah saya lihat keduanya (sebelum ini), (pertama) suatu kaum yang memiliki cambuk bagaikan ekor lembu yang digunakannya untuk memukul manusia dan (kedua) wanita yang berpakaian tetapi telanjang berjalan berlenggang lenggok, kepala mereka seperti punuk unta, mereka tidak masuk syurga dan tidak mencium bau syurga padahal bau syurga itu tercium dari jarak yang sekian dan sekian jauhnya”. (Hadis Shahih, Riwayat Muslim)

Masih ramai di antara jemaah haji wanita yang berpakaian tetapi telanjang, belum sempurna menutup aurat, masih ada yang terlihat lehernya, lengannya, dengan pakaian yang ketat sehingga membentuk lekak lekuk tubuh, berpakaian dengan bahan yang tipis dan jarang sehingga terlihat kulitnya. Setelah jemaah haji wanita memohon ampun kepada Allah pada saat wuquf di Arafah, apakah kita ulangi kembali dosa-dosa kita?

Jadilah teladan bagi kaum muslimah di tanahair yang sedang dilanda keruntuhan moral, didiklah puteri-puteri kita agar berbusana muslimah yang sempurna. Hendaklah wanita berdandan dan bersolek untuk suami di rumah. Allah berfirman: “Dan hendaklah kamu (isteri-isteri nabi) tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang jahiliyah yang dahulu”. (Surat Al-Ahzab: 33)

Rasulullah bersabda bahwa seorang wanita yang pergi keluar rumah dengan menggunakan wangian hingga tercium oleh lelaki lain, maka sesungguhnya dia itu pelacur. Sudah menjadi kewajiban bagi kita untuk mempelajari jalan-jalan hidayah berupa ilmu yang bermanfaat. Allah berfirman: “Dan apabila dikatakan kepada mereka: lkutilah apa yang telah diturunkan Allah mereka menjawab: Tidak, tetapi kami hanya mengikuti apa yang telah kami dapati dari (perbuatan) nenek moyang kami. (Apakah mereka akan mengikuti juga), walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui suatu apapun, dan tidak mendapat petunjuk?” (Surat Al-Baqarah: 170)

Dan firmanNya: “Dan tidaklah boleh bagi lelaki yang mukmin dan tidak (pula) bagi perempuan yang mukmin, apabila Allah dan RasulNya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan barangsiapa mendurhakai Allah dan RasulNya maka sungguhlah dia telah sesat, sesat yang nyata”. (Surat Al-Ahzab: 36)

Muamalah Secara Umum

Hendaklah kita perbaiki masyarakat. Bentengi aqidah umat dengan menyebarkan ilmu yang bermanfaat, dengan saling menasihati dan bekerjasama dalam hal kebaikan dan taqwa. Ramai umat Islam yang murtad dari agamanya disebabkan kelalaian kita. Kita harus berbuat sesuai dengan kemampuan kita. Apabila kita tidak mampu mendidik mereka kerana keterbatasan ilmu kita, ajaklah mereka menghadiri majlis ilmu, berikan buletin dan buku-buku Islam, pinjamkan CD ceramah yang bermanfaat. Jika mereka malas bekerja berilah motivasi, jika mereka menganggur carikanlah mereka kerja, jika puteri-puteri kita sudah dewasa carikanlah untuk mereka suami yang baik keislamannya. Jangan kita biarkan mereka menikah dengan lelaki kufur.

Janganlah anda menghalangi dan mempersulit orang-orang yang ikhlas mengajak manusia untuk mentauhidkan Allah, tidak berbuat syirik, mahu mengikuti sunnah Nabi dan tidak berbuat bid’ah.

Bagi jemaah haji yang memiliki kelebihan harta dapat beramal jariah dengan membelikan kitab-kitab yang bermanfaat. Masih banyak amal-amal lainnya yang dapat kita lakukan dalam upaya kita memperbaiki diri dan masyarakat.

(Artikel dari kajianislam.net)


Tuesday, February 14, 2017

Bilik Kosong Dihuni Jin


Memiliki rumah yang besar dan banyak bilik tidur, tentu menjadi idaman bagi banyak orang… Namun kenyataannya, bilik tersebut disebabkan sering kosong daripada digunakan, berpotensi besar untuk DIDIAMI OLEH JIN... Kita sering mendengar fenomena DITINDIH JIN SEWAKTU TIDUR, yang menyebabkan orang tersebut tidak dapat bergerak... Itulah salah satu akibat dari bilik tidur yang dibiarkan kosong….

Rasulullah SAW bersabda bahawa bilik yang kosong ini akan DIDIAMI OLEH SYAITAN... Dalam sahih Muslim yang diriwayatkan oleh Jabir Bin Abdullah r.a, bahawa Rasullullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: “Bilik pertama untuk lelaki, bilik kedua untuk isterinya, bilik ketiga untuk tetamu, dan bilik keempat untuk syaitan”…..

Maksud dari hadith di atas ialah bilik2 yang kosong yang berada dalam sesebuah rumah itu, menjadi tempat yang DISUKAI OLEH JIN DAN KAWAN2NYA... Terlebih lagi jika bilik tersebut kosong sama sekali, dan tidak pernah diguna untuk melakukan aktiviti seperti bersolat, berzikir, membaca Al Quran dan seumpamanya….

Bahkan Rasulullah SAW menganjurkan kepada kita untuk MEMBERSIHKAN TEMPAT TIDUR, ketika hendak menggunakannya kembali… Rasullullah SAW pernah bersabda, diriwayatkan Abu Hurairah r.a yang maksudnya:

“Apabila salah seorang di antara kamu bangun dari tempat tidurnya, lalu kembali lagi, maka hendaknya dia MEMBERSIHKANNYA DENGAN MENGIBASKAN UJUNG SARUNGNYA TIGA KALI… Sebab dia tidak tahu apa yang terjadi pada tempat tidur itu sesudah dia tinggalkan”…. Wallahu a’lam….


[USTAZ RAMLI JONED]

Pendosa Ke Syurga


“Boleh panggil doktor sekarang, tak? Bodoh ke buat mesyuarat sekarang. Janji nak beri balik pagi ni. Nanti tak sempat aku nak pergi solat Jumaat.” kata seorang pakcik berkopiah kepada seorang jururawat di kaunter.

“Tunggu sekejap ya, pakcik. 15 minit lagi habislah.” balas jururawat itu.

Ketika itu, aku masih lagi seorang pelajar perubatan. Menjalani penempatan elektif di Hospital Kajang. Aku tak sertai CME tu sebab datang lewat hari berkenaan. Segan pula nak masuk setengah jalan. Takut disergah dengan soalan.

“Doktor, tolong periksa pesakit ni sekejap.” Terpinga-pinga aku dibuatnya. Tengah syok curi dengar drama pakcik yang nak balik tu, tiba-tiba ada orang sapa.

Apabila aku menoleh kelihatan seorang pegawai beruniform serba coklat memandangku sambil menuding jadi kepada seorang pesakit di katil yang tangan digari kepada rangka katil.

Di Hospital Kajang, pesakit bergari ditemani pegawai penjara adalah perkara biasa. Mana tak nya, Penjara Kajang berada tidak jauh daripada hospital itu. Jika tahanan penjara itu sakit, pasti di hantar ke Hospital Kajang untuk dapatkan rawatan.

Pesakit yang ditunjuk oleh pegawai itu nafasnya kencang. Dia duduk bersila sambil tangannya menopang di atas lutut. Persis seperti dukun yang sedang menurun. Sekali-sekala terbatuk.

Aku lakukan auskultasi pada paru-paru pesakit tersebut dan dapati bunyi pernafasannya teredam. Alamak, itu tanda tak tak baik! Maka, aku segera beritahu perkara itu kepada jururawat yang sedang melayan pakcik tadi.

Setelah menerima makluman daripada aku, jururawat itu segera meminta diri dan meninggalkan pakcik yang berang itu lantas mengambil bacaan tanda vital pesakit yang sesak nafas tadi.

BP 100/65 mmHg. PR 101 bpm. SPO₂ 80% under room air. RR 42 bpm.

Ringkasnya, bacaan tanda vitalnya sangat membimbangkan. Jadi, tanpa melengahkan masa, jururawat itu memanggil doktor di bilik seminar di mana sesi CME sedang berlangsung. Dua orang doktor bergegas keluar dari CME untuk memeriksa pesakit yang dimaksudkan.

“Doktor! Doktor!” teriak pakcik apabila terlihat doktor-doktor tersebut, namun teriakannya itu tidak diendahkan.

Pesakit sesak nafas itu diperiksa dan secara klinikal didapati berkemungkinan mengalami kebocoran plasma sehingga menyebabkan paru-parunya ditenggelami cecair plasma. Ini adalah salah satu komplikasi denggi yang amat digeruni oleh para doktor. Jika ia berlaku, bila-bila masa pesakit boleh meninggal.

Setelah pesakit distabilkan dan sedang diuruskan untuk dihantar ke ICU untuk pemantauan rapi, pakcik yang tak sabar mahu pulang tu menyindir dengan suara yang keras.

“Boleh pula panggil doktor untuk tengok si banduan tu. Tadi aku suruh panggil doktor, kata tak boleh. Banduan yang tak bayar cukai tu lagi penting dari aku ke?” ujarnya.

Para doktor serta jururawat mendiamkan diri sahaja.

“Apa faedahnya selamatkan sampah masyarakat. Patutnya, biar mati je pun tak apa. Ini tidak, dia orang pula lagi diutamakan. Bodoh betul.” sambungnya lagi. Mungkin tak puashati kerana sindiran yang pertama tidak dilayan.

Mendengar sindiran itu, pegawai penjara tadi melangkah mendekati pakcik separuh abad itu, kemudian membongkok agar matanya bertentangan separas dengan pakcik yang sedang duduk bersandar di atas katil.

“Pakcik tahu tak? Syurga tu dipenuhi oleh pendosa-pendosa yang bertaubat. Manakala neraka pula dipenuhi oleh orang-orang alim yang munafik.” ujar pegawai tersebut, lantas beredar.

Epik. Rasa macam nak tepuk tangan atas respons yang diberi oleh pegawai penjara tu, namun aku bendung keinginan tersebut kerana tindakan itu sangat tak beretika. Aku perasan ada beberapa orang pesakit senyum sinis. Seorang menekup mulut, mungkin menahan gelak.

Lumrah bagi kita untuk membenci seorang pendosa. Namun layakkah kita melayani mereka dengan buruk? Adakah kita pasti kita lebih baik daripada mereka?

[ Sumber FB Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan]

Ragam Rasuah


Ragam tindakan yang membawa ke neraka .. Awasi diri kerana ia adalah RASUAH. Walaupun golongan fasiq yang kita temui meng'halal' kannya, ia takkan mengubah ketetapan Allah.

1. "Tayar kereta tu memanglah mahal, tetapi bukan saya minta pun, client yang bagi. Tahu-tahu saja tauke tu minta kunci kereta saya. Katanya ada orang nak ganti tayar. Saya pun terima saja".

2. "Nak ikutkan kursus macam itu bernilai puluhan ribu ringgit, mana ada duit? Jabatan nak hantar, emm tunggulah sampai kiamat. Nasib baik ada insan baik hati..tak payah keluar duit satu sen pun. Tiket ke US tu ditanggung oleh client jugak. Duit kocek pun dapat lagi."

3. Seorang pengurus dana kerajaan pula berkata tanpa segan silu, "Kami akan bantu permohonan dana ni. Daripada isi borang, menasihati dan macam-macam, biar kami uruskan. Sebagai balasan daripada dana yang diluluskan sebanyak 3juta ni, bahagian kami ialah RM 300k ( 10%)."

Usahawan yang tidak mahu terlibat rasuah ni berkata dengan nada kesal, "Saya akan usahakan sendiri sebab perbuatan ini haram dan mengambil hak saya. Saya akan berurusan cara e net dalam portal kementerian."

Dengan angkuh pegawai terbabit berkata, "Tapi tuan harus ingat, ia tetap diluluskan oleh kami!!"

4. "Rumah saya dibaiki oleh kontraktor yang saya luluskan sebelum ni secara percuma, cuma barang saja yg saya usahakan. Dia yang tawarkan, takkan saya nak tolak pulak ?"

5. "Saya dilantik menjadi ahli lembaga pengarah dalam syarikatnya, walaupun saya langsung tak ada pengalaman mengendalikan perniagaan. Ini semua 'berkat' tender yang kami luluskan untuk dia."

6. "Saya diberikan premis khas untuk berniaga dalam kompleksnya. Alhamdulillah, sebab sayalah yang menyokong pinjaman untuknya membina tempat tu. Saya sendiri tak berniaga. Saya sewakannya kepada seorang kenalan dan memperolehi sewa bulanannya dari premis itu."

7. Pengetua sekolah menafikan peluang seorang jurujual masuk membekalkan alat bantuan mengajar serta alat-alat tulis di sekolahnya hanya sebab dia tiada sebarang 'kickback' berbanding dengan jurujual lain.

8. Sesetengah penguasa yang memegang amanah keselamatan jalan raya pula sewenang-wenangnya melepaskan pesalah (bersikap buruk di jalan raya, tidak menghormati pengguna jalan raya lain, membawa muatan berlebihan dan sebagainya) sebab dia dapat habuannya. Alasannya, "Jika aku tak buat, rugi. Orang lain buat, nanti aku disingkirkan oleh mereka !!!"

Lihatlah. RASUAH dilakukan daripada yang berpangkat paling kecil hingga kepada yang paling besar, melibatkan berbagai entiti. Negara tercinta ketirisan banyak sumber kerana tiada jiwa Islam, banyak berhibur serta tiada serius menangani isu rasuah.

DEFENISI RASUAH

Dalam sebuah hadis riwayat Abu Daud maksudnya : “Barang siapa yang kami angkat menjadi pegawai dengan tugas-tugas tertentu dan telah kami berikan upah sebagaimana yang semestinya maka apa yang dia ambil luar daripada apa yang telah diberikan, itu namanya pengkhianatan (RASUAH)”.

Sedarlah!!! Kita telah dijajah oleh nafsu yang inginkan kemewahan, menyebabkan terdorong sehingga MENJUAL AGAMA DAN TANAHAIR . Hinanya menjadi HAMBA WANG, KENDERAAN, PANGKAT, RUMAH, PERHIASAN HANYA UNTUK DIBANGGAKAN...Memalukan dan memilukan...

(Peringatan dari Ustaz Dato Dr Zahazan Mohamed)