Sunday, February 28, 2016

9 Perbuatan Sia-Sia


Sufyan ats-Tsauri, seorang ulama hadis yang terkemuka, menyatakan bahawa ada sepuluh hal yang termasuk dalam kategori sia-sia, iaitu:-

1. Orang yang berdoa untuk dirinya tetapi tidak dimohonkannya doa untuk ibu bapanya dan kaum Muslimin.

2. Orang yang masuk ke dalam masjid, kemudian keluar dari masjid tanpa mengerjakan solat tahiyatul-masjid.

3. Orang yang melewati tanah perkuburan, tetapi tidak mengucapkan salam kepada penghuni kubur dan tidak mendoakan untuk keselamatan roh mereka.

4. Lelaki yang masuk pada hari Jumaat ke suatu kota, kemudian keluar dari kota itu tanpa mengerjakan solat Jumaat berjemaah.

5. Orang yang tinggal di suatu lingkungan dengan seorang ulama, tetapi dia tidak mempergunakan kesempatan itu untuk menambah ilmu pengetahuan.

6. Orang yang bersahabat, twtapi tidak saling menanyakan tentang keadaan diri dan keluarga masing-masing.

7. Orang yang mengundang seseorang menjadi tetamu, tetapi tidak diacuhkan dan tidak dilayani tetamunya itu.

8. Orang muda yang membiarkan zaman mudanya berlalu begitu saja tanpa memanfaatkan waktu yang berharga itu untuk menuntut ilmu dan meningkatkan budi pekerti.

9. Orang yang tidak menyedari tetangganya yang merintih lantaran kelaparan, sedang ia sendiri makan kekenyangan di dalam rumahnya..

Wallahua'lam.

[PETIKAN : FB WAN MOHD SOFFIAN]

Cintanya Pada Allah Semata


Seorang abid sangat tekun beribadah di satu bukit, tidak kira siang atau malam. Dia makan dan minum rezeki Allah dari pepohonan, air hujan dan air sungai.

Allah memerintahkan Nabi Musa a.s. supaya memberitahu abid itu bahawa dia adalah ahli neraka. Lalu Nabi Musa a.s. pun beredar sambil membawa pesanan dari Allah. Dari jauh kelihatan abid itu tekun beribadah, Nabi a.s. semakin hampir dan akhirnya sampai kepadanya, namun dia tetap sibuk dengan zikir dan pertapaannya sehingga tidak mempedulikan Nabi a.s. Lalu Nabi a.s. menegurnya, " Wahai abid, aku membawa pesanan dari Allah. Aku ini Musa. Allah berpesan yang engkau ini ahli neraka."

Yang menghairankan, abid itu bangun, menari-nari kegembiraan. Nabi Musa a.s. bertanya kepadanya, " Engkau beribadah beratus tahun tetapi Allah memasukkan engkau ke dalam neraka, tapi engkau pula bergembira".

Jawab abid,"Aku beribadah kerana cinta kepada Allah, bukan syurga dan neraka. Dalam jutaan makhluk, Allah memberi perhatian kepada aku yang hina dina ini, melihat dan memperhatikan aku. Aku sangat berterima kasih kepadamu dan bersyukur kepada Allah. Cukuplah pesanan ini untuk aku.

Lalu Nabi Musa a.s. pulang berjumpa Allah dan menceritakan kepada tentang abid itu. Lalu Allah nenjawab, " Wahai Musa, lihatlah hambaku itu, walaupun aku ingin masukkan dia ke dalam neraka tetapi dia masih gembira. Dia cintakan AkU. Aku bukan pandang ibadah dia,tapi aku pandang hatinya yang mencintai aku. Sekarang engkau pergilah kepadanya dan katakan " Sekarang Allah sudah masukkan hambaku itu ke dalam syurga".

Perasaan Menghubungkan Kasih Sayang


Semua orang inginkan syurga. Untuk ke sana memerlukan redha Allah dan redha ibu bapa. Tetapi ada manusia moden yang tidak pedulikan hal ini. Demi keselesaan diri, ibu bapa tua dihantar ke rumah kebajikan. Ibu bapa yang kempunankan ziarah anak-anak akhirnya meninggal dunia dengan dikelilingi rakan-rakan senasib dan kakitangan rumah kebajikan.

Ada kisah pilu yang dikongsikan kepada Ustazah Hafizah Musa oleh seorang wanita yang bertugas sebagai pengurus jenazah sebuah syarikat swasta.

Selesai memandikan dan mengkafankan jenazah seorang ibu tua, petugas berkenaan berkali-kali memanggil anak-anak almarhumah supaya memberikan penghormatan terakhir. Tetapi panggilannya tidak diendahkan. Sebaliknya mereka yang sibuk dengan gajet di tangan masing-masing mahukan jenazah itu segera dihantar ke tanah perkuburan .

Lantas petugas itu merangkul jenazah dan berkata, "Sayalah anak ibu dunia dan akhirat. Saya yang memandi dan mengkafankan ibu. Saya menjadi saksi di depan Allah nanti betapa banyaknya kebaikan yang ibu buat semasa hidup di dunia."

Sungguhlah, kasih sayang insan dihubungkan oleh perasaan, bukan pertalian darah. Mungkinkah syurga dunia yang sementara ini lebih penting dari syurga Allah yang abadi?

Friday, February 26, 2016

Tidakkah Rasa Malu


Hukum melihat gambar-gambar porno adalah haram, berdosa dan tidak bersyukur kepada Allah terhadap nikmat mata.
Memelihara pandangan, penglihatan merupakan suatu yang diperintahkan oleh Allah. Di dalam al-Quran secara jelas dalam surah al-Nur yang bermaksud: "Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah amat dalam pengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. (al-Nur: 30)

Ayat ini diturunkan bagi mendidik umat Islam pada zaman Rasulullah s.a.w. daripada melihat ke arah wanita-wanita yang tidak menutup aurat. Tegahan dalam ayat ini adalah larangan daripada melihat ke arah perempuan yang mendedahkan aurat semata-mata. Apatah lagi sekiranya melihat gambar-gambar porno.

Adapun kesan daripada melihat perkara-perkara porno akan menyebabkan seseorang itu berhadapan dengan beberapa masalah, di antaranya ialah:

*Terangsang untuk melakukan perbuatan buruk atau perbuatan yang terkutuk, mungkin juga akan membawa seseorang itu untuk melakukan zina. Sebab jelas dalam ayat di atas kaitan mata dengan kehormatan iaitu kemaluan.Mata yang boleh melihat merupakan kurniaan Allah dan kehebatan mata ini tidak ubah seperti kamera digital melihat merakam dan menyimpannya dalam memori ingatan minda. Akhirnya gambar-gambar porno yang dilihat akan mengganggu fikiran serta mendesak untuk melakukan perbuatan yang terkutuk. Perkara ini juga akan menyebabkan seseorang itu terdedah untuk melakukan jenayah sumbang mahram, mencabul atau merogol.

*Merosakkan hati yang dikurniakan oleh Allah untuk menginggatinya dengan berzikir serta berfikir perkara-perkara yang baik untuk dirinya dan untuk kebaikan orang lain. Para salafusoleh telah berkata: “Pandangan ke arah perkara-perkara yang ditegah adalah panahan daripada panahan syaitan” (ibn Kathir, jld:3, hlm: 283).

*Hilangnya nur, cahaya kebaikan di wajah seseorang yang suka melihat gambar-gambar porno.

*Ibadatnya juga terganggu, mungkin tidak dapat memfokuskan diri dalam melakukan solat dan amalan-amalan yang lain.

Kesimpulannya ialah, seseorang yang suka melihat gambar-gambar porno dengan melayari laman web yang menyajikannya akan berhadapan dengan gangguan emosi yang tidak stabil.Hal ini akan menyebabkan seseorang itu merosot kualiti hidupnya, sama ada dalam urusan agama mahupun dalam urusan kerjaya. Wallahua'lam

[Sumber: Hairul Nizam Ijam]

Demi Kita Doakan Saudara Juga


Setiap yang hidup akan merasai mati. Dan, sebaik-baik kematian ialah apabila kita meninggalkan anak cucu yang soleh, yang sentiasa mendoakan kita, juga sedekah jariah dan ilmu bermanfaat.

Namun cuba kita fikirkan apa akan jadi pada kita apabila doa-doa yang selama ini dipanjatkan oleh anak cucu kita terhenti apabila mereka juga kembali ke rahmatullah. Tentu roh kita di barzakh akan terasa kering dari rahmat-Nya.

Oleh kerana itu, janganlah kita bataskan doa kita hanya di kalangan keluarga semata-mata. Sebaik-baiknya doakanlah juga semua saudara Muslimin dan Muslimat, Mukminin dan Mukminat, sama ada yang masih hidup atau telah mati.Apabila kita berbuat kebajikan kepada orang lain, kebaikan kita akan dibalasi oleh Allah.

Allah mungkin menggerakkan hati orang susah yang pernah kita bantu di segi material dan sokongan moral untuk mendoakan kesejahteraan roh kita. Begitu juga Allah mampu mendatangkan doa buat kita dari orang yang telah mendapat inspirasi dan motivasi hasil dari tulisan baik-baik yang kita sampaikan di media sosial.

Mereka itu penduduk dunia yang tidak kenal kita, tetapi tulisan kita yang mampu dicapai melalui Internet telah mengubah persepsi mereka tentang hidup. Mereka mungkin tersilap masuk ke simpang kehidupan. Kita pula umpama gembala yang membolehkan “kambing tersesat” mencari jalan pulang ke fitrah. Kambing tersesat tidak harus dibiarkan kerana ia boleh menjadi mangsa “serigala” yang kejam.

Allah Yang Maha Berkuasa juga boleh saja menggerakkan hati orang-orang yang mendapat manfaat hasil dari sedekah jariah/wakaf kita untuk turut mendoakan kesejahteraan roh kita. Pemberi wakaf berterusan menerima pahala kebaikan sehingga hari kiamat.

Semua cara ini hanya sebahagian saja yang boleh difikirkan oleh manusia, sedangkan Allah Yang Maha Penyayang mempunyai segala macam cara terhebat untuk membalasi kebaikan hamba-hamba-Nya. Wallahualam.



Thursday, February 25, 2016

Tunai Nazar


Dalam Islam ada ibadah dinamakan nazar. Nazar ditakrifkan sebagai melakukan ibadah yang tidak diwajibkan oleh syarak.

Orang yang bernazar hendak melakukan ketaatan kepada Allah, sama ada bersyarat atau tidak bersyarat, hendaklah menunaikan nazar tersebut. Contoh, hendak bersolat 5 waktu pda awal waktu, atau solat 5 waktu secara berjemaah di masjid, bersedekah dan sebagainya.

Andai seseorang bernazar hendak botakkan kepala untuk sesuatu yang bukan ibadah, hukumnya adalah harus. Dia boleh pilih mahu melakukannya atau tidak.Namun dalam mazhab Syafie, dia kena bayar kaffarah.

Menunaikan nazar yang berunsur maksiat kepada Allah adalah haram hukumnya, contoh “kalau menang nombor ekor hendak sedekah pada masjid”. Orang sebegini sengaja bermain-main dengan agama sama ada kerana kejahilan atau hendak mencabar Allah.Pada akhir zaman, perkara ini banyak berlaku.

Bagi orang yang bernazar dan dia tidak pula menunaikan nazarnya, maka dia kena kafarah (denda). Hal berkaitan kaffarah ada dinyatakan dengan jelas dalam Surah Al Maidah ayat 89. Dia hendaklah melakukan salah satu daripada kaffarah berikut:
1. Memberi makan makanan yang siap dimasak kepada 10 orang miskin sehingga kenyang.
2. Memberi mereka pakaian yang elok lagi sempurna.
3. Memerdekakan seorang hamba. Bagaimanapun, perkara ini tidak lagi relevan di zaman sekarang.
Orang yang tidak mampu melakukan ketiga-tiga kaffarah itu maka hendaklah dia berpuasa selama 3 hari.

Ada orang yang telah bernazar. Setelah mendapat apa yang diperolehi dia menangguhkan penunaian nazar tersebut sehingga dia meninggal dunia. Jika warisnya tahu mengenai nazar itu, maka hendaklah dia menunaikan bagi pihak si mati kerana ia dianggap sebagai hutang kepada Allah. Begitu juga halnya dengan orang yang bernazar tetapi gagal menunaikan nazar itu akibat kesihatan kurang mengizinkan. Maka hendaklah dia memberitahu nazarnya itu kepada warisnya untuk ditunaikan.

Bagi orang yang bernazar hendak berpuasa beberapa hari, maka bilangan minimum untuk berpuasa beberapa hari itu ialah 3 hari.

Walaupun nazar boleh dilakukan namun ia tidak digalakkan. Jika kita berniat hendak lakukan apa-apa kebajikan, maka lakukanlah sahaja tanpa apa-apa syarat. Lakukan ia kerana kita berTuhankan Allah yang telah memberi kita nikmat yang tidak mampu dihitung. Jangan ditunggu waktu sakit, kemudian bernazar hendak buat ibadah itu ini. Sebaliknya, buatlah nazar yang bakal meningkatkan ibadah kepada Allah, bukan kerana apa-apa syarat.

[Penjelasan oleh Ustaz Syed Norhisham Tuan Padang dalam TANYALAH USTAZ di TV9 pada 26 Februari 2016]

Wednesday, February 24, 2016

Bagai Ulat Sutera


Manusia selalu sibuk dengan dunia, memikirkan cara untuk memenuhi seluruh angan-angan, maka akan hilanglah erti hidup. Banyak sekali angan-angan palsu dalam hidup ini yang tidak perlu dipenuhi.

Rasulullah s.a.w. bersabda, “Jauhilah sifat rakus. Orang-orang terdahulu sebelum kalian binasa kerana sifat itu. Mereka jadi pelit, memutuskan silaturrahim dan mendorong kepada keburukan.”

Rasulullah s,a.w. juga pernah berkata kepada Imam Ali a.s., “Wahai Ali, janganlah bermusyawarah dengan orang yang penakut, kerana itu akan membuatmu susah untuk keluar dari permasalahan. Jangan juga bermusyawarah dengan orang pelit kerana ia menghalangmu meraih tujuan. Jangan pula bermusyawarah dengan orang rakus kerana dia akan berusaha membuatmu menilai bahawa sifat rakus itu indah.”

Imam Ali a.s. mengatakan, “Sesungguhnya dunia membuat penghuninya kehilangan arah. Penyembah dunia tidak akan mencapai apapun yang dia inginkan. Dia akan dikelabui nafsu dan kerakusan sehingga apapun yang dia dapatkan tidak membuatnya merasa cukup.”

Imam Baqir a.s. berkata, “Orang yang sibuk mengumpulkan dunia ibarat seekor ulat sutera yang melilit dirinya dengan benang-benang sutera hingga akhirnya dia mati di dalamnya.”

Imam Shadiq a.s. juga berkata, “Orang yang rakus akan kehilangan dua hal dan mendapatkan dua hal lainnya: Mereka kehilangan sifat qana’ah (merasa cukup) yang akhirnya selalu merasa tidak nyaman dalam hidup; mereka juga kehilangan kepuasan dalam hidup sehingga mereka mendapatkan keraguan (kehilangan keyakinan).” (shabestan)



Bersyukurlah


Kita hidup digunung, merindukan pantai. Kita hidup dipantai, merindukan gunung.
Kalau kemarau kita tanya bila hujan? Di musim hujan kita tanya bila kemarau?
Diam di rumah, ingin hendak keluar. Setelah keluar ingin untuk pulang.
Waktu sunyi mencari keramaian. Waktu ramai cari ketenangan.
Ketika bujang mengeluh ingin untuk menikah. Sudah berkeluarga mengeluh belum punya anak. Setelah ada anak, mengeluh perbelanjaan hidup.


Ternyata, sesuatu tampak indah kerana belum kita miliki..
Bilakah kebahagiaan akan diperolehi kalau kita sentiasa memikirkan apa yang belum ada, tapi mengabaikan apa yang sudah kita miliki..
Jadilah peribadi yang selalu bersyukur dengan rahmat dan nikmat yang sudah kita punya..


Mungkinkah selembar daun yang kecil dapat menutup bumi yang luas ini? Sedangkan menutup telapak tangan sahaja pun sudah begitu sukar..
Tapi, kalau daun kecil ini melekat di mata kita, maka tertutuplah bumi dengan daun..
Begitu juga bila hati ditutupi fikiran buruk sekecil manapun, maka kita akan melihat keburukan di mana-mana, bumi ini sekalipun akan tampak buruk..
Jadi, janganlah tutup mata kita, walaupun hanya dengan daun yang kecil.
Janganlah tutup hati kita dengan fikiran buruk, walaupun cuma sehujung kuku.
Syukuri apa yang sudah kita miliki, sebagai modal untuk memuliakan-Nya.
Kerana hidup adalah waktu yang dipinjamkan dan amanah yang dipertanggungjawabkan..


Bersyukurlah atas nafas yang masih kita miliki..
Bersyukur atas keluarga yang kita miliki..
Bersyukur atas pekerjaan yang kita miliki..
Bersyukur atas kesihatan yang kita miliki..
Bersyukur atas rahmat dan nikmat yang kita miliki..
Bersyukur dan sentiasa bersyukur di dalam segala perkara..
Semoga kita mendapat manfaat dan sentiasa bersyukur..Amiin


[Sumber: ‎Bahagian Dakwah Jakim]‬

Redha Ayah Buat Anak


Ayah memang tidak mengandungkan kamu, tapi dalam darahmu, mengalir darahnya...
Ayah memang tidak melahirkanmu, tapi suaranyalah yang pertama kau dengar ketika lahir untuk menenangkan jiwamu....
Ayah memang tidak menyusukanmu, tapi dari keringatnyalah setiap suapan yang menjadi air susumu...
Ayah memang tidak mendodoikan kamu, tapi dialah yang menjamin kau tetap nyaman dalam lelapmu...
Ayah memang tidak mendakapmu seerat ibumu, itu kerana dia khuatir kasihnya membuatkan dia tidak mampu melepaskanmu ketika kamu sudah boleh membangunkan sendiri kehidupanmu...
Ayahmu tidak pernah kau lihat menangis, bukan kerana hatinya keras, tapi agar kau tetap percaya, dia kuat untuk kamu bergantung di lengannya...
Sayangi dan hormati ayahmu.. memang syurga ada di telapak kaki ibumu, tapi tidak ada syurga untukmu tanpa keredhaannya...
Memang kau diminta mendahulukan ibumu, tapi ayahmu adalah jiwa raga ibumu...

Tuesday, February 23, 2016

Bertuahnya Umat Nabi Muhammad s.a.w.


BERTUAHNYA KITA...

● Tak Solat Subuh, bangun pukul 9.30 pagi, Allah masih izinkan kita bernafas di atas muka bumi.

● Tak Solat Zohor, balik rumah makan nasi lauk ikan keli, rasa ikan keli. Makan mee goreng, rasa mee goreng, itulah nikmat yang Allah beri walaupun tak solat.

● Tak Solat Asar, masih boleh pergi gim angkat berat, boleh main bola walaupun sengaja tinggal solat. Angkat besi 50kg boleh, angkat takbir tak boleh, itulah manusia yang kurang ajar dengan Allah.

● Tak Solat Maghrib, nak isteri Allah beri, nak anak Allah beei, nak rumah Allah beri, nak kenderaan Allah beri, walaupun meninggalkan solat. Ini menunjukkan Allah Maha Pemurah.

● Tak Solat Isyak, Allah tetap beri rezeki, Allah beri sihat walafiat, tak sakit.

● Beruntung kita ni walaupun tak solat, Allah tak azabkan kita sekarang. Masa zaman Nabi Musa a.s kalau tak solat, Allah Taala azabkan CASH jadi muka BABI.

● Tapi kita ni menumpang Rahmat Nabi Muhammad s.a.w.Allah tangguhkan dulu azab-Nya. Allah beritahu dalam Al-Quran, balasan di Akhirat sangatlah dahsyat bagi orang yang meninggalkan solat.

(Petikan Kuliah Ustaz Hasnan)

2 Penyembelih Umat Islam


Buku yang berbeza tetapi isi dan muka surat yang sama. Dua kuasa besar penyembelih rakyat Syria dan rakyat Palestin dengan cara tersendiri.


Amerika membantu Israel menyembelih rakyat Palestin hanya melihat rakyat Syria di bunuh. Rusia membantu rejim Bashar menyembelih rakyat Syria hanya melihat rakyat Palestin di bunuh.


Semoga datang bantuan dari Allah kepada umat Islam di seluruh dunia yang sedang dizalimi, khususnya mereka yang berada di Syria dan Palestin. Aamiin.Hasbunallahu wa ni'mal wakeel.

[Foto: Syria Care]

Monday, February 22, 2016

Hormati Pemimpin Adil Patuhi Syariat Islam


Pemimpin yang melaksanakan pimpinan dan pemerintahan dengan adil, saksama, jujur, ikhlas, amanah, menegakkan yang makruf dan menentang yang batil serta memenuhi perintah serta amanah Allah SWT wajib dihormati selari dengan seruan dalam al-Quran.
Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah bertitah, para pemimpin yang dipilih mempunyai tanggungjawab berat untuk memimpin ummah ke jalan yang lurus dan diredai Allah SWT agar umat Islam terus dilimpahi keberkatan dunia serta akhirat.

“Pada hari kebangkitan, beban tanggungan pemimpin amatlah berat kerana kesanggupannya menerima amanah. Setiap perkataan dan segala perbuatannya akan dihitung dan ditimbang. Antara sifat-sifat utama seseorang pemimpin adalah menjauhkan diri daripada tergelincir aqidah hingga ke peringkat sanggup menghambakan jiwa raga kepada kebendaan, bertuankan insan lain, bersekutu dan bersubahat merestui perbuatan mungkar,” titah baginda.

Sultan Nazrin bertitah demikian pada penutupan Majlis Menghafaz al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali Ke-37 di Pusat Konvensyen Amanjaya di sini, semalam. Turut berangkat Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim.Selain itu, Sultan Nazrin bertitah bilangan huffaz yang bertambah ramai serta kecenderungan ibu bapa menghantar anak mereka mengikuti kelas tahfiz ketika ini merupakan satu petanda yang baik.
Baginda bertitah pada masa ini terdapat 54 pusat serta sekolah yang melaksanakan pengajian tahfiz di Perak dan ia memberi manfaat kepada 4,910 pelajar.

“Para huffaz berperanan penting membantu memelihara keaslian dan melindungi kesahihan al-Quran,” titah baginda.

Sultan Nazrin turut bertitah al-Quran bukan sekadar kitab untuk dibaca dan dihafal, tetapi ia juga menuntut kepada pemahaman serta penghayatan bagi mengupayakan manusia melihat dunia dengan perspektif baharu.Titah baginda, selain berperanan sebagai kompas yang membantu pembentukan adab dan budaya, al-Quran turut berfungsi sebagai sumber inspirasi untuk membolehkan umat Islam mencipta tamadun agung dan mencapai mercu kegemilangan.

Pada majlis itu Sultan Nazrin dan Tuanku Zara turut berkenaan menyampaikan hadiah kepada para pemenang.Majlis Menghafaz al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali Ke-37 berlangsung selama lima hari mulai 16 Feb lalu dan disertai 78 huffaz dari seluruh negara. — Bernama

Khasiat Pokok Inai

Pokok Inai nama botani, "Lawsonia inermis" mempunyai banyak ranting, ia mendapat namanya daripada perkataan Arab ‘Henna’ yang bermaksud ubat. Sejenis pokok berkayu dan pucuknya berwarna merah.

Pokok inai mempunyai nilai ubatan yang tinggi pada daunnya. Daun inai atau Henna merupakan sejenis pokok renek dengan bunga yang berwarna hijau pucat serta daun yang sangat berguna. Kaum Melayu dan Cina menggunakannya untuk menyembuhkan luka dan kudis di sekeliling kuku. Daun inai dibersihkan dan ditumbuk, kemudiannya ditampalkan pada tempat yang sakit. Bagi ibu selepas bersalin akarnya digunakan sebagai salah satu bahan ubat periuk. Untuk demam kuning dan keputihan, air rebusan daun bersama bunga kantan dijadikan air mandian.

Sunday, February 21, 2016

Kuasa Doa Yang Tulus


Doa adalah intipati ibadah. Doa mempamerkan betapa lemahnya insan dan kebergantungannya kepada Zat yang mencipta. Allah S.W.T. Maha Penyayang tidak akan membiarkan permohonan yang dipanjatkan dengan rasa tulus ikhlas terbiar tanpa dikabulkan.

Sebagai contoh, peristiwa yang dialami sendiri oleh pendakwah tersohor, Ustaz Muhammad Abdullah, lebih dikenali sebagai Ustaz Amin. Pada suatu hari Selasa, seorang pengetua sekolah agama telah meminta Ustaz Amin mencarikan penderma yang boleh membantu menyelesaikan masalah kewangan yang sedang membelenggu sekolah berkenaan. Bil api dan air, gaji guru-guru dan juga sewa bangunan tertunggak beberapa lama sehingga jumlahnya mencecah RM10,000.

Pada hari Khamis, malam Jumaat minggu yang sama, Ustaz Amin menghadirkan diri di sebuah masjid di Klang bagi sesi ceramah. Selesai sahaja program tersebut, ustaz telah diminta oleh pihak masjid supaya memimpin solat hajat bagi para jemaahnya. Di sujud terakhir solat hajat, ustaz memohon supaya Allah S.W.T. menunaikan hajat pengurusan sekolah agama yang sedang dalam kesempitan.

Keesokannya, iaitu pada hari Jumaat, ustaz menyampaikan satu lagi ceramah agama di sebuah masjid di Shah Alam. Sebaik sahaja selesai, seorang wanita separuh usia mendatangi ustaz dan menyatakan hasratnya ingin menderma, dan meminta ustaz menyampaikan sampul berisi cek itu kepada mana-mana sekolah agama yang memerlukan.

Ustaz Amin segera menyerahkan sampul itu kepada pengetua sekolah agama. Bila sampul dibuka, di dalamnya terkandung cek bernilai RM10,000. Kuasa doa yang ikhlas terkabul dalam hanya 3 hari, Masya Allah!

Sekarang cuba fikirkan, bagaimana cara kita berdoa? Adakah ia menepati adab-adabnya? Bagaimana pula hubungan kita dengan Allah? Kalau kita hanya mendatangi-Nya ketika berada dalam kesusahan, sedangkan waktu senang, kita lalai, mungkinkah doa kita Allah makbulkan? Jom muhasabah diri. Jangan lakukannya esok, tetapi lakukan hari ini … sekarang!!!

Thursday, February 18, 2016

Tempat Roh Di Barzakh


Roh itu menuju ke tujuh tempat.

1. Roh para nabi dan utusan Allah menuju ke Syurga Aden.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Iliyin.
4. Roh para syuhada berterbangan sekehendak hati mereka seperti burung syurga.
5. Roh orang mukmin yang berdosa tergantung di udara, tidak di bumi dan tidak juga di langit sampai hari kiamat.
6. Roh orang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7. Roh orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin. Mereka diseksa beserta jasad sampai hari kiamat.

Istilah Kewangan Islam


Mari belajar istilah kewangan Islam asas:

1. Kalau simpan ia 'wadiah"
2. Kalau labur ia 'mudarabah'
3. Kalau di'urus' ia 'wakalah'
4. Kalau yuran ia 'ujrah'
5. Kalau TT ia 'hawalah'
6. Kalau rebate ia 'ibraa'
7. Kalau caj gantirugi ia 'tawidh'
8. Kalau penalti ia 'gharamah'
9. Kalau berjanji ia 'waad'
10. Kalau gadai ia 'rahnu'
11. Kalau pinjam ia 'qard'
12. Kalau adat ia 'uruf'
13. Kalau gerenti ia 'kafalah'
14. Kalau bagi deposit ia 'urbun'
15. Kalau sewa ia 'ijarah'
16. Kalau jual ia 'Bai'
17. Kalau untung rugi bersama ia 'musyarakah'
18. Kalau kongsi untung beramanah ia 'mudarabah'
19. Kalau beri hadiah ia 'hibah'
20. Kalau tolong menolong ia 'takaful'
21. Kalau derma dipulangkan.ia 'Najibah'

Wednesday, February 17, 2016

Kisah Si Pengurus Jenazah


Sudah bertahun-tahun isteri Ustaz Misnan dari Surau Nurul Iman mengurus dan memandikan jenazah perempuan. Secara purata 8 jenazah diurus mandi pada setiap bulan. Soalan yang kerap Ustaz Misnan tanyakan kepada isteri ialah:
1. Muda atau tua
2. Di mana (taman atau kampung)
3. Sakit apa
4. Bila mati
5. Mati di mana
6. Anak berapa orang
7. Agak-agak berapa umur anak yang sulung.

Semua ini menjadi penanda aras / bancian kepadanya mengenai punca kematian, bagaimana si mati diurus jaga sebelum/selepas mati dan sikap waris kepada si mati.


Berdasarkan umur dan bilangan iaitu 8 orang yang mati dalam seminggu:
1. Bawah 55an hampir 70 % mati kerana barah.
2. Atas 56an hampir 30 % mati kerana kencing manis, buah pinggang, jantung, tua dll.

*90 % keadaan jenazah yang mati di KAMPUNG terurus bersih kerana ada orang-orang tua tempatan yang selalu berada di sisi pesakit hingga ke saat mati, mempunyai pengetahuan mengenai apa perlu dibuat ke atas jenazah sebaik sahaja dia mati dan kebetulan ada pertalian saudara.

60% keadaan jenazah yang mati warga di TAMAN PERUMAHAN terbiar keseorangan, semua sendi tulang 4 kerat keras, menyebabkan sukar hendak dimandikan, kurang terurus bersih kerana tiada orang-orang tua. Majoriti warga taman adalah generasi muda yang siang malam bekerja, tidak ingat mati, hubungan renggang dengan jiran, surau / masjid, tidak pernah menghadapi suasana kematian, tidak tahu apa hendak dibuat ke atas jenazah sebaik berlaku kematian dan langsung tiada keperluan barangan asas untuk jenazah. Walaupun disuruh dan diminta, anak-anak takut hendak memandikan jenazah ibu bapa sendiri.

Sekarang ini telah ada waris "TIDAK SUKA" bawa balik, uruskan mandi dan mengkafan jenazah di rumah. Mereka lebih suka segalanya dibuat di masjid atau sekiranya mati di hospital mereka lebih suka segalanya dibuat di hospital. Lebih tragis ada waris melepas cakap "tidak mahu menyusah" rumah. Jadi mereka mahu semua urusan di hospital @ masjid / surau dan terus ke kubur. Bagi jenazah yang sakit lama sebelum mati, jenazah ini lebih tidak terurus, berbau menyesak hidung, kulit mengelupas dan banyak luka. Kesimpulannya:

- Keadaan jenazah memberi gambaran siapa warisnya.
- Ingatkan kembali bagaimana kita menjaga urus ibu bapa semasa mereka sakit dan bagaimana kita urus jenazah mreka sebaik saja mereka mati.
- Lebih tragis bagaimana anak-anak kita nanti akan menjaga urus semasa kita sakit dan selepas kita bergelar jenazah.
- Bacaan Quran, solat, doa, semuanya boleh diupah kerana anak-anak kita hanya BERJAYA JADI KAYA. Ingatlah HANYA DOA DARI ANAK YANG SOLEH diterima di sisi Allah S.W.T. walaupun anak kita hanya seorang tukang sapu.

[Sumber: Ustaz Misnan. Ahli jawatankuasa Surau Nurul Iman]

Tuesday, February 16, 2016

Penerangan Mengenai Wahabi



USTAZ MUHAMMAD BIN ABDULLAH (Ustaz Amin)berbicara tentang wahabi. Secara ringkas:

1. Manhaj Wahabi adalah satu manhaj yang menggunakan al-Quran dan Hadis semata-mata. 2. Doktrin ini nampaknya bagus tetapi ia akan mengetepikan pandangan ulama-ulama muktabar. Sebab itu akhirnya, doktrin ini akan menolak mazhab. 3. Menolak mazhab bagi orang betul-betul berilmu yang faham ayat hukum dan hadis hukum, tahu menggunakannya akan menyebabkan seseorang itu terselamat dari tafsiran yang salah. 4. Jika seseorang itu orang awam, yang baru berjinak-jinak dengan agama, akan mendedahkannya tersalah di dalam tafsiran sesuatu hukum. Kadang-kala, baca ayat hukum pun dari buku-buku terjemahan. 5. Jika dia menolak tafsiran hukum dari Imam-Imam besar seperti Imam al-Syafie, dan dia pula berminat dengan tafsiran hukum ustaz barunya ini, akhirnya, dia akan kurang berminat dengan pandangan ulama muktabar, dan akan menggunakan pandangan ustaz itu sendiri. 6. Ia akan mewujudkan mazhab baru apabila, ustaz baru itu sebagai pegangan mazhabnya. Doktrin ini akan menolak tafsiran dari ulama muktabar dan akan memakai tafsiran sendiri atau tafsiran ustaz itu sendiri di dalam sesuatu hukum. 7. Kenapa tok-tok guru kita sangat menentang doktrin ini. 8. Ini kerana, jika manhaj ini dibuat di dalam membahaskan ilmu fekah, hukum hakam, tidak mengapa. Tetapi, apabila manhaj ini dipakai untuk membahaskan soal akidah, ia sangat merbahaya. 9. Ia akan mendedahkan orang awam mentafsir mengenai ketuhanan dengan sendiri. 10. Kadangkala, ia menjadikan pentafsir itu menjisimkan Allah.


Untuk mengetahui sejarah dan sebagainya, pembaca boleh menelusuri blog-blog yang ada. Saya hanya mahu membahaskan satu sudut yang jarang dibahaskan iaitu manhaj (cara) wahabi di dalam mengeluarkan hukum. Manhaj semata-mata memakai al-Quran dan hadis ini yang didoktrinkan. Tetapi, tidak semua orang yang menggunakan kaedah ini adalah orang wahabi. Ada beberapa golongan orang di dalam hal ini.


1. Peminat manhaj (cara) wahabi. Dia bukan wahabi, tetapi peminat manhaj (cara). Biasanya, ada tiga jenis golongan.

i. Golongan pertama ialah seseroang yang apabila dia belajar agama sampai satu tahap yang tinggi dan sudah faham perjalanan bagaimana sesuatu hukum itu dikeluarkan maka dia akan berminat dengan manhaj (cara) ini. Kebiasaannya, orang yang menjadi peminat manhaj wahabi ialah orang yang bukan dari aliran syariah (hukum hakam). Biasanya dari aliran-aliran lain (Bahasa Arab/ Usuluddin). Tetapi saya tidak menafikan, ada juga sesetengah golongan syariah yang meminati manhaj ini, tetapi bilangannya tidak seramai dari bidang lainnya.

ii. Orang awam yang baru ingin memahami Islam dan berguru dengan cara ini. Ia akan menjadi orang ikut-ikut juga. Orang macam ini, di mana pun, sama. Dia akan mengikut guru yang mengajarnya. Kebetulan, jika guru yang mengajarnya itu berhemah, maka dia akan menjadi orang berhemah. Jika guru itu jenis yang suka memperlecehkan orang lain, maka dia pasti akan terikut dengan cara ini.

iii. golongan ketiga adalah golonga yang kecewa dengan ustaz-ustaz lama ini, yang membawa pendekatan kudus, tidak boleh ditegur, suka marah-marah dan sebagainya. Kita tidak nafikan terdapat kelemahan ustaz-ustaz lama yang kadang-kala pandangannya itu ada kepentingan dan sebagainya.

Apabila golongan ketiga ini bertemu dengan ustaz yang boleh membidas, dia tidak jumpa pula ustaz yang betul-betul membimbingnya, maka dia akan menjadi peminat manhaj ini. Biasanya golongan ini terdiri dari orang terpelajar yang bukan dari aliran agama. Ustaz lama pula tidak membuka ruang untuk bertanya, jadi, perasaan ingin tahu itu meluap-luap dan apabila bertemu dengan peminat manhaj wahabi ini, dia akan berminat. Golongan pertama boleh terselamat dari kesesatan kerana ia faham dan telah tahu banyak hukum hakam ini. Tetapi golongan kedua dan ketiga, boleh terdedah dengan kesalahan di dalam mentafsir al-Quran dan Hadis. Ini kerana, kaedah yang dibawa ialah, rujuk pada al-Quran dan hadis semata-mata.

Golongan kedua dan ketiga, jika tidak belajar secara sistematik, akan menjadi orang yang tidak berpegang dengan mazhab muktabar, tetapi nanti akan menjadi orang yang berpegang dengan mazhab ustaz yang menjadi rujukannya itu. Ustaz itu yang akan menjadi rujukan hukum baginya.

2. Pemegang Wahabi. Kenapa ulama-ulama kita ada sampai ada yang berfatwa mengatakan wahabi bukan dari ahli sunnah wal Jemaah. Ia terjadi apabila doktrin tidak berminat dengan tafsiran ulama muktabar dibawa kepada bab akidah. Bagi manhaj Wahabi yang hanya menggunakan al-Quran dah hadis, apabila membahaskan ayat-ayat mengenai zat Allah, ia akan menjadikan seseorang itu sampai tahap menjisimkan Allah. Mengatakan Allah itu ada tangan seperti tangan kita, Allah itu duduk seperti duduk kita.

Ia yang membezakannya dengan akidah Ahli Sunnah. Ahli Sunnah tidak menjisimkan Allah. Kerana di dalam Ahli Sunnah, ada pengajian yang menekankan bahawa Allah tidak sama dengan makhluk. **(bagi kita yang kurang mahir dalam bahasa Arab, boleh rujuk buku I’tikad Ahlisunnah Wal-Jamaah oleh K.H Sirajuddin Abbas) Di dalam bab akidah, ahli Sunnah telah menggariskan beberapa dasar. Antaranya ialah Allah itu tidak akan sama dengan makhluk (Dia) Pencipta langit dan bumi. Dia menjadikan bagi kamu dari jenis kamu sendiri pasangan-pasangan dan dari jenis binatang ternak pasangan- pasangan (pula), dijadikan-Nya kamu berkembang biak dengan jalan itu. Tidak ada sesuatupun yang serupa dengan Dia, dan Dia-lah yang Maha Mendengar dan Melihat (surah al-Syura ayat 11).

Jadi, peperangan yang sebenar antara wahabi dengan ahli sunnah bukan sebab qunut atau talkin. Itu hanya bab hukum hakam. Ia apabila sudah mula membahaskan bab akidah.

Kenapa Kategori Pertama (Peminat Wahabi) Juga Ditentang Di Malaysia? Kerana, rakyat di Malaysia tidak ramai yang mengetahui apa itu wahabi. Jadi, jika manhaj wahabi disebarkan, ditakuti, bermula dengan hukum hakam, ia akan mula membahaskan bab akidah. Ini kerana, peminat wahabi akan mendoktrinkan agar kita berpegang dengan al-Quran dan hadis semata-mata. Tidak perlu memakai pandangan ulama dalam mazhab dan sebagainya. Persoalannya, jika seorang itu tidak faham apa makna hadis itu, tafsiran siapa yang akan dipakai? Sudah tentu dia akan merujuk kepada tafisiran sendiri atau ustaznya itu sahaja. Maka, oleh kerana tafsiran ustaz itu sendiri yang dipakai, ia akan mendedahkan kepada bahaya. Jika ustaz itu memang ilmunya tinggi, tidak menjadi masalah, tetapi, jika ustaz yang mendoktrinkan manhaj (cara) wahabi ini, ilmunya tidak berapa tinggi, ia akan mendedahkan kepadanya kesilapan tafsiran hukum yang kemudian akan diikuti oleh muridnya.


Apa jalan keluarnya ? Belajar agama perlu berguru dengan manhaj (cara) yang betul. Kita belajar agama bukan untuk tunjuk kita alim. Kita belajar kerana hendak menghampirkan diri pada Allah. Bergurulah. Jangan ketepikan tafsiran ulama muktabar di dalam sesuatu hukum. Belajar dengan manhaj (cara) ahli Sunnah iaitu, hukum itu dikeluarkan dengan melihat kepada al-Quran, hadis, Ijmak ulama dan kias. Selepas itu, kaedah lain seperti masalih al-Mursalah (melihat kebaikan), sad al-Zara’ik (menghalang keburukan) dan sebagainya. Jika semata-mata al-Quran dan hadis, ditakuti terdedah dengan kesilapan di dalam mentafsir sesebuah hukum.


Di dalam al-Quran Allah menyatakan bahawa :"Hai orang-orang yang beriman, ta'atilah Allah dan ta'atilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Qur'an) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya. (surah an-Nisa ayat 59).

Imam al-Qurtubi ketika menafsirkan ayat ini menyatakan bahawa:- Dan tidak ada selain ulama’ yang tahu bagaimana untuk balik pada al-Kitab dan al-Sunnah, maka berdasarkan perkara ini, bertanya sesuatu persoalan pada ulama’ itu hukumnya wajib.

Saya mengharapkan, semua orang di Malaysia ini akan semakin matang di dalam pengajian agama. Tahu al-Quran dan hadis dengan manhaj (cara) yang betul. Bagi para ustaz, ajar orang ramai juga merujuk kepada kitab-kitab. Buka orang awam untuk perbahasan ilmu. Bagi ustaz yang gemar pada perbincangan, jaga adab di dalam berbincang dan adab di dalam berselisah pendapat. Jangan pula kita mengatakan, kita sahaja betul dan orang lain salah. Selagi mana ada dalil dan hujjah kita perlu berlapang dada dengan perselisihan ini. Jangan sampai perselisihan dengan emosi menyebabkan masyarakat lagi huru hara. Bagi masyarakat, perbalahan antara ulama di Malaysia sekarang ini adalah ibarat perbalahan ibu bapa. Jika kita tidak boleh mengikuti dengan baik, bersabar dan tenang. Ketika tengah panas, semua akan saling salah menyalahkan. Doakan yang terbaik untuk semua. Yang penting, akhirnya, biar semua kembali kepada Allah dengan mencari keredhaannya. Semoga Allah terus memelihara kita semua dari perkara yang mengundang kemurkaannya, amin… ‘Sekilas Itu Realiti, Realiti Itu Kehidupan” Al-Fakir Ila Rabbihi Muhamad bin Abdullah.

Fitnah Sengketa Sesama Sunni


Terdapat tangan-tangan ghaib yang mengatur watak yang dimainkan individu tertentu untuk menimbulkan persengketaan mazhab sesama Sunni di Malaysia, mutakhir ini. Walaupun perselisihan pendapat antara kaum muda dan kaum tua sudah lama bertapak di nusantara, namun perkembangan mutakhir menampakkan usaha terancang untuk membakar api fitnah sesama Sunni. Mungkin ia satu usaha ganti selepas suara sekular liberal totok semakin dipandang sepi oleh majoriti umat Islam di Malaysia.

Jalan terbaik menangani isu ini ialah muzakarah tertutup di kalangan ulama untuk mendekatkan jurang perbezaan pendapat dalam perkara cabang, di samping menjadi medan untuk menyelaraskan taujihat (nasihat) ulama kepada orang awam yang cetek ilmu agama yang sering menjadi mangsa golongan berkepentingan.

Pendekatan populis yang suka melontarkan pandangan agama secara separuh masak semestinya ditolak kerana menimbulkan kekeliruan dan perpecahan dalam masyarakat. Jikapun mahu mengajar pelbagai pendapat ulama selain Syafie dan selain yang terkandung dalam fatwa negeri-negeri, maka ajarkan juga adab-adab khilaf ulama-ulama tersohor itu. Jangan seronok mengajar sesuatu yang kita rasa kitalah pelopornya manakala ulama lain tidak pandai dan tidak mengerti, sedangkan pada hakikatnya kita sedang mengelirukan masyarakat awam.

Bagi orang awam pula, jalan terbaik bagi mengelakkan api fitnah persengketaan mazhab ini ialah berdiam diri daripada memberi sebarang komen yang melampau. Perbezaan pendapat yang berlaku hanya perkara cabang dan janganlah kita melayan sebarang tuduhan melulu, lebih-lebih lagi yang dibuat dengan penuh emosi kebencian. Banyakkan memberi salam sesama Islam dan Sunni, untuk merapatkan silaturahim. Akidah kita satu, kita umat yang satu. Jangan biarkan api fitnah permusuhan syaitan menyelinap masuk ke dalam hati kita.

Kesemua perkara ini tiada kaitan dengan Syiah, kerana Syiah satu agama lain, bukan Islam. Jika pun ada kaitan, ia hanyalah musuh dalam selimut yang mahukan Sunni (Ahlu Sunnah Wal Jamaah) berbalah dan berbunuhan sesama sendiri. Sejarah membuktikan sikap kemunafikan mereka ini.

Semoga Allah menyelamatkan kita di Malaysia ini daripada menjadi mangsa fitnah persengketaan sesama Sunni. Amin Ya Rabbal Alamin.

[Sumber: Isma.Org.My]

Menjemput Rezeki


1. SOLAT DHUHA. Selepas itu baca surah Al-Waqiah. Doalah supaya menjadi JUTAWAN BERKAT..

2. TAHAJUD. Bangunlah menunaikan solat ini setiap malam. Muhasabah diri dan mintalah pertolongan Allah sebulat-bulatnya..


3. AL QURAN. Bangun pagi jangan buka telefon atau rancang hendak buat hal lain dahulu. Mandi dan ambil wuduk terus baca Al-Quran serta terjemahan walaupun 1 ayat..

4. ZIKIR - Ya Wahhab 40,000 kali setiap hari selama 7 hari. Jika tiada perubahan buatlah sehingga 40 hari..

5. SOLAT BERJEMAAH, terutama lelaki. Orang lelaki juga diminta telefon ibu 1 hari 5 kali atau lebih..



6. SILATURRAHIM. Jangan putuskan silaturrahim. Maafkan mereka yang pernah sakiti kita dengan hati yang yang lapang dan tenang..

7. BERSEDEKAH. Sedekah punyai satu kuasa yang luar biasa. Allah gandakan 10 kali.

8. SOLAT AWAL WAKTU - Solatlah di awal waktu. Jika sedang buat kerja, azan berkemandang, berhentilah dan solat.Lepas itu sambung atau habiskan kerja.

9. BERGANTUNG PENUH DENGAN ALLAH. Jangan harapkan manusia lain..

10. TAWAKAL DAN USAHA. Minta sepenuh hati kepada Allah, baru usaha.

4 amalan surah setiap hari.
● Surah Yaasin- Setiap solat fardhu
● Surah Al-Waqiah-Waktu Dhuha
● Surah Ar-Rahman- Waktu Asar
● Surah Al-Mulk - Sebelum tidur

11. Minumlah air masak 3 liter sehari.

12. Jika yang perempuan mulalah pakai stokin, sebab penyakit bermula dari kaki.


Jika kita inginkan sesuatu kebaikan buat diri kita sendiri, hendaklah kita MENDOAKAN KEBAIKAN TERSEBUT BUAT SAUDARA KITA JUGA kerana ia adalah mustajab dan akan kembali semula kepada diri kita sendiri seperti yang kita doakan.

BILA SEMUA AMALAN TELAH DIBUAT, SEGALANYA AKAN BERUBAH...IN SYA ALLAH

Sunday, February 14, 2016

Nabi Muhammad s.a.w.


Ini adalah replika rumah Nabi yang mulia Rasulullah ﷺ yang bersandarkan hadis yang sahih. Replika ini dipertontonkan di Jeddah. Betapa 'ringkas'nya kehidupan Rasulullah ﷺ.Sejauh mana ketepatannya, Wallahu'alam. Tetapi lihatlah perbezaan kesederhanaan hidup antara insan yang paling Mulia di sisi Allah dengan kehidupan kita sekarang.

[Sumber: Imam Muda Hassan]

Kawasan di mana Nabi Muhammad s.a.w. dibaling dengan batu oleh penduduk Thaif ketika Baginda berdakwah di Thaif.

Rezeki Itu Milik Allah


Kita melihat hidup orang lain begitu nikmat, rupanya dia menutup kekurangannya tanpa perlu berkeluh kesah. Kita melihat hidup teman-teman tidak ada duka dan kepedihan, rupanya dia pandai menutup dukanya dengan bersyukur dan redha. Kita melihat hidup saudara kita tenang tanpa ujian, rupanya dia begitu menikmati badai hujan dalam kehidupannya. Kita Aku melihat hidup sahabat begitu sempurna, rupanya dia berbahagia dengan apa yang dia ada. Kita melihat hidup jiran sangat beruntung, ternyata dia selalu tunduk pada Allah untuk bergantung.


Setiap hari kita belajar memahami dan mengamati hidup setiap orang yang kita temui.Ternyata kita masih kurang mensyukuri nikmat Allah. Di satu sudut dunia lain masih ada yang belum memiliki apa yang kita ada saat ini. Allah tidak pernah mengurangkan ketetapan-Nya. Hanya kita yang masih saja mengkufuri nikmat suratan takdir Ilahi.Maka kita tidak perlu iri hati dengan rezeki orang lain. Mungkin kita yang tidak tahu di mana letaknya rezeki. Sebenarnya rezeki kita ada di mana kita berada.


Dari lautan biru, bumi dan gunung, Allah telah memerintahkannya menuju kepada kita.Allah menjamin rezeki kita sejak dalam kandungan ibu lagi.Amatlah keliru bila bertawakkal rezeki dimaknai dari hasil bekerja.Kerana bekerja adalah ibadah, sedang rezeki itu urusan-Nya..Melalaikan kebenaran dan gelisah dengan apa yang dijamin-Nya, adalah kekeliruan berganda..Manusia membanting tulang, demi angka simpanan gaji, yang mungkin esok akan ditinggal mati.Mereka lupa bahawa hakikat rezeki bukan apa yang tertulis dalam angka, tetapi apa yang telah dinikmati.Rezeki tisak selalu terletak pada pekerjaan kita, Allah menaruh sekehendak-Nya.

Siti Hajar berulang-alik dari Safa ke Marwah, tetapi air Zam-zam muncul dari kaki anaknya, Ismail. Ikhtiar itu perbuatan. Rezeki itu kejutan.Dan yang tidak boleh dilupakan, setiap hakikat rezeki akan ditanya kelak, "Dari mana dan digunakan untuk apa"...Kerana rezeki hanyalah "hak pakai", bukan "hak milik"...Halalnya dihisab dan haramnya diazab.Maka, kita tidak boleh merasa iri pada rezeki orang lain.Bila timbul rasa iri pada rezeki orang, sudah seharusnya juga iri pada takdir kematiannya.

[Adaptasi dari artikel Zon Kuliah]

Saturday, February 13, 2016

Solat Itu Sekejap Cuma


Solat adalah hubungan Allah dan hamba-Nya. Solat bererti DOA, tunduk dan patuh kepada Allah SWT. Yang membezakan orang Islam dan orang kafir ialah solat 5 waktu.Solat adalah nyawa manusia. Yang tidak solat umpama mati. Kalau biasa melewatkan solat, mungkin satu hari nanti semua solat akan terabai dan ditinggalkan begitu sahaja. Percuma dapat dosa kering. Di Padang Mahsyar nanti, orang yang meninggalkan solat akan memecahkan kepalanya sendiri ke batu hingga pecah berkali-kali.


Jangan biasa lewatkan solat. Seseorang yang solat di hujung waktu, andai kata dapat rakaat awal tetapi telah kedengaran azan untuk waktu solat yang sebenar sebelum dia selesai rakaat berikutnya, maka solat yang dikerjakan itu sudah jatuh sebagai solat qadak. Nabi s.a.w. pernah menjamakkan solat ketika hujan turun lebat yang menghalangnya pergi bersolat di masjid tepat pada waktunya. Namun dalam konteks biasa HARAM MENJAMAKKAN SOLAT. Orang yang mengumpulkan dua atau lebih solat dalam satu waktu dikategorikan sebagai ORANG YANG LALAI DALAM SOLAT. Itu dosa besar, baginya Neraka Jahanam.


Solat boleh dilewatkan sedikit sekiranya ada majlis ilmu ketika azan berkumandang. Tetapi ia tidaklah terlalu lama. Solat juga boleh dilewatkan ketika terasa hendak segera ke bilik air sedangkan solat jemaah hampir bermula. Atau, ketika cuaca terlalu panas (dalam konteks negara Arab), juga ketika makanan telah terhidang. Jamahlah sedikit makanan itu dan segera mengerjakan solat. Orang uzur yang sukar hendak pergi awal untuk solat Jumaat di masjid, boleh pergi lewat sedikit. Ulama berselisih pendapat mengenai melewatkan solat Isyak. Tetapi itu pun menurut syarat-syarat tertentu. Yang afdalnya ialah solat Isyak di awal waktu. Dahulukan perintah Allah dalam apa jua ibadah berbanding urusan manusia. Ibadah yang ikhlas sangat Allah cintai dan diberi ganjaran besar.


Untuk mengelakkan sikap melewatkan solat, tip pertama ialah sentiasa ingat bahawa Allah sentiasa hampir dengan hamba-Nya. Oleh itu segeralah hampiri Dia melalui solat dan sujud. Tip kedua, rekodkan dalam minda tentang waktu-waktu solat dan patuhinya sebaik mungkin.Dekati orang-orang yang menjaga solat supaya solat kita terpelihara.

[Sumber: Program Tanyalah Ustaz bertajuk "Kejap 5 Minit" oleh Ustaz Roslan Mohamed di TV 9]

Petua Mengkritik Dan Memberi Nasihat

Seandainya fikiran manusia ini digunakan untuk agama, pasti agama akan maju.Masjid yang sepi jadi penuh. Quran yang berdebu jadi bersih.Lisan yang sia-sia jadi berzikir. Mulut yang kelu jadi dakwah. Orang yang culas jadi ikhlas. Anak yang toleh jadi soleh. Sesaat fikir tentang agama lebih baik daripada ibadah sunnah 60-70 tahun. [Ustaz Yusuf Mansur]

Amalan Yang Sama Dengan Sedekah - Hadis ke 26

Abu Hurairah r.a. melaporkan bahawa Rasulullah saw bersabda: “SETIAP SENDI MANUSIA (yang Allah nyatakan bilangannya ialah 360) WAJIB BERSEDEKAH SETIAP HARI APABILA TERBIT MATAHARI (sebagai tanda kesyukuran ke atas nikmat setiap sendi. Kesemua 360 sendi itu boleh terangkum bila dilakukan Solat Dhuha dua rakaat).


ENGKAU MENDAMAIKAN DUA ORANG YANG BERGADUH, MAKA ITU ADALAH SEDEKAH. ENGKAU MENOLONG ORANG MENAIKI KENDERAAN, ATAU MENGANGKAT BARANGNYA, ITU ADALAH SEDEKAH.UCAPAN YANG BAIK (contoh, ucapan salam dan menjawab salam, sapaan beserta senyuman, menggembirakan hati orang lain seperti menghubungi ibu bapa untuk bertanyakan khabar, memuji susah payah isteri, atau usaha orang lain, memberi nasihat serta teguran yang berhemah) JUGA ADALAH SEDEKAH.


LANGKAH KETIKA ENGKAU BERJALAN MENUJU KE MASJID UNTUK BERSOLAT (termasuk berkenderaan ke masjid), JUGA ADALAH SEDEKAH. MENGHILANGKAN GANGGUAN DAR LALUAN ORANG RAMAI (contoh, ranting, paku, kulit pisang, kaca, duri dsbnya) ADALAH SEDEKAH. (HR Bukhari dan Muslim).


Muslim itu bersaudara, patut saling bertolongan. Kita tolong ketika mereka yang susah. Bila kita sendiri pula yang susah, Allah yang akan menolong. Itu janji-Nya.

[Sumber: Program Cinta Hadis oleh Ustaz Tuan Norhisham Tuan Padang di TV Al Hijrah]

Panduan Solat Jenazah Ghaib

Setelah mengambil wuduk dengan sempurna 1. Niat "sahaja aku solat jenazah lelaki ghaib 4 takbir kerana Allah ta'la" 2. Mengangkat takbir pertama dn membaca surah ALFATIHAH. 3. Mengangkat takbir yang kedua dan membaca SELAWAT. اللهم صلى على محمد وعلى ءال محمد 4. Mengangkat takbir ketiga dan membaca DOA KHUSUS kepada almarhum اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ، وَعَافِهِ، وَاعْفُ عَنْهُ، 5. Mengangkat takbir yang keempat dan sunat membaca DOA umum kepada seluruh arwah muslimin dan muslimat. 6. Memberi salam. * sunat membaca doa selepas solat jenazah. * Bagi muslimat dan muslimin yang tidak sempat/dapat solat berjemaah boleh menunaikan solat jenazah secara sendirian walau dalam rumah atau pejabat. Wallahu'am.

Friday, February 12, 2016

Mulut - Penapis Hampas Di Hati

Jangan jadikan mulut kita seperti alat penapis, yang mengeluarkan kata-kata mulus penuh berhikmah tetapi di dalam hati tertahan hampas hasad dengki yang dipendam. Itu munafik namanya, cakap tak serupa bikin. Betapa pun kita sembunyikan dari pengetahuan manusia, mana mungkin ia dihijab dari pengetahuan Allah Yang Maha Mengetahui. Berkata-katalah secara ikhlas dari hati. Ganjaran besar pasti menanti.

Thursday, February 11, 2016

Pilih - Buat Baik lwn Buat Jahat

Pda akhir zaman ini terasa sangat ketara tarik menarik antara kebaikan dan kejahatan, walaupun pada kebanyakan masa kejahatan seolah-olah menguasai pertarungan. Keadaan ini akan berterusan sehingga tiba hari kiamat. Allah memberi kita akal untuk memilih sama ada menjadi pencetus atau penyebar kebaikan ataupun penyebab dan penghasut ke arah kejahatan. Sunatullah telah menetapkan "buat baik dapat baik, buat jahat dapat jahat." Kalau jahat yang dipilih dalam hidup yang singkat ini, bererti kita sanggup memikul azab yang dijanjikan Allah berulangkali dalam Al-Quran dan juga yang disampaikan oleh Rasul-Nya; sama ada di dunia atau di akhirat hanya Allah S.W.T. yang menentukan.
Sebagaimana kita berlumba lari dalam acara sukan, Allah juga menyeru kita dengan firman-Nya: "Maka berlumba-lumbalah kamu dalam kebaikan." (Surah Al-Baqarah: 148). Apabila ada peluang untuk berbuat baik, lakukanlah segera, jangan bertangguh-tangguh kerana hati manusia boleh berubah sekelip mata. Niat hendak buat baik tiba-tiba dipengaruhi supaya melakukan kejahatan yang diselindungi oleh "kebaikan." Paling menyesal bila peluang hendak berbuat baik itu datangnya hanya sekali.
Gunakan hayat yang singkat ini untuk melakukan apa jua kebajikan sebanyak mungkin. Ada banyak contoh untuk berbuat baik di sekeliling kita. Yang perlu gunakan mata untuk mencari dan hati untuk memahami. Kalau terus bermaksiat sedangkan di hati telah ada niat yang baik, dikhuatiri kematian akan mendahului niat kita. Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah s.a.w. bersabda: "Bersegeralah kamu beramal soleh sebelum datangnya tujuh perkara, tidaklah kamu menantikan melainkan kemiskinan yang akan membuat kamu lupa, atau kekayaan yang akan membuat kamu melampaui batas, atau penyakit yang membinasakan, atau masa tua yang sangat melemahkan, atau kematian yang sangat cepat, atau dajal yang dia adalah sejahat-jahat orang yang dinantikan, atau kiamat yang kiamat itu lebih memilukan dan lebih pahit." (Riwayat Tirmizi, dan dia berkata hadis ini hasan)
Setiap kebaikan, besar atau kecil, sedikit atau banyak, tidak pernah sia-sia. Alah bisa tegal biasa. Begitulah keadaannya bila sentiasa berbuat baik, kita langsung tidak menyedari bahawa perbuatan kita itu memang sesuatu yang baik. Diri kita sendiri meninggalkan kejahatan dan dalam masa yang sama menegur pihak lain supaya tidak melakukan kemungkaran juga merupakan kebajikan yang besar. Amal makruf nahi mungkar. Mencegah kemungkaran pasti membawa kebaikan kepada diri kita sendiri dan juga orang lain. Di dalam Mahkamah Agung nanti, kebajikan yang kita buat boleh menjadi saksi untuk kita. Firman ALLAH S.W.T. yang bermaksud: "Sesiapa yang melakukan amal soleh, maka ganjarannya untuk dirinya sendiri." (Surah Al-Jathiyah: 15).

Cari Allah Dahulu

Dalam hidup ini, apa jua persoalan yang dihadapi, sebaik-baiknya carilah Allah dahulu kerana hasil yang didapati lebih tepat dan lebih cepat berbanding mencari bantuan manusia. Sandarkan harapan hanya kepada Allah. Kata kuncinya: TAWAKAL KEPADA ALLAH. Ketika berdoa, YAKINLAH ALLAH AKAN MAKBULKAN menurut bidang masa yang ditentukan-Nya. Allah tidak pernah mungkir janji. Masalah yang kita hadapi sebenarnya tidak sebesar mana dibandingkan dengan berbilion nikmat yang dilimpahkan-Nya kepada kita.Jangan bebankan diri dengan memikirkan masalah itu. Sebaliknya mohon supaya Allah ilhamkan cara dan jalan untuk menyelesaikannya. Hanya orang yang berhati kering dan tidak subur serta gelap sahaja yang tidak dapat merasa kehadiran Allah. Oleh itu bersangka baiklah kepada-Nya.
Sabda Rasulullah s.a.w., "Kaya itu bukan kerana banyak harta tetapi kaya yang sebenar ialah kaya hati (cukup yang ada).(HR Muslim.) Kaya hati adalah kaya dunia dalaman diri. Kaya harta cuma kaya luaran semata-mata.Bila menghulur sedekah, jangan terdetik di hati bahawa wang itu akan menyusut, atau takut jadi miskin. Sebaliknya yakinlah wang itu akan diguna oleh pihak penerima dengan sempurna. In sya Allah sedekah itu Allah akan gantikan dengan yang lebih baik. Jangan takut pada apa-apa atau sesiapa. Hati yang takut pada kegelapan dan para makhluk yang gelap, tidak ada Allah di dalamnya. Oleh itu perbanyakkan zikir dan istighfar supaya hadir rasa takwa kepada Allah di dalam hati.