Tuesday, August 11, 2015

Hukum Berkaitan Tumbuhan Di Kubur

Meracun rumput atas kubur seumpama membakar Al-Quran. Tetapi jika tujuan adalah untuk menghapuskan semak kerana khuatir kehadiran ular dan sebagainya, maka itu tidak mengapa. RACUN ITU TIDAK BOLEH ADA CAMPURAN NAJIS DI DALAMNYA. Bagaimanapun, seelok-eloknya elakkan penggunaan racun.
‎Makan buah yang tumbuh di tanah perkuburan hukumnya HARUS. Seeloknya, jangan ditanam pokok yang berbuah di atas kubur kerana mungkin akarnya akan sampai ke bawah.
Tanamlah pokok bunga di atasnya. Dengan begitu, pokok tersebut akan sentiasa berzikir dan ia akan meringankan azab kubur si mati. Nabi s.a.w. pernah mematahkan ranting/pelepah dan dipacakkan di atas kubur. Selagimana ia segar, selagi itu ia akan meringankan azab kubur si mati dengan zikirnya. [Ustaz Aminuddin Haji Abdul Rahim dalam Soal Jawab Agama: "Irsyadul Ahkam", Kedah FM.]

No comments:

Post a Comment