Thursday, March 31, 2016

Barsisa - Abid Yang Berakhir Di Neraka


BARSISA adalah seorang abid berketurunan Bani Israil, pengikut agama Nabi Musa a.s. Dia merupakan seorang mahaguru yang mempunyai 60,000 pelajar yang boleh terbang di atas angin kerana berkatnya.Ibadah Barsisa cukup kuat hinggakan malaikat takjub melihatnya. Allah S.W.T. bertanya kepada para malaikat,“ Mengapa kalian semua takjub melihat Barsisa beribadat? Sesungguhnya Aku amat mengetahui apa kamu tidak ketahui.Barsisa yang kamu takjub itu akan mati kafir dan kekal di dalam neraka buat selama-lamanya."

Hal kematian Barsisa yang akan mati dalam keadaan kafir telah didengari oleh syaitan. Maka syaitan pun segera menuju ke tempat Barsisa sedang beribadat dalam keadaan menyamar sebagai manusia yang soleh. Setibanya di situ syaitan lantas memanggil Barsisa. Barsisa yang mendengar namanya dipanggil terus menyahut seruannya dan bertanya, "Siapakah tuan?"

Syaitan menjawab,"Saya seorang abid datang untuk menemani tuan beribadat kepada Allah S.W.T."

Apabila mendengar jawapan syaitan, Barsisa menjawab,"Barang siapa yang datang ke sini untuk beribadat kepada Allah, Allah akan mengadakan teman baginya, silakanlah wahai abid untuk beribadat bersama-sama saya."

Maka syaitan tadi pun beribadat 3 hari 3 malam, tidak tidur, tidak makan dan tidak pula minum. Ini menyebabkan Barsisa berasa kagum dengan teman barunya kerana dia lebih kuat beribadat daripadanya. Maka berkatalah Barsisa,"Aku beribadat kepada Allah S.W.T. 220 tahun tetapi saya tidak pula sanggup untuk meninggalkan tidur, makan dan minum seperti tuan. Bagaimanakah saya hendak beribadat seperti tuan?"

Kata Syaitan, "Wahai tuan, lakukanlah maksiat kepada Allah, kemudian tuan bertaubat kepada-Nya, sesungguhnya Allah S.W.T. Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.”

Barsisa terkejut lantas bertanya, "Mengapa pula saya mesti mengerjakan maksiat kepada Allah, sedangkan saya telah lama beribadat kepada-Nya?"

Jawab syaitan, "Manusia apabila melakukan dosa, mereka sangat berhajat untuk meminta keampunan daripada-Nya hingga tuan boleh merasai betapa lazatnya melakukan ketaatan kepada Allah .S.W.T setelah melakukan dosa."

Barsisa bertanya lagi,"Apakah dosa yang kamu maksudkan?"

Jawab syaitan,"Cubalah berzina."

Barsisa bertegas untuk tidak melakukannya. Lantas syaitan berkata,"Kalau tidak mahu berzina, bunuhlah seorang Muslim."

Sekali lagi Barsisa menolak nasihat syaitan. Tanpa berputus asa, syaitan meneruskan lagi,"Kalau tidak mahu membunuh, maka minumlah minuman yang memabukkan."

Barsisa menjawab,"Ya! itulah yang lebih ringan. Di manakah saya boleh dapatkan minuman itu?"

“Pergilah ke desa sekian-sekian."

Maka Barsisa pun pergi ke desa yang dimaksudkan untuk mendapatkan minuman tersebut. Di sana dia bertemu seorang wanita cantik sedang menjual khamar (arak).Barsisa membeli minuman tersebut dan meminumnya sehingga dia mabuk.Dalam keadaan mabuk dia merogol wanita penjual khamar. Tiba-tiba suami wanita itu pulang ke rumah.Oleh kerana takut rahsianya terbongkar, Barsisa membunuh suami wanita tersebut.

Syaitan yang mengubah penampilannya menjadi manusia pergi bertemu dengan raja untuk melaporkan kesalahan Barsisa membunuh orang. Raja memerintahkan agar Barsisa ditangkap. Setelah sabit kesalahan, Barsisa dirotan 80 kali kerana kesalahan meminum khamar, 100 kali sebatan kerana merogol dan juga dijatuhkan hukuman sula kerana membunuh suami wanita itu. Ketika Barsisa sedang berdiri terpacak di tiang sula, syaitan mendatanginya lalu bertanya, "Wahai Barsisa, bagaimanakah keadaanmu sekarang?"

Jawab Barsisa,"Beginilah keadaanku apabila terpedaya dengan seorang teman yang jahat lagi pengkhianat."

Syaitan berkata lagi, "Ketika saat kamu mahu disula ini, mahukah kamu jika aku lepaskan dengan satu syarat?”

Jawab Barsisa," Apakah syarat tersebut, aku sedia memenuhinya.”

Jawab syaitan,“Sujudlah kepadaku satu kali."

Barsisa menjawab,“Bagaimanakah aku hendak sujud kepadamu sedangkan aku terpaku di tiang sula ini?"

Kata syaitan,“Cukuplah dengan isyarat menganggukkan kepala sahaja."

Barsisa pun patuh, dia melakukan sujud kepada syaitan (Iblis mal'un) dengan cara menganggukkan kepalanya terhadap iblis. Ketika itulah Raja mengarahkan hukuman dilaksanakan ke atas Barsisa. Maka matilah Barsisa dengan bertuhankan syaitan.


Surah An-Nur ayat 21 juga menjelaskan sekiranya Allah S.W.T. tidak mengurniakan nikmat dan rahmat-Nya kepada manusia yang berupa pengampunan daripada-Nya, nescaya manusia akan terus berada dalam dosa dan kemaksiatan. Justeru Allah S.W.T. melarang hamba-hamba-Nya daripada sifat putus asa dalam memohon keampunan daripada Allah S.W.T. Allah mengkhabarkan pula bahawa Dia akan mengampuni sesiapa sahaja yang bertaubat kepada-Nya, baik dari dosa-dosa kecil mahupun yang besar.

Dalam sebuah hadith sahih, Rasulullah s.a.w. bersabda, "Allah Yang Maha Tinggi berfirman: "Wahai anak Adam, sesungguhnya jika kamu berdoa kepada-Ku dan mengharapkan-Ku maka Aku akan mengampunimu atas semua dosa yang kamu lakukan, dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam, andaikata dosa-dosamu itu sampai ke puncak langit kemudian kamu meminta ampunan kepada-Ku nescaya Aku ampuni dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam, seandainya kamu datang kepada-Ku dengan dosa yang besarnya seisi bumi seluruhnya, kemudian datang menemui-Ku dan tidak menyekutukan Aku dengan yang lain nescaya Aku akan datang kepadamu dengan ampunan yang besarnya seisi bumi seluruhnya."

Wallahu A'lam - Kisah ini boleh dijadikan iktibar buat kita semua.

Ayat Munjiat



‘Ayat Munjiyat’ terdiri daripada 7 ayat yang diambil dari beberapa surah dalam Al Quranul Karim. Ayat ini telah diamalkan oleh para alim ulama’ sejak dahulu lagi yang mana ianya turut terkumpul dalam kitab ‘Majmu’ syarif’. Ayat Tujuh atau Ayat Munjiyat yang dikenali sebagai ‘Ayat-Ayat Pelindung dan Penyelamat’ ini juga baik sekali dibaca dan diamalkan. Ia telah dibuktikan dari pengalaman Ibnu Sirrin r.a. sebagai ayat-ayat penyelamat dari berbagai kesusahan dan kesulitan.

Ayat Pelindung Diri Ayat Tujuh ini biasanya diamalkan sebagai ikhtiar untuk keselamatan diri dan pelindung dari pelbagai kesukaran, kesulitan dan kesusahan, serta untuk melepaskan diri dari masalah. 7 ayat penyelamat ini hendaklah diamalkan pagi dan petang, setiap hari. In sya Allah akan datang pertolongan Allah S.W.T. apabila menghadapi sebarang masalah, kesusahan dan akan terselamat daripada sebarang bencana dan malapetaka.

Di antara khasiat daripada 7 ayat ini jika diamalkan secara istiqamah adalah:

1. Menjauhi Sihir
2. Menyerikan wajah
3. Ditunaikan segala hajat
4. Membawa keberkatan
5. Dicatat pahala yang banyak
6. Dijauhkan dari gangguan iblis
7. Terpelihara dari tipu daya musuh
8. Dijauhkan dari hasad dengki dan fitnah.

Menurut Ka’abul Akhbar, sesiapa membaca akan 7 ayat ini, tiada kuasa seseorang pun yang dapat memberikan mudharat dan sekiranya tertutup langit atas bumi, maka terlepaslah ia dengan izin Allah SWT.

Berkata Syaidina Ali r.a.:
• Sesiapa mengamalkan/membaca Ayat 7 pagi dan petang, maka ia akan merasa selamat dari segala kebinasaan dan terpeliharalah daripada tipu daya musuh dan bala dengan izin Allah.
• Apabila Ayat 7 ini diamalkan sekali siang dan sekali malam (sesudah solat Maghrib dan Subuh), InsyaAllah akan dimudahkan rezeki, dipanjangkan umur, terpelihara dari gangguan jin, syaitan dan fitnah, dikasihi serta dimudahkan dan dikabulkan segala apa yang dicita-citakannya. makhluk Allah
• Apabila diamalkan membaca tujuh kali Ayat 7 setiap lepas solat fardhu selama 40 hari berturut-turut, In sya Allah akan memperolehi faedah yang amat banyak.
• Sesiapa yang mewiridkan pada tiap-tiap selesai solat fardhu, In sya Allah akan dimudahkan sakaratulmaut dan bakal memperolehi pahala yang besar.
• Sekiranya dibacakan Ayat Tujuh ini pada orang sakit, InsyaAllah akan menenangkan dan menyembuhkan penyakitnya dengan segera.

Menurut yang pernah mengamalkannya secara istiqamah, kesan ketara akan dapat dirasai jika sudah teguh dan mantap amalannya, membacanya waktu siang tujuh kali dan malam tujuh kali selama tujuh hari, di samping diwiridkan sekali selepas Solat Subuh dan sekali selepas Solat Maghrib. Elok juga sekiranya Ayat Munjiyat ini dibaca sekali dengan Ayat-ayat Manzil dan Syifa’ untuk pendinding diri yang lebih teguh dari segala gangguan makhluk halus, segala masalah dan kesulitan serta sebagai penawar pelbagai jenis penyakit.

(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

[Dikongsi dari laman sosial]

Wednesday, March 30, 2016

Jenis-jenis Sihir


TANDA SIHIR PEMISAH (memisahkan seseorang individu dengan individu lain):
1. Terdapat perubahan tabiat/perangai secara tiba-tiba
2. Kerap berlaku perbalahan antara pasangan atau rakan
3. Kehadiran pandangan buruk ke atas pasangan misalnya nampak suami atau isteri begitu buruk dan hodoh
4. Masing-masing suka menegakkan benang basah dan tidak mahu mengalah


TANDA SIHIR PENGASIH
1. Kehadiran perasaan rindu dan cinta yang mendadak kepada seseorang
2. Terikut-ikut kehendak pasangan (haram) atau individu secara berlebihan
3. Kuat berkhayal tentang adegan seks
4. Berkeinginan tinggi untuk melakukan hubungan seks


TANDA SIHIR MENGHADIR PENYAKIT (membuat sesorang itu jatuh sakit)
1. Cakap merapu
2. Fikiran bingung
3. Sentiasa resah gelisah
4. Tidak menjaga kebersihan diri
5. Gemar bersendirian
6. Tidak suka bergaul dengan kawan-kawan
7. Tidak ada kekuatan fizikal dan mental


TANDA SIHIR PENDARAHAN
1. Sihir ini berlaku ke atas wanita yang mengalami pendarahan pada faraj seolah-olah darah haid namun ia berterusan dan tidak berhenti. Sihir ini amat merbahaya sekali kerana seseorang mangsa boleh kehilangan darah terlampau banyak. Badan akan menjadi terlampau lemah, mudah penat, sukar bernafas dan terdedah kepada gangguan yang lebih serius. Harus diingat haid seseorang wanita hanya selama 14 hari dan selebihnya adalah penyakit (darah istihadah).

TANDA SANTAU
1. Pendarahan yang berpanjangan saperti haid
2. Sakit dibawah tulang kipas
3. Sakit di bawah punggung
4. Batuk yang berterusan
5. Bermimpi binatang yang menakutkan
6. Sesak nafas
7. Pemarah walaupun sifat asalnya lembut dan penyabar
8. Kelopak mata kehitaman kerana gangguan tidur
9. Daya ingatan berkurangan

TANDA SESEORANG MEMPUNYAI SAKA
1. Sukar tidur
2. Sering bermimpi perkara yang menakutkan
3. Ketawa dan menangis ketika tidur
4. Pening kepala
5. Malas dan lesu
6. Lenguh-lenguh sendi
7. Pemarah dan terlalu emosi

Adakalanya orang yang ada saka dibenci oleh ramai orang kerana menzahirkan situasi negatif dan tidak menyenangkan.


PANDUAN

Kebanyakan orang yang terkena gangguan makhluk halus sama ada dalam bentuk sihir, santau lebih-lebih lagi saka, keberatan untuk melakukan rawatan. Keadaan ini terjadi semata-mata kerana tipu daya dan fitnah syaitan.Sebahagiannya pula tidak mempercayainya.
Sebaliknya pula ada golongan yang ketagih dengan khidmat bomoh.Golongan ini lebih suka dikaitkan masalah mereka dengan “buatan orang”, walaupun sebenarnya tidak.

Mengapa fenomena ini berlaku dalam masyarakat kita?

Kuatkan semangat dan keimanan untuk melawan keadaan ini daripada membelenggu diri. Kepada saudara-mara, rakan taulan hendaklah sentiasa membantu mereka tanpa jemu demi kebaikan bersama.

Penyakit begini bakal menyusahkan diri sendiri dan menghancurkan kerukunan rumahtangga dan keluarga tercinta. Dapatkanlah rawatan daripada pengamal perubatan Islam yang diyakini tidak terlibat dengan sebarang bentuk khurafat dan kekufuran. Ikutilah pedoman-pedoman yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa dari semasa kesemasa. Amalkan zikir al-Mathurat sebagai pendinding diri daripada sihir dan gangguan jin kafir dan syaitan. Wallahu a’lam.


Jika kita hendak pastikan adakah sihir itu benar-benar wujud dalam diri, maka kita perlu membaca beberapa ayat al-Quran di bawah ini di tapak tangan sendiri:
1. Baca surah Ibrahim ayat 42-52
2. Baca surah al-Mukminun ayat 98-118
3. Baca surah al-Falaq ayat 1-5.
4. Baca surah an-Nas ayat 1-6

Ketika membaca ayat-ayat di atas, letakkan mulut di telapak tangan kanan, sehingga nafas atau sebahagian dari ludah mengenainya. Kemudian hulurkan tapak tangan kanan itu di depan mata pesakit, dan mintalah dia melihatnya. Kalau dia sama sekali tidak boleh melihatnya, atau matanya menjadi silau atau nanar, atau dia melihat tapak tanganmu berwarna sangat merah atau hitam, atau dia melihat banyak salib di telapak tanganmu, atau tiba-tiba kepalanya terasa sangat pening, atau dia menunjukkan suatu gejala yang muncul secara tiba-tiba, maka dia, tidak diragukan, terkena sihir atau kesurupan atau kedua-duanya sekali.


[CATATAN : Sebaik-baiknya, usahakan dia sendiri yang membacanya ayat-ayat di atas. Kalau pesakit tidak boleh membaca sendiri maka kalian boleh bacakan di tapak tangan kalian dan hulurkan tangan kanan kalian di depan mata pesakit minta dia melihatnya.]


Pertama cuba baca ayat-ayat di atas dan uji pada diri sendiri. Jika ada seperti yang dinyatakan maka jelas saudara terkena sihir. Untuk mengubati sihir ada beberapa ayat al-Quran untuk menawarkan sihir.


CARA MEMBUANG SIHIR DARI DIRI KITA

1. Ambil tujuh helai sirih hijau atau daun teratai. Tumbuk dengan batu, besi atau apa saja sehingga lumat (boleh juga guna alat pengadun)
2. Masukkan daun sirih atau daun teratai lumat itu dalam sebuah mangkuk besar. Isikan dengan air secukupnya untuk diminum dan mandi seluruh badan.
3. Letakkan telapak tangan kanan pada air yang sudah diisi tumbukan daun sirih.
4. Sentuhkan bibir pada mangkuk sehingga nafas atau sebahagian dari ludah mengenainya.


5. Bacakan ayat-ayat berikut:
a. Baca Ayat Kursi. (Surah al-Baqarah ayat 255)
b. Bacakan Surah al-Kafirun.
c. Baca Surah al-Ikhlas.
d. Baca Surah al-Falaq.
e. Baca Surah an- Nas.
(Ayat-ayat di bawah adalah ayat penawar sihir)
f. Baca Surah al-A’raf ayat 117-119.
g. Baca Surah Yunus ayat 79-82.
h. Baca Surah Thaha ayat 65-69.

Setelah dijampi dengan ayat-ayat al-Quran di atas air,beri pesakit minum. Kemudian mandikan dia dengannya. Ulangi seminggu sekali dan sesudah itu in syaa Allah, sihir itu tidak akan ada lagi.


Yakinlah kepada Allah SWT bahawasanya hanya Dia sahaja yang akan menyembuhkan segala penyakit termasuk penyakit disebabkan sihir hasil perbuatan jin dan syaitan.

Semua kejadian di langit dan di bumi semuanya adalah dengan izin Allah S.W.T. Semua makhluk termasuk jin, syaitan dan manusia tidak boleh mendatangkan apa-apa mudharat, tanpa izin Allah SWT. Oleh itu yakinkan diri bahawa keselamatan kita adalah di bawah jagaan Allah S.W.T. Amalkan membaca al-Quran, berzikir, beristighfar, solat tahajud, berdoa minta perlindungan Allah S.W.T. dan jika ada penyakit minta Allah S.W.T. beri kesembuhan. Seorang mukmin perlu berdoa, berusaha, bertawakkal dan bersabar.

[Sumber FB Hairul Nizam Ijam]

Jangan Diremeh Zikir Sang Serangga


Dikisahkan satu ketika Nabi Daud Alaihissalam sedang duduk membaca kitab. Tiba-tiba dia terlihat seekor ulat merah merayap di tanah. Lalu dia tertanya-tanya di dalam hati, “Apa yang dikehendaki Allah S.W.T. dengan ulat ini?”

Kemudian Allah S.W.T. pun mengizinkan ulat itu bersuara, “Wahai Nabi Allah, ketika siang hari, Allah mengilhamkan kepadaku untuk membaca sehingga 1,000 kali "Subhanallahaahi walhamdu lillaahi Wa laa illallaaha ilaaha illallaahu wallaahu akbar".
Dan ketika malam hari Allah memberikan ilham kepadaku untuk membaca sehingga 1,000 kali "Allahumma shalli ‘alaa Muhammadin
Wa ‘alaa aalihi wa shahbihi wasallam". Lalu bagaimana pula dengan pembacaanmu, ya Nabi Allah, kerana aku inginkan sesuatu yang bermanfaat darimu?”

Jawapan ulat itu menyebabkan Nabi Daud terasa menyesal kerana suara hatinya meremehkan penciptaan ulat tersebut. Dia menjadi takut kepada Allah S.W.T. dan segera bertaubat dan berserah diri kepada-Nya.

Kalau makhluk lain seperti ulat merah yang paling kecil pun mampu berwirid 1000 kali siang dan 1,000 kali malam, bagaimana dengan kita, makhluk paling sempurna ciptaan Allah S.W.T.? Marilah kita tingkatkan ibadah kita.

[Sumber FB Ustazah Dr Siti Nurbaya Usman]

Tuesday, March 29, 2016

Tanda Gangguan Makhluk Halus


Tanda-tanda gangguan syaitan/ makhluk halus:

1. Tidur dalam keadaan resah, rimas dan cemas serta selalu terjaga
2. Mengalami mimpi yang buruk dan menakutkan
3. Bermimpi melihat berbagai jenis binatang seperti kala jengking, anjing, tikus dan lain-lain
4. Kadang menangis dan kadang ketawa ketika tidur
5. Selalu bermimpi terjatuh dari tempat tinggi
6. Terasa panas badan terutama di bahagian belakang
7. Fikiran selalu kacau, terasa gelap dalam perut, badan terasa lesu dan malas
8. Suka marah-marah tanpa suatu sebab yang munasabah
9. Selalu sakit kepala
10. Hilang fokus pada pekerjaan dan juga percakapan
11. Sakit di bahagian bawah tulang kipas dan bawah punggung

Monday, March 28, 2016

Menghindari Seksa Kubur


Sebelum pergi mengadap Allah, jagalah perkara-perkara ini:

AKIDAH (keyakinan) jangan terpesong. Ingat! Hanya dengan Islam.

IBADAH harus sempurna. Solat jaga jangan ditinggalkan. Baca dan mentadabbur al-Quran supaya mudah menjawab soal jawab di kubur. Surah al-Baqarah yang dibaca dalam rumah nampak bercahaya di Arasy Allah.

SEKSA KUBUR

Saat roh ditarik, seksanya amat sangat.Sakit ibu bersalin bersamaan 1 kesakitan dari 99 juzuk kesakitan semasa roh ditarik.
Himpitan kubur akan dirasai oleh semua. Banyakkan zikir untuk menghindari azab kubur.

Kubur baru ditimbus separas lutut, malaikat mungkar nakir (berwarna hitam kebiruan) pasti datang dengan membawa belantan menyoal tentang amalan. Quran yang dibaca sebelum solat subuh menjadi peguambela kita di alam kubur semasa soal jawab tersebut. Malaikat menyandarkan kita di dinding kubur selepas al-Quran yang kita amal baca sebelum subuh itu menjawab semua soalan malaikat. Kemudian kubur bertukar menjadi hamparan hijau cantik dan wangi dengan tahajud yang kita amalkan.

AMALAN TAHAJUD- Kalau susah hendak bangun tahajud, buat solat tahajud sebelum tidur. Kalau hendak bangun 1/3 malam pula sukar, bangunlah waktu dekat hendak masuk waktu subuh. Buat tahajud dua rakaat. Kalau ada masa sedikit lagi, baca al Quran sekejap sebelum azan subuh berkumandang. Jaga amalan dan amanah yang diberi.


ANAK YANG SOLEH

Jika anak dididik menjadi anak yang soleh, dia bakal selamatkan kita di alam barzakh . Itulah bekalan untuk kita. Seelok-eloknya anak-anak yang mandikan jenazah kita. Berdoa sambil mandikan jenazah, anak-anak yang lain aminkan. Anak yang sediakan kain kafan. Anak lelaki mengimamkan solat jenazah dan baca doa untuk kita. Amalan anak yang soleh boleh selamatkan ibubapa, walaupun mereka banyak buat dosa sebelumnya. Kalau tidak ada anak, belalah binatang sebab binatang pun boleh tolong kita di sana.



AKHLAK hendaklah dijaga kerana walaupun amalan baik tetapi akhlak buruk, ia tetap akan mendatangkan seksa
- Jaga Allah dan rasul
- Jaga akhlak dengan suami, ibu bapa kandung, ibu bapa mertua.Hubungan dengan mertua kekal sebagai ibu dan bapa hingga mati.
- Jaga hubungan sesama manusia yang seperti jiran. Sisa makanan rumah kita yang dicampak ke rumah jiran pun boleh menyebabkan masuk neraka).
- Jaga aurat
- Jaga hati suami.


Hafalkan 3 surah berikut semampu mungkin:

Surah Al Mulk mengelakkan seksa kubur dan soal jawab dalam kubur.
Surah Al Kahfi menjauhkan fitnah hidup dan fitnah mati
Surah Al Baqarah menyebabkan syaitan tidak masuk ke dalam rumah kita dan juga dalam diri kita.
والله اعلم

[PETIKAN CERAMAH USTAZ AHMAD DUSUKI]

Friday, March 25, 2016

Amalan Kegemaran Syaitan


Syaitan makhluk Allah yang menjadi musuh utama orang mukmin. Firman Allah S.W.T. :إِنَّ الشَّيْطَانَ لَكُمْ عَدُوٌّ فَاتَّخِذُوهُ عَدُوًّا إِنَّمَا يَدْعُو حِزْبَهُ لِيَكُونُوا مِنْ أَصْحَابِ السَّعِيرِ
Maksudnya : "Sesungguhnya syaitan ialah musuh kepada kamu, maka jadikanlah dia musuh. Sebenarnya dia hanyalah mengajak golongannya supaya menjadi penduduk neraka." (Surah Faatir ayat 6).

Di sini dinyatakan amalan kegemaran syaitan yang patut dielakkan:

1. SYAITAN MAKAN DAN MINUM DENGAN TANGAN KIRI. Sabda Rasulullah s.a.w. maksudnya : "Apabila seseorang daripada kalian makan, maka makanlah dengan tangan kanannya dan apabila minum, maka minumlah dengan tangan kanannya. Ini kerana sesungguhnya, syaitan makan dengan tangan kirinya dan minum dengan tangan kirinya." (Hadis Riwayat Muslim).


2. SYAITAN MAKAN DAN MINUM DALAM KEADAAN BERDIRI. Rasulullah s.a.w.: "Jangan begitu!" Orang itu bertanya, "Mengapa?" Rasulullah menjawab, "Adakah kamu suka minum bersama kucing?" Orang itu menjawab, "Tidak." Rasulullah s.a.w. meneruskan, "Sesungguhnya telah ikut serta minum bersama kamu sesuatu yang lebih buruk daripadanya, iaitu syaitan. "(Hadis Riwayat al-Darimiy dengan sanad yang sahih).


3. SYAITAN KETAWA APABILA MENGUAP MENGELUARKAN BUNYI. Sabda Nabi s.a.w., "Menguap adalah daripada syaitan. Maka apabila seseorang daripada kalian menguap, tahanlah sedaya mungkin kerana sesungguhnya apabila seseorang kalian menguap sambil berbunyi 'Haaa', maka ketawalah syaitan." ( Hadis Riwayat Bukhari). Jika tidak dapat menahan diri daripada menguap, maka tutuplah mulut dengan tangan dan berusaha tidak mengeluarkan sebarang bunyi. Ini berdasarkan hadis Nabi s.a.w., "Jika seseorang kalian menguap, maka tutuplah mulut dengan tangannya kerana sesungguhnya syaitan masuk (ke dalam mulut yang terbuka). " ( Hadis Riwayat Muslim).


4. SYAITAN KENCING DI TELINGA. Apabila seseorang itu tidur sehingga pagi hari maka syaitan kencing di kedua belah telinganya seperti di dalam hadis riwayat Imam Al-Bukhari yang bermaksud: " Itu ialah orang yang syaitan telah kencing di dalam kedua-dua telinganya atau salah satu telinganya." Rasulullah s.a.w. berkata demikian apabila diceritakan kepada baginda tentang seseorang yang tidur sehingga pagi.


5. SYAITAN DAPAT MAKAN, MINUM DAN TEMPAT BERMALAM. Imam Muslim meriwayatkan hadis yang bermaksud: "Apabila seseorang itu memasuki rumahnya dan mengingati Allah dengan membaca 'Bismillah' ketika memasukinya dan ketika ingin makan, berkatalah syaitan kepada golongannya, 'Kalian tidak memiliki tempat untuk bermalam dan tidak juga memiliki makanan malam.' Sebaliknya apabila seseorang itu memasuki rumah dan tidak mengingati Allah ketika memasukinya, berkatalah syaitan kepada golongannya, 'Kalian telah mendapat tempat bermalam."

Apabila seseorang tidak mengingati Allah ketika makan, maka berkatalah syaitan kepada golongannya, "Kalian telah mendapat tempat bermalam dan makan malam." Menyebut nama Allah ( Bismillah) ini dituntut juga ketika keluar dari rumah, menutup bekas-bekas makanan dan minuman, menutup pintu dan tingkap agar terselamat daripada gangguan syaitan.


6. SYAITAN MAKAN SISA MAKANAN. Apabila Rasulullah s.a.w. makan, baginda menjilat jari-jarinya sebanyak tiga kali. Anas berkata, bahawa Rasulullah bersabda, "Jika sesuatu makanan seseorang kalian jatuh, hendaklah dia mengambilnya dan membersihkan sebarang kotoran yang melekat padanya lalu memakannya. Janganlah meninggalkannya untuk syaitan." Anas melanjutkan, "Rasulullah juga menyuruh kami untuk menghabiskan sebarang sisa makanan. "Baginda berpesan, "Ini kerana kalian tidak tahu di bahagian manakah pada makanan kalian terdapat keberkatan. " (Hadis Riwayat Muslim).

Tidak usahlah kalian menjadi pemurah kepada syaitan dengan membiarkan sisa-sisa makanan. Entah berapa ramai yang tamak ketika makan sehingga menyebabkan makanan berlebihan dibiarkan untuk santapan musuhnya sendiri.


7. ORANG YANG MEMBAZIR IALAH SAUDARA SYAITAN. Siapakah yang telah mempersaudarakan seorang yang membazir dengan syaitan? Allah S.W.T. sendiri yang mempersaudarakan antara keduanya. Firman Allah S.W.T.: إِنَّ الْمُبَذِّرِينَ كَانُوا إِخْوَانَ الشَّيَاطِينِ وَكَانَ الشَّيْطَانُ لِرَبِّهِ كَفُورًا
Maksudnya: "Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu ialah saudara-saudara syaitan." (Surah Al-Isra' ayat 27).


8. SYAITAN MENGGANGGU IBADAH MANUSIA. Sahabat bernama ‘Uthman bin Abi al-‘Ash mengadu kepada Rasulullah s.a.w., "Wahai Rasulullah! Sesungguhnya syaitan menghalang antaraku dan solat serta bacaan Al-Quranku, dan ia selalu mengelirukan aku."

Maka Rasulullah menjawab, "Itulah syaitan yang disebut sebagai 'Khanzab', maka apabila merasai gangguannya, mohonlah perlindungan Allah dan ludahlah ke kiri sebanyak tiga kali. ‘Uthman bin al-‘Ash kemudian berkata, "Aku melakukan itu dan Allah menjauhkan gangguan syaitan itu dariku. " (Hadis Riwayat Muslim).


9. SIKAP TERBURU-BURU DATANG DARI HASUTAN SYAITAN. Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud: "Ketenangan adalah daripada Allah manakala tergesa-gesa adalah daripada syaitan. " (Hadis Riwayat Al-Baihaqi)


10. SIKAP CEMBURU MEMBABI-BUTA TANPA BUKTI DAN USUL PERIKSA ADALAH HASUTAN DARI SYAITAN. Dari Aishah r.a. yang diriwayatkan oleh Imam Muslim bermaksud: "Apa yang terjadi kepada kamu, wahai Aishah? Adakah kamu cemburu?"

"Takkanlah aku tidak cemburu kepada orang seperti tuan?"

Kemudian Rasulullah s.a.w. melanjutkan, "Apakah telah datang kepadamu syaitan kamu?"

" Wahai Rasulullah! Apakah bersama aku ada syaitan? "

" Ya. "

" Dan apakah syaitan itu ada di setiap manusia? "

" Ya. "

" Apakah syaitan juga bersama kamu wahai Rasulullah? "

" Ya, akan tetapi Tuhanku telah menolongku daripadanya."


11. PERASAAN MARAH ITU DARI SYAITAN. Apabila seseorang itu di dalam keadaan marah, syaitan menguasai dirinya sehingga sanggup melakukan perkara di luar batas kemanusiaan. Perkara ini boleh diatasi dengan membaca 'istiqhfar'. Sulaiman Bin Surd berkata, "Ketika aku sedang duduk bersama Nabi s.a.w. terdapat dua orang sedang bertengkar sehingga salah seorang daripada mereka menjadi merah wajahnya dan urat-urat lehernya timbul. Maka Nabi s.a.w. bersabda, "Sesungguhnya aku mengetahui satu kalimah yang jika diucapkan nescaya kemarahannya akan hilang. Iaitu sebutlah 'A'uzubillahi minash syaitan' nescaya kemarahannya akan hilang." (Hadis Riwayat Bukhari)


12. SYAITAN SUKA BERKELIARAN PADA WAKTU SENJA. Kita sering dilarang oleh ibu bapa supaya tidak berada di luar rumah pada waktu senja.
Pesanan ini berasal daripada Rasulullah S.A.W. bermaksud, "Apabila malam menjelang tiba, maka tahanlah anak-anak kalian (daripada keluar) kerana sesungguhnya pada waktu itu syaitan-syaitan berkeliaran. Apabila telah berlalu waktu Isya', maka lepaskanlah mereka. " (Hadis Riwayat Bukhari).


13. PASAR ADALAH TEMPAT KEGEMARAN SYAITAN MELEPAK. Rasulullah s.a.w. bersabda, "Selagi mampu, janganlah menjadi orang yang pertama memasuki pasar dan janganlah menjadi orang terakhir yang keluar dari pasar kerana sesungguhnya pasar ialah medan tempur syaitan dan di situlah benderanya dipacakkan. " ( Hadis Riwayat Muslim).
Pada masa kini pusat membeli belah, pasaraya dan bursa saham juga termasuk di dalam hadis di atas.


14. SYAITAN BOLEH MEMBESAR SEPERTI RUMAH. Imam Ahmad Bin Hanbal dalam musnadnya meriwayatkan dari seseorang yang dibonceng oleh Nabi s.a.w. dia berkata, "Tunggangan Nabi s.a.w. tergelincir, maka aku katakan celaka syaitan." Nabi s.a.w. bersabda, "Janganlah kalian menyebut 'Celakalah syaitan!' kerana apabila engkau mengatakannya, syaitan akan membesar sehingga sebesar rumah dan berkata, 'Demi kekuatanku!' Sebaliknya sebutlah 'Bismillah!' kerana apabila engkau mengatakannya syaitan akan mengecil sehingga sekecil lalat. "


Semoga perkongsian ini dapat membantu kita untuk lebih berhati-hati dalam menjalani kehidupan seharian agar selamat dan terpelihara daripada musuh nombor satu manusia iaitu syaitan dan iblis laknatullah. Mudah-mudahan kita semua sentiasa mendapat perlindungan daripada Allah S.W.T. daripada muslihat, godaan dan tipu daya mereka.

[Sumber FB Hairul Nizam Ijam]

Wednesday, March 23, 2016

Anak Syria Yang Dilupakan Dunia

Syria tidak pernah hilang dari hati, tidak pernah berlalu tanpa doa. Semoga kita dihimpunkan dengan para syuhada sezaman di tempat dan waktu yang Allah tetapkan. Al Fatihah buat semua saudara seakidah di Syria dan Palestin. Jangan berhenti berdoa untuk Syria dan Palestin. Di bawah ini adalah kisah sedih yang dikongsi dari FB Abu Musa Zahid.


Yaseen Shakoor was his name, was left to be eaten by stray dogs. He lived an orphaned life and died alone. He lost his parents due to the bombardment by so called Peaceful Nations. He often walked the streets alone, wondering why? His small feet were delicate with glass piercing through them and the blood had dried and turned hard.

One day he found a pair of shoes (one which belonged to his father). He wore them. He had no food, no water, and no home. Yaseen Shakoor sold bin bags to make a living. At the end of the day he would finally have a piece of rotten bread to chew on. He was lost.

There was a time when Yassen Shakoor went to school and his mum would wave him goodbye every day, but now there was no one! No one to feed him, no one to love him. He was all alone in this cruel world. He was confused as to what happened. It wasn’t enough to be an orphan.

Yaseen Shakoor was left to be eaten by stray dogs. He laid on the cold pavement next to his bin bags which were more loyal to him than some human beings. There was no one to hold his hand in his last breaths. No one to bury him, no one to kiss him goodbye. The world decided to turn a blind eye and allow him to be eaten by dogs on the streets like he was worth nothing.

Yaseen Shakoor is one boy out of thousands dying right now and their stories are unreported.

Whoever observes the magnitude of the tribulation of ‪‎Syria‬ and its lengthy duration, along with the magnitude of the betrayal, would fear the betrayal of punishment, of betrayal that no one will even imagine... because the Sunnah of Allah is ... "You reap what you sow"!!!

‪‬

Mahalnya Sakit



Tidak ada satu pun di muka bumi ini yang boleh berlaku tanpa izin Allah. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda: “Setiap kepenatan, sakit, dukacita, runsing, kesusahan, walaupu sekadar tercucuk duri yang menimpa seorang Muslim atau Muslimah, maka Allah akan menghapuskan dengan sebabnya akan dosa-dosanya. (HR al-Bukhari dan Muslim).

Abdullah bin Mas’ud meriwayatkan, bahawa pada suatu hari beliau masuk ke tempat Rasulullah s.a.w. sedang mengidap demam panas. Nabi s.a.w. bersabda kepadanya: “Saya menderita dua kali ganda daripada orang biasa.”

Berkata Ibnu Mas’ud: “Itu kerana tuan akan memperoleh pahala dua kali ganda daripada orang biasa?”

Jawab Nabi: “Benar, demikianlah keadaannya. Tiada seorang Muslim yang menderita, sekalipun berupa duri atau lebih daripada itu, melainkan Allah akan menghapuskan keburukannya dan digugurkan dosa-dosanya laksana gugurnya daun-daun dari pokoknya.”

Sakit itu mahal. Kos rawatan sama ada di hospital kerajaan atau swasta memang tinggi. Sakit adalah salah satu ujian yang Allah beri untuk mengenali hamba mana yang PALING BAIK (baca, ikhlas) amalannya, bukan yang PALING BANYAK. Ia juga menandakan kasih sayang Allah kepada hamba tersebut, terutama pesakit yang menghadapi penyakitnya dengan sabar dan redha. Dia dihadiahi ganjaran terbesar iaitu redha-Nya dan gugur semua dosa. Oleh itu bersyukurlah dengan sakit. Cuba fikirkan, Firaun tidak pernah diuji sakit. Sebab itu dia kufur kepada Allah dan mengisytiharkan dirinya Tuhan.

Pesakit yang redha tidak mengeluh dan menuding jari ke sana sini. Masa sakit dimanfaatkannya dengan membaca al-Quran dengan suara perlahan, ataupun mendengar bacaan dari orang lain, termasuk mendengar rakaman bacaan Al Quran dari gajet. Dia berikhtiar merawat penyakit melalui cara yang halal, bukan dengan bantuan bomoh yang mengamalkan perbuatan khufafat serta syirik.

Di zaman moden ini bila menerima berita mengenai kerabat yang sakit, yang dihantar adalah ucapan “Semoga cepat sembuh” melalui Facebook atau WhatsApp, tanpa menziarahi pesakit. Ramai yang tidak tahu mengenai kelebihan menziarahi pesakit. Sebenarnya kunjungan seperti itu akan menyebabkan 70,000 malaikat berdoa buat pengunjung dari saat dia berada di sisi pesakit sehinggalah dia pulang ke rumah.

Adab menziarahi pesakit, pilihlah masa lawatan yang sesuai.Jangan berkumpul beramai-ramai di sisi pesakit, adakan sistem giliran dan jangan berlama-lama. Berikan semangat positif kepada pesakit supaya berjuang menentang penyakit yang dideritainya. Banyakkan berdoa untuk dia tanpa pengetahuannya.Malaikat yang mendengar turut mendoakan kita.
Seperkara lagi, sakit tidak menggugurkan kewajipan solat. Ia mesti dilakukan mengikut kemampuan pesakit. Dia boleh berwuduk dengan air atau bertayamum, dan bersolat secara berdiri, duduk, berbaring, ataupun menggerakkan mata, mengikut keadaan sakitnya.


Para nabi yang maksum dari dosa pun Allah uji. Inikan pula manusia biasa. Antara hikmah, tujuan dan kelebihan sakit ialah membersihkan dosa, menggugurkan kesalahan, mengurangkan maksiat, menambahkan kebajikan, menambah pahala di atas kesabaran dan keredhaan menanggungnya, mengangkat darjat dan memuliakan kedudukan seseorang hamba serta menimbulkan rasa insaf dan taqwa, lalu mendekatkan diri kepada Allah dengan beristighfar, bertaubat dan beribadah.

Bila hukum qadak dan qadar Allah Yang Maha Pengasih dapat difahami dengan penuh keimanan, mukmin akan sentiasa mendapat rahmat Allah dalam semua keadaan.

Musibah


Musibah ialah sebarang kejadian yang tidak disukai.

Sebelum berlaku musibah:
1. Jangan mendoakan musibah menimpa diri.
2. Mohon keafiatan selalu.
3. Namun jangkakan musibah pasti berlaku.
4. Bersedia di segi mental untuk menghadapinya.

Semasa berlaku musibah:
1. Ucapkan lafaz istirja dan berdoa.
2. Bersabar dan redha.
3. Bermuhasabah diri untuk mengenal pasti jenis musibah.

Musibah yang disebabkan dosa: kenal pasti dosanya dahulu.

DOSA DENGAN ALLAH

Dosa sebagai hamba:
- Syirik – meminta bantuan bomoh, berdoa dengan orang mati, bernazar di kubur.
- Mempercayai khurafat – pakai tangkal, azimat, sukakan perkara mistik.
- Meringan-ringankan solat.

Dosa sebagai khalifah-Nya:
- Merosakkan alam sekitar seperti membuang sampah merata-rata, mengotorkan sungai atau membakar hutan.

DOSA DENGAN MAKHLUK

- Dosa dengan manusia seperti menderhaka kepada ibubapa, mengutuk orang, membuatkan orang teraniaya.
- Dosa dengan makhluk lain seperti menyeksa haiwan.

Sesungguhnya dosa kita amat banyak tidak terkira sampai ada yang mungkin sudah terlupa. Namun jika ikhlas bermuhasabah, fikiran kita pasti akan terlintas tentang suatu dosa tertentu. “Mungkin sebab aku dahulu pernah buat sekian, sekian!” Maka kemungkinan besar itulah dosa penyebab musibah. Lalu kita tahu apa yang perlu dilakukan.

Tindakan:
1. Bertaubat
2. Meninggalkan maksiat
3. Berubah menjadi orang lebih baik
4. Berfikiran positif, ingat yang manis di sebalik musibah.
5. Atasi musibah dengan semangat.

Musibah disebabkan ujian: Dalam perkara ini apa yang perlu dilakukan oleh orang luar ialah:

- Mengucapkan salam takziah kepada orang yang ditimpa musibah dengan kata-kata dorongan yang boleh membuatkan dia bersabar dan redha.
- Memberi bantuan yang untuknya mengatasi musibah.
- Membimbing agar berubah menjadi orang yang lebih baik.

Jangan sesekali:
- Bersikap mengingkari takdir dengan meratap, meraung, marah-marah dan sebagainya.
- Putus asas daripada berharap dengan Allah.
- Menambah dosa.

Tindakan:
- Berfikiran positif. Ingat yang manis di sebalik musibah.
- Terus bersabar dan redha.
- Atasi masalah dengan bersemangat.

[Sumber Solusi #89]

Tuesday, March 22, 2016

Gawat Pembangkit Semangat


Masa gawat kita:

1. Lebih banyak berdoa yang tulus dan rajin berzikir.

2. Lebih rajin beribadah fardu dan sunat dengan penuh khusyuk.

3. Lebih kuat iman kerana yakin dengan kesenangan di akhirat yang abadi, teruja dengan syurga, ternampak tipu daya dunia.

4. Lebih ligat berfikir, lebih bijak mengurus kehidupan dan kewangan.

5. Lebih cekap mengembangkan potensi diri dengan bermacam ilmu yang dikuasai.

6. Lebih sihat dengan amalan hidup yang baik, makanan makanan disediakan sendiri yang halalan dan toyyiban.

7. Lebih giat berusaha dan cepat melaksanakan perancangan.

8. Lebih berani bertindak ke arah jalan yang betul dan menolak ajakan yang merosakkan diri.

9. Lebih mesra dengan orang di sekeliling dengan melakukan aktiviti berfaedah bersama-sama.

10. Lebih prihatin dan rajin membantu orang lain.Setiap perkara yang dilakukan diniatkan semata-mata kerana Allah.

11. Lebih cekap merancang persediaan menghadapi kegawatan masa hadapan, mengambil iktibar dari apa yang sedang berlaku.

12. Lebih berdisiplin menabung untuk masa hadapan, sebagaimana Nabi Yusuf membuat persediaan menghadapi kegawatan kemarau di Mesir.

13. Lebih bersyukur. Mula terperasan kesusahan orang lain yang telah menghadapi keadaan gawat lebih teruk selama bertahun-tahun.

Dalam hidup ini kegawatan adalah peluang hebat untuk muncul lebih baik dari sebelumnya. Kegawatan tidak ubah seperti sedang mendaki bukit. Pilih sama ada mahu menyanyi sambil mendaki atau merungut kerana sakit kaki. Mana satupun kita tetap perlu mendaki.

[Solusi #90]

Strok Haba





Monday, March 21, 2016

Tanam Pegaga Di Pasu Ikan


Pegaga boleh ditanam dalam pasu besar tempat pemeliharaan anak-anak ikan. Cara membuatnya mudah sahaja iaitu:

1. Dapatkan pasu besar yang tiada lubang di bawahnya supaya air boleh bertakung.
2. Isikan tanah 1/4 daripada ke dalaman pasu.
3. Cucuk pokok pegaga di tanah tersebut. Boleh juga kalau hendak menanam pokok pegaga di dalam 2 pasu kecil dan diletakkan ke dalam pasu besar mengikut kesesuaian saiz pasu besar tersebut.
4. Masukkan air sepenuh pasu. Biarkan selama 1-2 hari. Ketika ini jangan masukkan anak-anak ikan sebab air masih mengandungi klorin yang akan menyebabkan ikan mati. Selepas 36 jam barulah masukkan ikan.
5. Kalau ingin pokok pegaga cepat merimbun, tanamlah banyak-banyak sebab ikan suka berteduh di bawahnya. Jika tidak, ikan akan mati kepanasan.
6. Atau, biarkan pokok pegaga merimbun dahulu sebelum memasukkan anak-anak ikan. Ikan memerlukan pokok untuk mendapatkan oksigen yang banyak dan berteduh dari panas matahari manakala pokok pula memerlukan ikan sebab ikan menghasilkan baja untuk pokok.

Berkenaan Haji Dan Umrah


WANITA IHRAM TIDAK BOLEH BERNIQAB

Ibn Umar meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, “ Janganlah wanita yang sedang ihram itu menutup mukanya dan janganlah memakai sarung tangan.” (Riwayat Imam Malik).

Sunday, March 20, 2016

Kematian Dan Bahasa Kubur



BAHASA DI DALAM KUBUR

Malaikat akan berbicara dengan mayat dalam bahasa yag difahaminya. Jika mayat itu seorang yang soleh, maka perbicaraannya akan menjadi mudah. Namun sekiranya dia seorang kafir atau ahli maksiat semasa hidupnya, maka tiada yang dapat menghalang Allah menjadikan perhitungan itu sukar sehingga susah baginya untuk menjawab dengan betul.

TANDA KHUSNUL KHATIMAH

Rasulullah s.a.w. bersabda, “ Perhatikan tiga perkara pada orang yang sedang menghadapi sakaratulmaut. Jika keningnya berpeluh, kedua-dua matanya berair dan kedua-dua bibirnya kering, itu bermakna rahmat Allah telah turun kepadanya. Namun, sekiranya ia kelihatan seperti orang tercekik, warna kulitnya merah dan kedua bibirnya pucat, maka itu adalah akibat azab Allah kepadanya.” (HR al Tirmizi).

Jika lidahnya lancar mengucap dua kalimah syahadah, itu petanda baik. Ia boleh menghapuskan kesalahan-kesalahan yang telah lalu.

Rasulullah s.a.w. bersabda, “Bimbinglah orang yang hendak mati dengan kalimah lailahaillallah.” (Riwayat Muslim).

Wednesday, March 16, 2016

Keadaan Kubur Berbeza


Hotel yang sama, bilik yang sama, tetapi dua harga yang berbeza..kenapa bayar lebih?? Anda boleh mencari hotel ideal anda di Trivago..Trivago membandingkan lebih daripada 200 laman web..anda boleh mencari hotel ideal anda dengan harga terbaik...Hotel?? Trivago..

Bagaimana pula dengan ini ?

Kubur yang sama, tanah yang sama. Tetapi, dua keadaan yang berbeza. Kenapa dosa lebih? Anda boleh mencari kubur ideal anda dengan taubat nasuha. Taubat nasuha menghapuskan lebih daripada berjuta-juta jenis dosa.Anda boleh mencari kubur anda dengan amalan pahala terbaik. Kubur? Taubat nasuha.

‪[Sumber: FB Friends of Jakim]

Hati-hati Bila Berkongsi Poster


Berhati-hati bila kongsi poster dengan kata-kata yang berunsur keagamaan. Contohnya yang ini. Di dalam aqidah kita, kita tidak boleh menyamakan Allah dengan apa-apa ciptaan-Nya kerana "Walam yakunlahu kufuan ahad" (Dan tidak ada sesuatu yang serupa dengan-Nya).

Grafik "God is like oxygen" itu di keluaran oleh TBN networks (Trinity BroadCasting Network) iaitu rangkaian dakyah kristian terbesar di dunia.

[Pesanan dari Halim Bede]

Bukan Muhammad s.a.w. Atau Siti Khadijah



Lelaki dan wanita yang soleh dan solehah memang menjadi dambaan mereka yang mencari pasangan hidup. Namun begitu, ada yang agak kecewa bila pasangan yang disangkakan ideal, berubah sikap setelah mendirikan rumahtangga. Lalu timbul sedikit kekesalan kerana panas yang diharapkan hingga ke petang, rupa-rupanya hujan di tengah hari.

Tetapi NANTI DULU! Jangan terburu-buru meleraikan ikatan ijab kabul. Ucapkan syukur kepada Allah S.W.T. kerana memberikan kita jodoh, sedangkan di luar sana masih ramai yang bujang, mengharapkan kehadiran seseorang di sisi. Bersyukurlah kerana kita menghidupkan Sunnah Nabi s.a.w. dengan kekal berpasangan walaupun dilanda ujian.

Ya, ini adalah UJIAN ALLAH. Bercakaplah penuh berhemah dengan pasangan supaya kembali melaksanakan perintah Allah. Jika si dia enggan menerima, cuba minta seorang ahli keluarga lebih tua yang dihormati oleh pasangan untuk menasihatinya. Jika sikap masih tidak berubah, adukan masalah kita kepada Allah. Dia Maha Mendengar. Hidayah dan Taufik adalah miliknya. Dia yang menentukan kepada siapa mahu diberikan hidayah.

Kita pula mesti istiqamah dalam segala amalan. Jangan turunkan tahap amalan sedikit pun meski pasangan kita tidak pedulikan perintah Allah. Semoga istiqamah kita akan membuka hati pasangan untuk berhijrah ke jalan Allah.

Elakkan rasa ujub disebabkan amalan. Itu dosa besar, malah boleh menimbulkan rasa jengkel pasangan dan memburukkan keadaan rumahtangga. Sebaliknya, beramallah dan tumpukan perhatian kepada kesejahteraan anak-anak yang bakal menjadi saham selepas kita kembali ke alam barzakh.

Jangan lupa bahawa Siti Asiah, ibu angkat Nabi Musa a.s. diangkat menjadi salah seorang wanita syurga walaupun suaminya ialah Fira’un. Yang penting, tingkatkan amalan yang ikhlas semata-mata kerana Allah, bersangka baik dengan Allah dan juga manusia lain, dan jadikan akhlak dan perasaan malu sebagai pakaian harian.

Sematkan di dalam hati bahawa suami bukan Muhammad s.a.w. dan isteri bukan Siti Khadijah. Masing-masing punya kelemahan. Muhasabah diri…Wallahu’alam.








Tuesday, March 15, 2016

Penghuni Langit Kasihi Yang TAQWA


Berapa ramai yang terkenal dan mahsyur di bumi tetapi tidak dikenali di langit. Berapa ramai yang tidak dikenali di bumi tetapi dikasihi di langit.

Ukurannya ialah TAQWA, bukan siapa yang paling kaya dan bukan siapa yang paling kuat.

Firman Allah S.W.T.: "Dan sessungguhnya kesudahan keadaanmu (ganjaran pada hari Akhirat) lebih baik bagimu dari permulaannya (kehidupan Dunia). (Surah ad Dhuha ayat 4)

(Syeikh Dr. Abdul Aziz al-Fauzan)

Fiqh Kematian


Nabi s.a.w. pernah bersabda, “ Jangan sesekali seseorang daripada kamu mati kecuali dalam keadaan bersangka baik dengan Allah.”

Oleh itu jangan pernah berkata, “Ya Allah, kenapa Kau uji aku dengan penyakit ni?” Mati dalam keadaan begini dikatakan mati dalam keadaan buruk sangka dengan Allah. Oleh kerana itulah ketika kita menziarahi pesakit, bisikkan ke telinganya perkara yang baik-baik. Begitu juga kepada penjaga yang berpenat lelah menguruskan pesakit tersebut. Ujian Allah itu pasti ada ganjarannya. Elakkan bersembang perkara-perkara yang menyakiti hati pesakit dan penjaga, ataupun berbual hal-hal duniawi dengan orang yang berada di sekelilingnya.

Jangan ambil gambar pesakit yang nazak dan menyebarkannya di media sosial. Tindakan ini sungguh tidak beradab.Cuba letak diri kita di tempat pesakit. Bagaimana perasaan jika kita diperlakukan seperti itu. Sebaliknya banyakkanlah berdoa, untuk diri kita, pesakit dan penjaganya. Saat sakaratul maut adalah saat paling penting dalam hidup manusia. Bacakan doa berkali-kali kepada pesakit sambal membisikkan, “Lailaha Illalah”. Ketika menziarahi pesakit, jangan pula berlama-lama.

Kematian adalah perkara pasti. Jangan mengelak atau takut untuk membicarakannya. Jadikan perasaan takut itu sebagai asas untuk bersiap sedia menghadapi kematian. Melalui Malaikat Maut, Allah mengirim tanda-tanda kematian seperti rambut yang beruban, penyakit, kurang pendengaran, kabur penglihatan dan sebagainya. Hanya orang yang tidak sedar akan hal ini sahaja yang enggan bertaubat.


Setiap hari ketika terbit dan terbenamnya matahari, malaikat maut menyeru, “Wahai manusia yang berumur 50 tahun, inilah masa untuk menyediakan bekal ketika tenaga masih kuat. Wahai manusia yang berumur 60 tahun, sudah hampir masa mengutip hasil. Jika kamu lupa tentang azab dan gagal memberi jawapan, maka tidak ada sesiapa yang dapat menolong kamu”.

Namun ini bukan bermakna orang muda tidak mati, tetapi secara adatnya orang tua yang kena lebih beringat dengan kematian. Orang yang berjaya ialah orang yang menyelesaikan urusan hidupnya dengan manusia semampu yang mungkin, contohnya perkara mengenai hutang piutang, memberi kemaafan kepada semua orang dan menyediakan semua prasarana untuk diri sendiri apabila berada di alam barzakh nanti.

Segala kelengkapan untuk urusan jenazah tidak perlu disediakan oleh orang yang mengingati mati. Semua itu akan disediakan oleh orang yang menguruskan fardu kifayah itu ke atas kita. Yang penting ialah menyediakan waris mengenai cara mengurus jenazah. Hadirilah kursus urusan jenazah keluarga yang diadakan di masjid-masjid. Uruslah jenazah dengan perasaan kasih sayang.

Semasa memandikan jenazah, mohon keampunan ke atas semua anggota jenazah seperti tangan, kaki, wajah dan lain-lain. Kafankan jenazah dan solatkannya secara teratur. Umumkan kematiannya supaya orang yang mendapat tahu hal tersebut akan memohon keampunan untuk si mati.

Usah membazir. Buatkan telekung daripada kain kafan itu sendiri, jangan guna yang baru beli. Dalam menguruskan kematian, tidak boleh mengambil apa-apa dari harta si mati. Segerakan urusan ke atas jenazah dan lakukan dengan penuh adab dan amanah. Jaga aurat si mati. Yang mengurus harus melakukannnya dengan niat mengharapkan keredhaan Allah.


Dalam perkara mengenai kuburan, Nabi s.a.w. melarang kubur disapu dengan kapur atau cat. Jangan buat binaan di atas kubur lebih daripada sejengkal. Ini membebankan si mati.

Bila berlaku kematian, yang paling afdal menguruskannya ialah kerabatnya, bukan orang lain. Orang luar yang ingin memandikan jenazah mesti minta izin dari kerabatnya dahulu. Pahala bagi orang yang memandikan jenazah dan menjaga segala aib si mati, selepas tugas itu selesai dia umpama baru dilahirkan oleh ibunya. Jika si mati tiada kerabat, barulah diserahkan tugas tersebut kepada orang luar yang ada ilmu dan bersifat amanah.

Jenazah lelaki diurus oleh kerabat lelaki, dan perempuan oleh kerabat perempuan. Jika benar-benar tidak ada kerabat yang sejantina dengan si mati, jenazah boleh ditayamumkan sahaja bagi membolehkan solat jenazah dikerjakan.

Bila jenazah lalu di hadapan kita, katakan yang baik-baik mengenai si mati kerana malaikat akan mengaminkan kata-kata itu. Dengan “amin” malaikat itu, Allah memberi keampunan kepada si mati. Wanita dilarang mengiringi jenazah ke kubur untuk mengelakkan percampuran antara lelaki perempuan, terbuka aurat dan mengelakkan fitnah.


[Petikan dari Program TANYALAH USTAZAH dengan Ustazah Noorhafizah Musa]










Masjid Jana Pendapatan Sendiri


Di mana-mana masjid pun, pengisian agama adalah sama namun Masjid At Taqwa Taman Bertam Indah, Kepala Batas menepati definisi masjid yang sepatutnya. Selain pusat ibadat, masjid ini juga menjadi pusat masyarakat. Semua kemudahan untuk qariah dan komuniti setempat lengkap macam satu perbandaran sendiri walau dalam satu perkarangan tidak sebesar mana.

Bila berada dalam kawasan masjid jiwa rasa tenang bila melihat cara masjid menyumbang kepada komuniti dan komuniti juga menyumbang kepada masjid. Ia istimewa kerana mampu menjana pendapatan sendiri. Di sini ada pusat dialisis, motel, dan koperasi yang membantu usahawan tempatan.Semuanya dilakukan dengan dana sumbangan qariah semata-mata. Bayangkan pendapatan kedai runcit sahaja melebihi RM2,000 sehari. Dengan aktiviti kehidupan yang ada, masjid ini dikunjungi ramai orang. Yang belum Islam turut mendapat manfaat. Punca ekonomi bermula di masjid ini.

Solat zohor pun lebih 3 saf yang panjang, jemaah yang muda, pertengahan usia dan mereka yang berusia senja, semuanya hadir. Pengurusan masjid memainkan peranan besar dengan menjadikan masjid sebagai pusat komuniti setempat yang berkesan. Kebanyakan ahli jawatankuasa masjid terdiri daripada golongan profesional yang ikhlas berbakti kepada agama. Masjid bukan lagi tempat ibadat semata-mata, dan bukan dikunci setiap kali selesai sembahyang fardhu.

[Sumber: FB Wan Kamaruddin Wan Ibrahim]

Sunday, March 13, 2016

Si Fasiq Yang Bertaubat


Pada zaman Nabi Musa Alaihissalam dari Bani Israil, seorang lelaki fasik terus menerus melakukan kejahatannya sehingga meresahkan penduduk di negeri itu. Namun mereka tidak memiliki kekuatan dan keberanian untuk menghentikan kejahatannya. Mereka hanya mampu berdoa sehingga akhirnya Allah S.W.T. berkenan menurunkan wahyu kepada Nabi Musa Alaihissalam:"Hai Musa, di tengah-tengah kaum Bani Israil terdapat seorang lelaki derhaka yang meresahkan penduduk di situ dan mereka tidak mempunyai kekuatan untuk mengusirnya. Mereka bimbang terkena api neraka disebabkan dia. Maka usirlah pemuda tersebut.

Lalu Nabi Musa Alaihissalam mendatangi lelaki tersebut memerintah dia untuk keluar dari desa tersebut. Lelaki itu pun pergi ke desa yang lain. Namun dari desa ke desa, kesemua penduduk enggan menerimanya sehingga sampailah dia di padang pasir yang sangat ganas. Hanya tempat itu yang menerimanya kerana ketiadaan tumbuhan dan makhluk lain di sana. Lama kelamaan dia jatuh sakit tanpa ada seorang pun yang menolongnya. Sendirian di padang pasir yang ganas dan panas itu dia menyandarkan kepala sambil menghasilkan bait-bait yang berbunyi:

Seandainya ibuku berada di tempat ini, tentu dia akan merasa kasihan kepadaku
dan menangisi kesusahanku

Seandainya ayahku berada di tempat ini, tentu dia akan menguruskan keperluan penyakitku

Seandainya isteriku di sisiku saat ini, tentu dia akan ikut bersedih dengan penderitaan sakitku

Seandainya anak-anakku bersamaku saat ini, tentu mereka akan berdoa untuk kesembuhanku

"Ya Allah....
Ampunilah ayah kami yang di usir dari setiap desa
Ayah kami keluar dari dunia menuju ke akhirat dengan membawa penyesalan."

Kemudian lelaki itu pun berdoa: "Ya Allah...Engkau telah memisahkan aku dari kedua orang tuaku, dari isteri dan anak-anakku tetapi janganlah Engkau putuskan aku dari rahmat-Mu.

Engkau telah membakar hatiku sehingga berpisah dari mereka
Tapi janganlah engkau bakar aku dengan api neraka-Mu kerana kefasikan ku."

Kemudian Allah S.W.T. pun mengutus seorang bidadari yang menyerupai ibunya dan beberapa lagi bidadari yang menyerupai isteri dan anak-anak perempuannya. Allah juga mengirim seorang malaikat yang menyerupai ayahnya. Mereka semua duduk di sisi dan lelaki tersebut pun amat terhibur dan gembira. Lalu dia menghembuskan nafas terakhir dan mati dalam keadaan yang diampunkan.

Allah kemudian menurunkan wahyu kepada Nabi Musa Alaihissalam: "Hai Musa, pergilah ke sebuah padang pasir kerana di situ telah mati seorang yang aku kasihi. Datangilah dan uruskan jenazahnya dan makamkan dia."

Ketika Nabi Musa Alaihissalam sampai ke padang pasir tersebut, dilihat jenazah itu adalah lelaki yang pernah diusir atas perintah Allah Sw.. W.T. Lalu Nabi Musa Alaihissalam pun berkata: " Wahai Tuhanku, bukankah ini jenazah lelaki fasiq yang aku pernah usir atas perintah Mu?"

Allah S.W.T. pun berfirman: "Benar dia orang yang seperti yang disampaikan. Dia menderika sakit dan merintih kesakitan
dan hanya mengadu kepada-Ku. Aku mengutuskan bidadari dan malaikat yang menyerupai orang tuanya dan isteri serta anak anaknya. Dan aku telah mengampuni dia dan memberikan Rahmat-Ku kerana saaat seseorang yang telah bertaubat ketika di timpa sakit, dalam keadaan terasing di tempat yang terpencil, maka penghuni langit dan bumi di sisinya menangis
kerana sedih dengan penyakit yang dialaminya. Maka bagaimana aku tidak menyayanginya sedangkan Aku adalah Tuhan yang paling penyayang di antara yang paling penyayang?


[Sumber: FB Ustazah Dr Siti Nurbaya Usman]

Murah Dengan Sedekah



Allah berfirman: “Dijadikan indah kepada manusia, kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu wanita-wanita dan anak-pinak, harta benda yang banyak bertimbun daripada emas dan perak, kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih, binatang-binatang ternak dan kebun-kebun tanaman. Semuanya itu kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), di sisi Allah tempat kembali yang sebaik-baiknya (syurga).” (Surah Ali Imran ayat 14)

Allah berfirman lagi: “ Carilah apa-apa yang dikurniakan Allah untuk kebahagiaan di akhirat dan janganlah pula lupa habuan kamu di dunia.” (Surah Al Qasas ayat 77).

Ayat di atas menyuruh manusia mencari harta untuk keperluan diri di dunia seperti makanan, pakaian, tempat tinggal. Dalam pada itu jangan lupa kepada tuntutan agama seperti haji, zakat, juga sedekah jariah untuk keperluan di akhirat.

SEDEKAH JARIAH adalah salah satu amalan yang tidak mudah dilakukan kecuali seseorang itu mempunyai SIFAT PEMURAH YANG TERBINA kerana:
- percaya kurnia dan rezeki adalah milik Allah. Manusia hanya peminjam dan pemegang amanah yang dikehendaki menyampaikannya kepada yang berhak.
- percayakan janji Allah yang akan memberi ganjaran dan gantian bagi setiap sedekah jariah, walau betapa kecil sekalipun pemberian itu, dengan sesuatu yang jauh lebih baik dan bermanfaat kepada si pemberi.
- sedar bahawa sedekah jariah datang dalam berbagai bentuk – harta dan wang, bantuan tenaga, idea, kata-kata bermanfaat, dan juga ilmu.

WAKTU TERBAIK UNTUK BERSEDEKAH:
- Semasa sihat dan rasa sangat kedekut.
- Semasa bimbang akan jatuh miskin.
- Semasa kaya dan senang. Manusia diuji sama ada bersedekah kerana Allah, atau untuk menunjuk-nunjuk kepada manusia lain, dan menganggap kekayaan itu adalah hasil dari usahanya snediri.

KEUTAMAAN ORANG YANG YANG MENERIMA SEDEKAH:
- Ibu bapa
- Keluarga terdekat iaitu anak isteri, saudara dan kerabat
- Anak yatim yang telah kehilangan bapa sebelum mencapai baligh.
- Fakir miskin
- Ibn sabil iaitu perantau, penuntut ilmu dan sebagainya.

Allah berfirman: “Dan bandingan orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari redha Allah dan kerana meneguhkan jiwa mereka adalah seperti sebuah kebun di tempat tinggi yang ditimpa hujan lebat, lalu mengeluarkan hasilnya dua kali ganda. Kalau ia tidak ditimpa hujan lebat, maka hujan renyai-renyai (pun memadai). Allah Maha Melihat apa yang kamu lakukan.” (Surah Al Baqarah ayat 265).

Maksud hujan yang lebat itu adalah seperti sedekah yang banyak. Kalau sedikit pula umpama hujan renyai-renyai. Walau banyak atau sedikit, orang yang pemurah tetap akan melakukannya.

BALASAN BAGI ORANG PEMURAH:

SEMASA DI DUNIA,
- hatinya tenang. Tiada sifat nifak.
- Harta dan rezekinya semakin berkat, bermanfaat dan berganda dan berharga.
- Harta, keluarga dan kehidupannya terpelihara dari musibah
- Mendapat cinta manusia. Mereka mendoakan kebaikan untuknya.
-
SEMASA DI AKHIRAT,
- Dihimpunkan bersama nabi, syuhada dan solehin.
- Mendapat hisab yang ringan. Selamat melintas sirat.
- Hartanya jadi saksi kebenaran imannya di hadapan Allah.
- Mendapat nikmat syurga, dapat bersama nabi, serta dapat melihat Allah.

Jangan sekali-kali menjadi ILMUAN yang menyampaikan ilmu untuk dipandang sebagai cendekiawan. Atau, DERMAWAN yang memberi sumbangan agar dipandang sebagai orang pemurah. Atau, SYAHID yang berjuang di jalan Allah agar dipandang sebagai pahlawan.

Lakukan apa jua kebaikan demi kerana Allah, bukan kerana pujian dan sanjungan manusia. Umar Ibn al Khattab pernah berdoa, “ Wahai Tuhan janganlah Engkau jadikan kebinasaan umat Muhammad s.a.w. di atas tanganku. Wahai Tuhanku, umurku telah lanjut dan kekuatanku telah lemah. Maka genggamkan (matikan) aku untuk-Mu, bukan untuk manusia.”

Bila Allah tidak redha dengan sesuatu amalan kita, maka nerakalah tempat kita yang abadi. Ingatlah pesanan, Ibnu Mas’ud: “Manusia di dunia ini laksana tetamu dan harta yang dimilikinya adalah pinjaman. Cepat atau lambat, tetamu tersebut akan pergi. Begitu juga dengan pinjamannya, juga harus dikembalikan.”

Jadilah orang bijak yang sentiasa kembali kepada Allah sebelum mati. Jangan jadi orang lalai yang cuba kembali kepada Allah selepas mati. Jadikan pinjaman di dunia ini sebagai modal untuk hidup bahagia di akhirat nanti.





Thursday, March 10, 2016

Pembersihan Hati


Setiap kali insan hendak bermujahadah di jalan Allah, syaitan sering menimbulkan rasa bimbang dan takut dalam hatinya dengan kemiskinan, kesakitan, kehilangan jawatan dan kedudukan, kesusahan, kerugian dan terus menerus menggoda manusia dengan keindahan maksiat.

Untuk mengalahkan bisikan syaitan, pembersihan hati hendaklah dilakukan. Analogi pembersihan ini umpama petani yang membersihkan tanah bersemak samun, ditumbuhi lalang dan belukar. Setelah tanah itu bersih, benih yang baik pula disemai, dijaga dan dibaja secukupnya. Semua usaha ini akan membuahkan hasil yang lumayan.

Pembersihan hati akan menumbuhkan POHON IBADAH yang saling berkaitan iaitu:
TAUHID (biji benih)
FIQAH (pohon)
TASAWUF (buah ibadah iaitu akhlak)

Bersihkan hati melalui proses-proses berikut:
TAKHALLI iaitu mengosongkan dan membuang semua sifat-sifat negatif (mazmumah) seperti tamak haloba, dengki khianat, umpat dan fitnah, ujub, sombong dan bongkak dan seumpamanya.
TAHALLI ialah proses memupuk nilai-nilai positif (mahmudah) seperti jujur, tulus ikhlas, penyayang, pemaaf, sabar, tawakal, tawaduk dan seumpamanya.
TAJALLI ialah proses memetik hasilnya iaitu kebolehan melihat kekuasaan dan keagungan Allah.

Selepas proses Tajalli, insan mencapai tahap AIN AL-YAQIN iaitu kemampuan “melihat” Allah atau sekurang-kurangnya “dilihat” Allah dengan mata hati bahawa Dia Maha Sempurna, bukan lagi dengan ILM AL-YAQIN iaitu yakin dengan akal. Dari sini terlahirlah akhlak baik yang muncul secara spontan tanpa melibatkan banyak pemikiran.

MUJAHADAH- “Perang Dalam Diri” melawan syaitan dan hawa nafsu ketika dalam proses Takhalli, Tahalli dan Tajalli. Seringlah mohon perlindungan Allah dari tipuan syaitan. Jangan manjakan diri dengan hidup senang-lenang, usah takut disakiti, jauhi sifat suka mengeluh dan mengaduh. Memang di dunia ini, para mujahid dan mujahidah membayar dengan kepahitan demi mendapatkan kemanisan akhirat. Oleh itu, pilihlah - bayar dahulu dengan bersusah payah atau bayar kemudian dengan azab neraka.


Friday, March 4, 2016

Erti Dunia Penjara Buat Mukmin


Dalam Faid Al-Qadir (3: 730) karya Al-Munawi disebutkan kisah Ibnu Hajar berikut ini:
ذكروا أن الحافظ ابن حجر لما كان قاضي القضاة مر يوما بالسوق في موكب عظيم وهيئة جميلة فهجم عليه يهودي يبيع الزيت الحار وأثوابه ملطخة بالزيت وهو في غاية الرثاثة والشناعة فقبض على لجام بغلته وقال : يا شيخ الإسلام تزعم أن نبيكم قال الدنيا سجن المؤمن وجنة الكافر فأي سجن أنت فيه وأي جنة أنا فيها فقال : أنا بالنسبة لما أعد الله لي في الآخرة من النعيم كأني الآن في السجن وأنت بالنسبة لما أعد لك في الآخرة من العذاب الأليم كأنك في جنة فأسلم اليهودي

“Diceritakan bahawa Al-Hafizh Ibnu Hajar ketika dia menjadi seorang qadhi (hakim) terkemuka. Suatu hari dia pernah melewati sebuah pasar yang penuh keramaian. Ibnu Hajar datang dengan pakaian yang begitu menawan (pakaian mewah). Kemudian orang Yahudi menyergahnya. Orang Yahudi tersebut sedang menjual minyak panas, tentu saja pakaiannya penuh dengan kotoran minyak. Tampilan Yahudi tersebut usang dan penuh keprihatinan.

Sambil memegang kekang kuda, Yahudi tersebut berkata pada Ibnu Hajar, “Wahai Syaikhul Islam (iaitu Ibnu Hajar), engkau menyatakan bahawa Nabi kalian (Nabi umat Islam) bersabda, “Ad-dunya sijnul mukmin, wa jannatul kafir" (Dunia itu penjara bagi orang beriman dan syurga bagi orang orang kafir). Bagaimana keadaanmu saat ini disebut penjara, lalu keadaanku di dunia seperti ini disebut syurga?”

Ibnu Hajar menjawab, “Aku dilihat dari berbagai nikmat yang Allah janjikan untukku di akhirat, seakan-akan aku sedang di penjara. Sedangkan engkau dilihat dari balasan seksa yang pedih yang Allah berikan untukmu di akhirat, seakan-akan engkau berada di syurga.”
Akhirnya orang Yahudi tersebut masuk Islam.


Dari kisah tersebut, kita faham bahawa dunia itu bagi orang beriman di dunia adalah penjara. Maksudnya, dia dipenjara dan dikekang kerqana kenikmatan sejati baru diperoleh olehnya di akhirat. Sedangkan orang kafir dalam keadaan miskin apa pun, ketika di dunia masih mendapatkan nikmat. Di akhirat, yang ada baginya adalah seksa. Sehingga pantas disebut baginya di dunia adalah syurga.

Jadikan, dunia ini tempat kita beramal untuk memperoleh nikmat di akhirat. Ingatlah perkataan ‘Ali bin Abi Thalib,
وَإِنَّ الدُّنْيَا قَدِ ارْتَحَلَتْ مُدْبِرَةً وَالآخِرَةُ قَدْ قُرِّبَتْ مُقْبِلَةً وَلِكُلِّ وَاحِدَةٌ مِنْهُمَا بَنُوْنَ فَكُوْنُوْا مِنْ أَبْنَاءِ الآخِرَةِ وَلاَ تَكُوْنُوْا مِنْ أَبْنَاءِ الدُّنْيَا فَإِنَّ اليَوْمَ عَمَلٌ وَلاَ حِسَابٌ وَغَدًا حِسَابٌ وَلاَ عَمَلٌ

“Sesungguhnya dunia akan ditinggalkan di belakang. Sedangan akhirat begitu dekat dijumpai di depan. Dunia dan akhirat masing-masing memiliki hamba. Jadilah hamba akhirat, janganlah menjadi hamba dunia. Hari ini (di dunia) adalah hari untuk beramal, tidak ada hisab (perhitungan). Sedangkan esok (di akhirat) adalah hari hisab (perhitungan), tidak ada lagi amalan.”

(Disebutkan oleh Imam Ahmad dalam Az-Zuhud, Ibnu Abi Ad-Dunya dalam Qashr Al-Aml, Al-Baihaqi dalam Az-Zuhud, Ibnu Rajab dalam Jaami’ Al-‘Ulum wa Al-Hikam, 2: 378).

Amalan Kejayaan Dunia Dan Akhirat


Amalan harian untuk mencapai kejayaan dunia dan akhirat:

- Membaca al-Quran setiap hari dan bersungguh-sungguh dengan baik (sebutan dan tajwid), mendengar dan merenungi pengertiannya.
- Mengambil berat tentang kebersihan dalam semua perkara. Sentiasa menjaga kesihatan dengan membuat pemeriksaan dari semasa ke semasa.
- Bercakap benar dan jangan sekali-kali berdusta.
- Menepati segala kata-kata dan janji dan jangan sekali-kali memungkirinya walaupun dalam keadaan paling sulit sekalipun.
- Bersifat berani dan tahan memikul bebanan (tanggungjawab).
- Bersikap serius dengan cara bersungguh-sungguh dalam sesuatu perkara.
- Bersifat pemalu, halus perasaan dan mudah terasa (peka) kepada sesuatu yang baik ataupun yang buruk.
- Berlaku adil dan benar dalam menjalankan sesuatu hukum dalam segala perkara dan jangan melupakan kebaikan orang lain kerana marah dan janganlah kerana sayang.
- Bersifat belas kasihan, pemurah dan bertolak-ansur.
- Boleh membaca dan menulis dengan baik dan sentiasa banyak mengulangkaji subjek-subjek yang berkaitan. Seboleh-bolehnya hendaklah memiliki perpustakaan sendiri walaupun kecil.
- Berhati-hati supaya dapat menunaikan tugas dan tanggungjawab dengan penuh amanah demi kelicinan dan kehalusan kerja.
- Menuntut hak-hak sendiri dengan cara yang baik dan menunaikan hak-hak orang lain dengan sempurna.
- Menyumbangkan harta sendiri untuk dakwah Islam.
- Berusaha sedaya upaya menghidupkan adat-adat yang bercorak Islam, dan mematikan adat-adat asing dalam semua lapangan hidup.


- Sentiasa merasai diri berada di bawah pengawasan Allah S.W.T., mengingati hari akhirat dan bersedia untuknya, dan hendaklah mempertingkatkan perjalanan hidup ke peringkat yang lebih tinggi dalam mendapatkan keredhaan Allah dengan keazaman yang kuat.
- Melakukan dengan baik apabila berwuduk dengan cara menyempurnakan segala syarat dan rukunnya dan hendaklah sentiasa berada di dalam keadaan berwuduk.
- Mengerjakan solat dengan cara yang betul (iaitu menyempurnakan syarat dan rukun-rukunnya) dan menunaikannya pada waktu-waktunya dengan mengutamakan sembahyang berjemaah dan sembahyang di masjid seboleh yang mungkin.
- Sentiasa berada di dalam keadaan niat berjuang kerana Allah
- Sentiasa memperbaharui taubat dan memohon keampunan, menjauhkan diri dari dosa-dosa besar.
- Janganlah bazirkan masa walaupun sedikit kepada perkara-perkara yang tidak memberi faedah dan hendaklah menjauhkan diri dari perkara-perkara yang syubhah dan samar-samar hukumnya.
- Bersungguh-sungguh melawan hawa nafsu sehingga mampu mengendalikannya, jaga pandangan dan kuasailah keinginan naluri dengan cara mengarahkannya kepada yang halal
- Lepaskan diri dari berhubung dengan sebarang badan atau kumpulan yang tidak memberi faedah kepada fikrah perjuangan Islam.

[Sumber Rujukan: Kitab "Apa Ertinya Saya Memeluk Islam" - Fathi Yakan].

Gangguan Khanzab Ketika Solat


Waktu tidak solat, tidak ingat apa-apa..... Tetapi bila hendak mula solat, macam-macam perkara masuk ke kepala. Masa itulah teringatkan kain di ampaian takut ditimpa hujan, cukai jalan kereta hampir tamat, ada terasa macam hendak buang angin dan macam-macam lagi sehingga tidak khusyuk solat, dan terlupa bilangan rakaat.

Sebenarnya bila kita solat, akan hadir gangguan dan rasa waswas dari Iblis bernama Khanzab. Nabi s.a.w. ada berpesan yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad. Kalau keluar angin, pastikan telinga kita dengar bunyi dan ada bau. Kalau tidak teruskan solat. Khanzab memang hendak melalaikan kita.

Cara hendak lawan si Khanzab ialah dengan:

[1] Baca Ta'awuz (a'uzubiLLaHiminassyaitonnirrojim) sebelum solat.
[2] Baca Ayatul Kursi 1x
[3] Baca Surah an-Nas 1x

Lepas itu boleh berniat dan terus solat. Cuba fahami maksud semua bacaan dalam solat.Jom, tengok siapa yang menang, kita atau Khanzab?
In sya Allah

Thursday, March 3, 2016

Sampaikan Walaupun Sepotong Ayat


HIDAYAH adalah iman di dalam hati yang mencakupi tiga aspek iaitu:
1. Keyakinan di dalam hati (i'tiqadi)
2. Pengikraran dengan lisan (Iqrari)
3. Perlaksanaan dengan anggota badan (amali)

Hidayah juga bermaksud orang yang mendapat petunjuk daripada Allah S.W.T. daripada seorang kufur menjadi seorang yang beriman dan taat pada perintah Allah SWT. Semua manusia yang menganut agama Islam adalah mendapat hidayah daripada Allah S.W.T. tetapi tidak semua dari kalangan mereka mendapat taufiq untuk mengerjakan amal soleh.

Menurut kitab Jauharah Tauhid, taufiq ialah sesuatu yang diciptakan oleh Allah S.W.T. yang mendorong seseorang untuk melakukan kebaikan jika perkara tersebut berada di dalam dirinya.Taufiq diberikan hanya kepada mereka yang bersungguh-sungguh mengabdikan diri dengan rasa kehambaan demi mendekatkan diri kepada-Nya. Firman Allah S.W.T. maksudnya: "Dan orang-orang yang bersungguh-sungguh berusaha di dalam agama Kami, nescaya Kami akan beri petunjuk (hidayah) kepada mereka akan jalan-jalan kami." (Surah al-Ankabut ayat 69)

Dalam ayat yang lain Allah S.W.T. berfirman maksudnya : "Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya Dia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam; dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Dia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah dia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman" (Surah al-An'am ayat 125)

Allah S.W.T. tidak menyeksa sesuatu kaum melainkan hidayah terlebih dahulu disampaikan kepada mereka. Berpindah dari keadaan jahil kepada takwa itu adalah sesuatu yang sesuai dengan kehendak hidayah. Firman Allah S.W.T. maksudnya : "Sesiapa yang mendapat petunjuk, maka sesungguhnya itu adalah petunjuk untuk dirinya sendiri; dan sesiapa yang sesat maka sesungguhnya kesesatan itu untuk dirinya sendiri (pula). Dan tidaklah memikul beban seorang pemikul akan beban orang lain, dan Kami (Allah) tidak akan mengazab sebelum Kami (Allah) mengutus seorang rasul." (Surah al-Israk ayat 15)

Hidayah dan taufik adalah hak Allah S.W.T. Dia akan beri kepada sesiapa sahaja yang Dia kehendaki. Seorang rasul tidak mampu memberi hidayah kepada orang yang dikasihinya walaupun ahli keluarganya sendiri. Nabi Nuh a.s. telah berdakwah hampir 1000 tahun tetapi isteri dan anak lelakinya tidak mahu beriman kepada Allah S.W.T. dan tidak beriman kepada baginda sendiri. Nabi Luth a.s. juga menghadapi masaalah yang sama kerana isteri baginda tidak menerima seruan dakwah yang dibawa oleh baginda sebaliknya bersekongkol dengan golongan homeoseks dengan memberitahu bahawa suaminya (Nabi Luth a.s) mempunyai tetamu lelaki yang segak dengan tujuan mendapat upah yang lumayan.

Nabi Muhammad s.a.w. tidak mampu memberi hidayah kepada bapa saudaranya, Abu Talib yang banyak berjasa kepada baginda di saat akhir kematiannya. Nabi s.a.w. mengajar beliau mengucap, namun beliau tetap dengan pendirian dan teguh bersama dengan tuhan nenek moyangnya. Selepas kematian Abu Talib, Nabi s.a.w. bersabda maksudnya: "Demi Allah, aku meminta ampun daripada Allah selagi tidak di larang". Lalu turun wahyu yang bermaksud: "Tidaklah dibenarkan bagi Nabi dan orang-orang yang beriman, meminta ampun bagi orang-orang musyrik sekalipun orang itu kaum kerabat sendiri, sesudah nyata bagi mereka bahawa orang-orang musyrik itu adalah ahli neraka.(Surah at- Taubah ayat 113).

Nabi s.a.w. pernah berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberi hidayah dan taufik kepada salah seorang daripada dua lelaki (pembesar Quraisy) iaitu Umar bin al-Khattab atau Abu Jahal. Akhirnya Allah S.W.T kabulkan doa baginda dan Umar bin al-Khattab telah beriman dan masuk Islam dan menjadi seorang sahabat Nabi SAW yang besar.

Tugas kita sebagai pendakwah (daie) atau pendidik (murabbi) adalah tugas yang murni di sisi Allah S.W.T. Kita menjalankan tugas mendidik (tarbiah) kepada umat Islam sendiri dan menyampaikan dakwah Islam kepada orang yang bukan Islam. Perlu diingat bahawa berjaya atau gagalnya tarbiah atau dakwah yang kita jalankan bukanlah urusan kita kerana hidayah dan taufik adalah urusan Allah S.W.T. Di akhirat nanti kita tidak akan ditanya berapa ramai orang yang kita dakwahkan telah masuk Islam, tetapi kita akan ditanya adakah kita telah berdakwah kepada orang bukan Islam yang ada di sekeliling kita. Adakah kita telah sediakan program dakwah dan berusaha bersungguh-sungguh untuk menyampaikan mesej Islam kepada mereka?

Marilah sama-sama kita bergerak dalam satu saf yang tersusun rapi untuk menggembeling tenaga untuk menjalankan kerja-kerja dakwah dan tarbiah kerana kerja-kerja ini adalah kerja-kerja para rasul yang mulia dan sesiapa yang menjalankan kerja-kerja ini akan mendapat kemuliaan di sisi Allah SWT . Tidak ada balasan yang lebih baik melainkan balasan syurga seluas langit dan bumi yang akan di sediakan oleh Allah S.W.T.

Wednesday, March 2, 2016

Tamadun Semut


Foto teks ini memaparkan kisah seorang lelaki asyik memerhati seekor semut yang berusaha keras untuk mengheret sehelai daun besar kembali ke sarangnya. Perjalanan semut itu dipenuhi berbagai bentuk rintangan.

Perlahan-lahan, akhirnya daun itu berjaya dibawa ke pintu sarang. Namun, daun itu terlalu besar untuk ditarik masuk. Setelah berkali-kali mencuba namun tetap gagal, si semut terus masuk ke dalam dan meninggalkan daun tersebut di luar sarang.

Kisah ini boleh ditafsir dari dua sudut pandang. Mata duniawi yang melihat dari apa yang tersurat mengandaikan semut itu tamak, mengheret daun besar ke sarang untuk jadi makanannya sendiri. Usahanya mengalami kegagalan, kerugian dan sia-sia belaka.

Mata basirah (mata hati) yang melihat secara tersirat mengandaikan si semut masuk ke dalam sarang untuk meminta bantuan dari rakan-rakan lain supaya mengerat daun tersebut menjadi kepingan yang kecil dan membawa masuk secara berdikit-dikit untuk dijadikan makanan bersama.

Semut dicintai Allah sehingga dalam Al Quran sendiri pun terdapat satu surah yang dikhususkan untuk komuniti serangga ini. Sebagaimana makhluk ciptaan Allah yang lain, mereka sentiasa bertasbih kepada-Nya sebagai tanda bersyukur. Mereka hidup bermasyarakat dan berjemaah dalam apa jua tindakan. Bersatu teguh, becerai roboh. Semasa berada dalam jemaah, tiada siapa yang berani mengganggu. Bila bersendirian, ketika masing-masing bertebaran mencari makanan, semut mudah menjadi mangsa makhluk yang lebih besar.

Ini berbeza dengan sesetengah manusia yang dikatakan berakal tinggi. Manusia mudah berpecah belah, malas solat, apa lagi bersyukur di atas jutaan nikmat yang Allah limpahkan. Manusia begini kontang perasaan, hati sentiasa bersalut lumpur kerana jarang mengambil iktibar daripada alam. Kerana itu apa sahaja yang dilihat negatif belaka. Hati yang dibersihkan dengan zikir dan istighfar pasti melihat kebaikan dalam setiap kejadian dan mengambil ibrah darinya.

Jom fikir-fikirkan, siapa yang lebih bertamadun, semut atau manusia?