Saturday, February 7, 2015

Kenali Khasiat Tumbuhan Kita

Mudah dilihat di tepi-tepi jalan, pokok ARA TANAH atau susu nabi amat berguna untuk mengubati ketuat,gout, gatal-gatal akibat alahan atau kudis, buasir dan juga membanyakkan susu ibu. Caranya ialah dengan merebus keseluruhan pokok dan meminum air rebusan itu atau dibuat sapuan di tempat yang gatal atau alahan.
Pokok MAHKOTA DEWA berasal dari Indonesia. Buahnya berkhasiat untuk menurunkan kadar kolesterol, tekanan darah tinggi, mengurangkan paras gula dalam darah dan mengatasi masalah buah pinggang.Cara makan ialah dengan menghiris buahnya nipis-nipis, dijemur kering dan disimpan dalam balang. Bila diperlukan rebus dan minum airnya seperti teh. Awas, biji jangan dimakan sebab bertoksid.
Biji buah PETAI BELALANG boleh merawat masalah hati, bengkak buah pinggang, busung, cacing dan kencing manis. Daunnya direbus dan diminum bagi yang mengidap demam kuning. Akar dan kulit kayunya direbus dan diminum bagi menurunkan paras gula dalam darah. Zat besi yang tinggi dalam buah ini mampu menstimulasikan pembentukan sel darah merah bagi pesakit Anemia. Seratnya yang tinggi membantu sistem pencernaan dan mengubati masalah sembelit.Kandungan Trytophan di dalam buah ini dikatakan berupaya menstabilkan mood seseorg yang sedang mengidap kemurungan, Mengamalkannya juga mampu menguruskan badan dan mengurangkan risiko strok. Amalan ini disahkan oleh The New England Journal Of Medicine. [Petua Nenek Kebayan]
RUMPUT SAMBAU berguna untuk mereka yang cedera akibat disambar petir.Rendaman airnya disapukan pada luka dapat menyembuhkannya. Elok juga buat mandian ibu yang baru bersalin dan mereka yang lenguh-lenguh badan.
Ini adalah POKOK BUAH LETUP yang sering jadi mainan semasa kita kecil dahulu. Sebenarnya ia berkhasiat untuk pesakit diabetes. Caranya ialah dengan merebus pucuknya dan dimakan 3 kali seminggu. In sya Allah pesakit tidak perlu menggunakan insulin lagi.

No comments:

Post a Comment