Thursday, February 28, 2013

Kaedah Sekat Laman Web Lucah



serenemaklong.blogspot.com



 INTERNET merupakan saluran utama untuk mendapatkan maklumat secara mudah dan cepat. Namun Internet juga secara tidak langsung dapat meracuni pemikiran golongan muda hari ini.

Remaja dan kanak-kanak bebas melayari laman web yang tidak sesuai dengan usia mereka seperti laman web lucah. Bahan yang berbentuk pornografi ini boleh membawa kepada jenayah seks seperti kes rogol, cabul kehormatan dan sebagainya.

Kaedah terbaik mengenai penapisan dan sekatan terhadap akses kepada laman web luch ini adalah melalui kesedaran pada diri sendiri dan pendidikan. Bagaimanapun, memang ada cara untuk menghalang alamat domain tertentu yang tidak mahu dilawati.

Tukarkan tetapan dns untuk menggunakan opendns.org yang mana ia adalah pekhidmatan dns dengan ciri yang tidak ada pada perkhidmatan dns lain.

Tahukah anda, opendns.org bercirikan penapis kandungan penyekat domain dan penapis laman web lucah. Pengguna boleh memilih kategori laman web yang hendak dihalang.

Komuniti di sebalik tabir opendns.org membantu mengkategorikan laman web yang sudah ditandakan dan membuat undian sama ada ia daripada kategori penanda yang selamat atau sebaliknya.

Cara menggunakannya amat mudah yang mana pengguna hanya perlu menaip alamat laman web terbabit. Misalnya, www.hmetro.com.my . Pertanyaan ini akan dihantar ke pelayan dns yang dipasang di komputer atau router. Dalam kes ini, ia adalah pelan opendns.org

Pelayan opendns.org akan mengenal pasti sama ada laman web itu berada dalam kategori yang disekat atau tidak. Jika ia berada dalam kategori disekat, ia akan kembali dan memaparkan mesej ralat. Jika tidak, ia akan keluar seperti biasa.

Ibu bapa boleh menggunakan perisian ini untuk menyekat anak-anak mereka daripada melayari laman web lucah atau memuat turun kandungan tidak sopan ke komputer mereka.

Ikuti langkah berikut untuk menggunakan pelayan opendns.org:
·      Masuk ke http://opendns.org dan klik ‘get started’.
·      Pilih persekitaran yang betul. Dalam kes anda, pilih untuk menukar tetapan DNS dalam router;
·      Pilih router dan ikut saja arahan diberi;
·      Daftar dan log masuk untuk membolehkan anda melaraskan perkhidmatan.

(Sumber: Harian Metro)

Wednesday, February 27, 2013

3 Sifat Merugikan


serenemaklong.blogspot.com




ADA tiga sifat dan sikap kebiasaan manusia yang dimurkai oleh Allah SWT iaitu:

BURUK LISAN: Mulut bagai muncung teko yang mengeluarkan isi. Jika ingin melihat kualiti diri, lihatlah kata-kata yang keluar dari mulut. Rasulullah saw bersabda,”barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir, maka hendaklah ia mengatakan yang baik atau diam.”(HR. Bukhari dan Muslim).

BURUK SANGKA (Su’uzhan): Allah SWT berfirman, ”Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebahagian dari prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian dari kamu mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah seseorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah penerima taubat lagi Maha Penyayang.” Al  Hujurat, ayat 12.

Selain merosakkan hati, kebahagiaan, dan akhlak, buruk sangka juga merosakkan kedudukan kita di sisi Allah SWT. Oleh itu, latihlah hati dan fikiran kita untuk selalu positif dan terhindar daripada berburuk sangka terhadap orang lain. Paling berbahaya bila  kita sudah mulai berprasangka buruk kepada Allah SWT. Na’uudzubillahi min dzaalik.

RIYA: Salah satu syirik kecil di mana pemilik sifat ini  selalu mengharapkan pujian dari orang lain atas segala amal baiknya. Allah SWT mengibaratkan amalan orang yang riya’ bagai batu licin yang di atasnya ada tanah, lalu hujan lebat menimpanya, maka ia menjadi bersih dan tidak meninggalkan bekas.

Sebaik-baiknya kita jauhi 3 sifat ini supaya kita tidak menjadi hamba Allah yang rugi di akhirat kelak. Jadikan hati kita taman bunga indah yang disenangi oleh seluruh makhluk alam.





Ulos

serenemaklong.blogspot.com




ULOS bererti selimut. Ia memberi kehangatan kepada yang memakainya, melindungi daripada terpaan udara sejuk.

Ulos adalah karya seni tinggi, sebagai cenderahati. Harganya boleh mencecah ribuan ringgit sehelai. Ia terdiri dari berbagai jenis motif dan masing-masing mempunyai erti tersendiri. Ia menentukan bila ulos digunakan, disampaikan kepada siapa, dalam upacara adat yang bagaimana.

Dalam adat,  istilah "mengulosi" (memberikan ulos), ertinya memberikan kasih sayang kepada orang tertentu. Pemberi ulos mungkin ibu bapa, orang yang disayangi atau dihormati.

Ulos juga diberikan kepada orang di luar daripada adat Tapanuli. Misalnya pemberian ulos kepada presiden atau pegawai pejabat yang berkunjung.

Biasanya Ulos juga boleh membawa erti sebagai gobak gobak atau doa, semoga ketika menjalankan tugas, pejabat yang bersangkutan selalu berada dalam kehangatan kasih sayang rakyat dan orang- orang yang dipimpinnya.

Selain itu, ulos juga merupakan kelengkapan busana. Misalnya, busana pengantin yang ditujukan untuk menggambarkan keakrabatan Dalihan Na Tolu. Ia boleh menjadi penutup kepala, ikat kepala, penutup dada (busana), atau sebagai sarung.


Tuesday, February 26, 2013

Langkah Penting Mulakan Perniagaan


serenemaklong.blogspot.com




APABILA memulakan apa jua jenis perniagaan ataupun mencipta produk atau perkhidmatan untuk dijual, langkah pertama adalah menjalankan penyelidikan. Soalan yang paling penting perlu  mendapat jawapan adalah...

"Sekiranya saya menjual produk ini, di tempat ini, pada harga ini, ada tak pembeli?"

Seringkali saya melihat seseorang memulakan perniagaan tanpa menyelidik pasaran terlebih dahulu. Terus dapatkan apa sahaja produk yang dijumpa, kemudian, terus cuba menjualnya pada satu harga yang ditetapkan sama ada melalui Internet atau bukan Internet. Cara ini adalah SALAH dan saya tidak syorkan.

Dan kesilapan yang paling ketara adalah  "menganggap" atau "assume" pasaran dan keuntungan akan menyebelahi perniagaan yang didirikan!

Penyelidikan pasaran amat penting untuk memastikan kejayaan sesuatu perniagaan. Saya sering mengambil masa berbulan-bulan untuk penyelidikan perniagaan sebelum memulakan apa sahaja perniagaan.

Jangan mulakan perniagaan sekiranya anda tidak menyelidik pasaran terlebih dahulu. Menyelidik pasaran adalah aktiviti yang agak membosankan oleh kerana tidak dapat lihat wang masuk! Namun, ia amat penting untuk jangka masa panjang.   

(Tulisan oleh Irfan Khairi)


Monday, February 25, 2013

Paya Indah Wetlands

serenemaklong.blogspot.com




SINCE its soft re-opening in 2008, 3,200-hectare Paya Indah Wetlands has recorded a steady number of visitors, most of whom throng the place on weekends and public holidays.
Go there when it opens at 7.30am, and you get to see the birds - 229 species in all!

Bring binoculars and camera and look out for purple swamp hen, white-breasted water hen, white-bellied woodpecker, olive-backed sunbird, brown shrike, red wattled lapwing and yellow vented bulbul.

These are just some of the birds that have been spotted here. Then, when the birds have flown off to look for breakfast, look out for colourful butterflies, dragonflies and beetles.

As you move from one lake to another (the park is said to have at least 18 lakes), take time to admire the blooming lotuses in pink, white and purple hues. These beautiful blooms add colour to blue skies reflected on the surface of the placid lakes.

This is also the best time to decide on the best place to spread your picnic mat. The family zone is probably the best spot as there are basic amenities such as toilets, gazebos and a cafeteria.

At 10am, take a walk over to the hippo pond and wait for the wildlife officer to call a family of hippopotamuses. Just a whistle and the mother and her cub will come out of the water.


Next to the fence at the pond is a wheelbarrow filled with banana, papaya and grass. The hippo is a herbivore. But its huge canine teeth and sharp incisors are capable of breaking a small boat in half!

Nevertheless, seeing them up close is an interesting experience. This huge animal “perspire blood”! Actually, the red-coloured liquid is an acidic secretion that gives sunscreen protection effect. It’s even more exciting when you get the chance to throw fruit to them.

At 11am, make your way to the crocodile pond where you see “floating tree trunks”,  moving from every corner of the pond. Those trunks are crocodiles and there are at least 30 crocodiles in the pond, the largest measures almost 5m long!
As the crocs get closer to the edge, a park employee throws chickens into the pond. At this, the reptiles, which earlier displayed a passive demeanour, turn aggressive at every throw of the chicken.

The serene water breaks into ripples as the reptiles poke out their heads with wide open jaws, displaying their sharp fangs. Despite their hefty weight, the crocs sometimes jump out of the water to grab their share of chicken.

The next activity is at 5.30pm. But until then, you’ll have the park all to yourselves. Walk, cycle, kayak, fish or take a nap — the park is vast enough for you to have your own private time and zone.


The walk through the conservation zone will take you to a beautiful Terengganu house, a bamboo forest and a junk that was used to ferry miners to a dredge during the tin mining era.
The park is divided into three zones. The recreational zone is where most activities take place. The other two zones are only accessible with a guide.

If you don’t come prepared with meals and drinks, don’t worry. A cafe and stalls offer not only tidbits and drinks but also rice and a la carte dishes.

The wildlife interaction activity is at 5.30pm at the Interpretative Centre. There you will meet Bell, Bobo, Koko, Kiki and Amoi. These are tame, cuddly animals that you can touch, carry and play with. Get up close with the slow loris, albino python, otter, porcupine and parrot. 
Kids will love the otter, slow lorry and parrot while they need a bit longer time to get close to the porcupine and python.

After the wildlife interaction session, tarry a while to watch the stunning sunset colours spread across the sky and the reflection on the lotus-dotted lake.


Try spotting the birds as they make their way back to their nests after a hard day’s hunt for a meal.

Soak in the serenity of Paya Indah Wetlands as it takes on a different character at dusk. The night is quiet and the only noise you hear comes from airplanes taking off and landing at neighbouring Kuala Lumpur International Airport in Sepang.

Still full of energy? Go on a night safari — with a guide. See the park in a different light and, if you’re lucky, you may see nocturnal residents going about their business.

If you’d like to stay, Paya Indah Wetlands has 24 chalets - all strategically located to offer a lakeside view. Styled like Malay houses, chalets are spacious with bathrooms. You only pay RM120 for a chalet per night! Word has it that the chalets are fully booked till the end of the year!

The park is just 15 minutes drive from Putrajaya. The easiest way is to follow the directions to Dengkil, where more signages will direct you to Paya Indah Wetlands, which opens from 7.30am to 7pm daily.

The animal feedings and wildlife interaction activities are only available on weekends, public holidays and school holidays. But if you’re there on a weekday, you can go cycling (RM5 for two hours), jungle trekking, bird-watching, fishing (RM10 per rod), fish feeding (RM3 per pack of pallets), kayaking (RM7 per kayak) and climb the viewing tower.


If you want to go outside the Recreational Zone, you have to hire a guide (RM90). There’s no entrance fee! Call 03-8768 7616 or email piw@wildlife.gov.my

(Photo: www.malaysia-traveller.com)

Sunday, February 24, 2013

Bungkus Aurat



serenemaklong.blogspot.com



  
ADA wanita mengaku muslimah yang berkata " Takkan pakai begini pun tak boleh? "

Sesungguhnya apabila badan sakit maka makan dan minum pun sukar ditelan, istirehat dan tidur juga tidak nyaman. Demikian juga  hati bila telah dibelenggu oleh cinta dunia, nasihat susah untuk memasukinya - Malik bin Dinar (Hilyatul Auliyaa’)

Kamu derhaka kepada Allah, padahal engkau mengaku cinta kepada-Nya? Pelik sungguh. Andai cinta kamu itu tulus, tentu kamu akan taat kepada-Nya. Lazimnya orang yang mencintai itu selalu taat kepada yang dia cinta.
Dan manusia adalah makhluk yang paling banyak membantah – Al Kahfi ayat 4.

Baju nipis nampak bayang
Paha gebu saja ditayang
Tak pakai baju lagi senang
Dah tentu boleh tunjuk terang-terang

Baju ketat seluar sendat
Pakai tudung cuma ikat-ikat
Dari mula memang bukan adat
Di sudut agama pun gaya tak berkat

Tudung jarang baju nipis
Pakai sikit boleh nampak ‘garis’
Mata orang terbeliak, kita membengis
Bila kena kutuk, kenapa menangis

Lengan pendek blaus gantung
Jeans ketat melekat di punggung
Jadi orang Islam sebenarnya beruntung
Agama tak suruh berbungkus macam pocong

Kebaya ketat, kain terbelah
Ikat tudung macam tak sudah
Nak ikut suruhan agama memang tak mudah
Tapi Islam sebenarnya indah

Dah kalau mula minat bertudung
Cubalah sesuaikan apa yang disarung
Kalau jiwa masih rasa ‘mendung’
Maknanya nafsu belum dapat dibendung

Bertudung itu bukan paksaan
Ia lebih kepada keinsafan
Selalunya nafsu masih dikuasai syaitan
Itulah sebabnya fesyen pun bukan-bukan

Asal menutup aurat itu tuntutan
Kalau dianggap susah, itu tanda bosan
Yang hati sudah tak berkenan
Itulah sebabnya berjela-jela mencipta alasan

Menutup aurat satu syariat
Kepada agama kita taat
Hidup berkat pahala berlipat-lipat
Di dunia selamat, di akhirat hebat

(Pantun Oleh Akademi Al-Quran)




Boosting Metabolism


serenemaklong.blogspot.com


THE number of calories you burn up over the day directly effects the body weight as well as your capacity to both get or drop body weight. The amount of calories you burn off is decided by your metabolic price. Understanding the varied variables that impact your metabolic price will assist you to comprehend how you can command and sustain your best fat for life and how to improve your metabolic process.

There are various misconceptions about metabolic process, metabolic amount, system excess fat, lean body mass, muscle, and dropping pounds. Just so we’re obvious, let’s commence by 1st getting an knowledge of the legitimate definition of fat burning capacity.

American Heritage Dictionary- me·tab·o·lism (m–tab’Y-l-z’Ym) n.1. The chemical processes occurring inside a dwelling mobile or organism that are necessary for the upkeep of living. In metabolic process some substances are damaged all the way down to yield vitality for crucial processes when other substances, necessary for living, are synthesized.

The definition basically tells us that our cells have to have energy to operate our body. Your body demands a bare minimum amount of energy for executing essential things like digesting meals, respiration, circulation, replication of cells, as well as the other regulatory capabilities the body performs to sustain alone. The speed that we use energy to hold out these essential functions is referred to as the Basal Metabolic Charge (BMR).

BMR may differ from person to person and usually accounts for your most significant amount of money of our day-to-day calorie requirements. Whilst BMR is often a big think about your daily caloric requires, you can also find quite a few extra factors that determine how many calories you need everyday. Several of them, like gender and age are unalterable. But other individuals, like as bodily activity, lean body mass (LBM), and physique weight are factors which you have control around, thus effecting your every day power requirements.

At the time you recognize your BMR and how to boost it, you should apply three basic techniques to obtain your purpose, regardless of whether it is really to lean down, melt away unwanted fat, build muscle mass, or get rid of bodyweight. 

The fact is, you don’t need capsules or weird DVD’s to accomplish your aims. If you want to understand how to boost your metabolism, run a mile, or develop muscle mass, all it’s going to take is learning the way to consume and exercising properly after which performing it persistently. Instead of using a quick resolve process, try implementing these a few fundamentals (THE BIG Three).

No matter what your objective, use ‘the massive three’ like a rule to attain toughness training, operation, or physical overall look connected ambitions:

1) Psychological Angle (self-image, and objective environment, & motivational techniques)

2) Nutrition (natural & organic foods, frequent snacks, balanced meals)

3) Exercise (cardio, toughness coaching, and flexibility)
Use these a few steps as being a guide to developing a power schooling program that fits into your schedule and works towards your objectives. Be fearless in your pursuit of excellence, and absolutely never give up on what you would like to obtain.

Saturday, February 23, 2013

Protein for Health


serenemaklong.blogspot.com

                        
                         (Fish is a good source for protein)

WHAT did you have for breakfast today - a hearty dose of Nasi Lemak with fried chicken, completed with Teh Tarik? Or perhaps a much-needed steaming cup of coffee to go with the morning paper?

For some people, it is a norm to skip breakfast in the morning for an extra 10 minutes of snooze time or to beat the traffic jam. For those who do have breakfast, you’ll have to admit that we are spoilt for choice when it comes to the selection of food we can have to start our day. 

The question is, are you eating right for the right start to your day?

While bread or cereal may seem to be a convenient option, they are high in carbohydrate and may lead to elevated blood sugar levels which drop quickly and leave you feeling hungry and drained. Research have showed that a breakfast high in protein helps with stabilising blood sugar and prevents hunger for a number of hours.

According to the Malaysian Food Guide, Food Pyramid and Food Composition, breakfast should account for 30% of our protein intake – which translates to approximately 21 grams. While there are many types of food we can consume to meet the 21 grams of protein intake for breakfast, we have to also be mindful not to take in too much calories and fats, which may lead to obesity.

Each person’s protein needs depend on several factors such as age, size, physical condition, and the level of physical activity. Nutritionists use a standard method to estimate a person’s minimum protein requirement daily, which is to multiply a person’s body weight (kg) with 0.8, as the recommended dietary allowance (RDA) in the US for protein is 0.8 grams per kilograms of body weight of adults.

Take a typical Malaysian breakfast for instance. According to Nutriweb Malaysia 2000-2012 Database of Nutrient Composition of Malaysia Food, three pieces of Roti Canai can provide you with 21 grams of protein for your first meal of the day, but that also comes with 31 grams of fat, and 136.5 grams of carbohydrate. Likewise, in order to have 21 grams of protein, you will need to have 2.2 packets of Nasi Lemak, but provides you with 28.8 grams of fat and 128 grams of carbohydrate.

Protein is found in every single cell in the body. An important building block for bones, muscles, cartilage, skin and blood, high quality protein provides all of the essential amino acids needed by healthy adults and growing children. People who don’t get enough of this important macronutrient will lack energy, and they will see their muscles and immune systems weaken.

As one of the macronutrient foundations of a balanced diet, protein needs to be consumed each day to maintain health.  For people who have difficulty consuming the recommended amount of protein in their diet, adding a high quality protein powder, helps people give their bodies the fuel to power their cells, and provide energy to their bodies.

Plant Protein Powder is a sensible way to fill the protein gaps in your diet. Most people associate protein with meat, poultry, eggs and dairy. In today’s world, that isn’t always what people want to hear. Many people want to incorporate as many plant-based options as they can into their diets.

Protein keeps us feeling healthy by acting as a cell repair nutrient, it provides energy by producing hemoglobin – the red blood cells that carry oxygen throughout our bodies, it builds lean muscle, and it supports the immune system by manufacturing antibodies, the substances that fight off illness.

Protein needs to be replenished daily. This necessity means that many individuals run short of their bodies’ needs. And without enough protein, the body will just not function as well as it could. Supplementing with a healthy diet rich in essential nutrients should be the first choice to give your body the nutrition it needs. 

But research shows that the majority of people do not consume the recommended daily amount of fruits and vegetables, depriving their bodies of important building blocks for health. The human body does not produce 9 of the essential amino acids found in protein so it needs to be replenished daily. So if your body needs more protein than you’re getting from your diet alone, then supplementation plays an important role to help fill dietary gaps in loading up your day’s essentials.

Plant Protein Powder help you boost your protein intake and get a right start for the day. It can be mixed with any of your favourite beverages or food, it is an easy and convenient breakfast option that can help you achieve the needed protein.

This nutritious alternative to meat and dairy products is suitable for those seeking a lean source of protein in their diets. It is a boost to your diet to load up your day’s essentials, giving you an energized start in the morning.

*Source: Nutriweb Malaysia 2000-2012 Database of Nutrient Composition of Malaysia Food

­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­

Kaedah Liposonix nyah lemak tubuh


serenemaklong.blogspot.com



SEMUA orang mengidamkan bentuk tubuh menawan, tetapi adakalanya mengawal pemakanan dan bersenam sahaja tidak memadai untuk membantu memiliki bentuk tubuh sedemikian.

Mungkin rawatan 'Liposonix' iaitu suatu prosedur mengurangkan lemak tanpa melibatkan pembedahan, boleh membantu. Rawatan selama sejam yang tidak memerlukan penjagaan susulan ini menggunakan teknologi ultrasound termaju yang mampu menghapuskan lemak yang tidak diingini untuk selama-lamanya, termasuk lemak yang dianggap degil.

Seseorang yang menjalani rawatan ini boleh terus kembali aktif seharian, tanpa perlu isau tentang kesan sampingan yang mungkin dialami. Bagaimanapun, hasil optimum daripada rawatan ini akan lebih ketara selepas lapan hingga 12 minggu.

Rawatan ini 100 peratus selamat dan merupakan suatu kaedah yang tidak bersifat invasif serta hanya memberi ketidakselesaan minimal. Sebelum menjalani rawatan, bakal pesakit akan ditemubual dan diberi taklimat mengenai kaedah yang digunakan serta perkara yang akan dialami semasa rawatan.

Bagaimanaun, tisu adipos setebal kurang 1.0 sentimeter di bahagian yang ingin dirawat dan mereka yang menggunakan implan atau sebarang bendasing di kawasan yang ingin dirawat, tidak sesuai mendapatkan rawatan ini.

Rawatan ini menggunakan tenaga ultrasound berkepadatan tinggi terfokus atau HIFU untuk mengurangkan lemak di bahagian pinggang, tanpa melibatkan pembedahan. Ketika rawatan, kepala alat Liposonix diletakkan pada bahagian yang hendak dirawat, tanpa mencederakan kulit. Hanya tisu lemak di bawah kulit yang akan musnah untuk selama-lamanya.

Kata Dr Liow Tiong Sin, pakar estetik dan pengarah eksekutif Pusat Perubatan Beverly Wilshire di Kuala Lumpur, lemak yang dirawat itu akan dikeluarkan secara semula jadi. Rawatan ini dikaji secara mendalam melalui penyelidikan dan ujian yang dilakukan selama lebih satu dekad dan sejak ia mula dicipta. Di Amerika Syarikat, sistem ini hanya digunakan untuk merawat abdomen dan bahagian sisi tubuh, manakala di negara Kesatuan Eropah (EU) dan Kanada, ia juga digunakan untuk merawat bahagian pinggul, paha dan punggung.

Liposonix lebih sesuai digunakan oleh lelaki dan wanita yang memiliki Indeks Massa Tubuh (BMI) tidak lebih 30. Ia pertama kali digunakan di Hong Kong pada Jun tahun lepas, manakala Malaysia menggunakan mesin pertamanya berharga RM360,000 mulai November 2012.


Setelah menjalani rawatan, pesakit tidak memerlukan sebarang penjagaan khusus. Yang perlu mereka lakukan ialah terus mengamalkan diet dan gaya hidup seperti yang diamalkan sebelum menerima rawatan ini.

Ketika dirawat, ada pesakit yang mungkin berasa kurang selesa dan sakit. Selepas itu, kulit mungkin berubah menjadi merah, lebam, bengkak dan berasa tidak selesa untuk seketika.

Kini, semakin ramai yang mementingkan keterampilan diri memilih kaedah ini bagi membuang lemak yang tidak mereka ingini untuk memiliki bentuk tubuh yang diimpikan.

(Sumber: Bernama)

Friday, February 22, 2013

Keajaiban Selawat


serenemaklong.blogspot.com



 
1) Sabda Rasullah SAW : Barangsiapa yang berselawat ke atasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat ke atasnya 10 kali ganda - (HR Muslim.)

2) Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil jika kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu.

3) Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari, In Sya Allah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki  atau wanita.

4) Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. In Sya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.

5) Sesiapa yang membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.

6) Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, In Sya Allah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.

7) Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain.

Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi.

9) Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, In Sya Allah akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, dan sebagainya dalam dirinya.

10) Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali pada malam Jumaat, In Sya Allah akan beroleh kebahagiaan sama ada di dunia mahupun di akhirat.

11) Amalkan selawat 11 kali tiap kali selesai solat fardu kerana Allah akan mengindahkan akhlaknya menjadi lebih disenangi di kalangan orang lain.

12) Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.

13) Sesiapa yang berselawat tidak kira banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.

14) Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin keselamatan hidup dan pertolongan Allah, lebih-lebih lagi pada saat kita menghadapi kesukaran hidup.

15) Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.

16) Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali setiap hari, Allah akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.

17) Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan Allah segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNya.

18) Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan.

19) Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan Allah.

20) Sesiapa yang membaca selawat sebanyak 7 kali selama 7 Jumaat berturut2, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW.

21) Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.

22) Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat Asar pada hari Jumaat, In SyaAllah akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang.

23) Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya.

24) Jiwa yang resah gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana Allah itu Maha Luas Rahmatnya.

25) Ulama berpendapat, sesiapa yang mengamalkan selawat saban hari tidak kira berapa hitungannya, In Sya Allah dihindarkan daripada taun dan wabak penyakit berbahaya yang lain.

26) Membaca selawat 1000 kali selepas solat hajat 2 rakaat mampu menghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan Allah akan hajatnya.

27) Menurut para ulama, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib.

28) Para Ulama berpendapat, Allah akan sempurnakan hajat yang baik dengan sentiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti dengan usaha yang berterusan.

29) Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya - HR Abu Naim.

30) Sabda Nabi SAW: Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat - HR Thabrani

Sifat Dermawan Orang Kelainan Upaya


serenemaklong.blogsot.com

 



BAYANGKAN, jika seorang anak kelainan upaya bersedia menghulurkan bantuan, mengapa kita yang serba sempurna di segi fizikal dan kononnya 'lebih baik' ini tidak demikian?
 
Seorang anak kelainan upaya  berjalan merangkak di depan meja yang bertanda 'Derma'. Orang-orang yang berada di tempat itu menyangka mungkin dia salah seorang yang akan menerima sumbangan. 

Tetapi perkara yang berlaku setibanya di meja `Derma` memang tidak diduga! "Saya nak derma juga!" katanya. Dia menuang duit-duit syiling dari  mangkuknya. Para petugas menghulurkan tangan untuk membantu, tetapi dia hendak melakukannya  sendiri.

Mereka tidak terkata apa-apa kerana yang didermakannya kepada Lembaga Amal itu adalah hasil jualan kraftangannya sendiri.

"Saya ada duit lain lagi," katanya penuh bersemangat sambil menyeluk saku seluarnya dan mengeluarkan beberapa keping wang RM10 dan menyerahkannya kepada petugas.

"Sesungguhnya jika kita berbuat kebaikan, kita bukan saja sedang membantu orang atau mahkluk lain, tetapi kita juga sedang membantu diri sendiri agar menjadi lebih bahagia. Carilah kebahagiaan dengan memberi dan berkongsi."