Sunday, August 2, 2015

Keajaiban Bacaan Al Quran

Imam Ahmad, at-Tirmidzi, Muslim dan An-Nasa-I meriwayatkan dari Suhail bin Shalih, dari ayahnya, dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “ Janganlah kamu menjadikan rumah kamu sebagai kuburan,sesungguhnya rumah yang dibacakan Surah Al Baqarah tidak akan dimasuki syaitan “ (Hadis Riwayat At Tirmidzi mengatakan : hadis ini hasan sahih)
Abdullah bin Mas’ud mengatakan: "Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat dari surah Al Baqarah iaitu - Surah Al Baqarah ayat 1-5, Ayat Kursi dan 2 ayat berikutnya, Surah Al Baqarah ayat 284-286. Maka syaitan tidak akan masuk ke rumahnya pada malam itu".
Al Bukhari meriwayatkan dari Al-Laits, dari Yazid bin Al-Haad, dari Muhammad bin Ibrahim, dari Usaid bin Hudhair: “ Pada suatu malam dia membaca surah Al-Baqarah sementara kudanya ditambat berhampiran dengannya. Tiba-tiba kudanya itu pun berputar-putar. Ketika Usaid berhenti membaca, kudanya itu pun kembali tenang. Kemudian Usaid membacanya kembali dan kudanya itu kembali bergerak dan berputar-putar. Tatkala dia berhenti membaca, kudanya kembali diam. Kemudian dia membacanya lagi, kudanya itu pun bergerak dan berputar-putar. Maka dia pun berhenti membacanya sedangkan puteranya Yahya berada berhampiran kuda tersebut. Oleh kerana berasa bimbang akan memijak anaknya, dia pun mengambil anaknya seraya penglihatannya mengadap ke langit dan dia melihat satu bayangan putih ( berkelip-kelip ) sampai dia tidak melihatnya lagi.
Ketika pagi menjelang, dia pun menceritakan perihal tersebut kepada Rasulullah SAW. Rasulullah bersabda: "“Wahai putera Hudhair, baca terus” Dia menjawab, “ Ya Rasulullah, aku merasa bimbang kepada Yahya kerana dia berada dekat dengan kuda tersebut. Kemudian aku mengangkat kepalaku dan melihat ke langit, tiba-tiba aku melihat seperti suatu bayangan yang mirip lampu-lampu. Setelah itu aku keluar rumah dan melihatnya sampai aku tidak melihatnya lagi.” “Tahukah engkau apa itu “ Tanya Rasulullah. “ Tidak “ Jawabnya. Baginda pun bersabda “ Itulah malaikat yang mendekatimu untuk mendengar suara bacaanmu. Seandainya kamu terus membacanya (sampai pagi ), nescaya pagi ini manusia akan dapat melihatnya tanpa terhalang.

No comments:

Post a Comment