Monday, August 10, 2015

Panduan Membeli Emas

Kala ini nilai ringgit jatuh merudum akibat persepsi negatif awam terhadap ekonomi dan kestabilan politik negara. Ada pihak bercadang hendak membeli emas sebagai langkah keselamatan dan pelaburan. Pakar Kewangan Islam, Ustaz Dr. Zaharuddin Abdul Rahman mengingatkan beberapa perkara perlu diambil berat sebelum membeli emas: Beli emas yang benar-benar TULEN. Jangan beli emas dari SYARIKAT TIDAK BERLESEN, yang TIDAK membenarkan emas yang dijual itu dibuka dari sampul atau barcode tertentu. Bahagian luarnya kelihatan seperti emas tetapi dalamnya palsu.Emas SUKAR DIJUAL SEMULA dengan harga lebih baik dalam masa JANGKA PENDEK. Oleh itu, pastikan MODAL membeli emas itu BUKAN HASIL PINJAMAN atau mungkin diperlukan untuk kegunaan segera jangka pendek. Jangan beli dengan cara TANGGUH BAYARAN atau TANGGUH PENERIMAAN, kerana itu adalah RIBA yang diharamkan. Ketika membeli emas dan ingin pula menjualnya dalam tempoh kurang dari 2 tahun, kenalpasti kumpulan sasaran berpotensi untuk membeli emas tersebut dengan harga yang baik. Ini adalah kerana jika dijual semula kepada pembeli semula, kebiasaannya 'spread' atau margin keuntungan yang diambil adalah tinggi dan merugikan kita.

No comments:

Post a Comment