Tuesday, August 28, 2018

Solat Dan Sabar



Kenapa wujudnya 'manusia-manusia' yang selalu menyakitkan hati?

Hadirnya 'orang-orang' sebegitu bukanlah sia-sia. Ia adalah ujian buat kita sejauh mana kesabaran yang kita acap kali ucapkan. 

Berkata 'sabar' dari bibir adalah  seringan kapas tapi untuk aplikasikan 'sabar' dari perbuatan adalah seberat gunung yang memikul." 

Lupakah kamu dengan 2 syarat mukmin yang berjaya yang selalu diulang-ulang dalam Al Quran? 

Macam mana dikatakan orang yang berjaya andai benteng sabar pun hampir roboh? Itu belum lagi dengan tiang solat yang masih goyah? 

Apabila seseorang melakukan sesuatu yang menyakiti hati kita, berjanjilah pada diri sendiri dan pada ALLAH, yang kita takkan melakukan perkara yang sama pada orang lain.

Biar orang lain yang jahat, kita pilihlah untuk tetap baik, untuk syurga ALLAH. Untuk redha ALLAH. Kita nak Rasullullah saw bangga dengan akhlak kita.

" Ya Allah..bantulah kami memelihara emosi ini, lidah ini, tangan ini kerana-Mu.. Anugerahkan kami kesabaran dan kelembutan"

Di Simpang Hijrah



Salam dua rakaat 
KUTUNGGU KAU DI SIMPANG HIJRAH

Benar. Aku sudah berubah. Pun secara perlahan tengah berproses meninggalkan masa lalu. Jadi jangan lagi berharap bertemu denganku yang dulu. Sebab aku sudah tiada di masa lalu.

Benar. Diri ini sedikit demi sedikit mulai menanggalkan kebiasaan buruk yang dahulu sering ku perbuat.

Jangan lagi bertandang ke masa laluku. Sebab sekali lagi, aku sudah tiada disana. Namun jika kau ingin menemuiku, temui saja aku sekarang. Tentunya di tempat yang kini sedang berusaha ku jelajahi.

Kutunggu hadirmu di sini.
Di Simpang hijrah.

Nukilan Ben Ooi, 
Pengarah Inspirasi Mualaf Utara

Wanita



Wanita...

Kamu menikah dengan orang yang tepat atau tidak, semuanya akan terlihat jelas dari penampilanmu. Kalau kamu menikahi orang yang tepat, bahkan sampai tua pun kamu pasti boleh mempertahankan kecantikanmu. Tapi kalau kamu salah orang, semuanya malah akan terpuruk.

Wanita itu ibarat bunga mawar, yang cuma boleh dilindungi suaminya, baru mereka selalu mekar dengan segar dan semangat. Kalau tidak ada yang merawat, pasti cepat layu.

Ada pepatah yang mengatakan, wajah wanita sebelum 30 tahun itu ditentukan oleh keturunan, tapi setelah 30 tahun itu ditentukan dari pernikahan!

Kalau kamu memiliki suami yang mengerti kamu, kamu akan menjadi wanita yang cantik dan berbahagia!

Wanita yang berbahagia, boleh dilihat dari sinar yang memancar dari wajahnya, dia selalu tersenyum, sorot matanya penuh kehangatan dan bersemangat.

Lelaki baik itu ibarat pisau pembedahan plastik, dialah yang menentukan kecantikan seorang wanita. Kalau kamu menikahi lelaki yang benar, setiap hari yang kamu jalani penuh kebahagiaan, kamu dengan sendirinya akan memancarkan kecantikan.

Tapi kalau kamu menemukan lelaki yang salah, dia akan membuatmu menjadi semakin jelek dan semakin buruk dalam berbagai aspek. Walaupun awalnya kamu adalah wanita cantik penuh senyum, pada akhirnya kamu akan menjadi wanita suram yang haus akan kebahagiaan.

Jadi lelaki, perlu ingat baik-baik, Bagaimana kamu memperlakukan wanitamu, begitu pulalah wanitamu akan menjadi

Khasiat Halba

 

Rasulullah saw bersabda :
'Sekiranya umatku tahu akan kelebihan Halba nescaya mereka sanggup tukarkannya dengan sebanyak timbangan emas ? ' 

Rasulullah saw bersabda lagi : 

' Sekiranya umatku tahu akan kelebihan Halba nescaya mereka sanggup tukarkannya dengan sebanyak timbangan emas '(Books of Sufi Healing m.s.58) 

Pada suatu hari Rasulullah saw menziarahi sahabat Saad bin Abi Waqqas yang sedang sakit. Rasulullah saw menyuruh dipanggil tabib. Al Harith Ibn Qaldah datang merawat Saad bin Abu Waqqas. Beliau mengesyorkan agar Saad makan Halba dan Korma Ajwa'. Dengan izin Allah Saad pun sembuh dari sakitnya.
Rasulullah saw kemudiannya bersabda : 

' Gunakanlah Halba sebagai ubat'( Qamus Al-Tibb ? Ahad Qodamah-Mesir) 

KEGUNAAN Halba 

1. Diminum sebagai teh untuk
- Melancarkan haid
- Menghilangkan kembung,sebu dan senak
- Pencuci perut
- Menguatkan jantung
- Menghilangkan lendir tekak
- Melegakan sakit kepala/ migraine
- Membuang angin
- Menyembuhkan buasir
- Senggugut
- Merangsang rahim
- Kegemukan
- Kurang berat badan
- Mengawal kencing manis
- Radang kulit dan Bisul 

2. Teh Halba + Madu
- Kurangkan ketagihan rokok dan dadah
- Anemia 

3. Untuk anak-anak yang baligh
- kecergasan
- kekuatan badan
- Tumbesaran 

4. Untuk ibu menyusu
- Banyakkan air susu 

5. Halba juga adalah ramuan tradisi menambahkan nafsu lelaki dan wanita. 

Memanaskan buah pinggang dan organ pembiakan. Menjadi amalan kuno tabib China untuk rawatan mati pucuk. Halba merupakan antara ubatan yang tertua di dunia dan digunakan oleh Al-Abqirad ( Hippocrates) iaitu bapa perubatan Yunani. 

Di Terengganu halba adalah salah satu ramuan dalam adunan nasi dagang. 

MANA NAK DAPAT Halba 

Halba boleh dibeli di kedai mamak atau dah di pek secara komersil di pasaraya. 

Juga dikenali sebagai Kelabet. Halba berfungsi mengubah rasa makanan utama seperti kari dan sayur. Digunakan juga untuk membuat kuih. Dikenali sebagai; 
Cina: Hu Lu Ba 

Inggeris : Fenugreek (Trigonella foenum-graecum L.) 

Tamil : Vendayam 

Boleh digunakan untuk masak asam pedas cara org Melaka. Juga untuk stamina, kecergasan dan untuk menstabilkan gula dlm darah, sesiapa yg ada masalah diabetes boleh juga cara ini. 

Cara-caranya :- 

Goreng halba tanpa minyak - jangan plak sampai hangus. Masukkan dalam bekas. Campurkan air panas, biarkan sehingga suam-suam kuku dan bolehlah diminum . Jika diamalkan selalu, Insya-allah dapat membantu. 

sharing is caring...

Friday, August 24, 2018

Korban dan Pengorbanan

Ibadah Korban adalah sunnah penting dalam sebuah kehidupan..
Pengorbanan Nabi Ibrahim amat hebat... Dia sanggup Korbankan nyawa anakandanya Ismail... semata-mata perintah Allah S.W.T.
.
Amalan Pengorbanan Nabi Ibrahim menjadi sunnah ikutan hingga hari kiamat..
.
Pengorbanan yang dituntut oleh Allah ke atas kita amat kecil jika dibandingkan dengan pengorbanan Nabi Ibrahim..


Pengorbanan sedikit wang dari kocek kita dalam kadar RM700 lebih kurang sekali setahun... tapi masih ada juga di kalangan kita yang berkira-kira...
.
Sewajarnya korbankanlah hal-hal yg negatif seperti MEROKOK @ MENGHABISKAN DUIT dalam hal yang tidak bermanfaat demi untuk PENGORBANAN DUIT SEKALI SETAHUN kerana Allah S.W.T... Ingat pengorbanan Nabi Ibrahim adalah PENGORBANAN NYAWA... Kita !?
.
Sewajarnya juga dengan adanya ibadat KORBAN, maka kita korbankan juga semua akhlak yang tidak baik.. KORBANKAN SIFAT DENDAM DENGKI DARI KEHIDUPAN, KORBANKAN SIFAT SUKA MENCACI MAKI DAN MENCELA DARI KEHIDUPAN ... KORBANKAN MASA UNTUK BANYAKKAN IBADAH KEPADA ALLAH... dan segala pengorbanan yang lain.. termasuk juga KORBANKAN ALAM KEJAHILAN KEPADA ALAM KEIMANAN DAN KEILMUAN...
.

[Sumber FB Ahmad Ezry]



Gunakan Harta Ke Jalan Allah

Ya Allah..permudahkanlah segala kesempitan dan kepayahan ...murahkanlah rezeki sihatkanlah diri..jauhkanlah dari segala kepayahan dan bencana..Aamiin...


Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: “Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” H.R. ad-Daruquthni dari Anas r.a.

Sedekah digandakan 700 kali ganda.
Fadhilat bagi orang yang bersedekah amat besar seperti mana terdapat keterangan di dalam al-Quran dan hadis. Jika kita amat amati ayat al-Quran berikut, kita akan dapat mengira bahawa sekurang-kurangnya setiap harta yang dikeluarkan ke jalan Allah akan dibalas dengan kiraan melebihi 700 kali ganda. Selain itu, mereka dijandikan dengan kehidupan yang mudah:

Allah Ta’ala berfirman: “Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada tiap-tiap butir seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki . Dan Allah maha luas (kurnia-Nya) lagi maha mengetahui” . (Al Baqarah (2) : 261)

Allah Lipat-gandakan Ganjaran orang yang Bersedekah.
“Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik laki-laki mahupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, nescaya akan dilipat-gandakan (ganjarannya) kepada mereka; dan bagi mereka pahala yang banyak.” (Qs. Al Hadid: 18)

Rezeki dimurahkan Allah S.W.T.
Firman Allah s.w.t.: “Dan barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, pasti akan ditunjuki kepada mereka jalan keluar. Dan diberi rezeki kepada mereka daripada jalan yang tidak disangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, maka Allah akan mencukupi baginya”. (At-Talaq:2-3)


Hati-Hati Menjaga Hati

Sekeping hati itulah yang menentukan SIAPA DIRI KITA, PERIBADI KITA dan SIKAP KITA. Jaga hati sebab semuanya bermula dari hati. 

Hati adalah tempat jatuhnya pandangan Allah. Hati itu juga suatu tempat yang rumit untuk dimengerti bukan sahaja orang orang lain bahkan diri sendiri.

Hati yang hidup ialah hati yang penuh dengan iman
Hati yang mati iaitu hati yang kufur kepada Allah dan kepada nikmat-nikmat-Nya.

Untuk gembira ...
gembirakan orang lain !


Berusaha menggembirakan setiap orang di sekeliling sebaik mungkin walau sesusah mana pun. Semoga Allah beri ganjaran terbaik.

Allah pun memaafkan kesilapan insan .
Mengapa kita tidak sudi memaafkan ?
Allah pun cinta kepada orang yang membetulkan kesilapannya .
Mengapa kita terus membencinya ?

Selagi berusaha memperbaiki diri. Prosesnya mungkin panjang tapi perlahan-lahan akan tercapai jua.








Jangan Mudah Rasa Puas Hati

Janganlah Mudah Merasa Puashati... Jangan menganggap bahawa ketaatan kita kepada Allah S.W.T. adalah hasil dari perjuangan kita sendiri...


Takut-takut kita akan sombong dan riyak sewaktu kita berjaya melakukan ketaatan tersebut dan kita akan berputus asa sewaktu Allah S.W.T. mencabut ketaatan itu dari diri kita...

Ketaatan kita itu berasal daripada Allah S.W.T., maka mintalah kepada Allah S.W.T. agar kita diberikan kekuatan untuk sentiasa taat....

Jangan sekali-kali bangga dan berpuas hati saat kita berjaya taat kepada Allah S.W.T. kerana tidak ada manusia yang tahu ibadah mana yang diterima dan ditolak oleh Allah S.W.T....


Ada Orang ...

Ada orang bangun pagi, dia terus mandi bersedia nak pergi solat Subuh.

Ada orang bangun pagi, main phone dulu. Tengok wassap, telegram. Up date dulu ucap selamat pagi kat FB insta weChat. Bila subuh dah nak habis, baru cepat-cepat lari ambil wudhuk.

Ada orang dah bangun tapi tidur balik.

Ada orang subuh memang tak bangun-bangun.

Ada orang lepas solat subuh, dia baca Quran dan al-Ma'thurat, mengaji dan sebagainya.

Ada orang lepas solat subuh, dia terus main tepon, atau tengok tv dulu.

Ada orang lepas solat subuh, dia sambung tidur balik.

Ada orang, subuh gajah pun tak bangun lagi

Ada orang, sepanjang hari dia cuba mengingati Allah, cuba tidak melanggar perintah-Nya dan melaksanakan suruhan-Nya, dan cuba untuk menjadi terbaik di mata-Nya.

Ada orang, sepanjang hari dia kerja/belajar saja, bila habis, dia tidur semula untuk sambung keesokan harinya. Ulang buat benda yang sama.

Ada orang, dia tak buat apa-apa pun sepanjang hari, hanya duduk tengok tv, main game atau lepak dengsn member.

Ada orang sebelum tidur, dia bermuhasabah. Tangisi dosanya dan ketelanjuran diri, juga berharap Allah meredhai harinya.

Ada orang sebelum tidur, dia mesej atau call pakwe/makwe sampai ke tengah malam. Bahkan sampai ke pagi. Tersengih sorang-sorang, kemudian tidur tersenyum bahagia sedang dia sebenarnya dalam kemurkaan Tuhan.

Ada orang, dia terus tidur dan tidak memikirkan apa-apa. Hanya menunggu keesokan hari pula untuk dilalui.

Begitulah rutin harian setiap orang. Masing-masing memainkan watak tanpa disuruh sesiapa. Mereka mewatakkan diri mereka secara rela. Andai wataknya tidak solat, maka dia tidak solat. Begitulah seterusnya..

Bila ajal menjemput secara mengejut...

Ada orang mati ketika dia sedang sembahyang.
Ada orang y akan mati ketika dia khusyuk main game.
Ada orang mati ketika sedang sibuk dan leka dengan perkara duniawi.

Dan ada orang mati ketika dia sedang hanyut membuat maksiat.

Lalu, apakah kesudahan episod cerita kita?
Sad ending, atau happy ending ?

Ternyata, semua nya sudah tercermin ketika kita masih hidup. Dengan apakah hayat kita digunakan.

Allah telah agihkan masa dan umur manusia itu dengan adil berdasarkan ilmu di sisi-Nya. Semua manusia ada kesempatan dan peluang untuk menggapai syurga. Cuma ramai yang mensia-siakannya selama ini. Tup tup bila mati, menyesal tidak henti.

Ingatlah , bila Allah dah panggil balik, masa tu, tak ada lagi harapan untuk berpatah balik.. Your time is up ! Kita dah habiskan semua waktu yang Allah peruntukkan untuk kita ke syurga.

MANFAATKANLAH MASA YANG MASIH ADA..JANGAN KITA LUPA, DUNIA INI HANYA TEMPAT PERSINGGAHAN.

Thursday, August 23, 2018

Nasihat Nikah


1. KETIKA AKAN MENIKAH

Jangan sekadar mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah sekadar mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR

Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si wanita itu, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/walinya.

3. KETIKA AKAD NIKAH

Anda berdua bukan menikah di hadapan kadhi, tetapi menikah di hadapan Allah SWT.

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN

Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoakan anda. Jangan berfikir untuk BERCERAI. Itu berti mensia-siakan doa mereka.

5. SEJAK MALAM PERTAMA

Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA

Sedarlah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA RUMAHTANGGA DIPUKUL BADAI

Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya semakin erat berpegang tangan.

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK

Cintailah isteri atau suami anda 100%.

9. KETIKA TELAH MEMIKI ANAK

Jangan bahagi cinta anda kepada suami/isteri dan anaka, tetapi cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10. KETIKA EKONOMI KELUARGA BELUM BAIK

Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka luas dengan peningkatan ketaatan isteri dan kesetiaan suami.

11. KETIKA EKONOMI MENINGKAT BAIK

Jangan lupa jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.

12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI

Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara 
bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan anda.

13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI

Tetaplah bersikap lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua kerja.

14. KETIKA MENDIDIK ANAK

Jangan pernah berfikir bahawa ibu bapa yang baik adalah ibu bapa yang tidak pernah marah kepada anak. Ibu bapa yang baik adalah yang mendisiplin anak dengan jujur.

15. KETIKA ANAK BERMASALAH

Yakinilah bahawa tidak ada seorang anak pun yang tidak mahu bekerjasama dengan ibu bapa, yang ada hanyalah anak yang merasa tidak didengar oleh ibu bapanya.

16. KETIKA INGIN HIDUP YANG HARMONI

Gunakanlah formula 7 K:
1. Ketakwaan
2. Kasih sayang
3. Kesetiaan
4. Komunikasi 
5. Keterbukaan
6. Kejujuran
7. Kesabaran

Ya Allah Ya Rabb...
Anugerahkanlah Pasangan Yang Baik, Sholeh/Solehah Untukku. 
Jadikanlah Rumahtangga Kami Sakinah Mawadah Warrahmah.

Kematian Hati Yang Sudah Mati

Hidup adalah menunggu.

Menunggu kematian. 

Perbezaannya terletak pada apa yang dilakukan ketika kita menunggu. 

Beruntunglah mereka yang menunggu dengan memanfaatkan waktu sebaik mungkin untuk beramal produktif.

Rugilah mereka yang menunggu dengan membuang waktu dan tidak mengumpulkan pahala sebanyak yang mungkin.

Kita menunggu untuk pulang.

Sebab rumah sebenar adalah kubur.

Kampung sebenar adalah akhirat.

Suka atau tidak. Percaya atau tidak kita pasti akan pulang ke sana.

⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪

7 tanda hati yang sudah mati:

1. Berani Meninggalkan Solat Fardhu

2. Merasa Tenang Walaupun Setiap Hari Melakukan Dosa

3. Jauh Dari Al-Quran

4. Tidak Ada Masa Memikirkan Perkara Agama

5. Suka Bersangka Buruk Kepada Orang Dan Mencari Salah Orang

6. Tidak Suka Mendengar Nasihat

7.Tidak Takut Dengan Mati Dalam Su ul Khatimah dan Azab Kubur



Doa Rezeki Kejayaan Dan Kekayaan Hakiki



Bismillahirrahmanirrahim

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM YA RAZZAK YA MUTAKABBIR

ALLAHUMASOLLIALAA MUHAMMAD WAALAALI MUHAMMAD

YA ALLAH ampunkan dosa-dosa yang kami lakukan dengan sedar atau tanpa sedar. 

Terimalah ibadah kami sepanjang hidup ini.

Jadikanlah kami Muslim sejati yang berakhlak dengan akhlak Al Quran, bertaqwa dan taat kepada perintah-Mu. 

Jauhkanlah kami dari sifat-sifat jahil, sombong  riak dan bermegah-megah dalam perbuatan ibadah.

Jadikanlah kami sebagai hamba Allah yang baik, pintar dan hebat di dunia serta di Akhirat.

Bukakanlah kepada kami ruang dan peluang rezeki kejayaaan dan kekayaan setiap masa supaya dapat kami agihkannya kepada golongan Asnaf / Fakir tanpa putus-putus.

Kurniakanlah kepada kami umur yang barakah, kesihatan yang baik, dan kesempatan bersahabat dengan orang-orang alim yang ikhlas mencintai-Mu dan para Rasul.

YA ALLAH, terimalah doa kami, dan jadikanlah ia doa yang diangkat segera. 

Hanya Engkau sahaja TUHAN yang kami sembah dan kami taati.

Aamin Aamiin Aamiin 
YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM

Menghadapi Fitnah Akhir Zaman

3 MANHAJ Utama Dalam Menghadapi Fitnah Akhir Zaman

Khusus untuk kita ummat akhir zaman yang sekarang hidup di zaman yang penuh dengan pancaroba serta fitnah yang menggugat IMAN dan ISLAM kita...

1. At-Talaqqi: iaitu melazimi penerimaan ilmu, tarbiyah, bimbingan, petunjuk daripada para ulama rabbani, murobbi dan guru secara bersemuka.

2. At-Taraqqi: Meningkatkan hubungan dengan Allah Ta'ala, kekuatan rohani dengan amalan soleh, penyucian jiwa, zikir, selawat kepada Nabi Sallallahu'alaihi wasallam dan lain-lain

3. At-Tawaqqi: Membentengi diri daripada melakukan sebarang perkara yang buruk dan keji serta yang menambahkan lagi fitnah.

Begitu juga melindungi diri daripada dipengaruhi akhlak buruk, kejahatan, fitnah dan keburukan orang lain (termasuk memperisai diri daripada pengaruh budaya, media sosial, globalisasi, filem, drama, dan lain-lain)

Pasakkan jati diri yang teguh di dalam jiwa yang tak tergoyah oleh ombak fitnah dunia.


Wednesday, August 22, 2018

Isteri Pelancar Rezeki Suami



Ramai suami mungkin tidak tahu bahawa rezekinya dengan izin Allah mengalir lancar atas peranan isteri. Mungkin tidak dilihat secara mata kasar, namun boleh dijelaskan secara spiritual bahawa 10 sifat isteri ini ‘membantu’ mendatangkan rezeki bagi suaminya.

1. Isteri yang pandai bersyukur

Isteri yang bersyukur atas segala kurnia Allah pada hakikatnya sedang mengundang tambahan nikmat untuk suaminya. Punya suami, bersyukur. Menjadi ibu, bersyukur. Anak-anak mudah dididik, bersyukur. Suami memberikan nafkah, bersyukur. Suami memberikan hadiah, bersyukur. Suami mencintai setulus hati, bersyukur. Suami memberikan kenikmatan sebagai suami isteri, bersyukur.

“Dan ingatlah ketika Tuhanmu memaklumkan: jika kalian bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu dan jika kamu mengingkari (nikmatKu) maka sesungguhnya adzabku sangat pedih” (QS. Ibrahim: 7).

2. Isteri yang tawakal kepada Allah

Di saat seseorang bertawakal kepada Allah, Allah akan mencukupi rezekinya.
“Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya.” (QS. Ath Thalaq: 3).

Jika seorang isteri bertawakkal kepada Allah, sementara dia tidak bekerja, dari mana dia dicukupkan rezekinya? Allah akan mencukupkannya dari jalan lain, tidak selalu harus langsung diberikan kepada wanita tersebut. Boleh jadi Allah  memberikan rezeki yang banyak kepada suaminya, lalu suami tersebut memberikan nafkah yang cukup kepada dirinya.

3. Isteri yang baik agamanya

Rasulullah menjelaskan bahawa wanita dinikahi kerana empat perkara: hartanya, kecantikannya, nasabnya dan agamanya.

“Pilihlah kerana agamanya, nescaya kamu beruntung” (HR. Al Bukhari dan Muslim).

Beruntung itu beruntung di dunia dan di akhirat. Beruntung di dunia, salah satu aspeknya adalah dimudahkan mendapatkan rezeki yang halal.

Tidak ada satu pun keluarga yang semua anggotanya taat kepada Allah mati kelaparan. Tetapi bagaimana pula keadaannya dengan seorang suami yang banyak bermaksiat kepada Allah tetapi rezekinya lancar? Jawabnya, mungkin Allah hendak memberikan rezeki kepada isteri dan anak-anaknya melalui dirinya, walaupun dia banyak dosa. Ini adalah berkat taqwa isterinya dan anak kecilnya yang belum berdosa, Allah mempermudahkan rezekinya. Suami yang seperti ini sebenarnya sedang berhutang kepada isterinya.

4. Isteri yang banyak beristighfar

Di antara keutamaan istighfar adalah mendatangkan rezeki. Hal itu boleh dilihat dalam Surah Nuh ayat 10 hingga 12. Bahawa dengan memperbanyak istighfar, Allah akan mengirimkan hujan dan memperbanyak harta.

“Maka aku katakan kepada mereka, ‘Mohonlah ampun kepada Tuhanmu’, sesunguhnya Dia adalah Maha Pengampun, niecaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, memperbanyak harta dan anak-anakmu, mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) sungai-sungai untukmu”(QS. Nuh : 10-12).

5. Isteri yang gemar bersilaturahim

Isteri yang gemar menyambung silaturahim, baik kepada ibu bapanya, mertuanya, keluarga dan saudara seaqidah, pada hakikatnya dia sedang membantu suaminya memperlancar rezeki. Sebab keutamaan silaturahim adalah dilapangkan rezekinya dan dipanjangkan umurnya.

“Siapa yang suka dilapangkan rezekinya dan dipanjangkan umurnya hendaklah dia menyambung silaturrahim.” (HR. Al Bukhari dan Muslim).

6. Isteri yang suka bersedekah

Isteri yang suka bersedekah juga pada hakikatnya sedang melipatgandakan rezeki suaminya. Jika isteri diberi nafkah oleh suaminya, lalu sebahagiannya dia gunakan untuk bersedekah, mungkin tidak langsung dibalas melaluinya. tetapi dibalas melalui suaminya. Jadilah pekerjaan suaminya lancar, rezekinya berlimpah.

“Perumpamaan orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir ada seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa saja yang Dia kehendaki. Dan Allah Mahaluas lagi Maha Mengetahui.” (QS. Al Baqarah: 261).

7. Isteri yang bertaqwa

Orang yang bertaqwa akan mendapat jaminan rezeki dari Allah Subhanahu wa Ta’ala. Bahkan ia akan mendapatkan rezeki dari arah yang tak disangka-sangka. Sebagaimana firman Allah dalam surat At Talaq ayat 2 dan 3.

“Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan jalan keluar baginya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka” (QS. At Thalaq: 2-3).

8. Isteri yang selalu mendoakan suaminya

Rezeki itu pemberian dari Allah. Maka jangan hanya mengandalkan usaha manusiawi saja namun perbanyakkanlah berdoa memohon kepada-Nya. Doakan suami agar senantiasa mendapatkan limpahan rezeki dari Allah, dan yakinlah jika isteri berdoa kepada Allah untuk suaminya pasti Allah akan mengabulkannya.

“DanTuhanmu berfirman: Berdoalah kepadaKu nescaya Aku kabulkan” (QS. Ghafir: 60).

9. Isteri yang gemar Solat Dhuha

Shalat dhuha merupakan solat sunnah yang luar biasa keutamaannya. Shalat dhuha dua raka’at setara dengan 360 sedekah untuk menggantikan hutang sedekah setiap sendi. Solat dhuha empat rakaat, Allah akan menjamin rezekinya sepanjang hari.

“Di dalam tubuh manusia terdapat 360 sendi, yang seluruhnya harus dikeluarkan sedekahnya.” 
Mereka (para sahabat) bertanya, “Siapakah yang mampu melakukan itu wahai Nabiyullah?” 
Baginda s.a.w. menjawab, “Engkau membersihkan kotoran yang ada di dalam masjid adalah sedekah, engkau menyingkirkan sesuatu yang mengganggu di  jalan adalah sedekah. Maka jika engkau tidak menemukannya (sedekah sebanyak itu), maka dua raka’at Dhuha sudah mencukupimu.” (HR. Abu Dawud)

Allah ‘Azza wa Jalla berfirman, “Wahai anak Adam, janganlah engkau luput dari empat rakaat di awal harimu, nescaya Aku cukupkan untukmu di sepanjang hari itu.”(HR. Ahmad).

10. Isteri yang taat dan melayani suaminya

Salah satu kewajiban isteri kepada suami adalah mentaatinya. Sepanjang perintah suami tidak dalam rangka menderhakai Allah dan RasulNya, isteri wajib mentaatinya.

Apa hubungannya dengan rezeki? Ketika seorang isteri taat kepada suami, maka hati suaminya pun tenang dan damai. Ketika hatinya damai, dia boleh berfikir lebih jernih dan kreativitinya muncul. Semangat kerjanya pun meningkat. Ibadah juga lebih tenang, lantas rezeki mengalir lancar.

#PesananBuatDiri 

Lihat Wajah Di Cermin

Cuba lihat wajah anda di dalam cermin.

Bukan saya minta anda bertanya pada cermin
"Wahai cermin,siapa yang paling cantik di dunia"
Bukan.
Bukan.

Tapi saya nak minta anda soal diri anda di hadapan cermin, "Apa yang kamu inginkan di dunia?" Dengan segala kenikmatan yang Allah kurniakan, kamu masih melakukan maksiat."

Maka saya ingin anda bersoal jawab dengan diri sendiri, "Apa yang kamu inginkan di dunia? Bersyukur dengan nikmat Allah lalu mengabdikan diri untuk Lillah. Atau
meneruskan aktiviti maksiat sehingga Allah menarik nikmat untuk menyedarkan?

Pilihlah jawapan. Pilih sambil bermuhasabah. 

Dan moga jawapannya pilihan yang pertama.


Hadiah Terbaik

Hadiah tidak semestinya sesuatu yang berupakan wang ringgit atau harta benda. Banyak cara untuk kita menghadiahkan sesuatu kepada orang tersayang tanpa perlu membelanjakan wang:-

1. Hadiah terbaik untuk seorang sahabat adalah Doa

 2. Hadiah terbaik untuk seorang musuh adalah Kemaafan

 3. Hadiah terbaik untuk seorang guru adalah Kejayaan

 4. Hadiah terbaik untuk murid adalah Teladan

 5. Hadiah terbaik untuk sebuah kehidupan adalah Kasih Sayang

 6. Hadiah terbaik untuk sebuah kematian adalah Al-Fatihah

 7. Hadiah terbaik untuk ibu bapa adalah Kebaktian

 8. Hadiah terbaik untuk isteri adalah Penghargaan

 9. Hadiah terbaik untuk suami adalah Kesetiaan

 10. Hadiah terbaik untuk anak adalah Pendidikan

11. Hadiah terbaik untuk diri sendiri adalah Kejujuran

12. Hadiah terbaik untuk orang yang tak dikenali adalah Senyuman

 13. Hadiah terbaik untuk Rasulullah  adalah Selawat

 14. Hadiah terbaik untuk Allah SWT adalah Ketaqwaan

Sentiasalah bermurah hati untuk menghadiahkan sesuatu kepada insan sekeliling kita kerana pemberian hari ini adalah ganjaran untuk hari esok...

Aamiin,  Aamiin Ya Robb Alamiin..


Ilmu Vs Harta

ILMU dan harta merupakan dua hal yang cukup sensitif dan peranan yang sangat penting dalam kehidupan. Jika kita memiliki sedikit ilmu, maka kita akan sengsara di dunia. Begitu juga dengan harta, bila kita memiliki sedikit harta untuk makan saja susah, maka sengsara juga hidup kita di dunia.

Bila kita harus memilih. Pertama, jika banyak harta tapi miskin ilmu? Atau yang kedua, miskin harta tetapi kaya akan ilmu? Pilih yang pertama atau kedua? Jika memilih pertama, bererti kita kaya harta miskin ilmu. Memang kita bergelimangan harta tetapi jika tidak memiliki ilmu untuk menggunakannya dengan baik, ya sama saja, semua harta yang dimiliki akan sirna begitu saja.

Tetapi, jika pilihan kita jatuh kepada yang kedua, tentu hal ini berbeza hasilnya. 

Kalau kita banyak ilmu hidup kita akan bahagia, kerana di saat keperluan ekonomi tidak dapat dipenuhi, maka ucapan syukurlah yang terus terucap. Dengan ilmu kita akan lebih bertawakal kepada-Nya atas segala takdir yang diberikan.

Ada banyak kelebihan ilmu dibandingkan dengan harta. Tetapi di sini kita hanya akan memberikan 10 keutamaan sahaja.

Dari khalifah Ali bin Abi Thalib mengatakan bahawa ada 10 kelebihan ilmu dibandingkan harta:

1.Ilmu adalah warisan para Nabi.
2.Mampu menjaga orang yang memilikinya.
3.Memungkinkan ramai teman.
4.Jika diberikan kepada orang lain maka ia akan bertambah.
5.Membuatkan orang sering menyebutnya dengan sebutan baik.
6.Memungkinkan memberikan syafaat di hari kiamat.
7.Apabila disimpan, ia tidak akan habis.
8.Tidak perlu dijaga dari kejahatan.
9.Tidak memerlukan tempat.
10.Ilmu akan menyinari hari manusia menjadi terang dan tenteram.

Itulah kelebihan ilmu dibandingkan dengan harta. 

Masih banyak lagi kelebihan ilmu dibandingkan harta. sebagaimana Allah SWT berfirman, “…Allah akan mengangkat (darjat) orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu beberapa darjat….,”
(QS Al-Mujadalah: 11).


Tanda-tanda Beroleh Berkah

Tanda-tanda dihinggapi berkah:

1. Selalu mensyukuri apa yang ada dan tidak mudah tergiur dengan milik orang lain.
2. Diri, keluarga, dan harta, tak hanya dirasakan sendiri manfaatnya, tapi juga bermanfaat bagi orang lain.
3. Walau harta tak banyak, rasanya cukup memenuhi keperluan. Jika kurang, ada saja jalan keluar untuk memenuhinya.
4. Jiwa tenang dan semakin dekat pada Allah.
5. Ringan dalam mengeluarkan zakat, infak dan sedekah. Tidak pernah merasa khuatir hartanya akan berkurang.
6. Bertambahnya jumlah, bertambah pula kebaikan yang ada padanya.

Ya Allah...Engkau Maha Kaya. Maka berilah kami rezeki yang barakah, berkah dan halal. 

Dan masukkanlah kami ke dalam golongan orang-orang yang pandai mensyukuri Nikmat dan Rahmat-Nya

Aamiin ya Robbal'alamiin


Melalaikan Yang Utama

1. Seorang Lelaki yang tidak pernah masuk Masjid
    ...kecuali Jenazahnya.

2. Seorang Wanita yang tidak pernah menutupi Auratnya
    ....kecuali ketika dikafankannya.

3. Seseorang yang tidak pernah mau sedekah
    ....kecuali ketika keluarganya sedekah atas namanya ketika di Alam Kubur.
    Itupun jika Keluarganya Peduli.

SELALU TERLAMBAT BAGAI SEBUAH PENYESALAN

Tetapi begitu cepat perkara *DUNIA*...

Firman Allah Ta'ala :

“Sedangkan kamu lebih mengutamakan kehidupan dunia...” 
 (QS Al-A'la: 16)

Dan begitulah sikap kebanyakan manusia :

1. KITA Biasanya masuk ke tempat kerja sebelum Waktunya. 

2. KITA Biasanya tiba di lapangan terbang sebelum Waktunya.

3. KITA Biasanya  datang (menunggu giliran) di hospital sebelum Waktunya.

4. KITA Biasanya berada di dalam stesen keretapi, 2 atau 3 jam sebelum berangkat.

TETAPI  tatkala KITA mendengar Azan, KITA Seringkali bersantai TANPA rasa BERSALAH APA-APA..!

MUHASABAH

Semoga bermanfaat.