Tuesday, January 31, 2017

Berusaha Berdoa Bertawakal




Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: Allah memberikan rahmat kepada seseorang yang berusaha mencari harta dengan jalan yang halal dan membelanjakannya dengan cara sederhana dan berhemat serta menabung kelebihannya untuk hari susah dan hajatnya. (Hadis Riwayat Ibn an-Najjar)


♥ Kekayaan dan mengumpul harta untuk mengukuhkan ekonomi sangat digalakkan di dalam Islam dengan syarat-syarat tertentu seperti mengeluarkan zakat, bersedekah untuk meninggikan syiar Islam atau melakukan apa sahaja kebajikan yang harus di sisi syarak.

♥ Ini penting kerana dengan cara ini tabungan (dana), pembahagian dan perluasan sumber sesama Islam boleh dilaksanakan dengan baik dan lancar untuk kepentingan sesama umat Islam bagi mengelak daripada pinjam-meminjam, hutang-menghutang dan sebagainya.

♥ Kemiskinan itu kadangkala boleh membuatkan aqidah seseorang terpesong di mana musuh-musuh Islam akan mengambil kesempatan di atas kekurangan dan kelemahan yang dihadapi itu untuk mempengaruhi ke arah kesesatan.

♥ Oleh itu kemantapan iman sangat penting, jangan sampai menyalahkan takdir di saat menghadapi kemiskinan atau kesusahan hidup.

♥ Rezeki dan kemewahan datangnya daripada Allah SWT.

♥ Setiap manusia dituntut untuk berusaha mengubah nasibnya tetapi diingatkan agar tidak bersikap rakus dan tamak sehingga mencetuskan permusuhan dan perbalahan, dengki-mendengki dan sebagainya.

♥ Sebaliknya hendaklah bersikap sederhana dan sentiasa bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan Allah SWT sama ada banyak ataupun sedikit.

[Sumber JAKIM]

Kempen Boikot Israel




Oleh Khalid Jimat

Kempen boikot Israel dan syarikat-syarikat yang berurusan dengan Israel telah dipopularkan oleh gerakan-gerakan sivil pro-Palestin seperti Inminds, Interpal dan Palestine Solidarity Campaign (PSC) sejak tahun 1990an lagi. Ia adalah kesan langsung kepada pengenduran kempen boikot Israel oleh negara-negara Arab pasca Persidangan Damai Madrid 1991 dan Perjanjian Oslo 1993 juga solidariti aktivis hak asasi manusia bersama rakyat Palestin ketika Intifada Palestin (1987-1993).

Boikot Sebelum Madrid dan Oslo
**************************************
Sebelum Madrid dan Oslo, banyak syarikat cuba mengelak daripada berurusan dengan Israel kerana bimbang disenarai hitam oleh negara-negara Arab. Sejak tertubuhnya Israel pada tahun 1948, Liga Arab telah menubuhkan satu biro khas - Central Boycott Office, untuk memantau senarai syarikat-syarikat Israel dan syarikat multinasional yang berurusan dengan Israel.

Bagi melindungi Israel daripada ancaman boikot Liga Arab, Kongres US telah meluluskan satu rang undang-undang pada tahun 1977 yang mengharamkan penglibatan syarikat-syarikat US dalam kempen boikot Israel oleh Liga Arab. L'oreal sebagai contoh pernah disaman oleh kumpulan pro-Zionis di US, Anti-Defamation League (ADL) atas tuduhan anti-semitik kerana tunduk kepada ancaman boikot Liga Arab.

Boikot Pasca Madrid dan Oslo
************************************
Namun, selepas Madrid dan Oslo, pelbagai syarikat mula memberanikan diri untuk membuka cawangan di Israel. Antaranya termasuklah McDonald's (1993), Nestle (1995) dan L'oreal (1995). Kemasukan syarikat-syarikat ini memberi impak yang sangat besar kepada ekonomi Israel sehingga Nestle dan L'oreal menerima anugerah ketika sambutan Jubli Emas (50 Tahun) Israel pada tahun 1998.

Suara boikot menjadi semakin lantang ketika Intifada al-Aqsa (2000-2005) apabila Syeikh Yusuf al-Qardhawi, Presiden Kesatuan Ulama Islam Sedunia mengeluarkan fatwa menggesa umat Islam memboikot syarikat-syarikat yang menyokong Israel:

“Setiap riyal, dirham dan sebagainya yang digunakan untuk membeli barangan mereka akhirnya akan menjadi peluru-peluru untuk menembak jantung saudara-saudara dan anak-anak di Palestin. Oleh kerana itu, adalah wajib bagi kita untuk tidak membantu mereka (musuh Islam) dengan membeli barangan mereka. Membeli barangan mereka bererti menyokong kezaliman, penindasan dan kekejaman. Membeli barangan mereka akan menguatkan mereka; tangungjawab kita adalah untuk melemahkan mereka semampu kita. Kewajipan kita juga adalah untuk menguatkan saudara-saudara kita yang berjuang di bumi barakah ini semaksima yang boleh. Jika kita tidak mampu menguatkan mereka, adalah menjadi tugas kita untuk melemahkan musuh. Sekiranya kelemahan musuh tidak tercapai kecuali dengan boikot, maka kita wajib memboikot mereka.”

Walau bagaimanapun, tekanan boikot ketika itu masih tidak mampu menandingi sokongan dan bantuan yang diterima oleh Israel dari US dan syarikat-syarikat multinasional. Penjajahan dan penguasaan tentera bahkan semakin diperketat pasca Intifada al-Aqsa dengan pembinaan tembok pemisah (apartheid) di Tebing Barat, kepungan ke atas Gaza, penambahan pos-pos pemeriksaan tentera, serbuan, penangkapan dan pemenjaraan aktivis dan ahli politik, rampasan tanah, perobohan rumah-rumah, pembinaan penempatan haram Yahudi dan pelbagai lagi tindakan yang bertentangan dengan undang-undang antarabangsa.

Pelbagai tindakan telah diambil oleh aktivis hak asasi manusia untuk membela nasib rakyat Palestin. Antaranya termasuklah membawa kes-kes jenayah Israel ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ). Hasilnya pada tahun 2004, ICJ telah mengeluarkan ketetapan bahawa tembok apartheid yang dibina oleh Israel di Tebing Barat jelas melanggar undang-undang antarabangsa. Tembok ini perlu diruntuhkan dan pembinaannya perlu dihentikan serta-merta. Walau bagaimanapun, keputusan ini langsung tidak diendahkan dan tiada sebarang tindakan sewajarnya diambil oleh komuniti antarabangsa ke atas Israel.

BDS Sebagai Wahana Boikot Yang Baru
***********************************************
Selepas lebih setahun tanpa tindakan ke atas keputusan ICJ, 170 pertubuhan sivil di Palestin telah bersatu membentuk satu gerakan yang dikenali sebagai 'Boycott, Divestment and Sanction (BDS) Movement.' Gerakan ini menuntut agar Israel:

1. Mengakhiri penjajahan dan kolonisasi tanah Arab yang dirampas pada Jun 1967 dan meruntuhkan tembok (apartheid) yang dibina;
2. Mengiktiraf hak asasi warganegara Israel berketurunan Arab Palestin menikmati kesamarataan hak;
3. Menghormati, memelihara dan mempromosi hak pelarian Palestin untuk kembali ke kampung halaman mereka sepertimana yang termaktub dalam Resolusi PBB 194.

BDS pada mulanya tidak mendapat respon positif; barangkali kerana ideanya dilihat terlalu bombastik. BDS tidak sekadar menyeru kepada boikot konsumer malah turut menyeru kepada boikot akademik dan budaya. BDS juga mengajak kepada pemerkasaan insiatif boikot melalui pendekatan 'divestment' dengan menyeru badan-badan awam agar menarik keluar pelaburan mereka daripada syarikat-syarikat yang terlibat secara langsung dengan kezaliman Israel. BDS bahkan menyeru agar dunia mengenakan sekatan ekonomi dan embargo ketenteraan ke atas Israel agar ia akur kepada tuntutan undang-undang antarabangsa. Dengan kata lain, BDS telah meluaskan dan memperkukuh kempen boikot sedia ada sekaligus mengangkatnya ke satu tahap lebih tinggi.

Keteguhan, ketegasan dan kebijaksanaan rakyat Palestin dan aktivis BDS sejak 2005 telah membawa gerakan itu ke satu tahap yang sangat membanggakan. BDS mendapat sokongan pelbagai pihak termasuk orang-orang Yahudi sendiri yang enggan menghalalkan kezaliman atas nama mereka. Hari ini BDS masyhur di seantero dunia sehingga Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengisytihar BDS sebagai ancaman terbesar ke atas Israel; satu pengiktirafan besar ke atas keberkesanan BDS!

Israel kerugian berbilion-bilion dolar kesan daripada kempen BDS di seluruh dunia. Kerajaan (Norway, Luxembourg, New Zealand), bank (Nordea, Danske Bank), syarikat korporat (Veolia, Orange, CRH) dan para pelabur (Presbyterian Church, United Methodist Church, PGGM) di Eropah sudah mula berundur dari industri penempatan haram Israel di Tebing Barat. Kesatuan Eropah (EU) juga telah mengeluarkan pekeliling agar produk-produk dari penempatan haram Israel dilabel sebagai produk dari 'Tebing Barat' dan bukan lagi sebagai produk Israel bagi mengelak daripada menyokong industri penempatan haram Israel di Tebing Barat. Terbaru (Disember 2016), Majlis Keselamatan PBB (UNSC) meluluskan Resolusi 2334 mengecam pendudukan haram Israel di Tebing Barat.

Boikot Israel di Malaysia
****************************
Malaysia secara rasminya tidak mengiktiraf Israel dan ia jelas terpampang dalam pasport setiap daripada rakyat Malaysia: "Pasport ini sah digunakan untuk semua negara kecuali Israel." Beberapa insiden seperti bantahan penyertaan skuad kriket Israel di Kejohanan Kriket Trofi Majlis Kriket Antarabangsa 1997 dan atlet perahu layar Israel di Kejohanan Perahu Layar Remaja Dunia Persekutuan Perahu Layar Antarabangsa (ISAF YWC) 2015 di Malaysia adalah antara bukti pemulauan Israel oleh rakyat Malaysia.

Kempen boikot syarikat yang mesra Israel mula mendapat tempat di Malaysia ketika viralnya fatwa tentang boikot oleh Dr. Yusuf al-Qaradhawi pada tahun 2002. Kempen ini semakin hangat apabila Israel menyerang Gaza pada Disember 2008-Januari 2009. Aktivis kemanusiaan di Malaysia bahkan telah menubuhkan COMPLETE (Coalition of Malaysian NGOs Against the Persecution of Palestinian; kini dikenali sebagai Viva Palestina Malaysia, VPM) dan melancarkan kempen boikot produk-produk konsumer yang telah dikenalpasti menyumbang kepada kelestarian Israel.

AQSA SYARIF telah bersama-sama Viva Palestina Malaysia (VPM) memfokuskan kempen boikot kepada 4 syarikat utama iaitu McDonald's, Nestle, Coca Cola dan L'oreal. Syarikat-syarikat ini dipilih secara strategik daripada senarai boikot yang panjang selepas mengenalpasti sumbangan mereka kepada kelestarian ekonomi Israel juga kepada badan-badan Yahudi pro-Zionis yang sentiasa membela kekejaman dan jenayah Israel.

Daripada 4 produk yang disasarkan, McDonald's merupakan sasaran yang 'paling mudah' dan sering menjadi buah mulut. Kempen boikot McDonald's mencapai tahap tertinggi pasca serangan Israel ke atas Gaza pada Julai-Ogos 2014 apabila rakyat awam sendiri menggerakkan kempen ini. Dengan kata lain, kempen ini telah diangkat sehingga menjadi kepentingan awam (public interest).

Penubuhan BDS Malaysia
******************************
Kejayaan BDS di peringkat global telah memberi suntikan semangat kepada AQSA SYARIF dan VPM untuk membawa kempen BDS ke Malaysia. Hasilnya, satu persidangan antarabangsa "BDS for Justice" telah berjaya dianjurkan pada tahun 2015 di Universiti Malaya (UM) yang menampilkan nama-nama besar BDS seperti Ali Abunimah (Pengasas Bersama laman web terkenal Electronic Intifada), Anna Baltzer (Pengarah Program dan Advokasi di US Campaign for Palestinian Rights berketurunan Yahudi-Amerika) dan Samah Sabawi (Pengarah Teater dan Drama berketurunan Palestin-Kanada-Australia dan Penasihat Polisi di Al-Shabaka).

Persidangan BDS yang pertama di Malaysia ini kemudian memangkin penubuhan BDS Malaysia pada 29 November 2015 sempena 'Hari Solidariti Dunia Bersama Rakyat Palestin'. AQSA SYARIF dan VPM turut menjadi NGO anggota BDS Malaysia selain Palestinian Cultural Organization Malaysia (PCOM) dan Quds Foundation Malaysia (QFM). Hasil tunjuk ajar dan bimbingan daripada BDS National Committee (BNC), BDS Malaysia telah tampil dengan 5 sasaran boikot iaitu Hyundai, Caterpillar, HP, G4S dan Ahava.

Berbeza dengan kempen boikot konsumer sebelum ini, kempen BDS memberi keutamaan kepada syarikat-syarikat yang terlibat secara langsung dengan penjajahan dan kezaliman Israel yang sedang aktif di Tebing Barat, Jerusalem dan Gaza (wilayah Palestin yang dirampas pada tahun 1967). Sebagai contoh, Hyundai dan Caterpillar menyumbang kepada kezaliman Israel merobohkan rumah-rumah rakyat Palestin, merampas tanah mereka dan membina penempatan haram di atasnya. HP pula merupakan syarikat yang membekalkan perkhidmatan IT kepada tentera dan polis Israel manakala G4S membekalkan teknologi kepada pos-pos pemeriksaan tentera dan penjara Israel.

McDonald's Digugurkan Dari Sasaran Boikot?
****************************************************
Baru-baru ini muncul penulisan yang mendakwa pengguguran McDonald's dan beberapa produk lain daripada sasaran boikot kerana produk-produk ini tidak termasuk dalam senarai sasaran BDS global mahupun BDS Malaysia. Dakwaan ini kurang tepat dan mengelirukan.

Perlu diperbetulkan di sini bahawa McDonald's, Nestle dan pelbagai lagi produk konsumer yang disenaraikan oleh Inminds.com dan penggerak-penggerak kempen boikot sebelum kemunculan BDS (selepas ini: Kempen Boikot), majoritinya memang TIDAK PERNAH menjadi sasaran BDS. Ini kerana BDS mempunyai dasar, pendekatan dan fokus yang berbeza dengan kempen-kempen sebelumnya.

Berikut adalah antara perbezaan utama BDS dan Kempen Boikot:

1. BDS menjadikan RESOLUSI PBB dan UNDANG-UNDANG ANTARABANGSA sebagai dasar utamanya; Kempen Boikot tidak mengehadkan dasar mereka kepada resolusi PBB dan undang-undang antarabangsa semata-mata tetapi turut mengambilkira aspek SEJARAH, KONTEKS DAN PENGKHIANATAN kuasa-kuasa besar dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sendiri dalam meluluskan resolusi dan undang-undang sedia ada.

2. BDS tidak beroperasi menggunakan senarai tetapi menggunakan pendekatan kempen menyeluruh ke atas syarikat yang disasarkan meliputi aspek boikot, divestment dan sekatan; Kempen Boikot memanfaatkan dan popular dengan SENARAI boikot.

3. BDS memberi fokus kepada SYARIKAT-SYARIKAT ISRAEL dan MULTINASIONAL yang aktif di Tebing Barat, Jerusalem dan Gaza; Kempen Boikot menyenaraikan SEMUA syarikat termasuk yang aktif di wilayah Palestin 1948 (Israel) mahupun di luar negara asalkan ia menyumbang kepada Israel mahupun badan-badan pro-Israel.

Perbezaan ini telah menyebabkan BDS dan Kempen Boikot mempunyai sasaran dan pendekatan yang agak berbeza. Walau bagaimanapun, perbezaan ini tidak sepatutnya dianggap sebagai penafian kepada usaha mana-mana pihak. Sebaliknya ia perlu dilihat sebagai usaha untuk mengukuhkan inisiatif boikot dan saling lengkap-melengkapi.

Justeru itu, sasaran-sasaran boikot sebelum ini masih sah dan wajar diteruskan selagi tiada perubahan kepada asas dan sebab mereka diboikot. Mereka diboikot kerana sumbangan mereka kepada Israel bukan kerana mereka ada atau tiada dalam senarai BDS! Ini jelas.

Teruskan Boikot
*******************
Untuk makluman anda, McDonald's, Nestle, Coca Cola, L'oreal dan pelbagai lagi syarikat yang disasarkan oleh Kempen Boikot masih beroperasi di Israel (malah sebahagian di penempatan haram Israel), di atas tanah milik rakyat Palestin yang majoritinya kini dipaksa tinggal di kem-kem pelarian di Gaza (1.3 juta orang), Tebing Barat (774,167 orang), Lubnan (449,957 orang), Jordan (2,117,361 orang) dan Syria (526,744 orang).

Semua pelarian ini berada di bawah pantauan United Nations Relief and Works Agency (UNRWA), sebuah badan kebajikan khusus untuk melindungi pelarian Palestin. UNRWA ditubuhkan oleh PBB melalui Resolusi UNGA 302 (IV) 1949 pasca Perang Arab-Israel 1948 yang menatijahkan kelahiran negara haram Israel. Kegagalan dunia menyelesaikan isu ini telah menyebabkan mandat UNRWA terpaksa disambung sehingga ke hari ini dengan kos bantuan bernilai berjuta-juta dolar setiap tahun.

Baru-baru ini (9 Januari 2017), UNRWA melancarkan dua rayuan (appeal) bernilai $813 juta dolar untuk menampung keperluan pelarian Palestin di Occupied Palestinian Territories, oPT (Gaza, Tebing Barat dan Jerusalem) dan di wilayah serantau (Jordan, Lubnan dan Syria). Siapa agaknya yang menanggung semua kos ini? Israel? Syarikat-syarikat tadi? Wajarkah dunia diminta menanggung semua kos ini sedangkan Israel dan syarikat-syarikat ini senang lenang mengaut keuntungan di atas kesengsaraan orang lain?

Kuasa di Tangan Anda!
***************************
Justeru, sokonglah mana-mana kempen boikot yang sah. Dalam waktu yang sama, sokonglah dan bantulah kempen BDS kerana sasaran mereka bukan kecil tetapi syarikat gergasi multinasional. Dahulu syarikat-syarikat gergasi ini boleh mendabik dada kerana kita dilihat tidak mampu mengenakan tekanan kepada mereka. Tapi hari ini BDS telah berjaya membuktikan sebaliknya. Syarikat-syarikat ini kini merasa tidak selesa dan tidak selamat.

Berbekalkan mesej yang jelas, sasaran yang strategik dan kempen serentak oleh semua rangkaian BDS di peringkat global, kini kita benar-benar mampu mengenakan tekanan ke atas Israel dan mengubah nasib Palestin melalui jalan boikot. Mahukah anda turut serta?

Kuasa di tangan kita.

Sunday, January 29, 2017

Tanda-Tanda Kiamat




Nabi Muhammad s.a.w. bersabda tanda yang pertama, orang-orang Badwi yang bertelanjang kaki saling bersaing membangunkan gedung-gedung tinggi. Lihatlah Dubai, Abu Dhabi, Arab Saudi, dan Bahrain. Bahkan menurut berita ada enam gedung tertinggi di dunia di Dubai.

Nabi Muhammad s.a.w. juga bersabda masjid akan dihias bagaikan istana. Meskipun baginda memerintahkan kesederhanaan. Masjid-masjid pada zaman sekarang semakin mewah.

Nabi bersabda orang-orang tidak boleh lagi dipercayai. Pada zaman sekarang orang begitu mudah melupakan janji dan berkhianat.

Nabi juga bersabda bahawa makin banyak orang-orang yang dibunuh, bahkan orang yang dibunuh tidak tahu mengapa dia dibunuh sedangkan orang yang membunuh tidak tahu mengapa dia melakukan pembunuhan. Bahkan orang menembak orang lain hanya untuk merasa megah.

Nabi juga bersabda bahawa orang semakin mengamalkan riba. Semua orang terjerat olehnya. Seluruh ekonomi dunia dipengaruhi dan dikendalikan oleh bank yang mengambil riba meskipun Islam sangat melarang. Tidak ada yang dapat melarikan diri darinya.

Nabi juga bersabda bahawa semakin banyak orang-orang yang dapat membaca dan menulis, namun sebenarnya ilmu mereka tidak ada. Apa yang dibaca hanyalah berita sampah, tabloid gosip, dan lain-lain. Dan ilmu agama semakin ditinggalkan. Buku-buku agama bertebaran tetapi para ulama telah hilang, sehingga hanya orang-orang bodoh yang ada. Dan masyarakat akan meminta orang-orang bodoh untuk berceramah agama sehingga mereka akan menyesatkan orang lain. Ramai kaum intelektual, namun ulama Islam hanya ada sedikit.

Nabi Muhammad juga bersabda bahawa jumlah alat-alat muzik akan semakin meningkat dan umat Muslim akan menghalalkannya meskipun ia diharamkan. Umat muslim zaman sekarang lalai dengan muzik.

Nabi Muhammad juga bersabda bahawa zina semakin meningkat. Makin banyak poster-poster di jalanan dengan gambar-gambar yang tidak senonoh. Bahkan masyarakat tradisional yang biasanya menjunjung moral yang tinggi telah terpengaruh dengan hal ini. Bahkan di negara-negara Muslim, hal-hal berbau pornografi juga semakin meningkat.

Nabi Muhammad juga bersabda bahawa akan muncul suatu penyakit yang belum pernah ada sebelumnya iaitu A.I.D.S. Penyakit yang muncul akibat perlakuan seks bebas.

Nabi bersabda bahwa wanita berpakaian seperti orang yang telanjang. Coba kita lihat pakaian wanita-wanita pada zaman sekarang. Pakaian mereka begitu ketat, memperlihatkan setiap lekuk tubuh. Sedangkan pakaian seperti ini tidak ada di zaman Nabi Muhammad.

Nabi Muhammad juga bersabda bahawa orang paling tercela dan paling bodoh akan menjadi pemimpin. Di beberapa negara tampaknya hal ini telah terjadi.

Nabi Muhammad juga menyebutkan bahawa seorang lelaki lebih patuh pada isteri berbanding ibunya, sangat bertentangan dengan ajaran Islam. Dia lebih mendengar kata-kata rakannya daripada si mendengarkan ayah.

Nabi Muhammad juga bersabda bahawa lelaki ramai memakai emas dan sutera dan mereka menghalalkannya. Padahal Nabi Muhammad mengharamkannya.

Nabi Muhammad juga menyatakan bahawa orang-orang akan meninggalkan agama Islam hanya untuk kepentingan duniawi. Berpegang teguh pada agama bagaikan memegang dua bara panas. Ini berarti iman mereka sangat-sangat lemah.

Kenyataan di atas hanya sebahagian kecil. Masih banyak tanda-tanda hari kiamat yang lain.

Raja Babylon Gila Kuasa


Kerajaan Babylon adalah sebuah kerajaan yang makmur rakyat hidup senang, sejahtera dalam keadaan serba cukup.Akan tetapi hidup kerohanian mereka masih berada di tingkat jahiliyah. Mereka tidak mengenal Tuhan yang telah memberi kurnia dengan segala nikmat dan kebahagiaan duniawi.

Pemerintah Babylon, Raja Namrud bin Kan'aan memerintah secara kuku besi.Semua kehendaknya merupakan undang-undang yang tidak boleh dilanggar. Kekuasaan yang besar itu lama-kelamaan menjadikan dia tidak puas dengan kedudukannya sebagai raja. Dia rasa dirinya patut disembah oleh rakyatnya sebagai tuhan. Jika rakyatnya boleh menyembah patung batu yang tidak memberi manfaat dan kebahagiaan bagi mereka, mengapa bukan dia yang disembah sebagai tuhan.Dia boleh berbicara, mendengar, berfikir, memimpin mereka, membawa kemakmuran bagi mereka dan melepaskan mereka dari kesengsaraan dan kesusahan. Dia mampu mengubah orang miskin menjadi kaya dan orang yang hina-dina menjadi orang mulia. Lagipun negaranya besar dan luas.

Di tengah-tengah masyarakat yang buruk ini lahirlah Nabi Ibrahim, putera Aaazar (Tarih) bin Tahur bin Saruj bin Rau' bin Falij bin Aaabir bin Syalih bin Arfakhsyad bin Saam bin Nuh A.S. di sebuah tempat bernama "Faddam A'ram". Baginda dibesa dari seorang ayah yang bekerja sebagai pemahat dan pedagang patung. Dia adalah calon Rasul dan pesuruh Allah yang akan membawa pelita kebenaran kepada kaumnya, diilhami akal sihat dan fikiran tajam serta kesedaran bahawa apa yang telah dibuat oleh kaumnya termasuk ayahnya sendiri adalah perbuatan sesat yang menandakan kebodohan dan kecetekan fikiran. Perbuatan mungkar harus dibanteras dan diperangi agar mereka kembali kepada Tuhan Yang Maha Esa, Tuhan pencipta alam semesta.

[Mahadi Razak]


Wednesday, January 25, 2017

Life With No Regrets

Sincerely enjoy EVERY SINGLE MOMENT with loved ones so that when they leave this world, we have no regrets, only sweet memories.
Love more, forgive more
Hate less, fight even less.


It was their anniversary, and Aarthi was waiting for her husband Rajiv to show up after office in the evening.

Things had changed since their marriage a few years ago, the once cute couple couldn't-live-without-each-other all these years, had turned bitter quarreling for petty issues and stopped talking, living under one roof as strangers.

Fighting over every little thing, both didn't like the way things had changed and Aarthi was waiting to see if Rajiv remembered as it was their anniversary today !!!!!!!

Just as the door bell rang...............she ran to find her husband drenched in rain and smiling with a bunch of flowers in his hand.

The two started to mend and re-live the old days. Making up for fights, then was d plan for champagne, light music as it's raining !! It was perfect.

But the moment paused when the phone rang..........

Aarthi went to pick it up and it was a man on otherside "Hello ma'am I'm calling from the police station. Is this Mr Rajiv Mehra's number?"

"Yes it is!"

"I'm sorry ma'am; but there was an accident and a man died".

We got this number from his wallet; we need you to come and identify his body."

Aarthi's heart sank.!!! She was shocked!

She said, But my husband is here with me?"

"Sorry ma'am, but the incident took place at 4 pm, when he was boarding the train."

Aarthi was about to lose her conscience.

How could this happen??? !!!!!!!

She had heard about the soul of the person coming to meet a loved one before it leaves !!!!!!

She ran into the other room with tears in her eyes.

He was not there. It was true !!!!!!!! had he left her for good ????? !!!!!

Oh God !!! She would have died for another chance to mend with him for every little fight they fought !!!!

She cried and fell on the floor in pain. She lost her chance !!! Forever !!!!

Suddenly there was a noise from the bathroom, the door opened and Rajiv came out and said "Darling, I forgot to tell you that, my wallet got stolen today while coming in the train"...........on hearing this her heart cried for him and tears rolled down her face with happiness for being alive.

LIFE MIGHT NOT GIVE YOU A SECOND CHANCE. SO NEVER WASTE A MOMENT WHEN YOU CAN STILL MAKE UP FOR YOUR WRONGS!!!

Let's start making amends.

To parents

To Spouse

To siblings

To relatives

To friends

And many more..........

No one has a promised tomorrow.

Have a wonderful Life with no regrets!

Lidah Setajam Pedang



Respons Firdaus Wong Wai Hung, Pengasas Multiracial Reverted Muslims terhadap tuduhan ke atasnya:

"Ada orang menuduh saya benci dan hina bangsa lain terutamanya bangsa Cina. Maka saya bertanya apakah kriteria untuk mengatakan saya benci dan hina bangsa lain? Antara alasan yang dikemukakan adalah saya mengatakan kepercayaan zodiak Cina mahupun horoscope adalah karut marut.

Maka saya ingin menjawab anda, apakah saya dikira menghina bangsa Cina kerana saya mengatakan Zodiak itu karut marut ataupun saya dilabel menghina kerana saya beragama Islam?

Adakah saya akan dikira tidak menghina kepercayaan karut marut Zodiak andai saya tidak mendatangkan ayat al-Quran mahupun Hadis tetapi menulis status itu berdasarkan logik saya sebagai seorang Muslim yang berbangsa Cina?

Untuk pengetahuan anda, jauh sebelum saya memeluk agama Islam, saya sudah mengatakan Zodiak adalah karut marut malahan bukan saya seorang sahaja. Jikalau Zodiak mahupun Horoscope itu tidak karut marut, saya cabar anda untuk buka suratkhabar yang ada tilikan horoscope dan juga beli buku pakar feng shui yang kaya raya itu dan lihat apakah tilikan mereka itu sama?

Jemputlah beberapa pakar feng shui untuk meninjau feng shui rumah anda dan nescaya tilikan mereka juga berbeza dan PRODUK YANG MEREKA MINTA ANDA BELI UNTUK MENINGKATKAN NASIB ANDA JUGA BERBEZA BERDASARKAN PRODUK APA YANG MEREKA JUAL.

Pastinya tidak sama dan majoriti tilikan mereka bercanggah antara satu sama lain. Kalau itu bukan karut marut apa lagi? Kali ini saya tidak bercakap guna ayat Al-Quran mahupun hadis tetapi sebagai seorang yang berbangsa Cina.

Sebelum anda melabel saya kurang keCinaan berbanding dengan anda, sila berikan definisi apa yang melayakkan seseorang itu menjadi lebih Cina dari Cina yang lain.

Kalau setakat mampu berbahasa Cina, saya mampu bertutur Kantonis, Mandarin, Hakka, Hokkien tetapi ramai Cina di luar yang mengaku Cina tetapi tidak mampu bertutur dalam dialek yang disebutkan di atas dengan baik.

Andai seseorang itu dianggap kurang Cina kerana tidak memakan khinzir, maka apakah golongan Cina yang vegetarian itu bukan Cina juga kerana tidak makan khinzir? Mengapa Cina Muslim yang tak makan khinzir anda perli dan hina dengan ejekan 'CHU CHAI' (Anak babi) tetapi Cina yang sembah Guan Yin tetapi tidak makan daging lembu anda boleh hormat? Bukankah itu menunjukkan double standard anda dalam memerli dan menghina Islam sahaja bukan?

Andai anda mengatakan saya kurang Cina kerana saya menambah nama Arab di hadapan iaitu Firdaus, maka saya ingin bertanya kepada anda sejak bila pula nama Cina ada Philip, Gary, David, Kevin, Eugene, Michael dan sebagainya? Apakah apabila nama Arab atau bunyi Melayu sikit anda perli tetapi nama Mat Salleh anda ok?

Andai anda mengatakan saya kurang Cina kerana orang Cina menganut agama tradisi Cina seperti Buddha, Taoism dan Confucianism, mengapa hanya Cina Muslim jadi sasaran anda dan bukannya Cina Kristian mahupun Cina Hindu atau Cina Atheist dan Cina Freethinker? Untuk pengetahuan anda, Siddharta Gautama bukannya Cina tetapi berbangsa India.

Sebelum wujudnya agama Buddha, Taoism dan Confucianism di China, apakah orang Cina di China itu bukan Cina hanya kerana mereka tidak menganut agama tersebut?

Sudah terang lagi bersuluh bahawa anda yang melabel saya menghina bangsa lain tidak lain tidak bukan hanya kerana identiti saya sebagai Muslim berbangsa Cina. Ternyata anda double standard dalam penilaian dan kebencian anda adalah membuta tuli tanpa fakta tetapi emosi yang tidak rasional.

Saya berpegang kepada firman Allah Subhana Wa Ta'ala;

"Sesungguhnya ada sepuak diri hamba-hambaKu (di dunia dahulu) memohon kepadaKu dengan berkata: ` Wahai Tuhan kami, kami telah beriman; oleh itu ampunkanlah dosa kami serta berilah rahmat kepada kami, dan sememangnya Engkaulah jua sebaik-baik Pemberi rahmat '.
(Al-Mu'minuun 23:109)

Dan ini yang anda seringkali lakukan terhadap Muslim bukan dengan mengejek dalam ruangan komen media berbahasa Cina seolah-olah Cina Muslim tidak tahu membaca tulisan Cina;

"Maka kamu jadikan mereka ejek-ejekan sehingga ejek-ejekan kamu kepada mereka menyebabkan kamu lupa mengingati balasanKu, dan kamu pula sentiasa tertawakan mereka.
(Al-Mu'minuun 23:110)

Dan InshaAllah kami terus bersabar dengan ejekan anda serta mengajak kalian mengenal Islam dengan harapan anda menjadi ikhlas mencari kebenaran agar anda memeluk Islam. Kami hanya mengharapkan ganjaran dari Allah Subhana Wa Ta'ala;

"Sesungguhnya Aku membalas mereka pada hari ini (dengan sebaik-baik balasan) disebabkan kesabaran mereka; sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang berjaya".
(Al-Mu'minuun 23:111)

Dihalau Kerana Tolong Pelarian Syria

Cerita sebak dari pelajar yang prihatin dan punya keperimanusiaan - Musa Nuwayri


Selepas 6 hari 5 malam berada di dalam penjara Jordan, alhamdulillah sebentar lagi saya akan bertolak ke Malaysia.

Saya dihalau keluar tatkala pengajian saya hanya berbaki beberapa bulan. Saya redha. Tetapi sedikit terkilan apabila alasan yang diberi adalah hanya kerana 'membantu pelarian Syria di Jordan'.

Doakan saya terus kuat. Kerana ujian itu sifatnya menguatkan. Bukan melemahkan.

Saya pasti akan merindui teman seperjuangan di sana. Juga anak-anak Syria yang sudah saya anggap seperti anak kandung saya sendiri.

Kelibat Yasir dan rakan-rakan menari mengikut rentak lagu Gummy Bear, tawa Nur dan kawan-kawan di kem sambil meminta saya menolak buaian. Oh tuhan, tabahkan hati hambamu menghadapi perpisahan yang sangat mengejut ini.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang banyak membantu sepanjang saya di dalam penjara. Keluarga, kawan-kawan dan pihak kedutaan Malaysia di Jordan.

Biarlah gambar saya digari ini menjadi kenangan sampai bila-bila.

Saya pasti akan bercerita tentang semuanya kelak. Insya Allah.

Monday, January 23, 2017

Pengislaman Dan Pengkristianan



Di Barat, mereka takutkan Pengislaman manakala di Timur kita takutkan Pengkristianan. Sebagaimana Pope John Paul II nyatakan dalam bukunya; 'Crossing the Threshold of Hope' halaman 110: "Ketika mereka menyusut di Eropah, lebih ramai mereka yang berkembang di Afrika dan Asia."

Minoriti Muslim di Barat aktif menyebarkan dakwah Islam manakala majoriti Muslim di Timur pasif dalam menyebarkan dakwah.

Kita sebagai Muslim percayakan kebenaran. Kita tidak harus takutkan bayang-bayang sendiri dan hendaklah keluar melakukan yang terbaik dalam menyebarkan syiar ini kepada mereka yang percaya dan menerima kesolehan dibalas syurga dan amaran azab neraka bagi yang tidak percaya.

#JomDakwah

[Firdaus Wong Wai Hung]

Jenazah Di Madinah dan Makkah

Perkongsian dari Album Shahrina Sharkawi


---

---

---

Ada 7 jenis jenazah. Yang bertutup hijau adalah jenazah lelaki dewasa, bertutup coklat tua jenazah wanita dewasa, warna krim jenazah kanak-kanak, dan yang tidak bertutup kepala ialah lelaki yang meninggal semasa masih dalam ihram..Allah ingin memperlihatkan bahawa warna kulit bukan jaminan suatu kemuliaan..Subhanallah..Allahu Akbar..Al Fatihah kepada semua arwah. Beruntungnya mereka disolatkan di Baitullah yang suci...dengan ratus ribu jemaah mengiringi..Moga, kita dapat peluang sebegini..sekali saja..

Diriwayatkan hadith dari Suhail hadith dari bapanya, hadith dari Abi Hurairah (r.a) hadith dari Nabi s.a.w bersabda: 'Barangsiapa mensolatkan atas jenazah (umat Islam yang beriman) tetapi tidak mengikuti jenazah (iaitu, tidak menemaninya ketika dibawa ke perkuburan untuk disemadikan) maka baginya pahala satu 'qirat'; maka jika mengikutinya (akan jenazah ke kuburnya), maka baginya pahala dua 'qirat'.' Dikatakan (iaitu, ditanyakan oleh sahabat): 'Dan pa dia dua 'qirat' itu?' Bersabda Nabi (s.a.w): '(Satu 'qirat' itu) Paling kecilnya (atau sekecil-kecilnya) kedua-dua (Qirat) itu adalah semisal gunung Uhud.' [Hadis Muslim, Kitab Jenazah]

Seperti di Masjid Nabawi di Madinah, di Masjidil Haram juga sentiasa ada solat Jenazah setiap kali lepas solat fardhu. Jenazah diusung keluar dengan sangat pantas.

Gambar Yang Haram Disebar Di Media Sosial


---

---

---

---

---

---

---

---

Raudhah - Taman Syurga



Raudhah itu ertinya “taman’ yang menggambarkan kesejukan dan kenikmatan. Raudhah yang dimaksudkan di sini adalah kawasan antara rumah dengan mimbar Nabi s.a.w. sebagaimana hadis shahih Riwayat Bukhari “maa baina baitii wa minbarii raudhoh min riyaadhil jannah, wa minbari ‘alaa haudhii” (antara rumahku dan mimbarku adalah raudhoh (iaitu) taman dari syurga, dan mimbarku di atas kolam). Status “taman syurga” inilah yang memotivasi jemaah memburu tempat di depan kiri Masjid Nabawi ini untuk bersolat dan berdoa.

Di dalam Raudhah terdapat enam tiang bersejarah:

“Tiang Utusan” yang digunakan Nabi s.a.w. dahulu sebagai tempat menerima utusan yang datang.
“Tiang Pengawal” tempat berdirinya para pengawal Nabi.
“Tiang Tempat Tidur” yang merupakan tempat Nabi s.a.w. tidur selama i’tikaf.
“Tiang Abu Lubabah” yaitu tiang tempat Abu Lubabah mengikatkan diri kerana menyesal telah membocorkan rahasia kepada orang Yahudi.
“Tiang Aisyah” yang diyakini ditunjuk Aisyah sebagai tempat Rasulullah s.a.w. mengimami solat berjemaah.
“Tiang Mukholaqah” tempat bersandar Nabi s.a.w. ke batang pohon kurma ketika khutbah Jumaat.

Di samping itu di Raudhah ada juga “Mihrab Nabi”.

Adapun Rumah Nabi berdampingan dengan Masjid. Kini rumah ini menjadi makam Rasulullah s.a.w. beserta dua shahabatnya Abubakar Shiddiq dan Umar Ibnul Khattab. Secara khusus tidak ditemukan dalil tentang keutamaan solat atau berdoa di Raudhah selain pernyataan Rasulullah s.a.w. dalam Hadis Riwayat Bukhari di atas. Namun fakta yang terjadi tempat antara “rumah” dan “mimbar” ini telah menjadi “rebutan jemaah” yang fenomenal. Rumah adalah tempat bernaung dan beristirahat. Tempat elemen keluarga membina harmoni berumahtangga. Suami dan isteri saling mencintai dan menyayangi sambil membesarkan putera dan puteri buah hati keduanya.

Sementara Mimbar adalah arena perjuangan. Dari mimbar diserukan ajakan untuk beriman kepada Allah, beribadah dengan tekun, dan berjuang memuliakan agama Allah. Dari mimbar Nabi membangun negeri agar warganya sejahtera dan berkah dalam limpahan rahmah dari Allah. Mencegah perilaku rendah dan nista yang menyebabkan mereka menerima murka dan azab. Mimbar adalah tempat untuk melakukan perjuangan dakwah. Antara “rumah” dan “mimbar” ada “taman surga”.

Semangat jemaah untuk solat dan berdoa di Raudhah memang hal yang bagus dan wajar, asal saja mereka tidak saling menyakiti. Kawasannya terbatas. Kunci keberhasilan ibadah dan kabulnya doa bukan semata ditentukan oleh tempat tertentu seperti Raudhah, akan tetapi di bahagian manapun dari Masjid Nabawi kita beribadah, insya Allah menjadi tempat yang baik dan makbul doa. Syaratnya kita beribadah atau berdoa dengan tatacara yang benar dan dengan kekhusyukan yang tinggi.

[Sumber: FB Amiruddin Wong]


TIPS DARI PUAN ROZA ROSLAN:

Di ruang jemaah wanita ... kawasan Raudhah boleh dimasuki melalui Pintu 25, 26 dan 27 di bahagian belakang (Berdepan Hotel Daral Taqwa, Hotel Oberoi).

Melalui pintu 28, 29 dan 30 di bahagian kiri bertentangan perkuburan Baqi'. Ruang Raudhah bagi jemaah wanita di buka pada 3 masa.

Pertama, Selepas waktu Dhuha.
Kedua, selepas solat zohor.
Ketiga, selepas solat Isyak.

Ramai yang pertama kali mahu ke sana terkejut kerana terpaksa menunggu begitu lama, juga terperanjat melihat keadaan jemaah wanita dari pelbagai negara yang separuh sedar bertolak-tolakkan.

Saranan kami yang pernah bermukim di Madinah ...

Pertama, Usai solat fardu, solat sunat dan solat jenazah ... keluarlah sebentar untuk perbaharui wuduk. Kemudian masuk semula.

Jemaah wanita akan dikumpulkan mengikut pasukan-pasukan (Arabia, India-Pakistan, Mesir, Turkiye dan bahasa Melayu). Masuk dalam pasukan masing-masing.

Kedua, terdapat beberapa hentian. Bawalah penyembur air (jika kita jenis tidak dapat menahan wuduk yang lama). Bawa beg sandang yang sederhana ringkas. Sementara menunggu ... usah bersembang. Banyakkan solat-solat sunat, membaca al-Quran dan berzikir. Paling disarankan banyakkan berselawat ke atas junjungan Rasulullah SAW.

Ketiga, sebaik sahaja ternampak ruang Raudhah - sementara menunggu - berdoalah.

Keempat, apabila dijemput masuk ke ruang Raudhah - berjalanlah dengan tenang. Usah bertolak-tolak. Biasanya jemaah dari Asia Tenggara masuk paling akhir - berdoa banyak-banyak sambil bergerak perlahan-lahan ke ruang hadapan.

Usah solat dalam keadaan jemaah bertolak-tolakan - berusaha solat di barisan saf paling hadapan. Ia sangat hampir dengan masjid asal yang dibina zaman nabi dan di sebelah kirinya makam junjungan Besar umat Islam. Bersopanlah ... kita tetamu Allah. Bersifat mulialah ... kita bangsa berakhlak.Tidak mahukah kita nanti Allah menaikkan darjat dan memberikan kemuliaan di negeri akhirat?



Firman Allah dalam Surah Al-Israa'. Ayat 80 bermaksud:

"Dan pohonkanlah (wahai Muhammad, dengan berdoa): Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku ke dalam urusan agamaku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia da

Sunday, January 22, 2017

Dr. Hamka Kurang Salahkan Orang Lain


Sewaktu kepulangannya dari Timur Tengah, Prof. DR. Hamka, seorang tokoh pembesar ormas Muhammadiyyah, menyatakan bahawa Maulidan haram dan bid’ah tidak ada petunjuk dari Nabi s.a.w., orang berdiri membaca selawat saat Asyraqalan (Mahallul Qiyam) adalah bid’ah dan itu berlebih-lebihan tidak ada petunjuk dari Nabi s.a.w.

Tetapi ketika Buya Hamka sudah tua, beliau berkenan menghadiri acara Maulid Nabi s.a.w. saat ada yang mengundangnya. Orang-orang sedang asyik membaca Maulid al-Barzanji dan berselawat saat Mahallul Qiyam, Buya Hamka pun turut serta asyik dan khusyuk mengikutinya. Lantas para muridnya bertanya: “Buya Hamka, dulu sewaktu Anda masih muda begitu keras menentang acara-acara seperti itu namun setelah tua kok berubah?”

Dijawab oleh Buya Hamka: “Iya, dulu sewaktu saya muda kitabnya baru satu. Namun setelah saya mempelajari banyak kitab, saya sedar ternyata ilmu Islam itu sangat luas.”

Di riwayat yang lain menceritakan bahawa, dulu sewaktu mudanya Buya Hamka dengan tegas menyatakan bahawa Qunut dalam solat Subuh termasuk bid’ah! Tidak ada tuntunannya dari Rasulullah s.a.w. Sehingga Buya Hamka tidak pernah melakukan Qunut dalam solat Subuhnya.

Namun setelah Buya Hamka menginjak usia tua, beliau tiba-tiba membaca doa Qunut dalam shalat Subuhnya. Selesai solat, jemaahnya pun bertanya heran: “Buya Hamka, sebelum ini tak pernah terlihat satu kalipun Anda mengamalkan Qunut dalam shalat Shubuh. Namun mengapa sekarang justru Anda mengamalkannya?”

Dijawab oleh Buya Hamka: “Iya. Dulu saya baru baca satu kitab. Namun sekarang saya sudah baca seribu kitab.”

Gus Anam (KH. Zuhrul Anam) mendengar dari gurunya, Prof. DR. As-Sayyid Al-Habib Muhammad bin Alwi al-Maliki Al-Hasani, dari gurunya Al-Imam Asy-Syaikh Said Al-Yamani yang mengatakan: “Idzaa zaada nadzrurrajuli wattasa’a fikruhuu qalla inkaaruhuu ‘alannaasi.” (Jikalau seseorang bertambah ilmunya dan luas cakrawala pemikiran serta sudut pandangnya, maka ia akan sedikit menyalahkan orang lain).

Semakin gemar menyalahkan orang semakin bodoh dan dangkal ilmunya, semakin Tinggi ilmu seseorang maka semakin tawadhu (rendah hati), carilah guru yang tidak pernah menggunjing dan mengkafirkan siapapun.

Hal ini sama seperti ilmu padi, semakin berisi semakin merunduk, itulah peribahasa yang sering kita dengar. Yang memiliki arti, orang berilmu yang semakin banyak ilmunya semakin merendahkan dirinya. Tanaman padi jika berisi semakin lama akan semakin besar. Jika semakin besar otomatis beban biji juga semakin berat.

Jika sudah semakin berat, maka mau tidak mau seuntai biji padi akan semakin kelihatan merunduk (melengkung) kearah depan bawah. Karena batang padi sangat pendek, strukturnya berupa batang yang terbentuk dari rangkaian pelepah daun yang saling menopang. Jadi tidak sebanding dengan beban berat biji padi yang semakin lama semakin membesar. Berbeda dengan biji padi yang kosong tidak berisi, walaupun kelihatan bijinya berbuah banyak karena tidak berisi maka seuntai biji padi tersebut akan tetap berdiri tegak lurus.

~~~~~~~~~~~~~~

Sebuah Renungan:
http://islamidia.com/semakin-tinggi-ilmunya-semakin-sedikit-menyalahkan-orang-lain/

Syeikh Maulana Muhammad Ilyas al-Kandahlawi rahimahullah berkata:

Maksud ILMU yang pertama dan utama adalah agar seseorang itu mengISLAH (memperbaiki) kekurangan dan kelemahan dirinya, memahami kewajipan atas dirinya dan berusaha memperbaiki dirinya...

Apabila ILMU digunakan untuk menyalahkan orang lain dan mencari keaiban orang, maka ILMU itu akan menjadi asbab takabbur dan sombong lalu ILMU itu akan membinasakan pemilik ILMU itu sendiri.~

Perkara Tidak Bermanfaat


AL IMAM IBN QAYYIM AL JAUZIYYAH, menyebut mengenai 10 perkara yang sia-sia dan tidak bermanfaat, iaitu:-

1] ILMU YANG TIDAK DIAMALKAN… Tahu tentang wajibnya solat, tetapi tidak dilakukan solat; Tahu tentang haramnya minum arak, tetapi diminum juga…

2] AMAL YANG TIDAK IKHLAS dan tidak mengikuti tuntunan Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam… Melakukan amal kebaikan BUKAN KERANA ALLAH, dan tidak seperti yang diajar oleh Nabi SAW….

3] HARTA YANG TIDAK DIINFAKKAN… Banyak wang ringgit dan harta benda, tetapi tidak dibelanjakan ke jalan Allah, tetapi ke jalan keseronokan dunia semata-mata…

4] HATI YANG KOSONG DARI KECINTAAN dan kerinduan kepada Allah…Sedikit sangat ingat kepada Allah, tidak cinta dan rindu kepada Allah… Dia lebih banyak ingat kepada rakan2 dan perkara2 keduniaan….

5] TUBUH BADAN YANG TIDAK DIGUNAKAN UNTUK MENTAATI ALLAH dan berkhidmat kepadaNya…Badan sihat, tiada kecacatan, tetapi tidak mampu hendak ke masjid atau ke surau bersolat berjamaah…Sangat susah nak bangun subuh…

6] CINTA YANG TIDAK DIIKAT DENGAN KERIDHAAN ALLAH TA’ALA, dalam mentaati perintah-perintahNya… Kecintaan kepada WANITA, TAKHTA DAN HARTA, amat mendalam di dalam hatinya…

7] MASA LAPANG TIDAK DIGUNAKAN dari mengambil faedah ilmu dan mendapatkan kebaikan serta kedekatan kepada Allah… Tidak mahu hadir majlis2 ilmu, tetapi lebih suka pergi ke pasar2 malam atau ke pesta-pestaan, konsert2 MARI HEBOH dll....

8] FIKIRAN YANG DIGUNAKAN DALAM HAL-HAL YANG TIDAK MEMBERI MANFAAT…

9] PERSAHABATAN YANG TIDAK MENDEKATKAN KEPADA ALLAH dan tidak pula bermanfaat dalam baiknya urusan dunia…Bersahabat bukan kerana perkara2 yang disukai Allah…. Bersahabat kerana HOBI ATAU MINAT YANG SAMA…

10] RASA TAKUT DAN HARAP KEPADA MANUSIA secara keterlaluan… Manusia itu sendiri tidak ada kuasa apa2, hatta atas dirinya sendiri…. Manusia tidak dapat menolak kemudharatan, mendatangkan manfaat, menolak maut, memberi kehidupan… Wallahu a'lam...

[Ustaz Rsmli Joned]

Doa Ketika Terjaga Di Tengah Malam



Dari Ustaz Ramli Joned:

حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ إِبْرَاهِيمَ الدِّمَشْقِيُّ حَدَّثَنَا الْوَلِيدُ قَالَ قَالَ الْأَوْزَاعِيُّ حَدَّثَنِي عُمَيْرُ بْنُ هَانِيءٍ قَالَ حَدَّثَنِي جُنَادَةُ بْنُ أَبِي أُمَيَّةَ عَنْ عُبَادَةَ بْنِ الصَّامِتِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ تَعَارَّ مِنْ اللَّيْلِ فَقَالَ حِينَ يَسْتَيْقِظُ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ وَلَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ ثُمَّ دَعَا رَبِّ اغْفِرْ لِي قَالَ الْوَلِيدُ أَوْ قَالَ دَعَا اسْتُجِيبَ لَهُ فَإِنْ قَامَ فَتَوَضَّأَ ثُمَّ صَلَّى قُبِلَتْ صَلَاتُهُ
Maksudnya:
“BARANGSIAPA TERBANGUN DI MALAM HARI, & ketika bangun ia membaca: LAA ILAAHA ILLAAHU WAHDAHU LAA SYARIIKALAH, LAHUL MULKU WALAHUL HAMDU, WAHUWA 'ALAA KULLI SYAI`IN QADIIR, SUBHAANALLAAHI WAL HAMDULILLAHI WA LAA ILAAHA ILLAAHU WAALLAHU AKBAR, WA LAA HAULA, WA LAA QUWWATA, ILLA BILLAHI
(Tidak ada Tuhan selain Allah Yang Maha Esa, tidak ada sekutu bagi-Nya, milik-Nya semua kerajaan & bagi-Nya semua pujian... Dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu... Maha Suci Allah, segala puji hanya milik Allah, tidak ada Ilah (Tuhan yg wajib disembah) selain Allah, Allah Maha Besar, tidak ada daya & kekuatan melainkan hanya dengan Allah)….

Kemudian ia berdoa RABBIGHFIRLII (Ya Allah ampunilah aku) - Al Walid menyebutkan - Atau beliau mengatakan, lalu berdoa MAKA DOANYA AKAN DITERIMA…. Jika ia berwudhu lalu solat, maka SOLATNYA AKAN DITERIMA.”… [HR Abu Daud No.4401]….. Wallahu a'lam....

Doa Ibu Untuk Anak

---
---
---
---
---
---

Mengelak Fikiran Negatif


Tips yang bermanfaat dari Hajjah Rohana Saad:

1. Maafkan semua orang sebelum tidur.
Lupakan kesalahan mereka yang menyakitkan hati kita. Maafkan dan beritahu diri sendiri jangan ingat lagi.

2. Membantu dengan penuh minat, bukan sekadar ikhlas.
Jadi membantu orang lain sesuatu yang menyeronokkan untuk dibuat. Be helpful! Dalam erti kata lain jadikan sikap suka membantu sebagai ‘passion’anda. Jangan membantu kerana ‘ada udang di sebalik batu’.

3. Hormati sesiapa saja.
Walau siapapun dia, hormati dia. Jangan nilai orang dari jawatan, harta dan pangkat serta kehebatan dia. Kita pula jangan hanya mahu dihormati, sebaliknya biarlah kita hormati semua orang.

4. Jadilah diri sendiri, jangan jadi seseorang yang kita nampak ‘perfect’.
Mungkin kita kenal seseorang yang kita lihat sempurna – popular, bergaji besar, berkereta mewah, rumah mewah, bergaya, nampak serba lengkap. Hendak jadikan dia sebagai contoh ikutan boleh tetapi jangan jadi perfect sangat macam dia sebab kita akan hilang jatidiri, akhirnya kita hilang semangat nak memajukan diri. Contohi apa yang positif pada dirinya, kemudian amalkan.

5. Elak dari menyertai perbincangan negatif.
Orang berjaya suka bercaka pasal idea. Orang yang tidak mahu berjaya suka bercakap pasal orang lain. Sekarang kita sudah dapat bezakan mana satu orang yang nak berjaya dan mana satu orang yang cuma mahu kekal di tempat biasa.

6. Elak mengomel, mengomen, mengata dan mencaci.
Elak fikiran negatif dengan berhenti merungut, mengomel untuk menyatakan rasa tidak puas hati. Stop complaining! Elak bercakap pasal keburukan orang.

7. Bersyukur atas segala apa yang kita ada.
Bersyukur sebab kita masih hidup hari ini. Kita tak akan tahu bila kita akan mati. Syukuri rezeki kita tiap kali kita makan dan tiap kali kita minum, walaupun kita cuma minum air kosong!. Amalkan berterima kasih pada Tuhan mulai dari sekecil-kecil nikmat hinggalah sebesar-besar nikmat. Walaupun hidup kita bermasalah, sikap rajin bersyukur akan membuat masalah itu hilang sedikit demi sedikit. Jangan jaja sana sini "Saya sangat bersyukur dengan nikmat yang Allah bagi pada saya selama ini..." tapi tindakan dan sikap kita langsung tidak menggambarkan apa yang kita cakap Itu akan menyebabkan orang bertambah meluat dan tidak percaya kepada kita lagi....

Ubahlah sikap mulai dari sekarang, insaflah akan kelemahan diri, akuilah kesilapan yang telah dilakukan, dan lakukanlah 'anjakan paradigma' dalam hidup sekiranya kita serius mahu berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi....

Thursday, January 19, 2017

Hayati Rezeki Dengan Mata Hati




Sayidatina Aisyah bercerita tentang dirinya: “Aku tidak cemburupun pada mana-mana isteri Nabi yang lain melainkan terhadap Khadijah walaupun aku tidak sempat mengenalinya. Hal ini kerana Nabi setiap kali menyembelih kambing, Baginda mengarahkan: ‘Hantarkan bahagian daging ini kepada teman-teman Khadijah.’ Sehinggalah suatu hari, aku naik marah. Aku berkata: ‘Asyik Khadijah, Khadijah!’

Lalu Nabi pun berkata: ‘Sungguh aku direzekikan kecintaannya.’” (Riwayat Muslim)

............................................................


Rasa cinta dan sayang terhadap insan lain ialah rezeki yang mesti disyukuri. Tidak kira zahir atau batin, rezeki ialah apa sahaja nikmat yang kita kecap.

Anak-anak yang menghiburkan ialah rezeki,

Jiran yang baik hati ialah rezeki,

Pasangan hidup yang membahagiakan juga rezeki,

Majikan yang bertimbang rasa itu rezeki,

Pekerja yang jujur juga rezeki dan senarainya ini tidak akan pernah berkesudahan.

Sesungguhnya konsep rezeki itu luas. Hayatilah ia dengan mata hati.

Menjadi Tetamu Allah




"Sungguh Allah menurunkan pada setiap hari dan malam 120 rahmat di Baitullah. 60 rahmat untuk orang yang melakukan tawaf, 40 rahmat bagi orang yang mendirikan solat. 20 rahmat bagi orang yang memandang ke arah Ka'bah." (HR.Thabrani). "Solat di Masjidku ini (Masjid Nabawi) lebih utama seribu kali ganda dibandingkan solat di manapun kecuali di Masjidil Harram. Sebab solat di Masjidil Harram seratus ribu kali ganda dibanding solat di Masjid lainnya." (Riwayat Ahmad, dengan sanad yang sah).

Gema Talbiah dari para tetamu Allah di tanah wahyu Ilahi iaitu tanah suci Mekah terdengar dan menyentuh hati. Lautan umat Islam dengan asyik berteriak "Labbaika Allahumma labbaika. Labbaika la syarika laka labbaika. Innal hamda wanni’mata laka wal mulka. laa syarika laka." (Ya Allah, aku datang kerana panggilanMu. Tiada sekutu bagiMu. Segala nikmat dan puji adalah kepunyanMu dan kekuasaanMu. Tiada sekutu bagiMu). Satu ucapan yang dapat melupakan manusia dari perkara-perkara yang berbau duniawi. Dengan ucapan ini umat Islam dengan hati khusyuk pergi menuju Baitullah, Ka'bah.

Ka'bah adalah rumah tauhid dan tempat ibadah paling lama yang dibangun di muka bumi ini, sebagaimana tertera dalam al-Quran : “Sesungguhnya rumah yang pertama kali dibangun untuk (tempat beribadat) manusia, ialah Baitullah yang di Bakkah (Mekah)…” (QS. Ali Imran: 96).

Para tetamu Allah, selalu ingin kembali ke Baitullah kerana rasa RINDU, ibarat meminum air laut semakin diminum semakin haus.


[Nostalgia Hajjah Rohana Saad]

Akhlak Yang Dikehendaki Allah



Ibnu Arabi menyatakan : “Suatu ketika Al-Junaid ditanya orang tentang ilmu makrifat dan ‘Arif Billah (Ahli Makrifat)”. Ia menjawab : “Warna air itu tergantung pada warna wadahnya(bekasnya).” Maksudnya, seorang ‘Arif Billah dia berakhlak dengan akhlak-akhlak Allah Ta’ala sampai seolah-olah ia adalah Dia, meskipun tentu dia bukanlah Dia.

Allah SWT mengeluarkan akhlakNya untuk hamba-hambaNya yang dikehendakiNya sebagai bahagian dari Kekuasaan-Nya. Dia menyimpan akhlak-Nya itu untuk para hamba di dalam tempat penyimpanan, lalu Dia membahagikan akhlakNya tersebut kepada mereka sesuai dengan kedudukan mereka disisi-Nya. Diantara mereka ada yang diberi satu macam akhlak, ada yang diberi lima, ada yang diberi sepuluh, lebih atau kurang dari itu. Bagi yang mendapatkan lebih, maka akan terlihat darinya kebaikan dalam berhubungan dengan orang lain dan dalam berhubungan dengan Allah SWT yang sesuai dengan akhlak yang didapatkannya itu. Sebagaimana yang menerima kurang, juga perilakunya akan terlihat sepadan dengan kekurangan akhlak tersebut.


Ketika Allah SWT menghendaki kebaikan pada hamba-Nya maka Dia akan membimbing hamba menuju akhlak-akhlak mulia (Akhlakul Karimah) tersebut. Dan sebaliknya, ketika Allah SWT menghendaki keburukan pada hamba-Nya maka Allah akan membiarkan hamba mendapatkan akhlak Iblis yang dengannya Allah akan murka kepadanya dan tidak meredhainya. Hamba akan mendengar lalu mendengki, mengambil lalu bersikap rakus, dan bermain lalu meninggalkannya.

Dalam beberapa riwayat dikatakan bahawa di antara akhlak-akhlak mulia (Akhlakul Karimah) tersebut adalah :

1. Kazhm Al-Gaizh (Ertinya) : menahan marah;
2. Al-‘afwu ‘inda al-qudrah, (Ertinya) : memberikan ma’af padahal mampu membalas kesalahannya;
3. As-Shilah ‘inda al-qathi’ah, (Ertinya) : Menyambung silaturrahin ketika di putuskan;
4. Al-Hilm ‘inda as-safa, (Ertinya) : bersikap sabar ketika dibodoh-bodohkan orang;
5. Al-wiqar ‘inda at-athaisy, (Ertinya) : tetap tenang ketika ditololkan orang;
6. Wafa’ al-haq ‘inda al-juhud, (Ertinya) : menepati janji ketika diingkari;
7. Wa al-ith’am ‘inda al-ju’, (Ertinya) : memberi makan disa’at dirinya lapar;
8. Al-qathi’ah ‘inda al-man’, (Ertinya) : berhenti ketika dicegah;
9. Al-ishlah ‘inda al-ifsad, (Ertinya) : memperbaiki di saat terjadi kerosakan;
10. At-tajawuz ‘an al-musi’, (Ertinya) : mema’afkan orang yang berbuat buruk;
11. Al-athf ‘ala azh-zhalim, (Ertinya) : bersikap lembut kepada orang yang zalim;
12. Qabul al-ma’dzarah, (Ertinya) : bersedia menerima permohonan ma’af orang lain yang menyakiti dirinya;
13. Al-inabah Lil al-haq, (Ertinya) : kembali kepada kebenaran;
14. At-tajafi ‘an dar al-ghurur, (Ertinya) : menjauhi dari fatamorgana keindahan dunia;
15. Tark at-tamadi fi al-bathil, (Ertinya) : menghindari berterusan dalam kebatilan.

Semoga bermanafaat.

Cara Menghadapi Zaman Fitnah


Sekarang ini Zaman Fitnah di mana kebenaran dan kebatilan bercampur aduk dan susah untuk dibezakan. Yang benar nampak salah dan yang salah nampak benar.

Siapa saja yang berusaha memadamkan api fitnah ini akan dianggap sesat, bodoh, fasik, munafik, bahkan kafir. Semakin kita berusaha memadamkan api fitnah ini semakin besar dan tersebar fitnah itu. Bahkan kita pun akan terkena fitnahnya.

Ustaz Wadi Annuar Ayub menasihatkan supaya kita fokus pada pekerjaan, beribadah serahsia mungkin, belajar dan terus belajar, membaca Al-Quran sebanyak mungkin, menadah kitab para ulama sebanyak mungkin, berzikir dan berselawat sebanyak mungkin, tidak bercakap kecuali memang sangat mendesak dan penting, tidak berbicara mengenai hal yang tidak kita ketahui, menyerahkan urusan-urusan kepada ahlinya, dan menahan diri berbicara tentang hal yang bukan bidang kita. Banyakkan bersedekah dan infak, bersilaturrahim dan duduk bersama orang-orang soleh.

Pada zaman seperti ini wali-wali Allah adalah mereka yang paling banyak dicaci-maki namun mereka selalu memaafkan.

Wednesday, January 18, 2017

Cahaya Di Atas Cahaya


Kuliah Dhuha Kitab #NurAlaNur

📝Rahsiakan kebaikanmu sepertimana kamu merahsiakan keburukanmu.

📝Rahsiakan musibahmu seolah-olah tiada apa-apa yang menyusahkanmu dalam hidup ini.

📝Rahsiakan sedekahmu seolah-olah kamu manusia paling kedekut.

📝Rahsiakan doamu seolah-olah kamu manusia paling tak ambil peduli.

📝Rahsiakan kelebihanmu sepertimana kamu merahsiakan aibmu.

📝Rahsiakan aib saudaramu sepertimana kamu menjaga maruah kamu sendiri.

📝Rahsiakan keikhlasanmu sehingga kamu tidak merasa dirimu ikhlas lagi; tetapi kamu melihat Dia yang memberimu keikhlasan sehingga kamu diperikhlaskan olehNya untukNya semata-mata.

[Dikongsi dari FB Rina Muhd Yusuf]

Musyawarah Burung


Tujuh puluh tiga pintu
Tujuh puluh tiga jalan
Yang sampai hanya satu jalan

Beribu-ribu Margasatua
Mencari raja si Muraq
Yang sampai hanya tiga puluh

Ooh… Sang Algojo
Ooh… nanti dulu

Lihat dunia dari mata burung
Atau dari dalam tempurung
Yang mana satu engkau pilih

Dalam kalut ada peraturan
Peraturan mencipta kekalutan
Di mana pula kau berdiri
Di sini

Ooh… Sang Algojo
Ooh… nanti dulu

Berikan ku kesempatan akhir ini
Untuk menyatakan kalimah/kisah sebenarnya
Berikan aku kesempatan akhir ini
Lai lai la lai la lai

“Tanya sama itu hud-hud
Lang mensilang
Kui mengsikui
Kerana dia yang terbangkan ku ke mari

Itu adalah lirik Lagu "Tanya Sama Hud Hud" ciptaan M. Nasir yang dipetik dari kisah berikut ini.

KISAH BURUNG

Mantiq Al-Tayr (Musyawarah Burung) merupakan karya yang paling fenomenal dari Fariduddin Attar. Kitab itu berisi pengalaman spiritual yang pernah dilaluinya untuk mencari makna dan hakikat hidup. Attar menuangkan pengalamannya itu melalui sebuah cerita perjalanan sekawanan burung agar lebih mudah dimengerti.

Dengan gaya bertutur, kitab itu mengisahkan perjalanan sekawanan burung untuk mencari raja burung yang disebut sebagai Simurgh (Muraq) di puncak Gunung Kaf yang agung. Sebelum menempuh perjalanan berkumpulah segala burung di dunia untuk bermusyawarah. Tujuan mereka hanya satu yakni mencari raja. Dalam perjalanan itu, para burung yang dipimpin oleh Hud-hud.

Untuk sampai ke hadrat Si Muraq, mereka harus tempuhi tujuh lembah yang penuh halangan.

Lembah pertama adalah lembah keinginan. Di sini semua burung diminta bertaubat dan meninggalkan kehendak duniawi.

Lembah kedua adalah lembah kerinduan di mana semua burung perlu menyelami lautan api agar tubuh mereka terbakar.

Lembah seterusnya adalah lembah makrifat, di sini semua burung harus memilih jalan sendiri lantaran “terlalu banyak jalan menuju yang satu, dan setiap satu disediakan bagi jiwa yang sesuai dengannya.”

Di lembah kepuasan, semua tuntutan, semua nafsu duniawi harus ditanggalkan dari hati.

Di lembah kesatuan, yang banyak menjadi satu.

Sebaik saja sampai ke lembah yang keenam, lembah kekaguman, burung-burung itu, yang sangat keletihan dan kebingungan, menembusi hijab berpasang-pasangan, dan mendapati jiwa mereka kosong. Hinggakan mereka menangisi, “aku tidak mampu berfikir lagi lantaran ghaibnya segala ilmu dari diriku.” “Aku curiga atas curiga ku ini, namun rasa curiga itu sendiri pun aku tak pasti, aku mendambakan, tapi siapakah yang sebenarnya aku dambakan?”

Akhirnya di hujung perjalanan, di lembah kefakiran dan fana, di mana segala sifat keakuan ditanggalkan dari diri mereka, mereka dipakaikan dengan jubah ketidaksedaran, menyebabkan mereka hanya meneguk ruh kewujudan.

Bila mereka berjaya mengharungi kesemua tujuh lembah, bila mereka berjaya meruntuhkan gunung keakuan, dan menanggalkan kecintaan terhadap segala ilmu, barulah mereka dibenarkan meneruskan perjalanan bertemu raja Si Muraq.

Dari beribu-ribu ekor burung yang memulakan perjalanan, hanya tiga puluh saja yang berjaya mengharungi segala payah jerih. Dengan kepenatan yang tak terhingga, dengan perasaan kehinaan yang tak terkata, mereka dibawa berjumpa dengan raja segala burung. tapi apa yang mereka dapati bukan raja segala burung, tapi bahkan refleksi diri mereka sendiri dalam cermin diri.

Si Muraq, ataupun sirmurgh, adalah perkataan Parsi yang bermaksud tiga puluh ekor burung. Maka di sini, di penghujung jalan, burung-burung itu berhadapan dengan realiti, berhadapan dengan refleksi diri, walaupun mereka telah mengharungi perjalanan yang panjang dan segala payah jerih, yakni, yang sebenarnya mereka cari adalah ‘diri mereka sendiri‘ dan ‘diri sebenar diri‘.

Wahai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! “Kembalilah kepada Tuhanmu dengankeadaan engkau redha dan diredhai (di sisi Tuhanmu)! (Surah Al-Fajr ayat 27-28)

*“Lang mensilang, Kui mengsikui” bermaksud Orang tak macam orang, hantu tak macam hantu.

[Dipetik dari sumber: ku2blog & warisantamar oleh Sharida Abbas]

Doa Makbul Di Hari Wukuf


Ini cerita Hajjah Rohana Saad. Beliau mempunyai kenangan paling indah sangat bermakna semasa mengerjakan ibadah haji 2016 ketika berada di Padang Arafah.

Beliau dapat tempat yang tiada berbumbung kain khemah, di bawah pokok kurang berdaun. Semalaman dapat berdoa memandang terus ke langit dan keesokannya beliau dapat berdoa di waktu pertukaran siang ke malam (maghrib) masuk hari wukuf. Allahu Akhbar.. waktu doa paling mustajab.

Sebahagian dari jemaah telah dihantar bermabit ke Mudzalifah ikut giliran. Rezekinua dipanggil naik bas selepas solat maghrib dan isyak. Semasa hampir maghrib beliau betul2 menadah tangan ke langit berdoa dengan airmata.

Doa-doa yang saya dipohonnya dimakbulkan Allah. Antaranya beliau memohon Allah supaya memberi hidayah pada anak sulungnya. Alhamdulillah, anak itu telah berubah dan sekarang ini sedang berada di Tanah Suci mengerjakan ibadah umrah.

Panduan Mengerjakan Umrah


Assalamualaikum pada Muslimin dan Muslimat. Hari ini kami ingin memberi sedikit Panduan atau Cara Mengerjakan Umrah. Semoga Panduan ini dapat menyempurnakan Umrah Anda

Rukun umrah mudah sahaja, ada 5:

Niat
Tawaf
Saie
Bercukur
Tertib
1. Niat
نويت العمرة وأحرمت بها لله تعالى

Maksudnya: Sahaja aku berniat umrah dan berihram aku untuk melaksanakannya kerana Allah Ta’ala.

2. Tawaf
Niat tawaf adalah “Aku berniat Tawaf Umrah di Ka’abah ini tujuh pusingan kerana Allah Taala”.

Syarat sah tawaf:

Dilakukan diluar Kaabah tetapi di dalam Masjidil Haram.
Tidak boleh menyentuh mana-mana bahagian Kaabah semasa tawaf.
Tidak boleh menggunakan laluan di bawah pancur emas antara Hijr Ismail dengan Ka’abah (kerana Hijr Ismail juga dikira sebahagian daripada Ka’abah).
Laluan tawaf hendaklah bersih dari najis.
Dimulai dari belakang hajarul Aswad dan diakhiri dengan melangkah garisan yang sama.
Tujuh pusingan dengan sempurna dan yakin.
Mengirikan Kaabah atau mengelilingi melawan jam.
Suci dari hadas kecil (berwuduk) dan hadas besar.
Badan suci dari najis.
Menutup aurat.

3. Saie
Syarat sah saie:

Dilakukan selepas tawaf
Tujuan hendaklah semata-mata untuk Saie
Dimulai dari bukit Safa dan tamat di Bukit Marwah.
Genap dan sempurna bilangan 7 kali.
Dari kaki bukit ke kaki bukit.
Perjalanan tidak boleh terputus iaitu seseorang itu tidak boleh melencong keluar melalui satu pintu dan masuk semula dengan pintu lain.

4. Bercukur / Tahallul
Memotong rambut sekurang-kurangnya 3 helai. Afdhal untuk bercukur bagi lelaki. Bagi yang tiada rambut di kepalanya, memadai melalukan pisau di kulit kepala.

Tahallul wanita:

Wanita berambut panjang boleh memotong mana-mana bahagian rambutnya asalkan tidak kurang dari 3 helai.
Suami boleh menggunting rambut isteri sebelum menggunting rambutnya sendiri selepas kedua-duanya selesai Sai’e umrah. Tetapi sebaik-baiknya suami menggunting rambutnya dulu.
Wanita haid boleh bertahallul dan rambut yang dipotong dimasukkan saja ke dalam bekas yang disediakan.

5. Tertib
Kita perlu ikut tertib umrah dari niat sampailah bercukur.

[Tabung Haji]

Sunday, January 15, 2017

Rukun Qauli




Rukun Qauli dalam solat, WAJIB berlafaz sampai didengari oleh telinga sendiri, tak kira lelaki atau wanita. Berbisik, TAK SAH. suara angin, TAK SAH. baca dalam hati, lagi TAK SAH. Satu huruf tidak terdengar pun al-fatihah tu tak sah. Kecuali kita berada di tempat bising atau speaker masjid kuat sangat.

Rukun qauli tu apa?

Takbiratul ihram, Al-Fatihah, tahiyyat akhir, selawat dan salam pertama. ada 5 sahaja. yang lain rukun fi'li. niat rukun qalbi.

Rukun solat terbahagi kepada tiga kategori:
1. Qalbi (diingat dalam hati) ,
2. Qauli (diucap dengan lidah).
3. Fi'li (perbuatan)

Rukun solat ada 13 perkara iaitu:
1. Berdiri bagi yang mampu. [Fi'li]
2. Niat.[Qalbi]
3. Takbiratul Ihram (Allahu Akhbar yang pertama). [Qauli]

Takbiratul Ihram dilafazkan dengan salah. Contohnya, bertakbir dengan lafaz ﭐﷲ di mulut, dan ﺃﻛﺒﺮ di dalam hati. Walhal, lafaz takbiratul ihram adalah RUKUN QAULI, maka, ia WAJIB dilafazkan 100% di mulut tanpa meninggalkan satu hurufpun dalam kalimah ﭐﷲ ﺃﻛﺒﺮ . Selain itu, sekiranya makhraj lafaz takbiratul ihram ini salah, maka ia boleh juga membatalkan solat.
Contohnya, melafazkan takbiratul ihram dengan suara angin (seperti suara orang berbisik).

4. Membaca surah Al-Fatihah. [Qauli]
Al-Fatihah merupakan RUKUN QAULI yang wajib dilafazkan 100% oleh mulut dengan makhraj dan tajwid yang betul. Sekiranya membaca al-Fatihah dalam hati atau menggunakan suara angin, maka, ia boleh membatalkan solat.
5. Rukuk dengan tama'ninah .[Fi'li]
6. Iktidal dengan tama'ninah. [Fi'li]
7. Sujud dengan tama'ninah. [Fi'li]
8. Duduk di antara dua sujud, dengan tama'ninah. [Fi'li]
9. Duduk Tasyahhud akhir. [Fi'li]
10. Membaca bacaan Tasyahhud / Tahiyat Akhir. [Qauli]

Lafaz tahiyyaat akhir yang salah. Perkara ini merupakan antara kesalahan yang amat biasa dilakukan tetapi ramai yang tidak menyedarinya. Lafaz tahiyyaat wajib disebut dengan makhraj yang betul kerana ia adalah rukun qauli. Sekiranya lafaz tahiyyat itu dilafazkan dengan suara angin juga, ia akan membatalkan solat.

11. Selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. dalam Tasyahhud Akhir. [Qauli]
اللهم صَلِّ على سيـّدنا مُحمـّد
12. Mengucapkan salam yang pertama. [Qauli]

Lafaz salam dibaca dalam hati, dilafaz dengan suara angin, atau melafazkan salam dengan makhraj dan huruf yang salah juga boleh membatalkan solat. Lafaz yang tepat adalah ﭐﻟﺴﻼﻢﻋﻠﻴﻜﻢﻭﺭﺣﻤﺔﭐﷲ (assalaamu’alaikum warahmatullaah). Sekiranya menyebut “asalaamu’alaikum”, “salaamu’alaikum”, menukar huruf ﻉ kepada ﺃ, huruf ﺡ kepada ﻫ, atau apa sahaja sebutan yang selain daripada ﭐﻟﺴﻼﻢﻋﻠﻴﻜﻢﻭﺭﺣﻤﺔﭐﷲ , ia akan membatalkan solat. Menyebut salam dalam hati juga boleh membatalkan solat, kerana lafaz salam pertama adalah rukun qauli, ia WAJIB dilafazkan 100% oleh mulut dengan makhraj dan tajwid yang betul.

13. Tertib [Qalbi]

Jom sama-sama baiki solat

Pesan Luqman Kepada Anaknya



Wahai anakku, saya sudah cuba memikul batu besar dan besi yang berat, namun saya dapati bebanan ‘hutang’ jauh lebih berat.

Saya cuba menikmati makanan yang lazat, dan berpelukan dengan wanita jelita, namun tidak ada yang lebih nikmat dari ‘keafiatan’.

Saya sudah cuba merasakan pelbagai benda pahit, namun saya dapati yang paling pahit adalah peri keberhajatan kepada manusia.

Wahai anaku! Ibubapa adalah bagaikan pintu syurga, jika kedua mereka redha terhadapmu syurga berada di tanganmu, namun jika mereka murka nescaya engkau terjijab dari syurga.

Wahai anakku! Engkau jangan duduk bersama para penjahat, jangan berjalan bersama mereka, kerana dikhawatiri mereka ditimpa azab dari langit lantas engkau juga terkena azab.

Wahai anakku! Duduklah bersama para ulama dan berjalanlah bersama mereka, barangkali rahmat Allah turun ke atas mereka, lantas engkau juga mendapat habuan.

Wahai anakku! Gadaikanlah ‘keduniaan’ demi akhirat nescaya engkau akan meraih keduanya; namun jangan gadaikan akhirat demi keduniaan nescaya engkau akan kehilangan keduanya.

Wahai anakku! Biasakanlah lidahmu berzikir ‘Allahumma ighfirli’ (Ya Allah berilah daku keampunan), kerana Allah memiliki saat ijabah yang tidak diketahui.

Wahai anakku! Janganlah suka melambatkan taubat, kerana ‘kematian’ boleh jadi datang mengejut.

Wahai anakku! Janganlah makananmu dimakan melainkan oleh ahli takwa; dan berbincanglah dalam hal urusanmu dengan ahli ilmu.

Wahai anakku! Jadilah engkau hamba abdi golongan solihin; awas jangan sekali-kali engkau berteman si penjahat.

Wahai anakku! Banyaklah bergaul dengan ahli ilmu, dekatkanlah lututmu dengan lutut mereka; kerana Allah swt akan menghidupkan hati dengan nur ilmu hikmah, sepertimana bumi yang kering hidup dengan air hujan.

Wahai anakku! Hendaklah engkau berkata baik, dan berwajah ceria, nescaya engkau akan lebih disukai manusia lebih dari memberi mereka harta benda.

Wahai anakku! Jadikanlah ‘ibadat’ ketaatan sebagai perniagaan, nescaya engkau akan dibalut keuntungan tanpa barang jualan.

Wahai anakku! Janganlah engkau lebih lemah dari ayam jantan yang membangunkan manusia sejak waktu sahur; manakala engkau tidur nyenyak di waktu sahur.

Luqman pernah ditanya, ‘Siapakah orang yang jahat’? Jelas beliau ‘Dialah orang yang tidak peduli seandainya manusia menyaksikan kejahatannya’.


[Ustaz Ahmad Asri Lubis]

Kenapa Tuhan Itu Mesti Esa


Aqidah Islam adalah aqidah tertua di dunia ini. Bermula dari awal kejadian manusia sehinggalah sekarang aqidah Islam sentiasa berjalan. Semua para Nabi dan Rasul membawa aqidah Islam iaitu tauhid (mengesakan) Allah.

Di dalam al Quran Allah menyebut:

قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ

Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa”(Al Ikhlas 112:1)

Perkataan أَحَدٌ “ahad” di sini bermaksud satu, tunggal, esa, dan tidak mempunyai perumpamaan yang serupa. Tunggal bermakna Dia berdiri dengan sendiri, Dia sendiri yang membuat keputusan, Dia sendiri yang paling berkuasa dan Dia sendiri yang menentukan nasib seseorang. Esa bukan bermaksud dua di dalam satu, atau tiga di dalam satu atau sebarang nombor yang mempunyai bilangan. Sebenarnya untuk memahami dan membuktikan Tuhan itu satu tidaklah begitu sukar menurut akal dan ilmu yang benar, berbanding sukarnya hendak membuktikan Tuhan itu tiga, triniti atau Tuhan itu tidak wujud sama sekali.

Cuba bayangkan secara logik, apabila sebuah sekolah mempunyai tiga Guru Besar. Perkara itu pasti akan menghura-harakan keadaan tambahan pula ketika mahu membuat sesuatu keputusan. Sama juga sekiranya Amerika Syarikat mempunyai tiga Presiden Amerika Syarikat iaitu George W. Bush, Barack Obama dan Donald Trump memerintah secara serentak, bagaimana keadaannya? Setiap Presiden pasti mempunyai pendirian masing-masing tambahan pula mereka dari parti-parti yang berbeza samada Demokratik atau Republik. Berkemungkinan besar akan berlaku pergaduhan diantara mereka kerana mereka sebagai insan mesti ada sifat tamak, dengki, cemburu dan memiliki hawa nafsu. Agak tidak logik apabila Tuhan bersifat sedemikian.

Allah juga ada mengkhabarkan sekiranya tuhan itu banyak akan menyebabkan rosakknya pentadbiran alam ini:
              
“Kalau ada di langit dan di bumi tuhan-tuhan yang lain dari Allah, nescaya rosaklah pentadbiran kedua-duanya. Maka (bertauhidlah kamu kepada Allah dengan menegaskan): Maha Suci Allah, Tuhan yang mempunyai Arasy, dari apa yang mereka sifatkan.” (Surah al Anbiyaa’: 22)

Sebenarnya manusia juga dapat memahami akan berlaku kebobrokan sistem pentadbiran alam ini sekiranya tuhan itu melebihi dari satu. Sebagai contoh di dalam agama Hindu, kitab Siva Purana ada menceritakan kisah peperangan sengit antara tuhan Brahma dengan Visnu, peperangan itu menyebabkan para dewa di langit berasa bimbang akan kehancuran alam. Siva Purana menceritakan:

“Kedua dewa yang tangguh itu, dengan kenderaan masing-masing maka keduanya mulai bertarung. Visnu dengan mengenderai Garuda, Brahma dengan Angsa, sedangkan para prajurit kedua dewa mula bertarung satu sama lain. Sementara itu para dewa yang lain mulai berdatangan untuk menyaksikan pertarungan yang dahsyat itu. Mereka membawa kenderaan masing-masing. Sambil menyaksikan pertarungan itu dari udara, para dewa mulai menaburkan hujan bunga. Sedangkan Visnu yang berkenderaan kuda mula tidak tahan melihat tingkah Brahma yang membuatkan beliau terpaksa mengeluarkan panah-panah sakti dan berbagai senjata sakti lainya ke arah Brahma. Sebaliknya, Brahma juga melemparkan berbagai senjata hebat ke arah Visnu. Melihat pemandangan itu, para dewa mulai ketakutan akan efek dari senjata yang mereka keluarkan untuk menyerang lawan masing-masing. Dalam keadaan itu Visnu mulai mengeluarkan senjata Mahesvara ke arah Brahma. Namun Brahma juga tidak mahu kalah, beliau mengeluarkan senjata Pasupata yang sangat hebat itu. Senjata itu mulai menerjang di angkasa dengan sinar yang sangat menyilaukan, dan suara uang amat gemuruh. Kedua senjata hebat itu kini mulai berhadapan satu sama lain, dan pertemuan kedua senjata ini akan berakibatkan hancurnya alam semesta” (Siva Purana: 5: 10-18)

Begitu juga situasi yang sama di dalam agama Zoroaster (Majusi). Dilihat dalam rujukan Parsi (myth of Persian) yang mana tulisan evolusi kedua agama Zoroaster pada zaman Parthia dan Sasanid juga memiliki kisah perbalahan di antara dua kuasa yang sama hebat iaitu kegelapan yang dikenali Ahriman (Angra Manyu) dan juga cahaya iaitu Ahura Mazda (Tuhan). Dari perbalahan ini wujudnya konsep dualisme dalam Zoroaster.

Begitu juga di dalam buku Kojiki dan juga Nihon Shoki yang merupakan dua buah buku terawal menceritakan sejarah negara Jepun. Di dalam buku ini mengetengahkan mitos kepercayaan masyarakat Jepun (Shinto) mengenai sejarah dewa-dewi mereka. Diceritakan juga cerita Dewi Ameterasu Omikami (dewi matahari) berbalah dengan Dewi Tsukuyomi (Bulan) dengan menuduh Tsukuyomi adalah dewi jahat lalu menyebabkan Ameterasu menjauhkan diri dengannya dan itu alasan kenapa malam dan siang tidak pernah bersama. Dalam buku ini juga ada menceritakan kisah peperangan antara Dewi Ameterasu dengan Susanoo (dewa ribut).

Dalam kepercayaan lain juga memiliki kisah pertarungan antara dewa-dewi seperti mitos dewa Yunani, mitos dewa dalam kepercayaan Asatru (Norse Cult) iaitu dewa Loki dan Thor. Begitu juga mitos perang dewa Mesir antara Horus melawan Set. Dalam mitos dewa-dewi Cina pula ada peperangan antara dewa air Gong Gong dengan dewa api Zhurong dan lain-lain. Hakikatnya ia menggambarkan kecelaruan (peperangan) dalam kuasa pentadbiran alam.

Allah Maha Mengetahui berlakunya kerosakkan sekiranya hal ini benar-benar terjadi. Malah manusia juga memahami akan berlakunya kerosakkan pentadbiran alam ini jika tuhan itu ramai. Jika tidak, mana mungkin wujudnya mitos-mitos peperangan tuhan di dalam kepercayaan mereka. Kadang kala punca peperangan itu disebabkan oleh perkara yang remeh temeh.

Oleh kerana sebahagian manusia di dunia ini beranggapan tuhan itu seperti manusia, adanya lemah, adanya dendam, adanya kesedihan sehingga memerlukan tuhan berkorban untuk manusia dan perkara itu secara langsung telah menempel sifat lemah manusia itu kepada tuhan.

Oleh kerana manusia itu dirumitkan kepada mereka untuk memahami bagaimana Tuhan yang sebenar yang Maha Esa itu dengan perlunya ditambah imaginasi dan cerita untuk membantu mereka bagi memahami bagaimana bentuk tuhan itu kuat dengan mitos perang dan sebagainya.

Akan tetapi sekiranya mereka berani menggunakan sedikit akal dan fikiran untuk merenungi kebobrokan kepercayaan ini, nescaya tidak susah untuk mereka memahami mengapa perlunya Tuhan itu Esa. Malah konsep ketuhanan yang sebenar ini sudah pun dikhabarkan kepada manusia, tetapi mereka telah memilih jalan untuk mengubah dan menokok tambah kepercayaan mereka dengan mengatakan Tuhan mereka itu lebih dari satu:

a) Khabar mengenai perlunya Tuhan itu Esa terdapat di dalam kitab suci dalam agama terdahulu yang dibawa oleh utusan Allah. Di dalam kitab Veda dan Upanishad:

“Ekam Sad Vipra Bahudha Vadanty”
Para pendeta terpelajar menyebut yang Tuhan yang satu dengan banyak nama” (Rig Veda buku 1, rangkap 164 ayat 46)

“Ekam eva advityam Brahman”
“Tuhan hanya satu, tidak ada yang kedua” (Chandogya Upanishad bab 6 rangkap 2 ayat 1)

b) Begitu juga peninggalan di Mesir Kuno mengenai Tuhan yang Maha Esa. Terdapat batu bersurat di kuil Karnak dan batu di makam dekat Tell-el-Amarna terdapat tulisan yang menceritakan mengenai Tuhan Aten:

“Aten yang wujud, tidak ada lain selain Dia”
“Dia terlahir dengan sendirinya”
“Dia yang menetapkan hukum di dalam kehidupan, Tuhan kepada sinar matahari”
“Dunia datang daripada tangan-Mu (Aten)”

c) Di dalam agama Yahudi juga menyatakan mengenai konsep Tuhan Maha Esa:
“Tuhan telah melakukan semua perkara itu supaya kamu tahu bahawa Dia satu-satunya Allah dan tidak ada yang lain.” (Keluaran 4: 35)

d) Di dalam kitab suci Taoisme, Dao De Ching oleh Lao Tze mengatakan:

昔之得一者:天得一以清;地得一以寧;神得一以靈;谷得一以盈;萬物得一以生;侯王得一以為天下貞。其致之,天無以清,將恐裂;地無以寧,將恐發;神無以靈,將恐歇;谷無以盈,將恐竭;萬物無以生,將恐滅;侯王無以貴高將恐蹶。故貴以賤為本,高以下為基。是以侯王自稱孤、寡、不穀。此非以賤為本耶?非乎?故致數譽無譽。不欲琭琭如玉,珞珞如石。

Terjemahan Dr. I.D. Lika:

“Hanya satu yang Maha Esa dan Maha Kuasa, iaitu DAO! Kerana itu, DAO dapat diandaikan sebagai YANG SATU! Sejak zaman dahulu, langit kalau mendapat yang SATU akan jernih dan bening. DI kalau mendapat yang SATU akan tenang, SHEN kalau mendapatkan yang SATU akan menjadi sakti. Lembah pergunungan kalau mendapatkan yang SATU akan penuh berisi. Semua makhluk menjadi hidup kalau mendapatkan yang SATU. Kalau penguasa mendapatkan yang SATU, negaranya akan damai tenteram dan harmonis. Sebaliknya, kalau langit tidak mendapatkan jernih dan bening, mungkin akan hancur berantakan. Kalau DI tidak mendapatkan tenang, mungkin akan terjadi bencana. Kalau SHEN tidak sakti mungkin akan lenyap. Kalau lembah tidak penuh berisi, mungkin akan kosong dan kering. Kalau semua makhluk hidup tidak mendapatkan kehidupan, semuanya akan binasa. Kalau para penguasa tidak menjalankan DAO, pasti akan diturunkan dari kekuasaannya.” (Dao Te Ching: bab 39: Dao De Gen Ben)

e) Agama Kristian, Jesus mengatakan Tuhan itu Esa:
“Inilah perintah utama, dengarlah, hai bangsa Israel! Tuhan Allah kita, Dialah Tuhan yang Esa” (Markus 12: 29)

Itulah sebahagian teks terdahulu yang memiliki teks ajaran tauhid mengenai Tuhan. Teks inilah yang telah dicemari dengan syirik oleh kaum terdahulu dan akhirnya dibersihkan semula oleh nabi terakhir iaitu nabi Muhammad SAW.

Wallahua’lam.

[Sumber: FB Multiracial Reverted Muslims]