Wednesday, April 27, 2016

Islam Di Cyprus


Islam datang ke Cyprus zaman Saidina Uthman. Pada 192, raja Salib yang kalah di tangan Salahuddin al-Ayubi, Guy de Lusingna di buang ke sini. Lalu bermulalah zaman Kristian di Cyprus sebelum diIslamkan kembali oleh kerajaan Uthmaniah pada tahun. Ini foto Masjid Lala Mustafa Pasha, sebuah gereja yang ditukar fungsinya kepada masjid, fungsi rumah ibadah ini kekal, bezanya penganut dan siapa yang disembah.


Para sahabat berusaha mengIslamkan Cyprus bagi memastikan operasi pengIslaman Constantinople berjalan lancar, kerana Cyprus adalah kota bantuan terbesar dalam pertahankan konstantinople ketika itu. Sahabat yang mengetuai perjalanan ke Cyprus adalah Saidina Ubadah bin Somit dan isterinya Ummu Harim, makcik susuan Nabi SAW, Ummu Harim syahid di Cyprus dalam operasi ini, manakala panglima untuk mengIslamkan konstantinople juga syahid dibenteng kota tersebut.


Nicosia ibukota kerjaan lama Cyprus, telah diIslamkan sepenuhnya pada tahun 1571 oleh kerajaan Uthmaniyyah. Kelemahan kerajaan Uthmaniyyah menyebabkan ia jatuh ke tangan British pada tahun 1878. British cuba memberi kemerdekaannya pada Greece, tetapi Turki kemudiannya mengisytiharkan perang. Akhirnya Cyprus dibelah dua, satu diberi kepada Turki dan satu lagi diberi kepada Greece.


Bangunan di belakang Ustaz Muhamad Bin Abdullah (Ustaz Amin) ialah makam sahabat dan Hawariyyun Nabi Isa a.s.bernama Barnabas. Ketika Nabi Isa a.s. diangkat ke langit pada tahun 32 Masihi, Barnabas ke Cyprus mengembangkan ajaran Tauhid yang dibawa Nabi Isa a.s. Nama Barnabas kemudian kembali terkenal apabila ditemui Gospel of Barnabas awal kurun ke-19 yang memang menyatakan bahawa Allah itu Esa dan Nabi Isa a.s. hanya seorg Nabi, salah satu naskhah Injil Barnabas ada di perpustakaan Universiti Malaya Nilam Puri Kelantan.


Barang-barang kesan sejarah pada zaman Nabi Sulaiman a.s. sekitar 1000 - 950 Sebelum Masihi, penunduk kerajaan besar Saba', penunduk Jin dan Syaitan serta penunduk Sihir di zamannya. Angin dan binatang juga tunduk pada perintahnya. Makam baginda Sulaiman ada di Baitul Maqdis.

Barang-barang sejarah ini tersimpan di kompleks Makam Barnabas di Famagusta Cyprus.

[Sumber FB Ustaz Amin]

Islam Di Kashmir


Dalam dunia ada 2 negara yang telah dihapuskan dari peta dunia kerana jika 2 bangsa ini ada negara, mereka akan kuat mempertahankan Islam. Bangsa Kashmir, negaranya dibelah, sebahagian diletak ke India dan sebahagian ke Pakistan, dan bangsa Kurdistan, sebahagian diletakkan ke Turki dan sebahagian ke Iraq. Keturunan Kurdistan adalah keturunan Salahuddin al-Ayubi mendapat gelaran pembebas Baitul Maqdis dan keturunan Kashmir adalah dari Sultan Sikunder, dengan gelaran "But Syikan" iaitu Penghancur Berhala..


Walaupun telah tertubuh kerajaan Islam di negara Sind sejak kurun ke 9 lagi, namun usaha mengIslamkan Kashmir tidak dibuat oleh para pemerintah. Ia dilakukan oleh para pendakwah yang ikhlas, kerana untuk ke Kashmir, laluannya amat sukar. Dari rabung gunung ke lembah membumi, akhirnya pendakwah dapat mengIslamkan Kashmir sehingga tertubuhnya kerajaan Islam Kashmir pada tahun 1331 Masihi.


Para pendakwah berjaya mengIslamkan penduduk Kashmir dengan jayanya, walaupun kerajaan dan raja masih Hindu. Namun para menteri kebanyakan telah Islam. Raja Hindu terakhir mangkat tanpa waris. Kerajaan Kashmir dipangku oleh para menteri selama 16 tahun tanpa raja hinggalah pada tahun 1331 masihi, majlis raja menutuskan agar menteri kanan menggantikan raja Kashmir. Beliau adalah Sultan Shah Mirza, Sultan pertama Kerajaan Islam Kasymir. Ustaz Muhamad Abdullah (Ustaz Amin) berkesempatan menziarahi Madrasah al-Quran di pergunungan Solmarg, Kashmir. Banjaran Himalaya bergema dengan anak penghafal al-Quran.


Sultan kedua Kashmir bernama Sultan Sikunder, seorang yang warak dan tegas. Setiap kali baginda dapat mengIslamkan tempat baru dan tiada lagi penganut Hindu, baginda akan mengarahkan agar seluruh berhala di situ dicabut. Oleh kerana itu, tidak ada kesan-kesan berhala di sekitar Kashmir. Di belakang Ustaz Amin addalah masjid agung Kashmir dibina pada tahun 1394 masihi oleh Sultan Sikunder.

[Sumber FB Ustaz Amin]

Lihat Dan Pilih Yang Positif


Suami ketagihan dadah menyepak terajang isteri yang enggan menyerahkan wang yang dicari dengan titik peluh sendiri demi menyara anak kembar mereka. Perbuatan bapa disaksikan oleh kedua-dua anak.

Selepas beberapa tahun berlalu. Bapa mati di bawah jambatan akibat dadah. Ibu mati akibat tekanan perasaan dan kecederaan dalaman. Kembar sulung ditemui dalam keadaan lalok di bawah jambatan. Kembar bongsu berada di pejabat yang besar dan berjaya menjadi peguam hebat.


Nasib kedua-dua kembar berbeza walaupun datang dari keluarga punah ranah yang sama.

Hidup kembar sulung menderita kerana meniru sifat buruk bapa. Dia melihat kehidupan keluarga dari sudut pandang yang negatif.

Hidup kembar bongsu berjaya kerana meniru perjuangan ibu yang gigih demi kelangsungan hidup. Dia melihat kehidupan keluarga dari sudut pandang yang positif.

Setiap manusia pasti berhadapan dengan ujian. Cara kita menangani ujian itu yang membezakannya. Ingatlah, Allah akan sentiasa membantu orang yang BERTAWAKAL KEPADA-NYA DAN BERUSAHA MEMPERBAIKI DIRI

Tuesday, April 26, 2016

Sikap Pseudo-Ahlus Sunnah Wal Jamaah


Setiap tahun Raja Salman bin Abd al-'Aziz memerintahkan agar 1000 orang dijemput dari seluruh dunia menjadi tetamu baginda. Kali ini 250 para mufti dan tokoh-tokoh agama dijemput dari seluruh dunia, tanpa mengira perbezaan aliran dan latar belakang mazhab, asalkan Islam dari Ahlus Sunnah wal Jamaah maka akan dijemput.

Semasa pertemuan khas beberapa orang kami dengan Amir Madinah iaitu anak Raja Salman al-Amir Faisal bin Salman, beliau mengingatkan tentang tanggungjawab ukhuwwah Islamiyyah dan keluasan Ahlus Sunnah wal Jamaah. Perbezaan latar kefahaman dalam aliran Ahlus Sunnah wal Jamaah tidak boleh dijadikan sebab perpecahan dan keretakan ukhuwwah.

Teringat kita di Malaysia tentang segelintir mereka yang mendakwa konon mereka ASWAJA (Ahlus Sunnah wal Jamaah) tetapi asyik mengkafirkan dan menyesatkan pihak lain. Mereka menuduh orang lain mengkafirkan, padahal yang jelas di sisi semua merekalah yang sering menyesatkan dan mengkafirkan orang itu dan ini.

Baru-baru ini mereka menuduh Dr Zakir Naik dengan pelbagai tuduhan kononnya DZN bukan aswaja. Sebelum itu mereka juga mempertikaikan akidah Imam Masjid Haram as-Syeikh Abdur Rahman as-Sudaisi.Lebih dahsyat lagi sehingga ada yang menghukum akidah imam-imam Masjid Haram dan Masjid Nabi s.a.w tidak betul, sesat kononnya 'wahabi'. Bayangkan jika imam-imam Masjidil Haram dan Masjid Nabi pun sesat, apa lagi yang tinggal bagi umat Islam.
Paling dahsyat apabila mereka serentak dengan HINDRAF mempertikaikan pendakwah seperti DZN ke Malaysia atas kononnya menjaga Ahlus Sunnah wal Jamaah.

Mereka itu pseudo-Ahlus Sunnah wal Jamaah. Mereka pemecah belah umat.Jika kita kaji sebahagian mereka mempunyai hubungan dengan ajaran sesat Ahbash, ajaran pengkafir umat yang diasaskan oleh Abdullah al-Harari. Pada zaman Uthman bin 'Affan, ada Abdullah bin Saba, yahudi yang mengaku membela Islam tetapi berusaha menimbulkan pergaduhan sesama masyarakat muslim atas tuduhan akidah orang lain salah. Akibatnya, terbunuh Saidina Uthman dan porak peranda umat Islam berperang sesama sendiri. Hari ini kelompok yang mengaku kononnya mereka Ahlus Sunnah wal Jamaah (ASWAJA) secara palsu ini bertindak hal yang sama.

Marilah kita bersatu atas keluasan Islam dan hindari kemerbahayaan puak pseudo-Ahlus Sunnah wal Jamaah itu.

[Coretan Dr MAZA]

Kasih Plastik Kawan Karib


Seorang wanita memiliki seekor ular sawa sepanjang 4 meter yang amat disayanginya. Ketika berehat di rumah, ular itu sentiasa berada di sisinya. Ular itu cukup sihat kerana makanannya dijaga rapi.

Pada suatu ketika, haiwan kesayangannya enggan makan, seolah-olah hilang selera. Perangainya berlanjutan sehingga berminggu-minggu. Lantas wanita itu segera membawanya ke klinik haiwan untuk diperiksa.

Pakar veterinar mendengar ceritanya dengan teliti. Kemudian dia bertanya, "Pada waktu malam ular itu tidur bersama puankah, sambil membelit tubuh puan hingga ke ekornya?

Wanita itu kelihatan terkejut kerana dia percaya harapan masih ada untuk ular kesayangan lalu menjawab, “Ya! Itulah perangainya setiap hari.”

Apa yang diucapkan oleh pakar veterinar amat mengejutkannya, “Puan, haiwan ini tidak sakit. Sebenarnya ia sedang menyediakan dirinya untuk menelan puan hidup-hidup!Setiap kali ia membelit puan, ia sedang memeriksa saiz puan untuk memudahkan ia membuat serangan. Ia mahu menyediakan ruang yang cukup dalam perutnya untuk mengisi tubuh puan!"

Sebenarnya kisah ini boleh dijadikan iktibar mengenai orang-orang yang ada di sekeliling kita. Orang yang kita sayangi dan sanjungi kadang-kadang ada menyimpan niat jahat terhadap kita. Mereka bukan manusia yang jujur. Oleh itu berhati-hatilah. Jangan takut pada musuh yang kita kenal, tetapi takutlah pada kawan karib yang mencurahkan kasih sayang plastiknya pada kita.

Al Kafirun Mengikut Al Ikhlas


Rasulullah s.a.w. sering membaca surah yang bersebelahan susunannya dalam Al Quran. Jika baginda membaca surah Al-A'la dalam rakaat pertama, rakaat berikutnya baginda baca pula surah Al-Ghasyiah. Sama juga, baginda akan pasangkan surah Al-Falaq dan surah An-Nas yang berjiran dalam Quran.Namun ada pasangan yang unik baginda padankan. Rakaat pertama surah Al-Kafirun, manakala rakaat kedua baginda akan membaca surah al-Ikhlas. Ikutkan susunan Quran, selepas surah Al-Kafirun ialah surah An-Nasr dan Al-Lahab. Mengapa agaknya?

Mari kita tengok surah Al-Kafirun.

'Katakanlah, "Wahai orang-orang kafir! Aku tak akan sembah apa yang kamu sembah. Dan kamu bukan penyembah apa yang aku sembah. Dan aku tak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu tak pernah menjadi penyembah apa yang aku sembah. Untukmu agamamu, dan untukku agamaku."

Perasan tak dalam surah tersebut, ceritanya tergantung? Apa yang disembah itu tak disebut pun? Jawapannya ada dalam surah al-Ikhlas.

'Katakanlah, "Dialah Allah, yang Maha Esa. Allah tempat meminta segala sesuatu. Dia tidak beranak dan tidak diperanakkan. Dan tidak ada sesuatu yang setara dengan Dia,”

Subhanallah. Baginda MENGHIDUPKAN SOLAT DENGAN MEMAHAMI APA YANG DIBACA, dan waktu bila mahu dibaca. Kita solat hanya hendak cepat selesai, asal buat sudah! Jom ubah, dan fahami bacaan solat.

[Terjemahan dari ceramah Ustaz Nouman Ali Khan]

Nilaikan Diri Sendiri Dahulu


Seorang pemuda bertanya kepada gurunya, "Yang manakah yang lebih baik, seorang muslim yang banyak ibadahnya tetapi akhlaknya buruk atau seorang yang tidak beribadah tapi amat baik sikapnya kepada sesama manusia?"

"Subhaanallah, kedua-duanya baik", ujar si alim sambil tersenyum.

"Mengapa boleh begitu?"

"Kerana orang yang tekun beribadah itu nantinya mungkin akan dibimbing Allah untuk berakhlak mulia bersebab ibadahnya. Manakala orang yang baik perilakunya itu, boleh jadi nantinya akan dibimbing Allah untuk semakin taat kepada-Nya."

"Jadi siapa yang lebih buruk?" desak si anak muda.

Airmata mengalir di pipi si alim. "Kita, anakku, " ujar beliau. "Kitalah yang selayak disebut buruk lantaran gemar sekali menghabiskan waktu untuk menilai orang lain dan melupakan diri kita sendiri, sedangkan kelak, kita akan dihadapkan pada ALLAH dan dipersoal tentang diri kita, bukan tentang orang lain."

Sunday, April 24, 2016

Wangian Di Alat Sulit



Seorang wanita yang mandi wajib selepas haid itu memadai dengan membersihkan anggotanya terutama faraj atau alat sulitnya kemudian dipastikan air meratai tubuhnya.Namun hadis Nabi s.a.w juga menunjukkan menggunakan wangian(jangan sabun tetapi bunga-bungaan yang wangi)pada tubuh dan faraj semasa mandi wajib adalah disunatkan.

عَنْ عَائِشَةَ أَنَّ أَسْمَاءَ سَأَلَتِ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ غُسْلِ الْمَحِيضِ فَقَالَ تَأْخُذُ إِحْدَاكُنَّ مَاءَهَا وَسِدْرَتَهَا، فَتَطَهَّرُ فَتُحْسِنُ الطُّهُورَ، ثُمَّ تَصُبُّ عَلَى رَأْسِهَا فَتَدْلُكُهُ دَلْكًا شَدِيدًا، حَتَّى تَبْلُغَ شُؤُونَ رَأْسِهَا ثُمَّ تَصُبُّ عَلَيْهَا الْمَاءَ ثُمَّ تَأْخُذُ فِرْصَةً مُمَسَّكَةً فَتَطَهَّرُ بِهَا، فَقَالَتْ أَسْمَاءُ: وَكَيْفَ تَطَهَّرُ بِهَا؟ فَقَالَ: سُبْحَانَ اللَّهِ تَطَهَّرِينَ بِهَا؟! فَقَالَتْ عَائِشَةُ: كَأَنَّهَا تُخْفِي ذَلِكَ. تَتَبَّعِينَ أَثَرَ الدَّمِ. وَسَأَلَتْهُ عَنْ غُسْلِ الْجَنَابَةِ، فَقَالَ: تَأْخُذُ مَاءً فَتَطَهَّرُ فَتُحْسِنُ الطُّهُورَ أَوْ تُبْلِغُ الطُّهُورَ، ثُمَّ تَصُبُّ عَلَى رَأْسِهَا فَتَدْلُكُهُ حَتَّى تَبْلُغَ شُؤُونَ رَأْسِهَا، ثُمَّ تُفِيضُ عَلَيْهَا الْمَاءَ. فَقَالَتْ عَائِشَةُ: نِعْمَ النِّسَاءُ نِسَاءُ الْأَنْصَارِ لَمْ يَكُنْ يَمْنَعُهُنَّ الْحَيَاءُ أَنْ يَتَفَقَّهْنَ فِي الدِّينِ

Daripada Aishah: "Bahawa Asma bertanya Nabi s.a.w. mengenai mandi wanita haid. Sabda baginda: “Hendaklah seseorang kamu mengambil air dan daun bidaranya,dia bersihkan dengan sebaiknya.Kemudian dia curahkan air ke atas kepalanya dan menggosoknya betul-betul sehingga sampai ke akar rambutnya.Kemudian dia siram ke atas kepalanya air.Kemudian dia ambil kapas yang bercampur kasturi dan dia bersihkan dengannya”. Kata Asma`:bagaimana (cara) dia bersihkan dengannya? Sabda Nabi: Subhana Allah!! Bagaimana engkau hendak bersihkan dengannya?!!"

Kata Aishah: "Seakan dia menyembunyikan perkara itu (Dia memperlahankan suaranya agar hanya didengar oleh Nabi s.a.w tetapi tidak didengar oleh orang lain). (Sabda Nabi): “Engkau ikuti kesan darah”. Dia bertanya (pula) tentang mandi junub. Sabda Nabi: “Hendaklah dia (seseorang perempuan) mengambil air dan bertuhur (berwuduk) serta mengelokkan tuhur itu atau menyempurnakan tuhur. Kemudian hendaklah dia curahkan air ke atas kepalanya lalu menggosoknya sehingga ke akar rambut. Kemudian dia mencurahkan air ke atasnya.” Kata ‘Aisyah: “Sebaik-baik wanita adalah wanita Ansar.walaupun malu tanya soalan itu kpd lelaki,sebab ingin tahu,tidak pernah menghalang mereka bertafaqquh dalam agama. (Riwayat al-Imam al-Bukhari dan al-Imam Muslim. Hadith di atas adalah dengan lafaz al-Imam Muslim. Juga al-Nasai dalam Sunannya, Kitab al-Taharah dan Abu Daud dalam Sunannya, Kitab al-Taharah).

Ada beberapa faedah yang boleh diambil daripada hadis ini,antaranya Rasulullah membenarkan Asma bertanya persoalan yang agak peribadi bagi wanita.Ini menunjukkan guru atau tokoh agama tidak boleh menghalang persoalan-persoalan yang sedemikian jika tujuannya adalah untuk menimba pengetahuan.Tidak perlu malu dalam masalah hukum-hakam syarak. Hadis ini juga ingin mengingatkan haid biasanya meninggalkan kesan bau yang kurang enak pada wanita. Mereka disuruh menggunakan bahan-bahan yang menghilangkan kesan tersebut. Penggunaan apa-apa bahan sama ada bersifat tradisi atau moden yang membantu menghilangkan kesan tersebut, adalah menunaikan tuntutan hadith.Maka wanita disunatkan mencari wangian ketika mandi wajib untuk membersih dan mewangikan tubuh juga faraj atau alat sulit mereka.

Saturday, April 23, 2016

Takut Mati Tapi Tak Takut Allah


ANDAIKAN suatu hari ketika solat Jumaat yang dihadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah, tiba-tiba masuk dua orang lelaki bertopeng dan berpakaian hitam membawa mesingan.

Salah seorang lelaki bertempik "Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu duduk sekarang!!!!!!!!"

Selepas mendengar amaran lelaki itu, para jemaah bertempiaran lari menyelamatkan diri. Daripada jumlah yang 1,000 tadi hanya tinggal lebih kurang 45 orang sahaja yg masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Imam. Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Imam sambil berkata "Ok Pak Imam, saya dah halau SEMUA yang hipokrit. Sekarang bolehlah Pak Imam mulakan solat Jumaat." Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah.

Bayangkan. Daripada 1,000 orang yang mengaku Islam hanya 45 yang betul-betul beriman. Begitulah, ramai manusia mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya. Kedua lelaki itu hanya membawa mesinan, dia tak kata pun nak bunuh. Generasi sekarang amat lemah, baru kena ugut terus LARI lintang pukang, lupa dia belum solat Jumaat lagi. Ada orang yang agamanya cuma seminggu sahaja.Itu pun bila masa solat Jumaat saja, tunjuk muka pada kawan dan kenalan. Ada yang solat setahun dua kali sahaja. Masa solat hari raya.

Ramai orang lebih percaya kepada gosip di surat khabar daripada apa yang tercatat dalam al Quran. Ramai yang hidup mengejar dunia padahal akhirat itu tempat yang kekal. Inilah realiti. Hayatilah cerita ini. Renungkanlah.

[Sumber FB Fatihah Fatihah]

Kesan Puasa Ke Atas Kesihatan



Kumpulan penyelidik yang diketuai oleh Prof Mark Mattson dari Laboratory of Neuroscience at the National Institute on Aging USA yang juga merupakan professor of Neuroscience at The Johns Hopkins University merumuskan :

Berpuasa dua kali seminggu dapat menurunkan risiko mendapat penyakit Parkinson's and Alzheimer's (nyanyuk awal). Jika dilihat dari sudut kajian pengurangan kalori, ia menunjukkan berpuasa boleh melanjutkan usia dan meningkatkan keupayaan melawan penyakit kronik.

(Fasting twice a week could significantly lower the risk of developing both Parkinson’s and Alzheimer’s disease. When you take a look at caloric restriction studies, many of them show a prolonged lifespan as well as an increased ability to fight chronic disease)

Wednesday, April 20, 2016

Baca Buku - Kegilaan Para Salaf


"Kegilaan" para salaf terhadap membaca buku:

1- Baca buku sewaktu makan,seumpama Abu Ja'far al-Mahri (333 H).

2- Tetap baca buku walaupun pada hari raya, seumpama Ibn al-Makwiy al-Qurtubi (401 H).

3- Suruh orang lain bacakan buku sewaktu sedang berjalan,seumpama Abu Nuaim al-Asbahani (430 H)

4- Baca buku sewaktu berjalan, seumpama Al-Khatib al-Baghdadi (463 H) dan juga Ya'qub al-Najiramiy (520 H)

5- Baca buku 400 kali,seumpama Imam Nawawi (676 H) yang membaca kitab al-Wasit 400 kali.

6- Suruh orang lain bacakan buku kepadanya sewaktu terlantar sakit,seumpama Abu Abdullah al-Furawi yang meminta Ibn Asakir membacakan buku kepadanya.

7- Suruh orang lain bacakan buku kepadanya ketika berada dalam tandas, seumpama Imam Ibn Taimiyyah al-Jadd (653 H) yang berkata ketika memasuki tandas "bacakan padaku kitab ini, dan kuatkan suaramu supaya aku dengar."

8- Menerima jemputan ke mana-mana majlis namun dengan syarat dibenarkan untuk membaca di majlis tersebut, seumpama Tha'lab al-Nahwi.

9- Buat kopi untuk berjaga malam cukup untuk seminggu terus supaya nanti tak rugi masa setiap kali nak buat kopi, sebab masa tu nak guna untuk membaca,seumpama Syeikh Tahir al-Jazairi (1338 H).

Begitulah beberapa petikan dari kitab Qimah al-Zaman inda al-Ulama oleh Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah.

[ Sumber: dari FB Usaid Subki ]

Cari Halal Elak Haram


Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Mereka yang mencari harta dunia (kekayaan ) dengan jalan yang halal dan menahan dirinya dari meminta-minta (tidak menjadi pengemis ) dan berusaha mencari nafkah untuk keluarganya serta belas kasihan, kasih sayang terhadap jiran tetangganya, nescaya di hari kiamat kelak ia akan berjumpa dengan Allah dengan mukanya berseri-seri seperti bulan purnama pada waktu malam. (Riwayat At-Thabrani).

Yang malas dan suka meminta-minta patut berasa malu bila mana insan kelainan upaya masih mampu menyara keluarga. Paling buruk apabila mereka yang cukup sifat jasmani mengambil jalan mudah dengan meragut,merompak dan mencuri demi mengisi tembolok sendiri tanpa memikirkan halal haram.

Anggota IDF Terima Hukuman Mati


Elor Azaria, 19 tahun, seorang anggota tentera Israel telah dikenakan hukuman mati setelah mahkamah mengambil keputusan atas tindakannya yang menembak kepala seorang rakyat Palestin secara dekat.

Elor Azaria mengatakan Abed al Fatah a-Sharif, 21 tahun layak dibunuh akibat perbuatannya. Beliau memberi alasan ia adalah tindakan mempertahankan diri kerana jika Abed mempunyai bahan letupan, sudah tentu dia tidak berada di mahkamah, tetapi di kubur. Dia menambah tindakan tembak di kepala itu adalah betul kerana merasakan Abed adalah ancaman walaupun Abed terbaring lemah akibat cedera.

Hukuman mati kepada tentera Zionis Israel ini adalah pertama kali setelah lebih 10 tahun berlaku. Kali terakhir tentera Zionis Israel dihukum mati ialah pada tahun 2003 apabila aktivis British, Tom Hurndall dibunuh.

MANJA Yang Menjadikan Insan LEMBIK



Ilmu adalah cahaya kehidupan duniawi dan ukhrawi. Namun ada sikap yang kurang baik di antara para pencari ilmu. Ustaz Dr Zaharuddin Abdul Rahman menganggap sifat orang seperti ini sebagai terlalu 'MANJA'. Padahal susah payah dan pengorbanan dalam menghadiri majlis ilmu adalah satu faktor besar bagi keberkatan ilmu tersebut.

Bermacam alasan yang diajukan, di antaranya:

a. Bila seseorang ustaz atau guru hadir berceramah di suatu tempat yang bukan berdekatan mereka, diminta datang mengajar di tempat mereka.
b. Bila buat di tempat mereka, diminta pula guru mengajar pada waktu mereka cuti.
c. Bila buat waktu mereka cuti, mereka ada program lain lalu minta guru yang mengajar memuat naik ceramah ke youtube.
d. Bila sudah ada di youtube, mereka komen kenapa panjang sangat, dan minta guru buat pendek-pendek agar tidak letih menonton.
e. Bila ada soalan mereka dihantar ke email, SMS, Whatsapp, Inbox, mereka mahu guru jawab dengan segera.
f. Bila guru lambat balas, mereka kata guru sombong, berlagak selebriti, lalu minta guru bertaubat.
g. Bila guru membalas ringkas dan pendek serta padat, mereka anggap guru tidak ada hikmah dalam berbahasa kerana kelihatan kasar tanpa pendahuluan.
h. Bila semua ini dinyatakan, guru diminta bersabar dengan asam garam dalam berdakwah. Mereka sendiri tidak sabar menghadapi kepayahan hadir ke majlis ilmu guru terbabit.

Nampak benar kita tidak serius dalam mempelajari ilmu agama, pada hal ia adalah kebaikan untuk diri di alam barzakh dan akhirat. Ia sama penting seperti kita keluar bekerja mencari nafkah. 'Manja' mencari ilmu akan menjadikan kita LEMBIK, LESU, LUARAN NAMPAK HEBAT TETAPI DALAMAN KOSONG sehingga tidak mampu mengamalkan perkara yang bakal dibawa ke akhirat. Muhasabah Diri

Friday, April 15, 2016

Menjadi Hamba Dunia


1. Tidak bersiap-siap saat waktu solat akan tiba.
2. Melalui hari tanpa sedikit pun membuka lembaran Al-Quran lantaran terlalu sibuk.
3. Selalu berfikir bagaimana cara menambah harta.
4. Marah ketika ada orang memberikan nasihat bahawa perbuatan yang dilakukan itu adalah haram.
5. Terus menerus menunda untuk berbuat amal soleh. “Aku akan mengerjakannya esok, nanti dan seterusnya.”
6. Mengagumi gaya hidup orang kaya.
7. Selalu bersaing dengan orang lain untuk meraih cita-cita duniawi sehingga terabaikan amal ibadah
8. Tidak merasa bersalah saat melakukan dosa-dosa kecil.
9. Tidak mahu berhenti melakukan uat yang haram, dan selalu menunda bertaubat kepada Allah.
10. Tidak kuasa berbuat sesuatu yang diredhai Allah sekiranya perbuatan itu boleh mengecewakan orang lain.


11. Menumpukan perhatian ke atas harta benda yang ingin dimiliki.
12. Merancang kehidupan hingga jauh ke hadapan.
13. Menjadikan aktiviti belajar agama sebagai aktiviti pengisi waktu luang saja, setelah sibuk berkerjaya
14. Mendekati kawan-kawan yang kebanyakannya tidak mengingatkan diri kepada Allah.
15. Menilai orang lain berdasarkan status sosialnya di dunia.
16. Melalui hari tanpa sedikit pun memikirkan kematian, bahkan benci pula pada mati dan tidak ingin memikirkannya
17. Membazirkan masa melakukan sesuatu yang tidak bermanfaat bagi kehidupan akhirat.
18. Rasa sangat malas dan berat untuk mengerjakan ibadah.
19. Tidak mahu mengubah gaya hidup berfoya-foya, walaupun sedar Allah tidak suka perbuatan itu.
20. Diberi nasihat tentang bahaya memakan riba, tetapi memberi alasan beginilah cara bertahan dalam kesulitan ekonomi.


21. Ingin menikmati hidup sepuasnya-puasnya
22. Sangat mengambil berat tentang penampilan diri.
23. Menyangka kematian dan kiamat masih jauh lagi.
24. Ikut menguburkan orang lain yang meninggal, tetapi tidak mendapat pengajaran dari kematiannya.
25. Tergesa-gesa mengerjakan solat sebab hendak habiskan kerja.
26. Tidak pernah terfikir mungkin hari ini boleh jadi hari terakhir hidup di dunia.
27. Merasa mampu tenang dengan berbagai kemewahan yang dimiliki, bukan tenang dengan mengingati Allah.

Semoga Allah melindungi kita dari semua ini dan semoga kita termasuk golongan hamba-hamba Nya yang soleh...Aamiin

Jom Dakwah


Setiap orang Islam patut berdakwah. Jangan harapkan para ustaz/ustazah dan ulama semata-mata. Jangan juga tunggu sehingga ilmu penuh di dada. Kebaikan yang dikongsi dengan orang lain melalui media yang sesuai, jika diamalkan oleh penerima perkongsian itu, pahalanya diterima oleh si pengongsi.

Semua orang mempunyai sejarah jahiliah. Kadang-kadang orang yang telah menerima hidayah ingin berdakwah tetapi merasa sukar kerana ada pihak yang mengungkit kisah silamnya. Dalam hal ini pendakwah tidak perlu patah semangat. Teruskan sahaja usaha dakwah itu seadanya. Sama ada mahu diterima atau tidak, ia bukan soal lagi kerana yang memberi hidayah ialah Allah S.W.T.. Nabi s.a.w. sendiri dihina teruk oleh bapa saudaranya, Abu Lahab. Yang penting berdoalah supaya orang yang menghina itu diberi hidayah.

Pernah berlaku suatu ketika dahulu seorang wartawan dari Eropah membuat liputan kemusnahan di Palestin akibat pengeboman Israel. Dia ditakdirkan ketinggalan penerbangan pulang ke negara sendiri. Dua hari menjelang Ramadan itu dia menunggu penerbangan pulang yang berikutnya. Kerana ingin melihat cara orang Palestin meraikan Ramadan, dia singgah di sebuah rumah yang rosak teruk. Di dalamnya seorang wanita tua dan cucunya yang sedang bersiap sedia untuk berbuka puasa. Mereka mempelawa wartawan itu turut makan bersama.

Tiba-tiba terpacul soalan dari mulut wartawan, “Mengapa makcik nak berpuasa dalam keadaan macam ni?”

“Kami diajar berpuasa supaya dapat merasa keperitan hidup orang lain yang sedang kesusahan.”

Jawapan itu mengagumkannya. Walaupun diri sendiri pun hidup susah namun dia tetap menganggap dirinya lebih bertuah daripada orang lain. Inilah agama yang mengajar kebenaran. Hasilnya wartawan tersebut terbuka hati dan melafazkan syahadah. Dia kemudiannya meletak jawatan dan menjalankan kerja-kerja dakwah melalui penulisannya bagi menyedarkan orang yang belum Islam mengenai hakikat agama ini.

Dakwah boleh dilakukan di mana sahaja – di media sosial, tempat perniagaan, padang sukan, di mana sahaja, secara langsung atau tidak langsung, melalui lisan, tulisan dan akhlak yang mulia. Yang penting ikhlas dan melakukannya dengan cara yang betul.

Pastikan pakaian mengikut syariah, lisan bebas dari ucapan mungkar dan ibadah dijaga. Bagi pengongsi kebaikan di media sosial, pastikan sumber hadis yang dikongsi itu adalah sahih, bukan maudu’. Adalah lebih baik terlepas pahala kerana tidak berkongsi sesuatu yang akhirnya didapati benar daripada menanggung dosa akibat berkongsi sesuatu yang kemudiannya didapati palsu.

Dalam kita sibuk menyasarkan orang Islam supaya mengamalkan perintah Allah, jangan lupakan usaha dakwah kepada golongan yang belum Islam. Yusof Islam pernah menyatakan kekesalannya apabila ibu bapanya meninggal dunia dalam keadaan belum beriman. Dia menyalahkan orang Islam lain kerana tidak pernah berdakwah kepada mereka berdua. Malah, dia sendiri pun memeluk Islam hasil bacaan tafsir al-Quran, bukan kerana didakwah oleh penganut Islam.

Persiapkan diri dengan menambah ilmu dan kefahaman secara istiqamah. Terima teguran dari orang yang arif dengan agama secara positif. Saat paling membahagiakan ialah apabila kebaikan yang didakwahkan, diamalkan oleh orang lain.

Syurga Di Dunia


Kata Ibn Taimiah, “Dalam dunia ini ada satu syurga. Siapa yang tidak masuk dalam syurga itu, tidak akan dapat masuk ke syurga akhirat.”

Yang dimaksudkan oleh Ibn Taimiyah ialah SYURGA DAN RASA BAHAGIA DENGAN AMAL SOLEH. Contoh:

• Di mata manusia lain, seseorang individu sedang menghadapi cabaran dalam hidup disebabkan keadaan fizikal yang terhad. Namun, individu ini enggan solat bersendirian di rumah. Dia tetap mahu solat berjemaah di rumah Allah meskipun terpaksa bertongkat ataupun dipapah orang. Hatinya gembira bila mendengar seruan azan dan merasa bahagia dapat melakukan perintah Allah itu di masjid.

• Individu yang tidak menjadikan penyakit yang dihidapinya sebagai sebab untuk berhenti menulis perkara-perkara ilmiah.

• Individu yang sentiasa berzikir dan berselawat. Dia gembira bila mana zikir yang dituturkannya dapat terpancar dari lisan saat dirinya berdepan dengan sakratulmaut.

• Individu yang gembira dapat membantu hamba-hamba Allah lain. Dia berupaya melihat sisi positif mereka, sedangkan ramai orang lain berfikiran negatif mengenainya.

• Individu yang redha dengan ketentuan Allah ke atasnya. Keredhaan itu menjadikan dia semakin dekat kepada-Nya.
• Individu yang merasa bahagia kerana berjaya membentuk keluarga soleh solehah, di samping bersilaturahim dengan jiran dan ahli kariah masjid di kejiranannya.

• Individu yang merasa bahagia bila dapat berkongsi manfaat rumah serta kenderaan yang dianugerahkan Allah kepadanya dengan kedua ibu bapa dan mereka yang memerlukan bantuan.

• Individu yang ikhlas dan bebas menyumbang bakti semata-mata kerana LILLAHITAALA. Tiada siapa boleh memaksa dia melakukan perkara-perkara yang boleh menimbulkan rasa seksa kepadanya. Kata-kata manusia yang memuji apalagi mencaci tidak membekas di hatinya. Dia melakukan itu semua dari keluhuran hati sendiri, bukan kerana hendak menjaga hati.

• Individu yang rasa bahagia menyembah Allah S.W.T. semata-mata. Dia tidak menyekutukan-Nya dengan menjadi penyembah wang, pangkat dan kedudukan, harta kekayaan, fesyen ataupun imej.

Inilah sebahagian daripada syurga dunia yang mampu membawa seseorang hamba Allah ke syurga akhirat.

[Artikel yang diilhamkan dari Program "Tanyalah Ustaz" TV9]

Wednesday, April 13, 2016

Buruk Sangka



Surah Al-Hujurat Ayat 6, maksudnya:"Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidiklah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan."

Penerangan:

Kebanyakan kita sering tersilap langkah dalam tindakan kerana mudah menerima sesuatu perkara tanpa usul periksa. Sikap ini sebenarnya ditegah oleh Islam. Sesuatu berita, ajaran atau apa jua perkhabaran kadang-kadang palsu, dusta atau fitnah semata-mata yang hanya mendatangkan bencana keburukan. Oleh itu umat Islam hendaklah sentiasa berw aspada, kerana iblis dan syaitan serta tali barut mereka yang bertopengkan manusia sentiasa berusaha menyesatkan manusia melalui pelbagai cara.

[Dari FB Budu Ops Frenz]

Islamic Poem Of A Ming Emperor


Emperor Zhu Yuanzhang 1328-1398, founder of the Ming Dynasty wrote a poem in praise of Prophet Muhammad (peace be upon Him).

Back in the 14th century CE, the Mongolian Yuan Dynasty was finally overthrown by Zhu Yuanzhang and his 10 Muslim Defenders of Ming. The Muslims had been around in China even as early as the time when Saad bin Abi Waqqas visited the great nation back in the 600s CE and contributed a lot for the country from dynasty to dynasty.

With the rise of Ming Dynasty by Zhu Yuanzhang (Emperor Hongwu), the Muslims in China prospered again and even the emperor himself admitted that he owed the Muslims for the whole victory.

In some legends it was said that the Emperor himself was a Muslim. Allah knows best.

This is the translation of the poem followed by the Chinese version.

‘The Hundred-word Eulogy’

Since the creation of the universe
God had decreed to appoint,
This great faith-preaching man,
From the West he was born,
And received the holy scripture
And book made of 30 parts (Juz)
To guide all creation,
Master of all rulers,
Leader of the holy ones,
With support from the Heavens,
To protect his nation,
With five daily prayers,
Silently hoping for peace,
His heart directed towards Allah,
Giving power to the poor,
Saving them from calamity,
Seeing through the darkness,
Pulling the souls and the spirits,
Away from all wrongdoings,
Mercy to the world,
Traversing to the ancient majestic path,
Vanquishing away all evil,
His religion Pure and True,
Muhammad,
The noble & great one.

“乾坤初始,天籍注名。傳教大聖,降生西域。授受天經,三十部冊,普化眾生。億兆君師,萬聖領袖。協助天運,保庇國民。五時祈祐,默祝太平。存心真主,加志窮民。拯救患難,洞徹幽冥。超拔靈魂,脱離罪業。仁覆天下,道冠古今。降邪歸一,教名清真。穆罕默德,至貴聖人”

He built many mosques and wished for each of them to have this poem in it. You can still see his poem in some of them today.

[Source: Brotherhood In Islam]

Perkara Yang Disukai Di Dunia


Pada suatu hari Rasulullah s.a.w duduk bersama sahabatnya dan bertanya kepada mereka. Bermula ditanyakan kepada Saidina Abu Bakar:
"Apa yang kamu suka dari dunia ini?"

Berkatalah Saidina Abu Bakar r.a. "Aku suka dari dunia ini 3 perkara: 1.duduk-duduk bersama Rasulullah s.a.w. 2.melihat wajahmu, ya Rasullah s.a.w. 3.aku korbankan hartaku untukmu, ya Rasulullah s.a.w."

Kemudian Rasullah s.a.w. bertanya kepada Saidina Umar r.a., "Bagaimana pula denganmu, ya Umar?"

Jawab Saidina Umar r.a.," Ada 3 perkara juga yang aku suka: 1.membuat kebaikan walaupun dalam keadaan manusia tidak mengetahuinya.
2.mencegah kemungkaran wlaupun dalam keadaan terang-terangan 3.berkata yg benar walaupun pahit."

"Bagaimana pula denganmu, wahai Uthman?" Berkata Saidina Uthman r.a. "Ada 3 perkara yang aku suka: 1.memberi makan 2.memberi salam
3.bersolat malam di waktu manusia tidur."

"Kamu pula, wahai Ali r.a.?"

"Aku juga cintakan 3 perkara: 1.memuliakan tetamu 2.berpuasa di musim panas 3.dan memukul musuh dengan pedang."

Kemudian bertanya Rasulullah saw pada Abu Dzar r.a. "Apa yang kamu suka di dunia ini?"

Berkata Saidina Abu Dzar r.a, "Aku suka 3 perkara di dunia ini:1.lapar 2.sakit 3.mati."

Rasulullah bertanya, "Kenapa, wahai Abu Dzar?"

Berkata Saidina Abu Dzar r.a., "Aku sukakan lapar kerana untuk membersihkan hati. Aku sukakan sakit untuk mengurangkan dosaku. Aku sukakan maut kerana dapat bertemu tuhanku."

Bersabdalah Rasulullah s.a.w. "Aku cintakan dari dunia ini 3 perkara: 1.wangian 2.wanita yang solehah 3.solat yang menjadi penyejuk hatiku."


Pada waktu itu turunlah malaikat Jibril a.s. memberi salam pada Rasulullah s.a.w. dan para sahabat. Jibril mengatakan, "Aku sukakan di dunia kamu ini 3 perkara: 1.menyampaikan risalah 2.menunaikan amanah 3.cinta terhadap orang miskin." Kemudian malaikat Jibril naik ke langit dan turun sekali lagi ke bumi dengan berkata, "Sesungguhnya Allah S.W.T. mengucapkan salam kepada kamu semua dan Allah S.W.T. berfirman, sesungguhnya Allah suka pada dunia kamu ini 3 perkara: 1.lidah yang sentiasa berzikir. 2.hati yang sentiasa khusyuk
3.jasad yang sabar menanggung ujian"

[Sumber: FB PU Syed]

Kelelahan Disukai Allah



Ada 8 kelelahan yang disukai Allah Swt dan RasulNya:

1. Lelah dalam berjihad di jalan-Nya (QS. 9:111)
2. Lelah dalam berda'wah/mengajak kepada kebaikan (QS.41:33)
3. Lelah dalam beribadah dan beramal sholeh (QS.29:69)
4. Lelah mengandung, melahirkan, menyusukan, merawat dan mendidik putera/puteri amanah Illahi (QS. 31:14)
5. Lelah dalam mencari nafkah halal (QS. 62:10)
6. Lelah mengurus keluarga, suami isteri anak ibubapa (QS. 66:6)
7. Lelah dalam belajar/menuntut ilmu (QS. 3:79)
8. Lelah dalam kesusahan, kekurangan dan sakit (QS.2:155)

Semoga kelelahan dan kepayahan yang kita rasakan menjadi bahagian dari yang disukai Allah dan RasulNya. Aamiin.

[Ustazah Fatimah Syarha]

Monday, April 11, 2016

Kebimbangan Mereka Pada Dr. Zakir Naik


Kehadiran sosok Dr Zakir Naik ke Malaysia telah berjaya menyelak selimut persembunyian musuh berwajah manis mengenai sikap mereka yang sebenar. Terserlah sikap hipokrit, ekstremis dan fobia tidak bertempat pihak musyrikin terhadap seorang tokoh doktor perubatan yang alim, berwibawa, disegani, dan berpotensi untuk memberi kefahaman yang sebenar tentang Islam di samping mendedahkan kebatilan yang terdapat dalam kitab-kitab agama musyrikin itu.Kini kita tahu siapa kawan dan siapa lawan.

Kedatangan Dr Zakir Naik dijadikan suatu isu besar, seolah-olah kehadirannya membawa ajaran sesat sehingga menggerunkan agama lain selain Islam. Dr. MAZA sendiri mempelawa pihak-pihak yang membantah ini supaya datang dan berhujjah dengan doktor itu secara baik, bertamadun dan jujur. Tidak harus digunakan sebarang kuasa untuk membenamkan kebenaran dan usaha dakwah yang dibawanya.


Diberitakan ceramahnya di Stadium Tertutup Gong Badak telah dihadiri hampir 30,000 orang. Dalam ceramahnya bertajuk 'The Importance of Unity Among Muslim Ummah' (Pentingnya Perpaduan Dalam Kalangan Ummah Islam", Dr Zakir menekankan pentingnya bersatu dalam mengukuhkan Islam. Umat Islam perlu mengelak perbalahan sesama sendiri kerana ia hanya akan merosakkan perpaduan serta amat merugikan.

Dr Zakir yang pertama kali berkunjung ke Terengganu akan berada di sini selama lima hari dan dijadual menyampaikan ceramah di pelbagai tempat termasuk universiti. Dr Zakir pernah dipilih sebagai penerima anugerah Tokoh Maal Hijrah peringkat antarabangsa pada 2013.

Saturday, April 9, 2016

Muhasabah Diri Si Perunding Imej

Muhasabah diri Puan Mary, seorang perunding imej.


Dalam satu sesi networking, saya bertemu seorang wanita. Gaya dan pakaiannya seperti wanita bekerjaya lain yang pernah saya temui.
Beliau memakai blazer berseluar yang berwarna biru tua, bertudung dengan corak bunga mawar dan berwarna pink lembut, kasut hitam bertumit tinggi dan beg kulit berwarna perang gelap. Saya senyum tatkala kami berpandangan lantas saya menghulurkan tangan untuk bersalam. "Assalamualaikum, Puan. Apa khabar?"

"Waalaikumsalam. Saya bukan puan. Saya Datin, Datin Amira," respons pantas beliau menyebabkan saya sedikit kaget.

Dalam keadaan begini, saya percaya ramai di antara kita sudah terasa 'sentap'. Dalam hati kita sudah pasti mula mengata-ngata wanita ini poyo, berlagak, begitu dan begini. Jujurnya saya juga begitu. Saya bercakap di dalam hati kecil saya yang wanita ini berlagak, poyo dan mengada-ngada.

Eh! Itu semua hanya SANGKAAN saja. Saya baru bertemu wanita ini kurang dari seminit. Apakah saya sudah layak menilai keseluruhan karakter beliau dalam tempoh sesingkat itu? Saya yang mudah terasa 'sentap'. Saya yang menyangka itu dan ini. Saya yang menuduh wanita ini di dalam hati saya dengan pelbagai gelaran yang tidak enak hanya kerana cara beliau memberi respons sebegitu.

Saya fikir lagi, sebagai seorang profesional, dewasa dan matang, adakah lebih mudah dan lebih wajar untuk:
1) saya yang betulkan hati dan minda saya, atau,
2) saya suruh orang lain yang saya rasa 'poyo' itu 'sedar diri sikit'

Dalam situasi saya ini, saya pilih pilihan 1. Saya yang sebenarnya perlu betulkan diri saya, jiwa saya, hati saya. Lalu saya tundukkan kepala sedikit dan segera memohon maaf. "Maafkan, saya Datin. Saya, Mary. Nice meeting you, Datin."

Beliau senyum lalu menyentuh bahu saya seraya berbisik kecil, "It is okay. Saya nervous sebenarnya pergi acara networking sebegini. So many great people and I am just a housewife, datang teman suami."

Saya membalas perlahan, "No, Datin. You did not look nervous at all. Blazer biru tua ini menyebabkan Datin kelihatan seperti seorang CEO. You are the CEO of your home."

Beliau senyum. Dan kami menyambung perbualan bersama dengan beberapa lagi sahabat lain dalam sesi networking itu selama hampir 2 jam.

Saya kemudiannya mengenali bahawa Datin Amira seorang yang aktif dalam kerja-kerja amal. Beliau juga seorang ibu yang hebat, mempunyai seorang anak autisme dan sudah 5 tahun menjaga sendiri ibu mertua yang menghidapi Alzheimer. Sangkaan awal saya bahawa beliau seorang yang berlagak, poyo dan mengada-ngada sudah hilang. Malah diganti dengan rasa kagum dan terinspirasi dengan kesungguhan beliau dalam mengurus keluarga dan kerja-kerja amal.

Saya pelajari bahawa apabila kita berada dalam situasi diperbetulkan oleh orang lain, kita langsung sahaja meminta maaf, panggil dengan cara yang dipilih oleh orang itu dan teruskan perbualan.

Saya berhenti menyangka-nyangka.
Saya berhenti cepat terasa.
Saya berhenti menuduh di dalam hati.
Saya betulkan diri saya dahulu.

Just respect and move on. Remember:

Our reaction to a situation literally has the power to change the situation itself.

Islam Itu Agama Ganjil


Jom kita kupas sedikit mengenai sebuah hadis yang berbunyi: "Islam itu berasal dari keadaan asing dan ganjil. Dan akan kembali dalam keadaan asing dan ganjil. Maka beruntunglah orang-orang yang ganjil itu."
okay siapa pernah dengar hadis ni ?

Kenapa dikatakan Islam ini asalnya asing dan ganjil? Pada zaman jahiliah, Sebelum Islam disebar, hanya Nabi s.a.w. seorang saja yang Islam. Pada peringkat awal Nabi menjalankan dakwahnya secara sembunyi -sembunyi dan peringkat seterusnya secara terang terangan. Ketika nabi berdakwah, dakwah nabi telah mendapat tentangan hebat dari semua orang. Mereka tidak menerima Islam. Pada zaman itu manusia merasakan Islam ini pelik. ganjil! Sebab waktu itu mereka semua dalam keadaan jahil! Mereka lebih suka melakukan perbuatan keji, membunuh,berzina, bergaduh,tidak menutup aurat dan sebagainya! Maka sebab itu dikatakan Islam ini asalnya ganjil.

Nabi menyebarkan Islam secara peringkat-peringkat. Bermulanya pada zaman jahiliah, seterusnya muncul kerajaan Bani Ummayyah, Bani Abasiyyah,Turki Uthmaniyyah..Dan sehingga muncul kerajaan Islam pada hari ini.


Pada zaman sekarang ajaran Islam telah pun tersebar luas, tetapi kebanyakan umat Islam pada hari ini berbalik kepada zaman jahiliah semula! Banyak pembunuhan,rogol, zina, merompak, pergaduhan, dedah aurat sana sini. Bukankah kerajaan Islam pada hari ini sama situasinya dengan zaman jahiliah dahulu, ketika Islam masih belum tersebar luas. Manusia melakukan dosa tanpa rasa bersalah dan malu. Berpakaian ketat tak malu tetapi bila disuruh tutup aurat, pakai tudung labuh, katanya "ketinggalan zaman."

Inilah yang dimaksudkan dalam ayat kedua daripada hadis di atas tadi! "Islam akan kembali dalam keadaan asing dan ganjil."


Namun, masih ada segelintir di kalangan penganut agama ini yang masih tetap setia bersama Islam, masih menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang Islam. Tidak malu bertudung labuh menutup aurat dengan sempurna, masih berusaha menyebarkan Islam walaupun mendapat tentangan. Kelompok kecil inilah yang dimaksudkan dalam ayat ketiga hadis tersebut, "Maka beruntunglah orang-orang yang ganjil itu." Mereka yang dijanjikan syurga.

Oleh itu berusahalah untuk termasuk dalam sekelompok kecil yang ganjil itu. Jangan malu untuk berbuat baik,jangan malu menyampaikan dakwah,jangan malu menutup aurat dengan sempurna. Sama-sama kita perbaiki diri menjadi lebih baik dan jadi yang terbaik !

[Petikan dari FB Wan Mohd Soffian]

Bersaing Meraih Doa Mustajab


Mendoakan saudara tanpa diketahuinya, terutama doa suami bagi isteri, dan sebaliknya. Doa atasan bagi bawahannya dan doa bawahan untuk atasan dan sebagainya. Fastabiqul khairat….‘Jika si Muslim mendoakan saudaranya tanpa diketahui oleh saudara yang didoakan, doa tersebut akan diaminkan malaikat yang menjaga hamba yg didoakan, seraya memberi respons ‘Amin, kamu juga akan mendapat seperti yang kamu doakan.’ (HR Muslim.)

Menurut riwayat lain, doa si Muslim bagi saudaranya secara rahsia (tanpa diketahuinya) adalah mustajab. Di sebelah kepala saudaranya ada malaikat bertugas. Setiap kali ia mendoakan sdrnya mengenai suatu ‘kebaikan,’ malaikat bertugas tersebut berkata: ‘Amin, anda juga mendapat sperti yg anda doakan.’

Doa seperti ini membuktikan keikhlasan yang mendalam.Si Pendoa mendapat bonus yang sama. Jika doa itu untuk jemaah muslimin, secara zahirnya si hamba yg berdoa juga meraih fadilat yang sama. Sebahagian generasi salafusoleh jika ingin berdoa bagi diri sendiri dia akan mendoakan saudaranya (Muslim).

[TAZKIRAH SUBUH, SURAU AL-EHSAN, BANDAR BARU BANGI, SELANGOR DARUL EHSAN oleh Ustaz Ahmad Asri Lubis]

Soal Hati


Menguruskan ORANG YANG MATI lebih senang daripada menguruskan HATI YANG MATI. Orang yang mati dimandikan, dikafankan, disolatkan lalu dikuburkan. Tetapi, hati yang mati hendak dimandikan AKALNYA ADA, hendak dikafankan JASAD BERNYAWA, hendak disolatkan MASIH BERMAYA, hendak dikuburkan NAFASNYA ADA.

Orang yang mati meninggalkan kenangan, hati yang mati meninggalkan palitan dosa. Usah takut dengan orang yang mati, tetapi takutlah bila hati yang mati. Berhati-hatilah dengan hati yang mati. Hidupkan kembali hati yang mati dengan mendekatkan diri kepada Allah..

[Perkongsian dari FB Budu Ops Frenz]


Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya: “Ketika seseorang sedang tidur,syaitan membuat tiga simpulan di kepalanya. Untuk setiap simpulan,ia mengatakan: “Tidurlah engkau sepanjang malam.” Jika dia terbangun lalu menyebut nama Allah,maka lepaslah satu simpulan.Jika dia berwuduk,lepas lagi satu simpulan.Dan jika dia solat,terbukalah semua simpulan.Ketika bangun pada waktu pagi,dia berasa penuh bersemangat dengan badan yang segar-bugar.Jika tidak,dia akan bangun pada waktu pagi dengan perasaan serba tidak selesa dan malas.” (Riwayat al-Bukhari)

Simpulan yang dimaksudkan bukanlah simpulan tali yang mengikat badan,tetapi simpulan maknawi yang membelenggu hati. Akibatnya,diri terhalang untuk melakukan kebaikan dan ketaatan.

Semuanya Soal Hati

Cerita Masjid


Ustaz Shahrizan Daud At-Turabi membahagikan orang yang ke masjid/surau kepada empat golongan :
* Golongan yang taat kepada perintah Allah dan Rasul – memang menjadi rutin buat mereka untuk datang menunaikan solat secara berjemaah biar macam mana pun keadaan fasiliti, selesa atau tidak, keadaan bacaan imam sempurna atau tidak dan sebagainya.

* Golongan bermasalah – yang berpandangan hanya Allah dan surau atau masjid sahaja tempat mereka memohon pertolongan.

* Golongan berhajat – seperti waktu urusan nikah kahwin, kematian, hendak menggunakan bilik air atau mencari wifi.

* Komitmen – Individu yang komited dengan tanggungjawab tertentu terhadap masjid/surau. Andai kata tidak datang, komitmennya tidak terlaksana, maka dia akan dimarah, mendapat malu kerana dianggap culas dalam tugas.

Tidak ada sesiapa pun boleh memaksa orang ramai datang ke surau / masjid. Yang penting BAGAIMANA hendak menarik minat orang ramai supaya suka datang ke ke surau /masjid.

Perkara ini mengutamakan 2 perkara.

1. Mengurus dan menjaga "makhluk hidup" iaitu:

i) AHLI JAWATANKUASA mesti bersifat mesra jemaah, rajin berjemaah, tidak buat masjid/surau seolah-olah milik sendiri, merendahkan hak orang lain dan menganggap kawasan parkir masjid adalah eksklusif untuk AJK. Gunakan duit tabung dengan jujur dan bersungguh-sungguh.

ii) IMAM dan BILAL patut dijaga oleh AJK dari sudut keperluan, contoh jubah dan pakaian yang sesuai dan selesa, mempunyai kemahiran interpersonal, tahu bila hendak baca surah panjang, bila hennak baca surah pendek, berketrampilan dan mudah rapat dgn jemaah. Jangan banyak keluar masuk bilik imam sebelum dan selepas solat, banyakkan duduk di ruang solat. IMAM/BILAL adalah ikon Masjid/Surau.

iii) PENCERAMAH undangan perlu dijaga. Elakkan golongan yang ekstrem dalam berceramah berunsur politik mahupun yang ekstrem dalam pegangan mazhab, bahan pengajian dan kuliah berkualiti. Utamakan penghargaan PENCERAMAH yang datang ke masjid/surau dari sudut bayaran honorium dan kebajikan lain. Jangan salah anggap tentang konsep fi sabilillah.

2. Urus dan jaga "makhluk mati":

i) Fasiliti Masjid/surau. Utamakan pengurusan tandas. Kalau kawasan sekecil itu mampu disenggara dengan baik, in sya Allah kawanan utama ruang dalaman solat masjid juga mampu diurus dengan baik. Orang akan sebut-sebut masjid/surau yang tandasnya bersih. Ruang solat yang hebat belum tentu memiliki tandas yang bersih dan cantik. Utamakan tandas dan automatik ID masjid akan indah.

ii) Mikrofon dan sistem siaraya perlu bagus. Faktor persekitaran bunyi bunyi mampu mendatangkan khusyuk dan minat orang ke masjid/surau.

iii) Jaga kebersihan karpet dan sejadah. Telekung perlu dibasuh selalu. Kalau ada komitmen dengan kedai dobi terdekat, in sya Allah kedai itu sudi menaja.

iv) Adakah tempat permainan kanak-kanak, sudut bacaan, papan kenyataan, dewan dll juga jangan dinafikan walaupun bukan keutamaan.

Bila institusi masjid/surau sudah bagus, kita kena perkukuhkan. Jemaah pula jangan hanya memerhati dan mencari salah tetapi melibatkan diri, Bukan sekadar menyumbang dana tetapi juga kena menyumbang jiwa.



Thursday, April 7, 2016

Berkirim Salam Melalui Orang Tengah


97% muslim yang ditemui bila disebutkan, "Fulan A kirim salam pada kamu (Fulan C)".

Fulan C menjawab, "WA'ALAIKUMUSSALAM."

Cara ini salah. Sebenarnya, Nabi s.a.w. mengajarkan, apabila salam itu disampaikan melalui orang tengah, maka jawapan yang diberi kepada kiriman salam itu bukannya, 'waalaikumussalam' tetapi..."WA'ALAIKA WA'ALAIHISSALAM".

Mengapa? Sebab, makna "WA'ALAIKUMUSSALAM," ialah "SELAMAT SEJAHTERA KE ATAS KAMU," iaitu Fulan B yang berupa orang tengah, bukan Fulan C yang Fulan A tujukan doa tersebut.

Sepatutnya, Fulan C yang menerima salam Fulan A hendaklah menjawab, "WA'ALAIKA WA'ALAIHISSALAM" iaitu mencakupi jawapan salam untuk Fulan A yang mengirim dan juga Fulan B yang menyampaikan, "SELAMAT SEJAHTERA KE ATAS KAMU DAN DIA." Maka salam itu terjawab. Indahnya Islam.

Perhatian: Hukum memberi salam itu sunat,tetapi menjawab itu wajib. Jadi, kalau salah jawab, bermakna MASIH BELUM JAWAB.

[Petikan: FB Wan Mohd Soffian]

Tuesday, April 5, 2016

Memerangi Perasaan Waswas


Dalam Islam waswas terbahagi kepada WASWAS DALAM IBADAH, WASWAS DALAM AKIDAH dan WASWAS YANG BERSARANG DALAM HATI. Waswas dalam ibadah contoh, wuduk adakah sempurna atau tidak, waswas tentang solat misalnya tentang rakaat sholat dan banyak lagi contoh lain.Di dalam hadis sahih dari Abu Hurairah r.a berkata: sekumpulan manusia di kalangan sahabat Nabi datang berjumpa Nabi s.a.w, lalu mereka bertanya:"“Sesungguhnya kami telah mendapati dalam hati kami terdapat lintasan hati yang kami anggap suatu kesalahan besar jika diucapkan dengan lidah.” Nabi s.a.w bertanya, “Kamu diserang oleh lintasan itu?" Mereka menjawab, ”Ya." Rasulullah s.a.w. maksudnya, “Itulah petanda iman yang jelas”.

Waswas dalam akidah juga berkaitan petanda iman di hati. Dalam hadis sahih lain, diriwayatkan dari Abdullah ibnu Masud r.a beliau berkata, “Nabi s.a.w ditanya berkait dengan timbulnya waswas berkaitan dengan ketuhanan. Nabi s.a.w. menjawab bermaksudnya, "Itulah semata-mata disebabkan iman. (HR. Muslim).

Waswas dalam akidah datang secara mendadak dan tidak tetap.Cara untuk menghadapinya adalah dengan berpaling dari waswas ini. Segala yang terlintas tidak dikira sebagai kesalahan selagi tidak ada keazaman dan diluahkan dengan perkataan. Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud, “Sesungguhnya Allah S.W.T. mengampunkan bagi ummatku apa yang diwaswaskan dalam hati manusia selagi mana dia tidak melakukan dan mengatakan apa yang diwaswaskan tersebut.” (HR. Bukhari dan Muslim).


Waswas tetap yang bersarang di dalam hati tidak dapat dihilangkan kecuali dengan mempelajari ilmu tauhid dan mengetahui dalil kewujudan Allah S.W.T. baik secara nas ataupun secara akal. Cara mengubati penyakit waswas dalam akidah di antaranya ialah:


1. Hendaklah orang yang ditimpa waswas dalam akidah sedar bahawa waswas yang menyerang tanpa kehendaknya itu tidak memberi kesan kepada kebaikan dan ketakwaannya. Bahkan ia menunjukkan kepada kebenaran imannya. Dia tidak harus mempedulikan waswas tersebut.


2. Hendaklah dia merasa gembira bila syaitan cuba menimbulkan was-was dalam hatinya. As-Sayyid Ahmad bin Abi al-Hawari, seorang ulama sufi telah berkata: “Aku mengadu kepada Abu Sulaiman ad-Darani berkenaan dengan waswas.” Maka dia berkata: “...bila-bila masa kamu merasai waswas hendaklah kamu gembira. Sesungguhnya apabila kamu gembira dengan datangnya waswas itu maka ia akan terputus dari kamu kerana tidak ada perkara yang lebih syaitan benci daripada kegembiraan orang beriman. Bila kau resah maka akan bertambah waswas.”


3. Berta’awwudz (memohon perlindungan) dengan Allah S.W.T. dari syaitan yg direjam. Firman Allah SWT dalam Surah Al-Araf, ayat 200,
maksudnya: “Dan apabila engkau ditimpa waswas dari syaitan, hendaklah engkau minta perlindungan dengan Allah S.W.T. sesungguhnya Dia maha mendengar lagi maha maha mengetahui.” Lafaz Ta’awwudz adalah أعوذ بالله من الشيطان الرجيم atau أعوذ بالله السميع العليم من الشيطان الرجيم


4. Hendaklah dia sentiasa berkata “aku beriman dengan Allah dan Rasulnya” setiap kali diserang oleh waswas syaitan. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang mendapat waswas, hendaklah dia berkata “Aku beriman dwngan Allah S.w.t” (HR. Bukhari dan Muslim).


5. Hendaklah membaca ayat 3 surah al-Hadid لُ وَالْآخِرُ وَالظَّاهِرُ وَالْبَاطِنُ وَهُوَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ
Ertinya:"Dialah Yang Awal dan Yang Akhir Yang Zhahir dan Yang Bathin; dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu". Ini adalah pesanan dari Ibnu Abbas (HR. Abu Daud).


6. Memperbanyakkah zikir seperti ma’thurat dan sebagainya seperti yg di ajar oleh Rasulullah SAW pada waktu pagi dan petang.
Diantara yg baik untuk menjauhkan syaitan ialah dua zikir pada sebelah pagi dan petang: Zikir waktu pagi: Nabi SAW bersabda maksudnya: “Sesiapa yang mengucapkan: لا إله إلا الله وحده لا شريك له له الملك وله الحمد وهو على كل شئ قدير
sebanyak seratus kali sehari maka dia mendapat pahala membebaskan 10 orang hamba, ditulis seratus kebaikan baginya, dihapuskan seratus kesalahannya, ia menjadi pelindung dari syaitan pada hari tersebut sehinggalah malam dan tidak ada yang melakukan lebih baik dari zikir yang diucapkan melainkan orang yang mengucapkan lebih banyak dari itu.” (HR. Bukhari dan Muslim).

Zikir petang: Abu hurairah berkata kepada Rasulullah s.a.w. “Syaitan berkata kepadanya: “Apabila engkau berada di tempat tidur mu hendaklah engkau membaca ayat kursi daripada Awal sehingga habis.لحي القيوم.....Syaitan berkata lagi “Apabila kamu membacanya maka Allah SWT sentiasa memelihara kamu dan syaitan tidak mendekati kamu sehinggalah waktu subuh.”

Nabi SAW bersabda:أما إنه قد صدقك وهو كذوب Maksudnya:“Adapun sesungguhnya dia telah bercakap benar kepadamu berkenaan dengan ayat kursi itu walaupun dia seorang yang amat pembohong.” (HR. Bukhari).

7. Menutup laluan syaitan.Di antara jalanya adalah:
-Ingat dan sebut nama Allah.
-Membaca doa masuk dan keluar tandas.
-Menahan dari menguap.
-Banyakkan solat sunat di samping sholat wajib.
-Bersihkan hati dengan akhlak yang mulia.
-Menghindari maksiat.
-Menghindari sifat-sifat mazmumah seperti marah, berbohong dan lain-lain.

Seeloknya bagi orang yang terkena penyakit waswas dalam akidah ini, maka hendaklah berjumpa guru yang berilmu untuk mendalami aqidah yang benar. Ya Allah, kuatkanlah keimanan kami serta jauhkan kami dari penyakit waswas tersebut. Mudah-Mudahan kami menjadi hamba-Mu yang benar keimanan kepada-Mu Aamiinn Yaa Robbal 'Aalamiin !!!!!

Wallahu A'lam.

[Sumber FB Hairul Nizam Ijam]

Cikgu - Mak Tiri Dan Ayah Dah Bercerai

Kisah meruntun hati kehidupan seorang anak yang menjadi mangsa ibu tiri untuk dihadam dan dijadikan iktibar.



Melihat dia melangkah masuk ke pagar asrama itu membuat aku berasa lega. Sekurang-kurangnya makan minumnya terjaga. Minggu lepas, ketika waktu NILAM di perpustakaan sekolah, dia datang dan duduk di sebelahku.

"Cikgu, mak tiri dan ayah saya dah bercerai", katanya dengan wajah yang begitu ceria dan tersenyum.

"Awak happy?", tanyaku. Dia mengangguk laju, senyum.

"Oklah pergi buat NILAM dulu ya?", aku mengeluarkan arahan.

"Ok cikgu"...senyumnya sampai ke telinga!

Usai waktu NILAM, dia berjalan seiringku.

"Cikgu, saya dah boleh masuk asramalah, dulu mak tiri tak bagi, sekarang dia dah takde".

"Ok. Nanti awak pergi minta borang asrama dengan Cik Mie (penyelia asrama) di pejabat dia ya?", pintaku.

"Ok cikgu", dia jawab ringkas.

"Habis tu sekarang tinggal dengan siapa?", tanyaku

"Sorang-sorang", dia menjawab sambil senyum. Aku berhenti berjalan dan memandang mukanya.

"Siapa sediakan makanan? Siapa kejut pergi sekolah? Siapa jaga kalau sakit??" Berjujuk-jujuk soalan dariku.

"Sendiri", jawabnya lagi.

Allahu

Mataku berkaca.

"Cikgu, saya masuk kelas dulu tau, nanti lambat cikgu marah". Aku mengangguk perlahan.


***********************************

Anak ini namanya Aanas (bukan nama sebenar), 14 tahun. Fizikalnya kecil, memudahkan si tangan celaka itu menderanya. Pergerakannya terbatas. Saat anak sebayanya bermain di waktu petang, dia terkurung di rumah melakukan pelbagai kerja rumah. Pernah "dibahan" gara-gara pulang lewat dari sekolah kerana aktiviti ko-ko. Solat Jumaat juga dihalang pergi. Pernah dia dicekik separuh mati, dipukul, tampar, lempang itu sudah makanan hariannya.

Ternyata "Bawang Putih Bawang Merah" itu bukan sekadar dongengan.

Aku kenal Aanas sejak tahun lepas, sewaktu mengajarnya subjek Sejarah. Ibu kandung dan ayah kandung bercerai. Adik beradik satu ibu satu ayah ada empat, dua bersama ibu dan dua bersama ayah. Sejak ayahnya berkahwin dengan ibu tiri, hidup anak ini penuh dengan seksaan.Jarang-jarang Aanas makan ketika waktu rehat. Dia tidak diberi belanja oleh ibu tirinya. Jika aku terserempak dengannya, aku akan hulur duit kepadanya. Itu pun beberapa kali ditolak olehnya, dia segan barangkali.

Tidak ramai yang tahu kisah anak ini di sekolah. Perwatakan yang ceria menyembunyikan derita hidupnya. Entah kenapa dia sering bercerita kepadaku tentang kisahnya walaupun aku tidak bertanya. Hampir setiap kali kelas Bahasa Melayu (tiga kali seminggu) ada sahaja cerita tentang hidupnya.Anak ini sangat baik. Meski kurang dari segi akademik, dia tetap menghormati guru. Rajin membantu guru-guru walaupun guru yang tidak mengajarnya.

Ayahnya? Jarang-jarang pulang ke rumah lantaran sibuk mencari nafkah buat dia enam beradik.

***********************************

"Cikgu, saya dah boleh masuk asrama Isnin depan, semalam Cik Mie bagitahu", Aanas membuka bicara sewaktu kelas KOMSAS.

"Peralatan asrama dah siap ke?, tanyaku.

"Kena bawak apa cikgu?", tanya dia dengan berkerut di dahi.

Aku mengambil sehelai kertas, dan menyenaraikan barang-barang keperluan asrama, lalu kuberi kepadanya.

"Erm, baju Melayu mesti tiga ke cikgu? Saya ada satu je".

Aku jawab pertanyaan dia, dengan pertanyaan aku, "baju raya tahun lepas takkan takde?"

"Dah lama takde baju raya cikgu", Aanas menjawab jujur. Aku tahan air mata.

"Takpelah, bawak je mana ada ya?", kataku.

"Baju sekolah pun tiga?", Aanas semakin gelisah.

"Kamu ada berapa pasang baju sekolah?"

"Ni jelah satu. Pakai daripada Isnin sampai Jumaat", Aanas memegang kolar bajunya. Memang comot. Kotor.

"Duit biasiswa mana?" aku cuba bertegas.

"Mak tiri ambik". Jawaban anak itu buat aku bernafas laju.

"Neraka punya mak tiri" bisik hati aku.

Aku bertanya lagi, "Isnin nanti datang asrama dengan apa?".

Lama dia termenung, "saya datang dengan basikal saya boleh tak cikgu?". Mukanya nampak sayu, seperti menahan tangis. Allahu...Empangan mata aku pecah!

"Ok semua, dah siap latihan cikgu bagi tadi?", sengaja aku bertanyakan kelas 2M5 tu tentang latihan yang baru beberapa minit aku beri. Aku berpaling ke arah papan putih. Malu kalau Aanas nampak air mata aku ni!

"Allahu. Anak. Bagaimana mungkin kau berbasikal dengan beg baju, baldi dan peralatan yang lain? Mana ayah kau. Mana saudara-saudara kau. Anak lain seumur kau masih dibelai dicium ibu ayah. Sedang kau sudah diuji dengan ujian yang tak padan dengan badan kau nak", aku berbisik di dalam hati. Benar, aku sedih!

***********************************

Wahai Anak, tatkala aku mengeluh makanan tidak sedap, engkau masih berfikir mahu makan apa hari ini? Tika aku mengeluh pendingin hawa di bilik itu rosak, engkau setiap hari berpanas berhujan mengayuh basikal usangmu ke sekolah. Sering juga aku mengeluh tiada baju baru untuk dipakai sedang engkau saban hari menggasak baju yang sama. Apakah aku layak untuk mendidik kau nak? Sabar kau menggunung. Semangat kau tinggi melangit. Akhlak kau begitu indah. Allahu. Kau hantar anak ini sebagai tarbiah buat aku. Ampuni aku yang jarang-jarang mengucap syukur atas nikmatmu ya Rabb.

Allahuakbar...

Allahuakbar...

Allahuakabar...

Anak..

Kita ini biar miskin harta. Jangan miskin akhlak

Biar kurang pandai. Jangan kurang ajar

Biar terlebih adab. Jangan terlebih biadab.

Semoga kau membesar menjadi seorang insan berguna. Dijauhkan daripada anasir jahat. Dipelihara Allah sepanjang masa.

Tuhan, jaga dia untukku. Aamiin.


[Sumber: FB Izz Nur Izdihar Ramlan]

Monday, April 4, 2016

Jaguh Kampung Di Persada Dunia


KHAIRUL Idham Pawi telah membuktikan bahawa pelumba kampung juga boleh melakarkan kejayaan setanding dengan pelumba Eropah di pentas sukan permotoran dunia.

Kejayaan anak kelahiran Kampung Gajah, Perak telah menunaikan janjinya untuk mencipta sesuatu untuk membanggakan keluarga apabila menceburi sukan itu pada usia awal. Berusia 17 tahun , beliau melakar sejarah sebagai rakyat Malaysia pertama menaiki podium pada Kejohanan MotoGP Dunia dalam kategori Moto3 dengan catatan masa 41 minit 35.452 saat dalam 21 pusingan di Litar Termas de Rio Hondo, Grand Prix Argentina, semalam, amat membanggakan bukan sahaja keluarga malah negeri dan negara.

Khairul mula berjinak-jinak dalam sukan permotoran seawal usia 12 tahun dan pernah berjanji akan mencipta sesuatu yang membanggakan keluarga. Beliau berlatih sekurang-kurangnya dua jam setiap hari di Litar Datuk Sagor, Kampung Gajah sejak berusia 14 tahun bagi memastikan impiannya tercapai. Khairul Idham memulakan kerjaya sebagai pelumba pada 2012 dengan menyertai perlumbaan 'Honda One Make Series' sebelum memenangi juara kategori Wira Cub Prix pada tahun 2013, diikuti kejuaraan pada Asia Dream Cup setahun kemudian.

Tindakannya melarikan diri ketika disembur dengan arak oleh rakan-rakan mendapat pujian dari warga Netizen. Syabas! Diharap anak muda ini terus menjaga pegangan agamanya walau di mana pun berada.



Friday, April 1, 2016

Tanda-Tanda Menjadi Hamba Dunia


1. Tidak bersiap-siap saat waktu solat menjelang tiba.
2. Melalui hari ini tanpa sedikit pun membuka lembaran Al-Qur'an lantaran terlalu sibuk.
3. Selalu berfikir setiap waktu bagaimana caranya agar harta semakin bertambah.
4. Marah ketika ada orang yang memberikan nasihat bahawa perbuatan yang dilakukan adalah haram.
5. Terus menerus menunda untuk berbuat amal soleh. “Aku akan mengerjakannya esok, nanti dan seterusnya.”
6. Sangat kagum dengan gaya hidup orang-orang kaya.
7. Selalu bersaing dengan orang lain untuk meraih cita-cita duniawi sehingga terabai amal ibadah
8. Tidak merasa bersalah saat melakukan dosa-dosa kecil.
9. Tidak mampu untuk segera berhenti berbuat yang haram, dan selalu menunda bertaubat kepada Allah.
10. Tidak berbuat sesuatu yang diredhai Allah sekiranya perbuatan itu boleh mengecewakan orang lain.
11. Sangat menumpukan perhatian terhadap harta benda yang ingin dimiliki.
12. Merancang kehidupan dunia hingga jauh ke hadapan.
13. Menjadikan aktiviti belajar agama sebagai aktiviti pengisi waktu luang saja, setelah sibuk berkerjaya
14. Memiliki rakan-rakan yang kebanyakannya tidak boleh mengingatkan diri kepada Allah.
15. Menilai orang lain berdasarkan status sosialnya di dunia.
16. Melalui hari ini tanpa sedikit pun memikirkan kematian, bahkan benci pula pada mati dan tidak ingin memikirkannya
17. Meluangkan banyak waktu sia-sia melakukan sesuatu yang tidak bermanfaat bagi kehidupan akhirat.
18. Merasa sangat malas dan berat untuk mengerjakan suatu ibadah.
19. Tidak mahu mengubah gaya hidup yang suka berfoya-foya, walaupun sedar Allah tidak menyukai gaya hidup seperti itu.
20. Diberi nasihat tentang bahaya memakan harta riba, tetapi beralasan beginilah satu-satunya cara bertahan dalam kesulitan ekonomi.
21. Ingin menikmati hidup ini sepuasnya-puasnya
22. Sangat memberi perhatian dengan penampilan fizikal.
23. Rasa bahawa kematian dan hari kiamat masih lambat lagi datangnya.
24. Ikut menguburkan orang lain yang meninggal, tapi tidak mendapat pengajaran dari kematiannya.
25. Mengerjakan solat dengan tergesa-gesa agar segera meneruskan kerja.
26. Tidak pernah berfikir hari ini boleh jadi hari terakhir hidup di dunia.
27. Mendapatkan ketenangan dari berbagai kemewahan yang dimiliki, bukan merasa tenang dengan mengingati Allah.

Semoga Allah melindungi kita dari semua ini dan semoga kita termasuk dalam golongan hamba-hamba Nya yang soleh..Aamiin