Sunday, June 29, 2014

Masjid Tertua Di Britain Dibuka Semula

Masjid yang pertama ditubuhkan di England ini telah terbiar dan dilupakan selama beberapa tahun, namun kini ia telah diubahsuai dan dibuka semula untuk kepada 20,000 orang Islam di Merseyside. Bagaimanakah masjid ini boleh muncul buat kali pertama?
Sebelum ini, rumah teres pertengahan di Liverpool yang sarat dengan dengan tingkap yang pecah dan cat yang telah mengelupas. Ia adalah bangunan yang dilupakan sehingga salah seorang individu yang menerajui projek pengubahsuaiannya meletakkan papan tanda "tempat kelahiran Islam di Britain".
Bangunan di Brougham Terrace, Kensington ini pernah dimiliki oleh Abdullah Quilliam yang mengasaskan Liverpool Institut Islam pada tahun 1889. Abdullah Quilliam adalah seorang peguam Inggeris yang terkenal yang telah mendapat pendidikan di Isle of Man dan anak kepada seorang pendakwah Methodist, William Henry Quilliam. Beliau memeluk Islam dua tahun sebelum pembukaan Institut Islam Liverpool iaitu pada 1887 dan memilih Abdullah sebagai namanya dan dikatakan sebagi sebagai orang Inggeris tempatan yang pertama memeluk Islam. [ http://www.bbc.com/news/uk-england-merseyside-28018673 ]

Saturday, June 28, 2014

Meraih Kemustajaban Doa

Doa insan yang dekat dengan Allah mustajab. Ia disebabkan kekusyukan jiwanya yang tertumpu kepada kebesaran Allah. Mencari jiwa yang khusyuk itu susah. Ramai orang hanya tertumpu kepada waktu, ungkapan dan tempat ketika berdoa tetapi hati mereka tidak khusyuk. Oleh itu jangan hairan jika ada insan yang doanya mustajab sekalipun dia berada di Mekah, ataupun berada pada bulan Ramadan. Walaupun unsur tempat yang mustajab ataupun waktu mustajab telah dipenuhi, namun dia gagal memenuhi perkara yang asasi iaitu jiwa yang khusyuk yang benar-benar memohon dengan penuh erti seorang hamba. Tumpuan perasaan kepada Tuhan dengan penuh kerendahan diri dan harapan. Jika unsur itu dipenuhi, kemudian diikuti dengan tempat ataupun waktu yang mustajab maka doa menjadi amat mustajab. Puasa pada bulan Ramadan dapat membentuk jiwa yang khusyuk. Ramadan adalah waktu yang Allah sayang disebabkan bulan itu bulan pilihan-NYA dengan suasana hamba-hamba taat kepadaNYA. Setelah menyebut tentang kewajiban berpuasa pada bulan Ramadan, Allah ikuti pula dengan janjiNYA di mana DIA berfirman: (maksudnya): “Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka mendapat petunjuk (Surah al-Baqarah: 186). ............................................................................................................
Program tadarrus Al Quran. SubhanaAllah.

Khasiat Gingko Biloba

Daun gingko biloba berwarna hijau muda pada musim panas dan bertukar keemasan sebelum gugur pada musim luruh. Ia berbentuk seperti kipas, liat dan rata, dengan urat bercabang. Daun, buah dan biji benihnya boleh digunakan untuk makanan dan perubatan. Ginkgo Biloba digunakan dalam perubatan tradisional untuk memperbaiki proses peredaran darah dan menguatkan daya ingatan. Dua komponen penting dalam ginkgo biloba adalah flavonoid dan terpenoid. Flavonoid mempunyai kesan antioksida yang berpotensi tinggi dengan melindungi saraf, otot jantung, saluran darah dan retina daripada rosak. Terpenoid pula memperbaiki aliran darah dengan mengembangkan saluran darah dan mengurangkan kelekitan platlet. Ia membantu memperbaiki kualiti darah dan kesihatan saluran darah bagi memastikan kesemua organ penting memperolehi zat dan oksigen yang cukup bagi menguatkan fungsinya. [Zawidatul Asma Bt Zainuddin]

Thursday, June 26, 2014

Islam Akhir Zaman

Daripada Huzaifah bin al-Yaman r.a. Beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Islam akan lenyap seperti hilangnya corak pada pakaian, sehingga orang tidak mengerti apakah yang dimaksudkan dengan puasa, apakah yang dimaksudkan dengan solat, apakah yang dimaksudkan dengan nusuk (ibadah), dan apakah yang dimaksudkan dengan sedekah. Al-Quran akan hilang semuanya pada suatu malam sahaja, maka tidak ada yang tertinggal di permukaan bumi ini darinya walaupun hanya satu ayat. Sesungguhnya yang ada hanya beberapa kelompok manusia, di antaranya orang tua, lelaki dan perempuan. Mereka hanya dapat berkata, Kami sempat menemui nenek moyang kami mengucapkan kalimat LAILAHAILLALLAH, lalu kami pun mengucapkannya juga” (HR Ibnu Majah)
PELAJARANNYA: 1. Corak atau sistem kehidupan Islam yang kita pakai sekarang semakin luntur dan pudar. 2. Segala ritual ibadah wajib, perlaksanaan rukun Islam kita seperti solat, puasa, sedekah, sudah tidak difahami secara hakiki dan aktual. Kerana itu ia gagal mencegah perbuatan keji dan mungkar, serta gagal berfungsi untuk membangun ummah. 3. Al-Quran hanya tinggal tulisan, namun maksudnya tidak difahami. 4. Hanya beberapa warga tua yang 'sempat' mendengar kalimah LAILAHAILLALLAH dan sempat 'mengucapkan'nya. Ucapan itu memerlukan kefahaman seluruh isikandung al-quran untuk mengukuhkan tauhidnya namun ia hanya tinggal ucapan biasa kerana kefahaman al-Quran itu sudah 'tiada'.
Segala persoalan di atas terjawab jika kita ramai-ramai kembali membaca dan 'memahami' al-Quran. Sempena ramadhan ini, mari kita utamakan membaca al-Quran dengan kefahaman, membaca secara KONTEK ... biarpun hanya sepotong ayat sehari. Jangan kita berebut-rebut membaca a- Qquran satu juzuk sehari secara TEKS sahaja. Salam Ramadhan al-Mubarak. [DrMas Mohd Dua]

Luahan Hati Encik / Cik Meow

Untuk kelangsungan hidup, kucing terbiar sanggup makan apa sahaja yang dihulurkan waima kentang goreng atau tulang sekalipun. Kalau tidak mampu memelihara kucing, apa kata bawa makanan kucing dalam kereta. Di mana-mana terjumpa kucing, berilah mereka makan. Kalau kita makan di restoran, hulurkan sedikit makanan kita. Kalau dilapik lantai itu dengan kertas tisu,makanan yang diletakkan tidak akan mengotorkan lantai. Bila ia sudah selesai makan, buangkan tisu itu ke dalam tong sampah. Kita dapat pahala memberi kucing makan dan menjaga kebersihan. Hanya kucing yang lapar sahaja yang mencakar manusia. Pandangilah mata haiwan kesayagan Rasulullah saw dengan rasa kasihan.

Taubat Jangan Ditangguh

Bertaubat dapat menggugurkan dosa,membersihkan hati,meningkatkan iman dan ketaqwaan. Solat Taubat
Dari Abu Bakar ash-Shiddiq r.a, dia berkata, “Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: مَا مِنْ رَجُلٍ يُذْنِبُ ذَنْبًا، ثُمَّ يَقُومُ فَيَتَطَهَّر – وفي رواية: فيحسن الوضوء – ، ثُمَّ يُصَلِّى – وفي رواية: ركعتين –، ثُمَّ يَسْتَغْفِرُ اللَّه؛َ إِلاَّ غَفَرَ اللَّهُ لَهُ»، ثُمَّ قَرَأَ هَذِهِ الآيَةَ {وَالَّذِينَ إِذَا فَعَلُوا فَاحِشَةً أَوْ ظَلَمُوا أَنْفُسَهُمْ ذَكَرُوا اللَّهَ فَاسْتَغْفَرُوا لِذُنُوبِهِمْ وَمَنْ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلاَّ اللَّهُ وَلَمْ يُصِرُّوا عَلَى مَا فَعَلُوا وَهُمْ يَعْلَمُونَ “Tidaklah seorang (muslim) melakukan suatu perbuatan dosa, lalu dia bersuci – dalam riwayat lain: berwudhu dengan baik –, kemudian melaksanakan solat – dalam riwayat lain: dua rakaat –, lalu meminta ampun kepada Allah, melainkan Allah akan mengampuni (dosa)nya”. Kemudian Rasulullah s.a.w. membaca ayat ini (yang artinya), “Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka, dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain dari pada Allah, dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui” (Ali ‘Imraan:135)” HR at-Tirmidzi (no. 406 dan 3006), Abu Dawud (no. 1521), Ibnu Majah (no. 1395) dan Ahmad (1/8 dan 10), dinyatakan hasan oleh imam at-Tirmidzi, Ibnu Hajar dalam “Fathul Baari” (11/98) dan syaikh al-Albani, serta dinyatakan shahih oleh Imam Ibnu Hibban (no. 623) dan Syaikh Ahmad Syakir. Hadits yang agung ini menunjukkan keutamaan solat dua rakaat ketika seorang bertaubat dari perbuatan dosa dan janji pengampunan dosa dari Allah Ta’ala bagi yang melakukan solat tersebut Firman Allah : “Sesungguhnya taubat di sisi Allah hanyalah bagi orang-orang yang mengerjakan kejahatan lantaran kejahilan, yang kemudian mereka bertaubat dengan segera, maka mereka itulah yang diterima Allah taubatnya; dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.” (an-Nisaa’:17). Tanda-tanda taubat
~~ Pohonlah pada Allah keampunan dan janganlah ditangguhkan taubat yang ingin dilakukan.

Kita Hamba Handphone (HP) Atau Hamba Allah

Ya ALLAH ampunilah dosa-dosa kami yang ada HP. -Kami lebih banyak mengisi kredit daripada bersedekah. -Kami lebih banyak baca SMS daripada membaca Al-Quran. -Kami lebih sering menelefon daripada bersSilaturrahim -Kami lebih sering buka Bluetooth daripada berlutut untuk sholat Tahajjud. *Ya Allah ampunilah kami yang serba kekurangan dan yang selalu lalai ini. *Semoga HP yang kami miliki ini dapat digunakan sebagai Ibadah untuk lebih taqarrub kepada-Mu ya ALLAH..
Kata Guru: -Jika HP ini menyebabkan kamu lalai sehingga Azan kamu masih dengannya,hingga tidak mempedulikan seruan Azan. -Hingga kamu tergamak melewatkan solatmu kerana HP. -Hingga zikir kamu berkurangan kerananya. -Hingga AL-QURAN tidak lagi kamu pandang kerana kamu asyik dengan HP. *Sedang kamu tiada keperluan pada HP waktu itu,maka.simpanlah ianya buat sementara waktu. *Kerana ia telah menjadi satu alat yang digunakan syaitan untuk menghancurkan penghambaan terhadap ALLAH SWT. *Bukan salah HP itu,tetapi salah kita kerana tidak dapat menjauhkan HP yang menjadi alat untuk Syaitan menyesatkan kita...
**Realitinya begitulah..lepas solat selesai,salam kedua,terus raba HP pada hal tidak ada apa-apa pun.Atas alasan perjuangan,zikir diabaikan..ASTAGFIRULLAH... **Biarlah dengan HP yang canggih ini menambah kekukuatan kita kepada ALLAH.Bukan mengheret kita lalai kepada ALLAH SWT. (Teguran dari Rina Mhd Yusuf)

Dapat Ilmu Kongsikan 3

Bersangka baik dengan Zat yang mencipta kita.
Masa itu lebih berharga dari segala-gala yang Allah ciptakan bagi hamba-Nya.
Hikmah faraid.
Setiap yang diturunkan-Nya ada hikmah masing-masing.

Tuesday, June 24, 2014

Tazkirah Menjelang Ramadhan

PERINGATAN KEDUA: Menurut majoriti mazhab termasuk Syafie, DISYARATKAN agar tidak ada senggang YANG LAMA (selang masa di antara dua solat yang dijama') di antara dua solat sewaktu ia DIJAMA'KAN. Sama ada Jama' Takhir atau Jama' Taqdim. Senggang yang dibenarkan, tidak lebih dari tempoh solat dua rakaat manakala Lajnah Ifta Jordan menetapkan tidka lebih dari 7 minit.
Imam Ibn Hajar al-Haithami menyebut : يشترط الموالاة بأن لا يطول بينهما فصل؛ لأنه المأثور، ولهذا تركت الرواتب بينهما. فإن طال الفصل بينهما ولو بعذر كجنون: وجب تأخير الثانية إلى وقتها؛ لزوال رابطة الجمع. ولا يضر فصل يسير, ويعرف طوله وقصره بالعرف; لأنه لم يرد له ضابط [https://www.youtube.com/watch?v=L-iZvmKVvWI&list=UUI0UEf5eIl4Y5bCwNbPlmHQ]
BERTIMBANG RASA TERHADAP PEKERJA BAWAHAN: Daripada Ma'rur bin Suwaid, beliau berkata "Aku melihat Abu Zar r.a memakai satu pakaian dan hambanya juga memakai pakaian yg sama nilainya lalu aku bertanya kepadanya hal itu. Lalu Abu Zar menyebut bahawa dia pernah MENCELA seorang lelaki (pembantu pekerjanya) dengan menyebut segala keaiban ibunya maka Rasulullah SAW berkata kepadaku "Sesungguhnya kamu masih lagi mempunyai sifat-sifat jahiliah. Hai Abu Zar! Mereka itu (pembantu pekerja) sebenarnya saudara-saudaramu & penolong-penolong kamu. Allah telah menjadikan mereka itu terpaksa tunduk dibawah perintahmu. Oleh itu sesiapa yg ada saudaranya di bawah kekuasaannya maka hendaklah memberi makan kepadanya apa yg dia makan & memberi pakaian daripada apa yg dia pakai. JANGANLAH KAMU MEMBEBANI mereka dengan tugasan yg sangat berat. Bahkan apabila kamu menyuruh mereka melaksanakan sesuatu pekerjaan maka hendaklah kamu menolong mereka" (Riwayat Bukhari & Muslim)

Hentikan Penyebaran Hadis Palsu

serenemaklong.blogspot.com



SESETENGAH umat Islam ataupun Ustaz berniat baik hendak mengalakkan perlakuan ibadah tetapi caranya salah bila fadilah terawih yang disebarkan itu hadis palsu. Ingatlah sabda Nabi SAW;

“Sesiapa yang berdusta atas namaku dengan sengaja maka hendaklah dia menyediakan tempatnya di dalam neraka”.[al-Bukhari & Muslim]

Hadis-hadis yang dikongsi di Facebook harus diperiksa dulu kesahihannya sebelum disebarkan. Jangan sandarkan sesuatu kepada Baginda SAW demi menghalalkan niat yang baik.
 
Tekan butang "SHARE" memang mudah namun di akhirat kita akan dapat 'share' (saham) dosa kerana tindakan yang terburu-buru.

(al-ahkam.net)




Moonmelon

This a moonmelon scientifically knows as asidus This fruit grows in some parts of Japan and is known for its vibrant blue color what you probably don't know about this fruit is that it can switch flavors after you eat it Everything sour will taste sweet everything salty will taste bitter and it gives water a strong orange-like taste lt's also very expensive..costing about 16000 Jpy (which is about 200 dollars)

Rumahtangga Dakwah

Rasulullah SAW bersabda, “Perumpamaan rumah yang di dalamnya disebutkan nama Allah dan rumah yang di dalamnya tidak disebutkan nama Allah seperti ORANG HIDUP DAN ORANG MATI.”
Sebuah rumah yang sederhana di segi saiz, pembuatan dan perhiasan, didiami oleh keluarga yang taat kepada Allah, lebih ‘menyejukkan’. Baginda SAW menganggap rumah seperti ini sebagai rumah yang hidup dan bersemarak.
Rumah besar lagi mewah di mana penghuninya lalai dari perintah Allah dan tiada suara berzikir keadaannya sama dengan rumah orang mati atau kuburan, gelap, suram, gersang, dan jauh dari rahmat dan keberkatan.
Penghuni di rumahtangga dakwah terasa lapang kerana zikrullah, hati yang keruh menjadi jernih, akal yang gelap gelita menjadi terang benderang, pintu keinginan berbuat maksiat menjadi tertutup. Zikir dan selawat mudah dilakukan pada bila-bila masa....ketika mengemas rumah, berkebun, menidurkan anak dalam buaian dan sebagainya. Masa ini juga boleh diguna untuk mengulang hafalan Al-Quran, atau mendengarkan bacaan Al-Quran dilantunkan.Hanya orang yang hatinya lalai dan disibukkan oleh hawa nafsu, tidak mampu berzikir.
Allah SWT. berfirman, “Hai orang-orang yang beriman, JANGANLAH HARTA-HARTA KAMU, DAN ANAK-ANAK KAMU, MELALAIKAN KAMU DARI MENGINGAT ALLAH... Barangsiapa yang berbuat demikian, maka mereka itulah orang-orang yang RUGI.” (Surah al-Munafiqun ayat 9).

Dapat Ilmu Kongsikan 2

Sunday, June 22, 2014

Hati Plastik

“Kau ni apasal, Bro, muka macam tak sudah jer aku tengok.” ---------- “Aku tengah bengang dengan Liya.” ---------- “Eh, sejak bila kau orang pandai bergaduh? Selalu tu OK jer.” ---------- “Tu pasallah. Ada ke dia kata awek aku tu plastik.” ---------- "Ha…ha… plastik apa pulak ni?” ---------- “Liya kata, awek aku nak ambil kesempatan sebab keluarga kami orang senang. Dia nak tumpang tui, buat muka manis-manis, padahal hati busuk.” ---------- “Aisey, senang aje nak settle, Bro. Aku nak tanya kau, sejak bila kau kenal Liya?” ---------- “Kenal apanya? Sejak kecik lagi aku tahu semua pasal dia termasuk apa yang ada dalam kepala otaknya.” ---------- “OK, berapa lama kau kenal awek kau?” ---------- “Hmmm………adalah dalam 9 , 10 bulan.” ---------- “Kau nak percaya cakap pompuan yang kau kenal sejak kecik ataupun pompuan yang kau kenal baru 10 bulan. Sapa lebih jujur? Kadang-kadang pompuan ni boleh perasan benda-benda yang orang lelaki tak nak nampak, tambah-tambah lagi kalau orang tu dia sayang.” ---------- "Nantilah aku fikir…. Eh, kau ni ada hati kat Liya, ke? Jangan main-main.Kalau nak jadi adik ipar aku, kau kena layan aku baik-baik, tau. Selain bapak, aku pun wali dia jugak.” ---------- “ Hiii…hiii…hiii…OKlah Abang Long, jom makan, bakal adik ipar nak belanja……!!!” ------------------------------------------------------------------------------------------ [Kadang-kadang perbualan anak-anak kita dengan rakan baik mereka ada iktibar yang tersendiri. Semoga anak muda itu bertemu jodoh dengan insan yang jujur dan sentiasa mencari redha Allah. Mohon dijauhkan dari insan berhati plastik.]

Saturday, June 21, 2014

Masjid Sultan Tertua Di Singapura

Masjid Sultan adalah masjid tertua di Singapura dan terletak di Kg Glam, Spura. Dibina pd 1924. Rekabentuk nya tidak berubah sejak mula dibina dengan hanya proses pembaikan pada tahun 1960an. Masjid ini telah diisytiharkan oleh kerajaan Singapura sebagai sebuah monumen kebangsaan pada 1975.

Friday, June 20, 2014

Masuk Syurga Kerana Dosa?

Bila Allah menghendaki kebaikan ke atas seseorang, Dia akan menjadikannya terjerumus dalam suatu dosa (padahal sebelumnya dia mungkin seorang yang soleh dan gemar beramal soleh).
Dosa tersebut akan selalu terbayang di matanya, mengusik hatinya, mengganggu tidurnya, dan membuatnya selalu gelisah. Dia berasa takut semua kesolehannya sebelum itu akan menjadi sia-sia kerana dosa tersebut.
Dia kemudian tunduk di hadapan Allah, takut kepada-Nya, mengharap rahmat dan maghfirah-Nya, serta bertaubat kepada-Nya. Maka akibat dosa itu, dia terlepas daripada penyakit ‘ujub (kagum) terhadap amalan solehnya selama ini. Penyakit ‘ujub yang boleh meruntuhkan segala amalan, dan membinasakan dirinya. Dosa itulah menyebabkan dia masuk syurga.
Sebaliknya orang yang selalu melakukan amal soleh, boleh jadi akan mendapat celaka akibat amalannya itu. Bagaimana pula? … apabila dia berasa KAGUM DENGAN DIRINYA yang melakukan amal ‘soleh’ itu. Kekaguman (‘ujub) tersebut akan membatalkan amalnya. Bila Allah tidak mengujinya dengan suatu dosa yang mendorongnya bertaubat, orang ini akan lupa diri dan masuk neraka.
Oleh itu jangan mengukur seseorang dari segi penampilannya.Seseorang yang beramal dengan amalan syurga (soleh) sepanjang masa mungkin berakhir sebagai ahli neraka ketika di hujung usia lantaran hadirnya sifat sombong dengan kewarakannya. (Suul Khotimah), sedangkan seseorang yang banyak melakukan amalan neraka (maksiat) boleh berakhir menjadi ahli syurga disebabkan keinsafan dan taubatnya di hujung usia. ( Husnul Khotimah).Wallahualam.

Wednesday, June 18, 2014

2 Tangan 2 Kaki

Gunakan 2 tangan dan 2 kaki untuk: - bersedekah - membantu muslimin dalam keperluan mereka - menulis ilmu bermanfaat - mencari rezeki halal - melangkah ke tempat kebajikan - menggembirakan hati orang lain
- berjalan ke masjid untuk ibadah dan ke majlis-majlis ilmu - menziarah orang sakit - menghantar jenazah ke kubur - berjihad menegakkan agama - bersilaturrahim
Jangan gunakan 2 tangan dan 2 kaki untuk: - memukul, mencederakan atau membunuh - mencuri atau mengambil harta benda orang tanpa hak - memuaskan syahwat dengan tangan - memberi dan menerima rasuah - menolong membuat kesalahan - menuju ke tempat maksiat (Iman #24)