Sunday, May 31, 2015

Wirathu Syaitan Berwajah Manusia

Buddhist Missionary Society of Malaysia menyatakan bahawa sami Buddha -----ASHIN WIRATHU BUKAN TERORIS SEBAB ISIS ITU PASUKAN PENGAMAN DI IRAQ DAN SYRIA. KLU KLUX KLAN HANYA MANUSIA KULIT PUTIH YANG MENCINTAI KAUM SENDIRI BERBANDING KAUM KULIT HITAM. ADOLF HITLER ADALAH PEMIMPIN YANG MENCINTAI ORANG JERMAN SEHINGGA SANGGUP MEMBINA SEBUAH INSINERATOR YANG MENYEBABKAN 6 JUTA ORANG YAHUDI TERMASUK KE DALAMNYA SECARA TIDAK SENGAJA ----Kelakar sungguh pendapat mereka yang otak masing-masing sudah jatuh ke lutut. Memang media barat melabelkan pemimpin Myanmar 969 itu teroris, tetapi bagi mukmin yang berakal, dia sebenarnya adalah SYAITAN "dari (golongan) jin dan manusia." Surah An Nas ayat 6.

Friday, May 29, 2015

Ibadah Lillahi Taala

Allah S.W.T. mencipta jin dan manusia supaya beribadah kepada-Nya. Tiada hamba yang tidak pernah melakukan dosa. Keampunan Allah Yang Maha Luas tidak pernah menolak mana-mana taubat hamba berdosa yang ingin kembali menyerah kepada-Nya. Selangkah menuju Allah, berlangkah-langkah Allah menuju kepada hamba-Nya.Islam bukan sekadar agama tetapi ia adalah cara hidup. Ibadah wajib melibatkan kelima-lima tiang agama, syahadah, solat, zakat, puasa dan haji. Ibadah umum dilakukan pada bila-bila masa sahaja, solat sunat, puasa sunat dan apa-apa sunnah Nabi s.a.w. Semua anugerah Allah S.W.T. seperti mata, telinga, lidah, kaki, tangan, harta-benda dan kemahiran hidup diguna untuk melakukan kebaikan. Dengan ini martabat akan ditinggikan oleh-Nya.
Anggota badan seperti hati, kulit, tangan, kaki, jari jemari, telinga dan mata merupakan saksi bisu yang menurut apa sahaja perintah dari si pemilik iaitu manusia. Lidah memang anggota berkuasa ketika di dunia, namun di akhirat nanti ia paling bisu, terpaksa mendengar dan melihat sahaja persaksian semua anggota tubuh lain mengemukakan fakta dan hujah berpandukan catatan dalam kitab amalan. Manusia berasa sangat takut memikirkan nasib diri. Syurga dan neraka sudah dapat dilihat nyata. Paling dibimbangi dosa melibatkan manusia lain. Khuatir sangat apabila pahala yang tidak seberapa berpindah ke timbangan orang yang dianiayai. Jika pahala tidak cukup, dosa orang dianiaya pula dipindahkan kepada diri. Akhirnya diri menjadi muflis dan berakhir di neraka.
Dosa dengan Allah dibersihkan dengan taubat nasuha, istighfar, bersujud dan amalan soleh. Allah memang Maha Pengampun. Tetapi permohonan maaf daripada manusia yang dianiayai mesti dilakukan semasa di dunia lagi. Kalau permohonan tidak diperkenankan, sekurang-kurangnya dosa diri telah terlepas. Yang lain itu serahkan sahaja kepada Allah.
Begitulah konsep ibadah dalam Islam, penyerahan diri hamba kepada Allah Yang Satu. Semua yang dilakukan dan ditinggalkan bertepatan dengan redha dan syariat-Nya. Beribadah mengikut ketentuan rukun Islam, berdoa kepada Allah sebelum melakukan sesuatu perkara untuk mendapatkan barakah dan perlindungan-Nya juga adalah ibadah, contoh berdoa sebelum dan selepas makan minum, sebelum tidur dan selepas bangun tidur, masuk dan keluar tandas, ke pasar dan sebagainya. Meninggikan syiar Islam menerusi pembacaan al-Quran, sedekah dan waqaf bagi membantu umat Islam lain, meninggalkan segala larangan seperti minum arak, judi, rasuah, menipu dan sebagainya, menghindari hasutan syaitan laknatullah, semua termasuk dalam rangkuman ibadah.
Ibadah dengan hati (khusyuk), lisan (puji-pujian untuk-Nya) dan dengan anggota tubuh (sujud, rukuk, berangkat ke masjid), ikhlas dilakukan LILLAHI TAALA, tiada perasaan hendak mempamer kepada apa-apa atau sesiapa. Amalan berlandaskan syariat mengikut tatatertibnya, dalam keadaan bersuci (berwuduk) dan menutup aurat. Bila semua ini dipenuhi barulah ibadah itu diterima Allah.
Orang mukmin tidak mengenal apa itu sakit jiwa kerana dia hidup dalam keadaan mampu menerima dan menyesuaikan diri dengan segala yang terjadi. Baik perkara yang menyenangkan mahupun yang menyusahkan.Hatinya selalu dalam keadaan tenteram dan berjiwa tenang. Dia melihat dengan cahaya batin yang bersinar, bahawa dunia ini hanyalah kampung ujian. Hanya tempat singgah, bukan tempat untuk menetap. Hanya bertamu sejenak dalam waktu yang terbatas. Keburukannya akan lenyap dan kebaikannya pun tidak kekal abadi. Yang sanggup dan mampu bersabar menghadapinya, dialah yang beruntung. Dan yang mampu bersyukur dialah yang menang !

Thursday, May 28, 2015

Down With Myanmar 969!!!

-----Down With Myanmar 969!!! -----
-----Down With Myanmar 969!!! -----
-----Down With Myanmar 969!!! -----
-----Down With Myanmar 969!!! -----
-----Down With Myanmar 969!!! -----
-----Down With Myanmar 969!!! -----
-----Down With Myanmar 969!!! -----
Pemerintah Junta, Aung San Suu Kyii dan Kumpulan 969 itu sama seperti Zionis, melakukan penghapusan etnik Rohingya dari bumi Arakan.

Wednesday, May 27, 2015

Durian Kimia Beracun

Bagi penggemar durian, anda dinasihatkan supaya berhati-hati ketika membeli raja buah itu. Baru-baru ini lapan orang lelaki Thai telah ditangkap oleh pihak polis negara berkenaan ketika mereka sedang leka merendam buah-buah durian dalam kimia beracun yang disediakan oleh syarikat kimia yang mengupah mereka. Tangkapan dibuat dalam dua buah stor buah-buahan syarikat kimia berkenaan yang terletak di Tien Giang, Vietnam. Buah-buah durian yang telah diproses adalah untuk dipasarkan di China dan negara-negara Asia Tenggara.

Diseksa Bak Binatang

PADANG BESAR 26 Mei - Dikurung dalam bangsal dibaluti kawat berduri yang tidak ubah seperti kandang binatang. Jika cuba lari, mereka akan disumbat dalam kandang berjeriji yang lebih kecil selepas ditangkap.Makanan juga hanya dua kali sehari itu pun amat terhad sekadar untuk meneruskan hidup sehingga ada yang mati tidak pasti sama ada diseksa, kebuluran atau sakit. Itulah layanan yang diterima warga asing dipercayai daripada Myanmar dan Bangladesh di kem penempatan di Bukit Wang Burma, Wang Kelian.
Kem tersebut telah beroperasi sejak 2013 dan dianggarkan boleh memuatkan seramai 300 orang pada satu-satu masa.Kawasan terletak hanya kira-kira 300 meter dari sempadan Thailand itu mempunyai bentuk muka bumi yang berbukit curam dan berbatu serta hutan sederhana tebal.Untuk sampai ke kawasan tersebut yang berkeluasan 100 meter persegi pula perlu mendaki selama dua jam setengah. Di situ terdapat dua buah bangsal besar dua tingkat diperbuat daripada kayu dibaluti dengan kawat berduri bagi mengelakkan warga asing meloloskan diri. Ada dua pos kawalan keselamatan di atasnya serta laluan seperti jambatan bagi membolehkan pengawal bersenjata api memerhatikan dari atas kumpulan warga asing terbabit.Berdasarkan maklumat, kumpulan warga asing terbabit perlu membayar wang sejumlah RM6,000 hingga RM7,000 seorang untuk be­kerja di negara ini. Bagaimanapun, mereka terlebih dahulu akan dikurung di bangsal tersebut sehingga keluarga di kampung halaman selesai menjelaskan bayaran penuh dan barulah dibawa oleh sindiket memasuki Malaysia.Kira-kira 10 minit perjalanan dari kem itu ada sebuah kawasan perkuburan berbukit yang digunakan untuk menanam mangsa yang mati.
Hasil pemeriksaan kira-kira 30 anggota forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM), terdapat 37 buah kubur mangsa-mangsa pemerdagangan manusia di situ.Kesemua kubur hanya digali ahli sindiket sedalam antara 0.3 hingga 0.9 meter sahaja kerana tanah yang keras menyebabkan binatang buas seperti babi hutan menggalinya.Ketika tinjauan dilakukan, ada satu tengkorak manusia dijumpai di atas tanah.Difahamkan, terdapat beberapa lagi kem sama di kawasan terbabit yang dipercayai masih baru beroperasi kira-kira enam bulan lalu tetapi terletak kira-kira dua jam perjalanan dari situ. [Sumber: Utusan Malaysia]

Khasiat Pokok Lelipan

Batang pokok berbentuk bulat dan bila dipatahkan akan mengeluarkan getah berwarna putih susu. Batangnya ditumbuk dijadikan salap untuk digunakan sebagai ubat sakit sendi dan sakit kepala. Getah ini beracun kalau termakan, hanya sesuai untuk kegunaan luaran sahaja. Getah yang keluar dari bahagian daun boleh digunakan untuk mengurangkan bengkak kerana patah tulang dan bisul serta menghalang luka berdarah. Dalam perubatan tradisionl getah yang diambil dari daunnya boleh disapukan pada bekas gigitan lipan untuk mengurangkan bisa dan bengkak. [Zawidatul Asma Zainuddin]

Baitul Makmur - Tempat Haji Malaikat

Jika manusia berhaji ke KAABAH yang ada DI ARAB SAUDI, maka malaikat berhaji ke BAITUL MAKMUR Makmur DI LANGIT KETUJUH.Ketika Nabi s.a.w. dimikrajkan ke langit tujuh, baginda dibawa ke Baitul Makmur, sebuah masjid yang letaknya selari dengan Kaabah. Seandainya Baitul Makmur itu jatuh nescaya ia menimpa Kaabah.Malaikat Jibril berkata pada baginda, “ Ini adalah Baitul Makmur. Setiap hari ada tujuh puluh ribu malaikat yang masuk ke dalamnya. Ketika mereka keluar, yang akhir dari mereka tidak pernah kembali lagi ke Baitul Makmur.” (HR. Muslim). [Sumber foto - Islampos]

Cara Menghalau Tikus

Penyakit kencing tikus ini adalah antara penyakit berbahaya kerana kebanyakan yang menghidapinya berisiko maut. Jagalah makanan, persekitaran dan akitiviti sekeluarga setiap hari.Sentiasa peka dengan keadaan sekeliling, dan pastikan kediaman bersih dan bebas tikus. 1.DAUN PANDAN memiliki wangian yang menyedapkan bau ruang kediaman dan mengelakkan kehadiran tikus. 2. Peliharalah KUCING di rumah yang merupakan musuh utama tikus! 3. Ambil dua atau tiga biji BUAH MENGKUDU. Potong menjadi beberapa bahagian. Letakkan dalam sebuah mangkuk di kawasan yang sering dilalui tikus. Bau buah mengkudu yang menyengat membuatkan tikus pergi dari rumah. 4. Sapukan minyak daun MINT (MenthaCodifolia) pada sehelai kain dan letakkan di tempat-tempat yang sering menjadi laluan tikus. 5. KAPUR BARUS (DryobalanopsAromatica) dihancurkan kasar-kasar dan taburkan di kawasan-kawasan yang menjadi ‘lubuk’ tikus. 7. Letakkan potongan kulit BUAH DURIAN udian, letakkan potongan kulit durian tersebut di tempat-tempat yang selalu dilalui oleh tikus.

Tuesday, May 26, 2015

Senyuman Morsi Yang Dihukum Mati

Dr Muhamed Morsi, mantan Presiden Mesir yang dipilih secara sah oleh rakyat melalui proses pilihanraya umum, mempunyai keperibadian yang dikagumi. Beliau rajin bersolat berjemaah di masjid, hafal Al-Qur’an, selalu bertahajjud dan sabar terhadap segala caci maki, menyokong perjuangan Palestin, Syria dan Myanmar.Beliau melepaskan Mesir dari kongkongan kuasa tentera dalam jangkamasa 40 hari, di mana Erdogan memerlukan bertahun-tahun untuk melakukannya.
Dr Morsi berjaya meningkatkan hasil gandum yang pada pemerintahan Mubarak hanya 20% menjadi melampaui 60%, sekali gus dapat menjimatkan belanja negara dan meningkatkan ekonomi petani. Terusan Suez dijadikan sebagai pasaran bebas dunia. Hasil pendapatan darinya meningkat dari hanya 5.6 bilion dolar kepada 100 bilion dolar setahun. Gaji PNS dan pesara dinaikkan lebih 200%, manakala harga-harga barang boleh dipertahankan tidak naik, sehingga PNS jadi lebih makmur. Kilang Samsung terbesar di Arab dibina di wilayah Bani Suwef, sehingga harga barang elektronik menjadi murah.Begitu juga kilang kereta,kilang senjata sendiri sehingga tidak perlu lagi mengimport senjata terpakai dari Amerika. Rakyat Mesir dapat menggunakan barangan elektronik bermutu dengan harga berpatutan bila kilang Innar (sejenis tablet / ipad) dibina. Rizab pertukaran asing Mesir mampu ditambah yang sebelumnya sudah di ambang kemuflisan. Tenaga nuklear dan tenaga matahari dijana sebagai tenaga alternatif, pelabur asing berjaya ditarik supaya melabur di Mesir, jalan darat antara Mesir dan Sudan dibuka kembali bagi meningkatkan kerjasama dalam bidang ekonomi kedua-dua negara.Peluang pekerjaan baru untuk 600 ribu lebih orang penganggur dibuka luas
Dr. Morsi juga berusaha mengembalikan harta yang dibawa lari ke luar negeri oleh Husni Mubarak dan kroni-kroninya, kehakiman sebenar ditegakkan dan penipuan cuba dihapuskan. Banyak lagi kebaikan Dr Mohamed Morsi yang membuatkan musuh politik Mesir, terutama Amerika dan Israel yang menjadi dalang utama, kepanasan. Kerana itulah Dr. Morsi digulingkan oleh penyokong Mubarak, liberal, sekular, komunis, dan Kristian Koptik serta puak Islam munafik.
Beberapa sumber berita antarabangsa menyatakan bahawa Recep Tayyib Erdogan, Presiden Turki berusaha menggunakan Arab Saudi sebagai orang tengah untuk membawa Presiden Morsi ke Turki.Hukuman bunuh kepada Morsi membawa huru-hara dan ketidakstabilan Mesir disebabkan orang ramai tidak berpuas hati dengan regim Gen Fattah As Sisi.

Monday, May 25, 2015

Jangan Dewakan Bola

Jangan Dewakan Bola.Makan bola, minum bola, tidur bola...Sebahagian manusia menjadikan hidupnya KERANA BOLA.Allah ta'ala berfirman: قل إن صلاتي ونسكي ومحياي ومماتي لله رب العالمين لا شريك له ---"Katakanlah (wahai Pesuruh Allah): Sesungguhnya solatku, hajiku, KEHIDUPANKU dan KEMATIANKU bagi ALLAH tuhan sekalian alam. TIADA SEKUTU bagiNya" (Al-An'am:162)
Tidak salah minat bola tapi...Jangan sampai jadikan bola segala-galanya sehingga berkasih dan bermusuh kerana bola. Sebaliknya jadikan ia sebagai wadah ke arah kebaikan dan ukhuwwah.Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam bersabda: من أحب لله وأبغض لله وأعطى لله ومنع لله فقد استكمل الإيمان "Sesiapa yang berkasih kerana Allah, membenci kerana Allah, memberi kerana Allah, tidak memberi kerana Allah, maka dia telah MENYEMPURNAKAN IMANNYA". (Sunan Abu Daud (4683)-Shahih). Kalah atau memang satu perlawanan, terimalah dengan tenang sebagai satu permainan. SEMPURNAKAN IMAN kamu dengan MENGASIHI ORANG yang BERIMAN dan BERLEPAS DIRI daripada ORANG KAFIR. [Ustaz Abu Anas Madani]

Penghapusan Etnik Muslim

PALESTINE: 120 pengganas Zionis menceroboh Jerusalem pada 19 April 1948, membunuh dan menghalau penduduk asal tanah itu, lantas membentuk negara haram Israel. Kini, Zionis telah menguasai hampir keseluruhan Tanah Palestine dan sedikit demi sedikit merampas tanah di Gaza dan Baitul Maqdis. BOSNIA: Pada 1995, Bosnia dikuasai oleh Army of Republika Srpska di bawah arahan General Ratko Mladic. Semasa Perang Bosnia, tentera ini melakukan penghapusan etnik Bosniak (Bosnia Muslim).KASHMIR: Seramai 3 Juta Kashmir Muslim telah dibunuh pada tahun 1947. Pada waktu itu, Kashmir diperintah oleh Maharaja yang bukan beragama Islam. MYANMAR: Golongan beragama Buddha membunuh dan menghalau etnik Muslim Rohingya atas dasar kebencian mereka terhadap agama Islam sejak mula memegang tampuk pemerintahan.
KESEMUA OEPRASI PENGHAPUSAN ETNIK INI MELIBATKAN GOLONGAN BERAGAMA ISLAM! KEBETULAN ATAU SEBUAH GERAKAN YANG TERSUSUN? ADAKAH UMAT ISLAM DI MALAYSIA SEDANG ATAU BAKAL MENGHADAPI MALAPETAKA YANG SAMA? [Persatuan Belia Islam Nasional]

Sunday, May 24, 2015

Sekejap Cuma

Di dalam al Quran, Allah banyak menjadikan alam ini sebagai analogi untuk hamba-hamba berfikir dan merenung kebesaran-Nya. Dari langit, Allah turunkan air yang menyuburkan pokok. Pokok mempunyai jangka hayat yang ditetapkan. Bila tiba masa, dedaun mula mengering lalu gugur dan akhirnya pokok pun mati. Begitulah cara Allah menyedarkan hamba-hamba bahawa kehidupan di dunia ini sekejap cuma. Bila hamba beriman melihat kejadian alam dan menyedari betapa singkatnya kehidupan, akan timbul rasa takut di dalam hatinya, dan lalu dia segera ingat kepada Allah S.W.T. yang sedang memerhatikan.
Sebagaimana Allah menurunkan air untuk menghidupkan tumbuhan, begitu jugalah Allah menurunkan al-Quran untuk menghidupkan hati-hati manusia supaya sentiasa mengingati Allah. Allah memberikan manusia akal untuk berfikir, analogi dan fitrah untuk hati, persiapan wahyu dan sebagainya bagi memandu kehidupan manusia supaya terarah kepada-Nya, dan tidak mudah tergoda oleh dunia. Dunia hanya sekadar alat, bukan matlamat. Buat yang terbaik di dunia demi meraih yang terbaik di akhirat. Sebagaimana pokok disuburkan dengan air hujan, Al-Quran dan As-Sunnah dijadikan penyubur hubungan dengan Allah melalui amalan solat, zakat, zikir, selawat, yang mencambahkan iman. Akar iman yang kukuh mampu menjaga insan daripada tergelincir ke lembah dosa.
Allah memang menantikan hati-hati yang sentiasa bekerja mencari Dia di setiap kesempatan. Seorang mukmin melembutkan dan menghidupkan hati yang merupakan raja di dalam dirinya dengan mengarahkan seluruh anggota tubuhnya melakukan kebaikan yang sentiasa dipertingkatkan. Kehidupannya cukup terancang dengan pengambilan makanan dan minuman hanya dari sumber yang halal lagi baik. Hak Pencipta dan hak sesama manusia dijaga rapi. Semuanya dilakukan supaya dia dapat kembali kepada Allah dengan penuh keredhaan-Nya.
Seorang Mukmin sedar sebagaimana pokok mati, dia juga akan merasai kematian. Maut datang tanpa terikat pada usia tua atau sakit. Yang muda dan sihat pun boleh meninggal dunia. Tugas khalifah yang dipikulnya di atas muka bumi ini menyebabkan mukmin itu mengurus diri, keluarga, organisasi tempat dia bekerja dan masyarakatnya sebaik mungkin kerana menyedari bahawa tempoh hidup ini sekejap cuma. Dia ingin kembali kepada Pencipta dengan keredhaan-Nya. Semoga kita semua istiqamah berbuat baik dan menyebarkan kebaikan ke seluruh alam.

Filem Disney Lawan Kudrat Dan Sunnatullah

Kakitangan pejabat teras di Disney kononnya tidak pernah mengizinkan anak-anak mereka menonton acara atau filem produksi mereka sendiri atas alasan filem-filem Disney itu banyak mengandungi hasutan. Dari kacamata lain, filem Disney juga mempunyai "kehebatan" yang hampir melawan kudrat dan sunnatullah alam maya ini.Walaupun tema melawan kudrat memang tidak mendominasi sepanjang cerita, namun kesannya ke atas anak-anak di dunia sangat besar.
LION KING adalah salah satu filem animasi garapan Disney yang mendapat nilai paling baik di kalangan para pengkritik. Pada 1994 filem ini juga mengaut untung yang besar. Tidak hairan berderet penghargaan diberikan kepada untuk filem Roger Aller dan Rob Minkoff ini yang menceritakan tentang perebutan kuasa antara singa di hutan Afrika, Scar dan Simba.Ketika Simba melarikan diri setelah kematian bapanya, singa jantan ini tidak lagi mahu makan daging, hanya buah dan daun-daunan. Kita semua pun tahu, singa bukan haiwan maun. Allah SWT menciptakan makanan utama singa ialah daging untuk menjaga ekosistem di muka bumi.
FINDING NEMO adalah filem keluaran 2003 arahan Andrew Stanton ini berjaya meraih penghargaan Anugerah Academy. Finding Nemo mengisahkan ikan kecil bernama Nemo yang melawan bapanya. Nemo yang keras kepala keluar dari lingkungannya, namun di dalam perjalanan ia sedar bahawa tempat terindah adalah bersama dengan mereka yang menyayangi.[Islampos]

Manfaatkan Tunggul Pokok

-----
-----

Saturday, May 23, 2015

Terima Kasih Erdogan dan Turki.

Perasan bercampur baur antara syukur, gembira, terharu, insaf dan juga malu apabila menerima berita saudara kita Rohingya yang terseksa di negara sendiri akhirnya mendapat pembelaan ekoran tindakan berani Erdogan, Presiden Turki mengarahkan armada perangnya mengutip semua pelarian Rohingya yang terdampar di perairan kita. Atas dasar persaudaraan dan kemanusiaan, Erdogan juga menghulurkan bantuan segera 1 juta Dolar kepada badan penyelamat antarabangsa untuk pelarian Rohingya.
Telah sekian lama kalangan negara Islam mempamerkan sifat tidak peduli ke atas pembunuhan dan penindasan terhadap umat Islam lain. Lebih menyedihkan lagi melihat umat Islam sendiri bercakaran dan berbunuhan sesama sendiri. Kita ‘terlalu berkira-kira’ dalam usaha memberikan pertolongan dan perlindungan. Sudahlah berita kesengsaraan dan penindasan terhadap mereka kurang mendapat perhatian dunia, malah kita juga sukar untuk menghulur bantuan. Mereka yang berjaya mengharungi lautan lari dari penindasan dan telah pun berada di perairan negara ini tidak pula kita bantu 'dengan segera.'Semakin lama kita 'termenung berkira-kira' semakin ramai yang terkorban dan sengsara di tengah lautan.
Emine Erdogan, Wanita Pertama Turki melawat Myanmar bersama-sama Menteri Luar dan Pasukan Palang Merah Turki. Beliau yang berketrampilan sangat sederhana banyak menitiskan air mata melihat nasib etnik Rohingya. Turut beliau dan menteri luar kunjungi ialah warga Myanmar beragama Buddha. Dengan ini mereka menzahirkan misi kemanusiaan dan kedamaian sejagat yang adil, murni dan saksama. Sekurang-kurangnya tindakan itu memberikan tekanan diplomatik kepada kerajaan dan rakyat Buddha di Myanmar supaya sekurang-kurangnya berasa malu kerana 'dunia Islam sedang memerhati’ tindak-tanduk mereka. Sejak dahulu lagi pasangan Emine dan Erdogan banyak membuat lawatan dan menghulurkan bantuan kemanusiaan di kem-kem pelarian negara-negara bergolak seperti Somalia, Syria, Palestine dan sebagainya. Itu ciri keprihatinan yang harus dicontohi.
Satu kelemahan yang paling ketara ialah kita agak lembab dalam urusan kemanusiaan. Kita seharusnya meletak ke tepi dahulu segala sentimen agama, bangsa dan fahaman politik apabila berhadapan dengan isu ini. Dalam tragedi Tsunami di Aceh 26 Disember 2004 dahulu, hanya 3 hari selepas tragedi, dikhabarkan sudah ada kapal asing yang 'singgah' dan membawa keluar 'secara senyap-senyap' ribuan anak-anak warga Acheh atas dasar kemanusiaan masyarakat antarabangsa. Sedangkan masa itu kerajaan Indonesia baru mahu menubuhkan jawatankuasa bencana. Atas dasar itu jugalah hari ini Acheh begitu bermurah hati menghulurkan bantuan. Padahal mereka sendiri bukan dalam kecukupan dalam serba serbi. Semuanya atas dasar pelajaran yang mereka ambil dari pengalaman sendiri yang pernah terseksa dalam menerima bantuan antarabangsa.
Mengapa etnik Rohingya bersikap pengotor dan kolot? Sebenarnya mereka sudah hidup dalam keadaan kekurangan serba serbi sejak 50 tahun dahulu. Jika mereka berada di tanah air kita, sikap ini mungkin boleh dibentuk menggunakan pendekatan pendidikan dan penguatkuasaan. Dengan itu mereka boleh sama-sama memainkan peranan membangunkan negara, kebetulan pula kita memang kekurangan tenaga kerja. Paling utama ialah pendekatan pendidikan sama ada melalui sekolah, media, dan sebagainya untuk mengingatkan semula asal usul mereka secara berterusan agar mereka tidak mudah lupa diri. Apapun, mereka ini lari ke mari kerana teraniaya. Kita bantu mereka atas dasar persaudaraan seagama dan atas simpati sesama manusia. Apapun elok juga kita ambil langkah berhati-hati supaya mereka tidak melampaui tali persaudaraan yang dihulurkan sehingga menggigit tangan yang memberi bantuan.
Bayangkan setinggi mana kesyukuran dan suntikan semangat umat Rohingya di Myanmar apabila menerima lawatan pemimpin dunia Islam. Sekurang-kurangnya mereka nampak sinar harapan. Tidaklah mereka berputus asa kerana tidak dipedulikan oleh saudara seagama dan masyarakat dunia. Sesungguhnya doa dari golongan yang dizalimi ini amat mustajab sekali. Janganlah takut rugi dengan sedikit belanja dan pengorbanan kita, khususnya terhadap anak-anak yatim yang berjaya sampai ke negara kita. InsyaAllah, jika kita lakukan kerana Allah, nanti akan Allah ganti melalui cara lain. Jika tidak di dunia, In sya Allah di akhirat sana. Sesungguhnya ganjaran paling besar dari Allah dan umat manusia ialah apabila kita membantu saudara kita yang dalam kesusahan. [Adaptasi dari tulisan Warga Prihatin]

Thursday, May 21, 2015

Kentang Rebus Ditabur Garam

Sepasang suami isteri kaya-raya pergi ke sebuah restoran mewah untuk merayakan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-50. Kerana suatu urusan, mereka terlewat sampai ke restoran itu.Seorang pelayan datang menjelaskan dalam keadaaan serba salah, “Maaf tuan, kami sudah hendak tutup. Semua makanan sudah habis, kecuali ... Sebenarnya, kami hanya boleh sediakan satu menu masakan saja untuk tuan iaitu kentang rebus ditabur garam.” “Apa? Restoran sebesar ini hanya itu yang berbaki?” Si suami hampir berdiri dan mengajak isterinya pergi dari situ, tetapi ditahan oleh si isteri. Si suami kehairanan ketika isterinya memberi isyarat bahawa dia ingin memesan menu itu.
Ketika hidangan itu sudah ada di atas meja dan pelayan sudah pergi meninggalkan mereka, si suami melihat hidangan dengan keadaan hilang selera sambil berasa sangat bersalah kerana kejadian itu. Mereka hendak merayakan ulang tahun perkahwinan ke-50 secara sederhana, tanpa pesta dan hingar-bingar, tetapi kesederhanaan ini benar-benar keterlaluan. Dia melirik si isteri dan melihat air matanya mulai mengalir. Dia jadi sedih dan matanya turut tegenang air mata. Dipegang tangan isterinya dengan lembut.“Maafkan abang. Tak sangka begini jadinya. Macam mana kalau kita cari restoran lain saja?”
Isterinya menggeleng. Dia menatap suaminya dan tersenyum.“Sayang, inilah hidangan terbaik untuk ulang tahun pernikahan kita. Lima puluh tahun lalu kita mula rumah tangga kita dalam keadaan susah dan sederhana. Pendapatan kita benar-benar seadanya. Lalu kita bekerja keras, menabung, dan hidup berhemat. Masa tu kita hanya makan kentang rebus yang ditabur garam untuk berjimat. Setelah beberapa tahun, keadaan mulai berubah dan Allah memberi rezeki yang banyak, sehingga kita menjadi kaya-raya. Kini kita sudah kaya dan selama puluhan tahun terakhir tak pernah lagi melihat atau menyentuh kentang rebus yang ditabur garam, sampailah pelayan itu menghidangkannya di hadapan kita ini.”
Si suami tersentak dan menatap hidangan di depannya dengan penuh rasa takjub. “Betul tu. Inilah hidangan terbaik kita. Ini simbol kejayaan dan kerja keras kita,” kata si suami mulai menitiskan air mata.