Sunday, June 30, 2013

Takut Sniper Atau Allah?

serenemaklong.blogspot.com



(Apabila singa Allah bertemu singa Allah yang lain dan mereka bersatu,terpancar kesucian pada muka mereka untuk gugur syahid ketika di medan perang. Allahuakbar!)

1 RAMADAN 1434, hari pertama umat Islam berpuasa. Ketika bersahur tadi tiba-tiba teringat kepada saudara-saudara di Syria.

Bagaimanakah keadaan mereka berpuasa ketika berdepan dengan segala kekurangan, kepayahan dan kebimbangan sekarang? Mereka yang mempunyai anak-anak tentu berasa amat sulit. Ditambah pula  ahli keluarga yang sakit dan cedera bahana serangan bersenjata.


Dalam saat-saat begini kita memang dahagakan berita sebenar dari medan perang, yang dilaporkan oleh pihak dipercayai, bukan media asing yang berkepentingan, dan dipetik pula oleh media tempatan yang beranggapan segala yang datang dari Barat itu benar, padahal kebanyakannya adalah fitnah.      


IKUT pengalaman jurufoto Malaysia Life Line for Syria,Saudara Syahid yang mengikuti misi kedua ke Syria baru-baru ini. Pautan FB beliau: http://www.facebook.com/oblind?fref=ts



ALEPPO memang dihantui sniper regim Basyar yang tidak berperikemanusiaan. Ada sahaja kelibat yang kelihatan dalam jarak sasaran semuanya dibunuh. Sniper itu dipercayai bersembunyi di atas bangunan tertinggi di Aleppo. Jadi kawasan sasaran mereka adalah sejauh mata memandang. Untuk mengelak dan mengurangkan jumlah kematian, benteng pasir didirikan.

Semasa berada di Old City of Aleppo, kawasan zon panas dan sangat berhampiran dengan zero-point (titik pertempuran antara FSA dan pihak regim), bunyi bedilan dan tembakan kedengaran setiap masa. 

Oleh kerana keberadaan sniper yang membahayakan nyawa, banyak lorong-lorong alternatif dihasilkan dengan menebuk dinding-dinding prasejarah di sana. Juga di beberapa tahap, kami terpaksa merentasi lorong pejalan kaki yang sangat terdedah di mana telah didirikan benteng pasir.

"Tour guide" kami ketika itu adalah seorang hafiz dan pengasas sebuah sekolah tahfiz iaitu Sheikh Muadz. Kami ketika itu berada dalam keadaan sangat berjaga-jaga dan cemas. Beliau pula lebih banyak tersenyum dan bergurau. Mungkin untuk meredakan perasaan kami.

Satu ketika Sheikh Muadz mengarahkan saya untuk shoot bangunan yang dipercayai tempat sniper tersebut. Melihatkan saya yang agak cemas, beliau bisikkan sesuatu dalam bahasa Arab, yang saya dapat tangkap maksudnya,"Siapa yang kamu takutkan? Sniper tersebut atau Allah?"

Dush!

Ketika ini memang saya terasa lebih rela di"snipe". Terasa kerdil diri dan malu sangat. It just a simple question but really make a big impact to me. Dan di masa yang sama saya sangat bersyukur dihadiahkan Allah "moment" tersebut untuk dikongsikan.


"Siapa yang kamu takutkan? Sniper tersebut atau Allah?"

Ketika dalam keadaan peperangan seperti ini, memang lumrah manusia berada dalam keadaan cemas. Takut nyawa bakal melayang bila-bila masa. Masa ini kita mengingati dosa-dosa silam, merindukan orang-orang yang ditinggalkan, apa yang akan terjadi jika kita sudah tiada, hutang yang ditinggalkan, insan yang kita belum memohon maaf kepadanya.

"Siapa yang kamu takutkan? Sniper tersebut atau Allah?"

Dush! Dush!

Bawa diri kita kembali ke masa kita berada dalam keadaan tenang. Tiada kesulitan, tiada kesusahan. Apa yang kita fikirkan? Pernahkah terlintas di fikiran ketika itu yang nyawa kita bakal direntap pada bila-bila masa?

Yang terfikir ialah untuk melakukan maksiat dengan harapan "lepas ni aku taubat balik", hanyut dalam kejahilan, selesa berada di dalamnya, merasakan akan ada "masa bonus" yang diberikan  sebelum nyawa dicabut. 

"Siapa yang kamu takutkan? Sniper tersebut atau Allah?"

Dush! Dush! Dush!

Ramai di antara kita mengaku Allah Maha Melihat apa yang kita lakukan. Tetapi berapa ramai yang mengaku ini benar-benar "merasa" Allah sedang melihat perbuatannya? Berapa ramai yang berasa takut kepada Allah melebihi segala-galanya?

Jadi "Siapa yang kamu takutkan? Sniper tersebut atau Allah?"

حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ

"Cukuplah Allah untuk (menolong) kami, dan Dia sebaik-baik pengurus (yang terserah kepadaNya segala urusan kami)" - Surah Ali Imran, 3:173

Syahid Öblind Rosley
010613
Aleepo, Syria


########################

Hujung Ramadan ini Malaysia Life Line for Syria akan sekali lagi membawa bantuan kemanusiaan kepada pelarian Syria. Hulurkan tangan anda, ringankan beban mereka. Salurkan sumbangan anda ke / Help in abundance, maximize your contributions:

NAMA : GABUNGAN SALAM SYRIA
DI MALAYSIA : MAYBANK: 5622-1820-7666
SWIFT CODE : MBBEMYKL
EMAIL: malaysia4syria@gmail.com
Tel no: 03 -4141 6732 / +6013-222 6057
Paypal: msia4syria@gmail.com

 

Saturday, June 29, 2013

Dunia - Bukalah Matamu

serenemaklong.blogspot.com



SETIAP kali melihat foto atau membaca kisah kekejaman yang berlangsung di Syria, kita yang berhati lembut, berhati perut akan terasa pilu, tangkai jantung bagai direnggut. Kita panjatkan doa kepada Allah Yang Maha Berkuasa supaya penderitaan saudara-saudara kita itu segera berakhir.  

Berikut ini saya ingin berkongsi sepucuk surat yang telah berjaya diseludup keluar dari Baad Assad Syria, menceritakan tentang rintihan wanita Sunni yang dipenjarakan di Syria. Kisah ini saya copy paste dari posting sahabat FB saya Jebat Working
 
{Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Kami telah menulis berpucuk-pucuk surat dengan air mata dan rintihan hati tetapi malangnya tidak satu pun sampai kepada umat Islam di luar pintu besi ini. Kami tidak dibenarkan menulis atau membaca. Kertas dan pen diharamkan. Penderitaan kami tidak dapat menembusi dinding-dinding hitam yang mengurung kami. Tetapi kami yakin bahawa In sya Allah surat ini akan sampai kepada umat Islam seluruh dunia.

Dalam surat ini kami ingin ceritakan penderitaan dan kezaliman yang dilakukan oleh binatang-binatang pemabuk yang diguna oleh kerajaan Syria ke atas kami dalam penjara jahanam ini. Kalaulah setakat pukulan dan kejutan elektrik kami dapat bersabar menahannya, tetapi penderitaan kami di sini lebih daripada itu.

Dapatkah kami terus bersabar menahan hati apabila terdapat antara kami dirogol tanpa belas kasihan sehingga menghembuskan nafas terakhir. Kami berharap kami tidak dilahirkan di bumi ini. Dari hati kami yang terseksa kami memohon agar semua umat Islam berusaha  menyelamatkan nyawa dan maruah kami.

Kalau dahulu, apabila seorang Muslimat meminta pertolongan daripada khalifah al-Mu'tasim kerana dizalimi, seluruh bala tentera Islam dikerahkan untuk menyelamatkan tetapi di dalam penjara ini, beribu-ribu Muslimat diseksa, dibunuh dan dibunuh oleh binatang  tidak berperikemanusiaan.

Ramai antara kami yang mengandung akibat perbuatan mereka. Kami tidak meminta kami ini tidak dibebaskan. Kami hanya berharap agar penjara ini diletupkan bersama-sama dengan kami di dalamnya.

Apakah kesalahan Muslimat ini sehingga dirogol dengan ganas dan ditelanjangi, dipukul dan dikenakan kejutan elektrik. Ada yang dalam keadaan separuh mati akibat dirogol tanpa belas kasihan oleh 26 orang tukang seksa. Apakah kesalahan mereka? Suami mereka dibunuh di hadapan mata mereka sendiri.

Wahai umat Islam seluruh dunia, cukuplah tidurmu, takutlah di waktu kamu semua akan disoal di hadapan Allah di akhirat nanti tentang apa yang kamu lakukan apabila mengetahui kezaliman dan jenayah yang dilakukan atas kami. Apakah jawapan kamu semua wahai umat Islam seluruh dunia? Apakah kami akan terus berharap supaya kamu menyelamatkan kami dari neraka tidak bersempadan ini? Adakah cahaya murni akan menerangi hati kami yang terseksa ini?

BANGUNLAH WAHAI UMAT ISLAM SELURUH DUNIA !!

Daripada, 

Muslimat yang menjadi mangsa thoghut nasionalis Syria. 

###############################################

Malaysia Life Line For Syria, NGO yang menyampaikan bantuan kemanusiaan ke Syria memohon rakyat Malaysia menyalurkan infak kepada:

NAMA : GABUNGAN SALAM SYRIA
DI MALAYSIA : MAYBANK: 5622-1820-7666
SWIFT CODE : MBBEMYKL
EMAIL: malaysia4syria@gmail.com
Tel no: 03 -4141 6732 / +6013-222 6057
Paypal: msia4syria@gmail.com


Friday, June 28, 2013

Star Fruit

serenemaklong.blogspot.com






THE star fruit, also known as carambola, is a juicy tropical fruit that is grown throughout Southeast Asia. Star fruits are green when unripe and the fruit varies from pale yellow to deep amber when ripe.

It has four to six strongly pointed ridges that run from top to bottom, and the soft ­flesh is encased in a thin waxy, translucent skin (which is eaten together with the ­flesh).

When the fruit is cut crosswise each slice is shaped like a star, hence its name.

The fruit, which is mostly consumed fresh or as juice, is rich in vitamins A and C and it also has iron, and high ‑fibre content. The taste varies from sour to sweet, one way of distinguishing the sour variety from the sweeter ones is that the former has narrower ribs, while the latter have thicker, ­fleshy ones.

Unripe star fruit is preserved in many parts of Southeast Asia and used as a traditional remedy.

Nutritional value per 137g:

• Vitamin C 29mg
• Carbohydrate: 10.7g
• Fibre: 3.7g
• Calories: 45
• Protein: 0.74g
• Fat: 0.48g

Health bene­fits:

• Star fruit may lower cholesterol levels and add bulk and moisture to faeces.
• A decoction of leaves and roots (prepared separately or in combination) can help cure headaches, ringworm, and chickenpox.
• The fruit is known to cure hangovers and prickly heat. You can use the pickled fruit for a hangover; just take one piece of the pickled fruit, steam in water and serve.
• The fruit has also been used to treat sore eyes.
• The star fruit is given to nursing mothers as it is commonly believed to stimulate the ­flow of milk.
• For sunstroke, a piece of the sweet variety is recommended.
• For nausea and indigestion eat half a piece of the fruit and repeat after three hours.
• Its high vitamin C content can help ward o winter colds and ­flu.
• It is recommended as diet fruit because of its high ‑fibre and low calorie content.
• Star fruit is also full of antioxidants and flavonoids.

Buying tip:
Look for shiny yellow star fruit that are without bruises and are not too soft. Ripe starfruit should be used as soon as 

Maafkan Kami

serenemaklong.blogspot.com




SUATU hari di Edinburgh Central Mosque:

Sebaik sahaja imam dan para makmum yang termasuk Amin Mustafa selesai mengerjakan solat maghrib, dua orang lelaki Scottish dan  seorang Muslim berlari masuk ke dalam masjid. Lalu berlaku kekecohan sementara.

Kesnya kecil sahaja. Dua lelaki Scottish yang bertatu naik berang bila seorang lelaki Muslim terlanggar bahu. Mereka berdua mengejar lelaki Muslim tersebut sampai ke dalam masjid.

Akibatnya polis terpaksa dipanggil. Tetapi polis hanya tiba  20-30 minit kemudian. Ketika menunggu polis, keadaan agak huru-hara juga. Akhirnya polis tiba dan memberkas ketiga-tiga penceroboh.

Sehari kemudian:

Pihak polis tempatan menghantar seorang wakil berpangkat Chief Inspector (bukan calang-calang orang yang dihantarnya) untuk datang ke masjid.

Ramai yang berasa khuatir akan timbul sesi soal jawab. Rupa-rupanya sangkaan itu meleset.

Chief Inspector itu mendekati Amin Mustafa dan berkata,
"I come here today to apologize about the unquick respond on yesterday's incident. It was an unacceptable action by us, and it should never happen again. We were late for about 20 minutes. It shouldn’t happen."( Saya ke mari untuk memohon maaf kerana lambat respons dengan kejadian semalam. Tindakan kami itu tidak boleh diterima dan ia takkan berulang. Kami lewat 20 minit. Ini tak sepatutnya berlaku.)


Moral cerita:

Mana-mana perkhidmatan kerajaan atau swasta yang melibatkan orang ramai harus bertindak pantas dan cekap dalam menangani apa juga situasi.

Jika berlaku kesilapan atau kelewatan, sebaik-baiknya segera bertemu dengan pihak berkenaan dan memohon maaf. Ini dapat memulihkan perasaan pihak yang terbabit. Yang memohon maaf juga akan dipandang tinggi kerana kesanggupan berbuat demikian.

Semoga semua penjawat awam dan kakitangan swasta  bersikap profesional dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan.


  

Ketika Tumbuhan Bertasbih

serenemaklong.blogspot.com





SEBUAH majalah sains terkenal, Journal of Plant Molecular Biologies, menyatakan sekumpulan ilmuwan pengkaji tumbuhan telah berusaha mendapatkan suara halus yang keluar dari sebahagian tumbuhan tetapi tidak boleh didengar oleh telinga biasa.

Hampir 3 tahun meneliti, mereka berhasil menganalisis denyutan  suara tersebut sehingga menjadi isyarat yang bersifat cahaya elektrik dengan sebuah alat canggih dinamakan Oscilloscope. Akhirnya para ilmuwan tersebut dapat menyaksikan denyutan cahaya elektrik itu berulang lebih dari 1000 kali dalam satu saat!!!

Prof. William Brown yang mengetuai kumpulan pakar sains tersebut  tidak menemui tafsiran ilmiah mengenainya. Beliau lantas menyerahkan hasil penelitian itu kepada universiti serta pusat kajian di Amerika juga Eropah, namun  semuanya tidak mampu menafsirkannya.

Kemudian Prof. William Brown menyerahkannya pula kepada para pengkaji di Britain. Di antara mereka itu ada seorang ilmuwan Muslim berasal dari India. Setelah 5 hari mengkaji dan meneliti, para saintis bangsa Inggeris mengaku gagal.

Tetapi ilmuwan muslim tersebut berkata, “Kami umat Islam sudah menafsir fenomena ini sejak 1,400 tahun yang lalu!”

Ilmuwan Inggeris yang hadir tersentak dengan kenyataannya dan meminta dia menunjukkan tafsir dan makna kejadian itu.Ilmuwan Muslim menyebut firman Allah Subhanahu wa Ta’ala: “…dan tidak ada suatupun melainkan bertasbih dengan memuji-Nya, tetapi kamu sekalian tidak mengerti tasbih mereka. Sesungguhnya dia adalah Maha Penyantun lagi Maha Pengampun.” (QS. Al-Isra`: 44)

Mereka semua kehairanan apabila ilmuan Muslim menyatakan apa  yang mereka lihat pada skrin di hadapan mereka itu sebenarnya merupakan suara denyutan halus lafaz jalalah (nama Allah Subhanahu wa Ta’ala).

Subhanallah, Maha Suci Allah! Ini hanya salah satu mukjizat daripada sebegitu banyak mukjizat agama yang haq ini! Segala sesuatu bertasbih mengagungkan nama Allah Subhanahu wa Ta’ala.
Akhirnya Prof. William Brown pergi menemui ilmuwan Muslim tersebut untuk membincangkan fenomena itu dan tentang agama yang dibawa oleh seorang Nabi yang ummi (buta huruf) sebelum 1,400 tahun lalu. Selepas penerangan yang panjang lebar, ilmuan Muslim itu menghadiahkannya sebuah al-Qur`an dengan terjemahannya.

Selang beberapa hari selepas itu, Prof. William Brown mengadakan ceramah di Universiti Carnich, Miloun. Beliau mengatakan, “Selama 30 tahun bergiat dalam bidang ini, belum pernah saya melihat fenomena sedemikian rupa. Tiada siapapun dapat menafsirkan kejadian alam ini. Satu-satunya tafsir yang ada hanya boleh ditemui dalam Al-Qur`an. Hal ini tidak memberikan pilihan lain buat saya  selain mengucapkan syahadatain: “Saya bersaksi bahawa tidak ada sembahan yang haq melainkan Allah Subhanahu wa Ta’ala, dan bahawa Muhammad adalah hamba dan utusannya!”

Bila tumbuhan bertasbih, seorang ilmuwan tersedar daripada kelalaiannya lalu menyedari bahawa agama yang haq adalah Islam!


(KisahMuallaf.com)

Tuesday, June 25, 2013

Selamat Lantaran Sedekah

serenemaklong.blogspot.com




HARI itu hari Ahad. Usai solat subuh, Said menyiapkan barang-barang yang bakal dibawa untuk keluar berekreasi seperti kebiasaannya pada setiap hujung minggu. Barang-barang itu hendak dibawa turun dari pangsapurinya di tingkat 12 ke keretanya yang sudah diparkir berdekatan dengan pintu masuk utama sejak malam tadi.

Di blok pangsapuri bersebelahan, rakannya, Ahmad turut membuat persediaan untuk pergi bersama-sama Said ke tempat yang telah mereka persetujui. Sejurus kemudian Ahmad menelefon Said.

“Assalamualaikum, kau dah siapkah? Ingat, ya, kali ini kita pergi dengan kereta masing-masing. Dah kerap benar aku menumpang kereta kau.”

Pagi itu kedua-duanya memandu kereta secara beriringan dengan kadar kelajuan yang sama. Hari masih awal, tidak banyak kenderaan berada di atas jalan raya. Maklum saja, hujung minggu. Seronok sekali memandu dalam keadaan tanpa kesesakan lalulintas seperti hari-hari bekerja.

Di suatu tempat mereka berdua terlihat seorang lelaki tua miskin yang meminta belas kasihan kepada setiap pengguna jalan raya. Said memberhentikan keretanya bersebelahan dengan lelaki tua itu dan menghulurkan beberapa ringgit kepadanya, berbeza dengan Ahmad yang hanya berlalu pergi begitu sahaja.

Disebabkan lelaki tua tadi, Said masuk ke lebuh raya agak terlewat sedikit. Setibanya di suatu selekoh dia melihat beberapa buah kereta berhenti di tepi jalan. Said  memperlahankan kereta sambil memanjangkan leher untuk melihat apa yang berlaku.

Dia sudah mengagak bahawa itu tentunya satu kemalangan. Yang membuat dia terkejut besar ialah kereta yang terbabit itu ialah kereta Ahmad. Dia tidak faham bagaimana kereta Ahmad boleh terjatuh ke gaung. Dia menangis sambil menghubungi pihak berwajib.

Dia teringat bahawa jika dia tidak berhenti dan bersedekah kepada lelaki tua tadi mungkin dia yang mengekori Ahmad turut terlibat dalam kemalangan tersebut.

Benarlah seperti sabda Rasulullah saw: Perbuatan baik dapat menghindar kematian yang buruk (HR Tabrani).  

Sesungguhnya sedekah mampu memadam kemurkaan Allah swt dan mampu menolak dari kematian yang buruk (HR Tirmizi). 

Sunday, June 23, 2013

Cara Minum Madu

serenemaklong.blogspot.com

Berikut ialah beberapa kaedah meminum madu untuk tujuan kesihatan sebagaimana yang diamalkan oleh sebahagian orang tua-tua. Sebaik-baiknya gunakan sudu plastik, bukannya sudu besi. Bacalah apa-apa kalimah yang sesuai seperti basmalah, selawat dan lain-lain sebelum meminumnya.


Jika Badan Panas

1. Masukkan madu ke dalam gelas.
2. Masukkan air kemudiannya.
3. Kacau mengikut arah jam.

Air yang dimasukkan kemudian dipercayai dapat “menyejukkan” madu. Kacauan mengikut arah pusingan jam juga dipercayai dapat “menyejukkan” madu. Di alam ini, secara umumnya fitrah sesuatu perkara ialah mengikut arah lawan jam iaitu mengikut arah pusingan tawaf di Baitullah. Oleh kerana fitrah madu bersifat panas, maka ia “disejukkan” dengan mengacau mengikut arah lawan jam.
Madu yang “sejuk” ini sesuai untuk badan kita yang panas. Jika panas bertemu panas, dikhuatiri memberi kesan tidak selesa ataupun tidak serasi.

Jika Badan Sejuk

1. Masukkan air ke dalam gelas.
2. Kemudian masukkan madu.
3. Kacau mengikut arah lawan jam (arah tawaf).

Madu yang dimasukkan kemudian dipercayai dapat mengekalkan “panasnya” kerana ia tidak “disejukkan” (disiram) oleh air. Pusingan mengikut arah tawaf juga mengekalkan fitrah madu iaitu bersifat “panas”. Ramuan begini dipercayai dapat memanaskan badan yang sejuk.

Kalau sejuk bertemu sejuk, dikhuatiri kurang memberi manafaat.

Untuk Minuman Biasa (Badan Tidak Panas Tidak Sejuk)

1. Masukkan madu.
2. Masukkan air (madu akan “disejukkan” oleh air)
3. Kacau mengikut arah tawaf (kepanasannya dikembalikan)

Hasilnya, akan diperolehi hidangan minuman madu yang sesuai, tidak “panas” dan tidak “sejuk”.

Sandaran:
Petua orang tua-tua.

Wallahualam.


Berbekam Halau Hantu

serenemaklong.blogspot.com 





 
ADAKAH pembekaman mampu mengeluarkan jin, saka dan lain-lain entiti halus yang terdapat dalam badan? 

Baru-baru ini seorang tukang bekam dari Pusat Terapi Bekam Sunnah Al-Hajari telah terjumpa satu kes sedemikian.  Apabila pelanggan dibekam pada bahagian berhampiran celah-celah jari, beliau menjerit-jerit kesakitan. Jeritan itu ada bermacam-macam bentuk - suara budak, suara wanita dan juga suara lelaki. Apabila diselidiki, rupa-rupanya beliau memang sering mengalami "gangguan". 

Apa pula kaitan pembekaman dengan makhluk halus? Tempat utama mereka ini bermastautin dalam badan kita ialah pada darah yang kotor. Oleh itu bila darah kotor dikeluarkan, maka "kondo" mereka pun dikacau dan dirobohkan.

Apapun, hanya Allah yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu.



( Foto oleh Pusat Terapi Bekam Sunnah Al-Hajari

Saturday, June 22, 2013

Elak Perut Buncit

serenemaklong.blogspot.com





PETUA Mengelakkan Perut Buncit

1. Makan Dengan Perlahan - Semasa makan, elakkan daripada berdiri dan cuba kunyah dengan perlahan kerana makanan yang tidak dapat dihadam akan menimbulkan banyak gas.

2. Jangan Minum Teh - Daun teh boleh mengakibatkan protein daripada makanan anda mengeras dan sukar dicerna.

3. Kurangkan Pengambilan Garam - Terlalu banyak garam hanya menambahkan lagi natrium dalam badan dan melambatkan air keluar dari sel. Akibatnya perut akan terasa penuh dan buncit.

4. Jangan Tidur Selepas Makan - Makanan yang baru diambil pasti tidak dapat dicerna dengan baik dan boleh menyebabkan jangkitan kepada usus sekiranya anda terus tertidur atau terasa mahu tidur.

5. Jangan Mandi - Mandi selepas makan hanya akan mengurangkan kadar pengaliran darah ke kawasan perut. Ini akan melemahkan sistem pencernaan. Kalau boleh, sebelum makan, mandi dahulu.


Tunggulah Azabmu Di Neraka

serenemaklong.blogspot.com



ASTAGFIRULLAH 

Sedih rasanya melihat gambar ini, mungkin mereka suka menyakiti dan menguliti kucing, tetapi mereka tidak tahu bahawa ada seorang wanita yang masuk neraka hanya kerana menyakiti kucing.

Seseorang yang beribadah kepada Allah dengan menyendiri dan kelihatan khusyuk tidak akan membawa manfaat jika dia masih menyakiti kerabatnya, bersikap tidak baik kepada makhluk Allah yang lemah, meskipun terhadap makhluk yang tidak berakal.

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, bersabda:

دَخَلَتِ امْرَأَةٌ النَّارَ فِي هِرَّةٍ رَبَطَتْهَا فَلاَ هِيَ أَطْعَمَتْهَا وَلاَ هِيَ أَرْسَلَتْهَا تَأْكُلُ مِنْ خَشَاشِ اْلأَرْضِ حَتَّى مَاتَتْ هَزْلاً

“Seorang wanita masuk Neraka kerana seekor kucing yang diikatnya. Dia tidak memberinya makan dan tidak membiarkannya makan serangga bumi, sehingga mati kelaparan.” (Muttafaq 'Alaih)

Inilah kisah wanita Himyariyah Israiliyah yang mengurung seekor kucing, tidak memberinya makan dan minum sehingga kucing itu mati.

Ini menunjukkan kejamnya tabiat wanita itu, betapa buruk akhlaknya, dan tiada belas kasihan di hatinya. Dia sengaja menyakiti. Jika di hatinya terdapat belas kasih, nescaya dia melepaskan kucing itu.

Dikurung sepanjang siang dan malam, ia rasa haus dan lapar, dengan suara yang pilu meminta pertolongan. Suara dengan ciri tersendiri yang dikenal oleh orang-orang yang mengenal suara. Tetapi, hati wanita ini membatu, tidak terketuk oleh suara pilu kucing itu. Dia tidak menghiraukannya. Suara itu melemah, lalu terus menghilang. Kucing itu mati.

Ia mengadu kepada Tuhannya tentang kezaliman manusia yang hatinya keras membatu. Perbuatan ini telah menyebabkan wanita itu dihantar ke Neraka.

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam melihat kucing itu memburu wanita yang menahannya di Neraka. Bekas-bekas cakaran terguris di wajah dan tubuhnya. Baginda  melihat itu ketika Syurga dan Neraka diperlihatkan kepadanya semasa sedang solat gerhana.

Allah memasukkan wanita tersebut ke dalam neraka kerana telah menzalimi makhlukNya dan tidak melaksanakan perintahNya supaya berbuat baik kepada makhluk lain.

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

إنَّ الله كَتَبَ الإحسّانَ على كُلِّ شيءٍ، فإذَا قَتَلْتُم فَأَحْسِنُوا القِتْلَة ، وإذا ذَبَحْتُم فَأَحْسِنُوا الذِّبْحَةَ ، وليُحِدَّ أحدُكُمْ شَفْرَتَهُ ، ولْيُرِحْ ذَبِيحَتَهُ

"Sesungguhnya Allah telah menetapkan perbuatan baik (ihsan) ke atas segala sesuatu. Jika kalian membunuh maka berlakulah baik dalam hal tersebut. Jika kalian menyembelih berlakulah baik dalam hal itu, hendaklah kalian menajamkan pisaunya dan menyenangkan haiwan sembelihan kalian." (HR. Muslim)

Raihlah pahala dengan berbuat baik kepada binatang. Jika enggan memberinya makan yang menjaganya, ia harus dilepaskan bebas di bumi Allah yang luas ini. Ia pasti mendapat makanan demi kelangsungan hidupnya. Lebih-lebih lagi, Allah telah menyediakan rezeki bagi kucing tersebut daripada sisa-sisa makanan orang, begitu pula serangga yang ditangkapnya.




Akibat Tidak Solat

serenemaklong.blogspot.com




PADA zaman Khalifah Abu Bakar, mayat seorang hamba Allah telah mendapat seksaan kerana meninggalkan solat.

Segalanya berlaku selepas mayat itu dimandi dan dikafankan.  Ketika hendak disembahyangkan oleh penduduk, tiba-tiba kafan si mati bergerak-gerak membuatkan mereka yang berada di samping mayat itu kehairanan.

Mereka menyangka mayat hidup kembali. Setelah diuraikan ikatan kafannya, mereka terperanjat melihat seekor ular melingkar dan menggigit tubuh mayat. Serentak mereka mahu memukul ular tersebut.

Belum sempat mereka mendapatkan kayu, sang ular bertanya sebab mereka hendak membunuhnya sedangkan ia hanya menjalankan perintah ALLAH supaya mayat tersebut diseksa sehingga hari kiamat.


Orang ramai bertanyakan sebab mayat tersebut diseksa sedemikian dan apa dosanya. Jawab ular itu, ketika hayatnya si mati telah membuat tiga macam kesalahan yang termasuk mendengar azan namun tidak segera menunaikan solat.

Friday, June 21, 2013

Cinnamon and Honey

serenemaklong.blogspot.com



 
IT is found that a mix of honey and cinnamon cures most diseases. Honey is produced in most of the countries of the world. Scientists of today also note honey as very effective medicine for all kinds of diseases. Honey can be used without side effects which is also a plus.

Today's science says that even though honey is sweet, when it is taken in the right dosage as a medicine, it does not harm even diabetic patients. Researched by western scientists:

HEART DISEASES: Make a paste of honey and cinnamon powder, put it on toast instead of jelly and jam and eat it regularly for breakfast. It reduces the cholesterol and could potentially save one from heart attack. Also, even if you have already had an attack studies show you could be kept miles away from the next attack. Regular use of cinnamon honey strengthens the heart beat. In America and Canada, various nursing homes have treated patients successfully and have found that as one ages the arteries and veins lose their flexibility and get clogged; honey and cinnamon revitalize the arteries and the veins.

ARTHRITIS: Arthritis patients can benefit by taking one cup of hot water with two tablespoons of honey and one small teaspoon of cinnamon powder. When taken daily even chronic arthritis can be cured. In a recent research conducted at the Copenhagen University, it was found that when the doctors treated their patients with a mixture of one tablespoon Honey and half teaspoon Cinnamon powder before breakfast, they found that within a week (out of the 200 people so treated) practically 73 patients were totally relieved of pain -- and within a month, most all the patients who could not walk or move around because of arthritis now started walking without pain.

BLADDER INFECTIONS: Take two tablespoons of cinnamon powder and one teaspoon of honey in a glass of lukewarm water and drink it. It destroys the germs in the bladder....who knew?

CHOLESTEROL: Two tablespoons of honey and three teaspoons of Cinnamon Powder mixed in 16 ounces of tea water given to a cholesterol patient was found to reduce the level of cholesterol in the blood by 10 percent within two hours. As mentioned for arthritic patients, when taken three times a day, any chronic cholesterol-could be cured. According to information received in the said Journal, pure honey taken with food daily relieves complaints of cholesterol.

COLDS: Those suffering from common or severe colds should take one tablespoon lukewarm honey with 1/4 spoon cinnamon powder daily for three days. This process will cure most chronic cough, cold, and, clear the sinuses, and it's delicious too!

UPSET STOMACH: Honey taken with cinnamon powder cures stomach ache and also is said to clear stomach ulcers from its root.

GAS: According to the studies done in India and Japan, it is revealed that when Honey is taken with cinnamon powder the stomach is relieved of gas.

IMMUNE SYSTEM: Daily use of honey and cinnamon powder strengthens the immune system and protects the body from bacterial and viral attacks. Scientists have found that honey has various vitamins and iron in large amounts. Constant use of Honey strengthens the white blood corpuscles (where DNA is contained) to fight bacterial and viral diseases.

INDIGESTION: Cinnamon powder sprinkled on two tablespoons of honey taken before food is eaten relieves acidity and digests the heaviest of meals

INFLUENZA: A scientist in Spain has proved that honey contains a natural 'Ingredient' which kills the influenza germs and saves the patient from flu.

LONGEVITY: Tea made with honey and cinnamon powder, when taken regularly, arrests the ravages of old age. Use four teaspoons of honey, one teaspoon of cinnamon powder, and three cups of boiling water to make a tea. Drink 1/4 cup, three to four times a day. It keeps the skin fresh and soft and arrests old age. Life spans increase and even a 100 year old will start performing the chores of a 20-year-old.

RASPY OR SORE THROAT: When throat has a tickle or is raspy, take one tablespoon of honey and sip until gone. Repeat every three hours until throat is without symptoms.

PIMPLES: Three tablespoons of honey and one teaspoon of cinnamon powder paste. Apply this paste on the pimples before sleeping and wash it off the next morning with warm water. When done daily for two weeks, it removes all pimples from the root.

SKIN INFECTIONS:Applying honey and cinnamon powder in equal parts on the affected parts cures eczema, ringworm and all types of skin Infections.

WEIGHT LOSS:Daily in the morning one half hour before breakfast and on an empty stomach, and at night before sleeping, drink honey and cinnamon powder boiled in one cup of water. When taken regularly, it reduces the weight of even the most obese person. Also, drinking this mixture regularly does not allow the fat to accumulate in the body even though the person may eat a high calorie diet.

CANCER: Recent research in Japan and Australia has revealed that advanced cancer of the stomach and bones have been cured successfully. Patients suffering from these kinds of cancer should daily take one tablespoon of honey with one teaspoon of cinnamon powder three times a day for one month.

FATIGUE: Recent studies have shown that the sugar content of honey is more helpful rather than being detrimental to the strength of the body. Senior citizens who take honey and cinnamon powder in equal parts are more alert and flexible. Dr. Milton, who has done research, says that a half tablespoon of honey taken in a glass of water and sprinkled with cinnamon powder, even when the vitality of the body starts to decrease, when taken daily after brushing and in the afternoon at about 3:00 P.M., the vitality of the body increases within a week.

BAD BREATH: People of South America, gargle with one teaspoon of honey and cinnamon powder mixed in hot water first thing in the morning so their breath stays fresh throughout the day.

HEARING LOSS: Daily morning and night honey and cinnamon powder, taken in equal parts restores hearing.

(Source: Charles Sims Weight Loss)

Seruan Alshik Raeed Salah

serenemaklong.blogspot.com




PADA hari perayaan Lbeck Aasham, Alshik Raeed Salah berkata:

Kebebasan Damsyik adalah kunci kebebasan Al-Aqsa 

Kami memohon kepada Allah untuk membalas perbuatan tangan sesiapa yang telah membunuh Mohammed al-Dura 

Kami juga memohon kepada Allah untuk membalas perbuatan tangan sesiapa yang telah membunuh anak-anak Syria 

Al ahlul Bayt ( Keturunan keluarga dan pengikut Nabi SAW ) tidak bersalah dan tidak akan membunuh mana-mana kanak-kanak Syria.



Tuesday, June 18, 2013

Umar al Khatab dan Al Quds

serenemaklong.blogspot.com



PERANG Yarmouk adalah pertempuran di antara tentera Islam dan tentera Rom Byzantine di Jordan. Ketika itu, 41,000 tentera Islam pimpinan Khalid al Walid, berjaya menewaskan 70,000 tentera Rom yang terkenal dengan kelengkapan artileri. 

Kekalahan tentera Rom di Yarmouk menjadikan peluang penguasaan umat Islam terhadap Jerusalem terbuka luas. Bagaimanapun, Patriarch Sophronius seorang protagonis uskup yang mempertahankan Jerusalem enggan menyerahkannya kepada umat Islam dengan pertumpahan darah. Sebaliknya, Sophronius mensyaratkan supaya Khalifah Islam  Umar ibn al Khattab sendiri hadir menemui penduduk Iliya’- gelaran Jerusalem ketika itu - dengan jaminan keselamatan.

Sophronius menyangka, umat Islam akan menolak syarat tersebut dan melakukan penjarahan sebagaimana empayar lain yang pernah wujud sebelum Islam seperti Parsi dan Rom. Ternyata sangkaan mereka silap.

Abu Ubaidah bin Jarrah yang ketika itu sudah mengepung Jerusalem, dengan sikap toleransi memenuhi permintaan Sophronius dan rakyat Iliya’. Beliau menerima syarat tersebut dan menjemput Khalifah Umar al Khattab menuju ke Jerusalem.

Sebelum Khalifah Umar berangkat menuju ke sana, beliau bermusyawarah bersama Para Sahabatnya tentang permintaan Sophronius. Uthman ibn Affan r.a. menahan Khalifah Umar dari menuruti kehendak uskup tersebut, tetapi Saidina Ali memberikan cadangan lain yang kemudiannya diterima oleh Umar, iaitu melakukan rapat umum bersama rakyat Iliya’ kerana Jerusalem juga merupakan salah satu bandar suci bagi kepercayaan umat Islam selain Yahudi dan Nasrani.

Khalifah Umar al Khattab tidak pergi ke Jerusalem dengan ketumbukan tentera, bukan juga dengan pakaian mewah dan kehebatan kerajaannya. Beliau datang hanya dengan menaiki seekor unta dan ditemani oleh seorang khadamnya sahaja. Perjalanan Umar dan khadamnya dari Madinah ke sana hanya berbekalkan air, roti dan kurma.

Menurut riwayat, Umar dan khadamnya bergilir-gilir menaiki unta. Jika Umar menaiki unta, maka khadamnya pula akan berjalan sambil memandu pedati unta tersebut. Jika khadamnya yang naik unta, Umar pula berjalan memandu pedati untanya. Setiap kali giliran dilakukan, mereka akan membaca surah Yassin sehingga tamat.

Sebelum sampai ke Kota al Quds, Jerusalem, Umar melewati khemah tentera Islam yang dipimpin oleh Abu Ubaidah bin Jarrah di Jabiya. Turut bersama Abu Ubaidah ketika itu ialah Khalid bin al Walid.

Apabila tentera Islam menyedari kedatangan Umar al Khattab, mereka menyambutnya dengan penuh penghormatan. Ketika itu Umar yang memimpin pedati unta yang dinaiki oleh khadamnya. Berkali-kali khadamnya meminta agar Umar berada di atas unta sebelum sampai ke perkhemahan tentera, tetapi ditolak oleh Umar kerana kerendahan hati dan ketinggian budinya.

Apabila Abu Ubaidah melihat kaki Khalifah Umar sudah berceloreng dengan debu tanah dan luka kerana perjalanan yang jauh, Abu Ubaidah dengan niat yang baik bercadang mengapit Umar sehingga ke pintu Kota al Quds.

“Wahai Amirul Mukminin, jika kamu memerintah agar kami memapah dan memandu perjalananmu nescaya kami akan lakukan. Penduduk Al Quds tentu melihat kemegahan kamu sebagai Khalifah.”

Umar al Khattab merenung Abu Ubaidah dengan wajah yang sangat murka. Lalu terbitlah kata-kata Umar yang mahsyur kepada Abu Ubaidah,"Demi Allah. Jika bukan engkau yang mengucapkannya wahai Abu Ubaidah nescaya aku hokum kamu sebagai pengajaran buat umat ini! Sesungguhnya kita semua ini adalah hina lalu kita dimuliakan Allah dengan Islam, sekiranya kita mencari kemuliaan selain Islam sudah tentu kita akan dihina oleh Allah".

Saidina Umar menolak cadangan Abu Ubaidah lalu terus  meninggalkan perkhemahan tentera Islam di Jabiya dengan khadamnya.

Mereka masih bergilir-gilir menaiki unta sambil menghabiskan bacaan surah Yassin. Apabila Kota al Quds semakin dekat, khadamnya meminta Umar kekal di atas unta sementara dia  memegang pedati. Tetapi Umar bertegas mengarahkan pembantunya  terus mengikut tempoh gantian yang ditetapkan. Kebetulan, apabila jarak mereka berdua hampir tiba ke gerbang Kota al Quds, waktu itu giliran Umar memegang tali pedati unta.

Tentera Rom dan rakyat al Quds beragama Nasrani memenuhi Jerusalem. Mata mereka tertumpu kepada pemimpin yang tidak pernah mereka lihat. Lazimnya penguasa Rom akan membawa bala tentera dan kebanggaan diraja seperti emas, mahkota, permaisuri, gundik dan sebagainya. Tetapi Umar sebagai khalifah, pemimpin terunggul yang berjaya menundukkan keangkuhan Rom, datang dengan baju kasar yang kurang kualiti, lusuh dan berdebu, dan  kedua-dua kakinya berlumpur.

Umar berhenti di gerbang Dimashq, salah satu pintu masuk ke Jerusalem, kemudian terus berjalan meninggalkan unta dan khadamnya di situ, dengan penuh kehambaan kepada Allah Taala. Wajahnya bersemarak sinar keizzahan Islam.

Pembesar Kristian terpegun melihat ketibaan Umar r.a. Mereka semua mengandaikan Umar akan tiba dengan rombongan besar, sehebat reputasi dan namanya. Sebaliknya, Khalifah Umar tiba  dengan hanya ditemani oleh seorang khadam. Lebih mengharukan, mereka melihat Khalifah Umar  menarik tali pedati yang ditunggang khadamnya. Mereka merasakan perbezaan yang jelas antara peribadi Khalifah Umar dengan semua Raja Kaisar yang pernah menakluk Jerusalem sebelum ini.

Patriarch Sophronius bersama uskup lain memakai pakaian yang mewah bergemerlapan, sedangkan orang yang ingin diberikan penghormatan hanya memakai pakaian seperti rakyat biasa. Sophronius malu melihat penampilan Khalifah yang sungguh sederhana. Dia berkata,”Jika beginilah pemimpin Islam, sesungguhnya kerajaan kamu (Umar) tidak akan tewas”.

Seluruh rakyat Iliya’ dan pembesar di Jerusalem memberikan penghormatan kepada Umar sambil menundukkan kepala. Kemudian Umar berteriak keras.

"Alangkah malangnya kamu semua! Angkat kepala kalian sesungguhnya kamu tidak perlu menundukkan kepala (sujud) seperti ini kecuali kepada Allah".

Sophronius teruja dan menitiskan air mata melihat kesederhanaan Umar. Dia termangu apabila teringat tanda-tanda pemilik sebenar Kota al Quds sebagaimana yang disebutkan di dalam Injil. Sophronius mara bertemu Umar sambil di tangannya memegang kunci Kota al Quds.

Kemudian Sophronius berkata kepada Umar, “Sesungguhnya orang yang akan aku serahkan kunci kota al Quds dan seterusnya menguasai Jerusalem memiliki tiga petanda yang jelas disebutkan di dalam kitab Injil kami.”

“Pertama, orang itu akan berjalan manakala khadamnya menunggang kenderaan miliknya. Kedua, orang itu datang dalam keadaan kedua-dua kakinya diselaputi debu tanah lumpur. Ketiga, orang itu datang dalam keadaan bajunya penuh dengan tampalan.”

Setelah Sophronius melihat tanda-tanda tersebut ada pada Khalifah Umar al Khattab, dia meminta izin untuk mengira berapakah tampalan yang ada pada baju yang dipakainya. Ada 17 jahitan yang menampal pada baju Umar. Dengan penuh debaran dan takjub Sophronius berkata,"Inilah tanda yang ketiga, ya Tuhan. Tidak diberikan kunci Kota al Quds ini kecuali kepada seorang pemimpin yang memiliki tiga tanda keagungan di mana tanda-tanda inilah yang paling unggul dalam lembaran sejarah dan tidak ternilai harganya seperti yang disebut di dalam Injil – (1) Khadamnya yang menunggang kenderaan, (2) Calitan debu-debu tanah dan (3) tampalan pada baju).

Menurut Sophronius, tanda-tanda ini menunjukkan bahawa kerajaan yang diperintah oleh Umar adalah kerajaan yang akan relevan sepanjang zaman, tidak akan musnah ditelan peredaran. Kemudian dia menambah lagi,"Aku tidak sedih (memberikan kunci kepada Umar kerana kalian masuk ke kota ini sebagai orang yang memiliki kriteria tersebut, disebut dalam Injil kami sebagai pembuka Kota Jerusalem. Aku tidak gelisah kamu menakluki perbendaharaan dunia ini sedang kami dalam kawalan kalian. Kamu tentu menguasai kota ini selamanya dengan aqidah Islam, pentadbiran Islam dan juga akhlak Islam".

Khalifah Umar menerima penyerahan kunci kota suci itu secara rasmi dari Sophronius. Kemudian Umar mengikat jaminan keamanan penganut Kristian di Illiya’(Jerusalem).

"Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha penyayang; inilah apa yang telah diberikan hamba Allah, Umar, Amirul Mukminin keamanan kepada penduduk Iliya'. Dia (Allah) telah memberikan keamanan untuk diri mereka, harta benda mereka, gereja-gereja mereka dan rumah-rumah ibadah mereka sama ada yang elok atau rosak dan kepada seluruh penganut bahawa tidak sekali-kali gereja-gereja mereka dihuni (dirampas) dan tidak sekali-kali dimusnahkan dan tidak sekali-kali dilakukan kekerasan terhadap mereka sama ada pada tubuh badan atau harta benda. Dan mereka sekali-kali tidak dipaksa meninggalkan agama mereka dan tidak sekali-kali orang Yahudi menghuni bersama mereka di Iliya'".

"Menjadi kewajipan ke atas penduduk Iliya' untuk membayar jizyah sebagaimana ahli agama lain membayarnya. Menjadi kemestian ke atas mereka untuk mengeluarkan orang Rom dan perompak, maka sesiapa dari kalangan mereka yang keluar maka dia dan hartanya selamat sehinggalah dia sampai ke tempat perlindungannya. Dan sesiapa dari kalangan mereka mahu kekal maka dia selamat tetapi mestilah dia membayar jizyah sebagaimana yang dilakukan oleh penduduk Iliya'".


"Sesiapa dari kalangan penduduk Iliya' yang mahu pergi dengan hartanya bersama-sama orang Rom maka mereka selamat sehinggalah mereka sampai ke tempat perlindungan. Sesiapa dari kalangan penduduk bumi ini yang mahu kekal maka hendaklah dia membayar jizyah sebagaimana penduduk Iliya' dan sesiapa yang mahu berada di bawah Rom dan sesiapa yang mahu kembali kepada keluarganya tidak diambil daripada mereka sesuatu pun sehinggalah mereka menuai tanaman mereka. Sesungguhnya apa yang ada di atas tulisan ini adalah janji yang bertunjang kepada Allah, Rasul dan para Khulafa' dan orang-orang Mukmin jika mereka membayar jizyah yang diwajibkan ke atas mereka".

Inilah sebahagian daripada jaminan hak dan keselamatan umat Islam kepada rakyat Iliya’. Rakyat Iliya’ diwajibkan membayar jizyah, manakala yang telah memeluk Islam wajib membayar zakat. Menjadi tanggungjawab umat Islam dan rakyat Iliya’ untuk memelihara kota itu daripada ancaman dan pencerobohan musuh. Perjanjian antara penganut Kristian dan masyarakat Islam ini dinamakan sebagai ‘Wathiqah Umariyyah’ (The Umariyyah Covenant).

Selesai upacara menandatangani perjanjian perdamaian, Khalifah Umar berangkat menuju ke Baitul Maqdis, salah satu tempat yang menjadi wasiat Baginda s.a.w. kepada umat Islam agar menziarahinya.

Apabila tiba waktu solat, Sophronius mempelawa Saidina Umar melaksanakannya di Holy Sepulchure / Gereja al Qiamah (tempat maqam suci Jesus yang didakwa oleh penganut Kristian). Tetapi pelawaan itu ditolak. Umar khuatir perbuatan tersebut akan menjadi hujah generasi Islam akan datang kerana mengubah gereja menjadi masjid.

Saidina Umar kemudian meninjau sekitar kawasan Gereja al Qiamah dan berjalan sepanjang 500 meter menuju ke selatan, lalu beliau melakukan solat di tempat perhentiannya. Kawasan tersebut kini dikenali dengan nama Masjid Umar dan pernah dibakar oleh Yahudi dalam pada 21 Ogos 1969.

Genap 10 hari Saidina Umar bersama tentera Islam masuk ke Kota al Quds dengan aman. Kejayaan tersebut diraikan dengan menunaikan qiyam dan doa kesyukuran kepada Allah Taala.

Sewaktu berdoa, Umar tiba-tiba menangis. Lalu salah seorang bertanya kepada Umar,”Wahai Umar adakah kamu menangis kerana kemenangan ini?”

Jawabnya, “Ya, aku menangisi kemenangan ini. Aku teringat Baginda s.a.w. pernah bersabda.”  

"Demi Allah, bukanlah kemiskinan yang aku khuatirkan terhadap diri kalian. Tetapi yang aku khuatirkan adalah kesenangan dunia yang dibentangkan pada diri kalian semua sebagaimana yang diperolehi oleh orang-orang sebelum kalian. Lalu kamu semua saling pintas-memintas untuk mendapatkannya sebagaimana mereka, sehinggalah harta tersebut membinasakan kalian seperti mereka dibinasakan (kerana kelalaian terhadap dunia)".

Setelah itu, Umar kembali bersama khadamnya menuju Madinah. Datang dan perginya Khalifah Umar, hanya berperawakan seperti musafir biasa dan rakyat jelata.

Sumber: Admin Ikhwanul Mujahid