Monday, August 17, 2015

Erti Kemerdekaan Sebenar

“Allah Pelindung (Yang mengawal dan Menolong) orang-orang yang beriman. Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman). Dan orang-orang yang kafir, penolong-penolong mereka ialah Taghut yang mengeluarkan mereka dari cahaya (iman) kepada kegelapan (kufur). Mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.” (Al-Baqarah 2:257)
Ibnu Kathir menghuraikan ayat di atas dengan mengatakan bahawa kebenaran itu hanyalah satu, sedangkan kekufuran mempunyai jenis yang beragam dan semuanya adalah batil.Oleh yang demikian janganlah diikuti jalan yang batil kerana ia akan mencerai-beraikan kita dari jalan-Nya. Negara telah melepaskan diri dari belenggu penjajah sudah lebih kurang 58 tahun. Penjajah yang telah menggali hasil mahshul dari perut bumi Tanah Melayu. Alhamdulillahm berkat perjuangan yang gigih kita telah merdeka.
"ORANG MENJERIT MERDEKA, KORANG MENJERIT MERDEKA, TAPI PEMIKIRAN MASIH DIJAJAH!!!" Kemerdekaan yang dituntut hendaklah menepati dari kacamata Islam. Merdekanya hamba itu ialah apabila mereka kembali merujuk kepada Allah Taala. Selagi akidah dan kehidupan tidak berpandukan al-Quran dan hadis maka selagi itulah pada hakikatnya kita belum lagi merdeka. [Khutbah Jumaat Masjid As-Syakirin Gombak Setia, Kuala Lumpur pada 14/08/2015]

No comments:

Post a Comment