Monday, July 31, 2017

Siri Menjawab Kristian (1)




[Jesus Ialah Tuhan Kerana Namanya Disebut Lebih Banyak Kali Berbanding Nabi Muhammad Dalam Al-Quran ?] 

Strategi misionari Kristian kian licik dalam menyesatkan umat Islam. Kini mereka juga telah menggunakan al-Quran ketika berdakyah kepada umat Islam. 

Mereka mendakwa bahawa di dalam al Quran itu sebenarnya jelas mengangkat Jesus (nabi Isa) berbanding Muhammad. Ini kerana di dalam al Quran, nama Jesus disebut sebanyak 25 kali berbanding dengan nama nabi Muhammad yang hanya disebut 5 kali sahaja.[1] Lalu mereka mendakwa bahawa Jesus yang disebut 25 kali itu lebih berpengaruh dan lebih baik dari nama Muhammad hanya disebut sebanyak 5 kali sahaja. Dan itu menunjukkan bahawa Jesus itu Tuhan.

Jawapan:

1) Logik yang paling sukar difahami (kerana tidak masuk akal) adalah apabila misionari Kristian menggunakan al Quran untuk membuktikan bahawa Jesus itu adalah Tuhan dengan membawa kaedah bilangan nama disebut menjadi ukuran untuk membuktikan dia adalah Tuhan. Sedangkan di dalam al Quran itu sendiri tidak terlepas dari ayat-ayat yang memperkenalkan Tuhan itu adalah Allah yang Maha Esa.  

2) Sekiranya mahu diukur dari sudut jumlah nama disebut, di dalam al Quran jumlah nama syaitan lagi banyak disebut iaitu sebanyak 88 kali berbanding dengan jumlah nama Jesus hanya 25 kali. Jika disebabkan bilangan angka yang banyak itu dianggap Tuhan maka adakah misionari ini juga akan menganggap syaitan adalah Tuhan? 

3) Jika diukur dari sudut jumlah nama disebut, harus juga dikira nama tokoh lain seperti nabi Musa yang disebut di dalam al Quran sebanyak 136 kali. Lebih banyak disebut dari nama Jesus. Adakah dengan alasan ini golongan misionari Kristian ini bersedia menganggap Musa itu juga Tuhan?

4) Nama nabi Adam juga disebut sebanyak 25 kali di dalam al Quran. Setiap kali Allah menyebut nama nabi Isa (Jesus) maka Allah akan susuli dengan nama nabi Adam dengan membandingkan kejadian diantara dua orang nabi Allah itu. Adam yang tidak memiliki ibu dan bapa sering digandingkan dengan nabi Isa yang tidak berbapa. 

5) Adakah kayu ukur bagi menilai ‘berperanan’ atau berpengaruh atau bagusnya seseorang itu dikira dari jumlah panggilan namanya yang kerap kali disebut? Jika dianalogi situasi di dalam sebuah kelas, diantara pelajar nakal dengan pelajar yang bagus, siapakah nama pelajar yang kerap kali dipanggil oleh guru-guru mereka? Sudah tentu pelajar yang nakal. Maka adakah itu boleh menjadi kayu ukur kepada bagusnya dia kerana namanya kerap kali disebut oleh guru-guru mereka? Sudah tentu tidak. Oleh itu kaedah yang digunakan oleh golongan misionari dalam hal ini adalah tidak masuk akal.    

6) Perkara yang penting adalah dilihat kepada kenapa namanya disebut di dalam al Quran dan bukan dilihat kepada jumlah bilangannya namanya disebut. Di dalam al Quran nama Jesus menyatakan dia hanyalah seorang utusan Allah dan bukan Tuhan: 

“Dia ('Isa) berkata, "Sesungguhnya aku hamba Allah, Dia memberiku Kitab (Injil) dan Dia menjadikan aku seorang nabi.. (Surah Maryam: 30) 

7) Perlu diketahui bahawa terdapat perkataan “Qul” di dalam al Quran yang bermaksud “Katakanlah” sebanyak tidak kurang daripada 332 kali di dalam Quran. Perkataan “katakanlah” atau Qul itu ditujukan kepada Nabi Muhammad dan juga kepada umatnya.  

Kesimpulan

Jumlah dan bilangan itu bukanlah kayu ukur bagi menentukan seseorang itu layak ‘menjadi tuhan’ sepertimana dakwaan misionari Kristian. Perkara yang penting adalah perlu dilihat kepada mengapa namanya disebut. Sepertimana Jesus menegaskan bahawa dia adalah seorang utusan Allah seperti rasul-rasul lain. Dia juga menafikan dirinya itu adalah Tuhan seperti dakwaan Kristian terhadap dirinya.

Oleh itu, tuduhan yang selemah ini kadang kala menjadi modal yang besar untuk mereka berusaha meragukan umat Islam. Akan tetapi ternyata kenyataan itu pada hakikatnya tidak masuk akal. 

Nota kaki:
________________________________________
[1] Nama Nabi Muhammad dan Ahmad di dalam Quran (Surah Ali-Imran ayat 144, Surah Al-Ahzab ayat 40, Surah Muhammad ayat 2, Surah Al-Fath Ayat 29, Surah As-Saf ayat 6)
Jesus di dalam Quran ( Surah Al-Baqarah Ayat 87, 136, 253, Surah Ali-Imran Ayat 45, 52, 55, 59, 84, Surah An-Nisa Ayat 157, 171, Surah Al-Maidah Ayat 46, 78, 110, 112, 114, 116, Surah Al-An’Am Ayat 85, Surah Maryam Ayat 34, Surah Al-Ahzab Ayat 7, Surah Ash-Shuraa Ayat 13, Surah Az-Zukhruf Ayat 63, Surah Al-Hadid Ayat 27, Surah As-Saf, Ayat 6, 14)

[R&D TEAM MRM]

Sunday, July 30, 2017

Perihal Haji Dan Umrah


UMRAH 10 KALI!!!

Seorang pakcik usianya lebih kurang 60 tahun. Allah izinkan dia tunaikan haji 1 kali, tunai umrah 10 kali, tidak perlu bayar, Allah yang "sponsor"..

Di kawasan tempat tinggal pak cik ini ad 1 masjid besar dan 10 surau. Pakcik memantau bateri jam di 10 surau itu. Kalau bateri jam mati, pakcik tukarkan bateri jam yang baru. Itu amalan yang pakcik jaga secara istiqomah..

SubhanAllah Alhamdulillah Allahu Akhbar 

Benarlah kalam Allah di dalam Al Quran:
" Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji-Nya."

[Sumber:  Ain Zai Ta ] 

⧫⧫⧫⧫⧫⧫⧫

Soalan yang sangat hangat:

1. Wajibkah saya berniat ihram sekiranya saya sedang haid semasa masuk ke Makkah?

Jawapan
Ya wajib berniat ihram kerana adab masuk ke tanah haram Makkah adalah dengan berihram sekiranya kita memang berazam untuk melakukan haji dan umrah. Berdosa jika kita tidak berniat..

2. Nanti lamalah saya dalam ihram?

Jawapan
Masalah lama dalam ihram, bukan masalah besar. Namanya pun ibadat dan kita hendak yang terbaik dalam ibadah kita. Orang yang sabar dalam berihram pahalanya sangat besar. MasyaAllah tabaarakallah.

3. Kalau saya berniat bagaimana saya hendak mandi wajib, nanti rambut saya gugur banyak.. saya kena bayar dam.

Jawapan
Ingat rukun mandi wajib -
1. Menghilangkan najis di badan
2. Berniat ketika air sampai di badan
3. Meratakan air ke seluruh badan.

Jadi buatlah yang wajib sahaja, minimumkan perkara yang boleh menyebabkan gugurnya rambut.
Jangan digosok kuat ketika mencuci atau mengelap. Tekan-tekan saja.

Sekiranya gugur juga bayarlah dam. Itu juga pahala. Tidak berdosa kerana kita tidak sengaja

 Ya.. jika 3 helai dan lebih serentak.

Boleh pilih. Taqdir takhyir -
1. Menyembelih seekor kambing.
2. Memberi makan 6 orang fakir miskin 2 cupak seorang ( 6 orang x 10 SR)
3. Puasa 3 hari di Makkah

*Biasanya jemaah memilih no 2.. mungkin bagi mereka lebih mudah*

4. Bolehkah saya niat bersyarat?

 Memang boleh, hukumnya *harus* tetapi buat apa hendak bersyarat, masa  masih panjang. Tujuan kita ke Makkah hendak buat umrah..kenapa nak keluar dari ihram..Allah berikan pahala besar pada orang yang bersabar dlm ihram. Satu lagi nak syarat apa jika haid dah berlaku. Hal yang nak disyaratkan mestilah sesuatu yang belum berlaku.

5. Sayangnya saya tidak dapat solat di masjid, tak dapat pahala umrah dan lain.

Inilah aqidahtul hajj, yakin dengan qada qadar Allah. Banyak lagi pahala yang boleh dikutip semasa mengerjakan haji..

Bantu dhuyufurrahman.  Apa yang dibuat olehnya, pahalanya pasti mengalir kepada kita.. sekiranya dia mendapat haji mabrur, Allah, sesungguhnya ianya juga mengalir kepada kita 

Pergimu sebagai Dhuyufurrahman dan pulangmu dengan kemabruran ...

Pesanan

Jangan sesekali berniat ihram bersyarat untuk haji, bimbang tidak dapat haji sebab rukun-rukunnya ada yang melibatkan masa.




Pelbagai Ragam Jemaah Di Tanah Suci

Semasa di tanah suci akan terlihat pelbagai ragam orang di sana beribadat.  Kadang-kadang amalan mereka berbeza dengan mazhab kita.  Namun, jangan pula kita perlekehkan amalan mereka.. 

Sebagai contoh kata-kata sinis yang pernah didengar,  

"Eh kenapa dia solat tak pakai stokin? Tidak sah solatnya." 

"Eh kenapa dia solat sambil mendukung bayi. Tidak sah."

"Eh kenapa dia duduk di dalam solat tidak betul. Tidak sah."

"Lihat tu, anak dia menangis, tapi dia tetap teruskan solat dan tangisan itu mengganggu orang lain,  membuatkan solat orang lain tidak khusyuk. Berdosa."

"Pegang tangan orang lelaki masa tawaf? Ya rabbi.. tak tahu hukumkah orang ini?! Tidak sah tawafnya".

"Eh apa ni.. solat tak nak berdiri.. nampak macam sihat tapi solat duduk,  pemalas." 

"Apalah orang Arab ni kasar! Tak fikir orang lain, tak ada budi bahasa."

"Eh.. dia baca al Quran sambil baring.. tak tahu hormat al Quran betul."

Itulah di antara kata-kata sinis yang pernah  terdengar. Jemaah kita mudah melabel orang lain.

Bersedialah, apabila berada di Makkah atau Madinah, tempat tumpuan seluruh umat Islam, datang dari semua latar, keturunan, budaya.. Tentu sekali terdapat pelbagai perbezaan pandangan dan mazhab. 

Lapangkan dada dan hormatilah perbezaan itu.. Kita rasa Islam kita dah cukup betul. Mereka juga begitu. Kita rasa bangsa kita paling beradab. Mereka juga berfikir begitu.... 



Thursday, July 27, 2017

Hadiah Terbaik




Hadiah tidak semestinya wang ringgit atau harta benda. Banyak cara untuk kita hadiahkan kepada orang tersayang tanpa perlu membelanjakan wang:

1.   Hadiah terbaik untuk seorang sahabat adalah doa.

 2.  Hadiah terbaik untuk seorang musuh adalah kemaafan.

 3.  Hadiah terbaik untuk seorang guru adalah kejayaan.

 4.  Hadiah terbaik untuk murid adalah teladan.

 5.  Hadiah terbaik untuk sebuah kehidupan adalah kasih sayang.

 6.  Hadiah terbaik untuk sebuah kematian adalah al-Fatihah.

 7.  Hadiah terbaik untuk ibu bapa adalah berbakti.

 8.  Hadiah terbaik untuk isteri ialah penghargaan.

 9.  Hadiah terbaik untuk suami adalah kesetiaan.

 10. Hadiah terbaik untuk anak adalah pendidikan.

11. Hadiah terbaik untuk diri sendiri adalah kejujuran.

12. Hadiah terbaik untuk orang yang tidak dikenali adalah senyuman.

 13. Hadiah terbaik untuk Rasulullah adalah selawat.

 14. Hadiah terbaik untuk Allah SWT adalah ketaqwaan.

Sentiasa bermurah hati untuk menghadiahkan sesuatu kepada insan sekeliling kita kerana pemberian hari ini adalah ganjaran untuk hari esok.

Foto Kredit Bashariah Abdul Rahman
Attachments area

Apa Kamu Buat Dengan Kurniaan-Nya?



ALLAH tidak akan tanya kenapa kita tidak seperti Si Polan itu atau Si Polan ini, tetapi Allah pasti akan bertanya kepada kita KENAPA TIDAK GUNAKAN SETIAP KELEBIHAN DAN KEMAMPUAN YANG DIKURNIAKAN UNTUK BERAMAL KEPADA-NYA.

Hamba-hamba yang menyayangi Allah sentiasa menyucikan diri dengan berinfak. Infak besar atau infak kecil mempunyai kesan hebat yang sama bila ia terbit dari rasa tulus dan ikhlas.

Pegangan hidup mereka, "By giving more, you will get more." Mereka mengharapkan ganjaran lebih baik dari Yang Maha Pemberi berbanding apa yang mereka sumbangkan.

Mereka mahukan keampunan-Nya.
Mereka inginkan keredhaan-Nya.
Mereka idamkan Syurga-Nya.

Infak itu membuat mereka lebih kaya jiwa dan kaya akhirat.

Berusaha dan beramallah, sama ada dengan harta atau tenaga, mengikut kadar kenikmatan yang Allah telah beri kepada kita. Jangan risau, Allah pasti akan mencukupkan kita. Di situlah nanti letaknya rasa BAHAGIA.

Wednesday, July 26, 2017

Kata-kata Syurga Atau Neraka





“Boleh jadi seorang hamba menuturkan satu kata-kata yang diredai Allah yang menurutnya tiada apa-apa, lalu dengan itu Allah mengangkatnya berdarjat-darjat. 

Dan boleh jadi seorang hamba menuturkan satu kata-kata yang dimurkai Allah yang menurutnya tiada apa-apa namun dengan itu Allah humbankannya ke neraka!” (Riwayat al-Bukhari)

Demikian Rasulullah s.a.w. mengajar kita bahawa satu kata-kata sahaja boleh memungkinkan kita ke syurga-alhamdulillah- atau ke neraka!-wal iyazubillah-.

Muhasabah untuk kita semua.

→→→→→→→→

⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪Kata-kata ke syurga:

1.   Tidak lupa sebut ‘insya-Allah’ dalam   setiap yang dirancang.
2.   Berdoa kepada Allah dalam setiap keadaan.
3.   Rutinkan lidah dengan zikir.
4.   Mengucapkan salam.
5.   Baca al-Quran.
6.   Bercakap lembut dengan ibu, bapa, isteri dan anak-anak.
7.   Menegur kemungkaran.
8.   Mengajak orang buat baik.
9.   Menasihati orang.
10. Mendoakan kebaikan buat orang lain.
11. Mengajarkan ilmu yang bermanfaat.
12. Membantu orang; menunjukkan jalan, mohon bantuan bagi pihak orang lain
13. Mendamaikan Muslim yang berbalah.

⭄⭄⭄⭄⭄⭄⭄Kata-kata ke neraka:

1.   Menyakiti hati ibu bapa.
2.   Mencela diri sendiri, anak, isteri
3.   Mendedahkan keaiban diri sendiri.
4.   Menyebarkan keaiban orang lain.
5.   Mengejek orang dengan gelaran tidak baik.
6.   Mengumpat.
7.   Melaga-lagakan orang.
8.   Merendah-rendah orang lain.
9.   Mengangkat diri sendiri.
10. Banyak bersembang perkara yang tidak berfaedah.
11. Bersembang perkara yang batil.
12. Menipu.
13. Mengutuk orang yang telah mati.
14. Mengutuk sembarangan makhluk Allah sama ada haiwan, cuaca dan sebagainya.
15. Mendoakan kecelakaan atas diri atau orang lain.
16. Suka bertekak, berdebat dengan orang.
17. Bergurau dan melawak lebih-lebih.
18. Menidakkan rahmat Allah buat orang lain
19. Suka mengampu.
20. Mengutuk sahabat Nabi.
21. Bercakap tentang agama tanpa ilmu, cepat menghukumkan halal-haram ikut kepala sendiri.
22. Menyebarkan hadis palsu.

[Sumber: FB Ustaz Muhammad Luqman Makhtar, editor Majalah Solusi]

Tuesday, July 25, 2017

SURAH AL - INSHIQAQ





بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

إِذَا السَّمَاءُ انْشَقَّتْ
1. Apabila langit terbelah,

وَأَذِنَتْ لِرَبِّهَا وَحُقَّتْ

2. Serta mematuhi perintah Tuhannya dan sudah semestinya ia patuh;

وَإِذَا الْأَرْضُ مُدَّتْ
3. Dan apabila bumi diratakan,

وَأَلْقَتْ مَا فِيهَا وَتَخَلَّتْ

4. Serta mengeluarkan apa yang di dalamnya dan menjadi kosong,

وَأَذِنَتْ لِرَبِّهَا وَحُقَّتْ

5. Serta mematuhi perintah Tuhannya dan sudah semestinya ia patuh;

يَا أَيُّهَا الْإِنْسَانُ إِنَّكَ كَادِحٌ إِلَىٰ رَبِّكَ كَدْحًا فَمُلَاقِيهِ

6. Wahai manusia! Sesungguhnya kamu sentiasa berpenat-lelah (menjalankan kehidupanmu) hinggalah kamu kembali kepada Tuhanmu, maka kamu tetap akan menemui-Nya.

فَأَمَّا مَنْ أُوتِيَ كِتَابَهُ بِيَمِينِهِ

7. Maka sesiapa yang menerima catatan amalnya dari sebelah kanannya;

فَسَوْفَ يُحَاسَبُ حِسَابًا يَسِيرًا

8. Maka dia akan dihisab dengan cara yang mudah dan ringan,

وَيَنْقَلِبُ إِلَىٰ أَهْلِهِ مَسْرُورًا

9. Dan dia akan kembali kepada keluarganya (yang sama-sama beriman) dengan gembira.

وَأَمَّا مَنْ أُوتِيَ كِتَابَهُ وَرَاءَ ظَهْرِهِ

10. Dan sesiapa yang menerima catatan amalnya (dengan tangan kiri), dari sebelah belakangnya,

فَسَوْفَ يَدْعُو ثُبُورًا

11. Maka dia akan meraung: "Celaka aku!"

وَيَصْلَىٰ سَعِيرًا

12. Dan dia akan menderita bakaran Neraka yang marak menjulang.

إِنَّهُ كَانَ فِي أَهْلِهِ مَسْرُورًا

13. Sebenarnya dia semasa di dunia dahulu bersukaria dalam kalangan keluarganya (yang juga kufur ingkar)!

إِنَّهُ ظَنَّ أَنْ لَنْ يَحُورَ

14. Sesungguhnya dia menyangka bahawa dia tidak sekali-kali akan kembali (kepada Kami untuk menerima balasan)!

بَلَىٰ إِنَّ رَبَّهُ كَانَ بِهِ بَصِيرًا

15. Tidak demikian. Sesungguhnya Tuhannya sentiasa Melihat keadaannya!

فَلَا أُقْسِمُ بِالشَّفَقِ

16. Maka Aku bersumpah, demi awan merah waktu senja;

وَاللَّيْلِ وَمَا وَسَقَ

17. Demi malam serta segala yang diselubunginya;

وَالْقَمَرِ إِذَا اتَّسَقَ

18. Demi bulan apabila menjadi purnama:

لَتَرْكَبُنَّ طَبَقًا عَنْ طَبَقٍ

19. Sesungguhnya kamu tetap melalui keadaan peringkat demi peringkat (dalam kehidupan).

فَمَا لَهُمْ لَا يُؤْمِنُونَ

20. Maka mengapa mereka tidak mahu beriman?

وَإِذَا قُرِئَ عَلَيْهِمُ الْقُرْآنُ لَا يَسْجُدُونَ ۩

21. Dan apabila Al Quran dibacakan kepada mereka, mereka tidak (mahu) sujud?

بَلِ الَّذِينَ كَفَرُوا يُكَذِّبُونَ

22. Bahkan orang yang ingkar itu mendustakan(nya).

وَاللَّهُ أَعْلَمُ بِمَا يُوعُونَ

23. Padahal Allah tahu apa yang mereka sembunyikan (dalam hati mereka).

فَبَشِّرْهُمْ بِعَذَابٍ أَلِيمٍ

24. Maka sampaikanlah kepada mereka (ancaman) azab yang pedih.

إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَهُمْ أَجْرٌ غَيْرُ مَمْنُونٍ

25. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka beroleh pahala balasan yang tidak putus-putus.

Monday, July 24, 2017

Perihal Rezeki




Zikir Mudah Menjemput Rezeki:

1. Memperbanyak Membaca – La hawla Wala Quwwata Illa billah –

    Barangsiapa yang lambat datang Rezekinya hendaklah banyak mengucapkan – La hawla Wala 
    Quwwata Illabillah (HR. At- Tabrani)

2. Membaca – La Ilaha Illallahul Malikul Haqqul Mubin -

   Barangsiapa setiap hari membaca La ilaha illallahul malikul haqqul mubin maka bacaan itu akan 
   menjadi Keamanan dari Kefakiran dan menjadi Penenteram dari rasa Takut dalam Kubur (HR. Abu 
   Nu’aim dan Ad Dailami).

3. Membaca – Subhanallah wabihamdihi Subhanallahil adziim .

   Dari setiap Kalimat itu seorang MALAIKAT yang BERTASBIH kepada ALLAH Ta’ala sampai 
   hari Kiamat yang Pahala Tasbihnya itu diberikan Untukmu. (HR. Al-Mustagfiri dalam Ad-Da’awat

4. Membaca Surat Al-IKHLAS:

   Barangsiapa membaca Surat Al-Ikhlas ketika masuk rumah maka berkah bacaan Menghilangkan 
   Kefakiran dari penghuni rumah dan tetangganya (HR. AtTabrani).

5. Membaca Surat Al-WAQIA’AH :

    Barangsiapa membaca surat Al-Waqiaah setiap malam…maka TIDAK akan diTimpa Kesempitan 
    Hidup.” (HR. Al-Baihaqi dalam Syu’ab Al-Iman)

6. Memperbanyak SELAWAT KEATAS NABI : 

   Dari Umar bin Khaththab dari Nabi Shallallahu’alaihi wa sallam bersabda bersabda: Barangsiapa 
   Berselawat kepadaku satu kali Selawat maka ALLAH akan membalas sepuluh kali Selawat dan 
   Mengangkatnya Sepuluh DARJAT. (Dikeluarkan Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad, Ibnu Abu 
   Syaibah…al-Bazzar….Ibnu Syahiin dan al-Ismaili dengan sanad ma’lul)

7. Melazimkan BERISTIGHAFAR : 

    Barangsiapa melazimkan Beristighfar nescaya ALLAH akan Mengeluarkan dia dari segala 
    Kesusahan dan Memberikan Rezki dari arah yang tidak diDuga-Duga” (HR. Ahmad, Abu Dawud 
    dan Ibnu Majjah)

Kalau tidak mampu beramal semua jangan tinggal semua, nanti kita yang rugi.







Pada  hujung suatu semester, ketika wang pinjaman mula menyusut, ketika sering makan sekali sehari sebab duit perlu dicatu supaya cukup sampai hujung semester. Untuk meminta pinjam dengan kawan-kawan timbul rasa segan. Nanti menyusahkan jika meminta tolong dengan mereka. Mungkin mereka juga perlukan wang. Lapar sedikit bukan masalah. Masih ramai yang lagi susah.  

Suatu malam perut terasa lapar. Lantas segera bersiap-siap untuk tidur. Belum pun kepala mencecah 
bantal, ada ketukan di pintu bilik. Dua orang kawan datang. Di tangannya ada plastik makanan. Menghulur sebungkus makanan saat amat memerlukan. 

Teringat kisah yang berlaku beberapa hari lepas. Saat seorang teman datang hendak meminjam sejumlah wang. Walau diri sendiri sedang mengikat perut, diberikan juga jumlah yang dimintanya dengan keyakinan rezeki itu milik dia. 

Ada bahagian lain untuk diri. Bukan hanya berlaku pada saat ini, malah beberapa kali sebelum ini. Ketika terasa poket semakin menipis, ada sahaja rezeki yang datang cukup untuk kegunaan hari-hari. Ketika sangat memerlukan, Allah gerakkan hati orang lain untuk menghulurkan. Bukan diminta namun rezeki datang tanpa diduga. 

Kisah ini mungkin berlaku pada kebanyakan orang. Yang perlu kita yakin, selama kita memberi tanpa berkira-kira, akan ada pulangannya yang tidak disangka-sangka. Allah yang akan menghadirkan pertolongan saat kita benar-benar memerlukan. Yang penting memberi. Ada balasan menanti. 

Belajarlah untuk memberi. Walau hanya sebutir gula-gula, sudah cukup membuahkan riang dalam diri. Melihat senyuman teman, kita akan jadi bahagia. Belajarlah untuk berkongsi.

[Sumber: SOLUSI #75]





Apa yg kita dapat, simpan, makan, hatta gunapakai adalah rezeki kita. 

LAPAN JENIS REZEKI DARI ALLAH ......

*1.Rezeki Yang Telah Dijamin.*

‎وَمَا مِن دَابَّةٍ فِي الْأَرْضِ إِلَّا عَلَى اللَّهِ رِزْقُهَا وَيَعْلَمُ مُسْتَقَرَّهَا وَمُسْتَوْدَعَهَا كُلٌّ فِي كِتَابٍ مُّبِينٍ 

"Tidak ada satu makhluk melatapun yang bergerak di atas bumi ini yang tidak dijamin ALLAH rezekinya." (Surah Hud : 6). 

*2. Rezeki Kerana Usaha.*

‎وَأَن لَّيْسَ لِلْإِنسَانِ إِلَّا مَا سَعَى

"Tidaklah manusia mendapatkan apa-apa kecuali apa yang dikerjakannya." (Surah An-Najm : 39). 

*3. Rezeki Kerana Bersyukur.*

‎لَئِن شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ

"Sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu." (Surah Ibrahim : 7). 

*4. Rezeki Tak Terduga.*

‎وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجًا( ) وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ

"Barangsiapa yang bertakwa kepada ALLAH nescaya Dia akan menjadikan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya." (Surah At-Thalaq : 2-3).

*5. Rezeki Kerana Istighfar.*

‎فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا ( ) يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُم مِّدْرَارًا

"Beristighfarlah kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, pasti Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan memperbanyak harta.” (Surah Nuh : 10-11).

*6. Rezeki Kerana Menikah.*

‎وَأَنكِحُوا الْأَيَامَىٰ مِنكُمْ وَالصَّالِحِينَ مِنْ عِبَادِكُمْ وَإِمَائِكُمْ إِن يَكُونُوا فُقَرَاءَ يُغْنِهِمُ اللَّهُ مِن فَضْلِهِ

"Dan nikahkanlah orang-orang yang masih membujang di antara kamu, dan juga orang-orang yang layak dari hamba sahayamu baik laki-laki dan perempuan. Jika mereka miskin, maka ALLAH akan memberikan kecukupan kepada mereka dengan kurnia-Nya." (Surah An-Nur : 32). 

*7. Rezeki Kerana Anak.*

‎وَلَا تَقْتُلُوا أَوْلَادَكُمْ خَشْيَةَ إِمْلَاقٍ نَّحْنُ نَرْزُقُهُمْ وَإِيَّاكُمْ

"Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu kerana takut miskin. Kamilah yang akan menanggung rezeki mereka dan juga (rezeki) bagimu.” (Surah Al-Israa' : 31). 

*8. Rezeki Kerana Sedekah.*

‎مَّن ذَا الَّذِي يُقْرِضُ اللَّهَ قَرْضًا حَسَنًا فَيُضَاعِفَهُ لَهُ أَضْعَافًا كَثِيرَةً

"Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada ALLAH, pinjaman yang baik (infak & sedekah), maka ALLAH akan melipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipatan yang banyak." (Surah Al-Baqarah : 245).


Solat Awal Waktu


Rasulullah s.a.w. bersabda: "Jika seorang hamba menegakkan solat pada waktunya, solat itu naik ke langit dan memiliki cahaya hingga ke “Arsy” dan cahaya itu memohonkan ampun untuk hamba tersebut.

Barangsiapa yang memelihara solatnya, niscaya Allah memuliakannya dengan 3 hal:
1. Dihilangkan darinya kesempitan hidup dan siksa kubur
2. Allah memberikan kitab kepadanya dengan tangan kanan-Nya
3. Dimudahkan melintasi laluan di atas ash-shirath

Namun barang siapa yang meremehkan solatnya, Allah akan menyeksanya dengan 11 macam seksaan:
5 macan di antaranya diberikan di dunia
3 macam darinya ketika menghadapi sakaratul maut
3 macam dari ketika di dalam kubur

Yang di berikan azab di dunia adalah:
1. Dicabut barakah dari umurnya
2. Dihapuskan tanda orang orang soleh di wajahnya
3. Di setiap kebaikannya tidak mendapat pahala
4. Doanya tidak di angkat ke langit
5.Tidak memperolehi bahagian dari doa orang orang soleh

Yang diberikan azab ketika menghadapi sakaratul maut:
1. Kematian dalam keadaan hina
2. Kematian dalam kelaparan dan kehausan yang luar biasa
3. Apabila diberikan minuman tidak dapat menghilangkan dahaga meskipun seluas air laut yang 
   diminumnya.

Yang diazabkan ketika di dalam kuburan:
1. Kuburnya menjadi sempit sehingga remuk tulangnya
2. Dinyalakan api di dalam kuburnya sehingga berguling-guling dirinya di atas bara api siang dan 
    malam.
3. Dikerumuni ulat-ulat yang bernama asy-syuja al aqra’ yang matanya dari api, kukunya dari besi 
    dan panjangnya sepanjang jarak perjalanan sehari semalam

Demikianlah dahsyatnya azab azab untuk orang orang yang meninggalkan solat sewenang-wenangnya. Itu belum lagi termasuk azab saat ketika di keluarkan dari kubur kelak.

Semoga penulisan ini dapat membangkitkan keinsafan dan di segerakan menunaikan solat kerana meninggalkan solat itu bukanlah hal yang mudah di hari perhitungan kelak.

Sebelum terlambat marilah segera kita saling mengingatkan...

Saturday, July 22, 2017

Merai Tetamu






Petua dari NORIZAN SHARIF:

Apabila buat rumah terbuka, majlis perkahwinan atau apa saja majlis seumpamanya, manfaatkan tips berikut:

1. Berikan jemputan peribadi. Personalised the invitation. Cara yang paling mudah letakkan nama tetamu yang dijemput. Elok letakkan nama itu di WhatsApp atau kad jemputan.

2. Hadkan bilangan jemputan. Usah buat tetamu sebagai "nombor" untuk dimegahkan. Elakkan berbangga dengan bilangan tetamu yang hadir, sebaliknya tumpu kepada kualiti layanan kita kepada mereka.

3. Apabila menyambut tetamu, sebutkan nama mereka. Gunakan nama timangan, itu lagi baik. Sekiranya kita tidak kenal tetamu, itu tandanya kita menjemput terlalu ramai.

4. Selepas bersalaman dan menerima kedatangan, tanya khabar dan berbual seketika. Usah terus kata, "jemput makan." Mereka datang untuk menziarahi kita, bukan nak makan. Kalau sekadar nak makan, lebih baik pergi kedai mamak.

5. Berjalan dari meja ke meja untuk berbual dan bertanya khabar tetamu. Setakat sambut di pintu, tak cukup. Sekiranya kita tak mampu bertemu mereka di meja, itu tandanya tetamu kita terlalu ramai.

6. Usah biarkan tetamu makan sendirian. Temankan dia makan buat seketika. Sekiranya kita (atau anggota keluarga kita) tak mampu temankan dia, sekali lagi itu menunjukkan majlis kita terlalu besar.

7. Usah memilih cara layanan. Dalam tiga majlis perkahwinan anak-anak, saya tak sediakan meja VIP walaupun ada menteri dan Tan Sri yang datang. Semua tetamu saya raikan sama saja dan saya tidak memilih dalam memberikan layanan.

8. Usah bercakap keburukan tetamu kepada tetamu yang lain, walaupun di belakang mereka. 

9. Selepas tetamu pulang, hantar WhatsApp ucap terima kasih. Adalah lebih elok jika kita hantar gambar yang diambil bersama tadi. Itu menjadikan mereka berasa kehadiran dihargai.

10. Usah megah dengan bilangan tetamu yang hadir. Saya cuba mengelak untuk hadir majlis sekiranya saya hanyalah satu dari 10,000 orang yang hadir. Sekiranya diberikan pilihan, saya lebih suka hadir majlis di bawah 500 orang di mana tuan rumah boleh berikan masa yang banyak untuk tetamu.

Ada lagi nak tambah bagaimana nak menjadikan tetamu berasa dihargai apabila mereka datang ke majlis kita?


Gali Ilmu Sebelum Kuburmu Digali





Mati kita tidak bawa sakit.
Mati kita bawa dosa dan pahala.

Orang berharta akan ditanya, "Apa kamu buat dengan harta itu?"

Sebelum mati, Allah bagi harta maka infaq lah ke jalan Allah, baru ada keberkatan dan manfaatnya.

Allah bagi kesihatan, maka gunalah kesihatan yang baik itu untuk banyak khidmat di jalan Agama, barulah ada keberkatan dalam nikmat kesihatan yang Allah bagi pinjam itu.

Para sahabat dulu pergi berperang niat tidak mahu pulang, azam mati syahid.

Nampak balasan syurga di depan mata.

Di dunia bertanam-tanaman, di Akhirat petik buahnya.

Kita kena duduk dalam jemaah untuk menjana kekuatan dan tidak mudah tunduk pada godaan dan tipu helah syaitan.

Allah telah memilih kita jadi orang beriman, maka bersyukurlah dengan sebenar-benar syukur.

Masih ramai orang di luar sana yang tidak dipilih Allah untuk jadi orang beriman.

Kita di pilih untuk menjadi tetamu-Nya di Rumah-Nya (Masjid) sedangkan ramai yang tidak terpilih walaupun rumah mereka di tepi pagar Masjid 

Ramai orang yang tiada kenderaan atau tidak berumah besar atau duduk jauh dari masjid tapi di ilih Allah untuk menjadi tetamu-Nya.

Sedangkan ramai orang yang diberi rezki yang banyak, segala kemudahan seperti kereta mewah, rumah banglo atau rumah dekat dengan masjid tapi di hijab hatinya untuk nampak masjid walaupun masjid tersergam di depan mata, di beratkan kaki untuk melangkah masuk di pintu masjid.

Cnp 

Terima kasih pada penulis asal

Friday, July 21, 2017

Kebumikan Di Mana Jenazah Meninggal




Imam Ahmad , an-Nasa’i dan Ibnu Majah meriwayatkan daripada Abdullah bin Amr Radhiyallahu ‘Anhuma telah berkata : ” Seorang lelaki kelahiran kota madinah meninggal dunia di Madinah. Maka Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah menyembahyangkan jenazahnya.
Baginda kemudiannya bersabda : ” Alangkah baiknya andai kata beliau meninggal dunia bukan pada tempat kelahirannya.”
Mereka ( para sahabat ) bertanya : ” Kenapa begitu ya Rasulullah?.“

Baginda bersabda : “Sesungguhnya apabila seorang lelaki meninggal dunia bukan pada tempat kelahirannya, akan dihitungkan (ganjaran pahala seluas) jarak antara tempat kelahirannya hingga ke tempatnya di syurga.
[ HR. Ahmad, an-Nasa’i dan Ibnu Majah)
Dalam Islam, di mana kita meninggal maka di situlah pusara kita. Kita ditegah mengangkut mayat tersebut untuk dibawa ke tempat lain. Banyak antara kita berbuat begini. Jenazah diterbangkan beribu batu, sebelum diterbangkan, jenazah itu akan tersimpan lama di rumah mayat.
Ini menyeksakan mayat. Kalau kasih kita padanya kebumikanlah dia di tempat dia meninggal. Menyegerakan pengkebumian adalah perintah Allah dan dikuburkan ditempat kematian juga adalah perintah Allah. Dia milik Allah dan kita yang hidup jangan melanggar perintah Allah.
Bila nak bawa balik ke kampung, maka azab pada mayat yang belum dikebumikan semakin bertambah2, contoh, dasar kerajaan US ini bila jenazah hendak diterbangkan. ialah sebelum jenazah itu dibawa menaiki pesawat, maka segala cecair dalam tubuh jenazah termasuk otaknya akan disedut supaya memastikan jenazah itu benar-benar kering (on medical ground). Lepas itu dikeluarkan sijil kelulusan untuk naik pesawat. Bukankah ini suatu seksaan pada jenazah orang yang kita kasihi. Cecair dalam tubuhnya itu adalah sebahagian dari anggotanya yang mahu dikebumikan bersama jasad, tetapi telah disedut dan jasad pula dikimiakan. Alangkah malangnya. 
Kemuliaan, jenazah atau kubur itu tidak tergantung di mana letaknya kubur itu. Kemuliaan dan keselamatan jenazah di alam kubur adalah tergantung kepada taqwa dia kepada Allah semasa hayatnya. Walau mati di mana sekalipun, kubur akan menjadi salah satu dari Taman Syurga atau salah satu dari lubang neraka. Orang islam yang faham sanggup mati dan dikebumi di mana sahaja sebab bumi ini semuanya hak mutlak Allah Taala dan di mana sahaja dia boleh beristirehat setelah hidup sebagai seorang hamba soleh/solehah yang bertaqwa, insya’Allah. 
Marilah kita sama-sama ambil iktibar

Kitaran Hidup



Ketika umur kita bawah 10 tahun, kita percaya bahawa bermain merupakan perkara sangat penting. Sebab itu kita suka bermain. Pagi petang siang malam mahu bermain.

Ketika umur kita belasan tahun pula, kita merasakan kebebasan itu lebih penting. Sebab itu kita ingin menyuarakan pendapat sendiri. Ingin suara didengari. Kita banyak memberontak dan sedikit keras kepala. Kita menjadi degil dan tidak mahu mendengar kata.

Beranjak kepada umur 20-an, kita berasakan pendidikan dan kerjaya pula penting. Sebab itu kita belajar bersungguh-sungguh untuk memperoleh kerjaya yang setimpal. Kadang-kadang kita berasa menyesal tidak belajar bersungguh-sungguh dahulu. Melihat kawan-kawan mendapat pekerjaan yang baik kita berasa cemburu. Alangkah ruginya kita mempersiakan hidup sebelum ini.

Meningkat kepada umur 30-an, kita semakin sedar bahawa kewangan itu pula penting. Masa inilah kita sedang membina hidup. Membina keluarga. Ingin membeli kereta,  rumah, tanah, aset, melancong dan sebagainya.

Namun akhirnya, kita akur tatkala memasuki fasa 40-an. Bahawa perkara yang paling penting dalam hidup ialah kesihatan. Kekayaaan dan lain-lain tidak bermakna dengan tahap kesihatan yang tidak memuaskan. Pada masa ini darah tinggi, kencing manis, jantung sakit  dan lain-lain sedang cuba melamar. Masa inilah kita menyesal kerana sibuk dengan kerjaya sehingga lupa untuk bersenam, menjaga kesihatan ketika umur remaja dan meningkat dewasa.

Memasuki era 50-an, tatkala kita sudah memiliki semua impian, akhirnya kita sedar bahawa perkara yang lagi penting dalam hidup ialah kasih sayang. Kita sedikit kesunyian tatkala anak-anak sudah berkahwin dan tinggal di tempat lain. Anak-anak yang sibuk dengan kerjaya menjadikan kita rindu saat-saat indah bersama mereka di usia kecil. Rumah banglo besar, kereta besar seakan-akan tidak lagi bermakna. Rumah besar kosong dan sunyi sepi. 

Kehidupan mesti diteruskan. Tatkala memasuki usia 60-an, kita semakin sedar bahawa hanya amal ibadat perkara yang cukup bermakna sebagai bekalan menuju ke sana. Segala kemewahan dan kebendaan tidak lagi bermakna. Kubur bakal menjemput bila-bila masa. Rumah hampir setiap hari menyatakan selamat tinggal. Mujurlah Tuhan masih membuka pintu dan menerima taubat yang kita pohon.

Demikianlah kitaran hidup. Kanak-kanak akan menjadi remaja. Remaja akan menjadi dewasa. Dan dewasa akan melangkah ke alam usia emas. Usia hanyalah pinjaman. Dunia hanyalah pinjaman. Amatlah rugi jika kita mempersiakan hidup dengan perkara yang merugikan dan melalaikan. Terlibat dengan hiburan yang melekakan, berkawan dengan rakan yang melalaikan, atau terlalu sibuk dengan kebendaan.

Hidup ini hanya sementara kawan. Kejarlah akhirat sebelum tertiarap. Dunia juga penting. Kerana dengan dunialah kita akan ke akhirat. Semoga kita semua kekal dalam keberkatan, keredaan dan kasih sayang Tuhan.

"Salam Seribu Kemaafan untuk  Semua"

[Ustaz Hasnan Fan Club]
[Foto Saiful Nang]