Tuesday, July 31, 2012

Berbelas Kasihan


serenemaklong.blogspot.com



DARIPADA Abu Hurairah r.a., Rasulullah saw bersabda, mafhumnya: “Sesungguhnya Allah berfirman pada hari kiamat:

Allah: Wahai manusia, Aku sakit tapi kamu tidak menjenguk-Ku.

Manusia: Bagaimana aku dapat menjenguk-Mu sedangkan Engkau Tuhan semesta alam?

Allah: Tahukah kamu bahawa hamba-Ku, polan bin polan sakit tetapi kamu tidak menjenguknya. Padahal seandainya kamu menjenguknya, nescaya kamu mendapati Aku di sisinya.
Wahai manusia, Aku minta makan kepadamu tapi kamu tidak memberi makan kepada-Ku.  

Manusia: Bagaimana aku boleh memberi makan kepada-Mu sedangkan Engkau Tuhan semesta alam? 

Allah: Tidakkah kamu tahu bahawa hambaku-Ku, polan bin polan meminta makan kepadamu, tapi kamu tidak memberi makan kepadanya. Tahukah kamu sekiranya kamu memberi makan kepadanya, nescaya kamu mendapat pahala di sisi-Ku.
Wahai manusia, Aku meminta minum daripadamu tapi kamu tidak memberi minum kepada-Ku.

Manusia: Bagaimana aku boleh memberi minum kepada-Mu sedangkan Engkau Tuhan semesta alam?

Allah: Tahukah kamu bahawa hamba-Ku, polan bin polan meminta minum daripadamu tetapi kamu tidak memberinya minuman. Padahal seandainya kamu memberi minum kepadanya, nescaya kamu mendapat pahala di sisi-Ku. 

(Hadis Riwayat Muslim) 

(Sumber foto: Facebook)

Monday, July 30, 2012

Halal Haram di Facebook


serenemaklong.blogspot.com

(Peringatan daripada Ustaz Dr Haji Zaharuddin bin Haji Abdul Rahman)

                              
TERDAPAT beberapa cara penggunaan Facebook yang patut ditegah dan boleh jatuh kepada haram, malah berganda-ganda haramnya. Perlakuan dan perbuatan melalui Facebook yang boleh mengundang dosa terlalu banyak namun di sini cukup disenaraikan enam perkara.

     Mendedah keaiban suami / isteri di Facebook:
Terdapat beberapa kes di mana secara langsung atau tidak langsung, pemilik Facebook meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci, marah terhadap pasangan di ruang status. Kemudian, status tersebut mendapat pelbagai komentar daripada rakan-rakan. 

Sebagai contoh, ada yang secara terbuka mendesak suami membeli rumah, kereta, pinggan mangkuk, perabot, pakaian dan sebagainya melalui status mereka. Ini membuat suami rasa tertekan.

Seperti yang disuarakan oleh ramai pakar dalam bidang hubungan rumahtangga, kebanyakan wanita suka berkongsi dan meluahkan perasaan kepada orang lain sebagai pelepas kepada beban yang ditanggung. Adakalanya ia mungkin bukan bertujuan untuk menjatuhkan suaminya, bukan pula untuk membuka aib suami atau mencari penyelesaian. Pendedahan itu hanya sebagai pelepas tekanan di dalam diri.

Namun tanpa disedari perbuatan tersebut tergolong dalam mengumpat yang diharamkan oleh Islam. Mereka tidak boleh sewenang-wenang bercerita perihal rumahtangga atau pasangan  secara terbuka sama ada melalui Facebook, kepada rakan di pejabat dan sebagainya. Sebarang masalah yang sudah tidak dapat diselesaikan hanya boleh diluahkan kepada orang yang diyakini mempunyai autoriti seperti ibubapa, mertua dan adik beradik yang boleh berperanan membantu, bukan berpotensi mengeruhkan lagi keadaan. Boleh juga dikongsikan secara tertutup kepada pihak ketiga seperti Qadhi, Mufti, para ilmuan, ustaz, ustazah atau Kaunselor Rumahtangga.

Pendedahan masalah dan info yang boleh mengaibkan suami / isteri TIDAK BOLEH DISEBARKAN melalui Facebook. Apabila dilakukan, ia mengundang dosa.

Terdapat sebahagian info yang tidak secara langsung mengaibkan pasangan, di mana orang lain dapat ‘membaca' dan mengetahui secara tersirat bahawa si pemilik sedang ‘berperang dingin' dengan pasangan, gagal memenuhi kehendaknya atau bersifat kurang baik terhadap dirinya.

Ingatlah, rumahtangga adalah amanah. Jangan runtuhkannya melalui Facebook. Beramanahlah, berikan suami / isteri anda  password  masing-masing agar mereka sentiasa boleh meneliti mesej-mesej yang dihantar kepada anda. Pasangan boleh juga berperanan selaku penyemak dan memadam (delete) mana yang perlu jika ia dimasukkan secara emosi tanpa pertimbangan akal yang wajar.

    Terlebih gambar:
Ada di kalangan wanita hari ini inginkan kecantikannya dipuji. Oleh itu, semakin ramai wanita memuatkan gambar mereka, sama ada jarak dekat, sangat dekat 
(sehingga memenuhi  kotak gambar) dan jauh (beramai-ramai atau seorang diri).  Ditambah pula dengan gaya, aksi dan fesyen yang pelbagai.

Agak pelik juga kerana sebahagian mereka sudah bersuami dan si suami seolah-olah memberi sepenuh keredhaan atas tayangan gambar sedemikian kepada khalayak tanpa sebarang rasa cemburu dan prihatin. Lebih merbahaya, ramai pula lelaki yang menonton, sebahagiannya memberikan pujian, malah ada yang berani membuat ‘lamaran' nafsu.

Pemilik Facebook yang sepatutnya mampu mengawal dan memadam sebarang komen kurang beretika, kelihatan membiarkan sahaja lamaran nafsu seperti ajakan berdating dan kahwin muncul di ruang komentar gambarnya padahal dia telah bersuami. Dia sedikitpun tidak rasa bersalah.

Di ruang komentar, lelaki dan wanita yang telah beristeri dan bersuami bergurau senda, kononnya atas tiket kawan lama, sepejabat dan sebagainya. Itu berdosa, malah jika masih bujang sekalipun, ia tetap BERDOSA dan SALAH di sisi Islam kerana termasuk dalam kategori larangan Allah ‘janganlah kamu menghampiri zina'.

Ramai lelaki menjadi dayus kerana gambar isteri terdedah aurat atau menutup aurat kurang sempurna ditayang  sehabisnya di Facebook.

    Penyamaran:
Terdapat lelaki yang menyamar sebagai wanita untuk menjadi friend dan seterusnya mendapatkan maklumat wanita tersebut. Ada dilaporkan juga bahawa sebahagian lelaki itu berang bila permohonannya untuk menjadi ‘friend' seseorang wanita tidak diluluskan. Akibatnya, si lelaki tidak mendapat kemudahan akses kepada gambar-gambar wanita tersebut. Bagi membolehkan dia mendapat akses, lelaki itu menyamar menjadi wanita dan meletakkan gambar mana-mana wanita yang boleh dijumpai secara mudah di internet sebagai dirinya. Melalui cara itu, lelaki ini berjaya menjadi friend dan menonton seluruh gambar wanita terbabit dan berbuat apa yang disukainya dengan gambar itu.

Si wanita yang pada asalnya merasa selamat kerana telah menapis gambar-gambar itu sebaik mungkin, rupa-rupanya masih terdedah apabila gambarnya dikongsi dengan orang yang tidak sepatutnya. Kerana itu, walau anda hanya membenarkan friend untuk menatapi gambar anda, pastikan semua gambar tersebut masih terhad dan terjaga.

    Muat turun gambar untuk simpanan dan tatapan:
Akibat gambar wanita ‘bersepah' di Facebook, terdapat lelaki berhati buas yang memuat turun gambar tersebut dan disimpan sebagai koleksi peribadi. Wanita yang dikurniakan Allah dengan ‘rupa' yang menurut pandangan ramai sebagai elok dan menawan harus berwaspada.

Malangnya, golongan inilah yang kelihatan lebih ghairah menjaja gambar mereka untuk mendapatkan lebih banyak pujian dan DOSA. Simpan sahaja gambar-gambar 'kiut' (cute) anda buat tatapan suami. Cukup dengan pujian rakan sekeliling yang benar-benar mengenali anda. Tidak perlu tamakkan pujian manusia luar. 

Tunggu sahajalah pujian para malaikat dan bidadari di Syurga nanti.  Sedarlah, kecomelan anda mungkin meruntuhkan rumahtangga orang dan menimbulkan rasa cemburu wanita lain, kerana boleh wujud gejala suami-suami membanding-bandingkan wajah dan tubuh anda dengan isteri masing-masing. Jika itu berlaku, pemilik gambar mendapat saham dosa.

    Tagging gambar tanpa izin dan gambar silam yang membuka aurat:
Tagging atau menandakan sesuatu gambar yang disiar merupakan satu fungsi mudah untuk menyebarluaskan gambar kepada kenalan dan rakan. Malangnya fungsi ini menjadi sumber dosa yang banyak. Isu ini juga pernah ditulis oleh beberapa penulis lain seperti Ust Abu Umair dan Sdr Shahmuzir. Saya ingin menegaskan lagi tulisan mereka.

Kini terdapat ‘trend' menyebarkan gambar-gambar lama, kemudian meletakkan tagging kepada individu di dalam gambar itu. Perlu disedari bahawa setiap gambar yang di'tag', akan muncul dan boleh dilihat oleh semua friend, dan rakan kepada friend tersebut. 

Ini boleh menjadi dosa, kerana:
       Sebahagian individu di dalam gambar terbabit mungkin dahulunya tidak menutup aurat tetapi kini telah menutup aurat. Justeru penyebaran gambarnya yang tidak menutup aurat adalah haram.

       Individu terbabit berada di dalam rumah bersama keluarga, justeru penutupan auratnya tidak begitu sempurna dan gambarnya pula diambil dalam keadaan ‘candid'.  Akibat ketidakperihatinan sebahagian ahli keluarga terhadap hal aurat gambarnya, kini ia telah  disebar.

      Sepatutnya, kita yang di'tanda' boleh dengan segera delete 'tag' itu, hasilnya walau gambar masih tersiar tetapi ia tidak mempunyai sebarang pengenalan. Itu paling kurang boleh dilakukan oleh individu yang prihatin dan berawas-awas. Malangnya, sebahagian pemilik Facebook tidak sedar mereka boleh ‘untagged' nama mereka. Malah kalau mereka  boleh untagged sekalipun, penyebaran gambar sedemikian tetap salah dan berDOSA di dalam Islam.
      
       Gambar yang mengaibkan orang lain. Gambar yang disiarkan itu, walaupun menutup aurat, tetapi dalam situasi mengaibkan. Mungkin ia tidak mengaibkan individu yang menyiarkannya kerana dia dalam keadaan baik dan bagus. Namun rakannya berada dalam situasi mengaibkan. Tambahan pula dia kini merupakan ‘seseorang' yang terhormat, punyai kedudukan baik di mata masyarakat,. Apabila gambar sedemikian disiarkan, ia mencemar nama baiknya. Penyiaran sebegitu sama seperti mengutuknya secara langsung di khalayak ramai, sama ada sengaja atau tidak.

       Semua perlu sedar bahawa anda mungkin bebas menyiarkan gambar anda sendiri tetapi  bukan gambar orang lain. Dapatkan keizinan terlebih dahulu sebelum siaran dibuat.

    Mengutuk diri sendiri dan kebaikan
    Terdapat juga wanita-wanita yang berpenampilan cukup solehah, berpakaian extra caution dalam bab aurat sewaktu di universiti atau sekolah. Namun sesudah masuk ke alam pekerjaan dan perkahwinan, imejnya berubah begitu drastik dengan mekap cukup jelas menghiasi wajah, baju bekerlipan warnanya, yang tebal dahulu sudah jadi nipis, adakalanya tidak sempurna dan macam-macam lagi. Seribu satu macam alasan diberikan. Si suami pula mungkin bukan dari jenis orang yang cermat untuk menegur dan menasihat.
    
Yang menyedihkan, apabila gambar lama yang berpakaian extra caution lagi sopan di Facebook disiarkan oleh rakan-rakan lama, tuan punya tubuh pula kelihatan tanpa malu dan segan mengutuk diri sendiri sama ada secara langsung atau tidak langsung.  Lahirlah kata-kata seperti, ‘zaman aku ekstrem', ‘zaman solehah', ‘waktu innocent', zaman suci', ' zaman kuno', 'masa duduk bawah tempurung' dan lain-lain frasa yang sepertinya.

Tanpa disedari, dia mendedahkan keaiban diri sendiri. Apabila berkata ‘zaman solehah’ ini bermakna bahawa kini dia mengaku tidak lagi solehah, tidak suci dan lain-lain. Ia juga sekaligus seolah-olah mengutuk pemakaian sopan dirinya dahulu. Ingatlah wahai diri, jika tidak mampu istiqamah di atas pakaian dan penampilan dahulu, jangan pula sampai mengutuk, kerana ia sama seperti mengutuk pakaian yang sopan lagi baik.

     Kesimpulan
Facebook boleh menjadi sumber pahala jika diguna dengan betul, dan boleh menjadi pemudah azab jika digunakan tanpa ilmu dan batasan. Berhati-hati dan berpada-padalah wahai pemilik Facebook.

Niat untuk mendekatkan ukhuwwah antara rakan lama, sekolah dan sebagainya tidak sama sekali boleh menghalalkan sembangan mesra, gurauan senda di antara suami dan isteri orang, antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Ia hanya akan membawa  kemudaratan dan keruntuhan rumahtangga. Janganlah permainkan perkataan  'ukhuwwah' untuk berbuat dosa.

‘Ukhuwwah’ hanya terhad kepada yang membawa ingatan pada Allah, mengajak kebaikan dan menjauhi kemungkaran. Lihatlah surah al-Hujurat dan fahamkan Kalam Allah sebaik-baiknya erti ukhuwwah di kalangan mukmin.

Sunday, July 29, 2012

Ahmad Deedat - Pendebat Hebat


serenemaklong.blogspot.com




SHEIKH AHMED HUSSEIN DEEDAT atau lebih dikenali dengan nama Ahmad Deedat, lahir di Gujerat, India pada 1 Julai 1918M bersamaan 22 Ramadhan 1336H. Dia sangat dikenali sebagai seorang pendakwah Islam berkarisma, tawaduk serta bijak berdebat menentang mubaligh kristian.  

Pada 1926, dia terpisah daripada bapanya yang terpaksa berhijrah ke Afrika Selatan demi menyambung kerjaya sebagai tukang jahit. Untuk menghindar kemiskinan, Ahmed Deedat menyusuli bapanya pada 1927. Saat pemergian itu merupakan kali terakhir Ahmed Deedat bersama ibunya yang meninggal dunia beberapa bulan kemudian.

Berada di negeri asing pada usia 9 tahun dan tanpa pendidikan formal serta penguasaan bahasa Inggeris, Ahmed Deedat belajar dengan tekun sehingga menjadi pelajar cemerlang. Kegemarannya membaca telah membolehkan dia mendapatkan biasiswa hingga berjaya menamatkan pendidikan sekolah rendah.  

Kekurangan biaya menyebabkan persekolahannya tertunda. Pada awal usia 16 tahun dia terpaksa bekerja di sebuah kedai berhampiran sebuah sekolah menengah kristian di pantai selatan Natal.

Penghinaan tidak henti-henti daripada siswa mubaligh yang menentang Islam ketika mengunjungi kedai tersebut telah menguatkan azam Ahmed Deedat untuk menghentikan propaganda mereka yang salah.

Sudah ditakdirkan, Ahmed Deedat menemui sebuah buku berjudul Izharul-Haq (Mengungkap Kebenaran) yang mengandungi teknik dan kejayaan usaha umat Islam India membalas gangguan mubaligh kristian selama penaklukan Inggeris dan pemerintahan India. Secara khusus, idea untuk berdebat telah mempengaruhi dirinya.

Ahmed Deedat membeli Bible pertamanya dan mula berdebat serta berdiskusi dengan siswa-siswa mubaligh. Apabila para siswa mengundurkan diri daripada perdebatan yang tajam, Ahmed Deedat menjemput pula guru dan pendeta mereka.

Semua kejayaan itu memacu semangat Ahmed Deedat untuk berdakwah demi membela Islam daripada penyimpangan yang memperdayakan oleh para mubaligh kristian.

Selama tiga dekad dia memimpin kelas pelajaran Bible dan menyampaikan kuliah.Institut As-Salaam yang didirikannya melatih para pendakwah Islam. Selain itu, dia dan keluarganya turut membina bangunan-bangunan termasuk masjid.

Ahmed Deedat adalah pengerusi Islamic Propagation Center International (IPCI) yang menerbitkan lebih 20 buah buku serta menyebarkan berjuta-juta salinan percuma. Dia mengirim beribu-ribu bahan kuliah ke seluruh dunia dan berjaya melawan pendebat-pendebat Bible dalam debat umum. Beribu-ribu orang telah menjadi Islam atas hasil usahanya.

Pada 1986, Raja Faisal, pemerintah Arab Saudi menganugerahi penghargaan yang besar di atas usahanya itu.

Ahmed Deedat kembali ke rahmatullah pada 20 Ogos 2005, namun warisan dan perjuangannya masih berterusan. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atasnya.  
Al-Fatihah.

Striking Green Bounty


serenemaklong.blogspot.com

                                   (Portulaca or Japanese rose)

HAVING vegetable garden not only yields crops, striking colours and aromatic scents, they also complement other ornamentals. At the heart of this endeavour are inter-planting and diversity planting. Both yield more crops and, at the same time, offer a display of striking colours and aromatic scents. Such a garden will deter pests and attract pollinators on its own. In other words, we will have less work and enjoy gardening more.

Growing Conditions

You don’t need a big plot to grow vegetables. For example, brinjal, chilli and cherry tomato can be grown in a pot. Essentially, about 1sq ft (0.1sq m) should suffice.

Pick a spot that receives full morning sun but is shaded in the afternoon. It’s advisable to provide a temporary shelter for the plants in case of excessive heat, heavy rain or strong wind. If necessary, stake the plants.

Good organic soil ensures high-yielding and better crops. So feed the soil with plenty of compost as it is rich in nutrients and improves the water retention and aeration of the soil.

Don’t under-water or over-water the plants. But water thoroughly if the surface of soil is dry to the touch. Remove weeds if any.

Vegetable Selection

Go for vegetables that flourish in hot, wet and humid weather. These include brinjal, okra, chilli, pumpkin, French bean, yardlong bean, winged bean, bitter gourd, corn, carrot and radish.

If you’re thinking of growing tomato, opt for cherry tomato over the larger varieties as it’s more suited to our climate. Besides, high temperatures can disrupt fruit-setting.

Also, choose loose-leafed lettuce over the “hearting” varieties, and shallots instead of onions.

Inter-planting and Diversity Planting

Inter-plant flowers (including flowering fruit trees) and herbs that can complement your vegetables of choice, or vice versa (choose vegetables that will grow well with the plants in your garden). This will help in pollination, pest control and nutrient uptake for a productive crop.

Bright and colourful flowers woo pollinators such as butterflies and bees with their pollen and nectar. Flowers that attract butterflies include ixora, gomphrena, lantana and cuphea, while those that attract bees include portulaca, sunflower, morning glory and blue pea.

Most herbs repel pests with their strong scent and make good companion plants. For example, sage not only deters cabbage moths and worms but also provides the nutrients for better quality cabbage. Basil, meanwhile, helps cabbage, chilli, brinjal, tomato and beans to flourish by attracting butterflies and repelling pests.

Vegetables can become ornamentals before they are harvested for consumption. When grown with different types of plants, their flowers and foliage add colour and texture to your garden.

Grow plants of varying shapes and heights. The short varieties should be grown at the front or at the borders, followed by those in medium height.

Tips
•     For beginners, buy young vegetable plants from the nursery. Once you have learnt how to grow them well, opt to grow from seedlings.
•    Certain vegetables such as corn require a big plot for effective pollination.
•    When growing vegetables in the ground, settle seedlings or young plants during late afternoons so they won’t be “shocked” by the afternoon sun.
•    Mix minced garlic with a few drops of organic dish washing liquid and water and you have a homemade pesticide. Avoid chemical pesticides.
 
(Source: Stephanie Choo/New Straits Times)

Saturday, July 28, 2012

Iman Seorang Imam


serenemaklong.blogspot.com




SEORANG Imam membayar tambang dan duduk di dalam sebuah bas untuk menuju ke masjid. Sebentar kemudia dia terperasan pemandu bas telah memulangkan wang baki lebih daripada sepatutnya sebanyak 20 sen. Sepanjang perjalanan Si Imam asyik memikirkan tentang wang 20 sen itu.

"Perlukah aku memulangkan 20 sen ni? Ah... syarikat bas ni dah kaya... setakat 20 sen apalah sangat", kata hatinya.

Apabila tiba di hadapan masjid, Imam menekan loceng dan bas pun berhenti. Ketika sedang menuruni tangga bas, tiba-tiba dia terhenti  dan berpaling ke arah pemandu dan memulangkan wang 20 sen itu.

"Tadi awak beri saya duit baki terlebih 20 sen."

"Oh, terima kasih! Kenapa Imam pulangkan. Nilainya tak seberapa pun," kata pemandu.

Jawab Imam, "Itu bukan duit saya. Sebagai seorang muslim saya patut bersikap jujur."

Pemandu bas tersenyum dan berkata, "Sebenarnya saya sengaja beri duit baki lebih 20 sen.
Saya nak uji kejujuran Imam yang selalu naik bas ni. Dah berkali-kali saya terfikir hendak memeluk Islam."

Imam turun dari bas dengan seluruh tubuhnya menggigil.
Dia mengangkat tangan dan berdoa, "Astaghfirullah! Ampunkan aku, ya Allah. Aku hampir-hampir menjual harga sebuah Iman dengan 20 sen!!!

(Adaptasi dari kisah dalam www.guablog.com)


Friday, July 27, 2012

Kali Terakhir Kau Lihat Wajahnya




KELUARGA memang menjadi sumber kekuatan kita. Kerana itu keluarga patut dihargai pada setiap masa. Never take your family members for granted!

Seorang datuk gembira melayan cucu-cucunya, namun setengah jam kemudian dia pitam lalu terus menghembuskan nafas terakhir.

Seorang anak keluar bermain bola di padang di hadapan rumah teresnya. Tidak lama selepas itu dia meninggal dunia akibat terkena renjatan arus elektrik dalam air yang tergenang di tepi sebatang tiang lampu di mana kotak kuasanya sedang terbuka.

Satu upacara perkahwinan sedang berlangsung. Adik pengantin perempuan keluar rumah dengan motosikal untuk membeli ais tambahan bagi para jemputan yang hadir. Setengah jam kemudian ibu pengantin pengsan setelah diberitahu bahawa anaknya telah menjadi mangsa kemalangan langgar lari.

Semua paparan di atas adalah kisah-kisah benar yang telah berlaku dan mungkin akan terus berlaku. Kita harus ingat bahawa nyawa kini semakin rapuh. Hargai mereka yang berada di samping kita sepenuhnya.

Didik ahli keluarga kita supaya saling bersalaman memohon ampun maaf di atas segala kesilapan yang mungkin dilakukan pada hari itu. Kemudian bolehlah beredar ke bilik tidur dengan ucapan sekurang-kurangnya "Assalamualaikum", bukan "Selamat Malam" atau "Goodnight".  Ucapan salam secara Islam membawa manfaat lebih bererti.

Mengapa perlu dilakukan begini? Sebenarnya kita tidak tahu apakah ahli keluarga ataupun kita sendiri akan terjaga lagi daripada tidur itu. Ajal maut hanya Allah SAW yang menentukan. Bila tiba saat kematian, ia tidak mungkin diundurkan walau sedetik pun.

Apabila seseorang ahli keluarga hendak keluar rumah, walaupun sekadar untuk ke kedai runcit berhampiran, hantarlah dia di muka pintu. Iringi pemergiannya dengan doa. Andainya berlaku sesuatu yang buruk, kita tidak akan rasa kesal sebab kita telah melihat wajahnya pada kali terakhir. Kita redha dengan pemergiannya. Dan kita sentiasa mengingati saat-saat indah bersamanya.

Sayangi anak-anak kita...cintai suami/isteri kita....Hargai keluarga kita!!! 



   

Wednesday, July 25, 2012

Hias Balkoni


serenemaklong.blogspot.com



RUANG balkoni kediaman, tidak kira rumah pangsa, apartmen, kondominium atau rumah teres atau banglo bertingkat boleh dimanfaatkan dengan baik.

Khaskan satu sudut di ruang di balkoni untuk dihias dengan pelbagai tanaman hiasan dan aksesori taman.



Tanaman hiasan secara solo dalam pasu disusun menjadi sebuah taman mini. Sebagai alternatif beberapa beberapa pokok yang dipilih boleh juga diletakkan dalam kekotak tingkap (window box) atau ditanam dalam pasu besar dan disusun menjadi satu gubahan menarik.  



Susun pokok paling tinggi di bahagian belakang. Pokok yang rendah diletakkan di hadapan, di kiri dan kanan pokok tinggi tadi. Pokok paling rendah atau pokok menjalar ditanam di hadapan sekali. Kaedah susunan begini membolehkan setiap pokok dapat dilihat dan tidak terlindung di antara satu sama lain. Lagipun ia kelihatan kemas dan menarik.

Gantung pokok hiasan yang ditanam dalam pasu atau raga gantung bagi menjimatkan ruang terutama jika kawasan itu agak sempit. Namun, jika ruang itu luas, gunakan trellis atau para-para untuk pokok menjalar atau pergola bagi menggantung lebih banyak pokok.

Pokok yang sesuai digantung adalah pokok episcia, pokok gincu, pokok cendol, pelbagai paku pakis seperti paku tanduk rusa dan paku langsuyar.

Penjagaan:

Siram dan sembur air di bahagian daun terutama pada hari panas supaya kelihatan subur.

Gunakan baja organik atau baja kimia. Ikuti arahan pada pek baja itu  mengenai cara dan kekerapan pembajaan.

Pangkas ranting yang mati.

Pokok perlu didedahkan kepada cahaya matahari sekerap mungkin atau ditukar ganti setiap minggu dengan pokok yang baru supaya ia kelihatan subur dan sentiasa menarik.

Elemen hiasan:

Hiasan yang boleh digunakan termasuk set air terjun, tempayan antik atau pasu yang unik bentuknya.

Batu kecil pelbagai saiz boleh diguna supaya kelihatan semula jadi.

Perabot taman seperti kerusi kayu boleh juga diletakkan bagi memudahkan ahli keluarga duduk bersantai.

Pasangkan lampu bagi menerangi ruang ini pada waktu malam.

Kesan air terjun, sinaran cahaya lampu dan susunan pelbagai tanaman menghijau pasti memberi impak kepada suasana di balkoni kediaman terutama pada waktu malam.

Tip:

Jika ruang balkoni banyak disinari cahaya matahari, hiaskan pula dengan pelbagai tanaman berbunga yang sesuai. Tanam dalam pasu atau bekas lain supaya ia boleh diubah untuk didedahkan kepada cahaya matahari apabila perlu.

Namun jika kawasan itu terdedah kepada sinaran cahaya matahari yang terlalu teruk, lindungi kawasan tersebut dengan jaring hijau atau hitam supaya tanaman tidak mudah melecur dan mati kekeringan.

Ruang yang teduh pula hanya sesuai ditanam dengan pokok berdaun seperti genus aglaonema, dracaena, syngonium, epipremnum dan sanseviera.

(Sumber: Adaptasi dari artikel Abu Bakr As-Siddiq dalam Berita Minggu)





Monday, July 23, 2012

Mungkinkah kita jadi begini?


serenemaklong.blogspot.com


TULANG kerangka hanya dibaluti kulit semata-mata. Tanpa kulit itu  tubuh pasti hancur bersepai. Mereka bukan berpuasa sebulan dalam setahun, tetapi mereka berpuasa sepanjang hayat. Konsep sepanjang hayat bagi mereka mungkin hanya sekadar 20 tahun atau jauh kurang daripada itu. Buka puasa bagi mereka hanya seketul ubi, sebiji pisang, sekeping roti kecil, atau apa-apa sahaja yang ada, dan air minum pula  belum tentu bersih. Dalam segala kepayahan itu mereka tetap juga menjalankan perintah Allah.

Kalau di Somalia, rakyatnya mati kerana kurang makan, tetapi di Malaysia ini orang mati akibat terlebih makan. Makan berlebihan  membawa kepada obesiti, diabetes, kanser, sakit jantung dan segala macam penyakit yang bermula daripada gaya hidup melampau.

Kalau pergi ke majlis jamuan, bermacam jenis makanan ditimbun di atas pinggan. Adakah semuanya habis dimakan? Lazimnya tidak. Sedih  hati melihat makanan dibazirkan seperti itu – makanan yang kemudiannya berakhir di tapak pelupusan sampah. Menjadi habuan haiwan liar, termasuk babi hutan. 

Memang lumrah manusia ini, bila perut kenyang, sering lupa kepada Maha Pencipta. Si perut kenyang sanggup bercakaran dengan sesiapa sahaja asalkan mendapat harta, kuasa dan kedudukan yang amat didamba. Di matanya hanya ada orang-orang atasan, golongan kayawan, hartawan, jutawan, bangsawan. Satu lagi konsep “wan” iaitu dermawan tidak ada dalam kamus. Si perut kenyang tidak mahu melihat ke bawah – ke arah golongan serba susah, serba sempit. Silaturrahim dan ukhuwah yang menjadi asas kukuh umat Islam zaman Rasulullah saw dahulu kini hanya layak diinjak di bawah tapak kaki.

Bilangan penduduk dunia berlipat ganda sedangkan sumber terhad. Tanah pertanian semakin menyempit, air untuk kegunaan harian semakin menghilang. Jangan hairan jika satu hari nanti rakyat Malaysia terpaksa berpuasa sepanjang hayat seperti penduduk Somalia!!! 

(Sumber Foto: Facebook)

Saturday, July 21, 2012

SGO - Suntik suasana ceria


serenemaklong.blogspot.com



SAMA ada sebagai penyeri atau sekadar mencari unsur kelainan, mengganti pintu dan tingkap dengan kaca berwarna SGO tidak membabitkan penggunaan konkrit atau kerja meruntuh.

Justeru, pemasangan kaca berwarna SGO mudah kerana bersih dan cepat. Hanya pastikan bahagian mana yang ingin dipasangkan kaca berwarna. Kedudukannya perlu mengutamakan soal keselamatan keluarga, kesesuaian tempat letak dan tahap ketinggian ruang.

Setelah tempat (tingkap, pintu atau mana-mana sudut) dikenal pasti, fikir mengenai motif rekaan dan warna bersesuaian.

Antara keistimewaan pemasangan kaca berwarna SGO ialah boleh memilih motif dan rekaan yang dihajati. Motif paling popular di kalangan pelanggan adalah bunga, abstrak dan berunsurkan keislaman.

Tidak terbatas untuk pintu dan tingkap sahaja, kaca berwarna SGO juga boleh dibuat pemidang, hiasan dinding, pintu kabinet, dinding tumpuan dan siling. Kaca berwarna SGO tidak mudah luntur biarpun terdedah kepada pancaran matahari kerana dilengkapi perlindungan sinaran ultra ungu sehingga 99 peratus.

Produk terbarunya ialah kaca berlamina SGO. Menggunakan kaca keselamatan yang tahan hentakan, produk ini juga sesuai dijadikan dinding tumpuan, pemidang dan hiasan dinding. Anda hanya perlu memilih bahan untuk dilamina, misalnya songket, batik, daun kering, gambar., suratkhabar atau apa sahaja.  Setelah dilamina, kaca itu boleh dipasang atau digantung. Hasilnya amat cantik dan pasti mencuri pandangan setiap tetamu yang berkunjung ke rumah.

Kebaikan produk SGO
-         menepati piawaian keselamatan kaca
-         meningkatkan seri rumah
-         lebih persendirian
-         menapis cahaya
-         berkualiti tinggi.

Panduan penjagaan

Selepas pemasangan kaca berwarna SGO, anda perlu mematuhi beberapa peraturan. Langkah ini membantu anda menikmati keindahannya dalam jangka masa lebih lama.
-         jangan cuci kaca berwarna SGO selama tujuh hari selepas pemasangan
-         untuk mencuci permukaannya hanya lap dengan air dan kain yang lembut.
-         Jika kaca terdedah kepada hujan lebat sebaik sahaja ia dipasangkan, mungkin wujud kesan kotoran. Jangan cemas kerana ini perkara biasa. Kotoran itu boleh dicuci dengan cecair pencuci tingkap rumah. Lap kering dengan kain lembut.

(Sumber: Anjung Seri/Foto: Sma Lubis)

Tuesday, July 17, 2012

Cinta Sejati


serenemaklong.blogspot.com


Cinta sejati
Apakah cinta sejati itu?
Tahukah kamu, apakah cinta sejati itu?
Cinta sejati bukanlah ingin memiliki
Cinta sejati bukan pula nafsu untuk menguasai
Apalagi memanfaatkan

Cinta sejati ialah kerelaan memberi, tanpa ingin pembalasan
Cinta sejati itu berkorban, tanpa mengharap imbalan
Cinta sejati adalah menjaga, agar yang dicintai tetap dalam kebaikan
Cinta sejati itu tekad melindungi, mengasihi, memberi
Dengan jiwa dan nyawa
Demi kemuliaannya

Cinta sejati tidak menuntut
Pun tidak lelah mengotakan setiap janji
Simpul kasihnya indah merona
Pelanginya meredam keputusasaan hati yang meradang
Cinta sejati tidak menyatukan hitam dengan putih

Ia begitu indah membingkai harmoni
Keindahannya laksana bianglala di langit biru
Ketulusannya bak mega yang menebar senyum
Ketegarannya bagai rerumput kerontang yang tegar
meski acap terinjak kaki-kaki yang menapak
Kesetiaannya mengharukan
bak bumi yang tak kenal putus asa mengitari matahari
Cinta sejati lebih memilih keanggunan, bukan kecantikan

Kerana, kecantikan tidak pernah mendapatkan dzat keabadian
Sedangkan keanggunan sentiasa mendapat takdir hakiki
Keanggunan cinta sejati laksana temaram rembulan
Ia tidak lelah memberi cahaya.

Dan di antara cinta sejati itu
Ada cinta yang menjadi penghulu segala cinta sejati
Cinta yang hakiki
Apakah cinta yang hakiki itu?
Cintamu kepada ILAHI

Zev '03

Saturday, July 14, 2012

Laman Xeriscape

serenemaklong.blogspot.com

KONSEP laman yang mengekalkan tema gersang dan penyelenggaraan terhad ialah adalah konsep laman ‘Xeriscape.’ Ia sangat praktikal dan menjimatkan.

Istilah xeriscape wujud daripada perkataan zero atau kosong/kering di mana amalan pengambilan air untuk tanaman dikurangkan bagi mengelak pembaziran bahan mentah berkenaan.

Konsep ini diperkenalkan di Amerika Syarikat dalam pameran reka bentuk pada 1980. Ia berkembang bagi menggalak penanaman di kawasan yang sukar mendapat bekalan air termasuk lokasi berhampiran padang pasir atau kawasan kering.

Laman konsep ini popular di kawasan bandar untuk pemilik kediaman yang sibuk dan tiada masa menyelenggara laman. Tumbuhan untuk laman konsep ini adalah jenis tahan lasak dan tidak memerlukan banyak air atau kerap disiram.

Namun, tidak semestinya tumbuhan untuk konsep ini adalah dari jenis kaktus. Banyak lagi tumbuhan lain yang sesuai seperti Agave, Sansevieria (Lidah Jin), Aloe Vera (Lidah Buaya), ros jepun, pokok semarak atau ‘Bird of Paradise’, Elaeagnus angustifolia, Asclepias tuberosa dan Buffalograss (Buchloe dactyloides).

Antara kelebihan laman jenis ini adalah ia boleh mengguna air kitaran semula daripada lebihan domestik, komuniti lain serta alam sekitar.

Kerja memotong rumput juga dapat dikurangkan kerana konsep laman ini menghadkan jumlah ruang untuk tanaman rumput. Ia  menyesuaikan reka bentuk, aksesori dan tumbuhan supaya dapat hidup tanpa bantuan ubat kesuburan atau baja, menggunakan sungkupan dan air hujan.

Laman Xeriscape berciri tersendiri kerana mengekalkan tumbuhan tropika. Ia tidak sama dengan laman kaktus ala padang pasir yang hanya menggunakan pokok kaktus semata-mata. Laman batuan pula banyak menggunakan batu dan pasir dalam pelbagai saiz dan bentuk. Malah jumlah pokoknya dikurangkan.

Tumbuhan taman xeriscape
Bunga Ros Jepun (Moss Rose)

Dikenali dengan nama saintifiknya, Portulaca grandiflora iaitu pokok penutup bumi dengan bunga berwarna-warni yang sesuai ditanam dalam bekas tanaman atau di atas batas laman.

Daun dan batang yang berair membolehkannya mengeluarkan bunga yang berwarna-warni sepanjang musim panas.
Ada pelbagai jenis dan spesies dengan bunga jenis mekar dan kuncup.

Pokok ini sangat sesuai ditanam berhampiran celah batu-batu selain dalam bekas tanaman dan pasu gantung.

Bunga Semarak (Bird of Paradise)



Ada yang menggelarkan sebagai bunga burung syurga atau bunga gurun syurga. Nama saintifiknya (Caesalpinia gilliesii) di mana pokok boleh mencapai ketinggian hingga 10 kaki.

Daun pokok ini halus manakala bunganya mempunyai bulu halus seperti benang dan bulu ayam. Bunganya berwarna merah, jingga atau kuning bunga dengan stamen yang panjang merah dihasilkan sepanjang musim panas.

Zaitun Russia (Silverthorn)

Pokok ini juga dipanggil silverthorn atau silverberry. Nama saintifiknya Elaeagnus angustifolia sangat sesuai untuk penanaman di kawasan kering dan panas lembap. Pokok mudah hidup walaupun pada musim kemarau atau lebih tiga bulan tanpa hujan.

Pokok ini boleh mencapai ketinggian sehingga lebih 10 kaki. Pokok ini cepat membesar dan jika tidak dipangkas boleh mengotorkan kawasan sekitar. Namun, ia punya bunga yang cantik kecil berwarna putih dan juga berbau wangi.

Selepas bunga gugur muncul buahnya seakan beri merah yang biasanya menarik hidupan liar seperti burung dan kelawar.

Rumput Kerbau (Buffalograss)

Nama saintifiknya Buchloe dactyloides adalah tumbuhan asli yang tumbuhan di kawasan dataran dan pergunungan pedalaman utara AS. Sesuai untuk kawasan tanah beralkali termasuk kawasan lembap dan berlumpur.

Hampir menyerupai rumput padang ragut, bunga rumput ini sangat cantik dan kini popular untuk kawasan padang. Cepat membiak namun kurang penyelenggaraan termasuk kerap mahu dipotong seperti rumput padang biasa.

Rusia Sage



Rusia Sage (Perovskia atriplicifolia) dijumpai kawasan tanah kering berbatu di Afghanistan. Namun, ia hidup subur di bawah sinaran cahaya matahari penuh dan saliran yang baik.

Ia tumbuh tiga kaki tinggi dan dua kaki lebar. Warna daun seperti lavender iaitu ungu lembut dan bunganya menghasilkan bau yang wangi. Pokok renek ini mengeluarkan bunga yang berwarna biru atau ungu pada musim panas.

Agave

Nama saintifiknya Agave angustifolia manakala di desa dikenali sebagai pokok Kelumpang Telur. Pokok Kelumpang Telur adalah sejenis pokok yang mempunyai bahan toksin iaitu Agavoside A dan Asid Oksalik.

Getah dan durinya akan menyebabkan luka dan keradangan akibat bahan kimia. Daun kelumpang telur berwarna hijau, keras dan tajam di hujung serta dikelilingi oleh warna kuning atau putih.

Ia mengandungi banyak air dan tidak berbatang, tetapi boleh tumbuh setinggi satu meter. Di kampung biasanya duri pokok ini dihiasi dengan kulit telur dengan tujuan melindungi duri terkena penghuni kediaman.

Lidah Jin
Pokok lidah jin atau sansevieria mempunyai lebih daripada 70 spesies tumbuhan berbunga dalam keluarga Ruscaceae.

Tumbuhan ini mempunyai pohon yang kecil berair dengan kehijau-hijauan daun yang tumbuh dari 20 sentimenter (sm) hingga 3 meter tinggi, kebanyakannya membentuk kelompok yang dalam daripada rizom atau stolon yang disebarkan.

Bunganya berwarna kelabu berputih-putihan dan pada tangkai bercabang 40-90 sm panjang. Sesetengah spesies menghasilkan buah berwarna merah atau jingga.

Lidah Buaya

Lidah Buaya adalah salah satu tumbuhan daripada 250 spesis Aloe serata dunia. Aloe adalah tumbuhan asli berasal dari Afrika dan Madagascar. Ia membiak dengan baik di lembangan Mediterranean dengan merentasi Algeria, Maghribi, Tunisia serta kepulauan Canary dan Madeira.

Lidah buaya digunakan sebagai ubatan tradisional untuk melegakan luka, ruam, demam, gatal-gatal, kulit dan banyak lagi. Daun pokoknya menyimpan air yang menyebabkan ia tahan walaupun tidak disiram air lebih seminggu.

(Sumber: Rohaniza Idris/Berita Harian)

Thursday, July 12, 2012

Kekal Bercinta


serenemaklong.blogspot.com

CINTA itu indah. Bagi saya, cinta paling manis dan penuh bererti ialah cinta suami isteri yang telah lama melalui upacara ijab kabul. Bagaimanapun cinta itu tidak boleh wujud secara sendiri. Ia memerlukan usaha daripada pasangan berkenaan.

Cinta di awal perkahwinan masih lagi dikuasai oleh nafsu nafsi. Tetapi cinta di pertengahan dan di hujung usia terhasil dari sikap toleransi dan kesetiaan. Cinta suami isteri yang dipupuk dan dibaja akan kekal selama-lamanya, malah boleh dibawa ke syurga! Itulah janji Allah kepada hambaNya. 

Bagaimana hendak mengekalkan semarak cinta? Mungkin petua berikut boleh membantu kita:

PERTAMA.
Cari pasangan yang mudah diajak berbual dan kita juga gemar berbual dengannya. Kemahiran berbual antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting apabila menjelang usia senja. 
KEDUA.
Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum diijabkabulkan.

KETIGA.
Jangan percaya dengan apa yang didengari, berbelanja sekadar perlu, berehat dan tidur secukupnya.
KEEMPAT.
Pupuk cinta dari sehari ke sehari. Tunjukkan rasa cinta yang mendalam dan sepenuh hati kepada pasangan.

KEENAM
Apabila tersedar kita telah membuat kesalahan, segeralah memohon maaf dan memperbetulkan kesalahan itu.Pandang ke matanya ketika  memohon maaf. 

KETUJUH
Usah tertawakan impian orang. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.

KELAPAN
Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.

KESEMBILAN
Usah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarganya.

KESEPULUH.
Bercakap dengan tenang dan berfikir dengan pantas.

KESEBELAS.
Apabila diajukan soalan yang tidak menyenangkan, lontarkan senyuman dan bertanyalah kepadanya, “Kenapa awak hendak tahu.”

KEDUA BELAS.
Setiap cinta dan cita-cita memerlukan pengorbanan dan melibatkan risiko yang besar.

KETIGA BELAS
Ucapkan “Semoga awak diberkati” apabila mendengar seseorang bersin.

KEEMPAT BELAS.
Apabila dilanda penderitaan, jangan bersikap biadab kepada orang yang dikasihi.

KELIMA BELAS.
Berpeganglah kepada tiga R:
1.
Rasa hormat pada diri sendiri;
2. Rasa hormat kepada orang lain;
3. Rasa bertanggungjawab dalam semua tindakan

KEENAM BELAS.
Usah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah hubungan.

KETUJUH BELAS.
Apabila tersedar kita telah membuat kesalahan, segeralah memohon maaf dan memperbetulkan kesalahan itu.

KELAPAN BELAS.
Tersenyumlah ketika menjawab telefon. Pemanggil akan melihat melalui suara yang didengar.

KESEMBILAN BELAS
Bersedekah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh rela.

KEDUA PULUH
Ada ketikanya kita perlu bersendirian.


(Adaptasi dari artikel dalam www.guablog.com)



Tuesday, July 10, 2012

Khasiat Gambir


serenemaklong.blogspot.com


KEBANYAKAN orang tahu gambir diguna bersama beberapa ramuan lain seperti pinang dan kapur sebagai penambah perisa sirih. Makan sirih menjadi kebiasaan sesetengah wanita separuh umur yang tinggal di kawasan pedalaman. Selain menjadi penambah perisa sirih, gambir memiliki pelbagai khasiat yang boleh diguna dalam perubatan tradisional.

Sebenarnya gambir yang ada di pasaran adalah serbuk yang terhasil daripada proses ekstraksi yang dijalankan dengan merebus daun dan ranting pokok gambir selama sejam.

Setelah daun dan ranting dikeluarkan, air rebusan dituang ke dalam tapis di mana di bahagian bawahnya terdapat penyerap diperbuat dari kain bertujuan menyerap air. Bahan kental hasil ekstrak kemudian dimasukkan ke dalam buluh.

Setelah kering, ekstrak gambir dikeluarkan dan dipotong melintang lalu menghasilkan ketulan berbentuk silinder leper seperti yang biasa didapati dijual di pasaran.
Pengeringan secara tradisional pada suhu rendah dikatakan mengambil masa hingga sepuluh hari. 




Mengetatkan vagina

Golongan wanita memanfaatkan herba ini untuk menjaga kesihatan vagina. Sifat antivirus, antibakteria dan astringen gambir menyebabkan ia sesuai digunakan untuk menjirus vagina.

Bancuh 1/2 sudu teh ekstrak gambir yang dihancurkan dengan secawan air suam. Siram air herba ini pada vagina. Sifat astringennya dipercayai membantu merapatkan otot vagina. Sifat antivirus dan antibakterianya dikatakan mampu merawat vaginosis.

Vaginosis ialah sejenis penyakit berpunca daripada infeksi bakteria pada vagina.
Biasanya 85 peratus wanita yang mengalami vaginosis tidak mendapat sebarang simptom.

Namun simptom utamanya ialah keluar keputihan. Sesetengah wanita mengalami keputihan berbau hanyir. Keputihan biasanya keluar secara jelas selepas melakukan hubungan.

Selain menjirus dengan teh ekstrak gambir dua hingga tiga kali sehari, sediaan teh ekstrak gambir juga diminum tiga kali sehari.

Sukatan untuk teh ialah 1/4 - 1/2 sudu teh dibancuh dengan secawan air suam. Selain vaginosis, jirusan mengandungi ekstrak gambir dipercayai dapat meredakan vaginitis iaitu vagina mengalami keradangan.

Kandungan fitokimia dalam ekstrak gambir seperti asid Gallic, Quercetin, asid Ellagic, Epicatechin memiliki aktiviti biologi anti keradangan. Sebab itu ia boleh diguna untuk meredakan osteoartritis (sakit sendi), bengkak hidung, selesema, radang tekak dan luka.

Sifat anti keradangan dan astringen ekstrak gambir juga menyebabkan ia sesuai digunakan untuk mereka yang mengalami buasir dan diarea. Caranya ialah dengan minum teh ekstrak gambir. Penyediaannya telah disebutkan di atas.

Luka dalaman atau kecederaan dalam tubuh berpunca dari hentakan seperti kerana kemalangan dipercayai boleh diatasi dengan meminum teh ekstrak gambir. Teh ini dipercayai sesuai untuk kedatangan haid melebihi tempoh dan untuk memberhentikan darah kerana luka. Sifat antivirus dan antibakteria dipercayai boleh membantu merawat sakit kulit seperti pelbagai jenis kudis.

Sifat antiseptik, astringen dan antioksidan ekstrak gambir menyebabkan ia sesuai diguna sebagai pencuci muka dan kulit seluruh tubuh. Sediakan teh ekstrak gambir dengan sukatan seperti dinyatakan di atas. Gandakan sukatan ekstrak dan air jika teh diperlukan untuk membersihkan kulit seluruh tubuh.

Selain membantu mencantikkan/menyegarkan kulit, teh ekstrak gambir mampu menghilangkan bau peluh, bau ketiak, bau rambut dan bau celah kelengkang. Untuk kesan sinergi, tambah secubit garam gunung Himalaya dan perahan limau nipis ke dalam sediaan teh ekstrak gambir.

Gambir boleh digunakan untuk mengatasi sakit perut, perut sebu dan perut berangin. Caranya ialah dengan minum air teh ekstrak gambir. Sukatannya telah dinyatakan di atas.

Serbuk ekstrak gambir yang dihancurkan dan dilarutkan dengan sedikit air juga boleh disapu pada abdomen dan diurut perlahan-lahan.

Sifat antivirus dan anti keradangan menyebabkan gambir boleh diambil untuk meredakan demam selesema atau flu. Cara paling berkesan ialah mencampurkan bunga cengkih ke dalam teh ekstrak gambir untuk menghasilkan sinergi.

Cara menyediakan ramuan herba ini ialah dengan membacuh 1/4 - 1/2 sudu teh gambir dengan secawan air panas. Segera masukkan 10 kuntum bunga cengkih dan tutup cawan selama 10 minit. Minum secawan teh ini pada suhu panas dan ambil sediaan sama tiga kali sehari.

Tekanan darah tinggi

Gambir boleh digunakan untuk mengawal tekanan darah. Sukatan pengambilannya ialah 1/2 sudu teh ekstrak dibancuh dengan secawan air. Ambil secawan teh setiap kali, tiga kali sehari. Mereka yang sedang mengalami tekanan darah rendah perlu menjauhi gambir.

Fitokimia seperti asid Ellagic, Quercetin, asid Gallic, Catechol dalam ekstrak gambir semuanya bersifat antikanser. Sesetengah fitokimia itu juga pada masa sama bersifat apoptotic iaitu sifat sel membunuh diri.

Antara perbezaan ketara sel kanser dan sel sihat ialah sel kanser tidak mati. Namun sifat apoptosis (bunuh diri) fitokimia seperti asid Gallic, asid Ellagic dan quercetin dipercayai mampu membantu sel kanser membunuh diri atau memusnahkan dirinya sendiri.

Kesan positif pengambilan ekstrak gambir untuk mengatasi kanser tidak diketahui. Ini kerana sungguh pun terdapat sekian banyak tumbuh-tumbuhan bersifat antikanser sebenarnya belum pasti ia boleh digunakan sebagai bahan terapi utama yang berkesan.

Namun tidak dinafikan doktor singseh, pakar di China mempunyai ramuan herba terdiri daripada gabungan herba terpilih yang mampu untuk mengawal sel kanser. Sebilangan kecil penghidap yang menjalani rawatan di China dikatakan benar-benar bebas dari kanser sepenuhnya.

Pun begitu, sepertimana tumbuh-tumbuhan antikanser lain, ekstrak gambir hanya boleh diambil sebagai bahan antikanser sekunder. Kanser memang boleh dirawat dengan kaedah perubatan alternatif/holistik tetapi tukang ubat mesti mempunyai ilmu, kemahiran dan pengalaman yang tinggi.

Sesungguhnya merawat kanser bukan setakat membunuh sel kanser dengan menggunakan herba. Jika ini diamalkan pengamal perubatan alternatif maka cara mereka tidak berbeza dengan doktor pakar kanser yang membunuh sel kanser menggunakan kemoterapi dan radioterapi.

Gambir selamat diambil dalam sukatan yang biasa diambil dalam bentuk makanan (makan sirih) iaitu antara 1/2 hingga 2 sudu teh ekstrak sehari. Sukatan itu diambil dalam sukatan lebih kecil sepanjang hari. Sukatan sama selamat diambil oleh wanita mengandung.