Friday, July 31, 2015

Sesuci Air Mata Ikhlas

Dikisahkan di dalam Perang Tabuk, tujuh sahabat miskin datang kepada Baginda Rasulullah s.a.w. meminta disediakan haiwan tunggangan untuk ikut berperang. Kemudian diberitakan sudah tidak ada lagi se ekorpun haiwan tunggangan. Lalu mereka pun pulang ke rumah dengan deraian air mata.Allah swt menerima air mata mereka dan berfirman: . وَلَا عَلَى الَّذِينَ إِذَا مَا أَتَوْكَ لِتَحْمِلَهُمْ قُلْتَ لَا أَجِدُ مَا أَحْمِلُكُمْ عَلَيْهِ تَوَلَّوْا وَأَعْيُنُهُمْ تَفِيضُ مِنَ الدَّمْعِ حَزَنًا أَلَّا يَجِدُوا مَا يُنْفِقُونَ ---Mereka datang kepadamu(Muhammad) agar engkau memberikan kenderaan kepada mereka, lalu engkau berkata: “Aku tidak memperolehi kendaraan untuk membawamu” lalu mereka kembali, sedangkan mata mereka bercucuran air mata kerana sedih disebabkan mereka tidak memperolehi apa yang akan mereka infakkan(untuk ikut berperang)" – Surah At Taubah ayat 92.
Setelah turunnya ayat ini sahabat-sahabat besar saperti Umar, Usman dan Abbas menyumbangkan unta dan makanan kepada sahabat tersebut dan ikut serta dalam perjalanan. Oleh itu jangan pernah kita lupakan bahawa air mata para sahabat itu suci kerana cintanya terhadap Rasulullah s.a.w. Baginda mengiringi perjalanan mereka dengan air mata kasih disaksikan dengan penuh kekaguman oleh malaikat yang berlumba-lumba untuk mendapatkan bahagian dari barakah tersebut.[Ustazah Dr. Siti Nurbaya Usman]

Khasiat Pokok Bemban

Bemban, nama botani Donax Grandis merupakan sejenis tumbuhan berumpun dengan batang yang kelihatan seakan-akan pokok buluh. Daunnya yang agak besar dan berbentuk bujur mempunyai permukaan yang cantik berkilat. Batangnya tinggi, daunnya terletak di bahagian hujung batang.
Bunganya berwarna putih dan menghasilkan bau wangi yang tidak kuat. Buahnya berbentuk bulat dan bersaiz kecil. Bemban mudah membiak melalui anak yang terhasil dari rumpunnya. Ia juga boleh dibiakkan melalui pecahan rumpun. Jus yang diperah dari tumbuhan ini digunakan untuk mengubat sakit mata, terutamanya oleh masyarakat Kadazandusun di Sabah. Ia dititiskan pada mata yang sakit sebanyak tiga kali sehari.[Zawidatul Asma Zainuddin]

Thursday, July 30, 2015

Management Ibadat

Kita sangat mengambil berat tentangn pengurusan syarikat, memajukan pengurusan, Development Management, menghadiri training management...Berbangga dengan kejayaan menguruskan pejabat, Dan berbagai management lagi..Namun, kenapa MANAGEMENT IBADAT kita abaikan? Jika kita uruskan management ibadat dengan baik, tentu kita mampu menguruskan solat jemaah di masjid, melakukan segala ibadat yang wajib dan sunat dengan sempurna, dapat menetapkan waktu khatam al-Quran setiap bulan, menghadiri majlis ilmu yang wajib, sama ada fardhu ain dan kifayah, mengeluarkan kadar infaq yang sepatutnya, serta menziarahi keluarga dan kawan. Semoga Management kita sampai de syurga. [Ustaz Dr Abu Anas Madani]

Buang Batu Karang

Satu petua untuk merawat batu karang dalam kilang hempedu ( Gall Bladder Stones). Minum 4 gelas jus epal tiap-tiap hari selama 5 hari berturut-turut. Hari ke-6 jangan makan malam (dinner). Pada pukul 6 petang makan satu sudu garam Epsom (magnesium sulphate) yang boleh dibeli dari farmasi. Pukul 8 malam ulang makan garam epsom. Pukul 10 malam, campurkan satu 250 ml minyak zaitun (Olive oil) atau minyak bijan (sesame oil) dan setengah cawan jus lemon segar dari perahan 3 biji lemon dan minum. In sya Allah esok paginya ketika buang air besar akan kelihatan batu-batu karang keluar. [Dr. Hamid Arshat]

Dua Sahabat Kontra

Di dalam hati setiap manusia terdapat dua sahabat.Sahabat pertama adalah malaikat yang selalu mengajak kepada kebaikan dan membenarkan yang benar. Barangsiapa yang menemukannya maka pujilah Allah S.W.T. dengan penuh kesyukuran di atas kurniaan itu.
Sahabat kedua, syaitan selalu datang mengajarkan keburukan dan mendustakan yang benar. Barangsiapa yang terkandas dengan keadaan ini, segeralah bermohon perlindungan kepada Allah S.W.T. Syaitan selalu menakut-nakutkan manusia dengan kemiskinan dan mengajarkan sifat kikir. Padahal Allah sentiasa menjanjikan yang benar jika patuh dengan perintah dan larangan Nya. Allah S.W.T. memberi keampunan dan kehidupan yang tenang kerana zat Allah S.W.T. Maha luas sedangkan ikhtiar syaitan selalu menyesatkan dalam serba kesempitan.
Syaitan berjalan di dalam darah dan daging manusia, membelenggu hati mereka. Yang mampu menyingkirkan gangguan syaitan dari hati manusia adalah dengan kekuatan berzikir kepada Allah S.W.T. Ketika mendengar bacaan zikrullah syaitan berlari keluar dari tubuh manusia. Namun apabila lalai dari zikrullah begitu mudah ia akan kembali menghuni di tubuh manusia dengan bisikan-bisikan jahat. Allah berfirman: اسْتَحْوَذَ عَلَيْهِمُ الشَّيْطَانُ فَأَنْسَاهُمْ ذِكْرَ اللَّهِ أُولَئِكَ حِزْبُ الشَّيْطَانِ أَلا إِنَّ حِزْبَ الشَّيْطَانِ هُمُ الْخَاسِرُونَ ---"Syaitan telah menguasai mereka, lalu menjadikan mereka lupa mengingati Allah, mereka itulah golongan syaitan. Ketahuilah, bahawa golongan syaitan itulah golongan yang rugi. " (Surah Al Mujaadalah ayat 19).
Dikisahkan Amr ibnu Al-‘Ash berkata kepada Rasulullah s.a.w., "Syaitan selalu menghalangi saya solat dan membaca Al Quran".Lalu Baginda menerangkan:"Itulah syaitan. Jika engkau merasakannya maka segera bermohonlah perlindungan kepada Allah dengan ta’awudz dan meludah ke arah kiri 3 kali." Beberapa hari kemudian Amr kepada baginda Rasulullah s.a.w. dan berkata dia telah melaksanakan ajaran tersebut dan Allah menghilangkan gangguan syaitan darinya.[Ustazah Siti Nurbaya Usman]

Adab Berdoa Cara Rasulullah s.a.w.

Doa adalah suatu permohonan atau permintaan seorang hamba kepada Allah S.W.T. dengan segala kerendahan hati untuk mendapatkan suatu kebaikan dan kemashlahatan di sisi-Nya. Syarat utama agar doa dikabulkan ialah IKHLAS KERANA ALLAH ---Meluruskan hati dan niat saat berdoa dengan menujukan doa hanya kepada Allah S.W.T. serta meninggalkan kesyirikan.
“Maka sembahlah Allah dengan memurnikan ibadat kepada-Nya, meskipun orang-orang kafir tidak menyukai(nya).“ (Surah Al-Mukminun ayat 14) ---“Mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama yang lurus.“ (Surah Al Bayyinah ayat 5) ---“Dan sesungguhnya masjid-masjid itu adalah kepunyaan Allah. Maka janganlah kamu menyembah seseorangpun di dalamnya di samping (menyembah) Allah” (Surah Al Jin ayat 18) ---“Dan siapakah yang lebih sesat daripada orang yang menyeru tuhan-tuhan selain Allah yang tiada dapat memperkenankan (doanya) sampai hari Kiamat dan mereka lalai dari (memperhatikan) doa mereka.” (Surah Al Ahqaf ayat 5).
YAKIN sepenuhnya bahawa doa kita didengar oleh Allah. Meragukan doa dikabulkan atau tidak sama dengan menyangsikan kebesaran Allah S.W.T. Baginda Rasulullah s.a.w. pernah bersabda: "Sesungguhnya Rabb kalian Yang Maha Suci lagi Maha Tinggi itu Maha Malu lagi Maha Mulia, Dia malu terhadap hamba-Nya jika dia mengangkat kedua tangannya kepada-Nya untuk mengembalikan keduanya dalam keadaan kosong (tidak dikabulkan).”(HR Abu Dawud No.1488, At-Tirmidzi no.3556, Ibnu Majah no.3865. Ibnu Hajar sanadnya Jayyid).
MUTABA'AH iaitu mengikuti tatacara berdoa sebagaimana yang dicontohkan oleh Rasulullah s.a.w. Rasulullah adalah orang yang paling dekat dengan Allah dan orang yang paling tahu cara doa dikabulkan oleh Allah S.W.T. Firman Allah:“Katakanlah (kepada mereka): Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku (Muhammad), nescaya Allah mencintaimu dan mengampuni dosa-dosamu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah Ali Imran ayat 31).
KHUSYUK iaitu menghadirkan hati dalam berdoa. Kita berusaha untuk tidak lalai dari Allah S.W.T. Jangan sampai ketika kita berdoa kepada Allah tetapi mengingat hal yang lain. Rasulullah s.a.w. bersabda:“Berdoalah kalian kepada Allah dengan yakin akan dikabulkan, dan ketahuilah bahawa Allah tidak mengabulkan doa dari hati yang lalai dan lengah. (HR At-Tirmidzi No. 3479, Al Hakim I/493. Hadis ini dinilai hasan oleh Syaikh Al Albani).
JAZM iaitu berdoa dengan optimis dan penuh keyakinan. Tidak boleh berdoa dengan kata-kata: “Ya Allah, Ampunilah dosaku jika Engkau mahu.” Rasulullah s.a.w. bersabda:“Janganlah sekali-kali seseorang dari kalian mengatakan; ‘Ya Allah, ampunilah aku jika Engkau mahu! Ya Allah, kasihanilah aku jika Engkau mahu! ‘ Berdoalah kamu dengan sungguh-sungguh kerana Allah akan berbuat menurut kehendak-Nya tanpa ada yang dapat memaksa-Nya.‘ (HR Muslim no.4837).
SABAR dan tidak terburu-buru. Jangan berputus asa dari rahmat Allah S.W.T. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Dikabulkan doa seseorang dari kalian selama dia tidak terburu-buru, dia berkata: ‘Aku sudah berdoa tetapi doaku belum dikabulkan.” (HR Al Bukhari No. 6340, Muslim No. 2735).Baginda juga pernah bersabda, “Doa seseorang hamba akan senantiasa dikabulkan selama ia tidak berdoa untuk berbuat dosa atau memutus silaturahm, selama ia tidak meminta dengan isti’jal.” Ada yang bertanya: Ya Rasulullah, apa itu isti’jal (tergesa-gesa) ? Jawab Beliau: “Jika seseorang berkata : ‘aku sudah berdoa memohon kepada Allah, tetapi Allah belum mengabulkan doaku. ‘ Lalu dia bosan / putus asa dan akhirnya meninggalkan doa tersebut. (HR Muslim No. 2735).
WAJAR / TIDAK BERLEBIHAN. Jangan berdoa, “Ya Allah, berikan aku kekebalan.” dan lain-lain.Hal ini pernah disentuh dalam Al Quran: “Berdoalah kepada Rabb-Mu dengan merendah diri dan suara yang lembut. Sesungguhnya Dia (Allah) tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas.” (Surah Al A’raaf ayat 55). Allah S.W.T. berfirman:“Dan sebutlah (nama) Rabbmu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa takut, dan dengan tidak mengeraskan suara, di waktu pagi dan petang, dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai.” (surah Al A’raaf ayat 205).
MENDOAKAN YANG BAIK tanpa berharap yang buruk terjadi pada keluarga, teman, harta, anak dan diri sendiri. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda: “Tidaklah seorang Muslim berdoa kepada Allah dengan suatu doa yang di dalamnya tidak mengandung dosa dan pemutusan silaturahmi, melainkan Allah akan memberikan kepadanya salah satu dari tiga kemungkinan: (iaitu) dikabulkannya segera doanya itu, atau Dia akan menyimpan baginya di akhirat kelak, atau Dia akan menghindarkan darinya keburukan yang semisalnya.” Maka para shahabat pun berkata: “Kalau begitu kita akan memperbanyakkannya.” Beliau bersabda: “Allah lebih banyak (memberikan pahala).” (HR Ahmad III/18, Al Bukhari dalam Al-Adabul Mufrad no.7101, Al Hakim I/493 dari Abu Sa’id Al Khudri).
MAKANAN DAN MINUMAN YANG HALAL LAGI BAIK dari zatnya mahupun cara memperolehnya.Allah S.W.T. berfirman: “Hai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang Kami berikan kepadamu.” Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda: “Wahai manusia! Sesungguhnya Allah adalah Maha Baik, tidak menerima kecuali yang baik.”
Rasulullah s.a.w. bersabda:"Wahai manusia sekalian, kasihanilah diri kalian, sesungguhnya kalian tidak berdoa kepada Rabb yang tuli dan tidak juga jauh. Sesungguhnya kalian berdoa kepada Rabb Yang Maha Mendengar lagi Maha Dekat, dan Dia bersama kalian.” (HR Al Bukhari no. 2992, 4202, 6384, 6610, 7386, Muslim no. 2704, Ahmad IV/402).

Wednesday, July 29, 2015

MH 370 Mungkin Dijumpai

Seorang pakar penerbangan Perancis mendakwa beliau mungkin sudah menjumpai serpihan pesawat Penerbangan Malaysia (MH370), dipercayai sayap pesawat Boeing 777, yang hilang di perairan Malaysia pada Mac 2014.Bekas juruterbang tentera, Xavier Tytelman yang kini pakar dalam bidang keselamatan penerbangan menerima panggilan telefon daripada seorang penduduk di Pulau Reunion, di Lautan Hindi.Lelaki berkenaan menghantar beberapa gambar yang menunjukkan serpihan pesawat itu dan beliau berkata, ia mungkin milik pesawat hilang berkenaan. Polis di Pulau Reunion yang memeriksa serpihan itu berkata ia mungkin berada di dalam air kira-kira setahun, bermakna ia mungkin merujuk kepada MH370.
Satu bagasi yang rosak dilaporkan ditemui di Saint-Andre, iaitu bandar pesisiran pantai Pulau La Reunion berhampiran tempat serpihan sayap pesawat ditemui. Bagaimanapun, tidak jelas sama ada penemuan bagasi itu ada kaitan dengan penemuan bahagian sayap pesawat yang mungkin daripada pesawat MH370.

Al Mulk Penghalang Seksa Kubur

“Dari Abu Hurairah ra. Dari Nabi Saw., beliau bersabda, ‘Ada surah-surah dari Al-Quran yang terdiri dari tiga puluh ayat dan dapat memberi syafaat bagi yang membacanya, sampai dia diampuni, iaitu, ‘Tabaarakalladzii biyadihil mulku.. (surat Al-Mulk)” (HR Tirmidzi, Abu Daud, Ibnu Majah dan Ahmad).
“Dari Abdullah bin Mas’ud, dia berkata, ‘Barangsiapa membaca ‘Tabaarakalladzii bi yadihil mulk (surat Al-Mulk) setiap malam, maka Allah akan menghalanginya dari seksa kubur. Kami di masa Rasulullah s.a.w. menamakan surah tersebut surah al-mani’ah (penghalang dari seksa kubur). Ia adalah salah satu surah di dalam kitabullah. Barangsiapa membacanya setiap malam, maka dia telah memperbanyakkan berbuat kebaikan.” (HR. Nasa’i).
Ibnu Abbas berkata, “Bacalah surat Tabaarakalladzii bi yadihil mulku wa huwa ‘alaa kulli syai-in qadir (Al-Mulk, hafalkan lalu ajarkanlah kepada keluargamu, anakmu, orang-orang dalam rumahmu, dan tetanggamu. Sesungguhnya, surat tersebut memberi keselamatan dan syafaat pada hari kiamat di hadapan Allah S. W. T. bagi orang yang membacanya. Surah ini akan memohon kepada Allah S.W.T. agar menyelamatkan dia dari azab neraka dan Allah akan menyelamatkan orang yang suka membacanya dari azab neraka.”

Tuesday, July 28, 2015

Ilmu Amal Dan Akhlak

Menimba ilmu bukan hanya memerlukan akal yang cerdas, tetapi juga memerlukan kejernihan hati. Kalau hanya berbekalkan akal tanpa kejernihan jiwa, takut ia hanya akan menimbulkan sifat bangga diri
Terdapat orang yang soraknya sahaja yang kuat tetapi akalnya tidak dapat menghargai ilmu yang terkandung dalam kitab. Baginya belajar itu membebankan, tidak faham mengapa ilmu itu dipelajari. Keadaannya sama dengan keldai yang disuruh memikul rumput. Ia akan menghempaskan diri dan juga rumput di tempat yang telah ditetapkan lantaran beratnya.Bila memikul padi pun ia tetap berbuat demikian. Ia tidak dapat membezakan nilai rumput dan buah padi. Ia tidak tahu buah padi akan gugur dan rosak bila dihempas.Ia cuma faham berat bebannya sahaja.
Islam sangat menyeru supaya umatnya berilmu. Al Quran bukan hanya untuk dibaca. Bukan pula perlu untuk dilantunkan berlagu lagu.Al Quran bukan untuk dijunjung di atas kepala dan merasakan beratnya. Kita disuruh menimba rahsia yang tersimpan di dalamnya dan mengamalkannya.Betapa pun tebal dan berat amalannya, namun ia menjadi ringan di akhirat kelak bagi yang mengamalkan apa yang dibacanya.
Betapa banyak pun nasihat yang disebarkan, ramai yang hanya memandang dengan sebelah mata kerana tiada amalan yang memancarkan cahaya Ilahi di dalam hatinya.
Dunia yang luas ini terdapat banyak pintu kebaikan andai diri dapat beristiqamah dengan akhlak mahmudah. Di Akhirat nanti pintu syurga adalah bagi mereka yang berakhlak baik semasa di dunia. Setiap kebaikan yang tertulis tidak pernah terhapus, melainkan jika di selimuti dengan ghibah dan fitnah. Mulakan menabur kebaikan di dunia yang akan fana dan buktinya akan tersimpan di akhirat yang kekal dan abadi.[Ustazah Siti Nurbaya Usman]

Monday, July 27, 2015

Hidup Yang Berharga

Waktu sedang "Berjaya" kita merasa ramai teman di sekeliling kita. Waktu sedang "Berkuasa" kita percaya diri boleh melakukan apa saja. Waktu sedang "Tak Berdaya" barulah kita sedar siapa sahabat sejati yang ada. Waktu sedang "Jatuh" kita baru sedar selama ini siapa saja teman yang memperalat dan memanfaatkan kita.Waktu sedang "Sakit" kita baru tahu bahawa sihat itu sangat penting, jauh melebihi harta.Manakala "Miskin" kita baru tahu bahawa orang harus banyak memberi/menderma dan saling membantu. Masuk "Usia Tua" kita baru tahu kalau masih banyak yang belum dikerjakan.Saat "di Ambang Ajal" kita baru tahu ternyata begitu banyak waktu yang terbuang sia-sia.
Hidup tidaklah lama. Sudah saatnya kita bersama-sama membuat HIDUP LEBIH BERHARGA ---Saling menghargai, saling membantu,saling memberi, saling mendukung.Jadilah teman setia tanpa syarat ---Jangan saling memotong dan menggunting sesama teman ---Tunjukkan bahawa kita masih mempunyai hati yang tulus. Jauhkan niat jahat untuk mencelakai atau memfitnah.Jauhkan niat memaksa seseorang melakukan suatu hal untuk kepentingan peribadi kita.Apa yang disemai itulah yang akan dituai.
ALLAH SWT tidak pernah menjanjikan langit itu sentiasa biru, bunga selalu mekar, dan mentari selalu bersinar. Tetapi ketahuilah ALLAH SWT selalu memberi pelangi di setiap badai, senyuman di setiap air mata, rahmat dan berkat di setiap ujian, dan jawapan di setiap doa ---Jangan pernah menyerah,teruslah berjuang. Hidup bukan suatu tujuan, tetapi sebuah perjalanan. Indahnya hidup bukan kerana ramai orang mengenal kita, namun berapa ramai orang yang bahagia mengenal kita. Semoga bermanfaat untuk diriku dan sahabat semua.[Din Bilal]

Sunday, July 26, 2015

Kelemahan Itulah Kekuatan Wanita

Wanita memiliki kelemahan tersendiri. Wanita Muslim terutamanya terikat dengan beberapa aturan dalam agama. Auratnya lebih susah dijaga (lebih banyak) dibanding lelaki. Wanita perlu meminta izin suaminya apabila hendak keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Apabila menjadi saksi, saksi wanita kurang berbanding lelaki. Bahagian pusaka yang diperolehi wanita kurang berbanding lelaki. Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak. Wanita wajib taat kepada suaminya, tetapi suami tidak perlu taat pada isteri. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. Wanita kurang dalam beribadah kerana adanya masalah haid dan nifas, yang tidak ada pada lelaki.
Tetapi cuba lihat di sebalik semua kelemahan itu. Sebenarnya wanita memiliki kekuatan yang amat besar. Benda yang mahal dan bernilai umumnya dijaga, dibelai serta disimpan di tempat yang aman dan terbaik. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiarkan berserakan. Itulah bandingannya dengan seorang wanita. Memang wanita perlu taat kepada suami, tetapi sesungguhnya lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama daripada kepada bapanya. Pusaka yang diterima oleh wanita walaupun sedikit ia adalah milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suami. Lelaki yang menerima pusaka wajib menggunakan harta itu untuk menyara isteri dan anak-anak. Wanita hamil setiap saat didoakan oleh malaikat dan seluruh makhluk Allah di muka bumi ini. Jika dia meninggal dunia kerana melahirkan, kematiannya adalah syahid dan syurga menantinya. Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan ke atas 4 wanita, iaitu isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya. Ertinya, wanita ditanggung oleh 4 orang lelaki, iaitu: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.

Friday, July 24, 2015

5 Hal Atas 5 Hal

NABI s.a.w. bersabda: “Allah tidak memberikan 5 hal kepada seseorang, melainkan Allah telah menyediakan baginya 5 hal yang lain.
1. Allah tidak memberikan kesempatan untuk bersyukur, kecuali Dia telah menyediakan nilai tambahan. Allah berfirman: “Lain syakartum laaziidannakum” ---(Andaikata kamu bersyukur (kepada Allah atas nikmat-Nya), niscaya Allah akan memberi tambahan nikmat kepadamu).
2. Allah tidak memberikan kesempatan untuk berdoa, kecuali Dia telah menyediakan pintu ijabah.
3. Allah tidak memberi kesempatan untuk beristighfar, kecuali Dia telah menyediakan pintu maaf.
4. Allah tidak memberi kesempatan untuk bertaubat, kecuali Dia telah menyediakan pintu Qabul (penerimaan taubat).
5. Allah tidak memberi kesempatan untuk bersedekah, kecuali Allah telah menyediakan baginya pintu penerimaan.

Pengusiran Terancang

"Saya Hassan Md. Ali, pernah bertugas di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dari 1979-1985 dan juga sebagai pemaju perumahan dari 1985-1995. Baru-baru ini saya ke Property Fair di Subang Parade, Subang, Selangor. Tertarik dengan tawaran dari syarikat pembangunan perumahan yang sedang memajukan Tanjung Puteri, Johor.Diskaun yang ditawarkan adalah untuk bumiputra 15% ,Bukan Bumi 6%.Keluasan unit 700ksp. Harga unit RM1.0 juta. Pinjaman akan diusaha sehingga 90%. Pembeli bumiputra hanya perlukan sediakan 10% sahaja sebagai downpayment. Bermakna pembeli bumiputra perlu membayar RM85,000. Bagi bukan bumiputra downpayment 4% (6% discount is taken as part payment of 10% d/pymt). Bermakna hanya RM40,000."
"Sebagai seorang pemaju perumahan, saya menyiasat lebih lanjut lagi.Selain dari membayar downpayment sebanyak RM 85,000, pembeli bumiputra dikehendaki membayar segala kos seperti (legal fee, stamp fee, loan fee) yang jumlahnya lebih kurang RM42,000.Sedangkan pembeli bukan bumiputra hanya perlu meyedikan RM40,000. Lain-lain kos akan ditanggung oleh Pemaju. Saya membuat pengiraan dan perbandingan 'entry cost' antara bumiputra dan bukan bumiptra. Ternyata pembeli bumiputra terpaksa menyediakan sejumlah RM127,000 sedangkan pembeli bukan bumiputra hanya memerlukan RM40,000 untuk membelinya. Seolah-olah kaum bumiputra yang memberi subsidi kepada pembeli bukan bumiputra sebanyak RM45,000.Bermakna walaupun harga bagi bumiputra dikurangkan sebanyak $150,000 dari harga asal, tetapi perbezaan harga sebenar di antara bumi dan bukan bumi hanya RM37,000 atau 4% sahaja."
"Bagi pembeli bumiputra untuk membayar downpayment sebanyak RM127,000 bagi unit seluas 700ksp adalah terlalu mahal dan sudah tentu unit-unit yang diperuntukan untuk bumiputra susah dijual kelak kerana unit tersebut hanya boleh dijual kepada pembeli bumiputra sahaja.Oleh kerana 'entry kosnya' hampir 3 kali lebih besar dari kaum bukan bumiputra maka sudah tentulah unit-unit bumiputra tidak laku dijual dan pemaju mempunyai alasan yang kukuh untuk memohon pelepasan dari Kementerian YB. Dato' supaya unit tersebut dibebaskan dari peruntukan bumiputra."
"Sekali pandang seolah mereka bersama-sama kerajaan yang ingin menolong kaum bumiputra memiliki harta di negara ini, tetapi apabila diperincikan kira-kiranya, pembelian unit bumiputra adalah lebih mahal dari yang sepatutnya dan penglibatan pemaju untuk membantu kaum bumiputra memiliki harta seperti yang disarankan oleh kerajaan adalah satu gimmik dan dijadikan olok-olokkan oleh pemaju. Saya sempat membentangkan kira-kira di atas kepada wakil pemaju hartanah tersebut dan dengan sinis dia menjawab "Every Chinese developer are doing this just to make sure every Melayu and Bumiputera won't have any chance of acquiring new property so your child will stick to the old house or staying back to kampung". [Ini merupakan kandungan surat Encik Hassan Md. Ali kepada YB Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Precinct 5, Putrajaya.]
NEGARA KITA TELAH TERJUAL DENGAN CARA PALING HALUS. PEMIMPIN MELAYU YANG PENTINGKAN DIRI BANYAK BUAT DUIT DENGAN MEMBERI PELEPASAN UNIT-UNIT BUMIPUTRA KEPADA UNIT BEBAS.PERPADUAN DAN KUASA POLITIK KAUM MELAYU MUSLIM HAMPIR MENUJU KEHANCURAN.... DIVIDE AND RULE... APA AKAN JADI PADA ANAK CUCU MASA DEPAN, FIKIRLAH SENDIRI?!!!

Nasihat Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani

"Teman-teman di alam maya, saya ingin berpesan kepada diri saya dan sesiapa sahaja di medan ini, usahlah kita mengulas, memposting, menshare, memberi komen, bertengkar dan apa sahaja yang kita tiada ilmu padanya, semua itu akan menyebabkan kita tersangkut di padang mahsyar kala mana di soal di padang yang tiada pertolongan kecuali diri kita seorang sahaja nanti.. saya lihat betapa ramai dikalangan kita ia merasa dirinya 'bijak'segala galanya, merasakan dirinya 'pimpinan gerakan Islam', merasakan dirinyalah 'presiden parti Islam', merasakan ia pakar ekonomi, merasakan dirinya 'pakar ilmu hadith', pakar segala ilmu, sedangkan ia hanya seorang yang terlalu jauh dari itu.. dia hanya ditimpa penyakit 'syok sendiri'..bacalah ayat ini.. وَلَا تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ ۚ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولَٰئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْئُولًا ---"Dan janganlah engkau mengikut (bercakap, menulis) apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan dipertanggungjawab tentang apa yang dilakukannya."

Hadis Palsu - Cerita Si Penglipur Lara

Ramai yang hairan,"Kenapa Hadis Palsu mudah tersebar?!" Para ulama menyebut antara sebabnya ialah ia disebarkan oleh Tukang Cerita, penceramah atau Qussas.Para penglipur lara yang mencari rezeki melalui bercerita dengan menyandarkan cerita mereka kepada Rasulullah s.a.w. Contohnya seperti hadis, “Sesiapa yang mengucapkan kalimah---لا اله الا الله, ---maka Allah akan menciptakan untuknya bagi setiap perkataan seekor burung yang mempunyai muncung daripada emas dan bulunya daripada permata mutiara.” Salah seorang dari mereka dikenali sebagai Maisarah bin Abd Rabbah. Beliau ditanyakan dari manakah diambil hadis ini? Jawabnya: “Aku menciptakannya untuk menggalakkan manusia kepadanya.” Semoga Allah berikan kita kefahaman yang benar dan mudah menerima nasihat atau teguran bila dimaklumkan tentang kepalsuan sesebuah hadis. [Ustaz Dr Abu Anas Madani]

TPPA - Helah Penjajahan Terbaru

TPPA merupakan perjanjian yang akan menjerat Malaysia untuk berada di bawah kongkongan kuasa imperialisme kapitalis Amerika-Yahudi, yang akan merentap maruah negara sebagai sebuah negara yang berdaulat. Bila Perjanjian ini dimeterai tidak lama lagi, dengan sendirinya hak istimewa orang-orang Melayu dan bumiputera bakal terhapus.TPPA akan memberikan hak kepada pelabur daripada negara luar seperti Amerika dan negara besar lain untuk membida perolehan kerajaan yang selama ini dikhususkan untuk membantu syarikat Melayu dan bumiputera.Jika kerajaan memberikan layanan istimewa kepada syarikat Melayu dan Bumiputera, selepas TPPA ditandatangani, kerajaan boleh disaman di tribunal antarabangsa, seperti yang berlaku kepada kerajaan Afrika Selatan akibat melaksanakan dasar mengutamakan rakyat kulit hitam melalui Dasar BEE. Ini bermakna, peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan, yang memberikan keistimewaan kepada orang-orang Melayu dan Bumiputera, akan tidak terpakai lagi. Melayu dan Bumiputera dilayan sama seperti warga asing.Kekayaan negara akan dibuka untuk dibida oleh semua orang. Sudah tentu Amerika dan negara besar seperti Jepun, yang mempunyai kekuatan modal dan teknologi yang berlipat kali ganda berbanding kita, akan memenangi bidaan. Kita akan merempat di bumi sendiri. Apakah penghinaan dan pengkhianatan yang lebih besar daripada usaha menggadaikan kedaulatan Melayu dan Bumiputera kepada kuasa imperialis dan kapitalis Amerika-Yahudi menerusi TPPA? [Tulisan dari Ustaz Hj Mohd Hazizi bin Hj Ab Rahman, Ketua Penerangan Ikatan Muslimin Malaysia]
Hari ini kita bebas membeli-belah barangan tempatan di pasaraya tempatan seperti Mydin, The Store, EconSave, dan sebagainya. Kita mudah makan di mana-mana kedai mamak atau restoran tempatan. Kita juga mempunyai pilihan membeli keperluan harian dari mana-mana kedai runcit kecil di merata-rata tempat di seluruh negara milik rakyat tempatan. Bila ada TPPA nanti, semua perusahaan kecil ini akan gulung tikar dan ditelan oleh syarikat gergasi luar negara yang bakal membanjiri bandar dan pekan kecil negara kita. Tanah adat yang dimiliki oleh anak negeri sejak zaman berzaman juga akan hilang. Dengan kuasa beli yang besar, semua tanah rakyat pribumi, termasuk di Sabah dan Sarawak akan berpindah ke tangan mereka. Golongan Amerika-Yahudi tidak perlu membawa senjata untuk menjajah tanah baru seperti yang mereka lakukan di Palestin. Mereka menggunakan tindakan paksa supaya semua negara di dunia menandatangan perjanjian yang rata-ratanya menekan dan berat sebelah. Inilah PENJAJAHAN ORDER BARU.
Jangan lupa, kuasa wang juga telah mereka gunakan untuk "MENGEPUNG KAABAH"!!!