Saturday, June 30, 2018

Hargai DiriMu




HARGAI DIRIMU DULU, KEMUDIAN BARU HARGAI ORANG LAIN

Apakah petunjuk, seseorang itu mempunyai harga diri yang tinggi? 

Pertama, dia mudah menghargai orang lain. Sebab itu kalau kita lihat dalam kehidupan seseorang ini yang mana mereka ini mudah mesra, menghormati orang lain, boleh bergaul dengan baik dengan orang lain, itu petanda bahawa dia mempunyai harga diri yang tinggi. 

Sebaliknya kalau kita lihat  ada orang suka meremehkan orang lain, mengejek-ngejek orang lain, selalu memandang kecil kepada orang lain, itu petanda bukan orang lain yang diremehkan itu rendah, tetapi dirinya yang rendah. 

Analoginya mudah. Hanya orang yang ada wang boleh memberi wang kepada orang lain. Begitu juga hanya orang yang punya harga diri sahaja yang boleh menghargai orang lain. Sebab itu hanya apabila kita menyayangi diri kita sendiri, barulah kita boleh menyayangi orang lain. 

Kedua, mempunyai ‘self talk’ yang positif. 
Dalam masa 24 jam, sebenarnya kita lebih banyak bercakap dengan diri kita berbanding kita bercakap dengan orang lain. Petanda orang yang mempunyai harga diri yang tinggi ialah percakapan dirinya terhadap dirinya sendiri ialah percakapan-percakapan yang positif. 

Bila dia dengar sahaja kuliah atau dengar sahaja tazkirah atau membaca tulisan yang bermotivasi seperti ini, ‘self talk’nya sentiasa positif;

“Input ini adalah yang terbaik untuk aku. Aku boleh amalkan dan insyaallah aku akan sampaikan kepada orang lain.  Motivasi atau input-input yang baik ini akan menyinari hidupku dan aku akan buat satu perubahan yang akan memberi inspirasi kepada orang lain.”

Begitulah orang yang mempunyai harga diri yang tinggi. ‘Self talk’nya, percakapan dirinya ialah  yang positif. 

Tetapi malangnya ramai orang yang punyai ‘self talk’ yang negatif. 90 % yang dicakap terhadap dirinya adalah negatif. Kalau dia membaca buku motivasi suara hatinya akan berkata: 
“Ala aku boleh dengar sahajalah, mana boleh aku amalkan.” 
Sehinggakan sampai satu tahap dia berkata; 
“Entah-entah orang yang menulis ini pun tidak amalkan apa yang dia tulis.”

Akibat self talk yang negatif, ramai manusia yang gagal untuk membuat perubahan ke arah kebaikan. Dia bukan didorong ke hadapan, sebaliknya sentiasa digeser ke belakang.  

Oleh itu, penting sekali kita mendapat keyakinan, hasil daripada percakapan-percakapan yang positif daripada dan kepada diri kita sendiri. Sebab itu misalnya, dalam ibadah solat kita juga sebenarnya sedang mengingatkan diri kita sendiri melalui bacaan-bacaan di dalam rukun solat.

Dalam rukun qauli,  bacaan surah al fatehah yang kita baca... wajib didengar oleh telinga kita sendiri. Ini satu selftalk yang positif yang mengingatkan  bahawa kita hamba Allah, yang meminta pengampuna-Nya, kekuatan-Nya. Dalam duduk antara dua sujud, kita minta sihat dan kita minta hidayah dan sebagainya. Insya-Allah ‘selftalk’ ini positif, dan akan membentuk diri kita yang positif juga. 

Sebaliknya, orang yang punya harga diri yang rendah, dia akan sentiasa melakukan sabotaj terhadap dirinya sendiri. Ya, kegagalan itu bermula di dalam diri kita sendiri, sebab itu kita gagal ‘menakluki’ diri kita sendiri. Justeru, sering diperingatkan bahawa kita sebenarnya perlu bertanding dengan diri kita sendiri. 

“What happen in you is more important then what happen to you…” Begitu kata-kata ahli-ahli yang bijaksana.  Apa yang berlaku di dalam diri kita sebenarnya lebih penting daripada apa yang berlaku di luar diri kita. 

Sebab itu kita kena hapuskan sikap ‘self sabotaging habit’ ini. Kalau dibiarkan berterusan kita akan menjadi  “Toxic people”, manusia beracun yang melemahkan diri sendiri dan orang lain.   
Mula-mula kita sabotaj diri kita, kemudian akhirnya kita jadi ‘toxic people’ yang mensabotaj  orang lain.. Kita boleh menghasut, kita boleh mengumpat dan kita boleh memfitnah orang lain hasil daripada perasaan negatif yang ada di dalam diri kita. 

Orang yang memfitnah, mengumpat ialah orang yang penuh dengan racun. Orang yang sebegini  tidak akan berjaya di dalam hidupnya. Dia tidak akan menyelamatkan dirinya dan dia tidak akan mampu menyelamatkan orang lain. Dia ‘membunuh’ dirinya sendiri, keyakinannya sendiri, harga dirinya sendiri dan dia tidak akan pernah membina aspirasi kepada orang lain.

Ketiga, mampu menyayangi orang lain hasil dia menyayangi dirinya sendiri. 

Bagaimana keadaan itu? 
Saya pernah menonton satu filem tentang hari ibu. Yang mana seorang wanita tua telah ditinggalkan oleh anak-anak dan suaminya di rumah orang tua. Pada waktu itu ibu itu mengeluh, lalu berkata, “Yang paling malang dalam hidup ini apabila  tidak disayangi.”  Dia tidak disayangi oleh suami dan anak-anaknya.. Tetapi kawannya di sebelah menepuk bahunya dan berkata bagi membetulkan persepsi ibu tadi dengan berkata, “yang paling malang dalam hidup ini bukan tidak disayangi tetapi apabila kita tidak menyayangi.“

Punca kita tidak disayangi ialah apabila kita tidak menyayangi diri kita sendiri. Hanya orang yang menyayangi dirinya mampu menyayangi orang lain. Kalau kita tidak mampu untuk menyayangi diri kita yang paling dekat, mana mungkin kita boleh menyayangi orang lain yang ‘jauh’?

Kelihatannya seperti kita terlalu mementingkan diri? 
Sebenarnya, tidak! Kita tidak mementingkan diri sendiri sekiranya kita menyayangi diri kita terlebih dahulu sebelum menyayangi orang lain. 

Tamsilannya begini.  Ketika kita menaiki kapal terbang, pramugari selalunya memberi panduan sekiranya oksigen dalam kapal terbang itu berkurangan, maka akan keluar corong yang berwarna kuning. Arahannya ialah kita perlu bernafas dahulu barulah kita membantu  anak kita yang masih kecil untuk bernafas. Walaupun kita sayang anak kita, malah sanggup mati untuk mereka, tetapi aturannya ialah kita perlu ambil corong oksigen itu dan bernafas terlebih dahulu baru kita bantu anak kita bernafas. 

Apa maksudnya? 

Hanya orang yang hidup sahaja boleh memberi kehidupan. Hanya orang selamat sahaja yang mampu menyelamatkan. Dan hanya orang yang menyayangi dirinya dahulu boleh menyayangi orang lain. 

Sayangnya, ramai kaum ibu yang  kadangkala oleh kerana terlalu sayang anaknya...dia jaga anaknya sampai mengabaikan kesihatan dirinya sendiri. Ini salah. Kita perlu menjaga kesihatan diri kita untuk menjaga kesihatan anak kita. Ini bukan mementingkan diri... tidak! Tetapi untuk menyayangi orang lain perlu terlebih dahulu  menyayangi diri kita.

Justeru, pada saya orang yang tidak menjaga kesihatan dirinya ialah orang yang  mementingkan diri. Kenapa? Kerana jika dia jatuh sakit, orang lain terpaksa menjaga dirinya. Tetapi bagi orang yang sihat, dia yang mahu menjaga orang yang sakit. Jadi orang yang menjaga dirinya agar tidak sakit ialah orang yang tidak mementingkan diri!
BAGAIMANA HARUS MENYAYANGI DIRI? 

Kunci katanya ialah, “Kita tidak boleh menyayangi orang lain tanpa terlebih dahulu menyayangi diri kita sendiri dan kita tidak mampu menyayangi diri kita sendiri kalau tidak terlebih dahulu  menyayangi Allah SWT. “

Sebab itu dalam kehidupan ini, kita perlu sentiasa meningkatkan keimanan kepada Allah SWT dengan menyedari bahawa diri kita hakikatnya adalah amanah Allah terhadap diri kita sendiri. 
Justeru dalam Islam, kita tidak boleh menjatuhkan diri kita kepada kebinasaan. Contohnya,  kita tidak boleh membunuh diri. Kalau dipersoalkan, apa salahnya kalau saya membunuh diri saya sendiri, saya bukan membunuh orang lain?

Ingatlah bahawa menurut  Islam, diri kita pun bukan kita yang empunya. Diri kita hanyalah amanah daripada Allah SWT. Sebab itu kalau orang itu sayang yang benar-benar kepada Allah, dia akan sayang kepada dirinya sendiri.  Dan orang yang menyayangi dirinya sendiri insya-Allah, akan boleh menyayangi orang lain.


[Ustaz Pahrol Mohamad Juoi]

Bacalah Al Quran



Kata ulama, bacalah al-Quran sebanyak mana kita makan.

Jika kita makan sarapan pagi, tengahari dan malam, maka bacalah juga al-Quran pada waktu pagi, tengahari dan malam.

Makanan yang kita makan adalah untuk jasad yang akan hancur.

Manakala al-Quran yang kita baca adalah untuk roh yang akan terus hidup.

Sebelum menutup mata, usahakan hafal dan amal surah al-Mulk, al-Kahfi, dan al-Baqarah.

Ada hadis nabi saw yang menyebut tentang keutamaan surah-surah ini.

Dengan surah al-Mulk, kita selamat dari azab kubur. Hanya ada 30 ayat. Jika kita hafal sehari satu ayat, sebulan habis satu surah al-Mulk.

Surah al-Kahfi menyelamatkan kita dari fitnah dajal. Dan memberi cahaya dari hujung kaki sehingga ke langit di Padang Mahsyar kelak. Hanya ada 110 ayat. Lebih kurang 4 bulan, selesai hafal.

Surah al-Baqarah penyelamat kita ketika huru hara di Padang Mahsyar. Syaitan juga tidak memasuki rumah yang dibacakan al-Baqarah di dalamnya. Ada 286 ayat. Dalam setahun, boleh selesai hafal.

Jika kita belum boleh baca al-Quran, doa minta dengan Allah jangan matikan kita lagi malam ni.

Cari guru, dan belajarlah al-Quran. 

Yang boleh baca al-Quran, bacalah selalu. Banyak manfaatnya lepas kita mati.

Mati hanya sekali. Lepas mati, ada orang minta mati lagi sebab tak sanggup dengan azab kubur dan pelbagai azab lagi di Padang Mahsyar dan di neraka. 

Namun tiada mati lagi selepas itu. Yang ada cuma penyesalan kerana tidak bersungguh beramal soleh ketika masih ada peluang melakukannya.

-[ FB Ustaz Dusuki Abdul Rani.]

Sarapan Vitamin Hati




❤ Harga diri manusia adalah akhlak mulianya. 
💙 Nilai diri seseorang adalah rasa kemanusiaannya. 
💚 Kecantikan sebenar manusia adalah timbang rasa sesama manusia. 
💛 Termasuk jati diri, kemesraan dan budi bahasa. 
💙 Yang lainnya berlebih kurang dan bertolak ansur dalam pergaulannya. 
💜 Ilmu yang ada dihayati dan diamalkannya dan manafaatnya merata kepada semua. 
❤ Berlapang dada di dalam pergaulan dan sabar menghadapi karenah manusia. 
💚 Boleh bergaul elok dengan semua tanpa memilih darjatnya. 
💜 Dengan fakir miskin, dengan orang bodoh, dengan cerdik pandai, kaya, berjawatan  
        semua dilayan sama. 
💙 Tidak mementingkan diri dan suka menolong sesamanya. 
❤ Mudah memberi maaf dan meminta maaf serta berlapang dada. 
💚 Kejahatan dibalas dengan kebaikan dan dendam tidak ada dalam kamus hidupnya. 
💜 Sentiasa tenang walau banyak ujian datang melanda. 
❤ Kasih sayang ada berjuta. Sebarkan salam raih redhaNya..

Petua Keluarga Bahagia





30 PETUA UNTUK JADI KELUARGA  BAHAGIA

🔴 Jaga solat awal waktu, PASTI keluarga akan bahagia. Beza orang yang sekadar solat dengan orang yang solat di awal waktu, ibarat langit dan bumi. Jauh bezanya. Dan Allah akan hujani rezeki pada rumah orang-orang yang jaga solat di awal waktu. 
🔴 Wujudkan ta'lim dalam rumah sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari. Ta'lim adalah sesi berkumpul sekeluarga dan bercerita tentang Allah, kisah nabi, tafsir quran, atau hadis2. Jadikan rumah kita sebahagian dari taman syurga. 
🔴 Wujudkan 3 waktu ini dalam keluarga, sekurang-kurangnya sekali sehari: Solat berjemaah, Makan berjemaah, dan bercerita/berbual.Dan dalam ketiga-tiga waktu ini, haramkan handphone dan TV. 
🔴 Menguap atau melihat handphone ketika pasangan atau anak-anak sedang bercerita, adalah akhlak yang sangat buruk.
🔴 Sebut nama pasangan dan anak-anak dalam doa selepas solat, setiap hari. 
🔴 Banyakkan menyebut "ya arhamar rahimin" (Yang Maha Pengasih dan Penyayang). Supaya setiap anggota keluarga kita juga sentiasa ada dua sifat itu-- penyayang dan pengasih. 
🔴 Hindari sikap MALAS. Buang perkataan MALAS dalam kamus hidup. Allah benci orang yang malas, Allah menyempitkan rezeki orang yang malas. Kurangkan tidur, kurangkan makan, kurangkan social media, kurangkan berhibur. Kerana itu punca malas. 
🔴 Tanda Allah sayang keluarga kita ialah bila setiap ahli keluarga mampu berlembut dan bertoleransi sesama sendiri. Kalau kita masih berkasar, kerap bertelingkah, kuat merajuk, pentingkan diri sendiri, maksudnya keluarga kita masih jauh dari Allah. 
🔴 Orang yang paling kaya dan bahagia adalah orang yang kenal Allah, percaya Allah, RASA Allah sentiasa melihat, dan yakin setiap musibah dan nikmat itu adalah kerana kasih sayang Allah. 
🔴 Apa ciri-ciri rumah yang Allah suka? Rumah yang sentiasa bersedia menyambut Rasulullah s.a.w. sebagai tetamu. Bayangkan Rasulullah nak datang rumah kita petang ni. Adakah kita akan malu atau mengelak? Adakah kita akan sorokkan mana-mana majalah, DVD, frame gambar? Adakah kita akan hulurkan Quran yang berhabuk (dah lama tak baca) kepada Rasulullah? Atau adakah kita dalam keadaan yang sentiasa bersedia untuk menyambut Rasulullah, dan yakin baginda akan suka berkunjung ke rumah kita? Tepuk dada. 
🔴 Nafkah wajib seorang suami kepada isterinya ada 3: Tempat tinggal, Makanan, Pakaian. Suami isteri yang tinggal di rumah mak atau mak mertua atas sebarang sebab, bermaksud suami belum menyempurnakan nafkah tempat tinggal. Tapi kalau tiada pilihan, suami tetap perlu beri bayaran sewa (atau sumbangan setimpal) kepada tuan rumah, bagi menyempurnakan nafkah tersebut. Ini kewajipan. Dan kalau tak ditunaikan, suami akan menanggung dosanya, dan boleh jadi asbab rezeki keluarga sempit dan rumahtangga tak bahagia. 
🔴 Rasulullah s.w. .tak pernah merungut apabila makanan yang disediakan isterinya tak sedap, kekurangan pada sikap/layanan isterinya, kenakalan anak-anak, sikap ego orang tua, rajuk/cemburu isterinya, atau sebarang kesusahan dalam rumahtangga. Rasulullah tak pernah merungut. Kerana merungut adalah salah satu tanda hati telah hitam. 
.
🔴 Macam mana nak bersihkan hati yang hitam? Rajin basuh toilet, bersihkan rumah. Kerja-kerja "kotor" sebegini akan membersihkan hati dan menundukkan jiwa. Sambil bersihkan tandas, repeat dalam hati-- 
"Rajiah, kau bukan siapa-siapa, kau takde apa-apa, kau tak pernah buat apa-apa. Semua kebaikan yang ada pada kau, adalah kuasa dan pertolongan Allah semata-mata." 😭
🔴 Setiap kali kita nampak keburukan atau kekurangan pada pasangan dan anak-anak-- 
SABAR. Betulkan diri sendiri dulu. Kadang2 kekurangan itu bukan pada pasangan atau anak-anak, tapi pada diri sendiri yang gagal bersyukur, gagal mendidik dan gagal menjadi contoh yang baik. Orang yang betul2 yakin dengan Allah, tak pernah pandang rendah pada orang lain, termasuk dirinya sendiri. 
🔴 Setiap kali buat kebaikan, jangan harapkan pujian daripada pasangan, tapi harapkan Allah pandang dan Allah sayang. Sebab bila Allah sayang, automatik seluruh makhlukNya sayang pada kita. 
🔴 Kekalkan mawaddah (romantik) dalam rumahtangga. Jalan pegang tangan, baring atas riba pasangan, peluk pasangan, pandang wajah pasangan dengan rasa cinta. Biarpun di hadapan anak-anak. 
🔴 Ringankan mulut untuk ucapkan kata cinta, kata penghargaan, pujian dan dorongan kepada pasangan dan anak-anak setiap hari. Itu akan melembutkan hati dan mengeratkan hubungan. 
🔴 Rasulullah saw tak pernah pukul/rotan/kurung/ikat/meninggikan suara kepada pasangan dan anak-anak. Baginda bijak menggunakan kemahiran komunikasi dan tutur kata yang berhemah untuk selesaikan sebarang konflik dan stress. Kekerasan dan kekasaran fizikal hanya akan mengeraskan hati dan menjarakkan hubungan. 
🔴 Cara hidup kita menentukan cara mati kita. Dan cara mati kita menentukan cara kita dibangkitkan semula nanti. So kalau nak kesudahan yang baik, betulkan cara hidup bermula sekarang! 
🔴 Sentiasa buat kebaikan, walaupun kepada pasangan yang tak pandai menghargai, pasangan yang ego, pasangan yang jahil, pasangan yang tak membalas kebaikan tersebut. Kerana setiap kebaikan yang kita buat, pasti akan dibalas oleh Allah. Buat baik, sebab nak Allah sayang, bukan sebab nak pasangan sayang. Ingat, tiada satu pun kebaikan yang sia-sia! 
🔴 Rumahtangga yang sejahtera adalah salah satu syurga dunia. Sesiapa yang tak berusaha untuk capai syurga dunia, tak akan mampu beroleh syurga di akhirat nanti. Maka penting untuk kita berusaha capai keluarga sejahtera, sebelum mati. 
🔴 Suami yang rajin tolong basuh pinggan, bukan suami dayus. Suami yang rajin tolong sidai baju, bukan suami dayus. Suami yang tolong mandikan anak-anak, bukan suami dayus. Suami yang patuh cakap isterinya, bukan suami dayus. Tapi suami dayus, adalah suami yang tak mampu membimbing isterinya ke jalan Allah, tak mampu menjaga aurat isterinya, tak mampu membentengi isterinya dari azab api neraka. 
🔴 Rumahtangga yang sentiasa ada solat dan zikir di dalamnya, pasti akan tenang dan bahagia. 
🔴 Jarak sesuatu masalah dengan penyelesaiannya, ibarat jarak dahi dengan tempat sujud. Apa pun konflik dalam rumahtangga, kembali pada Allah. 
🔴 Kualiti sesebuah keluarga terletak pada kualiti solat anggotanya. 
🔴 Sentiasa bersedekah sesama anggota keluarga. Kerana sedekah itu lebih tajam daripada doa. 
🔴 Keluarga adalah asas hidup. Kalau keluarga sejahtera, seluruh perjalanan hidup akan mudah. 
🔴 Seorang suami perlu ada sifat "ghirrah". (Bukan ghairah. Itu memang dah confirm ada. 😂) Ghirrah bermaksud cemburu. Cemburu yang bertujuan untuk memelihara kehormatan isteri dan menghindar isteri daripada maksiat dan dosa. Contoh, kalau isteri nak keluar dengan kawan2, suami boleh izinkan. Dengan syarat, auratnya terpelihara, pergaulannya terjaga. 
🔴 Doa bila rumahtangga dilanda badai atau musibah: 
Surah At-Taubah, ayat 128-129. 
Ini doa favourite Rasulullah saw. 
🔴 Doa supaya satu keluarga sentiasa jaga solat: 
Surah Ibrahim, ayat 40.
🔴 Doa supaya Allah sentiasa pelihara ibu bapa kita, dan jadikan anak-anak kita taat: 
Surah Al-Ahqaf, ayat 15.
🔴 Doa memohon zuriat, dan agar Allah sentiasa beri kesabaran ketika belum ada zuriat: 
Surah Maryam, ayat 1-10.

[FB Majlis Ilmu]

Tuesday, June 19, 2018

Street Dakwah



Berdakwah melalui media sosial memang baik. Cuma hasil kerja itu hanya Allah yang tahu. Tapi bagi admin yang terbaik ialah bila kita sendiri keluar berdakwah kepada masyarakat sama ada Islam mahu pun belum Islam.

Semasa menjalani kursus haji di Masjid Assyakirin KLCC, terlihat sekumpulan belia menyebarkan risalah mengenai Islam kepada orang-orang di jalanan. Ini usaha yang sangat bagus bagi mereka yang sedang berjinak-jinak dengan Street Dakwah.

Bila sudah petah berbicara, kita boleh mendatangi sesiapa saja yang ingin mengetahui lebih mendalam mengenai Islam. Saat paling membahagiakan ialah bila telinga kita mendengar sendiri orang yang kita dakwahi itu mengucap syahadah.

Beribadah untuk diri sendiri itu memang baik tetapi jika kita panjangkan ibadah itu kepada hamba Allah yang lain, itu adalah terbaik. Ertinya kita memanfaatkan diri kita ke jalan Allah. Macam yang dilakukan oleh pendakwah zaman dulu.

Kerja dakwah bukan setakat syahadah saja tapi kena juga disusuli dengan usaha bagi memastikan muallaf itu menjalani cara hidup Islam yang betul.

Sebelum berdakwah kepada orang lain, kita mesti berdakwah kepada diri sendiri dulu dengan pembinaan akhlak yang indah. Sebaik-baik dakwah ialah melalui akhlak yang mulia. Ini bentuk dakwah yang dilakukan tanpa suara. Sangat tidak cantik bila lidah bercakap tentang dakwah sedangkan perangai kurang beradab. Sikap macam ini tidak selari dengan ajaran Rasulullah s.a.w.

Kerja dakwah mampu dilakukan oleh hati yang cintakan Allah, tidak kira siapapun. Wanita yang terikat dengan tanggungjawab keluarga boleh melakukannya dengan cara bersahaja iaitu bercakap mengenai Islam dengan jiran, pekedai dan sebagainya yang belum lagi   Islam. Saya bercakap mengenai hal-hal Islam dengan pemilik salun rambut Cina dekat rumah saya.

Street Dakwah juga sesuai untuk warga emas solo yang tidak terikat lagi dengan hal-hal keluarga. Daripada duduk beribadah bersendirian di rumah, lebih baik keluar bergaul di samping menyahut seruan Nabi saw: "Sampaikan kepadaku sepotong ayat."

Street Dakwah - sesuatu yang admin idamkan untuk melakukannya satu hari nanti. Jika Allah beri peluang untuk terus bernafas dalam keadaan tubuh dan minda yang sihat dan bebas dari bebanan yang dipikul sekarang. 

InsyaAllah.

19 Jun 2018

Jangan Mengaku Beriman Jika Berakhlak Buruk



Hati adalah tempat jatuhnya keinginan dan nafsu. Nafsu selalu mendorong kepada perkara maksiat. Untuk melawan nafsu, hati hendaklah dibersihkan dari sifat-sifat mazmummah (buruk) seperti marah, hasad, riak, ujub, takabbur, cintakan dunia, bakhil, cemburu dan sebagainya. Setelah hati itu bersih hendaklah hati itu dihias dengan sifat-sifat terpuji seperti taubat, raja' dan khauf, zuhud, sabar, syukur, ikhlas dan tawakal.

Adalah mustahil orang yang mempunyai hati yang dipenuhi dengan sifat-sifat buruk akan mempunyai akhlak yang baik. Akhlak yang baik adalah dari hati yang baik dan akhlak yang buruk adalah dari hati yang buruk juga. Maka adalah wajib atas setiap mukallaf untuk membersihkan hatinya dari segala sifat-sifat keji yang akan merosakkan amal dan iman.

Hati adalah tempat pandangan ALLAH swt. Tariklah perhatian ALLAH dengan hati yang bersih dan yang cantik dihias. Apabila ALLAH telah tertarik dengan hati kita, Insya-ALLAH akan dianugerahi dengan kurnia atau nikmat yang besar iaitu ketenangan hati. Hati yang tenang akan mendatangkan perkara-perkara ini:-

            * senang menghadapi ujian hidup.
            * senang resap ilmu.
            * senang khusyuk dalam sembahyang.
            * senang memaafkan orang.



Hati yang tenang juga dapat menjauhi masalah emosi seperti kemurungan, tekanan (stress), rasa putus asa dan penyakit mental yang lain. Inilah kurnia ALLAH yang tidak dapat dibeli dengan wang atau harta bagi mereka yang membersihkan hati dari segala sifat-sifat buruk (maksiat hati).

Banyak mendengar nasihat

Setelah membersihkan zahir dan batin dari maksiat, banyakkanlah mendengar kata-kata nasihat. Manusia itu sentiasa lalai dan leka serta lekas lupa. Jika tidak sentiasa diingatkan, ditegur serta dinasihatkan, ditakuti manusia itu akan terus leka dengan kekurangan yang ada pada dirinya dan menyangka dirinya sudah cukup sempurna dan baik. Orang yang menyangka dirinya sudah sempurna dan baik adalah orang yang sombong. Sombong adalah sifat Syaitan. Jauhkan diri dari menjadi sombong dengan selalu mendengar kata-kata nasihat dan mendengar hadith-hadith Rasulullah saw dalam bab akhlak.

Namun tidak semua orang senang mendengar nasihat atau merasa senang hati apabila dinasihati. Mengapakah begitu? Salah satu sebab hati manusia tidak senang mendengar nasihat ialah kerana hati itu dipenuhi dengan ran. Ran adalah titik-titik hitam yang menutup hati apabila manusia itu melakukan maksiat dan tidak bertaubat dan menyesal dengannya. Semakin banyak maksiat yang dilakukan semakin banyaklah ran itu menutupi hati. Hati yang ditutupi dengan ran akan menjadi gelap. Hati yang gelap tidak boleh menerima nur (cahaya ALLAH) yang datang melalui ilmu dan nasihat.

Sangat rugilah orang yang tidak mendengar nasihat kerana dia akan terus leka dan lalai dalam kehidupan dunia yang singkat dan sementara sahaja ini.

[FB Ahmad Ezry]

Insan Berciri Berlian



Berlian terbaik dihasilkan dari suhu dan tekanan yang tinggi di perut bumi. Semakin tinggi suhu yang diterima, semakin tinggi tekanan yang diperolehi. Jika mampu bertahan dan tidak hancur, ia berubah menjadi berlian yang berkilau tiada tara. Keras. Kukuh. Dan mahal harganya.

Jika dalam kehidupan ----
☆ kita terus tersenyum ketika hati sedang menangis.
☆ kita ada kekuatan untuk diam ketika diri terluka.
☆ kita berakhlak indah kerana selalu memaafkan.
☆ kita bersabar ketika tertekan dengan masalah kehidupan.
☆ kita mampu mencari kekuatan ketika masalah datang bertimpa-timpa.
☆ kita terus berdoa dan percaya Allah adalah sumber kekuatan.

Maka saat kita mampu bertahan dan tidak hancur itulah kita menjadi seorang insan berciri berlian. Keras. Kukuh dan InsyaAllah martabat kita akan semakin meningkat..

Sunday, June 10, 2018

Realiti Hidup Berumahtangga - Cinta Saja Tak Cukup



Kita akan benar-benar mengenali seseorang hanya SETELAH kita berkahwin dengannya, tidur sebantal, baring sekatil, makan sepinggan dan duduk sebumbung.

Masa itu barulah kita tahu dia jenis tidur berdengkur, baru tahu cepat stress kalau ada masalah.. baru tahu pemarah apabila ditegur...baru tahu jenis pemalas buat kerja rumah, baru tahu.. baru tahu..

Bercinta hatta 10 tahun sekali pun, bergayut tiap-tiap malam, dating tiap-tiap hari pun BELUM CUKUP untuk mengenali seseorang itu.

Kahwin bukan hanya tentang dating halal, ambil gambar romantik sama-sama, boleh pegang-pegang tangan, boleh makan bersuap, semua yang sweet, manis, segala yang indah-indah hingga hujung nyawa.

Kalau kamu lihat yang INDAH-INDAH daripada kawan yang baru kahwin.. itu semuanya hanya apa yang dia mahu perlihatkan kepada dunia.. realitinya susah payah perit air mata yang disembunyikan.. siapa yang tahu?

Kita hidup di alam realiti, bukan fantasi. Jangan hanya berangan yang indah tanpa memikirkan AMANAH dan TANGGUNGJAWAB yang bakal dipersoalkan dan digalas bersama.

Alasan sudah kenal lama sangat atau untuk 'elak maksiat' saja TIDAK CUKUP untuk kahwin segera.

Kalau sebelum kahwin tidak mampu bersabar atau bertahan dengan ujian yang kecil/sedikit, bagaimana kamu jangkakan untuk bersabar dan bertahan dengan ujian yang besar/banyak selepas berkahwin?

Bersediakah kamu.. pulang kerja penat, lapar, mengantuk tetapi BERSABAR apabila isteri tak masak sebab alahan mengandung/anak meragam..

Bolehkah kamu TETAP TERSENYUM, menyinsing lengan memasak di dapur kemudian menyuapkan makanan ke mulut isteri kamu yang juga lapar, uruskan buang air besar/kecil dan mandikan anak-anak untuk beri isteri ruang untuk dirinya?

Yang perempuan sudah bersediakah untuk mentaati seorang lelaki yang baru hadir dalam hidup, bersediakah menanggung jerit perih alahan mengandung, sakit bersalin, berpantang, realiti anak mahu mengempeng berjam-jam sampai badan menggigil lapar dan lesu yang amat?

JANGAN MIMPI hendak makan, mandi, tidur dengan aman selagi anak masih kecil.

Apabila kamu membentak marahkan orang tua.. kenapa susahkan orang nak kahwin.. padahal kamu tidak sedar. Ibubapa sedang mendidik kamu bahawa kehidupan selepas kahwin itu BUKAN MUDAH.

Sebab itu mereka mahu kamu berdikari sekurang-kurangnya cuba hadapi susah sendiri tanpa harapkan orang lain sebab kahwin memang senang tetapi menjadi ketua keluarga dan ratu rumahtangga itu tidak mudah!

Tak sedikit yang rumahtangganya runtuh disebabkan masalah KEWANGAN, TIDAK FAHAM dan TIDAK MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB, TIADA KEPERCAYAAN, PERSEFAHAMAN dan lain-lain, walaupun asalnya perkahwinan itu diawali atas dasar cinta yang mendalam.

Malangnya kita hanya menyedari setelah kahwin..

Untuk menjayakan hidup berumahtangga.. Cinta saja tak cukup rupanya.. barulah kita sedar ungkapan 'rezeki setelah nikah' itu perlu diusahakan dan disertakan dengan ujian bukannya terus bergolek masuk dalam mulut.

Cuma ketika itu baru kita sedar.. betul apa mak ayah kata... "cinta saja tak cukup"..

Moga Allah mudahkan perjalanan kita semua....

[CNP dari Internet]

Friday, June 8, 2018

Mutiara Kata





Usah perlekehkan usaha seseorang yang bertaubat dan kembali menimba ilmu yang dulu dilalaikan. Akhir yang ikhlas lebih penting dari awal yang berakhir maksiat.




Syurga itu super mahal. Harganya berdasarkan keikhlasan. Neraka itu super murahan. Mudah dilihat di tepi-tepi jalan. Jaga mata, jaga hati.



Kalau tak gelap macam mana nak nampak bintang? Kalau tak berkorban, macam mana nak capai kejayaan?



JANGAN BENCI mana-mana hamba Allah, walau berbeza kepercayaan. HIDAYAH MILIK ALLAH. Dengan hidayah itu mungkin dia LEBIH BAIK di sisi Allah dari kita. 


Western Wall



A journalist heard about a very old Jewish man who had been going to the Western Wall to pray, twice a day, every day, for a long, long time.
So she went to check it out. She went to the Western Wall and there he was, walking slowly up to the holy site. She watched him pray and after about 45 minutes, when he turned to leave, using a cane and moving very slowly, she approached him for an interview.
"Pardon me, sir, I'm Rebecca Smith from CNN. What's your name?"

"Morris Feinberg," he replied.

"Sir, how long have you been coming to the Western Wall and praying?" 

"For about 60 years."
"60 years! That's amazing! What do you pray for?"
"I pray for peace between the Christians, Jews, and the Muslims."
"I pray for all the wars and all the hatred to stop."
"I pray for all our children to grow up safely as responsible adults and to love their fellow man."
"I pray that politicians tell us the truth and put the interests of the people ahead of their own interests."
And finally "I pray that everyone will be happy".

"How do you feel after doing this for 60 years?"

"Like I'm talking to a  wall......"


[Source: IntoTaqwaMalaysia]

Monday, June 4, 2018

Makna Rezeki





Rezeki itu bukanlah bermakna kamu dapat apa kamu nak. Tapi bila kamu terima apa yang Tuhan beri.

Kita belajar tentang sirah mengenai Siti Mariam(as) tidak berkahwin tapi dapat anak. Itu adalah rezeki beliau.

Kita lihat pula sirah Sayyidatina Aishah(ra) . Beliau berkahwin namun tak dapat anak. Itu pula rezeki beliau.

Allah hantar Nabi Musa(as) ke rumah Firaun sebagai anak angkat untuk membawanya ke syurga. Tapi tetap juga Firaun menjadi manusia paling celaka yang memilih neraka.

Allah menghantar Nabi Nuh(as) untuk menyelamatkan kaumnya tapi anak isterinya sendiri derhaka dan enggan terima.

Pelajarilah sesuatu dari kisah-kisah seperti itu. Sungguh. Rezeki masing-masing tak sama. Semua ada jalan ceritanya yang tersendiri! Semuanya untuk menceritakan kehebatan Allah dalam mengatur segala-galanya dengan indah.

Orang yang ada suami, ada isteri, ada anak, ini bermakna ada tanggungjawab yang dipikul juga. Mudah dapat pahala. Tapi mudah juga dapat dosa.

Yang tak bertemu jodoh, yang tak dikurniakan zuriat pun satu rezeki juga. Rezeki terlepas tanggungjawab dan risiko nak menjawab depan Allah nanti.

Jadi, sebelum kita terus mengeluh tentang itu ini, perlu difahami dulu konsep rezeki. Ada, tak semestinya untung. Tak ada, tak semestinya rugi.

Kalau dapat apa kamu nak, tak semestinya kamu boleh terus bergembira. Kalau tak dapat apa kamu nak, tak semestinya kau tak boleh bahagia.

Takdir Allah ini misteri sifatnya. Rahsia Allah dalam perbuatan-Nya. Entah-entah airmata redha yang kau titiskan dalam mengharung kecewa itulah yang menghanyutkan kau ke syurga.

Jadi...

"Rezeki tu bukan bermakna kamu dapat apa kamu nak. Tapi bila kamu terima apa yang Tuhan beri."

Ya! Yang penting, kamu percaya.. kalau sudah itu takdirmu, itulah yang sebaik-baiknya.

Kamu hanya akan bahagia kalau kamu terima.

Percaya dan terima.

Wallahu'alam

[Ustaz Iqbal Zain]

Wahai Wanita




Wahai wanita,

Jika engkau terlambat menikah, maka ingatlah kisah Saidatina Khadijah r.ha, yang sentiasa bersabar hingga mendapat suami terbaik di muka bumi pada ketika usianya 40.

Wahai wanita,

Jika engkau tidak menikah, maka ingatlah kisah Saidatina Maryam, yang sentiasa gigih berjuang, hingga Allah mengangkat darjatnya di dunia dan akhirat.

Wahai wanita,

Jika engkau memiliki suami yang buruk perangainya, maka ingatlah kisah Saidatina Asiah isteri Firaun, yang tetap tabah memegang iman, hingga Allah janjikan kepadanya istana di syurga.

Wahai wanita,

Jika engkau dimadu, tidak memiliki keturunan atau menjadi janda, maka ingatlah bahawa Saidatina Aisyah r.ha telah mengalami itu semua, namun Allah tetap menguatkannya, menolongnya dan memuliakannya.

Wahai wanita,

Jika engkau telah diceraikan suamimu, maka ingatlah firman Allah, "Jika keduanya bercerai, maka Allah akan memberi kecukupan kepada masing-masing dari limpahan kurniaanNya, dan adalah Allah Maha Luas (kurniaanNya) lagi Maha Bijaksana."

Wahai wanita,

Jika engkau adalah seorang ibu, maka syurga anak-anakmu berada di telapak kakimu dan jika engkau adalah seorang anak, maka engkau dapat menjadi pelindung kedua orang tuamu dari api neraka dan jika engkau adalah seorang isteri, maka engkau adalah anugerah terindah yang pernah dimiliki oleh suamimu.

Wahai wanita,

Dengarlah agamamu, yang telah bercerita kepadamu dengan sebaik-baik cerita untuk bekalan hidupmu.

Wahai wanita,

Dengarlah agamamu, yang telah memuliakanmu, menghargaimu dan mengangkatmu maka ikutilah segala jalan, yang telah ditunjukkan oleh agamamu.

Hanya Allah Maha Mengetahui Perkara Yang Benar.

Sunday, June 3, 2018

Air



Air tidak pernah melawan. Air mengalir. Bila tangan dicelupkan ke dalamnya, terasa betapa ia membelai.

Air bukan dinding kukuh yang mampu menghalang apa-apa, namun tiada apa-apa yang mampu menghalang alirannya yang tenang lagi sabar.

Meskipun air tidak melawan, jangan sangka ia lemah. Air yang menitis sedikit demi sedikit, mampu membelah batu. 

Begitulah sifat air. Jika tidak mampu menempuh rintangan, ia membelok keliling rintangan dan tetap juga mengalir.

#JadiSepertiAir

Al Quran Kalimah Teragung



“Tiga golongan orang yang tidak akan menghadapi ketakutan pada hari kiamat yang dahsyat dan mereka tidak akan dihisab. Mereka bergembira di atas timbunan kasturi sehingga semua makhluk selesai dihisab.

Pertama, seorang yang membaca al-Quran semata-mata mencari keredhaan Allah dan dia mengimami orang ramai dan mereka suka dengannya.

Kedua, seseorang yang menyeru (manusia) kepada solat semata-mata kerana mencari keredhaan Allah.

Ketiga, seseorang hamba Allah yang berlaku baik kepada tuannya dan kepada orang-orang bawahannya."
(H.R Tirmizi, Tabarani: Majma‘ uz-Zawa’id)










Peringatan Buat Hamba Allah


• Orang yang paling sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solat seolah-olah dia mempunyai kerajaan sebesar kerajaan Nabi Sulaiman a.s.
• Orang yang paling kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang dia ada dan tidak lupa dengan kenikmatan dunia yang sementara ini.


• Orang yang paling miskin adalah orang yang tidak puas dengan nikmat yang dia ada dan sentiasa bekerja untuk menambah hartanya.

• Orang yang paling rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal kebaikan.
• Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.
• Orang yang mempunyai rumah paling sempit adalah orang yang matinya tidak membawa amal kebajikan lalu kubur menghimpitnya.

 ⧫⧫⧫⧫⧫⧫⧫ 



Daripada Abu Umamah al-Bahili radiallahu 'anhu, Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:
بَيْنَا أَنَا نَائِمٌ إِذْ أَتَانِي رَجُلاَنِ ، فَأَخَذَا بِضَبْعَيَّ ، فَأَتَيَا بِي جَبَلاً وَعْرًا ، فَقَالاَ : اصْعَدْ ، فَقُلْتُ : إِنِّي لاَ أُطِيقُهُ ،
Ketika aku sedang tidur. Datang dua orang lelaki kepada ku lalu mereka menarik lenganku. Mereka membawa ku ke sebuah bukit yang gersang. Lalu mereka berkata kepada ku: Naiklah. Aku menjawab: Aku tidak mampu melakukannya.
فَقَالاَ : إِنَّا سَنُسَهِّلُهُ لَكَ ، فَصَعِدْتُ حَتَّى إِذَا كُنْتُ فِي سَوَاءِ الْجَبَلِ إِذَا بِأَصْوَاتٍ شَدِيدَةٍ ، قُلْتُ : مَا هَذِهِ الأَصْوَاتُ ؟
Mereka menjawab: Kami akan memudahkan hal ini untuk engkau. Lalu aku naik sehingga aku apabila tiba di puncaknya, aku mendengar bunyi-bunyi yang sangat kuat. Aku bertanya: Bunyi apakah itu?
قَالُوا : هَذَا عُوَاءُ أَهْلِ النَّارِ ، ثُمَّ انْطُلِقَ بِي ، فَإِذَا أَنَا بِقَوْمٍ مُعَلَّقِينَ بِعَرَاقِيبِهِمْ ، مُشَقَّقَةٍ أَشْدَاقُهُمْ ، تَسِيلُ أَشْدَاقُهُمْ دَمًا :
Mereka menjawab: Ini adalah jeritan ahli neraka. Kemudian aku dibawa pergi sehingga aku tiba kepada satu kaum yang dirantai pada betis mereka. Mulut mereka dalam keadaan terkoyak, dan mengalirnya darah daripada mulut mereka.
قَالَ قُلْتُ : مَنْ هَؤُلاَءِ ؟ قَالَ : هَؤُلاَءِ الَّذِينَ يُفْطِرُونَ قَبْلَ تَحِلَّةِ صَوْمِهِمْ ،
Abu Umamah berkata: Aku bertanya: Siapakah mereka? Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam: Mereka adalah orang yang berbuka puasa sebelum tiba waktunya.
Sahih Ibnu Khuzaimah, Kitab al-Sawm, hadis no: 1986
[Dari FB Page Norhizat Ibnu Radzi]

Gunakan mata untuk membaca perkara yang baik-baik, mana tahu entahkan esok kita jadi buta.
Gunakan telinga untuk mendengar perkara yang baik-baik, mana tahu entahkan esok kita jadi pekak.
Gunakan lidah untuk bercakap perkara yang baik-baik, mana tahu entahkan esok kita jadi bisu.
Gunakan jari untuk menulis perkara yang baik-baik, mana tahu entahkan esok jari kita jadi kudung.
Gunakan kaki untuk pergi ke tempat yang baik-baik, entahkan esok kaki kita jadi lumpuh.
Gunakan otak untuk fikirkan perkara yang baik-baik, entahkan esok otak kita jadi nyanyuk.
Hari ini buatlah perkara yang baik-baik, entahkan esok kita meninggal dunia.
GUNAKAN SELURUH KURNIAAN SEBAIK-BAIKNYA DAN SEDAR UNTUK APA KITA DICIPTA.

"Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka beribadah kepada-Ku." (Az Dzariyat ayat 56).



“Tiga golongan orang yang tidak akan menghadapi ketakutan pada hari kiamat yang dahsyat dan mereka tidak akan dihisab. Mereka bergembira di atas timbunan kasturi sehingga semua makhluk selesai dihisab.

Pertama, seorang yang membaca al-Quran semata-mata mencari keredhaan Allah dan dia mengimami orang ramai dan mereka suka dengannya.

Kedua, seseorang yang menyeru (manusia) kepada solat semata-mata kerana mencari keredhaan Allah.

Ketiga, seseorang hamba Allah yang berlaku baik kepada tuannya dan kepada orang-orang bawahannya."
(H.R Tirmizi, Tabarani: Majma‘ uz-Zawa’id)

Kita Dan Harta



Seorang hamba soleh bertemu dengan seorang lelaki sedang memegang wang dirham. 

Hamba soleh bertanya, ‘Wang ini milik siapa?’ 


Si lelaki berkata ‘Wang ini milik saya.’ 

Orang soleh selanjutnya menjelaskan: ‘Wang hanya akan jadi milikmu jika engkau infakkan pada jalan kebajikan, atau dalam mensyukurkan nikmat Allah’, lantas dia lalu bermadah:

أنتَ للمال إذا أمسكتَه ... فإذا أنفقتَه فالمالُ لَكْ ...

ANDA AKAN DIKUASAI HARTA SELAGI ANDA MENYIMPANNYA. NAMUN JIKA ANDA MENGINFAKKANNYA, IA AKAN JADI MILIK ANDA.

[Sumber: Tafsir Ibnu Kathir 8/473]



Ibnu Mas’ud pernah berkata: "Kalau kamu ingin menyimpan hartamu di tempat yang tidak dapat ditemukan olih pencuri bahkan semut sekalipun maka simpanlah dalam bentuk sedekah."
.
Imam Sofyan Al Saury pula selalu gembira apabila bertemu orang miskin atau orang memerlukan bantuan sambil beliau berkata: "Selamat datang orang yang akan mencairkan dosa-dosaku…."

Imam Fudhail bin Iyadh juga menuturkan : "Orang miskin yang kita santuni itu membawakan bekal kita sehinggakan bekal itu diletakkan di atas timbangan yang berat di sisi Allah SWT…"

Ketika Allah SWT mengurniakan banyak harta pada kita, namun di dalam harta itu ada hak orang yang dititipkan pada kita untuk kita sampaikan supaya datanglah RahmatNya , pengampunanNya dan Syurga. Begitulah mereka yang memahami makna sedekah.

Setiap tahun Amirul Mukminin selalu berkata:. "Tebarkan biji gandum di atas gunung, supaya tidak ada yang mengatakan bahawa burung-burung kelaparan di Negeri Muslim."



Sebegitunya, beliau bertanggungjawab atas amanah menjadi pemimpin, tidak hanya memikirkan perut rakyat, tapi sampai perut burung-burung yang beterbangan di gunung juga difikirkannya.