Friday, August 7, 2015

Nilai Penipuan Di Akhirat

Sepasang suami isteri membeli-belah bersama seorang anak mereka berusia 2 tahun. Satu dulang telur pun dibeli dan Si suami meletakkanya ke dalam troli. Anak mereka telah memecahkan sebiji telur ayam tanpa sengaja. Suami suruh isteri letak balik dulang telur itu kerana dia takut rugi dan lagi orang pun tak ada yang nampak. Isteri enggan kerana harga satu dulang telur terdiri daripada 30 biji ialah RM9.00. Maknanya satu biji harganya RM0.30. Kalau sebiji pecah maka cuma rugi RM0.30 sahaja.
Si isteri kemudian bercerita mengenai ceramah seorang ustaz mengenai hisab. Kesalahan paling kecil akan diadili selama 40 tahun. Itu 40 tahun akhirat. Satu hari di akhirat bersamaan 1,000 tahun di dunia. Bayangkan berapa lamanya hisab jika kesalahan lebih besar. Teringat juga kisah seorang alim. Pada suatu hari ada seorang tua yang memikul seikat kayu api. Orang tua itu menyerahkan kayu apinya kepada si alim untuk dijaga sebentar kerana beliau ada urusan lain. Orang alim itu menjaga kayu api tersebut. Kemudian beliau merasa ada sisa makanan melekat di giginya. Orang alim itu mengambil serpihan kayu api yang dijaganya untuk mencungkil giginya.Setelah orang alim ini mati, kawan beliau bermimpi yang beliau diseksa di alam barzakh. Mimpi itu datang berhari-hari lamanya. Kawannya bertanya, " Kenapa kau diseksa, sedangkan kau seorang yang alim ". Orang alim itu menjawab "Aku telah mengambil serpihan kayu api dari seorang tua, tetapi aku terlupa untuk minta halal. Kau tolong jumpa orang tua itu dan minta halal kayu apinya bagi pihak aku".Kawan orang alim itu pergi berjumpa orang tua yang dimaksudkan dan meminta halal bagi pihak si alim. Sejak hari itu beliau tidak lagi bermimpi yang si alim diseksa.
"Jika kita meletakkan telur yang pecah ini dan ambil yang baru, sedangkan anak kita yang memecahkannya, berapa pula nilai yang kita perlu bayar di akhirat kelak. Sedangkan harganya di dunia cuma tiga puluh sen." si isteri menasihati suaminya."Betul kata awak tu, apa sangatlah RM0.30 di dunia ini. Kalau kita tukar telur lain, tak pasal-pasal kena seksa di akhirat." Pasangan suami-isteri itu pulang ke rumah dan akur dengan nilai sebiji telur.[Budu Ops Frenz dalam FB Jom Berubah Kerana Allah]

No comments:

Post a Comment