Friday, August 7, 2015

Kahwin Kerana Peribadi Dan Hati

Mantan peragawati Australia Turia Pitt melecur 65 peratus tubuhnya, kehilangan jari-jari tangan kanan dan terpaksa terlantar lima bulan di hospital selepas terperangkap dalam kebakaran lalang ketika menyertai perlumbaan ultra-marathon 100 kilometer di Kimberley. Teman lelakinya sanggup berhenti kerja semata-mata untuk menjaga dia sehingga sembuh. Baru-baru ini, dalam satu wawancara untuk CNN, lelaki budiman itu diajukan soalan cepumas, "Pernah tak awak terfikir hendak meninggalkan dia dan mengupah orang lain menjaganya, dan meneruskan hidup awak?" Jawapannya mengejutkan semua yang hadir. "SAYA KAHWIN DENGAN DIA KERANA KEPERIBADIANNYA, KESUCIAN HATINYA, DIALAH SATU-SATUNYA WANITA YANG AKAN TERUS MEMENUHI IMPIAN SAYA." MasyaAllah!!!

No comments:

Post a Comment