Sunday, March 31, 2013

Bajet Jadi Jutawan

serenemaklong.blogspot.com




MEREKA yang digolongkan sebagai 'jutawan' mempunyai matlamat kewangan yang besar dan jelas, merangkumi matlamat menyimpan, matlamat melabur dan juga matlamat mengembangkan lagi kekayaan.  Mereka percaya bahawa wang yang disimpan adalah satu pendapatan.

Langkah permulaan bagaimana mereka boleh mereliasasikan matlamat ini adalah dengan mempunyai bajet. Asas kepada bajet adalah "bayar diri sendiri" 10% dari pendapatan terlebih dahulu setiap bulan sebelum membelanjakannya. Dengan cara ini, simpanan 10% pasti tidak diusik sebelum membelanjakan baki pendapatan bulanan.

Sekiranya gaji adalah RM3,000, pastikan RM300 disimpan terlebih dahulu sebelum menyentuh baki RM2,700 untuk perbelanjaan yang lain.

Ada juga yang kata, hendak simpan 10% dari gaji bulanan pun susah sebab duit tidak akan cukup. Bagaimana pula dengan ini?

Sekiranya sukar menyimpan 10%, mulakan dengan kecil. 1% juga memadai. Sekiranya gaji RM3,000, mustahil tidak boleh simpan RM30 dulu, bukan? Selepas kita selesa dengan menyimpan 1%, naikkan pula simpanan kepada 2% (RM60), kemudian 3% (RM90), kemudian 4% (RM120) sehingga kita rasa mudah dan selesa menyimpan 10% (RM300)!

Cara seterusnya untuk bajet diri sendiri adalah bajet wang selebihnya untuk perbelanjaan harian.

Bajet besar yang tetap seperti ansuran kereta, rumah dan bil telefon bimbit adalah bajet yang mudah dilakukan. Namun, yang susah dan sering "terlari bajet" adalah pada perbelanjaan berubah seperti makan minum, membeli-belah, hiburan, dan perbelanjaan kecil lain. Sedikit-sedikit, lama-lama jadi juga bukit!

Sediakan beberapa balang kosong untuk setiap perbelanjaan berubah dan labelkannya. Contoh, satu balang dilabelkan "Makan Minum", balang kedua ditulis "Pengangkutan", balang ketiga "Hiburan", balang keempat "Pakaian/hadiah" dan balang kelima "lain-lain".

Berdasarkan perbelanjaan kasar bulan-bulan yang lepas, masukkan sejumlah wang tunai ke dalam setiap balang tersebut. Ini adalah bajet bulanan anda!

Biasakan diri untuk membelanjakan hanya wang di dalam balang bajet sahaja dan tidak lagi mengeluarkan wang dari simpanan. Sekiranya bajet dalam satu balang telah habis, dan anda perlu menggunakan lagi wang untuk tujuan balang itu, apa yang anda boleh lakukan adalah ambil dari balang yang lain - gunakan bajet lain.

Ingat, jangan keluarkan wang dari simpanan. Wang yang disimpan itu pun pendapatan juga!

Sebenarnya kaedah yang diutarakan oleh Irfan Khairi ini boleh juga diguna pakai untuk menjadi Jutawan Akhirat. Setelah diketepikan jumlah untuk simpanan Jutawan Dunia, ketepikan juga sejumlah kecil untuk disedekah kepada pihak yang memerlukan seperti rumah kebajikan, pusat tahfiz, badan-badan amal, sama ada di dalam atau di luar negara untuk membina Dana Akhirat. Biarpun jumlahnya kecil, yang penting ialah istiqamah dan dan ikhlas dalam melakukannya. 

"Tangan kanan memberi, sorokkan tangan kiri!!!" 
   

Saturday, March 30, 2013

Why Are We So Rude Online


serenemaklong.blogspot.com




WHY do we react so strongly to incidents we read about or watch on video? Why do we respond to controversial incidents on social media networks with such extreme language and fervour?

An article published by the Wall Street Journal in October 2012 discussed the reason why people get into fights on social media networks. Whether it is Facebook, Twitter, websites or forums, it detailed why some people hurl insults that they would normally not say out loud face to face. Anonymity is touted as one of the main reasons, as well as the comfort of not having to be physically present for any responses that may follow.

“We are less inhibited online because we don’t have to see the reaction of the person we’re addressing,” says Sherry Turkle, a psychologist and professor at Massachusetts Institute of Technology.

Apart from public pages, the same excessive remarks can be seen in discussions on individual user accounts. We have seen friends with opposing opinions who engage in a verbal brawl in order to defend their honour or protect their bruised egos.

Research has shown the rationale behind such behaviour. In January 2013,  a US study conducted by the University of Pittsburgh aand Columbia Business School showed that although using social networks on the World Wide Web increases self-esteem, it could lead to a loss of self-control, as users lash out to protect their own enhanced views.

As obvious as it may seem, one way to tackle the issue is perhaps to practice more self-control and say only what we would if we were willing to do so face to face. We should not stoop so the level of the perpetrators. After all civility does not only exist in the real world, or does it?





Organ Dalaman Di Tapak Kaki


serenemaklong.blogspot.com






ORGAN dalam badan kita mempunyai deria sentuhan di  bahagian bawah kaki. Jika kita urut titik-titik ini, kita akan rasa lega daripada kesakitan.

Gambar di atas menunjukkan titik saraf setiap anggota dan organ badan dengan kedudukan yang tepat bagi kiri dan kanan.

Ini memang benar kerana semua saraf yang berkaitan dengan organ, berakhir di tapak kaki. Ini dibincangkan secara terperinci dalam kajian sains.

ALLAH menciptakan tubuh manusia dengan begitu baik. Dia menjadikan kita mampu berjalan supaya kita sentiasa menekan setiap titik saraf dan seterusnya menjadikan organ kita diaktifkan pada setiap masa.

Oleh sebab itulah berjalan adalah amalan menjaga kesihatan yang paling baik. Wallahualam.

Friday, March 29, 2013

Bahaya Air Botol Dalam Kereta

serenemaklong.blogspot.com




AIR dalam botol plastik di dalam kereta anda, sangat merbahaya! Dengan cara inilah Sheryl Crow mengalami kanser payudara. Dia tampil di acara Ellen Show dan mengatakan perkara yang sama. Perkara ini telah dikenal pasti sebagai penyebab paling utama pada kanser payudara.

Kata doktor,  wanita tidak boleh minum minuman yang sudah lama berada di dalam kereta. Hawa panas yang memanaskan bahan plastik dalam botol memiliki bahan kimia tertentu yang boleh menyebabkan kanser payudara.

Hawa panas dapat menyebabkan toksin/racun dari plastik menjadi bocor dan bercampur dengan air dan mereka telah menemukan racun ini pada jaringan payudara. Sebaik mungkin gunakan gelas stainless steel atau botol kaca.

Seperti yg kita sedia maklum, di dalam Islam ada menyatakan air terbahagi kepada empat dan salah satunya ialah air musyammas iaitu air yang terdedah kepada matahari sememangnya tidak elok diminum kerana kebarangkalian boleh bertukar menjadi  racun. 

Waallu a'alam..




Telaga Gergasi Kampung Bagan Baru


serenemaklong.blogspot.com

 


KAMPUNG Bagan Baharu yang terletak di Mukim Ijok, Selama, Perak merupakan kampung tradisional yang  kekal dengan keindahan flora dan fauna yang masih terpelihara walaupun mendapat impak pembangunan yang semakin berkembang di Daerah Larut, Matang dan Selama.
 
Ia adalah di antara penempatan yang menjadi pilihan utama di Selama. Ada juga di antara penduduk yang mewarisinya daripada ibu bapa dan generasi terdahulu bertekad untuk terus menetap di kampung ini walaupun bekerja di bandar.

Selama terkenal dengan Program Inap Desa untuk pelancong dari dalam dan luar negara. Selain menawarkan penginapan di rumah kampung, ia turut menyediakan aktiviti dan program berbentuk kemasyarakatan yang menekankan budaya masyarakat Melayu.

Pengunjung yang datang ke sini pasti tidak akan menyesal dengan keindahan kampung yang mendamaikan dan keramahan penduduk.

Menurut Pak Andak yang merupakan Ketua Kampung, nama Bagan Baharu muncul kerana adanya penempatan baru yang diwujudkan di kawasan ini. Dahulu, kebanyakan penduduk tinggal di Kampung Bagan Kenua. Namun mereka telah dipindahkan ke kawasan lebih selamat dan tersusun selepas negara mencapai kemerdekaan. Ia bagi memudahkan urusan pentadbiran dan memberi penempatan yang lebih selesa dan terjamin daripada pelbagai ancaman.

Di pinggir kampung, terdapat sebuah telaga gergasi yang menjadi kebanggaan penduduk dan merupakan salah satu tarikan pelancong. Ia dipercayai telah dibina pada tahun 1936 oleh pihak Inggeris sebagai tempat untuk menyimpan air dan dijadikan sumber pengairan bagi tanaman padi pada ketika itu. Kegigihan pihak Inggeris dalam membina telaga ini banyak memberi manfaat kepada penduduk.

Kawasan telaga yang sungguh besar dan menakjubkan ini pasti akan menggamit pengunjung dari luar untuk bertandang ke kampung ini. Namun, pengunjung perlu berhati-hati ketika berada di kawasan telaga gergasi kerana ia mungkin akan membahayakan nyawa jika terjatuh ke dalamnya.
 
Selain mempunyai telaga yang luas, air yang mengalir di telaga ini juga sungguh deras dan jika bernasib baik, pengunjung boleh melihat panorama indah pelangi muncul pada waktu tengah hari di permukaan air telaga gergasi.


Thursday, March 28, 2013

African Violets


serenemaklong.blogspot.com


THE expression “big things come in small packages” has perhaps never been so befitting than in the case of the African violet.

Though petite in size, the low-growing shrub bears clusters of sweet little flowers that rise beautifully from the middle of its leafy rosette. It’s not at all surprising that the plant has been a popular houseplant for decades.

The African violet (Saintpaulia ionantha) was first discovered in East Africa in 1892 by Baron Walter von Saint Paul. The genus name, Saintpaulia, was named after the Baron and the species name, ionantha, is in reference to the flower — in Greek it means “resembling a violet”.

The first plants, introduced in 1894 in the United States, had blue flowers and were hard to grow in the draughty homes during that time. Years later, with more varieties available  and the introduction of the fluorescent bulb in 1938, African violets grew well under such lights and produced flowers regularly.

Today, there are even more varieties in terms of flower-types and colours, foliage-types and plant sizes. They are mainly hybrids crossed between Saintpaulia ionantha and Saintpaulia confusa.


The flowers are the main attraction. They can be single, semi-double, double, star, ruffled, bi-coloured, multi-coloured or picotee and come in hues of violet, red, pink, mauve, blue or white. The leaves are either green, green with wavy edges, variegated, red reverse, oak leaved, fringed, quilted or trailing types, and can be velvety or smooth.

African violets are categorised by size — ranging from miniature (15cm or less in diameter), semi-miniature (15cm to 20cm), standard (20 to 40cm) to large (over 40cm). The miniatures are commonly marketed here.

It’s important to provide the right growing conditions for the African violet. It makes a great potted plant for indoor, shaded garden, terrarium, window sill and small garden.

African violet enjoys shady spots with a good amount of bright, filtered light. Even when placed in the shade, the afternoon sun may be too hot. A shaded garden or window sill that faces either the North or East is the best.


Direct sunlight will burn the leaves and make the plant dry out fast. It requires 10-12 hours of bright but indirect light to flourish.

Bright air-conditioned rooms are ideal for African violet as it grows best at 24-29°C. If the temperature is over 27°C, the plant grows slower or may even be stunted.

African violet does not like wet feet as it breathes through its fibrous roots. Mix equal parts of sterilised potting soil, perlite or vermiculite and peat moss for a well draining and aerated soil mix.

Water only when the top soil feels dry to the touch. Water thoroughly using a watering can with a long spout to avoid wetting the leaves. An alternative way to water is by using a wick.


Watering on the leaves for too long will cause dark or ring spot condition. The plant is also susceptible to crown and root rot disease if over-watered.

Use liquid fertiliser formulated specially for African violet. Feed according to manufacturer’s instruction.

When purchasing, select a good and healthy plant with strong thick green leaves and bright flowers that are distinctively coloured. If there are no flowers, inspect the crown to see if there are buds developing.


There is no need to re-pot immediately as the African violet likes to be root bound. The width of the pot should be one third the diameter of the plant.

Re-pot and refresh soil yearly or when the plant has overgrown, to the next bigger size pot. Replacing old soil with new helps to get rid of accumulated salt from fertilising. Prune root ball to half the size and discard offsets before placing  in a new pot.

Propagate using leaf cuttings, stem cuttings or offsets. Turn the plant occasionally for even growth.

Mealy bug is one of the common insects of African violet. Remove manually with a cotton swab dabbed with alcohol. Isolate the plant to keep bugs from the others.


Good air circulation helps to prevent mildew, mould, fungus and bacterial infection.


(Source:By Stephanie Choo/ http://www.nst.com.my/life-times/live/no-shrinking-violet-1.7750#ixzz1eKoybyEq)

Doa Pemusnah Kanser


serenemaklong.blogspot.com



LAPAN surah di bawah ini boleh dibaca dan diamal bagi  memusnahkan sel-sel kanser. Jika pesakit sendiri yang dapat membacanya adalah lebih baik. Jika tidak mampu atau kurang baik bacaannya, boleh minta bantuan suami, ayah, ibu atau orang lain membacakannya untuk pesakit.

Mulakan bacaan dengan:
1. Istighfar 10x. 
2. Salawat Nabi 10x. 
3. Al-Fatihah 1x.

Kemudian susuli dengan surah-surah berikut:
1. Surah Al Maidah (Ayat 82-91). 
2. Surah Al Araf (Ayat 70-81). 
3. Surah Ar Ra'd (Ayat 16-28). 
4. Surah Al Anbiyaa' (Ayat 38-50). 
5. Surah Asy Syu'ara (Ayat 185-227). 
6. Surah Az Zummar (Ayat 42-52). 
7. Surah Ghafir (Ayat 67-77). 
8. Surah Az Zukhruf (Ayat 52-70).

Sediakan sebotol air yang bersih lagi suci. Setiap kali selesai surah dibaca, tiupkan kepada air. Pesakit dinasihatkan  minum air bacaan tiap-tiap hari dan sapu/mandi pada anggota yang kena kanser. In sha Allah, sakit akan sembuh perlahan-lahan dengan Kuasa dan KehendakNya.

Bantulah mereka yang sedang sakit. Bantuan yang dihulurkan akan diberikan pahala kebaikan dan juga pahala bacaan. Wallahualam.

Wednesday, March 27, 2013

Muhammad Ali


serenemaklong.blogspot.com





MUHAMMAD ALI pernah ditawarkan bintang beserta namanya untuk diletakkan di "Hollywood Walk of Fame", namun beliau menolak sambil berkata: "Saya memiliki nama serupa Nabi Muhammad (SAW),dan tidak mungkin saya membenarkan orang memijak atas nama itu."

Nama beliau seorang sahaja yang tidak diletakkan  di atas lantai Hollywood Walk of Fame, sebaliknya digantung di dinding. Allahu Akhbar!

(Sumber info: Syed  Azizi)

Bila Tiba Hidayah Itu

serenemaklong.blogspot.com



  
TINGGINYA bilangan mualaf di kalangan wanita terpelajar Inggeris menjadi perbahasan para penyelidik di American University of Sharjah (AUS) dan University of Cambridge.

Bagi Profesor Yasir Suleiman dari American University of Sharjah, ada banyak sebab mengapa wanita Inggeris memeluk Islam. Ini bukan trend semata-mata ataupun kerana ingin berkahwin dengan lelaki Islam. Mereka mendalami agama Islam dengan akal sehingga akhirnya  mendapat hidayah.

Menurut Yasir, pihaknya menyelidiki pengalaman yang dilalui oleh wanita Inggeris yang menjadi Muslim dalam konteks politik, sosial dan agama. Hasil penyelidikan itu mendapati, wanita-wanita tersebut pada mulanya mengamati setiap sesuatu yang wujud di sekitar diri masing-masing. Ia berkembang secara beransur-ansur sehingga menimbulkan kefahaman dan keyakinan dan akhirnya membuka minda untuk berhijrah kepada identiti yang baru.

Profesor Madya Teori Sastera dan Studi Wanita, American University of Sharjah, Nawar Golley mengatakan tentangan yang dihadapi wanita Muslim Inggeris membuatkan mereka  berintergrasi, yang mana dengan sendirinya memainkan peranan penting yang positif.

Sokongan organisasi secara terbuka juga dapat membantu para mualaf, khususnya dari kalangan wanita. Melalui organisasi ini, adalah diharapkan akan tersedia akses bagi mereka yang ingin menjadi Muslim. 

(Sumber: emirates24/7 – 2013. Terima kasih Bashir Ahmad kerana sudi berkongsi)


Monday, March 25, 2013

Wira-wira OPS DAULAT


serenemaklong.blogspot.com


 
#PDRM 206: Pemakaian pangkat secara Medan Posthumous kepada Allahyarham SM Azis bin Sarikon, 52 tahun bertugas di PGA Batalion 14 Semporna, Sabah. Beliau meninggalkan seorang balu, Siti Bandorah bt Mahalil, 39 dan 4 orang anak, 2 lelaki dan 2 perempuan yang masing-masing berusia 18, 15, 12 dan 7 tahun.




#PDRM 206: Pemakaian pangkat secara Medan Posthumous kepada Allahyarham Koperal Mohd Azrul Bin Tukiran, 27 tahun berasal dari Klang, Selangor dan bertugas di Batalion 14, Pasukan Gerakan Am, Tawau. Beliau yang masih bujang merupakan anak keenam daripada tujuh orang adik beradik.




#PDRM 206: Pemakaian pangkat secara Medan Posthumous kepada Allahyarham Sjn/S Salam bin Togiran, 42 tahun berasal dari Sandakan, Sabah dan bertugas di IPD Tawau. Beliau meninggalkan seorang balu, Puan Marlinah binti Utan dan 4 orang anak berusia 16, 13, 11 dan 1 tahun.





#PDRM 206: Pemakaian pangkat secara Medan Posthumous kepada Allahyarham Sarjan Mejar Baharin bin Hamit, 49 tahun berasal dari Alor Gajah, Melaka dan bertugas di Cawangan Khas IPK Sabah. Allahyarham meninggalkan seorang balu, Puan Sumati binti Suarah, 50 Tahun dan dua orang anak berusia 16 dan 11 Tahun.






#PDRM 206: Pemakaian pangkat secara Medan Posthumous kepada Allahyarham ACP Ibrahim bin Lebar, 52 Tahun berasal dari Besut, Terengganu dan bertugas di cawangan Khas Bukit Aman. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial dari Universiti Sains Malaysia, Allahyarham meninggalkan seorang balu dan 3 orang anak masing-masing berusia 22, 20 dan 17 tahun.




Sunday, March 24, 2013

Kembara Di Alam Koma

serenemaklong.blogspot.com





29 TAHUN yang lalu, Abdul Latiff Yusoff adalah seorang pembaca pruf dengan Majalah Pemikir. Dia pernah 'mengembara' ketika sedang koma.

Ceritanya bermula pada suatu malam bila mana dia dikehendaki menunggu sehingga pukul 1.00 pagi untuk tugasan berita yang belum selesai. Walaupun tugasnya patut berakhir jam 6.00 petang, namun dia akur kerana dia masih bujang dan tiada apa yang hendak dibuat di rumah.

Setelah selesai tugas, perutnya mula lapar. Di Kuala Lumpur ini ada banyak gerai dan kedai makan yang boleh dipilih. Dengan motor kapcai, dia segera menuju ke Jalan Melayu. Fikirnya selepas makan nanti baru dia pulang ke rumah.

Setiba di hadapan Wisma Pahlawan, dari jauh dia melihat sebuah teksi yang dipandu dalam keadaan terhoyong-hayang. Mengambil langkah selamat, dia menyandarkan motor di tepi tebing untuk memberi laluan kepada pemandu yang mabuk itu.

Namun sangkaannya meleset. Pemandu mabuk itu hanya berpandukan lampu kenderaan yang ada di hadapannya. Sebaik nampak lampu motor, pemandu itu terus melanggar motor dan juga Latiff sekali. Sakit yang ditanggung tidak terkira kerana Latiff terhimpit di antara rempuhan teksi dan tebing tempat dia bersandar. Menurut pengawal yang bertugas di Wisma Pahlawan, kakinya hancur. Pengawal itu juga yang menghubungi ambulan.

Waktu tiba di hospital, Latiff masih sedar. Rasa sakit yang teramat sangat ketika menunggu rawatan menyebabkan badannya semakin lemah. Lama kelamaan dia mula tidak sedar.

Tatkala itulah dia melihat sendiri jasadnya yang masih berada di atas pengusung di bilik kecemasan. Dia dapat merasakan rohnya semakin jauh dan terus jauh ke atas. Dia tidak tahu apakah dia naik ke lapisan langit atau apa sebenarnya. Yang pasti dia terus naik dari satu peringkat ke peringkat yang lain, sekali gus meninggalkan jasad yang berada di bawah.

Seorang lelaki berjubah putih yang mengiringi cuba menghulurkan air jernih untuk diminum oleh Latiff. Seakan berinteraksi, Latiff menolak dan memberitahu dia akan mencari sendiri air minumnya walaupun ketika itu tekaknya sangat dahaga.

Ketika itu dia merasakan telah sampai ke lapisan atas. Suasananya sukar digambarkan, amat berbeza dengan alam di bumi. Di dalamnya ada sebatang sungai. Malang sekali airnya hitam pekat seolah-olah minyak hitam dan tidak memungkinkan Latiff mengambilnya untuk diminum.    

Sekali lagi lelaki berjubah putih itu menghulurkan air namun Latiff tetap menolak. Latiff dapat merasakan dirinya naik ke satu lapisan lagi. Di hadapannya terbentang tiga batang sungai yang airnya sama hitam pekat. Air yang dihulur oleh Si jubah putih terus ditolak.   

Kali ini Latiff terus lagi naik ke atas dan menemui lima batang sungai yang berair hitam. Begitu juga keadaan di lapisan lebih atas di mana ada tujuh batang sungai berair hitam. Si jubah putih tidak jemu-jemu menghulurkan air jernih walaupun dia tahu Latiff tetap menolak.

Sebaik saja Latiff menggelengkan kepala tanda menolak, tiba-tiba dia terlihat cahaya dari atas yang menerjah ke matanya. Cahaya itu cukup silau. Di situlah Latiff tersedar dan jasad yang ‘ditinggalkan’ tadi kini berada di bilik pembedahan.

Dua minggu selepas kemalangan yang hampir meragut nyawa, kaki yang cedera terpaksa dipotong sehingga ke paras paha. Jika tidak kemudaratan yang lebih besar akan berlaku.

Akhirnya selepas pembedahan, kaki itu disemadikah di tanah perkuburan di Sabak Bernam, Selangor. Seminggu selepas kaki ‘dikebumikan’, bekas bahagian kaki yang dipotong terasa begitu gatal. Latiff tidak boleh menggaru kerana tiada tempat untuk digaru. Dia dapat merasakan seolah-olah ada ulat yang memakannya. Gatal, perit dan pelbagai rasa lagi. Mungkinkah kaki yang dikebumikan itu sedang dimamah ulat? Hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Sehingga kini dia masih menziarahi ‘kubur’ yang menempatkan jasad kakinya. Dan pengalaman kemalangan serta roh yang dibawa ke atas itu sangat menginsafkan dia. Sungguh, Allah memberinya peluang kedua.

Wallahualam bisawab.

(Sumber: Al Islam)

Saturday, March 23, 2013

Melayani Dengan Hati


serenemaklong.blogspot.com




SUATU malam di sebuah kota di Philadelphia, Amerika Syarikat, sepasang suami isteri yang sudah tua masuk ke sebuah hotel kecil.

Mereka bertanya kepada seorang petugas, "Masih adakah bilik untuk kami berdua?"

Jawab petugas, "Maaf, encik. Semua penuh. Kebetulan ada 3 acara di kota ini menyebabkan  semua hotel penuh belaka. Tapi saya tak sampai hati hendak menyuruh encik dan puan pergi di tengah malam begini, lagi pun di luar hujan lebat. Kalau sudi, encik dan puan boleh menginap di bilik saya. Nanti saya segera kemaskan." Suami isteri tersebut mengangguk tanda setuju. 

Dua tahun berlalu. Si petugas hampir lupa tentang  kejadian itu ketika dia menerima sepucuk surat yang mengingatkannya tentang malam hujan lebat tersebut. Petugas muda itu diminta datang mengunjungi pasangan tua tersebut di New York. Turut disertakan ialah tiket kapalterbang dua hala untuknya.

Di New York, lelaki tua itu membawa lelaki muda tersebut ke simpang 5th Avenue & 34th Street dan menunjukkan kepadanya sebuah gedung baru yang megah, bangunan dengan batu kemerahan dan menara menjulang ke langit.

"Itulah hotel yang baru saja saya bangunkan untuk  awak urus," kata lelaki tua.

"Ah, encik ni bergurau, kot," jawab lelaki muda.

"Saya bukan bergurau. Ini betul-betul," kata lelaki tua  sambil tersenyum lebar.

Nama lelaki tua itu ialah William Waldorf Astor dan  bangunan megah tersebut adalah Waldorf-Astoria Hotel.

Lelaki muda itu pula ialah George C. Boldt yang akhirnya menjadi CEO jaringan Waldorf-Astoria Hotel yang kini berada di kota-kota besar seluruh dunia.

Moral cerita:
Jangan berhenti untuk berbuat baik kepada siapapun, bila-bilapun, di manapun. Allah akan membalas kebaikan dengan caraNya sendiri.

(Terima kasih Feri Susanto) 

Friday, March 22, 2013

Rujuk Label Botol Plastik


serenemaklong.blogspot.com

BOTOL plastik terbahagi kepada dua jenis, iaitu botol plastik yang boleh diguna semula (jenis polikarbonat) dan botol plastik yang tidak boleh diguna semula seperti botol air mineral biasa (jenis polyethylene terephthalate, PET).
Secara umum, air yang terdapat dalam botol dikatakan lebih baik daripada air paip atau air yang dimasak. Ini kerana kandungan air dalam botol tidak dicemari oleh persekitaran selagi penutup botol itu belum dibuka. 
Air juga lebih mudah dibawa dalam botol plastik kerana ia ringan, tahan panas serta tidak mudah pecah, lebih-lebih lagi sewaktu mendaki gunung atau melawat kawasan yang kurang bersih. 
Air dalam botol yang terdapat di pasaran biasanya terdiri daripada air mineral, air osmosis berbalik (RO), air suling, jus, dan minuman berkarbonat.
Walaupun botol plastik ini mempunyai kelebihannya, ia mempunyai potensi untuk memudaratkan alam sekitar dan kesihatan.
Antara kesan botol plastik kepada alam sekitar dan kesihatan ialah: 

Peningkatan jumlah sampah 

Kebanyakan botol plastik dihasilkan untuk digunakan sekali saja terutamanya botol yang mempunyai label nombor 1 tertera di bawah botol tersebut. 

Dalam pada itu, setiap orang dinasihatkan minum lapan gelas air sehari iaitu sekitar 4 botol (500mL) air. 

Cuba bayangkan jumlah sampah yang dihasilkan botol plastik yang akan terkumpul di tapak pelupusan sampah jika semua orang meminum air dalam botol plastik. 

Keadaan ini bertambah buruk memandangkan kadar kitar semula plastik di negara kita masih rendah dan botol plastik pula tidak dapat dibiodegradasikan. 

Pembaziran air 

Proses penulenan yang kompleks dan panjang dan kehilangan akibat penyejatan (evaporation loss) yang berlaku semasa pengilangan air dalam botol memerlukan tiga kali jumlah air mentah untuk menghasilkan satu botol air terproses. 

Di samping itu, agen pencuci yang digunakan sewaktu pemprosesan botol ini boleh mencemarkan sumber air seperti sungai dan tasik. 

Pengurangan sumber yang tidak boleh diperbaharui 
Penghasilan botol plastik menggunakan bahan daripada petroleum, iaitu sumber yang tidak boleh diperbaharui. 

Dianggarkan 17 juta tong minyak digunakan setiap tahun di Amerika Syarikat untuk menghasilkan botol air plastik saja. 

Sumber ini akan semakin berkurangan dengan bertambahnya penghasilan botol plastik bagi menampung permintaan pasaran yang terus meningkat. 

Risiko kesihatan 

Menurut kajian pada September 2008 oleh Journal of American Medical Associations dan laporan Program Toksikologi Negara (Jabatan Kesihatan dan Pekhidmatan Manusia Amerika Syarikat), botol plastik yang menggunakan Bisphenol A (BPA) boleh membawakan risiko kesihatan, lebih-lebih lagi kesihatan kanak-kanak. 

Penggunaan yang kasar seperti pendedahan lama kepada persekitaran yang panas, mencuci dengan agen pencuci yang kuat atau mengisi dengan air yang mendidih boleh mengakibatkan dan mempercepatkan bahan kimia ini mencemari air dalam botol. 

BPA memberi kesan yang sama seperti hormon estrogen. Pengumpulannya dalam badan manusia boleh menjejaskan pertumbuhan otak, sistem kesuburan dan fungsi lain dalam badan. 

Kesimpulannya, apa yang boleh kita lakukan ialah menghantar botol plastik yang telah digunakan ke pusat kitar semula. 

Ini dapat mengurangkan kuantiti botol plastik yang dibuang di pusat pelupusan sampah. 

Bagaimanapun, pastikan botol plastik yang digunakan tersebut tidak mengandungi Bisphenol A. 

Botol plastik yang mengandungi BPA selalunya mempunyai nombor 7 tertera di bawah botol itu. Namun, ini tidak bermakna semua botol plastik bernombor 7 mengandungi BPA kerana nombor 7 bermakna 'lain-lain' jenis plastik. 

Pastikan kandungannya dirujuk dengan pembuat botol itu. Sebagai alternatif kepada botol plastik, gunakanlah botol kaca atau botol keluli jenis tahan karat. 

Ia bukan saja mesra alam tetapi boleh digunakan semula. Namun, pastikan anda sentiasa mencuci cawan atau botol ini dengan sabun pencuci serta pastikan ia kering dulu sebelum mengisi semula dengan air. 

Ini kerana botol yang sentiasa mengandungi air adalah lebih terdedah kepada pertumbuhan kuman dan bakteria.
(Sumber: Berita Minggu)

Wednesday, March 20, 2013

Wang Anda Dan Keluarga


serenemaklong.blogspot.com




DALAM soal kewangan, keluarga memainkan peranan penting. Tidak cukup jika seorang sahaja yang peka dengan kewangan. Sekiranya suami, isteri atau anak-anak tidak mengambil berat soal menjaga kewangan keluarga, pastinya gagal juga mencapai matlamat kewangan anda.

Sudah berlalu zaman "tak baik cakap pasal duit" dalam isi rumah. Suami dan isteri perlu tahu apa matlamat kewangan masing-masing, dan anak-anak juga patut ambil tahu kepentingan kewangan dalam keluarga.

Ketika anak masih kecil, biasakan si kecil menabung. Tidak semestinya mereka tahu jumlah wang, tetapi memadai apabila anda pulang dari rumah, dan mempunyai beberapa duit syiling dalam poket, berikan kepada anak kecil anda untuk masukkannya ke dalam tabung. Setiap hari, ibu atau ayah pulang dari rumah, anak memasukkan duit syiling ke dalam tabung.

Apabila anak semakin besar, beri peluang kepada anak untuk mula "buat duit" dari rumah. Mungkin bukan dengan cara aktiviti rutin harian seperti membasuh pinggan mangkuk selepas makan malam atau keluar buang sampah dan membersihkan rumah, kerana aktiviti ini sepatutnya menjadi aktiviti keluarga. Tetapi, dengan memberi upah pada kerja-kerja yang mungkin dilakukan seminggu sekali seperti mencuci kereta, mengemas laman dan lain-lain.
Apabila anak semakin membesar dan faham tentang wang, libatkan mereka dalam perbincangan kewangan. Sememangnya tidak perlu memberitahu jumlah atau nilai kewangan secara tepat, tetapi, galakkan mereka berfikir dalam bentuk yang lain. Sebagai contoh, cuti sekolah akan tiba tidak lama lagi, berbincang dengan keluarga perancangan aktiviti yang ingin dilakukan.
Jika melancong ke tempat jauh ada dalam perancangan bajet anda, bincangkan cara hendak meminimumkan kos melancong.

Ataupun pergi ke tempat yang dekat dan dapat berbelanja lebih sedikit ke atas perkara lain. Beri pilihan supaya anak dapat melihat pilihan hidup yang perlu dilakukan dalam soal kewangan.

Ada juga kes di mana isteri amat peka tentang simpanan dan menjana pendapatan untuk keluarga, tetapi, si suami pula sering menggunakan wang untuk gajet serta kereta.
Tidak kurang juga keadaan di mana suami amat mengambil berat kewangan keluarga tetapi isteri sering berbelanja untuk pakaian dan aksesori. Masalah kewangan adalah isu yang amat menekankan sehingga menjadi antara sebab perceraian.

Oleh itu, matlamat kewangan antara suami dan isteri perlu sejajar. Satu cara untuk melakukan ini adalah untuk memberikan masa setiap minggu untuk memantau kewangan keluarga. Masalah kewangan adalah seperti masalah kesihatan. Perlu dikesan pada tahap awal supaya tidak merebak dengan lebih teruk dalam keluarga.

(Tulisan Irfan Khairi)

Tuesday, March 19, 2013

Mengesan Kecurangan Sang Suami


serenemaklong.blogspot.com




LELAKI tidak punya sikap teliti seperti wanita. Kerana itu banyak kes kecurangan dapat dikesan oleh isteri sendiri dengan mudah.
Suami yang tidak setia berusaha menutup hubungan sulitnya tetapi kerana kurang sikap berhati-hati menyebabkan dia meninggalkan beberapa petunjuk yang membolehkan isteri menjejaki aktiviti ‘gelap' itu.
Perhatikan tujuh tanda yang di bawah ini sekiranya anda merasakan lelaki yang anda kasihi sedang bermain cinta dengan wanita lain. Ia mungkin dapat memberi kepastian terhadap perasaan curiga anda itu.
Suami yang anda kenali seorang yang tidak kisah tentang penampilannya. Namun dia mula berubah sikap. Pertama, dia mula tertarik untuk memperbaiki gaya pakaian, rambut  atau kulitnya. Dia mungkin sedang berusaha menarik perhatian wanita lain.
Kata psikologi Stephanie Buehler, pakaian baru, kasut baru, dan aroma minyak wangi mahal yang baru adalah tanda-tanda bahawa seorang lelaki sedang mencuba, atau sudah berlaku curang.
Ada sesetengah isteri berasa lega bila suami tidak mahu melakukan hubungan seks. Tidak perlulah mereka penat melayani nafsu suami di malam hari. Tapi tahukah anda itu salah satu petanda suami curang. Jika suami sudah tidak tertarik lagi untuk melakukan hubungan seks dengan anda, tidak mustahil dia mungkin telah mendapatkan keperluannya dari orang lain.
Menurut psikoterapi Dr. Tina Tessina, petanda lain yang boleh menunjukkan bahawa suami tidak setia adalah keberaniannya mencuba teknik bercinta baru yang tidak pernah dilakukan sebelum ini. Mungkin dia telah mendapatkan latihan ekstra di ranjang yang lain, siapa tahu?
Menurut Danine Manette, penulis buku Ultimate Betrayal, pasangan anda mungkin curang jika dia mula keluar rumah lebih awal untuk ke tempat kerja, menghabiskan waktu lebih lama di luar rumah, atau sering ke luar daerah. Perhatikan juga berapa banyak waktu yang dihabiskan di luar rumah untuk aktiviti bukan urusan pejabat. Berhati-hatilah jika kegiatan tersebut semakin kerap dan berlangsung lebih lama dari biasa.
Selain itu beri perhatian lebih jika pasangan tidak dapat dihubungi ketika dia berada jauh dari anda. Jika dia berkata bahawa dia sedang bekerja lebih masa tetapi tidak mengangkat telefon atau membalas SMS, maka itu petanda buruk.
Berhati-hati jika melihat senarai bil kad kredit suami dihabiskan untuk tujuan, membeli barang yang mahal, penginapan di hotel atau makan malam dengan belanja yang tinggi tetapi bukan bersama anda. Orang bercinta selalunya akan saling berhubungan tidak kira masa. Maka anda boleh saja mengesan telefon suami nombor mana yang kerap dihubungi dan menghubunginya. Mengapa? Sebab hubungan sulit boleh dikesan dengan melihat senarai panggilan.
Begitu juga dengan e-melnya yang dapat memberi petunjuk. Jika dahulu dia dengan mudah memberikan kata kunci e-mel dan membenarkan anda membuka telefon bimbit tetapi sejak kebelakangan ini langsung tidak membenarkan anda menyentuhnya. Cuba lakukan siasatan lanjut.
Jika pasangan anda cuba menutup perbuatannya, dia akan berusaha untuk mengubah nombor pin telefon atau menghapuskan semua senarai panggilan telefon atau SMS yang diterima. Jika itu yang terjadi, mungkin insan tersayang anda sedang berlaku curang.
Jika dulu pasangan anda seorang yang penyayang dan melayani anda dengan baik sekali tetapi kini berubah sikap menjadi mudah marah, mengkritik cara anda bergaya, berbicara, memasak dan sebagainya, itu tanda jelas ada sesuatu yang tidak kena dengan dirinya. Begitu juga jika anda dan pasangan mudah bertengkar, dan si dia seakan tidak mahu mencari jalan penyelesaian.
Jika itu terjadi, dia mungkin sedang mencari jalan untuk melepaskan diri dari anda dan mengakhiri hubungan yang ada. Atau mungkin juga dia sedang membanding-bandingkan anda dengan teman barunya. Tetapi ada juga yang terjadi sebaliknya, suami bersikap sangat manis dan lembut, berbeza dengan perwatakannya sebelum ini yang cepat marah dan garang. Dia juga mula memberikan anda hadiah kerana merasa bersalah atas perbuatannya yang bermain kayu tiga.
Perhatikan juga situasi kewangannya yang mungkin sudah `sengkek' walaupun masih di awal bulan. Perbelanjaan yang tidak dapat anda kenal pasti boleh menjadi petunjuk sebarang kecurangan. Pastikan bil perbelanjaan suami sesuai dengan alasan-alasannya. Jika dia berkata ke gimnasium pada satu malam tetapi sebulan kemudian anda melihat ada bil makan malam di restoran yang mahal, anda sudah dapat `memerangkap' dirinya.
Dibandingkan semua petanda-petanda di atas, tiada yang lebih meyakinkan lagi daripada perasaan anda sendiri. Anda lebih mengenali pasangan daripada orang lain, jadi anda pasti jadi orang pertama yang dapat mengesan perubahan dalam dirinya seperti pulang lewat, ghairah seks menurun, cara layanan yang lain macam dan pelbagai lagi.
Menurut kajian, ramai wanita mengakui mereka melihat tanda-tanda yang ganjil pada suami, tetapi berusaha menyingkirkannya jauh dari fikiran. Namun jika anda sudah melihat tanda-tanda di atas pada suami anda terpulang pada anda untuk melakukan tindakan selanjutnya sama ada mula berbincang, memperbaiki hubungan atau memutuskan.
Fikirkan jalan sebaiknya dengan fikiran yang tenang meskipun anda sedang terluka.Kerana fakta-fakta yang dikemukakan di atas ini bukanlah alasan bagi anda untuk mengambil jalan singkat juga. Ia tidak seratus peratus tepat. Anggap saja bakal ada hujan bila awan itu berarak mendung. Jadikanlah fakta-fakta tersebut sebagai panduan untuk mencari kebenaran dan bertindaklah dengan bijak. Kerana dia adalah suami anda. Dan ayah kepada anak-anak anda. Selamatkanlah dia dari kesilapannya sendiri.