Saturday, August 15, 2015

Berlapar dan Berfikir Menuju Syurga

Berfikir adalah sebahagian dari amal ibadah.Yang paling utama di sisi Allah S.W.T. ialah banyak berlapar dan lama berfikir (muhasabah). Teruslah mengetuk pintu syurga, nescaya akan dibukakan juga. Caranya dengan banyak berlapar (berpuasa sunat). Kekenyangan akan membawa lima kemudaratan iaitu kehilangan manisnya ibadah, tidak dapat memelihara hikmah, kurang memerhatikan keperluan orang lain, merasa berat untuk menunaikan ibadah dan menambahkan nafsu syahwat.
Perubahan seseorang tidak boleh dipaksa mengikut cara kita. Biarkan perubahan berlaku mengikut kemampuan masing-masing. Pun begitu jangan pernah berhenti memberikan nasihat yang berkesan bagi menginsafkannya. Menginspirasikan orang lain untuk berubah ke arah yang lebih baik adalah usaha terhormat di sisi Allah. Kita mesti berusaha, serahkan hasilnya sama ada berjaya atau tidak kepada Dia Yang Maha Mengetahui.

No comments:

Post a Comment