Wednesday, November 30, 2016

Menjadi Penyebar Rezeki

Bismillah hirRahmanir Rahim


Sebenarnya bukan kita tidak ada rezeki. Tetapi kekadang kita tidak sanggup menerimanya dengan tidak sengaja menolaknya. Sanggup menerima rezeki adalah orang yang sentiasa bersedia menjadi penyebar rezeki.Sekiranya kita benar-benar sanggup menjadi penyebar rezeki, ketika itu inshaAllah akan ada saja rezeki tanpa yang pernah kita sangkakan.Dan sanggup menjadi penyebar rezeki ini bukan sekadar kata-kata dan fikiran. Tetapi hati itu tiada ragu lagi.Berlatihlah memberi.

****

Mulai hari ini berlatih memberi dengan cara:
1. Berikan kepada yang memerlukan dengan kadar yang kita rasa tidak kisah untuk kita berikan.
2. Kemudian ketika memberi dengan jumlah no.1 ini, tambahkan lagi sehingga kita rasa berat hati (rasa kisah) untuk memberi.
3. Ketika saat berat untuk memberi itu, nilai itulah yang harus kita lepaskan (beri).
4. Nah! kita melatih diri untuk melepaskan wang (harta) di level kita rasa berat untuk memberi iaitu sayang untuk dilepaskan.

Suatu saat ketika kita melatih dan dilatih berterusan begini bersama nilai yang semakin bertambah, di saat ini keyakinan kita pada Allah akan terus meningkat. Meyakini bahawa rezeki itu pasti ada. Di saat ini kita sudah tidak sedar lagi menjadi seorang penyebar rezekiNya. Bukan seorang yang asyik MENYIMPAN REZEKI (harta benda) dengan mengkaya diri sendiri sahaja akibat takut melepaskan harta benda. Sekiranya kita takut melepaskan harta benda, bayangkan di saat kematian kita.

Di saat Allah menarik kita tetapi hati kita tidak mampu melepaskan harta benda. Ibaratnya seseorang yang sangat kuat merentap tangan kita dan dalam masa yang sama kita memegang besi melawan tarikan orang tersebut. SAKIT!!

Berlatihlah… ia sangat berkesan.

[Fuad Latip]



Pokok Semalu Dan Wanita



Pada suatu hari Rasulullah sa.w. berjalan-jalan bersama puteri baginda Saiditina Fatimah r.a. Setiba mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu dia mengadu kesakitan.

Fatimah mengatakan kepada ayahandanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah s.a.w. dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya, bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita.

Fatimah terkejut. Rasulullah s.a.w.
menyambung kata-katanya lagi Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari aspek iaitu :

- Pohon semalu akan kuncup apabila di sentuh .Ini di ibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya) .

-Semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya.Oleh itu ,wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim .

- Semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna ,wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Alllah Rabbul Alamin .

- Semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang .Oleh itu para wanita sekalian kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.

“Ambillah pengajaran dari pohon semalu walaupun hanya sepohon tumbuhan yang kecil “

Buruknya Al Habasyi Mengkafirkan Ulama Besar



Kementerian Wakaf Mesir, Bahagian Dakwah membuat kenyataan berikut:

“Hntuk pertama kalinya muncul seorang lelaki yang pelik dari Habsyah, pelik dari segi pemikiran dan kaedah yang diikutinya dalam menyebarkan fitnah di kalangan Ahlus Sunnah wal Jamaah.

Pertama kali juga tersebarnya kalimah takfir (pengkafiran) melalui lisan sebahagian mereka.

Juga pertama kalinya terjadi masalah kekeluargaan lalu anak-anak mengkafirkan ayah-ayah mereka dan berlakunya persengketaan dan perpecahan antara ayah dengan anak-anak.

Pertama kalinya muncul mereka yang melampau ke atas ulama besar Ahli Sunnah wal Jamaah yang beramal dan berjuang di atas agama dengan cara yang dipenuhi dengan hasad dengki dan menghukum para ulamak sebagai kafir.

Sesungguhnya al-Habasyi (pengasas Ahbash) mengkafirkan ulama besar seperti Ibn Taimiyyah, Ibn Qayyim al-Jauziyyah, Sayyid Qutb, Muhammad Mutawalli al-Sya’rawi, Muhammad al-Ghazali dan Sayyid Sabiq. Di antara ulama Lebanon yang mereka kafirkan ialah Hassan Khalid, Subhi Salih, dan Faisal Maulawi dan banyak lagi yang mereka kafirkan dari ulamak-ulamak Al-Azhar al-Syarif”

Jangan Meminta-minta



Diriwayatkan dari Qabishah bin Mukhariq al-Hilali Radhiyallahu ‘anhu, dia berkata: Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: "Wahai Qabiishah! Sesungguhnya meminta-minta itu tidak halal, kecuali bagi salah satu dari tiga orang:
(1) seseorang yang menanggung hutang orang lain, dia boleh meminta-minta sampai dia melunasinya, kemudian berhenti,
(2) seseorang yang ditimpa musibah yang menghabiskan hartanya, dia boleh meminta-minta sampai ia mendapatkan sandaran hidup, dan
(3) seseorang yang ditimpa kesengsaraan hidup sehingga ada tiga orang yang berakal dari kaumnya mengatakan, ‘Si fulan telah ditimpa kesengsaraan hidup,’ dia boleh meminta-minta sampai mendapatkan sandaran hidup.

Meminta-minta selain untuk ketiga hal itu, wahai Qabishah! Adalah haram, dan orang yang memakannya adalah memakan yang haram”. Shahîh. HR Muslim (no. 1044), Abu Dâwud (no. 1640) dan lainnya.

Dari hadis ini jelas yang dibolehkan meminta adalah orang yang berhutang hingga terbayar hutangnya,orang yang ditimpa musibah seperti banjir, kebakaran dan sebagainya dan orang yang sengsara hidupnya hingga ada 3 orang mengakui kesengsaraannya, itupun hingga cukup keperluannya sahaja. Selain dari ini, diharamkan.

Fikirlan, berapa banyak orang yang meminta terkeluar dari ciri yang disebut nabi ini, menjadikan meminta sebagai pekerjaan, dapat komisen, berserban berjubah menadah di pintu bank, pintu kompleks perniagaan, memberi salam dari pintu ke pintu rumah dan sebagainya. Sesungguhnya mereka yang menjadi peminta untuk rumah Allah di tempat awam telah menjatuhkan martabat rumah Allah, mereka menjadikan rumah Allah meminta kepada manusia yang menjadi hamba kepada Allah.

Di sebalik keizinan nabi untuk meminta dengan 3 sifat itu, baginda juga bersabda:
مَنْ أَصَابَتْهُ فَاقَةٌ فَأَنْزَلَهَا بِالنَّاسِ لَمْ تُسَدَّ فَاقَتُهُ ، وَمَنْ أَنْزَلَهَا بِاللهِ أَوْشَكَ اللهُ لَهُ بِالْغِنَى: إِمَّا بِمَوْتٍ عَاجِلٍ أَوْ غِنًى عَاجِلٍ.
“Barang siapa yang ditimpa suatu kesulitan lalu ia mengadukannya kepada manusia, maka tidak akan tertutup kefakirannya. Dan barangsiapa yang mengadukan kesulitannya itu kepada Allah, maka Allah akan memberikannya salah satu diantara dua kecukupan: kematian yang cepat atau kecukupan yang cepat”.9]. Shahîh. HR Ahmad (I/389, 407, 442), Abu Dâwud (no. 1645), at-Tirmidzi

Baginda lebih menyarankan kita mengadu dan meminta kepada Allah berbanding meminta kepada manusia. Bahkan bila ditimpa sakit sekalipun baginda menyuruh lebih baik bersabar dan berserah kepada Allah. Seorang wanita Badwi mengadu sakit sawan kepada nabi lalu baginda bersabda:
إِنْ شِئْتِِ صَبَرْتِ ولكِ الجنةُ، وإن شئتِ دعوتُ اللهَ أن يعافِيَكِ
'Jika kamu mahu bersabar maka bagi kamu itu syurga dan jika kamu mahu aku berdoa maka aku akan berdoa agar Allah menyembuhkan kamu.' Lalu perempuan itu memilih untuk sabar.' [Riwayat al-Bukhari dan Muslim]

Hadis ini menunjukkan keutamaan bersabar dari meminta-minta walau kepada Allah untuk sembuh, apa lagi meminta kepada manusia.

Rasulullah juga menyebut beberapa keburukan meminta-minta. Sabda baginda: “Seseorang yg senantiasa meminta-minta kepada orang lain sehingga dia akan datang pada hari Kiamat dalam keadaan tidak ada sekerat daging pun di wajahnya”. Muttafaqun ‘alaihi. HR al-Bukhâri

“Barang siapa meminta-minta kepada orang lain tanpa keperluan, maka seolah-olah ia memakan bara api” Shahîh. HR Ahmad (IV/165), Ibnu Khuzaimah (no. 2446),dan lainnya. "Minta-minta itu merupakan cakaran, yang seseorang mencakar wajahnya dengannya, kecuali jika seseorang meminta kepada penguasa, atau atas suatu hal atau perkara yang sangat perlu.” Shahîh. At-Tirmidzi (no. 681), Abu Dawud (no. 1639), dan lainnya.

Kita dibolehkan meminta kepada kerajaan tetapi tidak boleh selalu meminta atau bergantung kepada kerajaan kerana disebut nabi sebagai tidak berkat.Bila Hakim bin Hizaam meminta kepada Rasulullah, baginda bersabda, “Wahai Hakiim! Sesungguhnya harta itu indah dan manis. Barang siapa mengambilnya dengan berlapang hati, maka akan diberikan berkah padanya. Barang siapa mengambilnya dengan kerakusan (mengharap-harap harta), maka Allah tidak memberikan berkah kepadanya, dan perumpamaannya (orang yang meminta dengan mengharap-harap) bagaikan orang yang makan, tetapi dia tidak kenyang (kerana tidak ada berkah padanya). Tangan yang di atas (yang memberi) lebih baik daripada tangan yang di bawah (yang meminta)”. Hakim tidak lagi meminta hingga ia mati.

Yang lebih utama ialah hidup dengan tidak meminta.Allah Ta’ala sebutkan dalam firman-Nya.
لِلْفُقَرَاءِ الَّذِينَ أُحْصِرُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ لَا يَسْتَطِيعُونَ ضَرْبًا فِي الْأَرْضِ يَحْسَبُهُمُ الْجَاهِلُ أَغْنِيَاءَ مِنَ التَّعَفُّفِ تَعْرِفُهُمْ بِسِيمَاهُمْ لَا يَسْأَلُونَ النَّاسَ إِلْحَافًا ۗ وَمَا تُنْفِقُوا مِنْ خَيْرٍ فَإِنَّ اللَّهَ بِهِ عَلِيمٌ
“(Apa yang kamu infakkan adalah) untuk orang-orang fakir yang terhalang (usahanya karena jihad) di jalan Allah sehingga dia tidak dapat berusaha di bumi; (orang lain) yang tidak tahu, menyangka bahawa mereka adalah orang-orang kaya kerana mereka menjaga diri (dari minta-minta). Engkau (Muhammad) mengenal mereka dari ciri-cirinya, mereka tidak minta secara paksa kepada orang lain. Apa pun harta yang baik yang kamu infakkan, sungguh, Allah Maha Mengetahui” [al-Baqarah/2 ayat 273].

Diriwayatkan dari az-Zubair bin al-‘Awwâm Radhiyallahu ‘anhu dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam, beliau bersabda:
لَأَنْ يَأْخُذَ أَحَدُكُمْ حَبْلَهُ فَيَأْتِيَ بِحُزْمَةِ حَطَبٍ عَلَى ظَهْرِهِ فَيَبِيْعَهَا فَيَكُفَّ اللهُ بِهَا وَجْهَهُ خَيْرٌ لَهُ مِنْ أَنْ يَسْأَلَ النَّاسَ، أَعْطَوْهُ أَوْ مَنَعُوْهُ.
“Sungguh, seseorang dari kamu mengambil talinya lalu membawa seikat kayu bakar di atas punggungnya, kemudian ia menjualnya sehingga dengannya Allah menjaga wajahnya (kehormatannya), itu lebih baik baginya daripada ia meminta-minta kepada orang lain, mereka memberinya atau tidak memberinya”. Shahîh. HR al-Bukhâri (no. 1471, 2075).

Jelas dari firman Allah dan hadis ini memuji orang yang tidak meminta tetapi lebih berusaha dan redho pada keadaan hidupnya.

Jelaslah bahawa batasan untuk meminta-minta itu tidak luas bahkan sebenarnya tidak dianjurkan. Apa yang lebih utama ialah berusaha, berikhtiar dan bersabar kerana setiap perkara Allah yang takdirkan, dan Dialah juga yang akan mencukupkan. Ingatlah ikhtiar juga ada batasannya, akhirnya kita kena berserah kepada Allah bila usaha kita sudah dipenghujung.

Contohnya, bila ditimpa kesulitan yang manusia lain pun tidak berupaya membantu, seperti perlunya kewangan yang sangat banyak untuk berubat, berserahlah kepada Allah berbanding terus menjadi peminta pada manusia, sesungguhnya Allahlah yang menghidup dan mematikan. Wallahua'lam.

Solatlah Di Awal Waktu



Perkongsian dari Nor Sahidah Hamid. Semoga beroleh manfaat dan jadi inspirasi untuk istiqomah solat awal waktu.

""""""""""""""""""""""""""""""""""
Sedikit pengalaman saya ingin kongsikan. Cerita saya semasa menunaikan haji 2014. Lagi empat hari menantikan hari wukuf. Makkah sudah sesak kerana jemaah dari semua penerbangan sudah tiba.

Pada hari itu saya menelefon anak-anak di Malaysia pada pukul 3.00 petang kerana ia bersamaan pukul 8 malam di Malaysia. Masa yang sangat sesuai.

Oleh kerana leka berbual, kami agak lewat memulakan perjalanan ke masjid untuk solat asar hari itu. (Masuknya waktu Asar ialah pada 3.30 petang. Kami memerlukan 20 minit untuk berjalan kaki dari hotel ke masjid).

Sampai di masjid, keadaan sudah sesak. Laluan ke tempat kegemaran kami yang berhadapan Multazam di tingkat 1 telah pun ditutup. Lalu saya dan suami memutuskan untuk berpisah di situ dan bertemu semula di tempat yang dijanjikan sesudah solat. Kami pun mencari saf masing masing.

Ruang sudah dipenuhi oleh jemaah. Saya ke kelompok jemaah wanita yang telah penuh dengan jemaah pelbagai bangsa dan warna kulit. Saya meninjau dengan 'muka kesian' memohon simpati agar dapat sedikit ruang untuk solat. Akhirnya saya terpandang seorang wanita Arab yang cantik. Dia seakan faham hasrat saya untuk menumpang saf di sebelahnya, tetapi dia menggeleng kepala mengisyaratkan tiada ruang boleh dikongsikan. Saya faham, walaupun sejadahnya lebar tetapi badannya agak gempal. Dia mungkin khuatir nanti dia tidak selesa.

Seketika kemudian azan asar pun berkumandang. Hati saya semakin cemas kerana saya belum dapat ruang solat sedangkan ketika itu saya sudah terperangkap di tengah tengah kelompok jemaah yang ramai. Semua jemaah duduk di sejadah masing masing menunggu azan tamat. Saya sukar untuk keluar dan tidak juga dapat duduk.

Akhirnya ada sedikit ruangan kosong di bahagian hadapan. Betul-betul berdepan dengan saf wanita Arab yang cantik tadi. Namun agak mengecewakan kerana di situlah jemaah melonggokkan selipar mereka. Ada antara selipar itu yang berdebu dan tidak berbungkus. Ia bersebelahan dengan tiang.

Saya tiada pilihan. Sambil azan masih bergema, saya kais selipar-selipar itu untuk ruang saya solat. Ia bukanlah lantai yang rata, malahan ia merupakan dua anak tangga untuk ke ruang hadapan yang lebih tinggi paras lantainya. Kesimpulannya, saya akan solat di anak tangga yang penuh dengan selipar, di tepi sebatang tiang. Lebih malang lagi, kerana hendak cepat tadi, saya lupa membawa sejadah.

Azan selesai. Saya berdiri sambil meninjau lagi kalau ada ruang yang lebih baik. Seorang lagi jemaah lalu berhampiran dengan saya. Saya lihat wajahnya memohon saf daripada wanita Arab cantik itu. Saya menunggu reaksinya.

Wanita arab itu menggeleng sambil matanya memandang saya. Saya tahu dia menyedari apa yang ada dalam hati saya. Saya kasihan melihat jemaah yang senasib dengan saya itu. Dalam kesuntukan masa saya lihat wanita itu melangkah langkah di celah-celah jemaah dengan susah payah untuk mencuba nasib di ruang lain. Saya amat faham perasaan yang dia lalui.

Saya tiba-tba merasa sebak. Terutama bila terpandang kembali ruang di celahan selipar yang bakal saya sujud kelak. Ia hanya memuatkan muka dan tangan saya sahaja. Kaki dan lutut saya nanti pula akan berada di anak tangga.

Sambil memandang wanita Arab itu. Dalam keadaan senyum yang tawar, terkeluar kata-kata dari mulut saya. "Here in masjidilharam sometimes we have to beg for a space. Just to see God." Saya menyambung lagi dalam bahasa Inggeris, " Saya pun tadi jadi pengemis juga. Syukurlah saya dapat juga tempat. Tapi.. " airmata saya mula bergenang. "Lihatlah tempat saya.." Saya tidak mampu lagi terus berkata-kata.

Tiba-tiba seorang jemaah yang berhampiran menyampuk. "Itulah.. awak sebenarnya cuma lewat sikit saja. Sebelum tadi masih banyak tempat".

Mendengar ucapannya saya terus menangis kuat. Tiada lagi rasa malu ketika itu. Saya sebenarnya terusik dengan perkataan 'Lewat'. Dalam fikiran saya penuh penyesalan. Ada banyak lintasan datang dalam hati saya.

Oleh kerana saya dalam keadaan berdiri di anak tangga dan sebahagian besar jemaah lain duduk (kebanyakannya baru selesai solat sunat qabliyah), maka saya kelihatan jadi tumpuan. Seperti di atas pentas dengan jemaah itu selaku penontonnya.

Wanita Arab tadi datang dengan rasa bersalah lalu memeluk saya yang sedang menangis. " I am sorry.. bukan saya tak nak beri ruang, tapi saya pun tak cukup." Perbualan kami didengari oleh semua orang kerana jemaah hanya beberapa ketika saja lagi akan memulakan solat.

Sambil mengesat air mata saya mengeluarkan apa yang terbuku di dada tanpa segan silu. "Saya bukan marahkan kamu. I just missed my hometown. In my country, I got a lot of space, I can pray wherever I want, we have a lot of mosques."
Tapi di sana saya tidak hargai ruang yang Allah beri. Saya selalu lewatkan solat dengan sengaja. Tetapi Allah tidak pernah menghina saya atau membalasnya serta-merta. Di sini, disebabkan lewat sedikit saya terpaksa terima hukuman, lihat sajalah ruang solat saya. Saya rasa terhina di hadapan Tuhan".

Kami kelihatan seperti pelakon drama. Semua jemaah lain yang faham bahasa Inggeris menunjukkan muka yang sayu. Jemaah yang tidak faham kelihatan bertanya tanya rakan di sebelah. Salah seorang menyampuk "where is your hometown?".

" I am from Malaysia. Its a beautiful muslim country. When I got back to Malaysia, I don't want to pray late anymore. I dont want Allah to embarrass me in Mahsyar".

Wanita Arab tadi memegang tangan saya sambil berkata, "Terima kasih, hari ini saya belajar sesuatu dari kamu. Allah menegur hamba-Nya dengan pelbagai cara. Saya pun akan hargai ruang dan masa yang saya ada bila saya balik nanti. Semoga kamu mendapat haji yang mabrur".

Bilal pun qamat, imam pun memberi isyarat memulakan solat. Saya kembali ke ruang saya tadi dan berusaha menyesuaikan diri. Tiba-tiba dari barisan belakang, kedengaran suara jemaah lain memanggil. "Hajjah, here is space for you". Rupa rupanya mereka tadi memahami dan berganjak-ganjak sehingga terhasil satu ruang yang cukup-cukup untuk saiz badan saya. I feel blessed.

Seusai solat fardhu dan solat jenazah, jemaah pun mula bersurai. Tanpa disangka beberapa jemaah lain yang tidak dikenali datang memeluk saya dan berkata, "Thank you Hajjah, haji mabrur inshaallah".

Tuesday, November 29, 2016

Firman Allah S.W.T. kepada MUNAFIK



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته*_
بسم الله الرحمن الرحيم*_

Allah telah berfirman dalam Surah At Taubah:

Ayat 64: "Orang-orang munafik itu takut kalau diturunkan satu surah Al-Quran yang menerangkan kepada mereka (dan kepada ramai) akan apa yang ada dalam hati mereka (dari kekufuran). Katakanlah (wahai Muhammad): "Ejek-ejeklah (seberapa yang kamu suka), sesungguhnya Allah akan mendedahkan apa yang kamu takut (terdedah untuk pengetahuan ramai)"

Ayat 65: "Dan jika engkau bertanya kepada mereka (tentang ejek-ejekan itu) tentulah mereka akan menjawab: "Sesungguhnya kami hanyalah berbual dan bermain-main". Katakanlah: "Patutkah nama Allah dan ayat-ayatNya serta RasulNya kamu memperolok-olok dan mengejeknya?"

Ayat 66: "Janganlah kamu berdalih (dengan alasan-alasan yang ), kerana sesungguhnya kamu telah kufur sesudah kamu (melahirkan) iman. Jika Kami maafkan sepuak dari kamu (kerana mereka bertaubat), maka Kami akan menyeksa puak yang lain, kerana mereka adalah orang-orang yang terus bersalah."

Ayat 67: "Orang-orang munafik lelaki dan perempuan, setengahnya adalah sama dengan setengahnya yang lain; mereka masing-masing menyuruh dengan perbuatan yang jahat, dan melarang dari perbuatan yang baik, dan mereka pula menggenggam tangannya (bakhil kedekut). Mereka telah melupakan (tidak menghiraukan perintah) Allah dan Allah juga melupakan (tidak menghiraukan) mereka. Sesungguhnya orang-orang munafik itu, merekalah orang-orang yang fasik."

Ayat 68: "Allah menjanjikan orang-orang munafik lelaki dan perempuan serta orang-orang kafir dengan neraka Jahannam, mereka kekal di dalamnya. Cukuplah neraka itu menjadi balasan mereka; dan Allah melaknatkan mereka, dan bagi mereka azab seksa yang kekal."

Ayat 69:" (Nasib kamu hai orang-orang munafik) adalah sama dengan nasib orang-orang sebelum kamu (yang telah dibinasakan), mereka lebih kuat serta lebih banyak harta benda dan anak pinak daripada kamu; seterusnya mereka telah bersenang-senang dengan bahagian mereka; maka kamu pula telah bersenang-senang dengan bahagian kamu sebagaimana orang-orang yang sebelum kamu itu bersenang-senang dengan bahagiannya; dan kamu pula telah memperkatakan (perkara yang salah dan dusta) sebagaimana mereka memperkatakannya. Mereka yang demikian, rosak binasalah amal-amalnya (yang baik) di dunia dan di akhirat, dan merekalah orang-orang yang rugi."

Semoga kita semua dapat mengambil manfaatnya

Hukum Ziarah Pengebumian Bukan Muslim



"Kami menerima makluman khabar dukacita berhubung pemergian nenek saudara Yazid Lim bin Mohamad Aziz atau lebih dikenali sebagai Johan Raja Lawak. Kami ingin mengucapkan takziah dan diharapkan keluarga Johan bersabar atas pemergian insan yang tercinta ini. Dalam masa yang sama, kami mendapat tahu, terdapat segelintir pihak yang mencemuh beliau atas tindakah beliau menziarahi majlis pengebumian mendiang nenek beliau yang bukan beragama Islam. Maka, kami jelaskan di bawah ini perbahasan berkenaan hukum-hakam berkaitan majlis pengebumian bukan Muslim.

Tidak ada larangan kepada umat Islam untuk berbuat baik dengan bukan Muslim yang juga dikenali dengan akhlak yang baik dan tidak memusuhi umat Islam. Firman Allah SWT:

لَا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُمْ مِنْ دِيَارِكُمْ أَنْ تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِمْ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ
Maksudnya: “Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.”
(Surah al-Mumtahanah: 8)

Memandikan, Mengkafankan dan Mengebumikan Bukan Muslim
Islam amat menitikberatkan hubungan yang harmoni sesama manusia walaupun berlainan agama dan bangsa. Dalam hal ini Nabi Muhammad SAW adalah contoh terbaik untuk kita teladani.

Disebutkan dalam sebuah hadith Ali bin Abi Talib telah bertemu Rasulullah SAW dan beliau mengkhabarkan tentang kematian Abu Talib. Baginda SAW bersabda:

«اذْهَبْ فَوَارِهِ». قَالَ: إِنَّهُ مَاتَ مُشْرِكًا. قَالَ: «اذْهَبْ فَوَارِهِ». فَلَمَّا وَارَيْتُهُ رَجَعْتُ إِلَيْهِ، فَقَالَ لِي: «اغْتَسِلْ»
Maksudnya: “Pergilah dan kebumikannya” Aku berkata: “Sesungguhnya dia mati dalam keadaan musyrik.” Nabi berkata: “Pergilah dan kebumikannya” Setelahmana aku mengebumikannya, aku kembali kepada Baginda. Maka Baginda berkata kepadaku, “Mandilah.”
(Riwayat al-Nasa’ie, no. 190; Ahmad, no. 759)

Dalam riwayat yang lain di dalam Musnad Ahmad (no. 1074), al-Suddi yang merupakan perawi hadith tersebut menyebutkan: “Dan adalah Ali RA selepas memandikan jenazah, beliau akan mandi.” Bahkan Nabi SAW sendiri memberikan jubahnya untuk dijadikan kain kafan bagi Abdullah bin Ubay ibn Salul, seorang munafik pada zamannya. Daripada Jabir bin Abdullah RAnhuma berkata:

لَمَّا كَانَ يَوْمَ بَدْرٍ أُتِيَ بِأُسَارَى، وَأُتِيَ بِالعَبَّاسِ وَلَمْ يَكُنْ عَلَيْهِ ثَوْبٌ، «فَنَظَرَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَهُ قَمِيصًا، فَوَجَدُوا قَمِيصَ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ أُبَيٍّ يَقْدُرُ عَلَيْهِ، فَكَسَاهُ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِيَّاهُ، فَلِذَلِكَ نَزَعَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَمِيصَهُ الَّذِي أَلْبَسَهُ» قَالَ ابْنُ عُيَيْنَةَ كَانَتْ لَهُ عِنْدَ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَدٌ فَأَحَبَّ أَنْ يُكَافِئَهُ
“Ketika Perang Badar, tahanan perang dibawakan termasuk al-Abbas yang tidak berpakaian. Nabi SAW mencari-cari pakaian untuknya dan mendapati jubah Abdullah bin Ubai sesuai dengannya. Maka Nabi memberikan jubah itu kepada al-Abbas. Oleh itulah Nabi SAW melepaskan jubah yang dipakainya (untuk dijadikan kain kafan jenazah Abdullah bin Ubai). Ibn ‘Uyainah berkata: ‘Dia (Abdullah bin Ubai) telah melakukan sesuatu yang membuatkan Nabi SAW suka untuk memberikannya ganjaran.”
(Riwayat al-Bukhari, 3008)

Oleh itu, Mazhab Syafie membolehkan orang Islam untuk memandikan, mengkafankan dan mengebumikan jenazah bukan Islam. Rujuk al-Mu’tamad fi Fiqh al-Syafie, 1/628; Al-Hawi al-Kabir, 3/19.

Menziarahi Kubur Bukan Muslim
Syeikhul Islam Zakaria al-Ansari ketika mensyarahkan Minhaj al-Tullab (ringkasan kepada Minhaj al-Talibin oleh Imam al-Nawawi) menyatakan bahawa “Adapun menziarahi kubur bukan Muslim dibolehkan.” Rujuk Fath al-Wahhab, 1/118. Imam al-Nawawi juga membolehkan Muslim untuk menziarahi bukan Muslim semasa hidup dan menziarahi kubur-kubur mereka selepas kematian mereka. Ini kerana menurut beliau, sekiranya dibolehkan ziarah selepas kematian, maka ziarah semasa hidup lebih utama. Rujuk Al-Minhaj, 7/45.

Satu hal yang menarik untuk diperhatikan bersama, bagaimana Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah menyatakan bahawa:

“…Sekiranya ada Muslim yang hidup di negara bukan Muslim yang memerangi Islam, dan negara bukan Muslim yang tidak memerangi Islam, tidak diperintahkan kepadanya untuk berbeza dengan bukan Muslim dalam upacara keagamaan yang bersifat luaran kerana padanya kemudaratan buatnya. Bahkan digalakkan atau diwajibkan baginya untuk kadang-kala menyertai upacara mereka sekiranya terdapat maslahah agama; untuk menyeru mereka kepada Islam, mendalamkan kefahaman terhadap upacara agama mereka untuk disampaikan kepada orang Islam atau mengelakkan berlaku kemudaratan kepada orang Islam dan sebab-sebab lain daripada tujuan-tujuan yang baik di sisi syarak.” Rujuk Iqtida’ al-Sirat al-Mustaqim, 1/53

Begitu indah Islam ini yang sesuai untuk dipraktikkan dalam kehidupan multi-agama dan dalam masa yang sama, masih tegas di atas prinsip-prinsip syarak. Ia adalah salah satu bukti bahawa Islam bukanlah agama yang mengongkong, sebaliknya terbuka kepada kesesuaian hidup bermasyarakat yang berpandukan al-Qur’an dan al-Sunnah.

Penutup
Kesimpulannya, menghadiri pengebumian sahabat-sahabat atau ahli keluarga yang tidak memeluk Islam dan tidak memusuhi Islam, adalah dibolehkan dan tidak ada larangan padanya. Namun begitu, hendaklah dihindari daripada melibatkan diri dengan upacara keagamaan mereka. Kami juga menyarankan kepada masyarakat untuk tidak terburu-buru menghukum atau mengeluarkan pendapat yang boleh mengeruhkan keharmonian dan perpaduan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama. Wallahua’lam.

[Mufti Wilayah Pwersekutuan]

Hebatnya Surah Al Ikhlas


SEBELUM MEMULAKAN KERJA:

Membaca ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja maka akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada di dalam tubuh dan juga di sekeliling kita. Mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.

SEBELUM MASUK KE RUMAH:

Sebelum masuk rumah, baca surah Al-Ikhlas sebanyak 3 kali. Masuk dengan kaki kanan dan dengan membaca Bismillah. Beri salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.

Amalkan dalam bersolat kerana salam pertama (ia wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.

KETIKA SAKIT:

Sabda Rasulullah s.a.w: "Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas waktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby.

KHATAM AL QUR'AN:

Rasulullah s.a.w pernah bertanya sebuah teka-teki kepada sahabatnya: "Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit?" Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan adalah mustahil untuk mengkhatam Qur'an dalam begitu cepat. Kemudian Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah s.a.w menjawab bahawa Saiyidina Ali betul.

Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali khatamlah Quran kerana ia sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.

PAHALA MEMBACANYA:

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Ketika saya (Rasulullah s.a.w) Israk ke langit, saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat Padang Sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu Padang Sahara itu seluas dari timur hingga ke barat.

Pada setiap Padang Sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: 'Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas sama ada lelaki mahupun perempuan.'

Sabda Rasulullah s.a.w lagi: "Demi Allah yang jiwaku di tangan-Nya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahad itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a..s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahad tertulis pada sayap malaikat Israfil a..s."

Benarkah Uhud Ada Air Terjun


Penjelasan dari Abu Ayyub Al-Ansori yang tinggal di Madinah al-munawarah:


"Ia soalan yang berulang-ulang ditanya pada kami yang tinggal di Uhud ini. Kami katakan, masa ini hujan sedang lebat di Madinah.Air bertakung di atas bukit Uhud. Oleh kerana takungan penuh, air hujan mengalir ke bawah bukit seakan-akan air terjun. Fenomena ini tidak lama. Apabila hujan berhenti, takungan kering maka keadaan kembali seperti sediakala."

Tiada sebenarnya air terjun Uhud yang dicanang-canangkan sebagai tanda kiamat. Ada orang kata, 'Tak mengapa sebarkan walaupun palsu, supaya orang lebih bersedia dan takut akan hari kiamat yang semakin dekat.' Ya salammm...Jika tidak kerana fenomena ini pun sudah jelas dan terang tanda-tanda kiamat lain di sekeliling kita. Anak derhaka. Banyaknya zina dan pembunuhan. Kita benar-benar berada di akhir zaman! Apa perlu berlaku keajaiban-keajaiban begini baru manusia tunduk patuh pada Allah? Kenapa hanya takut kiamat yang semakin dekat sedangkan sepatutnya kita lebih takut dan bersedia pada kematian yang bila-bila masa sahaja akan datang!

Berhenti sebarkan yang tidak benar. Isu yang sama tiap-tiap tahun. Kononnya Imam Makkah Syeikh Abdul Rahman Sudais meninggal dunia walhal dia sedang mengimamkan solat.

Zaman ini mudah sekali viral perkara yang tak benar. Peganglah bersungguh-sungguh firman Allah ini: "Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa berita, maka periksalah akan kebenarannya!"

Moga Allah selamatkan kita daripada tipu daya zaman yang penuh kemunafikan ini".

Wallahu'alam.

Berada Di Atas Rasa


Bismillahirrahmanirrahim

Cuba lakukan ini dalam 5 minit. Sudah sangat memadai.

1. Duduk santai dan jika dapat bersandar.
2. Berada di atas rasa iaitu sedar apa perasaan diri. Bahagia? Gembira? Sakit hati? Sedih? Geram?. Perhatikan rasa itu dengan sedar.
3. Sedar apa sedang berada dalam fikiran sekarang? Perhatikan dalam sedar. Apa yang sedang kita lakukan ialah menyedari apakah ilham yang sedang dituntun Allah kepada kita. Walaupun kita tidak mampu menangkap sepenuhnya namun apa yang sedang kita alami itu adalah hasil daripada ilham-ilham yang masuk.

Dari sini kita sedar bahawa kita sedang diilhamkan dengan ilham FUJUR (buruk) atau ilham TAQWA (baik) oleh Allah. Ilham fujur dan taqwa bergantung sejauh mana hubungan kita dengan Allah. Kalau sekadar solat, melakukan kebaikan tetapi tidak mampu menyedari Allah setiap saat yakni berzikir, tidak mustahil ilham fujur itu boleh masuk ke hati kita menyebabkan terjananya rasa tidak tenteram juga fikiran negatif.

Zikir itu adalah menyedari Allah. Ketika menyedari Allah pasti akan ada TASBIH dari hati kita lalu kita menyatakan dalam hati kita Subhanallah hingga ke bibir kita.
Zikir itu adalah menyedari Allah. Ketika menyedari Allah pasti akan ada TAHMID dari hati kita lalu kita menyatakan dalam hati kita Alhamdulillah hingga ke bibir kita.
Zikir itu adalah menyedari Allah. Ketika menyedari Allah pasti akan ada TAKBIR dari hati kita lalu kita menyatakan dalam hati kita Allahuakbar hingga ke bibir kita.
Zikir itu adalah menyedari Allah. Ketika menyedari Allah pasti akan ada TAHLIL dari hati kita lalu kita menyatakan dalam hati kita Laillahaillallah hingga ke bibir kita.

Zikir itu bukan tasbih, tahmid, takbir dan tahlil TETAPI HATI TIDAK BENAR- BENAR MENYEDARI ALLAH. Sekiranya tidak sedar Allah jadilah ia sekadar ungkapan-ungkapan biasa bahkan bimbang menjadi sebuah PUJIAN YANG MENIPU yang bukan datang daripada hati kita. Sekadar di bibir yang diungkapkan hasil daripada minda bawah sedar kita kerana biasa mengungkapkan tasbih, tahmid, takbir dan tahlil. Sekadar sebuah rutin biasa dan ini sangat membimbangkan.

Solat itu harus dalam keadaan zikir (Sedar Allah / Ihsan). Segala amalan harusnya berada dalam keadaan zikrullah (Sedar Allah / Ihsan). Beriman itu harus dalam keadaan Ihsan. Berislam itu harusnya dalam keadaan Ihsan.

Mari….. sekadar beberapa minit, perhatikan hati kita sedang diilhamkan dengan ilham apa? FUJUR atau TAQWA?

Sekiranya masih ada FUJUR, kembalilah kepada Allah dengan sebenar-benarnya. Sedari Allah lalu pasti akan rojiun. Istighfar lah…… istighfar…..

[Fuad Latip]

Pengertian Setiap Ayat Surah Yaasiin



Ayat 1–9 – Untuk keselamatan diri

Ayat 9 – Orang jahat tak nampak kita terutama orang kafir.

Ayat 12 – Merupakan Jantung Yaasiin – Rasulullah s.a.w. berharap ayat ini dihafal oleh setiap mukmin dan mukminat.

Ayat 13–35 – Mengisahkan orang-orang yang mati syahid.

Ayat 22–23 – Untuk menjaga aqidah memberi hidayah kepada anak-anak.

Ayat 29 – Sebagai amalan untuk mengelakkan diri daripada difitnah dan kejahatan mulut.

Ayat 29 – Untuk digunakan jika kita rasa orang nak fitnah atau aniaya kita.Lebih elok selepas baca di semburkan ke muka orang tersebut.

Ayat 30 – Untuk keinsafan – Supaya dapat dipertemukan dengan Allah s.w.t. (harus sentiasa berada dihati – beramal dengannya).

Ayat 32 – Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik.Caranya: Ingatkan dia segalanya datang dari Allah S.W.T., kita umat Islam dll.

Ayat 33–35 – Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuk tanam. Tanaman akan subur.

Ayat 36 – Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini dijadikan berpasang-pasangan. Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang
belum berkahwin supaya di pertemukan jodoh. Caranya : Baca dan berdoa, hembus dan sapu pada muka setiap pagi sebelum keluar rumah.

Ayat 37 – Adalah untuk menetapkan hati – aqidah diri sendiri… Hati yang kering akan hidup semula.

Ayat 38 – Mengisahkan bulan dan matahari pun sujud pada Allah S.W.T. yang Satu.

Ayat 39 – Mengisahkan ilmu falak.

Ayat 40 – Merupakan kenyataan Allah S.W.T. yang Satu.

Ayat 41 – Mengisahkan Nabi Nuh a.s. naik kapal, elok dibaca sewaktu menaiki kenderaan.

Ayat 44 – Mengisahkan keseronokan hidup di dunia – dibaca untuk menjauhkan fitnah dalam hidup.

Ayat 45–48 – Merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah S.W.T.

Ayat 49 – Menceritakan hari akhirat. Tiupan pertama datang tiba-tiba. Tiupan kedua semua hancur. Tiupan ketiga semua orang dihidupkan semula
dan hadir di padang Mahsyar.

Ayat 50 – Setiap orang akan dihisab mengikut amalannya.

Ayat 58 – Merupakan salam daripada Allah. Jika rasa sakit kepala, baca dan sapukan ke kepala. Ulang sebanyak 3 kali.

Ayat 76 – Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang. Dijadikan amalan.

Ayat 77 – Jika hati rasa sedih, sebak atau pun kecewa. Sambil pegang dan urut dada, bacalah ayat tersebut.

Ayat 78–79 – Dikhaskan untuk sakit urat, tulang dan badan. Untuk doa bermula daripada ayat yang bermaksud : “Dia berkata, 'Siapakah (yang dapat)
menghidupkan tulang belulang padahal telah hancur?'” Bacalah jika sakit tulang, urat atau tulang patah.

Ayat 80 – “Katakanlah, yang akan menghidupkannya ialah yang menciptakannya pertama kali. Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk.”

Ayat 82 – Untuk sesuatu hajat sesuatu, baca 100 kali. Dibaca pada air dan minum selama 40 hari.

Perlu Baca Dengan Penuh Keyakinan ????

[FUAD LATIP]

Monday, November 28, 2016

Jual Beli Hartanah



BELI HARTANAH MESTI UNTUNG?

awapannya tidak. Saya lihat dengan mata saya sendiri mereka ini (pembeli) menjadi muflis akibat 'silap percaturan' dalam membeli hartanah. Jadi, beli hartanah apa yang berisiko untuk rugi atau paling teruk boleh membuatkan anda boleh jadi muflis?

1) Lokasi baru terletak entah di mana yang menjanjikan bulan dan bintang sedangkan semuanya belum pasti. Contoh: Ada pembukaan bandar atau kawasan baru yang memang jauh dari lokasi pembangunan tetapi menjual dengan 'selling point' sesuatu pembangunan yang belum pasti seperti "AKAN WUJUD" Lapangan terbang, IPT, Stesen LRT, MRT, dsbnya. Ataupun 'menipu' dengan mengatakan akan ada interchange terus ke highway.

Pemaju seperti ini akan menggunakan segala selling point yang belum pasti wujud ini untuk menjual pada harga yang tinggi dan apabila projek-projek "andaian" tersebut dibatalkan maka terjadilah nasib malang yang menimpa pembeli. Contoh popular adalah Bukit Beruntung, Bukit Sentosa dan Lembah Beringin.

2) Dibina oleh pemaju yang TIDAK mempunyai 'track record' yang baik. Ramai yang pasti mengetahui mengenai perkara ini dan ramai juga yang pernah menjadi mangsa. Tetapi kadangkala sukar untuk mengatakan semua pemaju baru bermasalah dan pemaju yang establish atau lama tidak mempunyai masalah. Cuma pada pendapat saya lakukan sedikit 'background check' terhadap pemaju sebelum membeli rumah dari mereka. Banyak contoh kes terbengkalai tetapi antara yang agak popular oleh pemaju yang agak established adalah kes Talam Corporation.

3) Projek Yang Menjanjikan "Guaranteed Return". Projek macam ni yang paling banyak menipu.Berdasarkan pengalaman saya. Tapi tak semua, cuma banyak. Maksudnya bila banyak kena berhati-hati bila terjumpa mana-mana projek yang memberi janji macam ini. Sudahnya bila dah selesai pemaju entah ke mana, pulangan yang dijanjikan pun entah ke mana.

Kena pun bukan sedikit. Biasanya projek yang ada guaranteed return ini projek pemaju yang merancang untuk dijadikan services apartment atau hotel. Bila pemaju tersilap percaturan, yang menjadi mangsa adalah pembeli. Mulalah kes saman menyaman.Tetapi sebagai pembeli tetap perlu bayar pinjaman. Tak bayar nama kena blacklist dan akhirnya bankrap.

Antara kes Guaranteed Return yang gagal dan menyebabkan ramai muflis adalah PD Marina Port Dickson dan Paradise Sandy Beach, Penang. Tetapi jangan pula anggap semua yang offer guaranteed return tak betul,ada yang ok..

4) Bangunan kedai/pejabat atau lot kedai. Ini memang disaster sebab kos nak beli hartanah komersil mahal.Bila berdepan masalah lagi teruk jadinya. Kedai ini boleh jadi sangat subjektif lokasinya. Kadang-kadang pada awalnya nampak macam lokasi prime, tetapi bila siap, laluan di belakang lebih prime berbanding yang menghadap jalan utama. Akhirnya yang beli mahal pada awalnya terus tiada perhatian.Pembeli tidak datang.. penyewa tak berminat dan akhirnya kosong. Lagi teruk bila beli lot kedai dalam mall. Sukar dijangka unit mana akan jadi prime, walaupun secara amnya kita akan kata berhampiran escalator atau laluan utama. Kadangkala satu mall terus jadi sunyi sepi sebab kurang tarikan.Tambah pula kurang promosi dari pemaju.Lama-lama mall jadi gajah putih, hidup segan mati tak mahu. Maka bermulalah kisah hitam pembeli. Hutang bank perlu dibayar, maintenance fee ratusan atau ribuan ringgit perlu dijelaskan, dan akhirnya berdepan masalah bankrap.

Untuk kategori komersil saya nasihatkan kalau dah berpengalaman sedikit bolehlah buat untuk investment.Kalau tidak, minta nasihat dari mereka yang arif, atau elakkan beli new property. Lihat dahulu potensi kawasan perniagaan tersebut barulah buat keputusan.Mungkin akan menjadi lebih mahal, tetapi kurang sedikit risiko. Apapun terpulang kepada individu, sebab ada yang kata.. high risk high return.. Kalau betul ok.. kalau tidak betul habislah.


AKPK DAN LELONGAN RUMAH

Pergi ke AKPK bukan jalan untuk tidak perlu bayar hutang dengan bank atau elak rumah daripada dilelong. Mungkin ada yang berpendapat dengan bertemu AKPK maka masalah hutang mereka selesai dan rumah tidak akan dilelong. Hakikat mungkin sebaliknya.

Untuk kes 'unsecured loan'ataupun pinjaman tanpa cagaran seperti kad kredit dan personal loan, biasanya proses restructuring lebih mudah kerana bank tiada cagaran untuk 'recovery' (mendapatkan semula hutang, contohnya melalui lelongan). Namun begitu untuk 'secured loan' seperti rumah biasanya ia akan tertakluk juga kepada bank dalam memberikan penstrukturan semula pinjaman.

Sebagai panduan dan berdasarkan pengalaman saya mengendalikan NPL, saya dapati untuk kes 'secured loan', AKPK masih perlu merujuk kepada bank untuk proposal pembayaran semula (restructuring) hutang-hutang, dan bank mempunyai hak untuk 'counter' proposal tersebut. Bank mungkin bersetuju dan mungkin tidak bersetuju dengan proposal yang diberikan.

Namun begitu biasanya ia lebih memihak kepada peminjam, di mana walaupun tidak sebaik yang dicadangkan tetapi akan ada sedikit pengurangan dari jumlah asal.

Bolehkah lelongan dihentikan?

Ini bergantung pada tahap mana lelongan tersebut. Ada kes di mana ia boleh ditangguhkan apabila ketiga-tiga pihak mencapai keputusan.Namun jika ia sudah berada pada tahap akhir iaitu hari lelongan, maka agak sukar untuk dihentikan.

Persetujuan pada proposal yang diberikan AKPK biasanya hanya akan menangguhkan proses lelongan.. Peminjam perlu "patuh" sepenuhnya pembayaran balik yang dipersetujui dan jika gagal.. maka proses untuk lelongan akan disambung semula dan kebarangkalian untuk peminjam memohon penangguhan semula sekali lagi adalah tipis.

AKPK merupakan suatu peluang untuk mendapatkan bantuan dalam kes di mana mereka tahu bahawa mereka telah gagal untuk membuat bayaran pinjaman dan bank akan melaksanakan lelongan.

Namun begitu, peminjam harus bertemu AKPK untuk khidmat nasihat seawal mungkin, dan pada masa yang sama boleh juga bertemu bank untuk membincangkan penyelesaian.

Jika cadangan penstrukturan semula diluluskan, pastikan ia dipatuhi sepenuhnya, kerana jika gagal, anda mungkin tidak akan mendapat peluang kedua untuk menyelamatkan rumah anda dari dilelong.

NOTA: Setiap bank mungkin mempunyai polisi berbeza dalam mengendalikan kes-kes berkaitan AKPK. Oleh itu apa yang saya nyatakan di atas mungkin sedikit berbeza tetapi boleh dijadikan panduan asas.


PELABUR HARTANAH MENINDAS ORANG LAIN?

Fuhhhh.... Susah saya nak jawab ni.Bila orang tanya, jawapan saya Ya dan Tidak. Sebabnya, bergantung kepada jenis hartanah apa pelabur tersebut beli. Saya sendiri melabur dalam hartanah, tetapi saya tidak suka menyimpan berpuluh-puluh hartanah dalam suatu masa. Walau apapun masing-masing ada pendapat sendiri. Cuma yang pasti, melabur di dalam hartanah boleh menguntungkan jika anda tahu caranya.

Betul pelabur hartanah menindas jika dia membeli rumah kos rendah atau sederhana rendah (suatu masa dahulu boleh membeli kos rendah selepas tempoh moratoraium) untuk dimanipulasi atau dimiliki bukan untuk didiami sendiri dan mengakibatkan mereka yang sepatutnya layak membeli tidak mampu untuk bersaing mendapatkan rumah tersebut akibat harga yang naik disebabkan permintaan pembeli-pembeli yang merupakan pelabur.

Begitu juga jika pelabur hartanah ini menindas jika dia membeli rumah 'landed' dalam kategori harga mampu milik (seperti harga bawah RM500K) yang baharu daripada pemaju dengan tujuan semata-mata untuk flip (dijual semula pada harga lebih mahal apabila siap). Ini akan mewujudkan persepsi 'permintaan tinggi' di dalam pasaran dan seterusnya pemaju-pemaju mula menaikkan harga jualan pada fasa-fasa baru atau projek baru mereka. Sebagaimana yang berlaku sekitar 2010-2014. Kesannya harga rumah naik mendadak akibat dari "permintaan" yang tidak 'genuine' - iaitu permintaan bukan dari pembeli yang ingin membeli untuk tinggal sendiri, tetapi oleh mereka yang berminat untuk flip.

Apabila kerajaan dan Bank Negara memperkenalkan dasar baru dalam mengawal spekulasi, barulah harga sedikit terkawal akibat pelabur tidak lagi mudah mendapatkan pinjaman, seperti margin pinjaman 70% untuk rumah ketiga, syarat lebih ketat berdasarkan gaji minimum dan juga skim-skim manipulasi seperti DIBS dimansuhkan.

Walaupun ini tidak menghalang sepenuhnya, tetapi sekurang-kurangnya harga kembali terkawal akibat permintaan yang menurun dari pelabur yang tidak lagi mudah mendapatkan pinjaman.

Lalu, bagaimana pula dikatakan pelabur tidak menindas pembeli lain? Pada pendapat saya, apabila seseorang pelabur membeli hartanah yang berharga tinggi, ia adil untuk mereka apabila hartanah tersebut sememangnya mempunyai bekalan yang tinggi berbanding permintaan dalam pasaran. Permintaan untuk hartanah berharga tinggi seperti harga RM700K ke atas boleh dikatakan sederhana dan jika pelabur ingin membeli hartanah kategori ini maka terpulang kepada mereka untuk mengambil risiko.
.
Jika pembelian juga untuk jangka masa panjang.. contohnya lebih 5 tahun, di mana mereka menyewakannya dalam tempoh tersebut juga bolehlah saya katakan adil untuk mereka kerana pada harga hartanah sekarang,.. amat sukar untuk membeli hartanah yang mana sewa dapat menanggung sepenuhnya bayaran ansuran walaupun pada kadar tempoh pinjaman biasa iaitu antara 20 - 30 tahun.. melainkan jika mereka membayar deposit yang tinggi. Di sini pelabur telah mengambil risiko tersebut.. dan dalam masa yang sama menyediakan rumah untuk disewa pada kadar 'mampu sewa' berbanding jika dibeli oleh seseorang.

Sebagai contoh, pada masa ini, jika anda membeli rumah berharga RM650,000, kadar ansuran bulanan untuk tempoh 25 tahun dengan margin pinjaman 90% adalah lebih kurang RM3,200. Biasanya, kadar sewa pula adalah sekitar hanya RM2,000-2,500 sahaja. Ini bermakna, mereka yang menyewa berjimat lebih kurang RM1,000 sebulan berbanding membeli, walaupun sedia maklum mereka tidak akan dapat memiliki rumah tersebut. Oleh itu dalam kes ini, pelabur hartanah ini telah menyediakan suatu pasaran sewa yang mampu milik untuk mereka yang ingin tinggal sementra seperti pekerja atau pelajar.

Selain itu, pelaburan dalam pasaran sekunder hartanah lama yang rosak merupakan suatu pelaburan yang saya puji dan galakkan. Masyarakat memerlukan pelabur hartanah dalam membaikpulih hartanah-hartanah lama yang terbiar atau rosak untuk dibaiki semula dan dijualkan dalam keadaan yang baik atau mungkin boleh disewakan semula kepada orang lain. Hartanah sebegini menjadi pemandangan yang menyakitkan di dalam sesuatu kawasan perumahan. Pengalaman saya dalam membaikpulih hartanah sebegini amat positif sekali di mana jiran-jiran berterima kasih kerana rumah yang dulu terbiar dan tidak terjaga kini telah menjadi cantik. Ini kerana rumah lama seperti ini boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk, haiwan liar dan juga sarang penagih dadah.

Rumah yang telah siap dibaikpulih dengan cantik juga boleh dijualkan kepada pemilik baru yang tidak perlu lagi risau untuk mengeluarkan kos puluhan ribu untuk baikpulih. Hartanah baru tersebut kini mendapat nilaian yang lebih tinggi dan seterusnya memudahkan pembeli mendapatkan pinjaman yang lebih tinggi dan terus 'cuci kaki' untu masuk ke rumah baharu mereka yang lebih cantik.
.
Kesimpulannya, pada pendapat saya, pelabur hartanah boleh memainkan peranan positif kepada masyarakat. Sebagai pelabur, pastinya mereka mahukan keuntungan tetapi jika ia memberikan kesan negatif kepada masyarakat, pastinya tindakan yang dilakukan perlu dipertimbangkan terlebih dahulu..


[Nasihat dari Pakar Hartanah dan Peguam Tuan Mohd Khairul]









Friday, November 25, 2016

Israel Terbakar


KEBAKARAN yang melanda wilayah Modiin, Israel sejak Selasa lalu dilapor merebak sehingga menyebabkan beberapa kawasan berdekatan turut terbakar hari ini. Menurut Menteri Keselamatan Awam Israel, Gilad Erdan, kejadian kebakaran terbaharu itu berpunca daripada cebisan kebakaran yang dilaporkan dua hari lalu.

Sementara itu, seorang pegawai bomba di Haifa memberitahu pihak media, kebakaran sengaja dinyalakan berdekatan balai bomba di daerah itu bagi melumpuhkan operasi bomba di sana. “Saya tahu mereka sengaja melakukan kebakaran di balai bomba supaya segala operasi menyelamat kebakaran di Haifa akan lumpuh sepenuhnya,” katanya.


Awal pagi tadi, pihak berkuasa telah mengarahkan penduduk berpindah keluar dari kediaman masing-masing di beberapa daerah Timur Israel seperti di Romema. Kesemua tenaga kerja menyelamat telah dikerahkan untuk memadamkan kebakaran yang setakat ini dilaporkan seramai dua orang telah tercedera.

Sementara itu, syarikat pembekalan elektrik Israel turut mematikan beberapa sumber elektrik di beberapa kawasan utama bagi mengelakkan kebakaran daripada terus merebak. Insiden itu turut dilaporkan merebak ke kawasan Orot Rabin di Hadera, Zichron Yaakov, Umm al-Fachm, Lachish, Nesher dan Kfar Vradim.

Sumber: MYNEWSHUB]


Israel menerima tawaran daripada pihak berkuasa Palestin untuk menghantar pasukan bagi membantu memadamkan kebakaran yang merebak dari hutan berhampiran rizab alam semula jadi Nataf sejak Selasa lalu, kata pegawai kanan. Katanya, Penyelaras Aktiviti Kerajaan Wilayah menyelia kerjasama antara Palestin dan anggota bomba Israel bagi menangani kebakaran itu dari terus merebak.

Setakat ini, sekurang-kurangnya 130 orang cedera dalam kebakaran tersebut ekoran kesan daripada terhidu asap, namun tiada sebarang kemalangan jiwa berlaku.Kejadian berlaku disebabkan keadaan tanah yang kering dan angin kencang, yang mana perkara ini dijangkakan akan berlajutan.

Sebelum ini, puluhan rumah musnah dan ribuan penduduk di kawasan terjejas dipindahkan ekoran kebakaran sebuah hutan yang merebak ke Zichron Yaakov, terletak di hujung selatan Hutan Carmel di utara Israel.

[Sumber: Agensi]


Kematian yang pernah dahsyat dengan kesan badan yang terbakar serta mayat yang bergelimpangan di bumi Israel yang menjajah Palestin itu, belum menjadi pengajaran kepada binatang Israel itu!!..terkini, negara mereka baru sahaja mewartakan laungan azan di kumandangkan, hasil larangan azan di laungkan di negara yang mereka jajah itu, negara itu di penuhi dengan api yang marak membakar mereka, mereka cuba menyembunyikan jumlah kematian dikalangan mereka, mereka mungkin mampu menyembunyikan di kalangan manusia, namun disisi Allah tetap diketahui jua. Allah sedang menyeksa mereka dengan kejaran api yang belum padam lagi!!.. marilah belajar dari balasan yang Allah balas terhadap manusia yang angkuh ini!!..


Rata-rata netizen menyatakan kejadian yang berlaku adalah kerana kemurkaan Allah di atas kekejaman yang dilakukan oleh Israel ke atas penduduk Palestin sejak bertahun-tahun, terutama sekali larangan laungan azan yang dikenakan oleh kerajaan Israel ke atas Masjid Al Aqsa kelmarin. Ramai netizen tanpa segan silu menyatakan kepuasan hati masing-masing.





















 Kesemua tenaga kerja menyelamat telah dikerahkan untuk memadamkan kebakaran yang setakat ini dilaporkan seramai dua orang telah tercedera.

Sementara itu, syarikat pembekalan elektrik Israel turut mematikan beberapa sumber elektrik di beberapa kawasan utama bagi mengelakkan kebakaran daripada terus merebak.

Insiden itu turut dilaporkan merebak ke kawasan Orot Rabin di Hadera, Zichron Yaakov, Umm al-Fachm, Lachish, Nesher dan Kfar Vradim. – MYNEWSHUB.CC

Thursday, November 24, 2016

The People of Aleppo The World Ignores


A top United Nations official has called upon the Security Council to stop playing politics with the lives of Syrians and do everything in its power to bring an end to the violence in Aleppo. UN Emergency Relief Coordinator Stephen O'Brien cast aside diplomacy Monday to speak bluntly about the rapidly deteriorating situation in Aleppo, which he described as a "slaughterhouse."

O'Brien said he was at his "wit's end as a human being" in the face of continued violence in Syria and questioned the purpose of UN meetings on the conflict, if the international body was unwilling to act.

"Shame on us all for not acting to stop the annihilation of eastern Aleppo and its people and much of the rest of Syria too," O'Brien said. "If the Council can't come together to bring an end to sieges, then you and we must all ask ourselves: why are we having this session here this morning?"


Bombing in Syria's Aleppo kills people and knocks more hospitals out of service. Nearly a million Syrians are living under siege in cities like Damascus, O'Brien said — and that is a dramatic increase from just months ago.

"This time last year, the number of besieged people stood at 393,700," he said. "Six months ago it stood at 486,700. Today, I have to report to you that, following a comprehensive review, we estimate that a total of 974,080 people — nearly one million Syrians — are living tonight under siege. To compound the crisis, the last food rations from World Food Program were distributed on Nov. 13. In the past week, Syrian officials said all hospitals in besieged eastern Aleppo had been destroyed. "Let me be clear: we are not just seeing a resumption of violence in Aleppo, this is not business as usual," he said. "What has been unleashed on civilians this past week is yet another low in an unrelenting inhuman onslaught — It is civilians who pay the price."


O'Brien suggested that members of the Council seemed to expect this kind of violence to be routine in Syria, and scolded the body for not taking more aggressive steps to end the civil war. Resigned and visibly frustrated, O'Brein concluded his speech by dismissing the Council's position that passing a resolution on Syria would be "premature. It is never, never too premature to save a life," he pleaded. "It is never too soon for you to find a solution to this conflict and end the suffering of the Syrian people."

[NBC News]

Sejarah Penindasan Etnik Rohingya

Satu perkongsian dari Usaid Subki yang menulis dalam Free Malaysia Today


Selama ini kita biasa dengar isu penindasan di Palestin, Syria, Iraq dan sebagainya. Namun isu Rohingya tenggelam timbul dan jarang mendapat perhatian media, mungkin kerana keterbatasan maklumat mengenai mereka.

Kajian mengenai Rohingya agak terbatas khususnya dalam konteks diaspora di Malaysia. Jika pun ada, ia cenderung kepada mengaitkan Rohingya dan pencabulan hak asasi dan laporan kertas kerja yang bersifat negatif.

Antara naskhah yang membicarakan secara mendalam mengenai sejarah Rohingya dan masyarakatnya di Malaysia ialah tulisan Azlinariah Abdullah, “Air Mata Kesengsaraan Rohingya: Identiti, Penindasan dan Pelarian”, di mana ia asalnya hasil tesis penulis di peringkat Sarjana Sejarah Asia Tenggara (Myanmar) dan kemudiannya dibukukan.

Secara umumnya, Rohingya merupakan kelompok minoriti Islam di Myanmar. Sebahagian besar orang Rohingya menetap di Arakan (kini dikenali Rakhine), terutamanya di sekitar Maungdaw, Buthidaung, Rathedaung, Sittwe dan Kyauktaw.

Rakhine hari ini merupakan tumpuan utama orang Islam semenjak abad ke-8 masihi lagi. Nama lama bagi Rakhine iaitu Arakan dikatakan berasal daripada perkataan Arab “Arkan” yang bermaksud rukun-rukun.

Kedudukannya yang terletak berhampiran dengan laut menjadi tempat persinggahan pedagang Islam. Pedagang Arab yang singgah di Arakan sebahagiannya berkahwin dengan masyarakat tempatan dan kemudiannya menetap di Arakan.

Orang pertama yang dikatakan mengembangkan Islam di Arakan adalah Muhammad Ibn Hanifiya. Ini menyumbang kepada kepadatan penduduk Islam yang tinggi di Arakan.

Berdasarkan perkembangan sejarah, Rohingya merupakan kacukan daripada pelbagai bangsa termasuklah Arab, Parsi, Afghanistan mahupun dari Bengal dan Chittagong. Jumlah penduduk Rohingya di Rakhine pula dikatakan 1.4 juta orang, mewakili separuh daripada jumlah penduduk Rakhine.

Antara isu utama bagi umat Islam Rohingya adalah status mereka sebagai warganegara Myanmar. Ketika zaman British, mereka diklasifikasikan Indo-Burman. Ketika Myanmar mencapai kemerdekaan pula, mereka dianggap sebagai bukan warganegara, padahal orang Rohingya mendiami Rakhine sejak ratusan tahun yang lalu.

Pendek kata, status orang Rohingya sebagai minoriti yang terasing adalah merupakan sumbangan penjajahan British di Myanmar.

Di Myanmar, terdapat 134 etnik antaranya Karen, Chin dan Mon. Namun, Rohingya tidak diiktiraf sebagai kumpulan dan etnik tersebut. Kehilangan identiti masyarakat Rohingya berlaku apabila mereka melarikan diri ke Bangladesh pada tahun 1942 ketika berlaku perang etnik. Apabila mereka kembali semula ke Myanmar, dasar negara berubah. Kesannya, mereka tidak lagi diakui sebagai rakyat negara itu. Mereka menjadi pengemis di negara sendiri.

Malah ketika kerajaan Ne Win berkuasa, pihak tentera yang sedang berhadapan dengan pemberontakan komunis dan etnik menjadikan isu Rohingya sebagai isu yang tidak begitu penting.

Nasib malang terus menimpa mereka apabila Undang-Undang Kewarganegaraan Burma (Citizenship Act of Burma) diperkenalkan pada tahun 1982. Akta ini diluluskan oleh Ne Win yang bertujuan mahu menghapuskan terus etnik Rohingya dari peta Myanmar. Ini menyebabkan Kementerian Luar Myanmar tidak mengiktiraf Rohingya sebagai sebahagian daripada kumpulan etnik di Myanmar.

PENINDASAN

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyenaraikan Rohingya sebagai golongan masyarakat yang menerima penindasan paling buruk di dunia.

Penduduk Muslim Arakan dibunuh dan dihapuskan secara besar-besaran sejak Burma menceroboh Arakan pada tahun 1784. Mereka mahu menukar Arakan menjadi wilayah Buddha yang berpengaruh di Myanmar. Bahkan lebih kurang seramai 1.5 juta Muslim Rohingya dipaksa keluar dari tanah air mereka apabila junta tentera berkuasa sejak tahun 1962. Junta tentera menetapkan peraturan yang ketat kepada perjalanan agama selain Buddha di Myanmar.

Antara operasi yang dianggap paling kejam ke atas masyarakat Rohingya adalah Operasi Naga Min (King Dragon Operation) yang merupakan sebahagian daripada Pelan 20 Tahun Pembasmian Rohingya (The 20-year Rohingya Extermination Plan).

Operasi ini yang dimulakan pada 6 Fen 1978, secara umumnya bertujuan menangkap pendatang haram di Myanmar terutamanya dari China, Bangladesh, India dan Nepal. Namun tujuan yang terselindung di sebalik operasi ini adalah ke atas orang Rohingya yang sememangnya tiada pengenalan diri.

Orang Rohingya yang menyedari mereka menjadi sasaran bertindak menentang balas. Penentangan balas ini kemudiannya dijadikan alasan oleh pihak kerajaan untuk bertindak lebih kejam ke atas mereka. Ketika operasi ini berkembang ke Buthidaung dan Maungdaw, beratus-ratus Muslim lelaki dan wanita dihumban ke dalam penjara. Ada yang diseksa dan dibunuh. Kaum wanita pula dirogol.

Kekejaman ini menyebabkan sebahagian besar Rohingya lari meninggalkan kediaman masing-masing dan menjadi pelarian.

Pada 1991, dilancarkan kempen pembasmian etnik termasuk orang Rohingya dengan kod nama “Pyi Thaya”. Dalam operasi ini, penyeksaan dan kezaliman ke atas orang Rohingya terus berlanjutan. Mereka ditangkap, dibunuh malah kaum wanitanya dirogol. Tempat tinggal mereka dan masjid turut dimusnahkan. Malah pada 2001, ratusan masjid dimusnahkan.

Konflik membabitkan Rohingya dan Rakhine kembali meletus pada 2012. Khabar yang menyatakan kononnya seorang gadis Rakhine menjadi mangsa rogol oleh pemuda Rohingya menyebabkan penganut Buddha segera membalas dengan membunuh 10 orang penduduk Islam.

Lebih 1,000 orang terkorban dibunuh oleh puak Rakhine, 3,000-4,000 cedera, 10,000 hilang dan 115,000 hidup melarat di khemah penempatan sementara.

Malahan ratusan sami Buddha berkumpul pada awal September 2012 dalam perarakan menyokong tindakan presiden agar orang Rohingya dihantar ke negara lain.

Ini menunjukkan betapa dalamnya kebencian masyarakat tempatan terhadap golongan Rohingya termasuk golongan sami. Padahal sepatutnya merekalah yang seharusnya menunjukkan “compassion” yang tinggi terhadap penganut agama lain.

Umat Islam Rohingya juga berhadapan dengan penindasan dari sudut keagamaan. Masjid dan madrasah ditutup secara paksa. Malah ada masjid, madrasah dan sekolah agama yang diarahkan supaya dimusnahkan. Mereka juga dihalang dari membina masjid baru mahupun membaik pulih masjid sedia ada. Ini menyebabkan banyak masjid seperti “hidup segan mati tidak mahu”.

Kanak-kanak Rohingya turut terjejas. Mereka berdepan dengan diskriminasi berhubung pendidikan, penjagaan kesihatan dan perkerjaan. Kanak-kanak yang lahir mesti didaftarkan dengan bayaran yang bertambah mahal sejak 2002. Ini memberi kesan yang besar kepada orang Rohingya lebih-lebih lagi yang tidak mempunyai wang.

Mereka juga menghadapi masalah kebuluran. Sebanyak 60% kanak-kanak Rohingya menderita kurang zat makanan sekaligus mendedahkan mereka kepada wabak penyakit dan menjejaskan pertumbuhan fizikal dan mental mereka.

Diskriminasi ke atas pendidikan kanak-kanak Rohingya menyebabkan ramai kanak-kanak buta huruf terutamanya di kawasan Rakhine Utara. Bahkan mereka juga dipaksa menjadi buruh untuk melakukan kerja-kerja keras dan berat.

RESOLUSI DAN TINDAKAN

Antara tragedi terbaru yang melanda umat Islam Rohingya adalah pembunuhan 400 orang awam sejak 9 Oktober lalu. Lebih 430 buah kediaman di 3 buah kampung dibakar oleh tentera.

Sekumpulan wanita dan kanak-kanak juga dilaporkan dikurung dan dibakar hidup-hidup di Yay Khae Chaung Kwa Sone. 30,000 orang menjadi pelarian di Rakhine.

Tentera Myanmar juga dilaporkan menggunakan pelancar roket serta melepaskan tembakan daripada helikopter untuk membunuh penduduk Rohingya. Beberapa orang penduduk ditembak ketika cuba melarikan diri. Bahkan ada antara penduduk yang dibakar hidup-hidup atas timbunan rumput kering.

Ini jelas menunjukkan pihak tentera memang mahu melakukan genosid iaitu pembunuhan beramai-ramai ke atas etnik Rohingya.

KRISIS INI PERLU DIAMBIL TINDAKAN SEGERA. Antaranya:

1.Kerajaan Myanmar harus didesak supaya menamatkan dasarnya yang melaksanakan pengusiran dan diskriminasi ke atas masyarakat Rohingya dengan meminda semula Burma Citizenship Law yang diluluskan pada 1982. Kerajaan Myanmar juga perlu didesak agar mengiktiraf masyarakat Rohingya sebagai warganegara Myanmar berdasarkan bukti yang ada termasuk faktor sejarah.

2. Rohingya juga wajar diberi perhatian lebih adil oleh masyarakat Islam dunia, khususnya Pertubuhan Persidangan Islam (OIC). Pertubuhan ini tidak harus sekadar “mengutuk” kezaliman yang berlaku malah harus bertindak dengan lebih efektif dan proaktif dalam menangani isu ini. Negara Asean juga harus membantu menyelesaikan konflik yang berlaku di Myanmar sebagai salah satu anggota Asean.

3. Masyarakat antarabangsa juga harus terus memberi sokongan berterusan kepada golongan minoriti ini dan menggesa Myanmar untuk melakukan perubahan dasarnya terhadap golongan Rohingya yang tertindas. Gesaan dan sokongan ini pula harus konsisten dan tidak bermusim agar impaknya lebih besar dan berkesan.

4. Malaysia harus memprotes tindakan kekejaman ini dengan cara menggantung sementara urusan dagangan Malaysia-Myanmar dan menutup kedutaan Myanmar di Kuala Lumpur. Kerajaan Malaysia juga harus menghantar pasukan bantuan kemanusiaan dengan mendesak kerajaan Myanmar untuk bekerjasama. Hadiah Keamanan Nobel yang dianugerahkan kepada Aung San Su Kyii juga harus ditarik balik kerana berdiam diri atas kekejaman dan pembantaian kerajaan Myanmar terhadap umat Islam di Rohingya.

Sama-sama kita doakan krisis ini berakhir segera.

Wednesday, November 23, 2016

Petua Masak Nasi



Petua Membuat Nasi

1. Cuci beras: cuci beras tidak boleh melebihi 3 kali, kerana melebihi 3 kali akan membuat serat dalam beras hilang, dan
akan membuat wangi dari beras berkurang.
2. Rendam Beras: rendam dulu beras yang ingin dimasak dengan air dingin selama 1 jam. Dengan begini beras akan menyerap air, dan setelah dimasak, nasi akan kelihatan sangat penuh.
3. Nisbah Beras dan Air: ketika di masak, nisbah beras dan air adalah 1:12. Boleh juga disukat dengan jari telunjuk kita sebagai tolak ukurnya, asalkan air sampai ruas pertama dari jari telunjuk kita saja sudah cukup.
4. Tambah Wangi: kalau beras di rumah adalah beras yang sudah sangat lama, jangan khuatir, beras lama setelah dikukus akan tetap memiliki aroma yang sama dengan nasi baru. Dengan menambahkan sedikit garam, beras lama pun akan menjadi nasi yang aromanya tidak
kalah dengan beras baru.
5. Ketika memasak nasi, tambahkan sedikit garam, dan minyak masak, itu akan membuat nasi menjadi kenyal
6. Teteskan sedikti cuka di dalam air, dan hasil dari nasi yang di masak akan menjadi wangi.
7. Sisa nasi dikukus sekali lagi dan taburkan sedikit garam,akan membuat rasa nasi seperti nasi baru.


Khasiat Petai Belalang


Buahnya berbentuk pipih seperti buah petai cuma bijinya kecil dan buahnya juga nipis. Buahnya berwarna hijau ketika muda dan akan berubah menjadi perang apabila matang.

Biji Petai, apabila dimakan dapat merawat masalah hati (LIVER), BUSUNG, BENGKAK BUAH PINGGANG, juga MEMBUNUH CACING dalam perut serta usus, ia keluar bersama najis.

Daun petai boleh digunakan untuk merawat DEMAM KUNING. Caranya ialah dengan merebus daun petai, kemudian airnya dibuat minum. Daunnya kaya dengan Vitamin C, Zat Besi, dan protein.

Daun petai belalang ditumbuk bersama beras disapukan pada leher untuk merawat BATUK. Untuk merawat CAMPAK, campuran ini disapu pada seluruh badan.

Daun petai belalang MELEGAKAN GIGITAN SERANGGA BERBISA. Caranya ialah dengan menumbuk lumat daun petai belalang dan tampal pada tempat yang kena gigitan dan sengatan. Daunnya yang muda enak dibuat sayur, terutamanya masak lemak. Walaupun daunnya tidak menghasilkan bau petai, apabila dimasak, masakan tersebut akan mengeluarkan aroma petai.

Akar (kulit akar) khusus untuk rawatan DIABETES, juga direbus kemudian airnya diminum. Amalkan selalu.

Merawat MASALAH BUAH PINGGANG - Keringkan sejumlah petai belalang. Masukkan petai-petai yang telah dijemur kering itu ke dalam air panas. Minumlah ia setelah membiarkan seketika. Sangat mujarab. Setelah beberapa kali meminumnya, boleh jumpa doktor untuk diperiksa. Insya-Allah ada perubahan.

Berdasarkan penelitian yang diperolehi daripada The New England Journal of Medicine mendapati amalan memakan petai setiap hari berupaya menurunkan risiko kematian akibat STROK sebanyak 40 peratus.

Petai dikatakan berupaya membantu individu yang ingin BERHENTI MEROKOK. Vitamin B6, B12, kalium dan magnesium yang terdapat di dalam petai dikatakan berupaya membantu tubuh sembuh cepat daripada ketagihan nikotin.

Kandungan zat besi yang tinggi, petai berupaya menstimulasi pembentukan sel darah merah sekali gus mengurangkan derita pesakit ANEMIA.

Petai memiliki kandungan serat yang tinggi bagi membantu memudahkan proses pencernaan sekali gus mengelakkan masalah SEMBELIT.

Hasil kajian yang dilakukan oleh Institut Psikologi Austria, mendapati tekanan yang dialami akibat kerja menyebabkan ramai yang memilih coklat untuk mengurangkan tekanan. Makanan tersebut sebenarnya membuatkan anda berhadapan dengan masalah kegemukan. Amalan memakanan petai berupaya mengatasi masalah KEGEMUKAN.

Petai dipercayai dapat mengurangkan DEPRESI kerana ia mengandungi Trytophan yang berupaya merubah diri menjadi lebih relaks dan tidak tertekan.

[Foto: Zawidatul Asma Zainuddin]




Tuesday, November 22, 2016

Akhir Zaman Pesta Kemungkaran



Daripada Anas r.a. berkata: "Akan aku ceritakan kepada kamu sebuah hadis yang tidak ada orang lain yang akan menceritakannya setelah aku. Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Di antara tanda kiamat ialah sedikit ilmu, banyak kejahilan, berlaku banyak perzinaan, ramai kaum perempuan dan sedikit kaum lelaki, sehingga seorang lelaki akan mengurus lima puluh perempuan". (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Berdasarkan hadis di atas terdapat 4 tanda-tanda awal hari kiamat iaitu:

1. Sedikit ilmu agama

Ulama berkurangan dalam masyarakat. Masyarakat yang kurang ilmu lebih mengutamakan orang jahil menjadi pemimpin mereka, walaupun telah jelas pemimpin tersebut jahil tentang ajaran Islam dan tidak berminat untuk menjadikan Islam sebagai sistem dalam pentadbiran sebuah negara.

2. Banyak kejahilan

Dalam hadis yang lain Nabi s.a.w. bersabda: "Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran" (Hadis Riwayat Ahmad)

3. Banyak berlaku perzinaan

Nabi s.a.w. bersabda: "Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." (Hadis Sahih Riwayat Muslim)

4. Ramai kaum perempuan dan sedikit kaum lelaki

Statistik penduduk dunia pada hari ini menunjukkan jumlah perempuan lebih ramai berbanding lelaki. Di sesetengah negara terdapat nisbah bagi bilangan setiap lelaki berbanding dengan sebelas wanita (1:11). Dan kalau diteliti di merata tempat, kita dapat membuat kesimpulan perempuan lebih ramai daripada lelaki.

Black Hole atau Lohong Hitam



LOHONG HITAM (BLACK HOLE): SEBUAH PENGENALAN

Black Hole terhasil daripada bintang yang mati. Matahari adalah bintang, dan ia juga akan mati tidak lama lagi. Tetapi jisim matahari tidak cukup besar untuk menjadi black hole. Maka, bila matahari mati, ia akan jadi kecil dan sejuk yang dinamakan sebagai 'white dwarf'.
.

Bintang hidup dalam keadaan dua daya yang seimbang pada teras/pusat bintang tersebut. Daya pertama adalah daya graviti yang menarik, daya kedua adalah daya nuklear yang menolak keluar. Daya nuklear adalah bahan bakar bintang tersebut. Apabila bintang kehabisan tenaga nuklear, maka tenaga graviti akan menghilangkan kestabilan bintang. Bagi bintang yang jisimnya lebih besar daripada matahari, ia akan meletup sebagai supernova yang menerangi galaksi. Setelah supernova, teras bintang yang masih mengandungi daya graviti akan membentuk black hole. Menyedut segala-galanya yang melaluinya.
.

Black hole mempunyai 'escape velocity' melebihi kelajuan cahaya. 'Escape velocity' adalah kelajuan yang diperlukan untuk lepas daripada graviti. Macam roket naik ke Bulan, perlukan 'escape velocity' Bumi. Dengan premis, tiada benda yang lebih laju daripada cahaya, maka, apa saja yang masuk ke dalam Black Hole, tidak akan dapat keluar semula. Black hole mempunyai permukaan yang dipanggil 'event horizon'. Apabila kita melepasi permukaan ini, kita tidak akan dapat keluar semula.
.

Anda pernah nampak pusaran air di laut? Black hole lebih kurang begitulah. Tetapi black hole memusarkan ruang-masa. Maksudnya ia 'bend space-time'. Macam mana maksudnya 'bend space-time'? Analoginya seperti kita boleh 'bengkokkan' udara. Udara berada dalam ruang, ruang itu sendiri boleh dibengkokkan oleh black hole. Dan, pusaran air kelihatan 2D, nampak seperti piring, tetapi black hole adalah 3D. Ia seperti bola yang berpusing.
.

Menurut 'General Theory of Relativity', black hole 'bend space-time' sehingga membentuk 'singularity'. Sama seperti pusaran air yang membentuk tornado pada penghujungnya, begitulah juga pada black hole. Tetapi 'singularity' bersifat 'infinity', ketumpatannya (density) tidak terhingga. Dikatakan juga, black hole juga membentuk wormhole, iaitu jalan pintas yang menghubungkan antara dua tempat di galaksi. Yet, masih tiada bukti berkenaan hal tersebut. But, it is very convincing.
.

Antara black hole terbesar adalah yang menjadi pusat galaksi. Alam semesta ini mempunyai banyak galaksi. Galaksi kita adalah 'Milki Way', dan pusat Milky Way adalah black hole yang dinamakan sebagai Sagitarius A. Jisimnya 4.5 bilion lebih besar daripada matahari.
.

Kalau tengok filem Interstellar, masuk black hole akan menuju ke dunia lima dimensi, di mana ruang-masa dimensi ketiga boleh diganggu dengan berpatah balik ke masa silam. Setakat ini, apa-apa cubaan untuk masuk ke lohong hitam itu adalah mustahil disebabkan sifat gravitinya saja sudah cukup memustahilkan pelbagai cubaan.
.
[Kredit:FB The Patriots]

Monday, November 21, 2016

Muslimah Itu Bakal Bidadari Dunia Akhirat


Muslimah itu,
terkadang gelak kuat tak henti, terkadang juga minum berdiri, terkadang sebelum tidur terlupa baca doa dan ayat kursy, terkadang pakai stoking dimulai kaki kiri, terkadang redah sarung kasut orang lain tanpa disedari.

Muslimah itu,
terkadang gembira sampai terlompat terkinja sambil trsenyum tayang gigi,terkadang menitis air matanya laju tak terperi, terkadang rasa lemah sampai tak mampu bangun lagi, terkadang rasa marah menguasai diri, sampai rasa hendak lempang orang without mercy .

Muslimah itu ,
adalah manusia biasa, yang tak lari dari segala perasaan sebagai manusia, yang tak lari dari segala macam ujian dan pancaroba, yang tak lari dari perasaan lemah dan tak bermaya,yang tak lari dari buat khilaf dan dosa.

Kerana dia juga manusia biasa. Yang pasti, muslimah itu sentiasa bangkit bila terjatuh, sentiasa cuba gembirakan hati orang lain walau hatinya sendiri remuk, sentiasa cuba membaiki diri, dari semasa ke semasa tanpa henti, walau terkadang dia tersungkur. Itu bukan kerana dia lemah, tetapi kerana dia cuba ambil masa untuk bangkit semula, jadi kuat dari sebelumnya, kerana dia berusaha untuk mnjadi bidadari dunia, dan juga di akhirat sana...

Malang Yang Ditepis Malaikat Penjaga


BETULKAH ADANYA MALAIKAT YANG MENEPIS MUSIBAH

Bulan lalu seorang wanita penunggang motosikal telah dilanggar oleh sebuah teksi, namun dengan kuasa Allah, dia tidak cedera. Sebaliknya dia melambung dan ditemui terduduk di atas bumbung teksi tgersebut tanpa sebarang kecederaan. Sebenarnya, manusia memang dijaga oleh malaikat. Dalilnya ada dalam Surah Ar Rad'du ayat 11:
لَهُ مُعَقِّبَاتٌ مِنْ بَيْنِ يَدَيْهِ وَمِنْ خَلْفِهِ يَحْفَظُونَهُ مِنْ أَمْرِ اللَّهِ
Bagi manusia ada malaikat mu’aqibat yang selalu mengikutinya bergiliran, di hadapan dan di belakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah. (QS. ar-Ra’du: 11)

Ibnu Katsir menjelaskan, bahawa semua manusia yang hidup disertai empat malaikat.Dua dari malaikat itu adalah malaikat pencatat amal. Kanan mencatat amal baik, dan di kiri mencatat amal buruk. Dua lagi malaikat adalah malaikat penjaga, yang satu di depan dan yang satu di belakang.

Tugas malaikat penjaga ini adalah menjaga manusia dari semua takdir buruk yang belum sepatutnya menimpa mereka. Meskipun ada bahaya besar yang mengancamnya, jika dia belum ditakdirkan terkena bahaya, maka malaikat ini akan menjaganya sehingga dia selamat dari bahaya.Inilah yang berlaku seperti contoh di atas. Takdir Allah yang menentukan. Jangan sesekali mengatakan nasib baik atau mujurlah, tetapi sebutkanlah "Begitulah kehendak Allah".

Keberadaan Malaikat mu’aqibat ini telah diceritakan Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam.Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
يَتَعَاقَبُونَ فِيكُمْ مَلاَئِكَةٌ بِاللَّيْلِ وَمَلاَئِكَةٌ بِالنَّهَارِ وَيَجْتَمِعُونَ فِى صَلاَةِ الْفَجْرِ وَصَلاَةِ الْعَصْرِ ثُمَّ يَعْرُجُ الَّذِينَ بَاتُوا فِيكُمْ فَيَسْأَلُهُمْ رَبُّهُمْ وَهُوَ أَعْلَمُ بِهِمْ كَيْفَ تَرَكْتُمْ عِبَادِى فَيَقُولُونَ تَرَكْنَاهُمْ وَهُمْ يُصَلُّونَ وَأَتَيْنَاهُمْ وَهُمْ يُصَلُّونَ
“Para Malaikat di malam dan siang hari silih berganti mengawasi kamu dan mereka berkumpul pada masa solat Subuh dan solat Asar. Kemudian para malaikat yang mengawasi kamu semalaman suntuk naik (menuju Allah). Allah menanyakan kepada mereka, padahal Allah lebih mengetahui tentang keadaan para hambaNya, “Bagaimana keadaan kamu tinggalkan hamba-hambaKu?” Mereka menjawab, “Kami tinggalkan mereka dalam keadaan mengerjakan solat, dan kami mendatangi mereka juga dalam keadaan sedang solat.” (HR. Bukhari 7486 & Muslim 1464).

Mereka ini adalah) malaikat mu’aqibat kerana mereka datang silih berganti. Ada malaikat yang berjaga siang, dan ada yang berjaga di malam hari.
Apa pun yg berlaku pada kita adalah telah ditetapkan dengan takdir Allah,tidak terdahulu dan tidak terkemudian. Allah berfirman,
مَا أَصَابَ مِنْ مُصِيبَةٍ فِي الأَرْضِ وَلا فِي أَنْفُسِكُمْ إِلاَّ فِي كِتَابٍ مِنْ قَبْلِ أَنْ نَبْرَأَهَا
"Tiada suatu bencanapun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauhul Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. (Surah Al-Hadid ayat 22).

Ingatlah, kita tidak terlepas dari pandangan Allah. Jangan berputus harap. Binalah kesabaran untuk menerima takdir. Bersyukur atas apa juga yang berlaku. Terelaknya musibah itu adalah satu tanda nyata betapa Allah menghadirkan penjaga untuk diri kita. Sepatutnya kita merafakkan diri bersyukur dengan kasih sayang-Nya. Jangan sesekali merasa kekuatan,kecekapan dan nasib yang menyelamatkan kita yang bercirikan kesyirikan.Kita juga patut tidak merasa takut terutama bila hendak berbuat amal kebajikan kerana ada malaikat yang mengawasi kita.


Bila terasa hendak bermaksiat,ingatlah ada 4 malaikat yang memerhati dosa mata, telinga, mulut, tangan dan kaki. Hakikat kehadiran malaikat penjaga ini menunjukkan Allah tidak biarkan kita sendirian. Tiada satu perkara pun dapat disembunyikan dari-Nya sedangkan kadangkala kita rasa orang tidak tahu kerana dirancang begitu rapi. Bayangkan, bagaimana Allah membuka rahsia besar si fulan ada duit 2.6 bilion. Malaikat menjadi saksi kepada semua perlakuan. Tulis hal baik-baik, fikir benda baik-baik, buat perkara yang baik-baik.

Sunday, November 20, 2016

Makmum Masbuk


Makmum yang masbuk jika sempat, dia dihukum mendapat fazilat berjemaah. Berdasarkan Sahih Muslim Nabi s.a.w. bersabda;Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda dengan maksud: “ Barang siapa mendapatkan satu rakaat dari solat bererti ia masih mendapat solat itu”.

Jika sentiasa melazimi berjemaah walaupun rakaat akhir dia dikira mendapat fazilat berjemaah.

Bagaimana pula jika dia tidak dapat satu rakaat dari solat Jumaat, mungkin hanya sempat duduk bertahyat di rakaat akhir? Dalam isu ini para imam muktabar memberi dua pandangan:

1. Pendapat imam Malik, Shafie dan Ahmad menyatakan selepas imam memberi salam bangun mengerjakan solat zohor,
2. Abu Hanipah pula berpandangan bangun dua rakaat solat Jumaat, sempurnakan mana yang ketinggalan. Ini berdasarkan hadith dari Imam Bukhari, Kitab: Juma’at: “ Abu Hurairah r.a. berkata “ Aku mendengar Rasulullah saw bersabda dengan maksud: Jika solat telah ditegakkan janganlah kalian mendatanginya dengan tergesa-gesa. Datanglah dengan berjalan tenang. Maka apa yang kalian dapatkan solatlah, dan mana yang ketinggalan sempurnakanlah”.

Wallahu’allam.

[Ustaz Ibrahim Mohd Raja mensyarah Kitab ‘Al Lu’lu Wal Marjan’ Mutiara Hadith Sahih Bukhari dan Muslim karangan Muhammad Fuad Abdul Baqi]

To Inspire Manners In Children



1. When entering the house greet your children with salams and kisses. This should help develop their sense of love and mercy.
2. Be good to your neighbors and never backbite. Never speak ill of other drivers when on the road. Your children listen, absorb and emulate.
3. When calling your parents, encourage your children to speak to them. When visiting your parents take your children with you. The more they see you take care of your parents the more they will learn to take care of you.
4. When driving them say to school, don't always play albums or cds (even if my cds!). Rather, tell them the stories yourself. This will have a greater impact - trust me!
5. Read to them a short hadith a day – it doesn't take much time, but very impactful in creating strong bonds and wonderful memories.
6. Comb your hair, clean your teeth and wear presentable cloths even if sitting at home and not going out for the day. They need to learn that being clean and tidy has nothing to do with going out!
7. Try not to blame or comment on every word or action they say or do. Learn to overlook and let go sometimes. This certainly builds their self-confidence.
8. Ask your children's permission before entering their rooms. Don't just knock and enter, but then wait for a verbal permission. They will learn to do the same when wanting to enter your room.
9. Apologize to your children if you made a mistake. Apologizing teaches them to be humble and polite.
10. Don't be sarcastic or make fun of their views or feelings, even if you "didn't mean it" and was "only joking". It really hurts.
11. Show respect to your children's privacy. Its important for their sense of value and self-esteem.
12. Don't expect that they will listen or understand the first time. Don't take it personally. Muhammad ‏ﷺ never did. But be patient and consistent.

[Dr. Hesham Al-Awadi, author of Muhammad: How He Can Make You Extraordinary]

Pelajar Jepun Cuci Sekolah



Di Jepun, setiap pelajar akan diberikan tugas mencuci sekolah selepas makan tengah hari bersama guru bagi membentuk generasi yang bersederhana dan menjaga kebersihan.

Kebanyakan sekolah di Jepun tidak mempunyai tukang cuci atau janitor iaitu perkhidmatan pembersihan kawasan sekolah dan aspek kebersihan ini dilakukan sendiri oleh pelajar dan guru.

Membersihkan kawasan sekolah sudah menjadi tradisi di Jepun kepada pelajar dari sekolah rendah hingga menengah akan meluangkan masa sapu kelas, bersihkan debu dan tugasannya berbeza mengikut sekoah.

Tokyo Times melaporkan, amalan membersihkan kawasan sekolah ini bermula seawal usia 6 tahun hingga 17 tahun sebanyak empat kali seminggu.

Yumi Tagawa, 44, yang berpindah ke Amerika Syarikat menceritakan pengalamannya ketika belajar di sebuah sekolah di Osaka, Jepun.

Menurutnya, setiap hari dia bersama rakan-rakannya akan mengangkat meja dan membersihkan kawasan bilik darjah serta apabila meningkat dewasa, pelajar akan diarahkan untuk membersihkan tandas.

(Sumber :Mynewshub)

Syafaat Di Laungan Azan



Pada hari kiamat nanti,kita amat mengharap syafaat dari Nabi s.a.w.selain amal ibadat yang dilakukan untuk memperoleh syurga.Salah satu di antara amal yang dijanjikan oleh nabi boleh menjadi sebab mendapatkan syafaatnya adalah menjawab azan dan berdoa setelah azan.

Dari Abdullah bin Amr bin Ash radhiyallahu ‘anhu, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Jika kamu mendengar azan, maka jawablah seperti apa yang dilaungkan muadzin, lalu baca selawatlah untukku, kerana barangsiapa yang berselawat untukku, maka Allah akan berselawat untuknya sepuluh kali. Kemudian mintakanlah kepada Allah untukku al-wasilah, kerana ia adalah satu kedudukan di syurga yang tidak sepatutnya, kecuali untuk seorang hamba Allah; dan aku berharap, (bahawa) akulah orangnya. Barangsiapa yang memohonkan untukku al-wasilahَ maka akan mendapat syafaatku.” (HR. Muslim 875, Nasai 686 dan yang lainnya).

Dalam riwayat lain, dari Jabir bin Abdillah radhiyallahu ‘anhuma, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, "Siapa yang mendengarkan adzan, lalu dia membaca doa, maka halal baginya untuk mendapatkan syafaatku pada hari kiamat. (HR. Bukhari 514, Ahmad 14993 dan yang lainnya).

Jadi melaksanakan tiga tuntutan iaitu menjawab azan seperti yang diucap oleh muazzin,membaca selawat setelah menjawab azan dan membaca doa selepas azan itu adalah jalan untuk mendapat syafaat dari nabi.Tidak susah pun,tetapi seringkali diabaikan dengan bercakap semasa azan,bukan menjawab azan.Doa selepas azan pun entahkan tak hafal, sekedar kumat kamit mulut saja atau dilafaz bagai melepas batuk di tangga, tidak dilafaz seperti doa yang bersungguh-sungguh.

Dalam sehari kita akan mendengar 5 kali azan,bermakna ada 5 kali kesempatan untuk memohon syafaat nabi.Jika 50 tahun bermakna kita menjawab azan,selawat dan doa kepada nabi sebanyak 91,250 kali. Tidak mungkinkah satu dari jumlah yang banyak itu diterima Allah,diterima nabi,dan kita mendapat syafaat nabi.

Oleh itu, setiap kali azan,bertekunlah menjawab dan berselawat serta berdoa.Jangan buat sambil lewa saja. Wallahua'lam

[Abdul Ghani Haron]