Tuesday, September 25, 2018

Daki Gunung Daki Tangga Masjid


Gunung kau daki, Masjid kau tinggalkan. Susah payah kau daki gunung yang sulit. Padahal Masjid lebih mudah kau datangi.

Sesungguhnya perjalanan jauh & terberat lelaki adalah perjalanan menuju Masjid. Banyak para lelaki yang mampu mendaki gunung hingga ketinggian ribuan kaki, tapi sayang, kaki mereka tidak mampu untuk melangkahkan diri ke Masjid. 

Padahal jarak mendaki gunung lebih jauh daripada Masjid di tempat tinggalmu.

Kau kumpulkan segenap tenaga dan fizikal yang prima untuk mendaki gunung, tapi kau tak pernah mempersiapkan pergi ke Masjid yang tidak terlalu menyedut fizikal dan tenagamu.

Kau persiapkan segenap semangat agar boleh sampai di puncak gunung. Tapi kau tak pernah mengumpulkan semangat untuk sampai di dalam Masjid.

Kau bercita-cita akan menjadi orang pertama yang sampai di atas puncak gunung. Namun, kau tak pernah bercita-cita untuk menjadi orang yang pertama sekali sampai di dalam Masjid.

Kau menginginkan menjadi orang terdepan yang berada di barisan pendaki gunung. Tapi, kau tak pernah menginginkan untuk menjadi orang terdepan dalam barisan saf solat berjemaah di Masjid.

Bukan ertinya coretan ini melarang mu untuk mendaki gunung. Hanya saja, ada sesuatu yang lebih utama tapi seringkali kau tinggalkan tanpa perhatian, iaitu solat berjemaah di Masjid.

Allah SWT berfirman:

وَاَقِيْمُوا الصَّلٰوةَ وَاٰتُوا الزَّكٰوةَ وَارْكَعُوْا مَعَ الرّٰكِعِيْنَ

"Dan laksanakanlah solat, tunaikanlah zakat, dan rukuklah beserta orang yang rukuk." (QS. Al-Baqarah 2: Ayat 43)

Adapun perintah Rasulullah SAW, maka disebutkan dalam hadits Malik bin Al-Huwairits d imana beliau bersabda,

 “Apabila telah datang waktu solat hendaklah salah seorang di antara kalian adzan dan hendaklah orang yang paling tua di antara kalian mengimami kalian.” (HR. Al-Bukhari no. 628 dan Muslim no. 674)

Mendaki gunung adalah kegiatan positif, tapi jangan lupakan solat berjemaah di Masjid. Boleh kamu nengejar kesenangan duniamu, namun janganlah melupakan Akhiratmu. Kerana seindah apapun Dunia, tidak ada keinsahan abadi selain Negeri Akhirat. 

Allah SWT berfirman:

وَ مَا الْحَيٰوةُ الدُّنْيَاۤ اِلَّا لَعِبٌ وَّلَهْوٌ  ۗ  وَلَـلدَّارُ الْاٰخِرَةُ خَيْرٌ لِّـلَّذِيْنَ يَتَّقُوْنَ ۗ  اَفَلَا تَعْقِلُوْنَ

"Dan kehidupan dunia ini, hanyalah permainan dan senda gurau. Sedangkan negeri akhirat itu, sungguh lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Tidakkah kamu mengerti?" (QS. Al-An'am 6: Ayat 32)

Semoga bermanfaat
[Sumber: FB Majlis Ilmu]

Nak Berjaya Perlu Al Quran


Abah ketuk pintu bilik anak gadisnya. Anaknya buka pintu. Belum tidur.

Abah: "Buat apa je belum tidur lagi?"

Anak: "Tengah..." (Sambil menunjukkan fonnya)
Abahnya mengangguk faham. Tengah berinternet.

Abah: "Abah nak cakap sikit boleh?"
Anaknya tidak mengangguk, tidak menggeleng. Tadah telinga.

Abah: "Sekarang, kamu umur 20 tahun, kan?"

Anaknya mengangguk.

Abah: "Baiklah. Dengar baik baik ni. Abah bukan nak berleter. Cuma nak ajak kamu berfikir. Dalam sehari, ada 24 jam. Ini kira-kira umum abah. Tak exact pun. Orang bekerja habiskan 8 hingga 12 jam sehari kerja. Orang yang belajar macam kamu pula habiskan 6 hingga 7 jam sehari ke kelas. Orang yang sedang berkasih sibuk fikir soal hati pula habiskan lebih 6 jam fikir tentang jodoh dan layan perasaan. Orang yang sibuk dengan internet dan dunia media sosialnya habiskan purata lebih 5 jam sehari untuk scroll, update dan melayan kawan-kawan. Tolak campur makan, tidur, letih semua, barulah sedar, kita tak peruntukkan masa pun untuk sesuatu yang lebih penting."

Abah menunjukkan jarinya pada senaskhah Al Quran yang berada di atas almari. Nampak berhabuk sikit. Anaknya berkerut kening.

Abah: "Kalau untuk soal hati dan media sosial boleh kita luang masa dekat 2 jam contohnya, kenapa tidak boleh kita ambil masa 2 jam juga untuk tengok Al Quran?"

Anak: "Tapi, abah..baca sekejap, mengantuk."

Abah: "Baiklah. Kurangkan lagi. Jadi sejam."

Anak: "Sejam? Lamanya. Seraklah tekak nak baca sampai sejam."

Abah: "Baiklah, setengah jam."

Anak: "15 minit bolehlah."
Abah tersenyum mendengar jawapan anaknya.

Abah: "Suatu hari, bila kamu tersepit dalam hidup, kamu akan mengerti 23 jam 45 minit yang kamu sayang tu, tolak solat 5 waktu, sangat sangat bergantung kepada 15 minit yang kamu spend untuk Al Quran tu."

Anak: "Tak faham."

Abah: "Kerja cari rezeki, kena bergantung pada Al Quran. Belajar, perlu Al Quran. Jodoh, perlu pada Al Quran. Berjaya, perlu Al Quran. Akarnya pada Al Quran."

Anak: "Hm.."

Abah: "Rosak akarnya, jangan harap batang, dahan, ranting, daun, dan buahnya akan baik. Misalnya, kamu minat soal jodoh sekarang. Andai kamu seorang yang cinta kepada Al Quran, in/sya Allah kamu juga akan jumpa yang persis cinta Al Quran. Yang baik-baik. Jika kamu jenis tak pentingkan Al Quran, kamu juga akan jumpa yang sejenis dengan kamu. Kata nak jodoh yang baik-baik. Orang baik, orang yang utamakan Al-Quran."

Anak: "Adoilah."

Abah: "15 minit sehari untuk hafal sepotong ayat Al Quran. Setahun dapat 365 ayat. 20 tahun lagi dapat? Dah boleh jadi hafizah."

Anak: "Kenapa abah cakap ni semua?"

Abah: "Sebab abah tak mampu untuk hidup selama-lamanya nak jaga dan nasihatkan anak yang abah sayang ni. Dulu abah jahil tak kejar Al Quran..

 Abah taknak anak abah ikut jejak langkah yang sama."

Anak gadisnya sebak. 
Peluk ayahnya. 
Minta maaf. Sungguhlah, lelaki selain ayah sendiri hanya mampu berkata-kata manis, berjanji setia.

 Namun, abah berkata kata untuk lihat anaknya bahagia di Syurga.


[Kredit FB: Al Arifi]

Sunday, September 23, 2018

Apa Itu Taqwa



 

Taqwa bukan hanya tentang adab ..

Taqwa bukan tentang mencari Islam ...

Taqwa bukan mengenai sukan janggut atau memakai baju Hijau ...

Taqwa bukan tentang penampilan

TAPI ...

Taqwa adalah apabila anda terlepas doa, anda merasa tidak selesa sepanjang hari ...

Taqwa adalah apabila anda berbohong, anda merasa kesal ...

Taqwa adalah rasa bersalah yang berikut apabila anda menyakiti seseorang secara sedar atau tidak ...

Taqwa adalah rasa malu dan penyesalan yang mengikuti dosa yang dilakukan dengan mengetahui sepenuhnya bagaimana ia berdiri di sisi Allah ...

Taqwa adalah apabila anda tidak dapat tidur selepas tidak mematuhi atau tidak menghormati ibu bapa anda ...

Taqwa adalah menangis di malam hari dengan rasa takut kepada Yang  Berada di atas Arash ...

Taqwa adalah ketakutan yang menghalang kita daripada melakukan dosa ketika tiada siapa yang tahu...

Taqwa adalah keberanian dan kehendak untuk menyenangkan Allah, walaupun seluruh dunia adalah neraka yang tidak menyukai Dia ...

Taqwa adalah memakai janggut dan Hijab atas alasan yang cukup untuk mematuhi perintah Pencipta dan memastikan ia sesuai dengan Sunnah ....

Taqwa adalah untuk tetap bahagia dan tersenyum, meskipun tahu dunia ini adalah penjara untuk orang yang percaya Allah ...

Taqwa adalah sifat baik dan watak yang kita amalkan demi Allah ...

Taqwa adalah perjuangan untuk menjadikan diri kita lebih baik menurut tuntutan Islam, ..

Taqwa bukan hanya tentang kebangkitan semata-mata, tetapi ia mengenai sikap iaitu , walaupun jatuh, namun tetap bangkit semula dan tidak pernah melepaskannya!

Taqwa adalah tentang apa yang ada DALAM HATI KITA.

Jika hati kita dipenuhi dengan Taqwa yang betul, maka tindakan akan secara automatik mengikutya

Manisnya tindakan ini!  Anda tidak terpaksa berkongsi ..Tetapi sebagaimana Allah Subhanahu Taala berfirman ...

 " Ingatkan, untuk memberi peringatan kepada orang yang beriman." 

Katakan TIDAK Kepada LGBTQ




Tulisan dari Dr Syahr Musafir. Jom kita hadamkan
******************

Gay dan Lesbian, biasanya ditulis sebagai LGBT. Ada orang kata saya bodoh sebab tulis LGTBQ. Bagi dia/mereka, saya bodoh sebab tersalah tambah Q di belakang LGBT. Ayat dia/mereka, "Ada PhD tapi bodoh, tak reti nak menulis." 

Sampai hati kata saya bodoh... :(

Untuk pengetahuan semua, nama penuh bagi LGBT adalah LGBTQQIP2SAA.

L: Lesbian, wanita minat wanita.
G: Gay, lelaki minat lelaki.
B: Bisexual, lelaki atau wanita yang minat kedua-dua lelaki dan wanita sekaligus.
T: Transgender, lelaki tukar jantina ke wanita atau wanita tukar jantina ke lelaki.
Q: Queer, orang yang tak kisah dianggap sebagai lelaki, atau wanita, atau kedua-duanya ikut situasi, atau tiada jantina.
Q: Questioning, mempersoalkan, tak pasti jantina sendiri, masih ambil masa mengenali diri sendiri, tak mahu ikut cara orang lain mengkategorikan jantina melalui jenis kemaluan.
I: Intersex, seseorang yang mempunyai kedua-dua alat kemaluan seperti khunsa dan mahu melakukan hubungan seksual dengan kedua-duanya.
P: Pansexual, orang yang tidak mengakui Kinsey Scale (ujian untuk tahu kecenderungan seksual biasa iaitu lelaki kepada wanita, wanita kepada lelaki). Juga membantah homoseksualiti atau heteroseksualiti kerana mereka berpendapat mereka tidak ada kecenderungan.
2S: Two-Spirit, iaitu golongan minoriti/asli yang merasakan diri mereka mempunyai kedua-dua 'ruh' lelaki dan wanita dalam satu badan tidak kiralah mereka mempunyai zakar atau faraj. 
A: Asexual, orang yang tak setuju dirinya dikatakan lelaki kerana mempunyai zakar, tak setuju dirinya dikatakan wanita kerana mempunyai faraj, tidak cenderung kepada wanita, tidak cenderung kepada lelaki. 
A: Allies, golongan yang menyokong kecenderungan jantina dan seksual orang lain tanpa ikut peraturan (seperti mengkategorikan alat kemaluan) asalkan kehidupan menggembirakan.

Sebelum ini ditulis sebagai LGBT, tetapi SEKARANG terma ini lebih popular ditulis dengan LGBTQ. Mudah faham, mudah tulis dan mewakili kesemua LGBTQQIP2SAA.

Dunia sekarang menghadapi ancaman besar kerana golongan ini mempunyai rangkaian di seluruh dunia, termasuk Malaysia. Saya pernah tengok mereka adakan program mereka di institusi pendidikan dan universiti tempatan. Bahkan, perihal mereka wujud dalam Tuntutan COMANGO. 

Aktivis-aktivis yang menyokong LGBTQ adalah seperti YB Maria Chin Abdullah yang merupakan Ahli Parlimen Petaling Jaya (PH, menang majoriti dalam #PRU14), Siti Kasim, Ambiga dan juga Sisters in Islam (SIS) yang diterajui oleh Datin Paduka Marina Mahathir sebagai salah seorang ahli Board of Director. 

INI BUKAN POST POLITIK. 

Kenapa saya sebut nama mereka? Supaya kalau mereka nak anjur program di sekolah atau kolej, KITA semua boleh sekat, bantah, jangan anjurkan, jangan benarkan.

Tak apalah orang kata saya bodoh, asalkan saya tak kata orang lain bodoh. 

Mengata orang sebagai bodoh tak menjadikan kita cerdik pun.

Imam Malik VS Imam Syafi


Guru Dan Murid Tertawa Kerana Beza Pendapat tentang REZEKI
.
Imam Malik ( guru kepada Imam Syafii ) dalam majlis menyampaikan:

*"Sesungguhnya rezeki itu datang tanpa sebab, cukup dengan tawakkal yang benar kepada Allah niscaya Allah akan memberikan Rezeki. Lakukan yang menjadi bahagianmu, selanjutnya biarkan Allah mengurus lainnya."*
.
Sementara Imam Syafii ( sang murid berpendapat lain) :

*"Seandainya seekor burung tidak keluar dari sangkarnya, bagaimana mungkin ia akan mendapatkan rezeki."*

*_Guru dan murid bersikap kukuh pada pendapat masing2._*
.
Selepas itu,  semasa meninggalkan pondok, Imam Syafii melihat serombongan orang tengah memetik anggur. Diapun membantu mereka. Setelah pekerjaan selesai, Imam Syafii memperoleh upah beberapa ikat anggur sebagai balasan.

*Imam Syafii girang, bukan kerana mendapatkan anggur, tetapi pemberian itu telah menguatkan pendapatnya. Jika burung tak terbang dari sangkar, bagaimana ia akan mendapat rezeki. Seandainya dia tak membantu memetik,  niscaya tidak akan mendapatkan anggur.*

Bergegas dia berjumpa Imam Malik, sang guru. Sambil meletakkan seluruh anggur yang didapatinya, dia bercerita. Imam Syafii sedikit mengeraskan bahagian kalimat  *“seandainya saya tidak keluar pondok dan melakukan sesuatu (membantu memetik), tentu saja anggur itu tidak akan pernah sampai di tangan saya.”*
.
Mendengar itu Imam Malik tersenyum, seraya mengambil anggur dan memakannya. Imam Malik berucap perlahan, 
*“Sehari ini aku memang tidak keluar pondok...hanya mengambil tugas sebagai guru, dan sedikit berfikir alangkah nikmatnya kalau dalam hari yang panas ini aku dapat menikmati anggur.* ......Tiba-tiba engkau datang sambil membawakan beberapa ikat anggur untukku. *Bukankah ini juga bahagian dari rezeki yang datang tanpa sebab. Cukup dengan tawakkal yang benar kepada Allah, niscaya Allah akan berikan Rezeki. Lakukan yang menjadi bahagianmu, selanjutnya biarkan Allah yang menguruskan lainnya.”*
.
Guru dan murid itu kemudian tertawa. Dua Imam madzab mengambil dua hukum yang berbeza dari hadits yang sama.

Begitulah cara Ulama bila melihat perbezaan, bukan dengan cara menyalahkan orang lain dan hanya membenarkan pendapatnya saja..

Semoga dapat menjadi pelajaran buat kita semua..Aamiin..

Apapun Tetap Allah Diutamakan

Apapun yang pergi, relakan. 
Apapun yang datang, sambut dengan kehangatan. 
Apapun yang bukan takdirmu, ikhlaskan. 
Apapun yang ada dalam genggaman, syukuri. 
Apapun yang sedang dipersiapkan untukmu, nantikan dengan penuh keyakinan.

Tidak akan ada yang tertukar, tidak akan ada yang salah alamat. 
Semuanya tepat pada waktunya, pada Pemiliknya. 
Kamu boleh berencana, tapi tetap serahkan segalanya pada Allah Ta'ala.

Allah memang tidak pernah menjaminkan kehidupan yang selalu mudah, tapi ingatlah janji Allah bahawa selalu ada kemudahan dalam setiap permasalahan.

Tersenyumlah! ☺
Semoga bermanfaat 
Semangaaat 💪🤝
    
     --- Wallahu A'lam ----




Monday, September 17, 2018

Berkat

Tanda-tanda dihinggapi berkat:

1. Selalu mensyukuri apa yang ada dan tidak mudah tergiur dengan milik orang lain.
2. Diri, keluarga, dan harta, tak hanya dirasakan sendiri manfaatnya, tapi juga bermanfaat bagi orang lain.
3. Walau harta tak banyak, rasanya cukup memenuhi kebutuhan. Jika kurang, ada saja jalan keluar untuk memenuhinya.
4. Jiwa tenang dan semakin dekat kepada Allah.
5. Ringan dalam mengeluarkan zakat, infak dan sedekah. Tidak pernah merasa khuatir hartanya akan berkurang.
6. Bertambahnya jumlah, bertambah pula kebaikan yang ada padanya.

Ya Allah...Engkau Maha Kaya. Maka berilah aku rezeki yang barakah, berkah dan halal. Dan masukkanlah hamba ke dalam golongan orang-orang yang pandai mensyukuri Nikmat dan Rahmat Nya

Aamiin ya Robbal'alamiin


Saturday, September 15, 2018

HAWA - Lembut Tapi Bukan Lemah



Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia.
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa.

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu

Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat di bahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok

Begitulah peribadi yang dibentuk
Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa
Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan

Wednesday, September 12, 2018

Wanita Perhiasan Syurga



Muslimah,
Dirimu itu berharga,
Bukan barang kecilan yang berhabuk di tepi jalan..

Muslimah,
Anggunmu terserlah dengan hijabmu,
Bukan dengan tubuh ditayang di Muka Buku..

Muslimah,
Indah dirimu dengan ketaatan pada agama,
Bukan mungkar pada Yang Esa...

Muslimah,
Jadikan Al Quran pendampingmu,
Bukan hiburan yang melalaikanmu...

Muslimah,
Aku sayang padamu,
Jagalah diri, iman dan akhlakmu

Aku tulis bukan hanya untukmu
Malah jua buat diriku...




Wanita yang mahal bukan yang 24 jam mekap melekat di muka, 
Bukan juga yang keluar rumah tak pakai mekap
Bukan juga yang selalu keluar rumah dengan pakaian lip lap lip lap.

Tapi dialah wanita yang mampu menahan nafsu meronta-ronta hendak muatnaik fotonya di media sosial, walau menutup aurat.

Inilah nilai mahal, seperti yang dikata oleh ulama Wanita perhiasan Syurga.


Lelaki - CiptaanTuhan Paling Kuat


*LELAKI adalah ciptaan TUHAN yang paling KUAT*
Dia bina *MASA DEPAN* mereka sekeluarga dengan *hutang* dan membayar ansuran

Dia telah bersusah payah tapi masih selalu *dimarahi*
Bayangkan waktu kecil dimarahi *IBUBAPA*,
Masa Sekolah dimarahi *GURU*,
Kerja diMarahi *BOSS*,
Lepas kahwin diMarahi *ISTERI*,
Tua diMarahi *ANAK CUCU ...*
Kehidupan dia berakhir hanya untuk *MENGALAH demi KEBAHAGIAAN orang lain*
Kalau dia keluar rumah, kata orang dia *MERAYAP*
Kalau dia tinggal di rumah, kata orang dia *MALAS*
Kalau dia marah anak-anak, kata orang dia *GARANG*
Kalau dia tak marah, kata orang dia lelaki *TIDAK TEGAS*
Kalau dia tak bagi isteri bekerja, kata orang dia *KONTROL BINI*
Kalau dia benarkan isteri bekerja, kata orang dia *MAKAN gaji isteri*
Kalau dia dengar apa kata ibunya, kata orang dia *ANAK MAK*
Kalau dia dengar kata isterinya, kata orang *DIA Di bawah Ketiak Isteri*
Kalau dia banyak *MENOLONG* wanita yang memerlukan dikatakan *HIDUNG BELANG*
Kalau *TAK MAHU TOLONG*wanita lain, katanya *KEJAM*

*Tapi di tengah TERPAPAR segala macam tuduhan, dia tetap KUAT*
Kirim ke semua *LELAKI*, Supaya mereka *TERSENYUM*
Dan kepada semua wanita, supaya mereka *SEDAR*, bahawa *LELAKI* itu amat *BERHARGA.*

*Selamat Hari SUAMI HENSEM sedunia*





Saat Ingin Melepaskan


Di saat kamu ingin melepaskan seseorang, ingatlah pada saat kamu ingin mendapatkannya.  
Di saat kamu mulai tidak mencintainya, ingatlah saat pertama kamu jatuh cinta padanya .
Di saat kamu mulai bosan dengannya, ingatlah selalu saat terindah bersamanya . 
Di saat kamu ingin menduakannya, ingatlah bahwa dia selalu setia kepadamu . 
Di saat kamu ingin membohonginya, ingatlah dia telah jujur kepadamu . 
Maka kamu akan merasakan erti dia untukmu . 
Jangan sampai di saat dia sudah tidak lagi di sisimu, kamu baru menyedari semua erti dirinya untukmu.




16 Adab Keperibadian Wanita


1. Tidak suka keluar rumah kalau tidak ada urusan yang diperlu diselesaikan.
2. Mengutamakan tugas-tugas di rumah dari yang lain.
3. Dilarang menaiki rumah jiran melainkan bila ada keperluan.
4. Selalu mendampingi suami dan menggembirakannya di kala suami melihatnya.
5. Memelihara kehormatan diri ketika suami tiada di rumah.
6. Meminta izin kepada ibu bapa/penjaga atau suami ketika ingin keluar.
7. Ketika keluar rumah hendaklah dengan cara tidak melahirkan kecantikan dan kehebatan diri di khalayak ramai.
8. Tumpukan hati untuk menjaga nama baiknya, menguruskan rumahtangga, menumpukan solat, puasa dan selalu memikirkan mengenai agamanya.
9. Selalu merenung keaiban diri.
10. Menundukkan pandangannya dari yang haram.
11. Selalu muraqabah (memeriksa kelalaian) diri dan membanyakkan zikir.
12. Memperbanyakkan puasa.
13. Tidak menuntut pemberian yang banyak daripada suami.
14. Melahirkan sifat malu, sedikitkan gelak ketawa, banyak bersabar dan bersyukur.
15. Apabila kedatangan sahabat suami ke rumah di kala suami tiada, maka jangan izinkan masuk atau melahirkan ucapan yang mendorong orang itu berkenan dengan dirinya.
16. Mempelajari ilmu-ilmu agama terutama Al Quran.



Rahsia Rumahtangga


Suami isteri itu kuncinya ialah SALING MELENGKAPKAN kerana sewaktu kita bujang kita punyai banyak kecacatan yang nanti akan terlengkap lewat pasangan kita.
Ramai pasangan malah terseksa selepas nikah, puncanya timbul dari banyak salah faham, antaranya kerana menuntut hak!
Hasilnya ada juga suami yang menjadi mangsa kerahan, kongkongan malah takut kepada yang bernama isteri.
Ini kerana gara-gara kelemahan diri, maka si suami dicela terus terusan apa lagi gara-gara si suami mempunyai pendapatan kurang dari isteri.
Atau ada juga si isteri yang sering diteriaki menyuruh itu ini layaknya seorang hamba kerana berasa memiliki
Ramai pasangan mengatakan mereka mengongkong pasangan masing-masing gara-gara sayangkan dia.
Sebenarnya, pasangan akan baik-baik saja jika kemahuannya dipenuhi zahir dan batin.
Tetapi pasangan akan mula menuntut kehendaknya apabila pendampingnya sering tidak mengisi, malah sering meminta.
Tanpa disedari dia sudah mementingkan diri sendiri. Hasilnya akan wujud rasa tidak setia
Jika kita tidak saling mengisi, maka mungkin kita kenyang tapi pasangan kita lapar sekali... Apatah lagi setelah bertahun tidak kita isi dengan kasih sayang sebagaimana sepatutnya!
Hak adalah antara yang sering diperjuangkan padahal ramai sekali yang lupa, didunia ini kita lansung tidak punya hak gara-gara salah fahaman 'memiliki', kerana Hak dalam erti sebenarnya ialah sekadar tanggungjawab yang dihujungnya adalah berserah kepada Maha Pencipta.
Jauh sekali dari pemahaman kita yang Hak itu sifatnya memiliki. Kita tidak memiliki apa pun di dunia ini selain cuma memikul tanggungjawab.
Ertinya jika cuma bertanggungjawab, kita tak akan menyeksa pasangan kita, tetapi berusaha memberikan yang terbaik sesuai apa yang dipertanggungjawabkan.
Jika kita memberi, ikhlaskan lah.. maka kita tidak akan menantikan imbuhan dari pemberian itu kan?
Kesimpulannya:
- Saling memenuhkanlah kepada pasangan
- Bukan hanya tahu meminta dan tidak memberi
- Hak itu cuma 'tanggungjawab' bukan 'memiliki'
- Tanggungjawab akhirnya membuahkan rasa hormat
- Salah faham tentang Hak akhirnya melahirkan rasa membenci kerana tidak pernah berjaya memiliki
- Rahsia rumahtangga itu ialah 'Saling Memberi' dan nanti akan jadi 'Saling Melengkapkan'.
- Di awalnya cinta, di hujungnya kasih sayang
Semoga rumahtangga kita semakin kuat, aman dan harmoni...
SAKINAH, MAWADDAH WA RAHMAH




Saturday, September 8, 2018

Hukum Wanita Minta Cerai Dalam Islam


Dalam membina suatu hubungan pernikahan tentunya siapapun menginginkan rumah tangganya berjalan dengan baik tanpa adanya suatu halangan Islam sendiri adalah agama yang senantiasa menganjurkan umatnya untuk membina hubungan suami istri yang baik dan menimbulkan rasa kasih sayang diantara mereka, sebagaimana firman Allah SWT dalam surat Ar rum ayat 21 yang bunyinya
وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُمْ مَوَدَّةً وَرَحْمَةً ۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ
“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir” (QS Ar rum : 21)
Meskipun demikian, tidak selamanya dan tidak semua pasangan yang menikah selalu memiliki rumah tangga yang bahagia. Terkadang masalah-masalah muncul dan mengakibatkan retaknya hubungan di antara suami isteri. Sering kita mendengar seorang isteri yang menggugat cerai suaminya, lalu bagaimanakah sebenarnya hukum wanita menggugat cerai suami dalam islam? Untuk mengetahuinya simak penjelasan berikut. 
Pengertian Gugat Cerai
Seorang wanita atau isteri boleh melayangkan gugatan cerai kepada suaminya. Gugat cerai sendiri adalah istilah yang diberikan pada seorang wanita atau isteri yang mengajukan cerai kepada suaminya. Permintaan cerai tersebut diajukan oleh wanita kepada pihak pengadilan dan selanjutnya pengadilanlah yang akan memproses dan menyetujui atau menolak gugatan cerai tersebut. Meskipun keputusan cerai ada di tangan suami, jika pengadilan atau hakim menyetujui gugatan cerai dari pihak isteri, maka hakim boleh memaksa suami untuk menjatuhkan talak pada isterinya. 
Dalam islam, gugatan cerai memiliki dua istilah yakni fasakh dan khuluk. Fasakh adalah lepasnya ikatan nikah antara suami isteri dan isteri tidak mengembalikan maharnya atau memberikan kompensasi pada suaminya. Sementara khuluk adalah gugatan cerai isteri di mana dia mengembalikan sejumlah harta atau maharnya kepada suami. 

Hukum Wanita Gugat Cerai Suami

Seorang wanita atau isteri boleh saja menggugat cerai suaminya asalkan dengan syarat dan alasan yang jelas. Dalam sebuah hadits diriwayatkan seorang wanita yang takut berbuat kufur kerana dia tidak menyukai suaminya meski suaminya memiliki perangai yang baik akan tetapi fisiknya tidaklah disukai oleh isteri. Adapun hal tersebut disebutkan dalam hadits berikut ini:
“Dari Ibnu ‘Abbas, bahwasanya istri Tsâbit bib Qais mendatangi Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam dan berkata: “Wahai, Rasulullah. Aku tidak mencela Tsâbit bin Qais pada akhlak dan agamanya, namun aku takut berbuat kufur dalam Islam,” maka Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Apakah engkau mau mengembalikan kepadanya kebunnya?” Ia menjawab,”Ya, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam ,” lalu beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Ambillah kebunnya, dan ceraikanlah dia”. [HR al-Bukhari]
Gugat Cerai Tanpa Alasan
Wanita yang menggugat cerai suaminya tanpa alasan maka haramlah baginya bau syurga sebagaimana disebutkan dalam hadits Rasulullah SAW berikut
“Siapa saja wanita yang meminta (menuntut) cerai kepada suaminya tanpa alasan yang dibenarkan maka diharamkan bau syurga atas wanita tersebut.” (HR. Abu Dawud, Al-Tirmidzi, dan Ibnu Majah. Dishahihkan Syaikh Al-Albani dalam Shahih Abi Dawud)
Dengan demikian, dapat diketahui bahawa isteri boleh saja mengajukan gugat cerai dengan alasan yang jelas dan tidaklah benar jika seorang wanita atau isteri menggugat cerai suaminya tanpa alasan yang jelas dan hal tersebut dibenci oleh Allah SWT. 

Alasan Seorang Wanita Gugat Cerai Suaminya

Tujuan utama pernikahan memang untuk membangun keluarga sakinah, mawaddah dan warahmah. Namun, jika terjadi suatu hal yang dirasa memberatkan isteri maka dia boleh mengajukan gugatan cerai pada suaminya.
seorang wanita boleh mengajukan gugatan cerai pada suaminya dengan alasan-alasan yang syar’i. diantaranya :
  1. Suami membenci isteri tapi tidak mahu menceraikannya
Seorang isteri boleh menggugat cerai suaminya jika suaminya tidak mencintai dirinya dan jelas mengungkapkan kebencian pada isterinya sehingga membuat isteri merasa tidak bahagia sementara sang suami juga tidak mahu menceraikannya.
2. Suami menganiaya istrri
Apabila seorang suami gemar mencaci, memaki dan menganiaya isterinya secara fisik dan membuat sang isteri menderita, maka boleh bagi isteri atau wanita tersebut untuk mengajukan gugatan cerai terhadap suaminya.
3. Suami Tidak Menjalankan kewajiban agama
Seorang suami yang tidak pernah menjalankan kewajipannya pada isteri misalnya berbuat buruk pada isteri, tidak menjalankan perintah agama, berzina, selingkuh dan sebagainya. Jika suami berperilaku demikian maka wajarlah jika isteri mengajukan gugatan cerai pada suaminya. 
4. Suami tidak menafkahi isteri
Kewajiban dan tugas seorang suami adalah menafkahi isterinya dan apabila suami tidak mahu menafkahi isterinya meskipun dia tidak memiliki atau memiliki harta maka boleh bagi isteri untuk mengajukan gugatan cerai.
5. Suami tidak memenuhi keperluan biologi isteri
Seorang isteri boleh menggugat cerai suaminya apabila suami tidak mampu memenuhi keperluan biologisnya kerana penyakit atau cacat, mahupun jika suami memiliki isteri lain dan dia tidak memenuhi keperluan isteri tersebut kerana lebih menyukai isteri yang lain. Dengan alasan demikian, isteri boleh mengajukan gugat cerai. 
6. Suami tidak jelas khabar dan keberadaannya
Seorang suami yang hilang dan tidak ada khabarnya setelah sekian lama meninggalkan isterinya misalnya untuk mencari nafkah, maka sang isteri boleh mengajukan gugatan cerai. Hal ini disebutkan dalam suatu hadits berikut ini
Diriwayatkan dari Umar Ra bahwasanya telah datang seorang wanita kepadanya yang kehilangan khabar tentang keberadaan suaminya. Lantas Umar berkata: tunggulah selama empat tahun, dan wanita tersebut melakukannya. Kemudian datang lagi (setelah empat tahun). Umar berkata: tunggulah (masa idah) selama empat bulan sepuluh hari. Kemudian wanita tersebut melakukannya. Dan saat datang kembali, Umar berkata: siapakah wali dari lelaki (suami) perempuan ini? kemudian mereka mendatangkan wali tersebut dan Umar berkata: “ceraikanlah dia”, lalu diceraikannya. Lantas Umar berkata kepada wanita tersebut: “Menikahlah (lagi) dengan lelaki yang kamu kehendaki”.
7. Isteri tidak menyukai suami dan takut berbuat kufur
Jika seorang istrri tidak menyukai suaminya dan dia takut jika berbuat kufur serta memenuhi kewajipannya sebagai seorang isteri dengan baik maka dia boleh mengajukan gugatan cerai pada suaminya asalkan dia mau mengembalikan sejumlah harta atau mahar yang diberikan oleh suaminya sebagaimana yang disebutkan dalam dalil sebelumnya. 
Dapat disimpulkan bahawa hukum wanita menggugat cerai suaminya adalah boleh atau sah saja asalkan sang isteri memiliki alasan yang jelas mengapa dia menggugat cerai suaminya. Meskipun demikian, ada baiknya jika sang isteri yang mengalami masalah dalam rumah tangga bersabar dan tetap memerima dan mendoakan suaminya agar rumah tangganya tetap terjaga dengan baik. Semoga bermanfaat.

[Sumber DalamIslam.com]

Thursday, September 6, 2018

Kenapa Tak Tutup Aurat?

10 Alasan yang paling popular yang akan kita dengar apabila kita menyeru WANITA MUSLIM untuk menutup aurat mereka.

1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke?!

Dik, yang pasti, jika tidak menutup aurat, confirm masuk neraka.

2. Pakai jarang ke, ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka, jangan tengok.

Dah lalu lalang depan mata, suka tak suka pasti tertengok jugak. Adakah kita berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan?!

3. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami...

Seksi atau tidak, kita tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut.

4. Walaupun kami tidak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa.

Kita yakinkah bahawa ibadah kita itu sudah cukup untuk menjamin kita ke syurga?!

5. Suka hati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.

Anda sebenarnya telah menyusahkan bapa, suami, saudara lelaki dan anak lelaki anda dengan menarik mereka ke neraka bersama anda disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik anda.

6. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan.

Berani cakap kat dunia. Berani ke cakap macam tu depan Allah nanti?! Lawan perintah Allah, neraka tempatnya.

7. Kami pakai seksi macam ni sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene.

Sanggup patuh arahan mereka yang hanya manusia biasa daripada patuh suruhan Allah?!

8. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.

Macam mana seru tu?! Nasihat yang diberi tu, serulah namanya. Nak seru macam mana lagi? Mati tidak mengenal usia. Takut tak sempat nak bertaubat nanti.

9. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la...

Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, "Tunggu la kejap. Lepak la dulu. Jangan ambil nyawa aku dulu..."

10. Tutup aurat tu bagus, tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.

Kalau begitu anda sebenarnya memang hipokrit. Mengaku sebagai Islam, mengaku sebagai hamba Allah, mengaku sebagai umat Muhammad, namun segala suruhan agama, segala perintah Allah, segala pesanan Rasulullah, semuanya anda tak buat. Ikhlas tak ikhlas lain cerita, yang penting WAJIB buat!