Tuesday, September 19, 2017

Kekesalan Pengikut Al Arqam

Perkongsian seorang bapa, Haji Ahmad Salim yang kesal kerana mengabaikan pendidikan anak-anak kerana taksubnya dengan Al Arqam.



Apabila saya mengenangkan penglibatan saya dalam jemaah Al Arqam, saya tidak boleh lupa beberapa keputusan yang saya buat terhadap pendidikan anak-anak saya yang sehingga hari ini kalau saya terpandang wajah mereka sesekali akan menusuk ke dalam hati saya rasa penyesalan, rasa bersalah kerana menzalimi mereka, menyebabkan musnah hancur lebur cita-cita dan harapan mereka. Saya memohon kepada ALLAH agar mengampunkan dosa-dosa saya. Saya menulis artikel ini dengan harapan semoga ALLAH mengikis dari diri saya sebarang unsur kezaliman dan taksub.

Semenjak tahun 1986 hingga 1996 seramai 6 orang anak-anak saya dihantar ke sekolah Arqam tanpa memikir panjang masa depan mereka, walaupun saya tahu sekolah Arqam dalam keadaan serba daif. Saya yakin dengan perjuangan Arqam untuk menegakkan Islam di tengah masyarakat. Saya nampak hanya yang baik sahaja.

Dua orang anak lelaki saya yang sulung dan yang kedua saya berhentikan daripada sekolah kebangsaan dan memasukkan mereka ke sekolah Arqam di kampung Sempadan.. Empat orang anak perempuan saya dihantar ke sekolah Arqam dari darjah satu lagi semenjak tahun 1988. Pada tahun 1996 semua sekolah Arqam ditutup akibat pengharaman Arqam pada 1994. Tiga orang anak-anak saya yang bersekolah Arqam ketika itu dimasukkan ke sekolah kebangsaan oleh isteri saya yang bertungkus lumus berusaha meyelamatkan anak-anak saya. Pada masa itu saya menjadi orang tahanan I.S.A. di Kemunting. Berkat usaha isteri tanpa pertolongan  daripada sesiapa daripada jemaah Arqam, mereka dapat melanjutkan pelajaran sehingga mereka tamat belajar sampai ke universiti. Seorang daripadanya pula dihantar oleh Arqam belajar di sekolah menengah di Jordan sebelum pengharaman Arqam sehingga tamat ke peringkat universiti. Sehingga sekarang dia masih bersama Arqam. 

Dua orang anak lelaki yang saya berhentikan dan masuk ke sekolah Arqam pada tahun 1986, selang beberapa bulan telah dihantar oleh jemaah Arqam ke Pakistan untuk belajar tahfiz.

Ketika itu buat pertama kali jemaah Arqam menghantar anak-anak mereka belajar tahfiz di Pakistan. Tanpa merujuk kepada anak-anak, dengan perbelanjaan sendiri saya bersetuju menghantar kedua-dua anak saya ke Pakistan. Terasa bangga di hati kerana anak dapat peluang belajar tahfiz diluar negara.

Dalam masa empat tahun anak-anak saya di Pakistan, saya kurang ambil tahu tentang hal mereka. Sibuk dengan perjuangan Arqam sehingga kebajikan anak-anak dilepaskan kepada jemaah semata-mata.

Alangkah kecewanya saya apabila mereka pulang mereka gagal di sekolah tahfiz. Saya diberitahu mereka sering ponteng kelas. Mereka selalu kena pukul  sehingga salah seorang anak saya fobia dengan pengajian. Tidak mahu belajar lagi. Semenjak balik dari Pakistan hubungan saya dengan anak-anak saya semakin teruk. Mereka menyalahkan saya kerana menghantar mereka ke Pakistan. Selepas mereka gagal di Pakistan saya gagal mengambil langkah untuk memulihkan keadaan.  Saya membiarkan sahaja mereka tanpa pelajaran yang sempurna. Saya sibuk berdakwah dalam Arqam dan membiarkan anak saya memusnahkan hidupnya akibat memberontak terhadap tindakan zalim saya. 

Saya berlaku zalim terhadap anak-anak. Saya meyerahkan urusan mereka semuanya kepada isteri. Sikap tidak mesra dengan anak-anak meyebabkan mereka tidak mesra dengan saya. Ini salah saya kerana tertipu dengan nafsu, tertipu dalam perjuangan yang kononnya menolong agama ALLAH tetapi sebenarnya perjuangan kebatilan bertopengkan lslam.

Anak-anakku, maafkanlah ayahmu kerana mengabaikan tugas sebagai seorang ayah, sikap tidak mesra, sikap kurang prihatin ayah terhadap keperluanmu terutama keperluan emosi dan spiritual ketika kamu sangat-sangat memerlukannya.

Saya juga ingin memohon maaf kepada bekas anak-anak buah saya dalam Arqam dahulu yang turut sama menghantar anak-anak mereka ke sekolah Arqam. Saya percaya ada di antara mereka yang turut 'tekorban'. Saya meyusun jari sepuluh memohon maaf di atas ketaksuban saya  dalam perjuangan ini dahulu.

Ya ALLAH ampunkanlah segala dosa2 hambamu ini. Berikanlah daku kekuatan dalam memperbaiki diriku agar mengalir subur kembali kasih sayang di dalam diriku terhadap mereka yang ku zalimi.
Attachments area

Thursday, September 14, 2017

Tandas 50 Sen



Al Kisah: Di Hadapan Sebuah Tandas Awam 

Pemuda: 
Pakcik perlu bayar 50 sen untuk masuk ke tandas.

Orang Tua itu menitiskan air mata

Pemuda: 
Eh pakcik, janganlah menangis. Kalau pakcik tak ada duit, saya boleh bayarkan. Pakcik masuk sahaja.

Orang Tua: 
Aku menangis bukan kerana tiada duit, aku ada banyak duit sehingga tandas inipun mampu aku beli.

Pemuda: Jadi, 
Mengapa pakcik menangis?

Orang Tua: 
Aku menangis kerana tempat sebusuk dan sehina inipun ada harga yang perlu dibayar untuk masuk.  Ini kan           pula syurga yang begitu indah, berapa pula bayaran yang harus aku bayar.. cukupkah amalanku untuk membayar harga sebuah syurga..

Pemuda itu pula turut menangis.

“Sesungguhnya Allah swt telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.” 

(At Taubah: 111)

Teknik 5 Saat



Bismillah hirRahmanir Rahim 

Teknik 5 saat bukan sekadar JUST DO IT. 

Sebelum Just do it,  kita MEMERLUKAN STARTING ENERGY atau ACTIVATION ENERGY.

Maka dengan niat untuk bertindak dan kita sedar bahawa kita ada hanya 5 saat sahaja untuk berjaya memulakan tindakan kita, lalu kita melakukan kiraan 5 4 3 2 1.......

1. Kita tahu kita perlu lakukan atau bertindak untuk sesuatu kerja.
2. Kita niat untuk lakukan.
3. Kita kira 5 saat menurun dengan terus memegang niat untuk bangun bertindak dan sedar bahawa kita hanya ada masa 5 saat sahaja sebelum fikiran kita memberikan pelbagai alasan.
4. Mulakan kiraan.....5...4...3...2..1.... zassssss

Kita jadikan pengiraan 5 saat ini dengan sedar bahawa jika kita GAGAL bertindak dalam 5 saat, kita akan gagal bertindak seterusnya kerana selepas 5 saat, otak kita akan mencipta/mereka pelbagai alasan.

Jika saudara sekadar membaca dan tidak praktiskan apa yang saya katakan ini, maka nanti fikiran saudara akan penuh dengan alasan dan fikiran-fikiran negatif bahawa semua ini tidak mampu menjadi activation energy untuk diri saudara untuk bertindak.

Maka sebelum just do it, kita perlukan momentum seperti roket berlepas dengan kiraan 5 saat secara menurun. 

Selamat praktikkan. 

Fuad Latip 

Wednesday, September 13, 2017

LGBT - Antara Zimbabwe dan Amerika Syarikat




Zimbabwe dan Amerika Syarikat adalah negara yang majoriti rakyatnya beragama Kristian. Malah di dalam pemerintahan mereka juga terdiri daripada mereka yang beragama Kristian (majoriti).
  
Ketika Bo Firdaus Wong berprogram di negara Zimbabwe, ia turut dihadiri oleh Menteri Hal Ehwal Luar Negara iaitu Miriam Chikukuwa (paling kanan dalam gambar). 

Beliau terkenal sebagai seorang menteri yang banyak bercakap dengan mengutip ayat-ayat Bible di dalam setiap ucapannya sehingga beliau digelar ‘Menteri Pastor’.  

Apa yang menarik adalah di dalam setiap mesyuarat dan di pentas ucapannya, beliau banyak menfokuskan mengenai isu LGBT. Beliau sangat lantang mengkritik LGBT dan mengatakan ia bukan dari Tuhan tetapi datang dari Satanisme. 

Presiden mereka iaitu Robert Mugabe juga merupakan individu yang lantang mengkritik LGBT. Kritikan mereka itu berasas dari ajaran Bible itu sendiri di mana Bible ada menyebut:

“Dan jangan tidur dengan lelaki sama secara orang bersetubuh dengan perempuan, kerana itu adalah suatu kekejian” (Imamat 18: 22)

LGBT DAN BARAT

Idea memperjuangkan hak LGBT ini bermula dari barat. Ia bukanlah dari mana-mana ajaran agama kecuali dari idea Hak Asasi Manusia. Malah pada masa kini, kelompok ini semakin kuat di Barat sehingga ‘agama’ di sana juga terpaksa menerima pengaruh LGBT sehingga mereka terpaksa menyerap idea itu untuk diaplikasikan dalam agama mereka. 

Hal ini dapat dilihat secara jelas seperti yang berlaku kepada gerakkan yang dituduh sesat seperti Unitarian Universalist yang mana mereka sangat aktif memperjuangkan LGBT. 

Gereja-gereja besar juga mula mempromosikan perkara tersebut seperti Metropolitan Community Church, The United Church of Christ, Alliance of Baptists , dan sebahagian gereja Anglican and Lutheran juga membenarkan homoseksual. Hal ini diserap oleh pelbagai denominasi gereja. 

Malah agamawan Kristian di US seperti Gene Robinson dan Mary Glasspool adalah bishop yang secara terbuka mengaku Homoseksual di US Episcopal Church. Selain itu bishop Gerd Eva Cecilia Brunne di Lutheran Church of Sweden juga secara terbuka mengaku sebagai lesbian. Hal ini telah menimbulkan perdebatan yang besar di kalangan penganut Kristian sendiri.  

KESIMPULAN

Di Amerika Syarikat dan banyak negara barat lain, dilihat orang beragama (Kristian) mula membenarkan perbuatan seks sejenis. Walhal ia adalah perkara yang tidak pernah berlaku sebelum ini.  

Walaupun US dan Zimbabwe adalah negara yang didominasi Kristian tetapi rangka pengaruh ideologi US banyak dipengaruhi oleh humanisme. Walhal di dalam teks agama mereka jelas menentang perkara tersebut. 

Sekali lagi perlu kita faham, idea LGBT ini berkembang apabila idea Hak Asasi Kemanusiaan mendahului teks agama. Seperti gerakkan Humanisme adalah gerakkan yang memperjuangan LGBTQ secara mendasar. 

Di Amerika mereka memiliki pertubuhan American Humanist Association (AHA) yang sangat berpengaruh.

Dalam hal ini juga tidak dinafikan bahawa terdapat segelintir muslim turut terkesan dengan gerakkan ini. Yang mana mereka gemar menganggungkan idea liberalisme dan Hak Asasi Kemanusiaan.    

Sekira dikatakan hubungan sejenis ini hadiah dari Tuhan, Tuhan manakah yang membenarkan? Sedangkan sebelum ini kami sudah menjelaskan bahawa di dalam kitab-kitab suci agama di dunia ini majoriti jelas menentang hubungan sejenis, baca di sini: https://www.facebook.com/FirdausWongMRM/posts/1137998399644478

R&D MRM TEAM

Jawapan Buat Siti Kasim Dan David Orok




Salam Perdamaian Penulis hulurkan kerana itulah teras bagi agama Islam yang dibawa oleh Nabi terakhir, Nabi Muhammad S.A.W.

1-Seminggu dua ini masyarakat dikeruhkan dengan pelbagai isu yang jika tidak disantuni dengan sikap saling menghormati dan ketaatan dalam mengamalkan agama masing-masing pasti akan menambah perpecahan dan hilangnya semangat saling berkasih sayang yang menjadi teras bagi kedamaian semua agama. 

2- Apatah lagi jika isu kesucian agama dan pokok keyakinan dalam beraqidah menjadi ejekan serta sendaan mereka yang tidak bertanggung jawab. 

3- Islam yang berasal dari kata akarnya 'SALAM' membawa erti kedamaian serta keselamatan. Ia memberi satu isyarat bahawa Muslim
yang benar ialah Muslim yang darinya terserlah kedamaian serta keselamatan buat manusia sejagat.

4- Islam melarang umatnya mencerca keyakinan agama lain. Bahkan Islam menyatakan prinsip perhormatannya dalam beraqidah  agama lain melalui ayat-ayat suci Al-Quran seperti : 

لَكُمْ دِينُكُمْ وَلِيَ دِينِ 

" Bagi kamu agama kamu, bagi kami agama kami." ( Al-Kafirun : 6) 

" وَلا تَسُبُّوا الَّذِينَ يَدْعُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ فَيَسُبُّوا اللَّهَ عَدْوًا بِغَيْرِ عِلْمٍ كَذَلِكَ زَيَّنَّا لِكُلِّ أُمَّةٍ عَمَلَهُمْ ثُمَّ إِلَى رَبِّهِمْ مَرْجِعُهُمْ فَيُنَبِّئُهُمْ بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَ (١٠٨)

"Dan janganlah kamu menghina sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, karena mereka nanti akan menghina Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan. Demikianlah Kami jadikan Setiap umat menganggap baik pekerjaan mereka. kemudian kepada Tuhan merekalah kembali mereka, lalu Dia memberitakan kepada mereka apa yang dahulu mereka kerjakan." (Al-An'am:108)

Serta ayat-ayat lain yang mengajar setiap Muslim agar menghormati prinsip aqidah agama lain. 

5- Membaca penulisan Saudara David Orok, menerusi link yang Penulis sertakan di bawah, Penulis beranggapan bahawa beliau tidak mengenali Islam dan kedamaian yang menjadi asas kepada penyebaran Dakwah Islamiah di dunia ini.

6- Tuduhan beliau terhadap status nasab Nabi Ismail bin Ibrahim dengan tuduhan sebagai 'Anak luar nikah' amat mengguris hati umat Islam terutama di negara ini.

7- Beliau mendatangkan hujah untuk
menyokong tuduhannya itu berdasarkan kefahaman beliau terhadap dalil-dalil dari Holy Bible. 

8- Oleh kerana beliau turut menuduh ibadat korban umat Islam adalah sia-sia kerana Muslim yang melaksanakan ibadat korban tersebut tidak memahami konteks pengorbanan Ibrahim mengikut kepercayaan Yahudi, maka Penulis terpanggil untuk memberi jawapan di atas tuduhan beliau tersebut.

9- Penulis akan memberi jawapan mengikut susunan tuduhan beliau terhadap keyakinan Muslim serta kesucian nasab Nabi Ismail bin Ibrahim A.S.

TUDUHAN BELIAU

Tuduhan Pertama : Nabi Ismail adalah anak luar nikah Ibrahim dan Hajar. 

Jawapan : Nabi Ismail adalah anak sah taraf Ibrahim kerana Bible telah menyatakan dengan jelas bahawa hajar ialah ISTERI Ibrahim. Ini berdasarkan kepada terjemahan Bible KJV yang menyatakan : 

" And Sarai Abram's wife took Hagar her maid the Egyptian,after Abram had dwelt ten years in the land of Canaan, and gave her to her husband Abram to be his WIFE ".  
                                           (Gen:16:3)

Juga di dalam Bible The Gideons menyatakan : 

" Then Sarai, Abram's wife, took
Hagar her maid, the Egyptian, and gave her to her husband Abram to be his WIFE, after Abram had dwelt ten years in the land of Canaan."

                                               (Gen:16:3)

Juga di dalam Bible NRSV menyatakan : 

"So, after Abram had lived ten years in the land of Canaan, Sarai, Abram's wife, took Hagar the Egyptian, her slave girl, and gave her to her husband Abram as a WIFE."

                                               (Gen:16:3)

Di dalam Al-Kitab Al-Muqaddas, Bible Versi Arab menyatakan : 

فاخذت ساراي امراءة ابرام هاجر المصرية جاريتها من بعد عشرسنين لاقامة ابرام في ارض كنعان واعطتها لابرام رجلها 'زوجة'  له

( تكوين :١٦/٣)

Dan banyak lagi dalil yang menyatakan bahawa Hagar adalah ISTERI Ibrahim (bukan gundik) di dalam pelbagai versi Bible.

Penulis beranggapan, beliau menuduh Nabi Ismail A.S adalah anak luar nikah atau tidak sah taraf berdasarkan kenyataan dalam satu versi Bible iaitu versi Today's English Version (TEV) yang menyatakan bahawa Hajar bukanlah isteri ibrahim sebaliknya hanyalah 'GUNDIK' Ibrahim. Versi tersebut menyatakan :

" So she (Sarai) gave Hagar to him to be his concubine. (This happened after Abram had lived in Canaan for ten years).

                                               (Gen:16:3)

Namun perlu diingat, TEV Version ini adalah Bible keluaran tahun 1976. 
Manakala Versi-versi Bible yang mengakui bahawa Hajar adalah ISTERI Ibrahim adalah lebih baru. Perhatikan tahun keluaran bagi setiap versi yang dinyatakan di bawah : 

1-KJV (King James Version) - Tahun 1979

2-The Gideons -Tahun 1983

3-NRSV (New Revised Standard Version) - Tahun 1989.

4-Bible versi Arab (الكتاب المقدس)-     Tahun 2002

Dan kalau saudara tetap berpendirian bahawa Ismail anak luar nikah Ibrahim dengan beralasan tetap memegang dalil dari versi TEV yang menyatakan Hajar adalah GUNDIK Ibrahim, persoalannya ialah bagaimanakah dengan aqidah mereka yang memegang dalil bahawa Hagar ialah ISTERI Ibrahim seperti yang dinyatakan dalam versi KJV, NRSV, الكتاب المقدس dan lain-lain.

Tuduhan kedua : Bukan Ismail yang dikorbankan sebaliknya Ishak. 

Jawapan : Bible telah menegaskan bahawa satu-satunya anak Ibrahim yang dikorbankan di pergunungan Moria ialah Ismail. Ini berdasarkan Kronologi kelahiran anak-anak Ibrahim berdasarkan dalil dari Bible seperti di bawah : 

"Kemudian Hagar (Hajar) melahirkan seorang anak lelaki, lalu Abram (Ibrahim) bapa anak itu menamakan dia Ismail. Pada masa itu Abram berumur 86 tahun."

                                (Kejadian 16:15-16)

Dan bandingkan dengan ayat ini :

"Ibrahim berumur 100 tahun ketika Ishak dilahirkan."

                                      (Kejadian 21 :5)

Melalui dua ayat ini jelas menunjukkan ISMAIL lebih dahulu dilahirkan dan menjadi anak tunggal Ibrahim selama 14 tahun sebelum mendapat adik lelaki yang bernama Ishak. 

Sedangkan perintah Allah kepada Ibrahim agar mengorbankan anaknya yang tunggal telah disebut secara jelas di dalam ayat ini : 

"Allah berfirman: “Pergilah ke tanah Moria dengan ISHAK, ANAKMU YANG TUNGGAL, yang sangat engkau kasihi. Di situ, di sebuah gunung yang akan Ku tunjukkan kepadamu, persembahkanlah anakmu sebagai korban untuk menyenangkan hati-Ku“.

                                       (Kejadian 22:2)

Walaupun ayat di atas menyatakan ISHAK yang dikorbankan di tanah Moria, tetapi kita telah bersetuju berdasarkan dalil dari Bible bahawa SATU-SATUNYA ANAK TUNGGAL IBRAHIM YANG HIDUP SELAMA 14 TAHUN MENDAHULUI ISHAK IALAH ISMAIL.

Manakala kalimah Ishak di dalam ayat ini kami sebagai Muslim menyakini bahawa ia adalah kata tambahan yang dimasukkan oleh Ahli Kitab Yahudi di dalam Old Testament bagi memadamkan kesahihan Geneology Ismail yang darinya lahirlah 'Sayyidul Anbiya' iaitu Nabi Muhammad S.A.W. 

Sekiranya saudara masih berhujah dengan menyatakan Ishak dianggap sebagai anak tunggal Ibrahim kerana Ismail hanyalah anak luar nikah Ibrahim, saudara telah melakukan dua kesalahan: 

Pertama : Menuduh Ibrahim, yang merupakan Nabi agung bagi tiga agama terbesar di dunia sebagai penzina. 

Kedua : Menyalahi dalil-dalil dari Bible yang secara jelas menyatakan bahawa Hagar bukanlah Gundik Ibrahim sebaliknya dia adalah ISTERI yang sah. 

Tuduhan Ketiga : Al-Quran mengakui bahawa pengorbanan Ishak adalah bukti pembenaran Yesus akan disalib untuk menebus dosa manusia yang diwarisi dari adam.

Jawapan : Idea Dosa Warisan tidak ada kena mengena dengan keyakinan Muslim. Setiap dosa tidak boleh diwariskan bahkan Al-Quran telah menegaskan prinsip ini dengan firmanNya : 

"Barangsiapa yang berbuat sesuai dengan hidayah Allah, maka sesungguhnya dia berbuat kebaikan itu untuk (keselamatan) dirinya sendiri dan barangsiapa yang sesat maka kesesatannya itu adalah untuk (kerugiannya) sendiri. Dan setiap orang yang berdosa (dengan dosanya) tidak pula dapat menanggung dosa orang lain dan kami tidak akan menimpakan azab sebelum kami mengutuskan rasul (kepada manusia). 

                             (Surah Al-Isra 17:15) 

Bahkan Bible membenarkan Al-Quran dengan katanya :

"Tetapi sesiapa yang makan anggur yang masam, dia sendirilah yang akan merasa masamnya. Setiap orang akan mati kerana dosanya sendiri."

                                      (Yeremia 31:30)

"Orang yang berdosa akan mati. Seorang anak tidak menanggung akibat daripada dosa bapanya. Demikian juga seorang bapa tidak menanggung akibat daripada dosa anaknya. Seorang yang baik akan menerima ganjaran kerana kebaikannya, dan seorang yang jahat akan menanggung akibat daripada kejahatannya."

                                   (Yeheizkel 18:20)

Perhatikan juga di dalam Matius 16:27:

"Anak Manusia sudah hampir tiba bersama–sama para Malaikat-Nya dengan kemuliaan Bapa-Nya. Pada masa itu Dia membalas tiap – tiap orang menurut perbuatannya sendiri."

Juga di dalam Roma 2:5-6 juga menyatakan:

"Kamu degil dan keras kepala. Oleh itu, kamu sendiri yang menjadikan hukuman kamu semakin berat pada hari Kiamat apabila Allah menyatakan kemurkaan-Nya dan menjatuhkan hukuman yang adil. Hal yang demikian itu adalah kerana Allah akan membalas setiap orang, setimpal dengan perbuatannya sendiri."

Sebab itulah kami menyatakan bahawa idea dosa warisan ini tidak ada kaitan sama sekali dengan Islam serta pengorbanan yang dilakukan oleh Ibrahim hanyalah penzahiran sifat ubudiyyahnya terhadap Allah SWT. 

Sebenarnya, masih banyak yang hendak Penulis nyatakan sebagai perkongsian bersama namun memadailah penulisan ini sebagai muqaddimah jawapan buat saudara.

Penulis tidak mengharapkan saudara meyakini Islam atau Al-Quran kerana tiada paksaan dalam beragama tetapi memadailah saudara yakin dan beriman terhadap apa yang disebut oleh kitab saudara sendiri. 

Semoga saling bertimbang rasa dan berlapang dada membawa lebih keharmonian bersama.

Nukilan asal: 
YH Dato Rashidy Jamil Al-Rashid,
Kuala Lumpur.
Dipetik dari FB Firdaus Wong

Tuesday, September 12, 2017

Ibadah Bukan Untuk Main-main




Semenjak dua ini, syair Ibn Mubarak ini berdendangan di benak...Part, "Pasti kamu sedar main-main sahaja kamu beribadah" sentap!

"Wahai si abid dua tanah suci kalaulah kamu melihat kami
            Pasti kamu sedar main-main sahaja kamu beribadah

Wahai orang yang membasahkan pipinya dengan air mata
            Leher kami pula kebasahan dengan darah

Atau siapa yang memenatkan kudanya pada yang sia-sia
            Kuda kami pagi pertempuran sudah kepenatan

Bagi kamu hembusan wangian sedangkan wangian kami,
            Debu-debuan di kaki-kaki kuda, debu yang mulia

Dan sungguh telah datang kepada kita sabdaan Nabi kita, 
            Kata-kata yang betul, benar, tidak berdusta

Bahawa tidak sama debu ahli Allah di
             Hidungnya dibandingkan asap api yang membakar

Ini pula kitab Allah yang bertutur antara kita
             Bahawa orang syahid sebenarnya tidak mati, tidak berdusta"

ياَ عَـابِدَ الْحَرَمَيْنِ لَوْ أَبْصَرْتَنَـا  … لَعَلِمْتَ أَنَّكَ فِي الْعِبَادَةِ تَلْعَبُ
مَنْ كَانَ يَخْضِبَ خَدَّهُ بِدُمُوعِـهِ…  فَنُحُورِنَـا بِدَمَائِنَـا تَتَخَضَّبُ
أَوْ كَانَ يُتْعِبُ خَيْلَـهُ فِي بَاطِـلٍ…  فَخُيُولَنَا يَوْمَ الصَّبِيحَـةِ تَتْعَبُ
رِيْحُ الْعَبِيرِ لَكُمْ وَنَحْنُ عَبِـيْرُنَا ...    رَهَجُ السَّنَابِكِ وَالْغُبَارُ الأَطْيَبُ 
وَلَقَدْ أَتَـانَا مِـنْ مَقَالِ نَبِيِنَا ...    قَوْلٌ صَحِيحٌ صَادِقٌ لَا يَكْذِبُ 
لَا يَسْتَوِيْ غُبَـارُ أَهْلِ اللهِ فِي ...    أَنْفِ أمْرِئٍ وَدُخَانُ نَارٍ تَلهَبُ 
هَذَا كِتَابُ اللهِ يَنْـطِقُ بَيْنَنَا ...    لَيْسَ الشَّهِيدُ بِمَيـِّتٍ لَا يَكْذِبُ 

-Abdullah bin al-Mubarak, (Siyar A‘lam al-Nubala’)



Qunut Nazilah, Bila lagi?

Sebenarnya jika kita berjaya menghafal doa qunut witir atau subuh, maka hendak menghafal qunut nazilah lagi mudah. Soalnya mahu atau tidak. Sayanglah, jika dipanjangkan umur sampai 50 tahun tetapi hanya mampu mengaminkan qunut nazilah orang lain sahaja!

..................Keperluan Masa Depan

Membaca qunut nazilah syariat Allah. Bahkan ia syiar ukhuwah Islam. Jika benar kita bersimpati dengan saudara seiman yang dizalimi nun di sana, bantulah mereka. Jarak bukannya penghalang untuk menghulurkan bantuan material. Sekalipun benar-benar terhalang, tiada siapa yang mampu menghalang bantuan doa kita buat mereka. 

Syariat Allah ini tetap relevan sepanjang zaman. Bahkan sangat mustahak bagi kita yang menjadi warga akhir zaman. Masa depan bakal menyaksikan tragedi demi tragedi menimpa umat Islam. Ini bukan analisis atau ramalan bahkan realiti yang didedahkan lebih awal oleh Rasulullah. 

Sabda Baginda: “Masa semakin cepat, amal semakin berkurangan, bakhil semakin melampau dan al-haraj semakin menjadi-jadi.” 
Sahabat bertanya: “apa itu al-haraj?”
“Pembunuhan, pembunuhan!” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

..................Hanya Ustaz Tahu?

“Ustaz, malam bila ustaz ada kelapangan. Boleh solat di surau kami?”

“Kenapa, ya? Kalau ikutkan memanglah tiada kelapangan. Tetapi tengoklah hajatnya dahulu. Kalau mustahak boleh saya usahakan.”

“Begini ustaz. Sekarang ini kan berlaku tragedi di Syria. Terbaru isu Rohingya pula. Jadi kami hendak adakan bacaan qunut Nazilah dalam solat Marghib atau Isyak. Tidak sedaplah, surau di tempat kami tidak buat qunut nazilah dalam keadaan sekarang.”

Mengeluh. Membaca doa bukannya kerjaya eksklusif ustaz dan ulama. Doa keperluan semua Muslim. Rasulullah mengajar doa untuk setiap umatnya, bukannya diswastakan kepada golongan tertentu. 

Benarlah, jika ada ustaz atau orang yang lebih utama, kita harapkan mereka mengepalai doa. Namun tidaklah sampai ketika ketiadaan ustaz, mana tidak berdoa.

.......................Tambahkan Koleksi Doa 

Bila kali terakhir kita menghafal doa? Alangkah baiknya kalau kita konsisten menambah senarai doa yang dihafal. 

Tidak mengapalah kita sudah tidak “sempat dan larat” hendak menghafal ayat al-Quran. Setidak-tidaknya kita hafal ayat-ayat doa daripada Allah. Sekurang-kurangnya ada 40 doa “Rabbana” yang Allah ajarkan sendiri untuk kita munajatkan kepada-Nya.

Tidak mengapa jika tidak bertambah hadis atau zikir baru untuk dihafal. Setidak-tidaknya kita hafal rangkap doa ma’thur yang baru. Dalam doa itu terkandung zikir dan ilmu sekali gus. Jika begitu, qunut nazilah antara doa yang mesti kita hafal.

........................Bukan Semasa Jumaat Sahaja

Pembacaan qunut nazilah digerakkan apabila berlaku tragedi atau musibah dahsyat yang menimpa umat Islam. Selama tempoh itu kita disarankan berqunut nazilah sehingga musibah berakhir.

Kita boleh menadah tangan berqunut dalam semua solat yang lima. Maka sayanglah kalau kita hanya berdoa qunut semasa solat Jumaat sahaja. Sesiapa yang menjadi imam, lakukanlah qunut nazilah dalam setiap solat yang dipimpinnya.

Begitulah qunut nazilah Rasulullah. Ibn Abbas menceritakan: “Rasulullah berqunut selama sebulan berturut-turut baik dalam solat Zohor, Asar, Marghib, Isyak mahupun Subuh.” (Riwayat Abu Dawud)

Bahkan diperdebatkan oleh ulama tentang hukum qunut nazilah dalam solat Jumaat. Sebahagian fuqaha berpendapat makruh perkara demikian. Sekalipun tidak berqunut, semasa khutbah itupun boleh dilakukan doa seumpama. 

.......................Tidak Perlu Panjang-panjang 

Sebenarnya qunut nazilah pendek sahaja. Rasulullah berqunut nazilah ringkas sahaja namun isinya fokus kepada tragedi yang berkaitan sahaja. Cuba amati hadis-hadis berkaitan qunut nazilah Nabi.

Anas pernah ditanya: “Adakah Rasulullah pernah berqunut dalam solat Subuh?” Beliau menjawab: “Ya, selepas rukuk secara ringkas.” (Riwayat Muslim) 

Maka membaca qunut nazilah biarlah pendek tetapi kerap. Itu lebih baik berbanding berdoa qunut panjang-panjang tetapi seminggu sekali sahaja.

..................Tiada Lafaz Khusus

Tiada lafaz khusus bagi qunut Nazilah. Sebaliknya lafaznya bersesuaian dengan tragedi yang berlaku. Ia bukan seperti doa qunut Subuh atau witir, Allahummahdina..

Usah rasa pelik jika disebutkan nama orang atau golongan secara khusus. Bahkan itu lebih menepati matlamat dan membangkitkan kesedaran. Perhati qunut nazilah Nabi yang menyebut secara khusus nama-nama sahabat yang diharapkan keselamatan. Begitu juga golongan kuffar yang diharapkan kemusnahan buat mereka.

......................Boleh buat sendiri-sendiri

Tidak salah berdoa qunut nazilah sendirian. Tidak semestinya dalam solat berjemaah. Maka para Muslimah pun boleh menambah koleksi doa dengan qunut nazilah. Dengan itu, biarpun tidak berjemaah masjid, kesedaran dan keprihatinan mereka tidak kalah. Ini kerana mereka berqunut nazilah sendiri-sendiri di rumah.

Walau bagaimanapun saya tidak menafikan ijtihad kedua mahupun ketiga ulama dalam persoalan ini. 

...............Bila Lagi?

Akhir sekali, tahniah kepada saudara yang sudah menghafal. Namun tidak terlewat bagi yang belum. Marilah kita memaksa diri menghafal doa qunut nazilah. Kalau bukan sekarang, bila lagi?

Catatan: Ini ialah tulisan lama saya daripada  ruangan Byb! dalam Solusi 60. Maaf kerana agak panjang, mudah-mudahan "panjang" juga faedahnya.

[FB Muhammad Luqman Makhtar]



Anak Yang Taat




Nizam, seorang pemuda Rohingya, melarikan diri dari rumahnya di selatan Maungdaw, Myanmar akibat kekejaman tentera kerajaan menuju ke sempadan Bangladesh sejauh 35 kilometer. 

Kenderaan yang ada hanyalah kedua kakinya. Dia berjalan dengan memikul ibu bapanya yang telah tua dalam keranjang, melewati tanah berlumpur, bukit, hutan dan menyeberangi sungai selama lima hari.

Semoga Allah melindungi saudara-saudara kita sana. Amin.


“ Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah satu seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada kepada keduanya perkataan ‘ah’ dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia.” (Qs. Al Israa’ [17]:23)

Inilah Anak yang taat persis Uwais Al Qarni pada zaman Rasulullah s.a.w. 

Sunday, September 10, 2017

Kesihatan Masa Dan Wang




Seorang pesakit kanser di Hospital Daerah Harbin, China membawa sebuah beg penuh wang lalu meminta doktor untuk menyelamatkan nyawanya. 

Namun doktor tidak boleh berbuat apa-apa kerana kansernya berada di 'TAHAP' akhir.

Pesakit itu sangat marah lalu melemparkan wangnya ke seluruh koridor hospital sambal berteriak, "Apa guna ada wang! Apa guna ada wang!" 

Kesimpulan

Wang tidak boleh membeli kesihatan. Wang tidak boleh membeli masa. Wang tidak boleh membeli kehidupan.

Oleh itu jagalah kesihatan yang baik sementara kita mempunyai masa dan wang.


[Seperti diceritakan oleh Ustaz Abdullah Khairi]

Sedar DIA





Lihat anak-anak, nampak tak kasih sayang Allah pada kita? Diberinya kita anak-anak. Diberinya kita pasangan. Diberinya kita keluarga.

Masa suap makanan ke mulut, nampak tak kasih sayang Allah pada kita? Diberinya kita rasa sedap. Rasa lagi sedap di lidah kita, tekak kita. Masa nak telan makanan tu, cuba sedar rasa yang Dia masih lagi beri tu. Masa nak telan air tu, cuma rasa lega je tekak tu. Kasih sayang Dia lah tu. Sapa lagi?

Masa duduk rehat, nampak ke kasih sayang Allah pada kita? Diberi nya kita nafas dengan baik. Rasa lagi selesa kita ni. Semua organ badan elok je jalan. Tak pernah tahu pun kita berapa banyak oksigen perlu sedut ni. Berapa banyak nutrien perlu guna ni. Berapa banyak darah perlu mengalir ni.

Masa kita bawa kereta, nampak ke kita ni dengan kasih sayang Allah pada kita ni? Diberinya kita kemudahan. Diberinya kita rezeki boleh beli kereta. Seronok je rasa bawa kereta. Best je kita jalan-jalan makan angin.

Semua ini sikit sangat nak banding macam-macam kita dapat. Nampak ke kita kasih sayang Allah tu? Sedar ke kita? Perasan ke kita? Ke buat tak tahu je kita pada Dia?

Kalau nampak kasih sayangNya tu, tak SEDAR ke kita ke Dia?

Macam-macam cara Dia panggil kita datang ke Dia. Macam-macam dilihatnya pada kita supaya kita kembali ke Dia setiap saat.
Macam-macam Dia beri kita rasa kot-kotlah kita ini boleh sedar Dia setia saat.

Setiap saat macam-macam Dia buat untuk kita datang ke Dia. Ingat semua kita dapat ini saja-saja diberi pada kita? Semua ini supaya kita sedar Dia. Supaya kita selalu kembali ke Dia lah. Apa lagi?

Allahuakbar!

Yang saya ulang setiap kali post saya ni bukan hal besar pun. Untuk sedar pada Dia saja.

Post panjang pendek sejak tahun 2009 dikongsikan, bukan cerita bab fekah. Bukan cerita bab hukum. Semua satu je tujuan. SEDAR DIA.

Supaya bukan sekadar ingat nikmat Dia saja. Tapi ingat... Sedar pada Dia.

Bukan sekali sekala sedar Dia saja. Sedar setiap saat. Setiap saat... Diulangi lagi... SETIAP SAAT.

Kotlah bila sedar Dia, jadinya sedar diri nanti. Bila sedar Dia, leburlah ego tu nanti. Bila sedar Dia, baru sedar yang kena ujian tu sebenarnya tidaklah tara mana sangat.

Kotlah bila sedar Dia, boleh hilang rasa bagus sangat tu. Rasa semua benda asyik rasa betul saja. Kotlah boleh buang rasa orang lain semua salah.

Kotlah bila sedar Dia, yang kita ingat setiap saat tu Dia. Kotlah baru nak utama dan pertamakan Dia. Kotlah baru rajin nak promosikan Dia berbanding diri sendiri.

Kotlah bila sedar Dia, baru sedar diri tu selama ini tidak habis-habis dibelenggu harta dunia. Kotlah bila sedar Dia, hidup itu tidaklah tidak habis-habis kumpul harta.

Kotlah bila sedar Allah, diri tu baru senang nak jadi penyebar rezeki. Baru tengok dan nampak harta tu kena bantu orang lain.

Kotlah bila sedar Allah, diri tu tak abis-abis sedih dengan dunia. Tak abis-abis keluh kesah. Tak abis-abis letih dan sempit hati tu.

***

Mulai saat ini, sedar Dia bila lihat apa jua. Apa kita ligat, kita dengar, kita fikir semua ni panggilan Dia lah untuk kita sedar Dia. Bukan saja-saja.


Wallahuaklam.

[ Dari fB Fuad Latip]


Usaha Menjelas Erti Islam Sebenar




Bro Firdaus Wong dan Bro Shah Kirit dari NGO Malaysia yang gigih menyebarkan Islam, Multiracial Reverted Muslim telah dijemput untuk memberikan penerangan tentang Islam di University of Zimbabwe.

Hadirin terdiri daripada para profesor serta pelajar tahun ketiga Religious Studies yang semuanya bukan beragama Islam. Persepsi mereka terhadap Islam & Muslim tidak begitu baik pada awalnya melihat kepada sambutan mereka.

Muka yang serius tanpa senyuman serta jelingan mata yang tajam menyambut ketibaan. Bro Firdaus dan Bro Shah membentangkan satu topik iaitu 'Islamophobia'.

Setelah selesai pembentangan, majlis dibuka kepada sesi soaljawab. Antara soalan yang dilemparkan adalah berkenaan jihad, Muslim fundamentalist, suicide bombing, benarkah Islam menindas wanita, hijab, sunni-syiah,  isu penjagaan alam sekitar, hidup kebersamaan, sistem pendidikan dan lain-lain.

Sesi sepatutnya berakhir jam 4 petang tetapi berlarutan sehingga hampir 5 petang. Dari riak wajah dan reaksi mereka setelah selesai majlis, mereka amat berpuas hati dan gembira dengan penerangan yang diberi. Malahan Profesor di Religious Studies meminta agar diadakan lagi sesi seperti ini pada masa hadapan.

Malah sewaktu sesi bergambar kumpulan, bukannya mereka sebut 'cheese' tetapi mereka sebut; 'jihaad' sambil tertawa kerana mereka telah faham apa itu jihad.

Bro Firdaus dan Bro Shah bersyukur kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala kerana diberikan peluang olehNya untuk menjelaskan keindahan Islam yang dicemari oleh media massa serta segelintir Muslim yang melakukan sesuatu tindakan di luar ajaran Islam.

Sebelum berpisah, kedua-dua pendakwah gigih ini menghadiahkan kepada mereka 60 naskah terjemahan Al-Quran berbahasa Inggeris dan mereka begitu gembira sambil menepuk tangan.

Semoga usaha menyemai benih-benih keamanan dan kehidupan harmoni berkembang  serta kita semua menjadi asbab tersebarnya Islam dan keamanan di seluruh dunia. Allahuma Ameen.


Outside In Inside Out




Outside In

GAP yakni ruang di antara apa yang dilihat dengan apa yang ada di fikiran dan apa yang dirasa itu seringkali membuatkan seseorang itu ego.

Berasa diri sudah sangat bagus dan hebat.

Juga seringkali berprasangka dan berpersepsi kebahagiaan itu dikecapi ketika memiliki sesuatu.

Outside itu seringkali menjadi sandaran untuk yang berada di dalam (in) yakni hati.

Ia adalah sekadar realiti fikiran yakni fikiran itu menerima info bersandarkan ilmu dan apa yang dilihat sahaja.

Ia menjadi sebuah keyakinan sehingga berasa benar sedangkan analisanya sekadar apa yang dilihat , didengar dan membuat rumusan dan kesimpulan atas batas ilmu yang ada.

***
Inside Out

Komunikasi lah dengan Allah di dalam membina dan menjaga kesedaran setiap saat kehidupan.

Ketika kita lupa Allah, nanti hati itu sentiasa berasa benar dengan hal outside in. Percaya dengan realiti fikiran. 

Tetapi ketika sedar Allah, nanti Allah masukkan ilham sehingga hati itu menangkap taqwa (kebaikan) yang berupakan realiti sebenar.

Maka ketika kita kuat sedar Allah, realiti fikiran itu adalah sama dengan realiti sebenar. Atau sekurang-kurangnya realiti fikiran hampir sama dengan realiti sebenar. Inilah proses inside out. 

Lalu pasti tiada prasangka buruk. Pasti sentiasa berada pada saat ini bersama kesedaran kuat pada Allah. Pasti sentiasa bahagia kerana bahagia itu hadir inside out.

Dan lebih penting, sentiasa sedar diri dan tidak ego.

[Sumber FB Fuad Latip 8 September 2017]