Friday, August 7, 2015

Kelebihan Membaca Ayatul Kursi

* Jika kita pulang ke rumah dan serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan mata. * Jika ayat Kursi dibaca 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan solat sunat dua rakaat, Allah memelihara kita daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar. * Pembaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad.* Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan.* Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.* Mengamalkan bacaan ayat Kursi akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanan. * Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar.
* Jika berpindah ke rumah baru, pada malam pertama menduduki rumah itu eloklah dibacakan ayat Kursi 100 kali, in sya Allah mudah-mudahan kita dan keluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin.* Sesiapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. *Jika membaca ketika hendak tidur, Allah memelihara kita, rumah kita, rumah jiran dan rumah-rumah di sekitar. * Sesiapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumah, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.*Jika dibaca di akhir solat fardu, pembacanya akan berada dalam lindungan Allah sehingga solat yang lain, juga tidak ada yang akan menegah dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan Allah menganugerahkannya hati orang yang bersyukur, perbuatan orang yang benar, pahala nabi-nabi dan juga Allah melimpahkan kepadanya rahmat. Allah azza wa jalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid."

No comments:

Post a Comment