Saturday, August 15, 2015

Kedudukan Dan Kekayaan Itu Ujian

Kedudukan atau kekayaan sebenarnya adalah ujian dari Allah. Dia mahu melihat sama ada kita hanya mementingkan diri tanpa mempedulikan nasib orang lain. Dia mahu melihat adakah kedudukan dan kesenangan itu diguna untuk membantu orang lain. Jangan sesekali menyangka kedudukan dan kekayaan itu punca kebahagiaan. Lihat di sekeliling kita betapa ramai yang berkedudukan dan kaya tetapi derita di jiwa. Jangan sesekali menyangka pengorbanan dan cabaran itu satu penderitaan. Lihatlah betapa ramai pejuang yang dihina dan ditindas namun ada syurga di hati mereka.
Seandainya Allah S.W.T. menguji dengan kekayaan, jangan cacatkan kekayaan itu. Serahkan diri kepada Allah dan tunaikan Hak-Hak Allah S.W.T. dari harta. Dia ingin melihat adakah hamba-Nya bersyukur ataupun ingkar terhadap nikmat-Nya. Barangsiapa bersyukur, sungguh dia telah bersyukur untuk kebaikan dirinya sendiri.
“Terimalah nasib dengan zuhud, tidak dengan kebencian. Orang yang makan sambil menangis tidak sama dengan orang yang makan sambil ketawa, dalam menerima segala ketentuanNya. Sentiasalah hatimu dengan Allah Azza Wajalla. Berserah dirilah atas keburukan nasib. Kamu makan sesuatu yang diberikan oleh tabib dan sesuai dengan ubatnya adalah lebih baik daripada makan sesuatu yang kamu sendiri tidak mengetahui asal usulnya. Selama hatimu keras terhadap amanat, maka hilanglah rahmat darimu, dan hilanglah pula segala yang ada padamu. Hukum2 syariat itu amanat yang dibebankan kepadamu, sedangkan kamu meninggalkan dan mengkhianatinya. Tidak guna lagi jika amanat telah lenyap dari hatimu.” ~ Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani

No comments:

Post a Comment