Tuesday, August 11, 2015

Monosodium Glutamate

Monosodium glutamate atau MSG adalah bentuk garam natrium dari glutamate, sejenis asid amino yang terdapat dalam makanan protein. MSG membuat masakan terasa lebih lazat. MSG menghasilkan rasa kelima, yang tidak tergantung dengan 4 rasa asas iaitu manis, masam, masin, dan pahit. Rasa unik yang kelima ini disebut “umami taste”. Pada awal 1900an, MSG diekstrak dari makanan kaya protein seperti rumput laut. Sekarang, MSG dibuat dari hasil fermentasi gula tebu. MSG membawa banyak membawa kesan kepada kesihatan seperti tumor (ketumbuhan) pada paru-paru, usus kecil, usus besar, bawah kulit, perut dan otak. Ini adalah hasil kajian di Jepun pada 25 Oktober 1983 ke atas 84 ekor tikus. Kesannya dilihat selepas 16 bulan. Ia boleh menyebabkan rasa kebas di tengkuk, lengan, belakang, lemah denyutan jantung setiap 15 – 20 minit. Ini fakta kes Chinese Restaurant Syndrome yang berlaku di Amerika Syarikat. Boleh menyebabkan asma kronik. Ini adalah fakta kes berlaku di Sydney. Membantutkan kebolehan otak bayi dan kanak-kanak untuk menerima pelajaran. Ia menyerang secara halus. Kalau kita selongkar kajian Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), pasti faktanya lebih menakutkan! Ajinomoto mungkin antara punca ramai orang umur 20an kena sakit buah pinggang. Buah pinggang kita letih kerana terpaksa menapis racun yang kita makan hari-hari seperti Ajinomoto, pengawet, perasa dan pewarna. Sumber racun paling terkenal di kalangan budak-budak asrama, kolej dan universiti ialah Mee Maggi! Ia MUDAH, CEPAT, JIMAT dan SEDAP! Dan pakejnya ialah sakit buah pinggang! Nauzubillah…[Rohayati Zakaria]

No comments:

Post a Comment