Thursday, January 30, 2014

The Meaning Of Worship

serenemaklong.blogspot.com
TO WORSHIP is: ► To obey Allah Subhanahu Ta'ala in all matters, in whatever situation; ► To fear Allah at all times in all places; ► To remember Allah Subhanahu Ta'ala at every junction of one’s life; ► To submit To each and every Command of Allah and His Messenger (sallAllahu 'alyhi wasallam) regardless of what one’s heart desires; ► To abstain from everything which Allah and Messenger (sallAllahu 'alyhi wasallam) have prohibited; ► To fulfill all the rights of one’s family, friends, loved ones, neighbors, and the society at large; ► To earn one’s livelihood in a lawful manner so that one may support one’s family; ► To spend of one’s means in the Cause of Allah; ► To do anything To further the Cause and Spread of Islam; ► To promote and enjoin the good ; ► To abstain from evil and to stop evil ► Prayers, fasts, pilgrimage, zakaah etc. are obligatory training courses ordained by Allaah so that man may truly fulfill the mission which he was created for that is worship of Allaah subhanahu taa'la, The Creator, Most Majestic, Most Supreme. [ Dr. Zakir Naik]

Strategi Sultan Nuruddin Mahmud Zanki

serenemaklong.blogspot.com
Pada 557 H (1164 M) orang-orang Kristian merancang untuk memindahkan jasad Nabi s.a.w. dari kuburnya bagi melemahkan semangat umat Islam. Untuk itu mereka mengirim 2 orang dari kalangan mereka untuk memasuki Madinah dan menyamar sebagai orang Morocco dari Andalusia yang soleh dan bertaqwa. Kedua-duanya menginap di tempat yang bersebelahan dengan kamar Nabi s.a.w. dari arah kiblat (selatan) di luar Masjid Nabawi dan secara bersembunyi mereka menggali sebuah terowong yang akan berakhir di di kamar Nabi saw dan seterusnya melarikan jasad Nabi s.a.w. Pada saat mereka mengganggap tugas mereka hampir berhasil, Sultan Nuruddin Mahmud Zanki (pemerintah di Syria) bermimpi melihat Nabi s.a.w. sedang menunjukkan kedua lelaki berambut perang itu dan menyatakan;"Hai Mahmud,selamatkan aku dari kedua orang ini". Beliau segera berangkat ke Madinah dan berjaya menghalang serta menangkap kedua-dua ejen kafir itu. Sultan Mahmud memerintahkan dipenggal leher mereka berhampiran jendela sebelah timur Kamar Nabi s.a.w. dan pada petangnya jasad kedua penjahat itu dibakar hangus. Kemudian Sultan Nuruddin Mahmud memerintahkan digali sebuah parit mengelilingi makam Nabi s.a.w. dan memerintah dituangkan timah cair ke dalam parit itu hingga penuh. Kemudian barulah Sultan pulang ke Syria.

Wednesday, January 29, 2014

Mengutuk Muslimin

serenemaklong.blogspot.com
(Dipetik dari Al-Kabair karya Syamsuddin Adz-Dzahabi, terjemahan M. Ladzi Safrony, BA ke dalam buku 75 Dosa Besar terbitan Media Idaman, Surabaya) Yang dimaksudkan dengan mengutuk ialah mendoakan orang lain agar mendapat kecelakaan. Mengutuk ini adalah satu perbuatan yang terlarang kita lakukan sesama muslim. Sebagaimana yang ditegaskan oleh Rasulullah SAW. di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim dari Ibnu Mas'ud: "Mencaci orang Islam itu termasuk fasik dan membunuhnya termasuk kafir." Rasulullah SAW. bersabda: "Mengutuk seorang mukmin itu seperti membunuhnya." [HR Jamaah selain Ibnu Majah, hadis riwayat Tsabit bin Adl-Dlahak].
Nabi SAW. bersabda: "Sesungguhnya seorang hamba bila melaknat seseorang nescaya laknat itu akan naik ke langit kemudian menutup pintu pintu langit di bawahnya, lalu turun ke bumi menutup pintu pintu yang lain, kemudian mengambil tangan kanan di tangan kirinya, apabila tidak memenuhi sasarannya, ia kembali kepada orang yang dilaknat dan jika tidak berjaya ia akan kembali kepada orang yang melaknatnya." [ HR Abu Daud]. Rasulullah SAW. bersabda:(ertinya) " Tidaklah para pelaknat itu dapat jadi penolong dan saksi di hari kiamat." [ HR Muslim dan Abu Daud].Rasulullah SAW. bersabda: (ertinya) " Tidak patut seorang sahabat baik, mengutuk (sahabatnya)" [HR Muslim dari Abu Hurairah].Di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, Rasulullah SAW. bersabda: (ertinya) " Seorang mukmin bukanlah orang yang suka mencerca, bukan yang suka membuat keji, dan bukan juga orang yang suka bercakap keji."
Dari hadis-hadis tersebut di atas telah diterangkan bahawa mengutuk orang mukmin itu termasuk perbuatan yang berdosa, kerana kutukan dan laknat itu menjadi hak ALLAH SWT sahaja, dalam menghukum setiap hambanya. Sehingga kita dilarang mengutuk kerana mengharapkan supaya ALLAH SWT mencabut semua nikmat yang telah diberikan kepada hamba tersebut baik nikmat zahir mahu pun nikmat batin, supaya dia (orang yang dilaknat) tidak memperoleh nikmat dan anugerah-Nya. Oleh kerana itu Rasulullah SAW melarang perbuatan itu, bahkan menganjurkan sebaliknya iaitu supaya saling mendoakan sesama muslim agar mendapat nikmat dan kurnia dari ALLAH SWT.

Usahakan Solat Malam

serenemaklong.blogspot.com

Fudhail bin ‘Iyâdh berkata, “Bila engkau tidak sanggup melaksanakan solat (tahajjud) pada malam hari dan berpuasa di siang hari, maka ketahuilah bahawa engkau orang yang terhalang (dari kebaikan) lagi banyak dosa.”




Seorang lelaki berkata kepada Hasan al-Bashri , “Sesungguhnya aku tidur dalam keadaan sihat, aku sangat ingin bangun melaksanakan solat malam dan telah ku siapkan air untuk bersuci, namun mengapa aku tetap tidak boleh bangun (di sepertiga malam terakhir)?”

Beliau menjawab, “Engkau telah dibelenggu oleh dosa-dosamu.” Bila seseorang tidak boleh mengerjakan solat malam, maka hendaklah dia kaji kenyataan seorang dari generasi Salaf, “Bila engkau belum boleh mengambil bahagian di waktu malam, maka janganlah engkau bermaksiat kepada Rabbmu di waktu siang.”

Sahl bin Sa’ad menuturkan, “Jibril pernah datang menemui Nabi s.a.w. dan seraya berkata, “Hai Muhammad! Hiduplah sesukamu, sesungguhnya kematian pasti akan menjemputmu. Cintailah siapa saja yang engkau senangi, sesungguhnya engkau pasti akan berpisah dengannya. Dan beramallah semahumu, sesungguhnya engkau akan menuai balasannya”. Kemudian Jibril berpesan, “Hai Muhammad, kemuliaan seorang Mukmin terletak pada solat malam dan kehormatannya adalah pada saat dia tidak lagi bergantung pada manusia.” (HR. Thabrani no. 831).

Penyerap Toksik Di Udara


Peace lily ini sesuai dijadikan pokok hiasan dalam rumah kerana ia menyedut sisa toksik dalam peredaran udara.


Dracaena ini juga mampu menyedut udara bertoksik.


Pokok lidah mak mertua atau pokok lidah jin sering dijadikan pokok lanskap boleh menyerap toksik dalam udara. Ambil beberapa batang pokok ini dan hiris atau potong dalam ukuran satu inci, masukkan ke dalam bekas dan letaklah di mana-mana sudut rumah terutama di tempat merokok. In sya Allah, ia akan menyedut segala toksik yang ada di dalam udara sekitarnya.

Areca palm sering dijadikan hiasan di sekeliling rumah. Pokok ini menapis xylene dan toluene d idalam udara, menukar lebih banyak karbon dioksida kepada oksigen sepanjang hari. kajian menunjukkan pokok ini apabila diletakkan kedalam bilik kedap udara, ia mampu menghasilkan bekalan oksigen dalam kadar tertentu mengikut saiz bilik dan jumlah pokoknya. Ia adalah alternatif bekalan oksigen di udara.

Provokasi


Gambar kain rentang ini dikatakan diambil di Pulau Pinang. Sebelum mula beremosi, sila baca firman Allah bila terima berita sebegini: " Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan." (Al-Hujuraat 49:6)

Kita tidak tahu kesahihan berita ini dan jangan cepat menuding jari dan berdemonstrasi. Mari imbas kembali beberapa peristiwa untuk iktibar:

1) Provokasi Abdullah ibn Saba menyebabkan umat Islam berperang sesama sendiri selepas 28 tahun kewafatan Baginda s.a.w.

 2) September 11 ciptaan Amerika sendiri dan mereka menuding jari kepada pengganas lalu digunakan sebagai alasan untuk menyerang Afghanistan.

3) Ingatkah kita kepala babi dibalut bendera PAS yang dibuang ke dalam surau?

4) George W. Bush menuduh Iraq memiliki senjata pemusnah lalu digunakannya sebagai alasan untuk menghancurkan Iraq, namun sehingga kini tiada senjata dijumpai walaupun Saddam Hussein telah mati digantung.

5) Aisyah, isteri Nabi s.a.w. dituduh berzina dengan sahabat oleh perbuatan keji Abdullah ibn Ubay ibn Salul.


KESIMPULAN:

Banyak lagi peristiwa yang sepatutnya menjadi iktibar. Andai ada bukti nyata dan jelas memang benar Kristian yang lakukan, semua orang akan membantah kerana sengaja melanggar perintah mahkamah dan memprovokasi keharmonian di Malaysia. Apa -apapun, selidik dulu dan jangan beremosi tidak bertempat... Wallahualam.

Persamaan Syiah Dan Yahudi


SYIAH DIASASKAN OLEH YAHUDI (Abdullah bin Saba).
YAHUDI: Pemerintahan mesti dari keluarga Daud.
SYIAH: Pemerintahan mesti dari keluarga Ali.
YAHUDI:Tiada jihad Fi sabilillah melainkan setelah muncul al-MASIH al-Muntazar dan menyeru dari langit.
SYIAH: Tiada jihad Fi sabilillah melainkan setelah muncul al-MAHDI al Muntazar dan turun sebab dari langit.
YAHUDI: Melewatkan solat Maghrib sehingga keluar bintang di langit. Begitu juga dengan Syiah. YAHUDI: Berpendapat talak tiga tidak jatuh. Begitu juga dengan Syiah.
YAHUDI: Wanita tidak iddah. Begitu juga dengan Syiah.
YAHUDI: Menghalalkan darah kaum Muslimin. Begitu juga Syiah menghalalkan darah golongan Sunni dan masuk syurga kalau dapat membunuh ahli Sunni.
YAHUDI: Menyelewengkan Taurat. Syiah pula menyelewengkan al-Quran.
YAHUDI: Membenci Jibril a.s. Kata mereka, “Dia adalah musuh kami di kalangan malaikat.” SYIAH: Jibril tersilap memberi wahyu kepada Muhammad, sepatutnya kepada Ali.
YAHUDI: Tidak makan daging unta. Begitu juga dengan Syiah.
YAHUDI: Mengharamkan arnab dan tuhhal. Begitu juga dengan Syiah.
YAHUDI: Tidak ada hukum menyapu khuf. Begitu juga dengan Syiah.
YAHUDI: Menuduh Maryam penzina.
SYIAH: Menuduh Ummul Mukminin Aisyah r.a. berzina. Kerana inilah Imam Malik mengkafirkan Syiah.
BAGI YAHUDI, di kalangan penganut agama mereka yang terbaik adalah sahabat nabi Musa a.s. BAGI NASRANI, yang terbaik di kalangan penganut agama mereka ialah sahabat nabi Isa a.s. BAGI SYIAH RAFIDAH, yang paling jahat di kalangan penganut agama mereka ialah sahabat Nabi Muhammad s.a.w.



NOTA TAMBAHAN MENGENAI SYIAH:
1.   Menghalalkan tatu dan bebas diletakkan pada anggota badan.
2.   Menghalalkan liwat dalam hubungan kelamin bersama isteri.
3.   Membolehkan nikah mut'ah dengan seberapa ramai wanita dan kemudian cerai. Nikah ini ditegah        oleh Rasulullah s.a.w. kerana mengabaikan tanggungjawab dan amanah.
4.   Tidak makan ikan yang tidak bersisik seperti ikan keli dan belut.
5.   Boleh bercakap ketika solat.
6.   Mengubah azan kepada “Ashadu anna Sayydima Ali Waliyullah”.
7.   Mengangkat takbir intiqolat ketika bangun dari sujud kepada duduk antara 2 sujud.
8.   Boleh Berkiblatkan Diri Sendiri Sesama Jemaah.
9.   Boleh solat jamak walaupun berada di rumah sepanjang masa.
10. Sunat bercium mulut sesama lelaki.
11. Menepuk kedua-dua paha selepas salam.
12. Menyanyi memperingati Hasan Husain dengan menepuk dada dan bahu.
13. Mengkafirkan para sahabat seperti Saidina Umar, Abu Bakar, dan keluarga Rasulullah s.a.w. 

[Sumber: Jom Berdakwah di FB]

Tuesday, January 28, 2014

Bicara Ibu Tua

serenemaklong.blogspot.com
Anak-anakku...Waktu semakin menghambatku, menjadikan daku lemah dan semakin lesu.Daku sering lupa dan mudah perasa. Fahamilah tatkala diulang-ulang bicaraku, usah kau tunjukkan wajah sinismu pabila kurang pendengaranku. Jangan dijeritkan kata-kata yang ditujukan kepadaku. Daku semakin tua anakku...Jiwaku mudah sayu, tersentuh perasaanku dengan lirikan matamu yang terserlah ketidaksabaranmu. Pandanganku kabur dan kudratku tidak segagah dahulu. Mudah tertumpah suapan makanan dari tanganku, terlepas pinggan dan cawan mengotori meja makanmu. Bersabarlah denganku. Lututku semakin lenguh, melambatkan pergerakanku. Bantulah aku bangkit berdiri, hulurkan tanganmu memudahkan langkahku atau memapahku jika perlu. Usah pula bau tubuh usangku membangkitkan loyamu.
Daku kesunyian anakku...ingatanku sering mengimbau kenangan lalu. Menjadikan daku suka bercerita. Berilah masa buatku, duhai anakku...Perhatianmu amat daku senangi. Ditakdirkan daku sakit terlantar, doaku agar dikau dapat melayaniku, bersabar dengan ragamku dan mampu membersihkan diriku yang terpaksa bergantung sepenuhnya kepadamu. Saat-saat akhir hayatku...semoga dikau tetap menjagaku sebagaimana bayi kecil yang tiada mampu.
Pemergianku usah diiringi dengan tangisan. Doakan agar dimudahkan daku di alam sana. Tiada lagi tambahan bekalan buatku selain doa darimu. Semoga dinilai di sisi-Nya dikau sebagai anak yang soleh kerana telah kau tunaikan segala tanggungjawabmu terhadap orangtuamu ini. Terima kasih anakku...dipertemukan kita hendaknya, agar bersama di syurga-Nya nanti.

Monday, January 27, 2014

Madah Para Khalifah

serenemaklong.blogspot.com
SAIDINA ABU BAKAR RADHIALLAHU ANHU BERKATA: Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu daripada 4 sifat yang membinasakan iaitu: Dia akan mati dan hartanya akan diambil oleh warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya atau;hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim atau;hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan dipergunakan untuk kejahatan pula atau;adakalanya harta itu akan dicuri dan dipergunakan secara berfoya-foya pada jalan yang tidak berguna.
SAIDINA UMAR AL-KHATTAB RADHIALLAHU ANHU BERKATA: Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.
SAIDINA UTHMAN BIN AFFAN RADHIALLAHU ANHU BERKATA: Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah: Hatinya selalu berniat suci Lidahnya selalu basah dengan zikrullah Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa) Segala perkara dihadapaiya dengan sabar dan tabah Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia.
SAIDINA ALI KARRAMALLAHU WAJHAH BERKATA: Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyu'. Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada perbuatan yang sia-sia. Tiada kebaikan bagi pembaca al-Qur'an tanpa mengambil pangajaran daripadanya. Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifat wara' Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang-menyayangi. Nikmat yang paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki. Doa yang paling sempurna ialah doa yang dilandasi keikhlasan Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya, siapa yang banyak salahnya, maka hilanglah harga dirinya, siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak wara', sedang orang yang tidak wara' itu bererti hatinya mati.

Dhobb - Biawak Gurun

serenemaklong.blogspot.com
Inilah makanan mujahidin dan penduduk kampung ahlul sunnah,di sempadan Iraq-Syria yang mengalami perang antara Mujahidin Ahlul Sunnah bergabung dengan ISIS menentang Pasukan Rejim Syiah Iraq. Ini adalah sejenis biawak gurun.Namanya Dhobb.Ia halal walaupun Rasulullah tidak memakan daging dhobb. Dari Ibnu ‘Umar Radhiyallohu'anhuma, dia berkata, telah bersabda Rasulullah shallallohu ‘alaihi wa sallam: “Aku tidak memakan dhobb dan aku tidak mengharamkannya.” [HR. Bukhori no. 5536] [Admin Pedang Sabur ]

Sayang Sudah Terlambat

serenemaklong.blogspot.com
Seorang pemuda duduk di hadapan laptopnya. Log in facebook. Benda pertama sekali dia check adalah inbox. Hari ini dia terlihat sesuatu yang dia terlepas pandang selama ini. Bahagian 'OTHER' di inboxnya. Ada satu, dua mesej. Mesej pertama, spam. Mesej kedua dibukanya. Mesej 3 bulan yang lepas tarikhnya. Ditatap isinya: "Salam. Ini kali pertama abah cuba guna facebook. Abah cuba tambah kamu sebagai kawan tapi tak dapat. Abah pun tak faham sangat benda ni. Abah cuba hantar mesej ini kepada kamu. Maaf, abah tak biasa sangat menaip. Ini pun kawan abah yang ajarkan. Ingat tak bila pertama kali kamu ada handphone? Masa tu kamu tingkatan 4. Abah kesian semua anak-anak sekarang ada handphone. Jadi, abah hadiahkan pada kamu satu. Dengan harapan, kamu akan call abah kalau kamu ada nak kongsi masalah tentang asrama atau sekolah atau apa-apa saja. Tapi, kamu hanya call abah seminggu sekali. Tanya tentang duit makan dan belanja. Abah terfikir juga, topup RM10 tapi call abah tak sampai 5 minit boleh habis ke prepaid tu? Masa kamu kecil dulu, abah ingat lagi bila kamu dah boleh bercakap. Kamu asyik panggil, 'Abah, abah, abah'. Abah seronok sekali anak lelaki abah panggil abah. Panggil mama. Abah seronok dapat bercakap dengan kamu walaupun kamu mungkin tidak ingat dan tak faham apa abah cakapkan di umur kamu 4, 5 tahun. Tapi, percayalah. Abah dan mama cakap dengan kamu banyak sangat. Kamulah penghibur kami di saat kami berduka. Walaupun hanya dengan keletah gelak tawa si kecil. Bila kamu sekolah rendah. Abah ingat lagi kamu selalu bercakap dengan abah ketika membonceng motor dengan abah setiap pergi dan balik sekolah. Macam-macam kamu ceritakan pada abah. Tentang cikgu, sekolah, kawan-kawan. Abah jadi makin bersemangat bekerja keras cari duit untuk biaya kamu ke sekolah. Sebab kamu seronok sekali. Gembira. Ayah mana tidak gembira anak suka ke sekolah belajar. Bila kamu sekolah menengah. Kamu ada kawan-kawan baru. Kamu balik dari sekolah, kamu masuk bilik. Kamu keluar bila masa makan. Kamu keluar dengan kawan-kawan. Kamu mulai jarang bercakap dengan abah. Kamu pandai. Akhirnya masuk asrama. Di asrama, jarak antara kita makin jauh. Kamu cari kami bila perlu. Kamu biarkan kami bila tak perlu. Abah tahu, naluri remaja. Abah pun pernah muda. Akhirnya, abah dapat tahu kamu ada kekasih. Ketika di universiti, sikap kamu sama sahaja ketika di sekolah menengah. Jarang hubungi kami. Bila balik cuti, kamu dengan handphone kamu. Kamu dengan laptop kamu. Kamu dengan internet kamu. Kamu dengan dunia kamu. Abah tertanya-tanya juga sendiri. Adakah kawan istimewa itu lebih penting dari abah dan mama? Adakah abah dan mama cuma diperlukan bila kamu nak nikah sahaja sebagai pemberi restu? Adakah kami ibarat tabung pada kamu sahaja? Hakikatnya, kamu jarang berbicara dengan abah lagi. Ada pun boleh dibilang dengan jari. Berjumpa tapi tak berkata-kata. Sebumbung tapi seperti tak bersua. Bertegur bila cuma hari raya. Tanya sepatah, jawab sepatah. Dileter, kamu tarik muka. Dimarah, kamu tak balik cuti. Malam ni, abah sebenarnya rindu sangat pada kamu. Bukan mahu berleter, mengungkit atau membangkit. Cuma abah dah terlalu tua. Abah dah di hujung 60an. Kudrat abah tidak sekuat dulu lagi. Abah tak minta banyak. Kadang-kadang, abah cuma mahu kamu berada di sisi abah. Berbicara tentang hidup kamu. Luahkan apa yang terpendam dalam hati kamu. Menangis pada abah. Mengadu pada abah. Bercerita pada abah seperti kamu kecil-kecil dulu. Apapun, maafkan abah atas curahan hati abah ini. Jagalah solat. Jagalah hati. Jagalah iman. Mungkin kamu tidak punya waktu berbicara dengan abah. Namun, jangan pula kamu tidak punya waktu berbicara dengan Tuhan. Usah letakkan cinta di hati pada seseorang melebihi cinta kepada Tuhan. Mungkin kamu terabaikan abah. Namun jangan kamu mengabaikan Tuhan. Maafkan abah atas segalanya." Pemuda menitiskan air mata. Dalam hati perit tidak terkira. Mana tidaknya. Tulisan ayahandanya itu dibaca setelah 3 bulan beliau pergi buat selama-lamanya. Di saat tidak mungkin lagi mampu memeluk tubuh tua ayahnya. [Nukilan Muhammad Rusydi]

Sunday, January 26, 2014

Minum Gaya Rasulullah s.a.w.

serenemaklong.blogspot.com
Air adalah elemen terpenting dalam kehidupan kerana 70% tubuh manusia terdiri daripada air. Seorang manusia boleh hidup berhari-hari tanpa makanan, tetapi tidak mampu hidup jika tidak minum walaupun sehari. TEKNIK MINUM SUNNAH BAGINDA S.A.W.: 1. Mengucapkan basmallah sebelum minum dan mengucapkan Alhamdulillah seusainya. 2. Minum dalam keadaan duduk. Minum dalam keadaan berdiri menyebabkan air masuk ke perut dalam tekanan yang tinggi dan akan melanggar dinding perut. Jika diamalkan selalu, dinding perut menjadi longgar dan menyukarkan proses penghadaman. 3. Minum dengan tangan kanan. Baginda bersabda: “ Janganlah kamu makan dengan (tangan) kirimu, sesungguhnya syaitan itu makan dan minum dengan (tangan) kirinya.” HR Muslim. 4. Tidak bernafas dalam bekas minuman dan minum dengan tiga tegukan. Baginda bersabda: “ Jika kamu minum, maka janganlah bernafas dalam bekas air minuman.” HR al-Bukhari. Dalam hadis lain, Baginda menyebut cara ini: “Sungguh, ini lebih mengenyangkan, menyembuhkan dan menyegarkan.” HT al-Bukhari. 5. Menjaga kebersihan. Ini adalah untuk mengelakkan keracunan makanan ataupun minuman. Kerana itu Baginda membersihkan mulut dengan minum air kosong selepas minum susu. MINUMAN KEGEMARAN BAGINDA S.A.W. Menurut Aishah r.a. Baginda gemar minuman sejuk dan manis. Kadangkala Baginda akan mencampurkan minumannya dengan kismis, kurma atau madu pada waktu malam dan akan meminumnya pada pagi esoknya. Baginda juga suka minum susu yang telah disejukkan. TIP KESIHATAN: Menurut sains perubatan, minuman panas yang ditiup dan dihembuskan nafas untuk menyejukkannya akan membawa mudarat. Hembusan nafas (C02) pada minuman (H20) akan menukar minuman itu menjadi H2C03 yang bersifat asid. Kadar asid yang bertambah dalam perut akan menyebabkan pedih ulu hati dan ketidakselesaan.

Thursday, January 23, 2014

Sabar Hadapi Cacian

Dari Abu Darda’ r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Orang-orang yang suka mengutuk tidak dapat memberi syafaat dan memberi kesaksian pada Hari Kiamat.” Rasulullah s.a.w. juga bersabda,“ Sesiapa yang benar-benar beriman dengan Allah dan Hari Akhirat, hendaklah dia berkata baik atau diam”. (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim). “ Tidak ada seseorang pun yang mendengar sesuatu yang menyakitkan lebih sabar daripada Allah. Dia telah disekutukan dan dianggap memiliki anak, tetapi Dia membiarkan dan memberi mereka rezeki.” (Hadis Riwayat Ahmad daripada Abu Musa al-Asy’ari). “ Sesungguhnya Allah tidak melihat rupa kamu tetapi Allah melihat hati dan amalan kamu.” (Hadis Riwayat Muslim no. 6708). “ Tidak sempurna iman seseorang sehingga dia mengasihi saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri.”
Firman Allah yang bermaksud: “ Tiada suatu ucapan pun yang diucapkannya melainkan ada malaikat pengawas (Raqib dan Atid) yang selalu hadir.” (Surah Qaf ayat 18). “ Jangan kamu merasa lemah dan berdukacita, sebaliknya kamulah orang yang tinggi jika kamu beriman.” (Surah Ali Imran ayat 139). “Dan sesiapa yang benar-benar berjuang di jalan Kami nescaya Kami akan memberi pimpinan Kami. Allah sentiasa bersama dengan orang yang melakukan kebaikan.” (Surah al-Ankabut ayat 29).
Kata Hukama: “Orang yang sibuk melakukan kebaikan, tidak akan sempat melihat keburukan orang lain.”

Tuesday, January 21, 2014

Tin Kehidupan

serenemaklong.blogspot.com
Seorang profesor dalam kelas sosiologi telah mengeluarkan beberapa barang di hadapan kelas.Apabila kelas dimulakan, tanpa sebarang penerangan, profesor terus mengeluarkan satu tin biskut yang besar dan kosong, dan terus mengisi tin tersebut dengan bola-bola golf sehingga penuh. Kemudian, profesor bertanyakan kepada pelajarnya, “Tin biskut ini sudah penuhkah?” Mereka mengangguk dan mengatakan “Ya!” Profesor kemudian mengambil sekotak kacang, dan menuangkannya ke dalam tin biskut tersebut. Tin biskut digoncangkan sedikit, lalu kacang-kacang pun bergerak-gerak mengisi ruang di antara bola-bola golf. Kemudian, profesor bertanya lagi kepada pelajarnya sama ada tin biskut tersebut sudah penuh atau belum. Pelajarnya mengangguk dan mengatakan “Ya!” Selepas itu, tanpa ditunggu-tunggu, profesor mengambil pula sekotak pasir dan menuangkan pasir tersebut ke dalam tin biskut. Sudah semestinya, pasir yang halus itu mengisi setiap pelusuk dan ruang di dalam tin biskut tersebut. Kemudian profesor bertanya lagi kepada pelajarnya, “Tin biskut ini sudah penuhkah ?” Semua pelajarnya mengatakan “Ya!” dengan penuh yakin! Tiba-tiba, profesor mengeluarkan dua cawan kopi dari bawah meja, dan menuangkan semua kopi itu ke dalam tin biskut yang sudah penuh itu. Pelajarnya tersenyum melihat aksi terakhir itu.
“Sekarang, saya mahu kamu semua faham, tin biskut ini ibarat hidup kamu. Bola golf melambangkan perkara paling penting seperti Tuhan, agama, keluarga, anak-anak, kesihatan, kawan-kawan dan minat kamu. Jika kamu kehilangan benda-benda lain, itu sahaja yang hilang sedangkan hidup kamu masih penuh berisi.Kacang merupakan hal-hal seperti kerja, kereta, rumah. Dan pasir yang kecil dan halus melambangkan perkara-perkara kecil. Kalau kamu masukkan pasir dahulu ke dalam tin biskut, tentu tidak ada ruang bagi kacang ataupun bola golf untuk masuk ke dalam tin. Sama seperti hidup ini, kalau kamu luangkan semua masa dan tenaga kepada perkara-perkara kecil sahaja, kamu tidak akan ada masa dan tenaga untuk perkara yang lebih penting. Oleh itu tumpukan perhatian kepada perkara yang membahagiakan dan menggembirakan hidup kamu.
Sembahyanglah berjemaah. Kukuhkan ikatan silaturrahim. Bermainlah bersama anak-anak. Bawa pasangan tercinta keluar berjalan-jalan. Luangkan masa bersama kawan-kawan. Pasti akan ada masa untuk bersihkan rumah, lipat baju, baiki lampu rumah. Jagalah bola-bola golf dulu, perkara yang lebih bermakna dalam hidup kamua. Ketahui perkara mana yang lebih penting dan patut diutamakan. Yang lain itu semua pasir sahaja.
”Seorang pelajarnya kemudian mengangkat tangan dan bertanya, “Apa maksud kopi tu pula?” Profesor menjawab dengan penuh senyuman, “Bagus kamu tanya. Ia cuma nak menyatakan, tidak kira berapa sibuk pun hidup kita dalam seharian, pasti akan ada ruang untuk minum kopi bersama kawan-kawan..!!!”

If You Lose Your Mobile Phone

serenemaklong.blogspot.com

Monday, January 20, 2014

Menambah Rezeki

serenemaklong.blogspot.com
AMALAN MENAMBAH REZEKI: 1. Memperbanyak istighfar dan bertaubat. Firman Allah: Maka aku katakan pada mereka: "Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu, dan membanyakkan harta dan anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula didalamnya) untukmu sungai-sungai" (Surah Nuh:10-12) 2. Meningkatkan ketaqwaan.Firman Allah: "Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar, dan memberinya rezeki daripada arah yang tidak disangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya" (Surah At-Thalaq:2-3) 3. Gemar membuat tali silaturahim. Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa yang ingin dilapangakan rezekinya dan ingin dipanjangkan umurnya, maka hendaklah ia menyambung tali silaturahim. (Bukhari&Muslim) 4. Menunaikan ibadah haji dan umrah. Rasulullah SAW bersabda: Lakukan haji dan umrah, kerana keduanya akan menghapus kefakiran dan dosa sebagaimana api menghilangkan karat besi,emas dan perak. (Ahmad) 5. Gemar mendermakan harta. Firman Allah SWT: Katakanlah: "Sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendakiNya diantara hamba-hambaNya dan menyempitkan bagi (siapa yang dikehendakiNya)". Dan barang apa saja yang kamu nafkahkan, maka Allah akan menggantinya dan Dialah pemberi rezeki yang sebaik-baiknya.(Surah Saba':39) 6. Membiasakan ibadah dengan benar. Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Allah berfirman "Wahai anak adam, sibukkanlah untuk beribadah kepadaku nescaya Aku akan penuhi dadanya dengan kekayaan dan Aku tutup kefakiranmu.jika tidak kamu lakukan, nescaya akan Aku penuhi pada kedua tanganmu kesibukkan dan tidak Aku tutup kefakiranmu."(Ahmad) 7. Hijrah di jalan Allah (fisabilillah).Firman Allah SWT: Barangsiapa berhijrah di jalan Allah, nescaya mereka mendapat di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak, Barangsiapa yang keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kepada Allah dan Rasulnya, kemudian kematian menimpanya (sebelum sampai ke tempat yang dituju), maka sungguh telah tetap pahalanya di sisi Allah. Dan adalah Allah maha pengampun lagi maha penyayang. (Surah An-Nisa':100) 8. Tawakkal kepada Allah SWT.Rasulullah SAW bersabda: Seandainya kalian mahu bertawakkal kepada Allah dengan sebenar-benarnya, pasti Allah akan memberikan rezeki kepadamu sebagaimana burung yang diberi rezeki, pagi-pagi dia dalam keadaan lapar dan kembali dalam keadaan kenyang. (Ahmad & Tirmidzi)

Garam

serenemaklong.blogspot.com
GARAM penting bagi tukang masak, suri rumahtangga dan siapa saja yang suka masak. Selama ini kita disogok dengan fakta palsu - kononnya garam boleh menyebabkan darah tinggi. Ini protokol yahudi. Untuk perubatan penyakit rohani, air perlu dicampur garam terutama yang melibatkan sihir dan santau. Kenapa? Allah mencipta garam untuk menarik toksik/asid/racun dalam darah atau tubuh dan juga penarik unsur-unsur negatif. Pengamal Perubatan Islam menggunakan garam untuk membersih rumah atau memagar rumah. Garam perlu ditabur di sekeliling rumah. Garam juga merupakan unsur yang boleh mengimbangi semula sistem tubuh kita.
Bagaimanapun garam boleh jadi rosak apabila dimasak atau bertindakbalas dengan suhu tinggi/panas. Kalau hendak memasak, gunalah garam bukit dan jangan bubuh garam ketika makanan menggelegak atas dapur. Tutup api dan biar suhu turun dulu. Baru letak garam. Cara ini dipanggil bubuh garam atas darat, seperti yang orang Arab lakukan. Mereka bubuh garam semasa hendak makan. Sebab? Garam ada natrium dan potasium. Tubuh perlu potasium lebih. Kalau dalam suhu panas, garam hanya tinggal natrium. Potasium rosak dalam suhu panas. Sebab itulah kena darah tinggi. Seelok-eloknya di tempat makan sentiasa ada semangkuk kecil garam. Wallahu'alam. Semoga bermanfaat.

Saturday, January 18, 2014

Penerima Naungan Di Hari Kiamat

serenemaklong.blogspot.com
Dari Abu Hurairah radhiallahu anhu dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam beliau bersabda: سَبْعَةٌ يُظِلُّهُمْ اللَّهُ فِي ظِلِّهِ يَوْمَ لَا ظِلَّ إِلَّا ظِلُّهُ: الْإِمَامُ الْعَادِلُ وَشَابٌّ نَشَأَ فِي عِبَادَةِ رَبِّهِ وَرَجُلٌ قَلْبُهُ مُعَلَّقٌ فِي الْمَسَاجِدِ وَرَجُلَانِ تَحَابَّا فِي اللَّهِ اجْتَمَعَا عَلَيْهِ وَتَفَرَّقَا عَلَيْهِ وَرَجُلٌ طَلَبَتْهُ امْرَأَةٌ ذَاتُ مَنْصِبٍ وَجَمَالٍ فَقَالَ إِنِّي أَخَافُ اللَّهَ وَرَجُلٌ تَصَدَّقَ أَخْفَى حَتَّى لَا تَعْلَمَ شِمَالُهُ مَا تُنْفِقُ يَمِينُهُ وَرَجُلٌ ذَكَرَ اللَّهَ خَالِيًا فَفَاضَتْ عَيْنَا “Ada tujuh golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah pada hari yang tidak ada naungan kecuali naungan-Nya: 1. PEMIMPIN YANG ADIL. Dia adalah manusia yang paling dekat kedudukannya dengan Allah Ta’ala pada hari kiamat. Dari Abdullah bin Amr bin Al-Ash radhiallahu anhuma dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: إِنَّ الْمُقْسِطِينَ عِنْدَ اللَّهِ عَلَى مَنَابِرَ مِنْ نُورٍ عَنْ يَمِينِ الرَّحْمَنِ عَزَّ وَجَلَّ وَكِلْتَا يَدَيْهِ يَمِينٌ الَّذِينَ يَعْدِلُونَ فِي حُكْمِهِمْ وَأَهْلِيهِمْ وَمَا وَلُوا “Orang-orang yang berlaku adil berada di sisi Allah di atas mimbar yang terbuat dari cahaya, di sebelah kanan Ar-Rahman Azza wa Jalla sedangkan kedua tangan Allah adalah kanan semua. Iaitu orang-orang yang berlaku adil dalam hukum, adil dalam keluarga dan adil dalam melaksanakan tugas yang dibebankan kepada mereka.” (HR Muslim no. 3406) 2. PEMUDA YANG KEBIASAANNYA BERIBADAH KEPADA RABBNYA. Dorongan dan ajakan kepada syahwat di masa muda mencapai pada puncaknya. Kebanyakan awal penyimpangan itu terjadi pada masa muda. Tetapi ketika seorang pemuda sanggup meninggalkan semua syahwat yang Allah Ta’ala haramkan semata-mata kerana mengharapkan redha Allah, maka dia patut mendapat naungan Allah di padang mahsyar. 3. LELAKI YANG HATINYA TERPAUT DENGAN MASJID. Sungguh Allah Ta’ala telah memuji semua orang yang memakmurkan masjid secara umum di dalam firman-Nya: في بيوت أذن الله أن ترفع ويذكر فيها اسمه يسبح له فيها بالغدو والآصال رجال لا تلهيهم تجارة ولا بيع عن ذكر الله وإقام الصلاة وإيتاء الزكاة يخافون يوماً تتقلب فيه القلوب والأبصار ليجزيهم الله أحسن ما عملوا ويزيدهم من فضله والله يرزق من يشاء بغير حساب “Bertasbih kepada Allah di masjid-masjid yang telah diperintahkan untuk dimuliakan dan disebut nama-Nya di dalamnya, pada waktu pagi dan waktu petang. Lelaki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan tidak (pula) oleh jual beli dari mengingati Allah, dan (dari) mendirikan sembahyang, dan (dari) membayarkan zakat. Mereka takut kepada suatu hari yang (di hari itu) hati dan penglihatan menjadi goncang. (Meraka mengerjakan yang demikian itu) supaya Allah memberikan balasan kepada mereka (dengan balasan) yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan, dan supaya Allah menambah karunia-Nya kepada mereka. Dan Allah memberi rezeki kepada siapa yang dikehendaki-Nya tanpa batas.” (An-Nur: 36-38) Terpautnya hati dengan masjid hanya akan didapatkan oleh siapa saja yang menuntun jiwanya menuju ketaatan kepada Allah. Jiwa pada dasarnya cenderung memerintahkan sesuatu yang jelek. Jika dia meninggalkan semua ajakan dan seruan jiwa yang jelek itu dan lebih mendahulukan kecintaan kepada Allah, maka patutlah ia mendapat pahala yang sangat besar. 4. DUA ORANG YANG SALING MENCINTAI KERANA ALLAH, SEHINGGA MEREKA TIDAK BERTEMU DAN TIDAK JUGA BERPISAH KECUALI KERANA ALLAH. Kedua orang ini telah berjihad dalam melawan hawa nafsu mereka. Hal itu kerana hawa nafsu itu menyeru untuk saling mencintai karena selain Allah karena adanya tujuan-tujuan duniawi. Makna ‘mereka tidak bertemu dan tidak juga berpisah kecuali kerana Allah’ adalah keduanya bersatu dan bermuamalah kerana keduanya mencintai Allah. Kerana bila salah seorang di antara mereka berubah dari sifat ini (mencintai Allah), maka temannya itu akan meninggalkannya dan menjauh darinya kerana dia telah meninggalkan sifat yang menjadi sebab awalnya mereka saling menyayangi. Sehingga jadilah ada dan tidak adanya cinta dan sayang di antara keduanya berputar dan ditentukan oleh ketaatan kepada Allah dan berpegang teguh kepada sunnah Rasul-Nya shallallahu alaihi wasallam. 5. LELAKI YANG DIAJAK (BERZINA) OLEH SEORANG WANITA YANG BERKEDUDUKAN DAN CANTIK LALU DIA BERKATA, 'AKU TAKUT KEPADA ALLAH’. Dia diminta oleh wanita yang mengumpulkan status sosial yang tinggi, harta yang melimpah, dan kecantikan yang luar biasa untuk berzina dengannya. Akan tetapi dia menolak permintaan dan ajakan tersebut kerana takut kepada Allah. Maka ini tanda yang sangat nyata menunjukkan dia lebih mendahulukan kecintaan kepada Allah daripada kecintaan kepada hawa nafsu. Dan orang yang sanggup melakukan ini akan termasuk ke dalam firman Allah Ta’ala: وأما من خاف مقام ربه ونهى النفس عن الهوى فإن الجنة هي المأوى “Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya.” (An-Naziat: 40) Dan pemimpin setiap lelaki dalam masalah ini adalah Nabi Yusuf alaihissalam. 6. ORANG YANG BERSEDEKAH DENGAN SEMBUNYI-SEMBUNYI, HINGGA TANGAN KIRINYA TIDAK TAHU APA YANG DIINFAKKAN OLEH TANGAN KANANNYA. Iaitu dia berusaha seboleh mungkin agar sedekah dan dermanya tidak diketahui oleh siapapun kecuali Allah, hingga diibaratkan tangan kirinya tidak tahu apa yang diinfakkan oleh tangan kanannya. Kerana disunnahkan dalam setiap zakat, infak, dan sedekah agar orang yang mempunyai harta menyerahkannya secara langsung kepada yang berhak menerimanya dan tidak melalui wakil dan perantara. Kerana hal itu akan lebih menyembunyikan sedekahnya. Juga disunnahkan dia memberikannya kepada kerabatnya sendiri sebelum kepada orang lain, agar sedekahnya juga dia sembunyikan. 7. ORANG YANG BERZIKIR KEPADA ALLAH DALAM KEADAAN SENDIRIAN HINGGA KEDUA MATANYA BASAH KERANA MENANGIS.” (HR Al-Bukhari no. 620 dan Muslim no. 1712). Amalan ini sangat berat dan tidak akan dirasakan kecuali oleh orang yang mempunyai kekuatan iman dan orang yang takut kepada Allah ketika dia sendirian mahupun ketika dia bersama orang lain. Dan tangisan yang lahir dari kedua sifat ini merupakan tangisan kerana takut kepada Allah Ta’ala. PENJELASAN: Ketujuh orang yang tersebut dalam hadith di atas, walaupun lahiriah amalan mereka berbeza-beza bentuknya, akan tetapi semua amalan mereka itu mempunyai satu sifat yang sama yang membuat mereka semua mendapat naungan Allah Ta’ala. Sifat itu adalah mereka sanggup menyelisihi dan melawan hawa nafsu mereka guna mengharapkan keredhaan Allah dan ketaatan kepada-Nya. Kemudian, penyebutan 7 golongan dalam hadith ini tidaklah menunjukkan pembatasan. Kerana telah sahih dalam hadith lain adanya golongan lain yang Allah lindungi pada hari kiamat selain dari 7 golongan di atas. Di antaranya adalah orang yang memberikan kelonggaran dalam penagihan hutang. Dari Jabir radhiallahu anhu: Nabi shallallahu alaihi wasallam bersabda: مَنْ أَنْظَرَ مُعْسِرًا أَوْ وَضَعَ عَنْهُ أَظَلَّهُ اللَّهُ فِي ظِلِّهِ “Barangsiapa yang memberikan kelonggaran kepada orang yang berhutang atau menggugurkan hutangnya, maka Allah akan menaunginya di bawah naungan-Nya.” (HR Muslim no. 5328)

Thursday, January 16, 2014

Rapatkan Saf

serenemaklong.blogspot.com
Daripada Humaid, daripada Anas, daripada Nabi s.a.w. sabdanya: "Dirikanlah saf-safmu semua itu dengan rata, sebab sesungguhnya aku dapat melihat kamu semua dari belakang punggungku (belakang Nabi)". Anas berkata, "seseorang daripada kita menempelkan bahunya dengan bahu kawannya, juga kakinya dengan kaki kawannya iaitu sangat rapat sekali pada waktu berdiri dalam saf itu dan tidak ada tempat longgar."

Sunnah Rasulullah s.a.w.- Niat

serenemaklong.blogspot.com
Siapa yang tidak ada padanya sunnah Allah, sunnah Rasul dan sunnah wali-Nya, maka tiadalah apa-apa kebaikan padanya. Ditanya orang pada Sayidina Ali k.w., “Apakah sunnah Allah?” Sayidina Ali menjawab, “Menyembunyikan rahsia (misalnya menutup aib orang lain).” Ditanya lagi, “Apakah pula sunnah Rasulullah?” Sayidina Ali berkata, “Berlemah lembut dengan sesama manusia.” Ditanya lagi, “Apakah pula sunnah wali-Nya?” Sayidina Ali menjawab, “Sabar dalam menanggung penderitaan.”
Segala amalan yang diharuskan seperti makan, tidur, bekerja mencari rezeki dan lain-lain boleh menjadi suatu ibadah dan ketaatan kepada Allah SWT jika diniatkan semata-mata kerana Allah. Itu akan menyebabkan seseorang hamba itu akan diganjarkan pahala yang banyak. Sabda Rasulullah saw: Sesungguhnya segala amalan itu bergantung kepada niat - Direkodkan oleh Bukhari dan Muslim. Contohnya seseorang tidur awal pada waktu malam untuk bangun beribadah pada malamnya atau bangun untuk solat Subuh, makan tidurnya dikira ibadah kepada Allah. Begitu juga amalan yang lain hendaklah diniatkan kerana Allah.

Hachiko - The Faithful Dog

serenemaklong.blogspot.com
Remember that movie " Hachi " ? Its based on a true story of a faithful Dog Who Waited 9 Years for His Master's Return . Hidesamuro Ueno brought his dog, Hachiko, to Tokyo in 1924, and every day when he left for his teaching job, Hachiko would stand by the door and watch him go. Then at 4 p.m. the Akita would arrive at Shibuya Station to meet his owner. A year later Ueno died of a stroke at work, but Hachiko continued to return to the train station at 4 p.m. every single day, searching for his owner’s face amid the slew of passengers getting off the train. Hachiko returned to the train station every day for 10 years until he died in 1935.
The last photo ever taken of Hachikō.

Sami Dapat Hidayah

serenemaklong.blogspot.com

Wednesday, January 15, 2014

Selamatkan Aqidah Keturunan Kita

serenemaklong.blogspot.com
Mari sama-sama selamatkan akidah anak-anak dan keturunan kita. Jika anda masih fikir Syiah bukan isu ummah, lihatlah keberanian mereka semakin berani mengaku secara terang-terangan. Mungkinkah anak-anak kita juga turut dipengaruhi oleh dakyah mereka? Na'udzubillah. Semoga Allah pelihara kita semua. Ibu bapa sekalian, jagalah aqidah anak-anak dan amanah Allah.

The Hama Massacre

serenemaklong.blogspot.com
Tahukah anda Ikhwanul Muslimin pernah cuba bergerak di Syria suatu masa dahulu,sekitar tahun 1970-an? Menurut sahabat Syria kami,gerakan Ahli Sunnah Wal Jamaah tersebut (yang jelas bertentangan dengan Syiah Alawi keluarga AlAssad) berpusat di Hama,sebuah daerah di Syria di mana majoriti penduduk di kawasan itu adalah ahli Ikhwanul Muslimin. Namun,pada Februari 1982,Hafez Al Assad telah MEMBUNUH hampir semua ahli Ikhwanul Muslimin di kawasan itu. Hafez telah mengarahkan tentera-tenteranya menjalankan pembunuhan beramai-ramai tersebut selama 27 hari demi menghentikan gerakan Ikhwanul Muslimin secara TOTAL di Syria. Tragedi ini dikenali ramai sebagai 'The Hama Massacre'. Laporan rasmi dari Syrian Human Rights Committee mengatakan 40,000 orang dibunuh di dalam tragedi tersebut,namun sahabat Syria kami mengatakan yang rakyat Syria tahu angka yang maut sebenarnya jauh lebih ramai,mungkin lebih 80,000. Terdapat pelbagai cerita yang mengerikan tentang cara ahli-ahli Ikhwanul Muslimin ini dibunuh. Apa yang pasti,sejak tragedi itu,sangat susah untuk Ikhwanul Muslimin bergerak dan berdakwah di Syria,memandang mungkin mereka akan dibunuh bila-bila masa oleh Tentera Al Assad jika berbuat demikian. Sedarkah anda akan sejarah hitam Syria ini? Sedarkah anda betapa kejamnya Al Assad terhadap Ahli Sunnah Wal Jamaah? Mereka sedang cuba menghapuskan kita dari muka bumi ini. Sungguh berat dugaan dan cabaran yang dihadapi oleh Ikhwanul Muslimin sejak dulu hinggalah sekarang,bukan sahaja di Mesir,malah di Syria dan pelbagai negara lagi... Semoga Allah terus memberikan kekuatan kepada mereka untuk terus menegakkan agama Islam yang sebenar di seluruh muka bumi ini,InshaAllah.. [Sumber: Sye Azizi Sr/M.S.Society]

Kebaikan Mukmin Kebaikan Kafir

serenemaklong.blogspot.com
Dari Anas bin Malik ra, Rasullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya Allah tidak berbuat zalim terhadap satu kebaikan orang mukmin, Allah akan memberikan balasannya di dunia dan juga di akhirat. Adapun orang kafir hanya diberikan kenikmatan atas balasan kebaikan yang telah dilakukannya secara ikhlas di dunia, sehingga ketika di akhirat tidak ada lagi balasan kebaikan yang diberikan kepadanya - HR. MUSLIM. [Syed Azizi Sr]

Rescue Syria

serenemaklong.blogspot.com
Malaysia Life Line for Syria - Alhamdulillah,team Malaysia Life Line For Syria yang diketuai oleh En Syahrir Azfar dan rakan-rakan yang lain telah berangkat ke syria malam tadi, bagi misi Musim Sejuk di Syria. Terima kasih rakyat malaysia kerana banyak beri sumbangan dan sentiasa cakna tentang isu kemanusiaan di syria. Dan jutaan terima kasih kepada rakyat malaysia kerana sentiasa mempercayai MLL4S yang menerima dan memikul amanah ini.

Menghalalkan Darah Muslim - Alangkah Buruknya!!!

serenemaklong.blogspot.com
Kepada sahabat-sahabatku semua...janganlah kita men 'takfir 'kan sesama kita ...sesungguhnya manusia ini tiadalah lengkap ilmunya jika tidak menyedari sebarang kekhilafan dirinya sendiri......sentiasalah bermaafan...... TAKFIR ADALAH USAHA MENGHALALKAN DARAH MUSLIM Budaya takfir, ternyata memberi banyak kemudharatan pada masyarakat Islam. di zaman Imam Ahmad bin Hanbal, seorang ulama bernama Imam Ahmad bin Nasr Al-Khuzaie telah dibunuh oleh pemerintah, semata-mata beliau telah dikafirkan ulama kerajaan di zaman itu. Kejadian itu berpunca, sikap ketegasan imam Al-Khuzaie terhadap beberapa dasar kerajaan. Setelah kematian Imam Al-Khuzaie tersebut, Imam Ahmad bin Hanbal secara terang-terangan menyatakan sokongan terhadap beliau [La Ikrah Fi Ad-Din [terjemahan IKD: 175] Dari kisah ini, ternyata budaya takfir adalah satu budaya yang cukup tidak sihat. Lebih-lebih lagi, takfir itu dilakukan dalam perkara yang disifatkan khilafiyyah yang sepatutnya ditoleransikan. Ini kerana, ia memungkinkan berlaku pertumpahan darah dalam keadaan yang tidak dibenarkan. Ia sudah pasti diharamkan oleh Allah SWT. ANTARA KEROSAKAN TAKFIR Dr Yusuf Al-Qaradhawi menyatakan, antara bahaya budaya takfir ini adalah seperti berikut; Satu, apabila salah seorang telah kafir, maka terfasakh antara suami dan isteri. Dua, anak yang islam tidak diletakkan dibawah kekuasaan seseorang yang kafir [mengikut sebilangan ulama] Tiga, dikenakan hukum murtad, iaitu bunuh. Empat, dia dianggap sebagai orang yang dilaknati Allah dan dianggap sebagai kekal dalam neraka sampai bila-bila. TAKFIR Takfir bermaksud menghukumi seseorang muslim yang lain dengan kekufuran. Ia merupakan satu perkara yang cukup bahaya. Ekoran itu, tidak selayaknya bermudah-mudah dalam pentakfiran ini kecuali ternyata beberapa tindakan-tindakan yang jelas dalam kekafiran tersebut. Antara dalil-dalilnya adalah seperti berikut; PERTAMA; Firman Allah; يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا إِذَا ضَرَبْتُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَتَبَيَّنُوا وَلَا تَقُولُوا لِمَنْ أَلْقَى إِلَيْكُمُ السَّلَامَ لَسْتَ مُؤْمِنًا تَبْتَغُونَ عَرَضَ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا فَعِنْدَ اللَّهِ مَغَانِمُ كَثِيرَةٌ كَذَلِكَ كُنْتُمْ مِنْ قَبْلُ فَمَنَّ اللَّهُ عَلَيْكُمْ فَتَبَيَّنُوا إِنَّ اللَّهَ كَانَ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرًا Maksudnya; "Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu pergi (berperang) di jalan Allah, maka telitilah dan janganlah kamu mengatakan kepada orang yang mengucapkan "salam" kepadamu: "Kamu bukan seorang mukmin" (lalu kamu membunuhnya), dengan maksud mencari harta benda kehidupan di dunia, karena di sisi Allah ada harta yang banyak. Begitu jugalah keadaan kamu dahulu, lalu Allah menganugerahkan nikmat-Nya atas kamu, maka telitilah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan" [An-Nisa' : 94] Dari ayat ini, Allah SWT melarang kita mengkafirkan orang sesuka hati. Lebih parah, jika ia disertakan dengan tindakan membunuh kepada orang tersebut. KEDUA; Dalam hadis riwayat Muslim daripada Ibni Abi Syaibah. Diceritakan dalam satu peperangan [di Juhainah], bahawa Ibnu Abi Syaibah telah berjumpa dengan seorang lelaki [musuh]. Semasa hampir dia hendak membunuh lelaki terbabit, lelaki tersebut mengucap syahadah. Tetapi tidak diendahkan, lalu tetap dibunuh lelaki terbabit. Perkara itu sampai kepada pengetahuan Nabi SAW, menyebabkan Nabi SAW telah memanggil Ibnu Abi Syaibah tersebut. "Apakah tidak dia telah mengucap "tiada tuhan melainkan Allah", lalu kamu membunuhnya?" soal nabi SAW. Soalan itu dijawab oleh Ibni Abi Syaibah dengan katanya, "Wahai Rasulullah SAW, lelaki itu mengucapkan perkataan tersebut kerana takut dengan pedang". Ia menyebabkan nabi SAW marah, lalu berkata; أَفَلَا شَقَقْتَ عَنْ قَلْبِهِ حَتَّى تَعْلَمَ أَقَالَهَا أَمْ لَا Maksudnya; "Apakah kamu telah membedah dadanya hingga kamu mengetahui apakah ia berkata atau tidak?" [Muslim : 140] Dalam hadis yang lain pula, Nabi SAW bersabda; إِنِّي لَمْ أُومَرْ أَنْ أَنْقُبَ عَنْ قُلُوبِ النَّاسِ وَلَا أَشُقَّ بُطُونَهُمْ Maksudnya; "Sesungguhnya aku tidak disuruh bahawa membongkar berkenaan hati-hati manusia, dan tidak [disuruh] untuk membelah perut-perut mereka [untuk mengetahui isi hati mereka, kufur atau tidak]" [Al-Bukhari :4004] Dari hadis ini, kita dapat lihat betapa Rasulullah SAW amat marah dengan sikap seorang sahabat yang bertindak membunuh terhadap seorang yang mengucap syahadah. KETIGA; Imam Muslim meriwayatkan daripada Ibnu Umar bahawa Rasulullah SAW bersabda; إِذَا كَفَّرَ الرَّجُلُ أَخَاهُ فَقَدْ بَاءَ بِهَا أَحَدُهُمَا Maksudnya; "Apabila seseorang lelaki itu mengkafirkan saudaranya [yang islam], maka sesungguhnya telah terkena [kekufuran itu] kepada salah satu dari kedua-duanya" [Muslim : 91] Dalam hadis ini, amat nyata larangan dari Allah SWT terhadap orang mukmin bahawa mengkafirkan saudaranya yang beragama islam. Larangan itu sehingga dinyatakan bahawa kekafiran tersebut akan terkena kepada pihak yang mentakfirkan itu [Fath Al-bari : 1/153] LARANGAN TAKFIR TERHADAP PELAKU DOSA BESAR Mengikut ajaran Khawarij, pelaku dosa besar boleh dikafirkan. Namun, ada sebilangan manusia yang mendakwa mengikut ajaran Ahli Sunnah wa Al-Jamaah, mereka mudah mentakfirkan orang yang melakukan dosa-dosa besar, sepertimana yang dilakukan oleh golongan khawarij ini. Larangan mentakfirkan orang dalam melakukan dosa-dosa besar itu adalah seperti berikut; PERTAMA: Imam Al-Bukhari meriwayatkan dari Abi Zar Al-Ghiffari bahawa Rasulullah SAW bersabda; لَا يَرْمِي رَجُلٌ رَجُلًا بِالْفُسُوقِ وَلَا يَرْمِيهِ بِالْكُفْرِ Maksudnya; "Seseorang itu tidak boleh melontarkan fasiq terhadap lelaki yang lain, begitujuga tidak boleh melontarkannya dengan kekafiran [takfir]" [Al-Bukhari : 5585] KEDUA; Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Zar bahawa Rasululllah Saw bercerita; أَتَانِي جِبْرِيلُ عَلَيْهِ السَّلَام فَبَشَّرَنِي أَنَّهُ مَنْ مَاتَ مِنْ أُمَّتِكَ لَا يُشْرِكُ بِاللَّهِ شَيْئًا دَخَلَ الْجَنَّةَ قُلْتُ وَإِنْ زَنَى وَإِنْ سَرَقَ قَالَ وَإِنْ زَنَى وَإِنْ سَرَقَ Maksudnya; "Jibril telah datang dan memberi khabar gembira kepadaku. Sesungguhnya barangsiapa yang mati dari kalangan umat kamu dalam keadaan dia tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu pun, pasti ia akan masuk syurga. Aku bertanya, "Walaupun dia berzina?" Jawab nabi SAW, "Walaupun dia berzina sekalipun" [Muslim : 157] Dari hadis-hadis yang dikemukakan di atas, ternyata bagi orang yang melakukan dosa besar pun tidak boleh ditakfirkan, masakan boleh pula mentakfirkan manusia dalam perkara khilafiyyah? Sudah pasti, ia dilarang dan amalan tersebut bercanggah dengan ajaran nabi Muhammad SAW dan para sahabat. Dalam mengukuhkan ini, Imam Al-Qurtubi berkata; حَيْثُ جَاءَ الْكُفْر فِي لِسَان الشَّرْع فَهُوَ جَحْد الْمَعْلُوم مِنْ دِين الْإِسْلَام بِالضَّرُورَةِ الشَّرْعِيَّة Maksudnya; "dari pihak datang kufur dari lidah syarak adalah penafian terhadap perkara yang diketahui dalam syariah islam secara pasti" [Fath Al-bari : 17/199] PENUTUP Budaya takfir ini, sudah menjadi kebiasaan bagi orang yang bertaassub dalam perkara yang tidak haq. Lantaran itu, jika dibaca dari sejarah, kita akan dapati banyak kejadiaan takfir ini berlaku. Antaranya adalah, seperti tuduhan ulama-ulama tertentu kepada Ibnu taimiyyah sebagai kafir, malahan menggambarkan Imam Ibnu taimiyyah itu lebih kafir berbanding yahudi dan nasrani. Sudah pasti, tindakan ini adalah cukup tercela, bahkan memungkinkan malahan boleh mengundang kefasadan di atas muka bumi Allah, iaitu pertumpahan darah yang tidak sepatutnya. Firman Allah; وَلَا تَقْتُلُوا النَّفْسَ الَّتِي حَرَّمَ اللَّهُ إِلَّا بِالْحَقِّ Maksudnya; "jangan kamu bunuh nyawa yang Allah haramkan kecuali dengan kebenaran" [Al-'An'am : 151] Wallahualam. [ Syed Azizi Sr]

Tuesday, January 14, 2014

Ziarahi Rasulullah s.a.w.

serenemaklong.blogspot.com
Setiap tahun ramai muslimin dan muslimah ke Makkah samada mengerjakan haji atau umrah, di samping berziarah ke madinah.Namun adalah dikesalkan sikap kebanyakan jemaah yang lebih suka menghabiskan masa di hotel atau berjalan-jalan dan membeli-belah selepas berziarah ke makam Nabi s.a.w. ketika menantikan program selanjutnya. Kita kata kita cintakan Rasulullah s.a.w. tetapi kita tinggalkan Baginda sedangkan kita tahu Baginda ada di dalam Masjid Nabawi. Kenapa tidak habiskan masa yang singkat itu untuk berada di sisi Rasulullah s.a.w.? Jasad baginda ada di dalam itu dan sesungguhnya jasad para rasul, nabi, siddiqin, syuhada adalah di antara jasad yang tidak akan di makan bumi. Selawat salam buat rasul junjungan beserta ahli keluarga dan para sahabatnya. Kelahirannya adalah rahmat untuk sekelian alam.. mudah-mudahan kita berpeluang mendapat syafaat Baginda dan minum air di Telaga Kauthar. In syaa Allah.

Allah Tolak Alasan 4 Orang

serenemaklong.blogspot.com
Sebesar-besar peringatan Pada hari kiamat Allah s.w.t. akan menolak alasan empat orang dengan empat sebab iaitu: 1-Menolak alasan orang-orang kaya dengan nabi Sulaiman a.s. Jika si kaya berkata: "Kekayaan itulah yang menyebabkan aku sibuk sehingga tidak sempat beribadat." Maka dijawab: "Engkau tidak lebih kaya dari Sulaiman tetapi kekayaannya tidak melupakan dari ibadat." 2-Jika hamba sahaya berkata: "Kerana saya sebagai hamba sahaya maka tidak dapat bebas untuk beribadat kepadaMu." Maka Allah s.w.t. menjawab: "Yusuf a.s. menjadi hamba sahaya tetapi kehambaannya tidak menghalangi untuk melakukan ibadat." 3-Jika si miskin berkata: "Kemiskinanku itulah yang menghalangi untuk beribadat kepadaMu." Maka Allah s.w.t. menjawab: "Engkau tidak lebih miskin dari Isa a.s. tetapi Isa a.s. tidak terhalang untuk melakukan ibadat." 4-Jika terhadap orang yang sakit dengan Nabi Ayyub a.s. Jika sisakit berkata: "Penyakitku itulah yang menghalangi aku untuk beribadat." Maka Allah s.w.t. menjawab: "Penyakitmu tidak lebih berat dari penyakit Ayyub a.s. tetapi ia tidak terhalang untuk ibadat kepadaKu." Sehingga tidak ada alasan bagi orang yang akan beralasan di sisi Allah s.w.t. pada hari kiamat. .... subahanallah......