Tuesday, April 29, 2014

Words For Teenagers

There's not an app for this advice!

TPPA Merugikan - Dr Mahathir

serenemaklong.blogspot.com
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bimbang Malaysia akan mengalami kerugian jika mengambil keputusan menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA). Menurutnya, adalah lebih baik kerajaan tidak menyertai TPPA memandangkan hanya sedikit manfaat diperoleh jika negara menandatangani perjanjian tersebut. "Kita (Malaysia) memang suka berbaik dengan semua negara dan Amerika Syarikat (AS) adalah rakan perdagangan yang besar bagi kita dan hubungan baik memang menguntungkan kedua-dua pihak.Saya fikir TPPA itu lebih baik tidak ada. Tapi tidak tahu kerajaan hendak tandatangan atau tidak...tidak ada guna. Kita mungkin dapat sikit tambahan pasaran tetapi banyak perkara dalaman untuk menjaga rakyat Malaysia, kita terpaksa buka (pasaran perniagaan) bagi mereka (negara Barat) masuk.Mereka (negara Barat) kaya dan mempunyai teknologi tinggi menyebabkan mereka boleh mengatasi kita punya dasar untuk membantu rakyat Malaysia," ujarnya. Sebagai contoh, kata beliau, jika negara mahu mengeksport kelapa sawit, kerajaan perlu membuat tapisan sendiri terlebih dahulu.Bagaimanapun, jelasnya, jika sudah ada perjanjian tersebut, pihak negara barat juga akan mempunyai hak untuk membuat tapisan sekali gus menyebabkan Malaysia tidak lagi mempunyai nilai tambahan dalam perniagaan. Mengenai kenyataan Obama bahawa negaranya bukan pembuli dalam TPPA, Mahathir dalam nada sinis berkata, tunggu dan lihat sahaja apa bakal berlaku nanti. "Obama kata tak buli...tak apalah, baguslah...tetapi boleh dipercayai tak? "Kita tengoklah. Jangan dia paksa kita...kita ada kepentingan kita dalam negara kita, kita negara berbilang kaum, kita kena jaga hubungan baik antara kaum. Jadi kalau dia (AS) hendak masuk, paksa itu, paksa ini susahlah," katanya. [ UTUSAN MALAYSIA]

Monday, April 28, 2014

Mengubati Sakit Kepala Cara Natural

Legakan sakit kepala dalam 30 saat! Picit tempat berisi antara jari telunjuk dan ibu jari, yang dikenali sebagai tempat Hoku dalam perubatan Cina. Memberikan tekanan di sana selama 30 saat boleh mengurangkan tekanan dan ketegangan sakit kepala. Tekan sehingga otot kurang tegang dan reda kesakitan. Jika cara ini berkesan untuk anda, kongsikanlah pengalaman ini.

9 Mimpi Rasulullah s.a.w.

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah RA berkata, Nabi Muhammad SAW bersabda: “Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan……..” 1-Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datangi oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya,maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.
2-Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA. 3-Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.
4-Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikat Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.
5-Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas. 6-Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka dengan MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA membolehkan dia menyertai kumpulan para nabi dan duduk di sebelahku.
7-Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.
8-Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.
9-Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu terbentenglah muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut. Sabda Rasulullah SAW yang mulia, “sampaikanlah pesananku kepada umatku yang lain walaupun dengan sepotong ayat”

Pemimpin

serenemaklong.blogspot.com
Pemimpin dalam mana-mana organisasi dan misi yang bijak, bukan sekadar mengarah orang bawahannya membuat itu dan ini. Sebaliknya dia turun padang, melihat sendiri kerja mereka dan memastikan ia dilaksanakan mengikut perancangan. Pemimpin ini jenis “Hands On” yang memahami selok-belok projek dan tetap bersama-sama dengan orang-orangnya sehingga projek sudah stabil atau selesai. Pemimpin yang baik bersedia menerima kesilapan kecil orang bawahannya yang berlaku sekali-kala, tetapi tidak akan bertoleransi dengan mereka yang bersikap buruk, terlalu bangga dengan kebolehan diri, enggan belajar dan tidak mahu menerima saranan orang lain.
Pemimpin yang baik tidak akan rasa tergugat bila berdepan dengan tukang cacat berlagak pandai yang mengkritik orang itu, orang ini, dan hasil kerja orang lain, selepas projek siap, sedangkan dia sendiri langsung tidak menangkat walau satu jari pun. Sebagai pembuat dasar dan pengatur projek, pemimpin sedia maklum segala perkara yang berlaku. Pemimpin harus bijak membuat keputusan membabitkan dasar, cekap dalam bab pentadbiran dan kewangan, juga mempunyai empati dalam keperitan hidup golongan daif dan uzur dalam organisasinya yang terpaksa menyewa kediaman sekangkang kera, naik turun bas untuk menyelesaikan urusan harian, beratur di kedai dan di bank, berurusan sendiri di pejabat kerajaan, dalam keadaan pendapatan yang kecil. Pemimpin atasan akan sentiasa berhadapan ujian dan cabaran. Ujian berupa kesusahan, cercaan dan kekurangan boleh menaikkan taraf dan martabat kepimpinannya. Semakin diuji semakin dirinya jadi kuat, ikhlas dan sabar. Bak layang-layang yang terbang tinggi bila melawan angin.
Namun bila ujian berupa kesenangan, kenikmatan dan pujian, terutama dari para pengampu, dia akan terleka, mula merasakan dirinya besar lagi "super" dan tidak nampak jalan kebenaran. Teguran dan kritikan ikhlas dari orang-orang yang jujur, setia dan tidak suka bermuka-muka dicap sebagai "menderhaka" dan menggugat kepimpinannya. Kemusnahan akan berlaku bila mereka yang setia meninggalkan pemimpin tersebut dan membiarkannya terkatung-katung dengan "penyokong yang membawa rebah." Pemimpin yang baik akan sentiasa dihormati oleh ahlinya. Tetapi jika dia hidup ala jutawan, jauh dari situasi akar umbi, dia akan dianggap terpisah, terasing dan sukar difahami. Wallahualam.

Sunday, April 27, 2014

Simpan Sayuran Tanpa Peti Sejuk

Orang-orang tua dahulu yang tidak mempunyai bekalan elektrik di rumah mempunyai cara tersendiri untuk menyimpan sayuran agar tidak cepat rosak. Mereka menyimpannya dekat rak simpan pinggan mangkuk. Tempatnya sedikit gelap kerana tiada cahaya. Sayur-sayuran itu ditutup dengan tuala basah agar kesegarannya dapat bertahan lama. Petua ini boleh diguna oleh mereka yang kini hanya mempunyai peti sejuk yang kecil. Apabila harga sayuran murah, beli banyak-banyak. Sekiranya tiada tempat menyimpan, letakkan dalam sinki basuh dan tutup with tuala basah.

Menyembuh Fibroid

serenemaklong.blogspot.com
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Allah tidak menurunkan suatu penyakit melainkan Allah menurunkan penyembuhan untuknya." (Hadis riwayat al-Bukhari) FIBROID, ATAU MASALAH MELIBATKAN WANITA: - Menggunakan madu asli. - Baca Al- Fatihah & Ayat kursi. - Baca Surah An - Nahl, ayt 69, jampi ayat tersebut pada madu. - Makan 1 sudu sehari. [Foto:Ustaz Sharhan Shafie]

Agama Jangan Dijual

Seorang wanita muslimah berpurdah sedang membeli-belah di salah satu pasaraya di Perancis. Setelah selesai mendapatkan barang-barang yang dicarinya, dia segera pergi ke kaunter untuk membayar. Kebetulan cashier yang ditujunya adalah seorang wanita keturunan Arab yang pakaiannya tidak menutup aurat. Cashier tersebut memandang wanita berpurdah itu dengan pandangan mengejek, kemudian dia mulai mengira nilai barang perbelanjaan wanita tersebut sambil melemparkannya dengan kasar ke atas meja. Namun wanita berpurdah itu tidak terpengaruh dengan provokasi cashier wanita itu. Dia sangat tenang hingga membuat cashier semakin geram dan tidak dapat lagi menguasai dir. Dengan nada memperlekeh dia berkata, "Kita mempunyai berbagai masalah di sini. Purdah kamu ini adalah salah satu daripadanya. Kita datang ke sini untuk mencari duit, bukan untuk mempamer agama. Kalau kamu mau mengenakan purdah, baliklah ke negerimu dan jalani agamamu sesuka hati kamu." Wanita berpurdah itu memandang cashier tersebut sambil membuka penutup wajahnya. Ternyata dia seorang wanita kulit putih dengan sepasang mata biru. Katanya, "Saya wanita berketurunan Perancis tulen. Ini Islam saya dan ini negeri saya. Kamu menjual agama kamu, sementara kami membelinya.” Subhanallah!
Allah Ta'ala berfirman, ertinya, "Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan, 'Rabb kami adalah Allah', kemudian mereka tetap istiqamah maka tidak ada keraguan terhadap mereka dan tidak pula mereka berdukacita." (QS. Al-Ahqaaf: 13) Semoga cerita sederhana ini dapat memberikan pengajaran yang berharga agar kita tetap memperjuangkan dan mempertahankan agama kita..

Friday, April 25, 2014

Mengukur Tingkatan Stres

wserenemaklong.blogspot.com
Gambar ini adalah gambar yang digunakan oleh para Psikologis. Fungsinya untuk menguji tingkat stres. Jika gambar ini terlihat bergerak oleh mata, itu tandanya anda sedang stres. Semakin cepat gerakan gambar ini, semakin tinggi tingkat stres. Mungkin anda sangka ini gambar GIF yang bergerak. Kalau tidak percaya, cuba print out gambar ini untuk membuktikan kalau ini bukan gambar bergerak. Lalu lihat gambarnya pada hasil Print out, jika tetap bergerak.. maka anda sedang mengalami stres. Rehatlah secukupnya. Kita juga boleh memaksa gambar ini agar terlihat tidak bergerak. Caranya konsentrasi penuh. Jika tidak boleh menghentikan gerakan ketika konsentrasi, itu tandanya stres anda sangat tinggi, atau fikiran anda sedang berada dalam goncangan yang sangat hebat.

Jangan Berhenti Berdoa

serenemaklong.blogspot.com
Seorang pakar bedah terkenal tergesa-gesa menuju lapangan terbang. Beliau merancang untuk menghadiri seminar dalam bidang kedoktoran yang akan membahas penemuan terbesarnya di bidang perubatan. Setelah pesawatnya terbang dalam sejam, tiba-tiba diumumkan bahawa penerbangannya mengalami gangguan dan harus mendarat di lapangan terbang terdekat. Beliau menghampiri ruang penerangan dan berkata, "Saya ini doktor pakar, tiap minit nyawa manusia bergantung kepada saya, dan sekarang awak meminta saya menunggu pesawat ni untuk dibaiki sampai 16 jam?" Pegawai Penerbangan menjawab, "Assalamualaikum doktor, saya mohon maaf, jika Doktor nak cepat, Dr boleh guna kereta, tempat yang Doktor nak pergi pun tak jauh dari sini, dalam 3 jam in sha Allah sampai." Doktor pun setuju dan berjaya mendapatkan sebuah teksi. Ketika beliau baru bertolak kira-kira baru 5 minit, tiba-tiba cuaca mendung, disusuli dengan hujan lebat dan ribut petir yang menyebabkan jarak pandangan sangat pendek ketika memandu. Setelah hampir 2 jam perjalanan dengan teksi tadi, pemandu teksi tersebut baru tersedar mereka telah sesat dan terasa kepenatan. Tidak jauh dari situ, terlihat sebuah rumah kecil di hadapannya, mereka menghampiri rumah tersebut dan mengetuk pintunya. Terdengar suara seorang wanita tua, "Silakan masuk, siapa ya?" Pintu pun dibuka.
Doktor meminta izin kepada wanita tua tersebut untuk berehat dan mahu meminjam telefonnya. Wanita tua itu tersenyum dan berkata, "Telefon apa nak? Anak tak sedar ke kat mana ni sekarang? Kat sini memang takde elektrik, apalagi telefon. Tapi masuklah dulu silakan duduk dan berehatlah sekejap, sekejap lagi makcik buatkan teh dan biskut untuk anak. Bagi badan tu segar balik." Doktor mengucapkan terima kasih kepada wanita tua lalu menjamah hidangan yang diberikan. Sementara makcik solat dan berdoa, Doktor perlahan-lahan mendekati seorang anak kecil yang terbaring tidak bergerak di atas tilam di sisi ibu tersebut. Ibu tersebut melanjutkan solatnya dengan doa yang panjang. Doktor menghampiri makcik tersebut dan berkata, "Demi Allah, makcik telah buat saya kagum dengan keramahan makcik dan kemuliaan akhlak makcik, semoga Allah menjawab doa-doa makcik." Makcik tu berkata, "Anak adalah seorang musafir yang sudah diwasiatkan Allah untuk dibantu. Doa-doa makcik dah dijawab Allah semuanya, kecuali satu." Bertanya Doktor, "Apa satu doa makcik yang Allah belum jawab?" Makcik berkata, "Budak kecil yang terbaring ini adalah cucu makcik, dia yatim piatu. Dia menderita sakit yang tidak boleh disembuhkan oleh doktor-doktor yang ada di sini. Mereka berkata kepada saya ada seorang doktor pakar bedah yang akan mampu menyembuhkannya. Kata mereka Dr Ishan, tapi dia duduk jauh dari sini, yang tak mungkin makcik mampu bawak cucu makcik ni ke sana, dan makcik risau kalau terjadi apa-apa masa dalam perjalanan nanti. Sebab tu makcik berdoa kepada Allah agar Allah memudahkannya." Menangis Doktor tadi dan berkata, "Allahu Akbar, Laa haula wala quwwata illa billah. Demi Allah, sungguh doa makcik telah membuatkan pesawat yang saya naik rosak dan kena dibaiki dalam waktu yang sangat lama serta doa makcik membuatkan hujan petir dan menyesatkan kami. Hanya untuk menghantarkan saya kepada makcik secara cepat dan tepat. Sayalah Dr Ishan, sungguh Allah telah menciptakan semua kejadian seperti ini kepada hambaNya yang mukmin dengan doa. Ini adalah perintah Allah kepada saya untuk mengubati cucu makcik ni." Kesimpulannya, "Jangan sesekali berhenti berdoa sampai Allah menjawabnya." Hanya Allah Maha Mengetahui. [Terjemahan ke dalam Bahasa Malaysia ini berdasarkan sebuah kisah benar di Pakistan, disampaikan ketika Tazkirah Zohor di Masjid Zel Noorein, Riyadh, Saudi Arabia.] [FOTO HANYA HIASAN]

Khasiat Sayur Bayam Merah

Bayam merah dapatmengekalkan kesihatan mata. Boleh dimakan dengan cara merebus atau menumisnya. Amalkan makan sayur bayam dalam diet harian kerana mampu merawat sakit kerongkong dan demam panas. Caranya,air rebusan daunnya diminum. Vitamin C, E, beta-karoten, mangan, dan selenium yang terdapat dalam bayam berfungsi sebagai antioksidan untuk mengelakkan osteoporosis dan tekanan darah tinggi.Jumlah vitamin A yang tinggi dalam bayam baik untuk kesihatan kulit dengan mengekalkan kelembapannya. Mempunyai Zat besi yang cukup untuk memenuhi keperluan zat besi dalam tubuh kita. [Zawidatul Asma Bt Zainuddin]

Thursday, April 24, 2014

Tebus Talak Yang Disalahgunakan

serenemaklong.blogspot.com
TEBUS TALAK dalam Bahasa Arab disebut KHULU’ adalah PEMBUBARAN PERKAHWINAN YANG DILAKUKAN OLEH PIHAK ISTERI dengan membayar GANTI RUGI kepada suami.Sabda Rasulullah SAW: Ertinya: “AMBILLAH KEBUN YANG DIJADIKAN MASKAHWIN ITU DAN CERAIKANLAH DIA.” (HR Al-Bukhari).Hadith ini ditujukan oleh Rasulullah SAW terhadap Thabit bin Qais, yang mana isterinya bernama Habibah bte Sahal Al-Nasari, memohon cerai, di samping mengembalikan semua maskahwinnya kepada Thabit bin Qais. HUKUM Khulu’ adalah HARUS berdasarkan Firman Allah SWT dalam Surah Al Baqarah ayat 229: “Dan tiadalah halal bagi kamu mengambil balik sesuatu dari apa yang telah kamu berikan kepada mereka (isteri-isteri yang telah diceraikan itu), kecuali jika keduanya (suami isteri) takut tidak dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah. Oleh itu kalau kamu khuatir, bahawa kedua-duanya tidak dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah, maka tiadalah mereka berdosa, mengenai bayaran (TEBUS TALAK) yang diberikan oleh isteri untuk menebus dirinya..”
DI AKHIR ZAMAN INI, kaedah ini telah DISALAHGUNAKAN oleh pihak tertentu, seperti berita yang dilaporkan di sebuah akhbar tidak lama dulu mengenai pengakuan seorang wanita, 31 tahun, telah diberi oleh teman lelakinya RM20,000 sebagai bayaran tebus talak agar diceraikan suami, sebelum dia berkahwin dengan teman lelakinya itu... Maknanya, LELAKI TERSEBUT SEOLAH-OLAH TELAH 'MEMBELI ISTERI ORANG', kerana dia telah memberi sejumlah wang, supaya wanita tersebut dapat diceraikan dan kemudian dikahwininya..... WANITA memang mudah TERTAWAN DENGAN KEMEWAHAN HARTA BENDA, PERHIASAN BARANG KEMAS, KENDERAAN MEWAH, RUMAH BESAR, MELANCUNG KE LUAR NEGARA dan sebagainya..... ADALAH DIHARAP, pihak yang berkaitan, AKAN MEMBUAT SATU MEKANISME SUPAYA PERBUATAN 'KOTOR DAN JIJIK' BEGINI TIDAK MUDAH BERLAKU, dan ia harus dipantau agar ia tidak MEROSAKKAN INSTITUSI KEKELUARGAAN ORANG ISLAM itu sendiri... Kes sebegini telah banyak berlaku cuma yang diketahui amat sedikit.... Maknanya kaedah tersebut tidak boleh sewenang-wenangnya dibenarkan oleh PIHAK MAHKAMAH....
Moga2 tidak ada lelaki Islam YANG KAYA, menggunakan wang ringgit, untuk 'membeli isteri orang', yang cantik, bergaya, berdahi licin, kerana ini bererti MENYALAHGUNAKAN perbuatan KHULU’ YANG DIBENARKAN DALAM ISLAM.... Para isteri yang BERIMAN KEPADA ALLAH DAN HARI KEMUDIAN, hendaklah bersabar dengan ketentuan dan ujian Allah... JANGANLAH MERENDAHKAN MARTABAT DAN MARUAH diri, serta mudah diumpan dengan wang ringgit dan kesenangan hidup. [USTAZ RAMLI JONED] SURAH AN-NISAA' AYAT 24 "Dan (diharamkan juga kamu berkahwin dengan) perempuan-perempuan isteri orang, kecuali hamba sahaya yang kamu miliki. (Haramnya segala yang tersebut itu) ialah suatu ketetapan hukum Allah (yang diwajibkan) atas kamu. Dan (sebaliknya) dihalalkan bagi kamu perempuan-perempuan yang lain daripada yang tersebut itu, untuk kamu mencari (isteri) dengan harta kamu secara bernikah, bukan secara berzina. Kemudian mana-mana perempuan yang kamu nikmati percampuran dengannya (setelah ia menjadi isteri kamu), maka berikanlah kepada mereka maskahwinnya (dengan sempurna), sebagai suatu ketetapan (yang diwajibkan oleh Allah). Dan tiadalah kamu berdosa mengenai sesuatu persetujuan yang telah dicapai bersama oleh kamu (suami isteri), sesudah ditetapkan maskahwin itu (tentang cara dan kadar pembayarannya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana."

Kelas Al-Quran Percuma

Penyertaan anak-anak ke Kelas Al-Quran Percuma (KAP) sangat diraikan. Insan yang terdidik dengan Al-Quran sejak kecil - In sha Allah bakal menjadi 'Insan Al-Quran' apabila mereka besar nanti.Mereka ini pewaris ulama dqan anbia. Mereka yang bakal hidup dan membesar pada kehidupan di dunia akhir zaman ini - Sangat-sangat besar cabaran & dugaannya (Fitnah Akhir Zaman). Hanya Al-Quran dan As-Sunnah sahaja Allah janjikan sebagai panduan hidup atau 'manual guide' yang menjamin manusia terus pada jalan yang lurus, sangat lurus sehingga ke pintu syurga. KELAS AL-QURAN PERCUMA (KAP) Lot 8M, Jalan Hentian 1C, Pusat Hentian Kajang, Jalan Reko, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan. SMS : +019.395.5505
Menurut Ustazah Rina Mhd Yusuf, salah seorang tenaga pengajar di sini, bagi peserta yang ada masa boleh datang mengaji 3 kali seminggu iaitu hari Jumaat selepas magrib, Sabtu dan ahad jam 9 - 11 pagi. Kadang-kadang selepas mengaji ada tazkirah dalam 5 minit,disusuli jamuan ringan. Kalau tidk banyak masa, datang seminggu sekali pun boleh juga. Ramai warga emas lelaki dan wanita yang turut serta. In sha Allah mereka akan adakan pula kelas fardu ain dan tafsir suatu hari nanti bila peserta masing-masing boleh membaca Al-Quran dengan baik.
TIP MENGHAFAL AL-QURAN ----- • Hendaklah bersemangat dan mengikhlaskan niat. • Menggunakan al-Quran Mushaf Rasm Uthmani kerana ia lebih mudah dan jangan menukar mushaf. • Setiap ayat yang hendak dihafal pastikan ia dibaca menepati hukum tajwid. • Hendaklah mengulang-ulang sehingga lancar. Jangan menukar ayat lain sekiranya belum lancar. • Menghafaz al-Quran hendaklah istiqamah. Hafalan dilakukan sebelum solat fardhu atau selepasnya. Sebaik-baiknya waktu subuh. • Hindari dari makanan yang haram dan jauhi maksiat. [Petua Ustaz Dr. Zahazan Mohamed]

Meletak Wangian Pada Faraj Ketika Mandi Wajib

serenemaklong.blogspot.com
SOALAN: Apakah perlu seorang wanita ketika mandi wajib selepas haid menggunakan wangian pada farajnya ATAU memadai sekadar dilalukan air sahaja? JAWAPAN: Pada asalnya,seorang wanita yang mandi wajib selepas haid itu memadai dengan membersihkan anggotanya terutama faraj atau alat sulitnya kemudian dipastikan air meratai tubuhnya.Namun hadis Nabi s.a.w juga menunjukkan menggunakan wangian(jangan sabun tetapi bunga-bungaan yang wangi)pada tubuh dan faraj semasa mandi wajib adalah disunatkan. عَنْ عَائِشَةَ أَنَّ أَسْمَاءَ سَأَلَتِ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ غُسْلِ الْمَحِيضِ فَقَالَ تَأْخُذُ إِحْدَاكُنَّ مَاءَهَا وَسِدْرَتَهَا، فَتَطَهَّرُ فَتُحْسِنُ الطُّهُورَ، ثُمَّ تَصُبُّ عَلَى رَأْسِهَا فَتَدْلُكُهُ دَلْكًا شَدِيدًا، حَتَّى تَبْلُغَ شُؤُونَ رَأْسِهَا ثُمَّ تَصُبُّ عَلَيْهَا الْمَاءَ ثُمَّ تَأْخُذُ فِرْصَةً مُمَسَّكَةً فَتَطَهَّرُ بِهَا، فَقَالَتْ أَسْمَاءُ: وَكَيْفَ تَطَهَّرُ بِهَا؟ فَقَالَ: سُبْحَانَ اللَّهِ تَطَهَّرِينَ بِهَا؟! فَقَالَتْ عَائِشَةُ: كَأَنَّهَا تُخْفِي ذَلِكَ. تَتَبَّعِينَ أَثَرَ الدَّمِ. وَسَأَلَتْهُ عَنْ غُسْلِ الْجَنَابَةِ، فَقَالَ: تَأْخُذُ مَاءً فَتَطَهَّرُ فَتُحْسِنُ الطُّهُورَ أَوْ تُبْلِغُ الطُّهُورَ، ثُمَّ تَصُبُّ عَلَى رَأْسِهَا فَتَدْلُكُهُ حَتَّى تَبْلُغَ شُؤُونَ رَأْسِهَا، ثُمَّ تُفِيضُ عَلَيْهَا الْمَاءَ. فَقَالَتْ عَائِشَةُ: نِعْمَ النِّسَاءُ نِسَاءُ الْأَنْصَارِ لَمْ يَكُنْ يَمْنَعُهُنَّ الْحَيَاءُ أَنْ يَتَفَقَّهْنَ فِي الدِّينِ Daripada Aisyah:bahawa Asma bertanya Nabi s.a.w. mengenai mandi wanita haid. Sabda baginda: “Hendaklah seseorang kamu mengambil air dan daun bidara,dia bersihkan dengan sebaiknya.Kemudian dia curahkan air ke atas kepalanya dan menggosoknya betul-betul sehingga sampai ke akar rambutnya.Kemudian dia siram ke atas kepalanya air.Kemudian dia ambil kapas yang bercampur kasturi dan dia bersihkan dengannya”. Kata Asma`:Bagaimana (cara) dia bersihkan dengannya? Sabda Nabi: Subhana Allah!! Bagaimana engkau hendak bersihkan dengannya?!!.
Kata ‘Aisyah: Seakan dia menyembunyikan perkara itu (Dia memperlahankan suaranya agar hanya didengar oleh Nabi s.a.w tetapi tidak didengar oleh orang lain). (Sabda Nabi): “Engkau ikuti kesan darah”. Dia bertanya (pula) tentang mandi junub. Sabda Nabi: “Hendaklah dia (seseorang perempuan) mengambil air dan bertuhur (berwuduk) serta mengelokkan tuhur itu atau menyempurnakan tuhur. Kemudian hendaklah dia curahkan air ke atas kepalanya lalu menggosoknya sehingga ke akar rambut. Kemudian dia mencurahkan air ke atasnya”. Kata ‘Aisyah: “Sebaik-baik wanita adalah wanita Ansar.Walaupun malu tanya soalan itu kepada lelaki,sebab ingin tahu,tidak pernah menghalang mereka bertafaqquh dalam agama. (Riwayat al-Imam al-Bukhari dan al-Imam Muslim. Hadith di atas adalah dengan lafaz al-Imam Muslim. Juga al-Nasai dalam Sunannya, Kitab al-Taharah dan Abu Daud dalam Sunannya, Kitab al-Taharah).
Ada beberapa faedah yang boleh diambil daripada hadis ini,antaranya Rasulullah membenarkan Asma bertanya persoalan yang agak peribadi bagi wanita.Ini menunjukkan guru atau tokoh agama tidak boleh menghalang persoalan-persoalan yang sedemikian jika tujuannya adalah untuk ilmu menimba pengetahuan.Tidak perlu malu dalam masalah hukum-hakam syarak.hadis ini juga ingin mengingatkan haid biasanya meninggalkan kesan bau yang kurang enak pada wanita, "ohw"(pengetahuan utk lelaki) maka mereka disuruh menggunakan bahan-bahan yang menghilangkan kesan tersebut. Penggunaan apa-apa bahan samada bersifat tradisi atau moden yang membantu menghilangkan kesan tersebut, adalah menunaikan tuntutan hadith.Maka wanita disunatkan mencari wangian ketika mandi wajib untuk membersih dan mewangikan tubuh juga faraj atau alat sulit mereka.
Sabda Nabi:"Ilmu itu milik Allah,barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan in shaa Allah,Allah akan menggandakan sepuluh kali kepadanya "

ALLAH Mengingatkan Manusia

serenemaklong.blogspot.com
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ إِنَّ الَّذِينَ لَا يَرْجُونَ لِقَاءَنَا وَرَضُوا بِالْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَاطْمَأَنُّوا بِهَا وَالَّذِينَ هُمْ عَنْ آيَاتِنَا غَافِلُونَ (7) أُولَئِكَ مَأْوَاهُمُ النَّارُ بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ (8) ”Sesungguhnya orang-orang yang tidak mengharapkan (tidak percaya akan) pertemuan dengan Kami, dan merasa puas dengan kehidupan dunia serta merasa tenteram dengan kehidupan itu dan orang-orang yang melalaikan ayat-ayat Kami, mereka itu tempatnya ialah neraka, disebabkan apa yang selalu mereka kerjakan.” (QS Yunus [10]: 7-8). قُلْ إِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ مِثْلُكُمْ يُوحَى إِلَيَّ أَنَّمَا إِلَهُكُمْ إِلَهٌ وَاحِدٌ فَمَنْ كَانَ يَرْجُو لِقَاءَ رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلًا صَالِحًا وَلَا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدًا (110) Katakanlah: Sesungguhnya aku ini manusia biasa seperti kamu, yang diwahyukan kepadaku: "Bahwa sesungguhnya Tuhan kamu itu adalah Tuhan yang Esa". Barangsiapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya, maka hendaklah ia mengerjakan amal yang saleh dan janganlah ia mempersekutukan seorangpun dalam beribadat kepada Tuhannya". (QS. Al-Kahfi [18]: 110

Perdamaian Hamas dan Fatah

serenemaklong.blogspot.com
Inilah yang sangat-sangat diperlukan oleh seluruh umat Islam. Pertelagahan hanya akan melemahkan ummah. Persepakatan menggerunkan musuh.Musuh tidak sekali-kali akan tenang apatah lagi untuk berdiam diri terhadap persepakatan ummah yang akan mengancam strategi dan perancangan jahat mereka.Tahniah Palestin ! Semoga berkekalan di atas jalan kebenaran.P/S: Ingin melihat perkara yang sama berlaku di Malaysia pula. [Foto:Dr Zainur Rashid Zainuddin]

Wednesday, April 23, 2014

Mencintai Sahabat Nabi s.a.w.

serenemaklong.blogspot.com.
Kadang-kadang perasaan kita hanya bersifat perasan. Kita rasakan diri kita rajin menuntut ilmu padahal kerajinan kita tidak seberapa. Kita rasa diri kita dermawan hanya kerana menghulur beberapa ringgit ke dalam tabung masjid, pqadahal ada orang menginfakkan seluruh hartanya demi Allah. Kita rasa kita mencintai Nabi semata-mata kerana hafal beratus versi selawat dan qasidah. Sepatutnya bacalah juga riwayat hidup para sahabat Baginda. Sesuatu perkara ada pengukurnya tersendiri, bukan ikut ukuran sendiri-sendiri. Rujuklah kepada ukuran yang sebenar.
PENGIKUT DAHULU MENCINTAI NABI SAW DENGAN: 1. Membantu saudara tanpa berkira - Sahabat Ansar sanggup melepaskan isteri untuk dikahwinkan kepada saudara Muhajirin, memberi harta dan menanggung kos kehidupan. 2. Bimbang terlintas hadis Nabi - Ibn Abbas, Abu Hurairah tekun menuntut hadis daripada sahabat-sahabat senior selepas kewafatan Nabi. Jabir bin Abdullah sampai ke Mesir demi satu hadis. 3. Tinggalkan Madinah demi menyebarkan Islam - Abu Ayyub al-Ansari sampai meninggal dunia di Turki. Anas bin Malik meninggal dunia di Basrah.Khalid al-Walid meninggal dunia di Syria. 4. Suka mengulangkaji sirah Nabi - Abdullah bin Zubair melakukan perkara yang sama Nabi lakukan sebaik tiba di satu-satu tempat. Urwah bin Zubair (tabiin), anak kepada Zubair bin al-Awwam tekun belajar sirah daripada Sayidatina Aisyah. 5. Mencintai dan memandang tinggi para sahabat yang lain - Sahabat junior sangat menghormati sahabat senior Nabi. Ibn Abbas segera memegang tali kekang tunggangan Zaid bin Thabit. Beliau berkata, “Beginilah kami diajar berbuat kepada ulama dan senior kami.” 6. Mencintai dan memandang tinggi para sahabat yang lain - Sahabat junior sangat menghormati sahabat senior Nabi. Ibn Abbas segera memegang tali kekang tunggangan Zaid bin Thabit. Beliau berkata, “Beginilah kami diajar berbuat kepada ulama dan senior kami.” 7. Mendahulukan keperluan umat - Sayidina Abu Bakar dan Umar tiada gaji sepanjang menjadi khalifah. 8. Menghafal Al Quran -Ibn Mas’ud berlumba-lumba untuk menjadi sahabat yang paling banyak menghafal al-Quran.
KITA JUGA MENCINTAI NABI TETAPI: 1.Untuk memberi sumbangan kepada pelarian Rohingya, Syria pun berfikir tiga empat kali. Sering kali pula sudah berniat tetapi terlupa begitu sahaja. 2. Tidak teringin pun untuk belajar kitab sahih al-Bukhari atau Muslim apatah lagi terfikir untuk menghafal hadis Nabi. 3. Berat hati untuk menyertai program dakwah di perkampungan orang Asli, apatah lagi menjadi sukarelawan dalam misi kemanusiaan di luar negara. 4. Kali terakhir membaca sirah Nabi adalah semasa di sekolah menengah. Kini hanya mendengar sedutan kisah daripada ceramah secara tidak langsung. Turutan peperangan Nabi pun sudah lupa. 5. Tidak terfikir pun bahawa mencintai sahabat Nabi ialah tuntutan agama. 6. Berfikir lebih baik pergi umrah setiap tahun daripada jumlah yang sama didermakan kepada rumah anak yatim. 7. Surah-surah lazim yang dihafal sejak kecil itulah sahaja yang tetap dihafal sampai ke tua.
Tiada makna mencintai Allah tanpa cinta pada Nabi. Tidak ke mana mencintai Nabi tanpa cintakan sahabat Baginda. Kecintaan terzahir pada tindakan. Sekalipun lisan menafikan, perbuatan yang membuktikan perasaan cinta dalam hati. Bukti cinta adalah pada usaha, bukan sekadar kata-kata.
TINDAKAN: 1. Mengkaji riwayat hidup sahabat. Belajar sirah Nabi tanpa jemu. Tahu keistimewaan sahabat per individu. 2. ‘Memasyarakatkan’ kisah hidup sahabat. Menulis dalam Facebook, blog berkenaan kisah-kisah sahabat.Menjadikan kisah mereka sebagai cerita kanak-kanak. 3. Membela maruah sahabat. Membidas mana-mana pihak yang ingin merendah-rendahkan sahabat. 4. Mengabadikan nama-nama sahabat. Menamai surau, masjid, dewan sempena nama mereka. Namakan anak cucu kita sempena nama mereka.
5. Membersihkan kisah-kisah dusta tentang sahabat.Kisah-kisah dusta ialah: a). Umar dikatakan pernah menanam anak perempuannya hidup-hidup. b). Abdul Rahman bin Auf masuk syurga merangkak. c). Al qamah si anak derhaka yang sukar meninggal dunia. d). Tha’labah enggan berzakat. e). Muawiyah bin Abu Sufyan mengambil alih pemerintahan secara paksa. f). Bilal tertidur semasa gilirannya menjaga sehingga Nabi dan sahabat terlepas solat subuh. g). Kaab bin Malik dan dua orang sahabat lagi tidak turut serta Perang Tabuk. h). Khalid bin al-Walid makan dhab di hadapan Nabi. Dan beberapa riwayat lagi…. Mencintai sahabat adalah sebahagian daripada agama. Dengan mencintai sahabat, kita akan mengecapi cinta Rasul yang hakiki. [Sumber: Solusi #64]

Tuesday, April 22, 2014

Bulan Berdarah

serenemaklong.blogspot.com
BULAN PENUH YANG DILIHAT DARI CARACAS PADA MALAM ISNIN, SEBELUM MULA GERHANA.
BULAN MULA GERHANA DI BUENOS AIRES PADA SELASA. GERHANA BERLAKU DALAM TEMPOH TIGA JAM.
BULAN SEPARA GERHANA DILIHAT DI SELATAN CALIFORNIA PADA AWAL SELASA. GERHANA BULAN INI ADALAH YANG PERTAMA DARIPADA EMPAT GERHANA BULAN YANG AKAN BERLAKU DI ANTARA 2014 HINGGA 2015.
BULAN BERDARAH YANG DILIHAT DI MOUNT LEMMON SKY CENTER DI ARIZONA.
GAMBAR KOMPOSIT MENUNJUKKAN GERHANA BULAN PENUH DALAM TUJUH PERINGKAT SEPERTI YANG DILIHAT DARI MIAMI, FLORIDA.
SEORANG LELAKI MENGAMBIL FOTO ANAK-ANAKNYA KETIKA 'BULAN BERDARAH' DILIHAT DI MELBOURNE, AUSTRALIA. GERHANA BULAN INI BERLAKU SISEBABKAN JAJARAN SEMPURNA MATAHARI, BUMI DAN BULAN DALAM SITUASI DIKENALI SEBAGAI'SYZYGY'. [FOTO DARI NBC NEWS]

Perlindungan Dari Kuasa Jahat

serenemaklong.blogspot.com
Amalan rutin kita pasti akan menghasilkan aura. Ia baik kerana kita sentiasa terlindung daripada kuasa jahat.Namun demikian belum tentu aura kita turut meliputi keluarga. Contohnya, kuasa jahat yang wujud di sesebuah pusat membeli-belah mungkin menunjukkan rasa tidak senang dengan aura yang ada pada diri kita dengan bunyi jeritan halus yang kita sahaja boleh mendengar atau menggerak-gerakkan barang dalam kedai. Kemudian ia mengganggu ahli keluarga kita pula.Untuk memastikan keselamatan ahli keluarga, mula mendoakan mereka dengan kalimah tammah pendek sebanyak 3kali sehingga kita sampai ke tempat tersebut. Allah sentiasa bersama-sama dengan hamba yang memohon pertolongan-Nya.

Isteri Solehah

serenemaklong.blogspot.com
Ketika Sayyidina Umar ibnul Khaththab radhiallahu ‘anhu bertanya kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam: “WAHAI RASULULLAH, HARTA APAKAH YANG SEBAIKNYA KITA MILIKI?” Beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab: لِيَتَّخِذْ أَحَدُكُمْ قَلْبًا شَاكِرًا وَلِسَاناً ذَاكِرًا وَزَوْجَةً مُؤْمِنَةً تُعِيْنُ أَحَدَكُمْ عَلَى أَمْرِ الآخِرَةِ... “Hendaklah salah seorang dari kamu MEMILIKI HATI YANG BERSYUKUR, LISAN YANG SENANTIASA BERZIKIR, DAN ISTERI MUKMINAH YANG AKAN MENOLONGMU DALAM PERKARA AKHIRAT.” (HR. Ibnu Majah no. 1856, dishahihkan Asy-Syaikh Al Albani rahimahullah dalam Shahih Ibnu Majah no. 1505).... Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: فَالصَّالِحَاتُ قَانِتَاتٌ حَافِظَاتٌ لِلْغَيْبِ بِمَا حَفِظَ اللَّهُ... “Wanita (isteri) solihah adalah YANG TAAT, LAGI MEMELIHARA DIRI KETIKA SUAMINYA TIDAK ADA, disebabkan Allah telah memelihara mereka.” (An-Nisa: 34)... Dalam ayat yang mulia di atas, disebutkan di antara sifat wanita solihah adalah TAAT KEPADA ALLAH DAN KEPADA SUAMINYA dalam perkara yang ma‘ruf, lagi MEMELIHARA DIRINYA ketika suaminya tidak berada di sampingnya... Ketika Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam menghadapi permasalahan dengan isteri-isterinya, sampai beliau bersumpah tidak akan mencampuri mereka selama sebulan, Allah Subhanahu wa Ta’ala menyatakan kepada Rasul-Nya Shallallahu ‘alaihi wa sallam: “Jika sampai Nabi menceraikan kamu, mudah-mudahan Tuhannya akan memberi ganti kepadanya dengan isteri-isteri yang lebih baik daripada kamu, yang MUSLIMAT, MUKMINAT, QANITAT, TA’IBAT, ‘ABIDAT, SA’IHAT, DARI KALANGAN JANDA ATAUPUN GADIS.” (Surah At-Tahrim: 5)....
Dalam ayat di atas disebutkan beberapa sifat isteri yang solihah yaitu: A] MUSLIMAT: Wanita yang IKHLAS, tunduk kepada perintah Allah Ta‘ala dan perintah Rasul-Nya... B] MUKMINAT: Wanita yang MEMBENARKAN perintah dan larangan Allah Subhanahu wa Ta’ala.... C] QANITAT: Wanita-wanita yang TAAT kepada Allah dan Rasul-Nya... D] TA’IBAT: Wanita yang SELALU BERTAUBAT dari dosa-dosa mereka, walaupun perlu meninggalkan apa yang disenangi oleh hawa nafsu mereka.... E] ‘ABIDAT: Wanita yang BANYAK MELAKUKAN IBADAH kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala... F] SA’IHAT: Wanita-wanita yang BERPUASA... (Al-Jami‘ li Ahkamil Qur’an, 18/126-127, Tafsir Ibnu Katsir, 8/132).... [USTAZ RAMLI JONED]
Thanks for loving me ….you made my heart go fonder …..Thanks because you care about me……you made me feel important…..Thanks for entering my life ……you made me who I am today…..Thanks to those who left ….You showed me that nothing lasts forever….. Thanks to those who stayed…..you showed me a true friendship….Thanks to those who listened….you made me like I was worth it.

Malaikat Kecil

serenemaklong.blogspot.com
“Setiap Jumaat, seusai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun berjalan menyusuri jalan di kota dan menyebarkan risalah bertajuk “Jalan-jalan Syurga” dan beberapa karya Islamik yang lain. Pada satu Jumaat yang indah, ketika Imam dan anaknya hendak keluar seperti biasa menghulurkan risalah-risalah Islam, cuaca menjadi amat dingin dan hujan mulai turun. Si Anak kecil mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata “Ayah, saya dah bersedia.” Ayahnya terkejut dan berkata “Bersedia untuk apa?” “Ayah, bukankah kita akan keluar menyampaikan risalah Allah?” ”Anakku, sejuk keadaan di luar sana dan hujan juga agak lebat.” ”Ayah, bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun?” Ayahnya menambah, “Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca begini”. Dengan merintih anaknya merayu, “Benarkan saya pergi, ayah.” Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya “Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!” ”Terima kasih, ayah.” Dengan wajah bersinar-sinar anak itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil hilang dalam kelebatan hujan. Si anak kecil menyerahkan risalah kepada sesiapa sahaja yang ditemuinya. Dia juga mengetuk pintu setiap rumah dan memberikan risalah kepada penghuninya.
Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah “Jalan-jalan Syurga” yang tinggal di tangannya. Dia berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada baki risalah. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal. Akhirnya dia ternampak sebuah rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampirinya. Sesampai sahaja, dia lantas menekan loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang menahannya daripada pergi. Mungkin di rumah ini harapannya agar risalah dapat diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka. Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih. “Nak, apa yang makcik boleh bantu?” Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit. “Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah.” Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi. ”Terima kasih, nak dan Tuhan akan melindungi kamu” dalam nada yang lembut.
Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya, “Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu?” Sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu. “Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya.Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan semua, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim.Suami saya mati beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya sendirian di dunia ini.” Air mata mulai bergenang di kelopak matanya. ”Pada Jumaat lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga rumah. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya hendak terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi. Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama.Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu.Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak secomel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat. “Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik.” Itulah kata-kata paling indah pernah saya dengar. Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal. Saya tak perlukannya lagi. Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu iaitu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka.”
Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR! Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya. Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat. Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang. Ingatlah, ALLAH sentiasa menyayangi dan memelihara kamu!
ALLAHUAKBAR! Dari Amru bin Auf r.a katanya Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya sedekah seseorang Islam itu memanjangkan umur dan mencegah daripada mati dalam keadaan teruk dan Allah SWT pula menghapuskan dengan sedekah itu sikap sombong, takbur dan membanggakan dirmi (dari pemberiannya).” (HR. Bukhari) [Petikan status Cerita Kami Di Bumi Haramain]
Sebelum bercakap, dengar dulu…….Sebelum bertindak, fikir dulu....... Sebelum mengkritik, sabar dulu…….Sebelum mendoakan orang, maafkan dulu…….Sebelum berputus asa, cuba dulu…… Apabila redha pada sesuatu yang mengecewakan hati, percayalah Allah akan menggantikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tidak dijangka.....Insya-Allah.