Friday, August 7, 2015

KAMI ADA ALLAH


Sabda Nabi s.a.w: إنَّ الصِّدقَ يَهدي إلى البِرِّ ، وإنَّ البِرَّ يَهدي إلى الجنَّةِ ، وإنَّ الرَّجُلَ ليَصدُقُ حتَّى يَكونَ صدِّيقًا ، وإنَّ الكذِبَ يَهدي إلى الفُجورِ ، وإنَّ الفجورَ يَهدي إلى النَّارِ ، وإنَّ الرَّجُلَ ليَكذِبُ ، حتَّى يُكتَبَ عندَ اللَّهِ كذَّابًا .

"Sesungguhnya benar itu membawa kepada kebaikan. Sesungguhnya kebaikan itu membawa ke syurga. Sesungguhnya seseorang itu bercakap benar sehingga dia menjadi siddiq (orang yang sangat benar percakapannya). Sesungguhnya dusta itu membawa kepada kejahatan. Sesungguhnya kejahatan itu membawa ke neraka. Sesungguhnya seseorang itu kuat berdusta sehingga dia ditulis di sisi Allah sebagai kazzab (pendusta besar)" (Riwayat al- Bukhari).

Antara pengajaran hadis ini; jangan seseorang itu kuat berdusta sehingga lupa diri. Dusta membawa kepada kejahatan demi kejahatan dan akan berakhir ke neraka. Apabila seseorang terlalu berdusta maka pembohongan dan pendustaan itu menjadi darah dagingnya. Tatkala dunia semua tahu pendustaannya dan jelas amat pembohongannya, dia masih terus berbohong dan berdusta semahunya. Jika itu berlaku, benar-benar dia telah tertulis sebagai kazzab (pendusta besar) ataupun pembohong besar.

[Teks: Dr MAZA]






Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdull meminta kedua-dua pegawainya yang ditukarkan ke Jabatan Perdana Menteri dikembalikan ke SPRM, dan menawarkan dirinya sebagai ganti. Beliau bersedia berbuat demikian kerana kedua-dua pegawai itu hanya bertindak mengikut arahannya.


Lewat Jumaat kelmarin Pengarah Operasi Khas SPRM Datuk Bahri Mohd Zin dan Pengarah Komunikasi Strategik Datuk Rohaizad Yaakob telah ditukarkan serta-merta ke BAWAH RADAR JABATAN PERDANA MENTERI" atas dakwaan kononnya berlaku kebocoran maklumat yang boleh "menjejaskan kerajaan".


Pengerusi Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR), Tan Johan Jaafar dan ahli panel yang memantau perjalanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meminta supaya pegawai berkenaan dikembalikan serta merta kepada agensi antirasuah itu supaya mereka boleh meneruskan tugas masing-masing. Beliau berpendapat, pertukaran dua pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mencetuskan banyak persoalan, teori konspirasi dan syak wasangka, malah beliau juga menyokong kenyataan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang mahu sebarang bentuk ‘intimidasi’ dan tindakan terhadap pegawai-pegawai kanan SPRM dihentikan.


SPRM sedang menyiasat SRC International berhubung pinjaman daripada Kumpulan Wang Amanah Persaraan (KWAP) bernilai RM4 bilion kepada 1MDB, serta pemindahan dana RM4.2 bilion ke akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagaimana didedahkan oleh The Wall Street Journal (WSJ) dan Sarawak Report.

Setakat ini, tujuh pegawai SPRM disiasat. Mereka termasuk Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Ahmad Sazilee Abdul Khairi; Pengarah Bahagian Operasi Khas SPRM, Datuk Bahri Mohd Zin; Timbalan Pengarah Bahagian Operasi Khas SPRM, Datuk Tan Kang Sai dan Ketua Bahagian Forensik SPRM, Datuk IG Chandran. SPRM juga mengeluarkan kenyataan akan meminta Najib menjelaskan lebih lanjut berhubung ‘derma’ RM2.6 bilion yang masuk ke akaun peribadi beliau.Semoga Allah mengampuni kami dan juga mengampuni kamu. In sya Allah.

No comments:

Post a Comment