Sunday, April 12, 2015

Wangi Almari Baju

Almari pakaian berbau adalah disebabkan persekitaran agak lembab, tindak balas kimia dengan pemukaan kayu dan bau dari pakaian yang disimpan. Hari ini terdapat pelbagai haruman segera yang boleh dibeli di kedai namun kebanyakannya kurang bertahan, malah memerlukan sedikit perbelanjaan untuk kerap menukarnya. Cara alternatif dengan menggunakan bahan-bahan semula jadi yang lebih menjimatkan. Dapatkan beberapa kuntum bunga cempaka dan melur. Atau boleh juga memilih bunga-bunga lain seperti bunga tanjung. Dapatkan juga beberapa helai daun pandan, daun limau purut dan sedikit bunga cengkih. Semua bahan tadi (kecuali bunga cengkih) perlu diracik halus seperti memotong bunga rampai. Kemudian bungkus bahan-bahan ini dalam punjut kecil dan letakkan dalam almari. Selain menghasilkan haruman segar semula jadi yang lebih lama ia menghalau lipas, semut dan nyamuk. [Harian Metro}

No comments:

Post a Comment