Wednesday, April 22, 2015

Membeli Semangat

Anak-anak kecil ini berniaga di tepi kaki lima premis kedai. Membawa bakul-bakul kecil penuh berisi kuih. Setiap kali terserempak dengan mereka, pasti kuih mereka akan dibeli mengikut kemampuan bagi menyokong usaha mereka. Bayangkan betapa bahagia dan bersemangatnya mereka ketika kuih muih itu dibeli.Harganya 50sen sebiji, tetapi cukup puas hati memakannya kerana saiznya setanding dengan harga dan sedap pula. Kadang-kadang mereka seringkali tersalah kira sehingga kita terpaksa membetulkannya.Mungkin mereka hidup susah dan tidak bersekolah tinggi, tetapi semangat mereka harus dipuji. Pernah sekali mereka turun dari bas membawa bakul-bakul kuih dan duduk berniaga di kaki lima pejabat pos. Pernah juga terserempak mereka menaiki sebuah motosikal. 4 orang menaiki 1 motosikal dengan bakul-bakul kuih. Walau siapa pun mereka, mereka sungguh bersemangat ketika melakukan usaha itu. Tahukah kita bahawa dengan wang yang tidak terlalu besar, sebenarnya kita boleh mencipta kemudahan dan menaikkan semangat orang lain.Semoga Allah akan memberikan kita kemudahan dalam urusan harian kita. [Hafid Sulaiman].

No comments:

Post a Comment