Friday, April 17, 2015

Basmi Nyamuk Elak Denggi

GIGITAN nyamuk memang menyakitkan terutama jika ia menyerang ketika penghuni rumah sedang nyenyak tidur. Ia juga sangat berbahaya kerana menjadi penyebar berbagai jenis penyakit yang boleh membunuh. Cecair pembunuh serangga di pasaran kurang efisien, kecuali jika ia disembur secara langsung pada nyamuk. Baunya yang kuat kadang-kadang membuat kita terfikir, mana yang lebih serius – nyamuk yang membawa penyakit atau penyakit yang disebabkan oleh kesan sampingan kimia dalam cecair pembunuh nyamuk. Ini ada cara mudah untuk membasmi nyamuk yang sesuai untuk semua jenis tempat termasuk rumah, sekolah, hospital dan lain-lain. Cara membuatnya ialah potong botol plastik kosong 1.5 liter di bahagian tengah. Simpan bahagian atas/mulut botol. Campur 50 gram gula merah dengan 200 ml air panas. Biarkan ia sejuk.Tuangkan larutan gula merah dalam potongan botol bahagian bawah. Tambahkan 1 gram ragi. Tidak perlu dikacau. Ini akan menghasilkan karbon dioksida. Pasang/masukkan potongan botol bahagian atas dengan kedudukan terbalik seperti corong. Bungkus botol dengan sesuatu yang berwarna hitam sama ada plastik atau kain, kecuali bahagian atas.Letakkan botol ini di beberapa sudut rumah anda. Dalam masa dua minggu anda akan melihat jumlah nyamuk yang mati di dalam botol. Selain membersihkan tempat pembiakan, kaedah yang mesra alam ini juga mengitar semula botol plastik yang lazimnya dibuang begitu sahaja. Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment