Tuesday, April 14, 2015

Solat Dhuha Waktu Pejabat

Menjaga amalan sunat untuk mendekatkan diri kepada Allah memang baik, tetapi Islam menitikberatkan perkara wajib terlebih dahulu berbanding perkara sunat. Menjalankan tugas di tempat kerja adalah sesuatu yang dituntut dan wajib ditunaikan dalam apa juga keadaaan sekalipun, selagi ia tidak bercanggah dengan Islam. Solat sunat adalah amalan yag digalakkan dan tidak berdosa jika ditinggalkan. Oleh itu bagi umat Islam yang memelihara amalan sunat perlu bijak membahagikan masa untuk menunaikanya supaya tidak mengganggu waktu bekerja. Pertama, menggantikan kembali waktu yang telah diambil untuk solat Dhuha pada akhir waktu pejabat. Jika waktu yang diperuntukkan untuk solat sunat Dhuha selama lima minit, kita wajib melewatkan lima minit waktu untuk pulang. Jika hal ini dapat dilakukan dengan betul, maka hukum berbuat demikian di waktu pejabat diharuskan dan tidak berdosa. Kedua, pastikan solat sunat Dhuha di pejabat dilakukan pada waktu yang sangat minimum, cukup sekadar dua rakaat sahaja. Jika waktu diperuntukkan terlalu panjang sehingga menjejaskan tugas hakiki, maka hukum berbuat demikian adalah haram dan berdosa, apatah lagi jika ia tidak diganti pada akhir waktu pejabat.Bagaimanapun peruntukan masa solat fardu tidak ada kompromi, wajib menunaikannya dalam apa juga keadaan sekalipun. Firman Allah: “Sesungguhnya solat (lima waktu) adalah kewajipan yang telah ditentukan oleh Allah ke atas orang mukmin.” (surah al Nisa ayat 103).

No comments:

Post a Comment