Sunday, April 26, 2015

Kelebihan Puasa Isnin Khamis

BERPUASA kini semakin terbukti secara ilmiah kebaikannya di segi kesihatan. Bahkan para peneliti menyarankan berpuasa dua hari dalam satu minggu sangat bermanfaat untuk kesihatan hormon dan perubahan metabolisme. Puasa yang dimaksudkan di sini adalah mengambil makanan hanya sekitar 500-800 kalori. Bandingkan dengan pengambilan harian sekitar 2,000 kalori untuk wanita dan 2,500 kalori untuk lelaki. Pengambilan rendah itu mampu menurunkan tahap pertumbuhan hormon yang berkaitan dengan kanser, diabetes, mengurangi kolesterol buruk LDL dan lemak dalam darah serta tahap keradangan. Radikal bebas juga menurun. Berpuasa dapat melindungi otak, justeru risiko penyakit degeneratif seperti Alzheimer dan Parkinson pun mampu dikurangkan. Ini dinyatakan sendiri oleh Profesor Mark Mattson, ketua jabatan saraf National Institute on Ageing, Amerika Syarikat. Kesannya sama dengan kesan bersenam. Kesimpulan itu diperoleh dari hasil penelitian terhadap sekumpulan wanita obesiti yang menjalani diet 1, 500 kalori manakala kumpulan lain hanya 500 kalori selama dua hari. Ternyata, hasilnya menggembirakan. Kedua kumpulan memang mengalami penurunanb erat badan. Namun, kumpulan yang berpuasa (pengambilan 500 kalori) ternyata mengalami kemajuan yang lebih pesat. Menurut peneliti, mereka mengalami peningkatan sensitiviti insulin. Ini bererti mereka mempunyai tahap gula darah yang lebih baik.

No comments:

Post a Comment