Wednesday, April 22, 2015

Ambillah Peduli!


ISTERI: "Abang jemput sayang malam ni boleh?"

SUAMI: "Kenapa nak kena jemput pula? Selalunya sayang naik bas, kan?"

ISTERI: "Sayang ada "SURPRISE" untuk abang.Sayang tunggu dekat bus stop depan ofis, ok?"

SUAMI: "Abang banyak kerja. Menyusahkan betul. Lagi 25 minit baru abang sampai!"

SUAMI TERUS MEMATIKAN TELEFON* 2 jam kemudian suami sampai, melihat isterinya tiada di tempat yang dijanjikan. Tanpa fikir panjang, dia terus pulang. Setiba di rumah, ada ramai orang di sana. Ibu mertua terus meluru dan bertanya, "Kau pergi mana haa!? Isteri kau dirogol dan dibunuh. Dia minta kau jemput dia. Tapi kematian yang menjemputnya!"

Suami terduduk meratapi mayat isterinya lalu dia membuka telefon bimbitnya. Terdapat 3 SMS dari isterinya.
Yang pertama 9:55 - Abang lambat lagi ke?
Yang kedua 10.05 - Sayang sebenarnya nak buat kejutan ulang tahun perkahwinan kita smile emoticon.
Yang ketiga 10.15 - Ada orang perhatikan sayang abang. Sayang takut.

Suami menangis semahu-mahunya. Dia menyesal sebab mengabaikan isterinya. Dia terkilan kerana lambat menjemput isterinya. Kini dia hanya boleh berharap dapat menjemput isterinya menjadi bidadarinya di syurga kelak.

No comments:

Post a Comment