Saturday, April 18, 2015

Perbezaan Ayat Makkiyah dan Madaniyah

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم -----AYAT-AYAT MAKKIYAH ialah ayat-ayat al-Quran yang diturunkan di MAKKAH atau sebelum Nabi Muhammad s.a.w berhijrah ke Madinah.Ayat-ayat Makkiyah pada umumnya ayatnya pendek-pendek, merupakan 19 juz daripada 30 juz al-Quran, berjumlah 4,780 ayat.Kebanyakan ayat-ayat Makkiyyah terdapat perkataan "Ya Ayyuhannass" , bermaksud "wahai manusia".Ayat-ayat Makkiyah pada umumnya mengandungi hal-hal yang berhubungan dengan keimanan, ancaman dan pahala, kisah-kisah terdahulu yang mengandungi pengajaran dan budi pekerti ----------AYAT-AYAT MADANIYAH ialah ayat-ayat al-Quran yang diturunkan di MADINAH iaitu sesudah Nabi Muhammad s.a.w. berhijrah ke Madinah.Ayat-ayat Madaniyah biasanya panjang-panjang, merupakan 11 juz daripada 30 juz al-Quran, berjumlah 1,456 ayat. Ayat-ayat Madaniyah terdapat perkataan "Ya ayuhalladzina amanu" bermaksud "wahai orang-orang beriman". Ayat-ayat Madiniyah mengandungi hukum-hukum adat, duniawi, kemasyarakatan, hukum tatanegara, hukum perang, hukum antarabangsa, hukum antara agama dan lain-lain. [Sultan Langkawi]

No comments:

Post a Comment