Saturday, April 11, 2015

Qanaah Bawa Bahagia

“Pada hari ini (HARI KIAMAT), Kami tutup mulut mereka, tangan mereka akan berkata kepada Kami dan kaki mereka akan memberi kesaksian terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan.” (Surah Yasin ayat 65).
Di Padang Mahsyar nanti, tangan yang memakai jam ini akan memberikan laporan yang baik-baik mengenai pemiliknya kepada HAKIM YANG MAHA AGUNG, betapa Almarhum ini sangat menjaga perintah yang telah dipikulkan ke bahunya (iaitu menjaga solat) dan betapa dia menjalani kehidupannya dalam keadaan QANAAH (serba cukup), In Sya Allah. Al Fatihah buat Almarhum Tuan Guru Nik Aziz.

No comments:

Post a Comment