Thursday, April 23, 2015

Hidupkan 7 Sunnah Nabi s.a.w.

Pertama: ➖➖➖➖➖ Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin dekat dengan Allah. Kedua: ➖➖➖➖➖ Membaca Al-Quran sebelum terbit matahari. Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, mata membaca Al-Quran terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Jika sesibuk manapun, bacalah walau beberapa ayat.
Ketiga: ➖➖➖➖➖ Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah ke manapun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkatan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.
Keempat: ➖➖➖➖➖➖ Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak padanya. Yakinlah, manfaat solat dhuha sangat hebat dalam mendatangkan rezeki. Kelima: ➖➖➖➖➖ Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah dengan berlipat ganda.
Keenam: ➖➖➖➖➖ Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, "Ampuni dosanya dan sayangilah dia, ya Allah”.
🌴Ketujuh:🌴 ➖➖➖➖➖ Amalkan istighfar setiap waktu. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan Allah.

No comments:

Post a Comment